Utama Bilik Khas Kenali Tokoh Hadith

Kenali Tokoh Hadith

166
0
Iklan

MENGENALI TOKOH 

‘AbdulLāh bin Mas‘ūd adalah sahabat Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – yang diakui oleh baginda sendiri tentang penguasaannya terhadap al-Qur’an. Daripada ‘AbdulLāh bin ‘Amr, kata-nya: Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – pernah bersabda:

«خُذُوا القُرْآنَ مِنْ أَرْبَعَةٍ: مِنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ – فَبَدَأَ بِهِ، وَسَالِمٍ، مَوْلَى أَبِي حُذَيْفَةَ، وَمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ، وَأُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ».

“Pelajarilah al-Qur’an ini daripada empat tokoh ini: Daripada ‘AbdulLāh bin Mas‘ūd – baginda memulakan dengan namanya, Sālim Mawlā Abī Ḥudhayfah, Mu‘ādh bin Jabal dan Ubay bin Ka‘b.”

     Kata Masrūq: Apabila disebut nama ‘AbdulLāh bin Mas‘ūd di hadapan ‘AbdulLāh bin ‘Amr, beliau lantas menyebut:

ذَاكَ رَجُلٌ لاَ أَزَالُ أُحِبُّهُ.[1]

“Beliau adalah tokoh yang aku sentiasa mengasihinya.”

      Kenapa tidak? Justeru beliau terkenal benar-benar menguasai al-Qur’an dan menjadi rujukan para sahabat baik semasa hayat Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam, apatah lagi sesudah kewafatan baginda. ‘AbdulLāh bin Mas‘ūd sendiri mengakui tentang penguasaan beliau terhadap al-Qur’an dengan katanya:

«وَالَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ مَا فِي كِتَابِ اللهِ سُورَةٌ إِلَّا وَأَنَا أَعْلَمُ أَيْنَ نَزَلَتْ، وَلَا فِيهِ آيَةٌ إِلَّا وَأَنَا أَعْلَمُ فِيمَا أُنْزِلَتْ».[2]

“Demi Allah yang tiada layak sebarang pengabdian diri melainkan hanya kepada-Nya, tiada suatu surah daripada KitābulLāh melainkan aku mengetahui dimana ia turun. Demikian juga tiada suatu ayat di dalam KitābulLāh melainkan aku mengetahui tentang apa ia diturunkan.”

     Bahkan antara murid beliau ialah Ḥabr al-Ummah dan Imām al-Tafsīr, ‘AbdulLāh bin ‘Abbās – raḍiyalLāhu ‘anhumā:

[1]     Ṣāḥīḥ al-Bukhārīy [3808].

[2]     Al-Mu‘jam al-Kabīr [8432].

 

Komen dan Soalan