Utama Blog Halaman 299

Kelas #7 | Ulum Hadith

0

Bismillah,

Alhamdulillah wa ba’d, segala syukur kepada Allah SWT yang telah memberi kita kelapangan masa dan rezqi untuk menyambung kelas Ulum Hadith kita ini, pada hari Sabtu. Baik..

Pohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat mengadakan kelas semalam. Minggu hadapan juga saya merasakan tiada masa untuk membuat kelas pada hari khamis, kita akan buat kelas pada hari Jumaat malam (hari sabtu mengikut kelendar Islam). Waktu biasa jam 10-11 juga insyaAllah.

Baik, berbalik kepada kelas.

Pada minggu lepas, kita telah berbincang secara ringkas berkenaan istilah Sahih, syarat-syaratnya serta penggunaannya dengan maksud yang berbeza-beza. Sebagaimana yang telah dibincangkan minggu lepas, para huffaz mutaqaddimin menggunakan istilah Sahih dengan pelbagai maksud, iaitu:

 

  • Pertama: sahih dari segi istilah, iaitu hadith yang diriwayatkan secara bersambung-sambung, oleh mereka yang thiqah, serta tiada syaz dan illah.
  • Kedua: sahih dengan maksud ittisal atau sama’, walaupun hadith itu dhaif.
  • Ketiga: sahih dengan maksud benarnya makna matan hadith, walaupun hadith itu dhaif.

 

InsyaAllah malam ini kita akan lihat lebih lanjut maksud yang pertama istilah Sahih, iaitu penggunaannya dengan maksud istilah, disebut al-Hadith al-Sahih. Sebagaimana yang telah kita maklum, terdapat 5 syarat untuk sahihnya sesuatu hadith iaitu:

 

  • Bersambungnya sanad
  • Diriwayatkan oleh mereka yang ‘adil
  • Diriwayatkan oleh mereka yang dhabit
  • Bebas dari syaz (iaitu munkar).
  • Bebas dari ‘illah

 

Kita akan berbincang berkenaan syarat pertama, iaitu bersambungnya sanad, disebut sebagai al-Ittisal. Al-Ittisal atau bersambungnya sanad adalah syarat yang paling awal dibuat oleh ahli hadith bagi hadith Sahih, bahkan secara hakikatnya ia adalah syarat yang membawa kepada munculnya syarat kedua dan ketiga (‘adil dan dhabit), kerana sesuatu hadith yang putus sanadnya maka secara asasnya ia adalah Dha’if kerana telah hilang syarat utama hadith Sahih, tiada guna melihat kepada syarat kedua(‘adil) dan ketiga(dhabit) lagi, syarat kedua dan ketiga ini berfungsi sebagai penguat kepada syarat yang pertama.

Para huffaz hadith sangat mementingkan syarat al-ittisal ini, berkata al-Imam Muhammad bin Yahya alZuhli, sebagaimana yang dinukil dalam al-Kifayah:

 

ال ٌجوز االحتجاج إال بالحدٌث الموصل غٌر المنقطع، الذي لٌس فٌه رجل مجهول وال مجروح

 

Terjemahan: “tidak boleh berhujah kecuali dengan hadith yang bersambung sanadnya tidak putus, yang tiada dalam rantaiannya mereka yang majhul (tidak dikenali), serta tidak juga mereka yang majruh (lemah, dijarh)”

 

Juga berkata al-Imam Ibn Khuzaimah ketika menjelaskan syarat hadith Sahih dalam kitabnya Mukhtasar al-Mukhtasar (masyhur dengan Sahih Ibn Khuzaimah):

 

بنقل العدل عن العدل، موصوال الٌه، من غٌر قطع فً أثناء االسناد

 

Terjemahan: “dinaqalkan oleh mereka yang ‘adil dari mereka yang ‘adil (iaitu thiqah), bersambung sanadnya kepada Rasul tanpa putus pada sanadnya”

 

Disebabkan ini dapat kita lihat para huffaz mutaqaddimin telah melakukan jihad serta pengorbanan yang besar mengkaji bersambungnya sanad, mereka mengkaji setiap satu perawi hadith tanpa terkecuali, bila mereka lahir, siapa guru mereka, siapa murid mereka, bila pula mereka berada di sekian-sekian tempat, bila pula mereka keluar dari sekian-sekian tempat, bila mereka mati, siapa ahli keluarga mereka, dan bermacam-macam lagi, sehingga mereka mampu berkata dengan sepenuh keyakinan tanpa syak:

 

“fulan tidak mendengar dari fulan”

 

Dan lain-lainya ibarat.

Apakah yang dimaksudkan dengan al-ittisal atau bersambungnya sanad itu? Ia bermaksud setiap rawi dalam rantaian sanad itu benar-benar mengambil hadith itu dari gurunya yang di atasnya dalam sanad itu, tanpa perantaraan, melalui metod tahammul yang pelbagai.

 

Apakah itu al-Tahammul?

Al-Tahammul:

Al-Tahammul dari segi istilah hadith bermaksud kegiatan menerima dan mendengar sesuatu hadith atau mudahnya metod mengambil hadith dari seorang guru dengan cara-cara tertentu. Satu lagi istilah yang berkait rapat dengan al-Tahammul ialah al-Adaa.

 

Apakah itu al-Adaa pula?

Al-Adaa:

Al-Adaa dari segi istilah bermaksud menyampaikan hadith iaitu meriwayatkan dan memberi hadith kepada murid.

Disebabkan kedua istilah ini saling berkait, maka para ahli istilah biasa menyebutnya secara bersama “al-Tahammul wa al-Adaa”.

Terdapat banyak metod Tahammul hadith, sekurang-kurangnya 8 metod iaitu:

 

1. Al-Sama’: iaitu mendengar secara langsung hadith dari guru, guru membacakan hadith itu dengan sanadnya dalam majlis sama’ hadith, dan murid mendengarnya. Metod ini merupakan metod tertinggi dalam tahammul. Sebahagian ulama berpendapat sekiranya seseorang murid itu tidak hanya mendengar hadith dari gurunya dalam majlis sama’ tetapi turut juga menulisnya, maka metod ini lebih tinggi darjatnya berbanding mendengar saja, kerana dengan turut menulis dapat menghindari dari kesilapan.

Metod al-Sama’ ini sudah semakin berkurangan pada zaman moden ini, banyak majlis sama’ pada zaman moden ini berbentuk al-Qiraah saja. Namun, guru saya al-Syaikh al-Muhaddith Thariq Iwadullah melakukan metod al-Sama’ dalam majlis-majlis beliau, dalam majlis sama’ beliau sendiri akan membacakan hadith dan teks kitab, dan kami murid-murid beliau mendengar sendiri suara yang keluar dari mulut beliau dengan telinga kami sendiri, saya meriwayatkan sebahagian Sahih al-Bukhari dari beliau dengan kaedah ini, begitu juga saya meriwayatkan al-Alfiyyah al-Hadithiyah, Lughatul Muhaddith, serta al-Manzumah al-Athariah dari beliau dengan metod sama’ ini. Buku matan al-Alfiyyah al-Hadithiyah, Lughatul Muhaddith, serta al-Manzumah al-Athariah karya guru saya al-Syaikh Thariq Iwadullah Ijazah al-Alfiyyah al-Hadithiah dari guru saya kepada saya, perhatikan dalam ijazah ditulis “sungguh telah mendengar (faqad sami’a) dari saya..”, ini kerana saya meriwayat matan ini dari guru saya al-Syaikh Thariq secara sama’, dalam majlis beliau sendiri membacanya kepada kami.

Ijazah Lughatul Muhaddith, perkatikan ayat yang sama “telah mendengar dari saya”. Ijazah Al-Manzumah al-Athariah, perkatikan ayat yang sama “telah mendengar dari saya”. Apabila seseorang murid mengambil hadith dengan metod tahammul secara sama’ ini, maka apabila dia ingin menyampaikan hadith yang dia mendengar dari gurunya itu kepada muridnya (iaitu proses alAdaa), maka dia boleh menyebut: “sami’tu fulan – daku mendengar dari fulan” atau “haddathana fulan – telah menceritakan kami fulan” dan sekiranya guru itu membacakan hadith itu kepada dia seorang saja, maka dia menyebut “haddathani fulan – telah menceritakan kami fulan”, atau berkata “qala li fulan – telah berkata kepadaku fulan” dan lainnya metod al-Adaa. Seterusnya, metod tahammul yang kedua ialah Al-Qiraah.

2. Al-Qiraah atau disebut juga al-‘Ardh: iaitu membacakan hadith di hadapan guru dalam majlis sama’, baik dia sendiri membacakan hadith di hadapan guru itu, ataupun terdapat seorang tukang baca membacakan hadith-hadith itu di hadapan guru, dan dia hadir mendengar bacaan itu. Guru apabila mendengar bacaan hadith dalam majlis sama’ maka dia mendengar sekaligus menyemak bacaan itu, dia menyemak baik sama ada dengan ingatannya (jika dia hafiz) atau dia menyemak dengan melihat naskhah kitab yang ditulisnya dari gurunya. Metod tahammul secara qiraah ini tahapnya di bawah sedikit dari metod sama’.

Metod inilah yang popular pada zaman moden ini, kebanyakan majlis sama’ kini berbentuk qiraah. Apabila seseorang murid mengambil hadith dengan cara qiraah, apabila dia ingin meriwayatkan hadith atau dengan kata lain ingin memberi hadith itu kepada muridnya, maka dia menyebut: “فالن على قرآت – saya telah membaca dihadapan fulan”, atau “نااسمع وا فالن على قراى – telah dibacakan di hadapan fulan dan aku mendengar bacaan itu (hadir mendengar proses bacaan itu)”, atau “هٌعل قراة حدثنا – telah menceritakan kepada kami dengan metod membaca dihadapan fulan”, atau “هٌعل ًبقرات حدثنا – telah
menceritakan kepada kami dengan metod aku membacanya di hadapan fulan”, atau “هٌعل قراة اخبرنا – telah mengkhabarkan kepada kami dengan metod membaca di hadapan fulan” atau “اخبرنا – telah menceritakan kepada kami” dan lainnya semisal.  Seterusnya metod ketiga, iaitu al-Ijazah.

3. Al-Ijazah: iaitu mendapat keizinan secara rasmi dari guru untuk meriwayatkan sesuatu hadith darinya kepada orang lain, guru itu memberi keizinan sama ada dengan bercakap atau bertulis. Perlu diketahui bahawa para huffaz mutaqaddimin tidak membenarkan metod ini melainkan jika telah cukup syarat-syaratnya seperti seseorang yang ingin memberi ijazah perlu faham benar apa yang akan diijazahkannya, naskhah kitab yang ada pada murid mestilah sama sebjik dengan apa yang ada pada guru yang memberi ijazah, perlu dibandingkan dengan naskhah asli yang ada pada si guru, yang meminta ijazah itu mestilah terdiri dari kalangan ahli ilmu yang ahli dalam hadith, dan yang meminta itu mestilah thiqah.

Metod ini juga adalah metod yang popular pada zaman moden ini. Namun kebanyakan musnid pada zaman moden ini berlaku tasahul iaitu bermudah-mudah dalam memberi ijazah, mereka memberi kepada semua penuntut ilmu asalkan muslim baik yang benar-benar ahli dalam hadith ataupun bukan, tidak mensyaratkan naskhah kitab yang dimiliki murid itu sama dengan naskhah aslinya, dan sejujur-jujurnya tidak sedikit guru-guru saya yang tasahul dalam memberi ijazah dan saya juga agak tasahul  dalam hal ini, kenapa berlaku sebegini? Ini kerana tujuan ijazah pada zaman moden telah berbeza dengan tujuannya pada zaman periwayatan hadith, zaman moden ini semua hadith telah dibukukan, maka tujuan ijazah telah berbeza iaitu tujuan utamanya adalah untuk keberkatan serta sebagai suntikan semangat, lanjut berkenaan tujuan atau faedah ijazah pada zaman moden boleh merujuk penjelasan saya dalam J1 himpunan soalan.

Apabila seseorang murid mengambil hadith dari gurunya secara ijazah ingin menyampaikan hadith itu kepada muridnya pula, maka dia menyebut: “haddathana ijazatan fulan – telah menceritakan kami secara ijazah oleh fulan” atau “haddathani ijazatan fulan – telah menceritakanku secara ijazah oleh fulan” atau “akhbarana ijazatan fulan – telah mengkhabarkan kami secara ijazah oleh fulan” atau “akhbarani ijazatan fulan – telah mengkhabarkanku secara ijazah oleh fulan”, atau “anba-ana ijazatan fulan – telah memberitakan kami secara ijazah oleh fulan” atau “an-ba-ani ijazatan fulan – telah memberitakan kami secara ijazah oleh fulan”.

 

Baik, dengan penjelasan tiga metod tahammul dan adaa ini, maka harapnya sekarang kita jelas kenapa dalam sanad sekejap-kejap menyebut “sami’tu”, sekejap-sekejap pula menyebut “haddathana”, sekejap lain pula sebut “akhbarani”, sekejap lain pula sebut “haddathani ijazatan”. Ini kerana, setiap ungkapan al-adaa sama ada “sami’tu” atau “haddathana” dan lainnya memberi indikasi tatacara seseorang perawi itu mengambil hadith dari gurunya.

Al-Imam al-Baihaqi dalam kitabnya al-Sunan al-Kubra, tidak sedikit menyebut “haddathana ijazatan fulan” atau “akhbarana ijazatan fulan”, bagi hadith-hadith ini jika kita menjumpai metod al-Adaa sebegini dalam al-Sunan al-Kubra menunjukkan hadith itu al-Imam al-Baihaqi mengambil dari gurunya secara ijazah. Bukan secara sama’.

Baik, metod tahammul seterusnya ialah al-Munawalah

 

4. al-Munawalah: iaitu guru dengan jelas mengisyaratkan kepada murid dengan menunjukkan atau memberikan kepada murid buku hadith miliknya yang dia sendiri menulisnya dari gurunya, supaya buku itu dapat dibuat salinan oleh murid itu, atau dia sendiri menyimpannya dan menggunakannya ketika membacakan hadith kepada muridnya pula, lalu memberitahu bahawa buku itu adalah himpunan hadith yang diriwayatkan olehnya yang diperolehi dari gurunya sendiri. Jika guru kemudiannya berkata : “Riwayatkanlah hadith-hadith ini dariku.” (ًعن فاروه) maka ia dikira al-Munawalah yang disertakan dengan metod tahammul al-Ijazah sekaligus. Dalam kes ini, para huffaz hadith akan melihat dan memastikan jika buku itu disalin supaya ia disalin dengan betul, dan apabila si murid meriwayatkannya kepada muridnya, dia melihat buku itu, melainkan jika dia menghafaznya terus. Dipastikan bahawa buku yang dijadikan pijakan itu tiada salah, dan bukan rekaan, jika rekaan palsu, maka ia dikira putus, dikira putus.

Disebabkan itu, ada kes riwayat fulan A dari fulan B dinilai Sahih oleh para huffaz hadith mutaqaddimin, sedangkan mereka sendiri berkata fulan A tidak mendengar dari fulan B. Kenapa mereka menilai riwayat itu sebagai Sahih pula? Sedangkan fulan A tidak mendengar dari fulan B? Tidakkah ia putus kerana tidak mendengar?

Ini kerana fulan A meriwayat dengan melihat kitab fulan B, kitab yang disalin dengan betul, tiada cacat, sama dengan kitab aslinya, bukannya kitab palsu, serta fulan B memberi kepadanya kitab itu. Maka walaupun telinga fulan A tidak mendengar hadith dari mulut fulan B, riwayat itu dikira bersambung. Sebab itu usah kita hairan jika kita membuka kitab jarh dan ta’dil, para huffaz mutaqaddimin berkata fulan A tidak mendengar dari fulan B, tetapi kita jumpa pula hadith yang fulan A riwayat dari fulan B, dan ia disahihkan oleh huffaz yang sama berkata fulan A tidak mendengar dari fulan B. Usah bingung! Kerana itu riwayat dengan melihat kitab, melihat kitab. Baik, metod tahammul seterusnya ialah al-Kitabah

5. al-Kitabah: iaitu pemindahan berlaku melalui cara bertulis, iaitu si guru menulis hadith-hadith yang ingin diberikan olehnya kepada murid, tidak mengira murid ada hadir bersamanya semasa dia menulis hadith itu atau tidak.

6. al-I’laam: iaitu guru dengan jelas memberitahu kepada murid bahawa sesuatu hadith atau buku hadith itu adalah himpunan hadith yang didengarinya sendiri secara langsung dari gurunya.

7. al-Wasiat: seseorang guru yang merupakan perawi hadith mewasiatkan hadith-hadithnya atau buku-buku hadithnya kepada seseorang murid sebelum kematiannya.

8. al-Wijadah: iaitu seseorang murid terjumpa hadith yang ditulis oleh guru hadithnya tetapi dia belum pernah mendengar hadith itu daripada guru tersebut atau tidak pernah berlaku proses adaa’ hadith itu dari gurunya itu sebelum dia terjumpa manuskrip itu tersebut.

 

Demikianlah proses-proses Tahammul hadith yang pelbagai, dapat kita tahu proses periwayatan hadith bukan hanya berlaku dengan bercakap dan mendengar. Metod yang utama ialah metod pertama dan kedua, iaitu metod al-Sama’ serta metod al-Qiraah atau al- ‘Ardh.

Baik, apa gunanya mengenal metod tahammul dan adaa ini? Adakah untuk saja-saja? Sudah tentu tidak! Tujuan utama mengenal metod tahammal dan adaa ini adalah untuk menyemak bersambungnya sesuatu sanad hadith, untuk menyemak al-Ittisal. Ini kerana antara metod asas menyemak bersambungnya sanad ialah dengan melihat kepada Siyagh al-Adaa. Siyagh bermaksud cara sebutan, siyagh al-adaa wa al-tahammul ialah cara sebutan seseorang rawi hadith ketika meriwayatkan hadith. Sama ada dia menyebut “haddathana” atau “sami’tu” atau ” ‘an ” dan lainnya siyagh al-adaa.

Dengan melihat siyagh al-adaa ini dapat kita tahu secara asasnya dan peringkat awal sama ada sanad itu bersambung atau putus. Bagaimana cara untuk melihat itu? Bagaimana? InsyaAllah kita akan berbincang hal itu pada kelas akan datang insyaAllah.

Minggu depan kita akan lihat bagaimana dengan melihat siyagh al-adaa untuk menentukan bersambung
atau putus. InsyaAllah.

 

Pengajian 5 : Qawai’d Fiqh

0

Kaedah pertama,

الامور بمقاصدها

Setiap perkara terikat dengan tujuan-tujuannya atau maksud. Asal atau punca kaedah ini ialah hadis niat iaitu.

انما الاعمال بالنية

Setiap amalan sah dikira bergantung kepada niat. Tentang hadis ini, saya telah tulis dalam buku saya syarah hadis kitab iman daripada kitab misykaat al-masaabih. Sekarang sedang dicetak. Hadis ni dimasukkan dalam mukaddimah kitab misykaat. Hadis ini merangkumi lebih 70 bab fekah. Kaedah ini berdasarkan kepada hadis itu menunjukkan bahawa setiap amalan mesti bermula dengan niat. Nanti saya cuba masukkan syarah hadis niat dalam ni.

Kaedah dan dhobith pecahan dari kaedah ni. Antara maksud niat adalah untuk membezakan ibadat dengan adat supaya tidak timbul kekeliruan. Kerana itu antara kaedah cabang kepada kaedah utama itu ialah;

فلم تكن تشرط فى عبادة # لم تشتبه هيئتها بعادة

Tidak disyaratkan niat pada ibadat yang tidak keliru bentuknya dgn adat.

Contoh;

Beriman tidak perlu niat kerana tidak timbul keliru dengan adat. Ini berkaitan dengan syara’, iaitu sah atau tidak. Dari segi akal, memang suatu yang bersifat ikhtiyari iaitu pilihan mesti bermula dengan niat. Ia merujuk kepada salah satu syarat berkaitan niat ialah mengetahui suatu yang diniatkan. Seperti nak niat solat tahu tentang solat.

Dhobith seterusnya. (Maknanya tlh disebutkan sblm ni).

حيثما يشترط التعيين والتعيين لا يشترط تفصيلا فالخطاء فى التفاصيل مبطل

Bila disyaratkan menentukan dan menentukan tak disyaratkan secara terperinci maka kesilapan dalam memperincikan akan membatalkan.

Contoh;

Jika jadi makmum maka disyaratkan niat mengikut imam. Tetapi tak disyaratkan menentukan siapa imam. Lalu jika tentukan saya niat ikut Umar tiba-tiba Usman yang jadi imam, maka batal solatnya. Kaedah cabang kepada kaedah pertama.

Antaranya ialah

كل موضع افتقر الى نية الفرضية افتقر الى تعيينها

Setiap tempat yang perlu kepada niat fardhu maka perlu kepada menentukannya. Kerana Setiap perkara berdasarkan kepada maksudnya atau tujuannya. Bila nak buat tujuan untuk dapat fardhu, maka mesti kepada penentuan tersebut. Baru dapat fardhu itu.

 

Kaedah seterusnya,

اشتراط التعيين فيما يلتبس

Disyaratkan menentukan pada perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan.

Contoh;

Keliru Antara fardhu dengan sunat, qasar dengan tamam dan sebagainya. Tentang niat secara khusus seperti tempat, waktu dan sebagainya, terdapat dalam Nota pdf hadis niat yang saya berikan. Harap boleh rujuk disitu.

 

Kaedah seterusnya,

النية خصصت ما عمم ولم تعمم ما يخص

Niat mengkhususkan suatu yang umum dan tak mengumumkan suatu yang khusus. Hukum adalah berdasarkan kepada apa yang dimaksudkan olehnya.

Contoh 1;

Seorang bersumpah tak akan bercakap dengan sesiapa (umum), dan dia berniat orang itu adalah Zaid. Maka dibataskan hukum itu hanya pada Zaid. Dia hanya tidak boleh bercakap dengan Zaid.

Contoh 2;

Seorang sebut umum kepada isterinya, “saya tinggal awak”. Tapi, dia niat khusus iaitu tinggal dengan makna cerai,maka yang terjadi adalah cerai. Tapi tidak boleh sebaliknya, seperti dia sebut cerai (khusus) tapi niat dia tinggal di rumah sahaja,maka tak jadi yang umum. Jadi yang khusus sahaja.

 

Kaedah cabangan seterusnya.

مقاصد اللفظ على نية اللافظ

Maksud sesuatu lafaz mengikut niat orang yang melafazkan.

Contoh;

Orang yang i’tikaf, dia niat i’tikaf secara mutlak kemudian dia keluar dari masjid. Bila dia nak masuk balik apakah dia perlu memperbaharui niat? Jika ketika keluar dia niat utk kembali semula maka tak perlu niat yang baru. Tetapi, jika tiada sebarang niat maka dia kena perbaharui niat. Ulama mengecualikan satu masalah dari kaedah ini iaitu masalah orang yang bersumpah di hadapan qadhi. Maka pada ketika itu niat yang dipakai ialah niat qadhi.

Dhobith seterusnya

من اتى بشئ مسنون يشتمل عليه منوي قبله فيتادى بذالك المسنون الفرض

Sesiapa yang melakukan sesuatu yang sunat yang sudah terangkum di dalam perkara yang diniatkan sebelumnya, maka jadilah yang disunatkan itu adalah fardhu.

Contoh;

Orang yang solat,niat solat sudah merangkumi pelbagai amalan di dalamnya samaada fardhu atau sunat. Kemudian dia duduk tasyahhud akhir. Dia lupa, lalu dia niat tasyahhud awal. Maka tasyahhud akhir yang wajib itu sah.

Kaedah kedua daripada lima kaedah utama.

اليقين لا يزول بالشك

Yakin tidak boleh hilang dengan sebab syak.

وحََدثَّنَيِ محَُمدَّ بُنُْ أحَْمدَ بَنِْ أبَيِ خَلفٍَ حَدثَّنَاَ موُسَى بنُْ داَودُ حََدثَّنَاَ سُليَمْاَنُ بنُْ بلَِالٍ عَنْ زيَدْ بِنِْ أسَْلمَ عََنْ عَطَاء بِنِْ يسََار عٍَنْ أبَيِ سَعيِدٍ الخُْدرْيِِّ قاَلَ: قاَلَ رسَُولُ اللهَّ صَِلىَّ اللهَّ عَُليَهْ وِسََلمَّ:َ ((إذِاَ شَكَّ أحََدكُمُ فْيِ صَلَاتهِ فِلَمَ يْدَرْ كِمَ صَْلىَّ ثلََاثاً أمَ أْرَبْعَاً فلَيْطَْرحَِ الشَّكَّ ولَيْبَنِْ عَلىَ ماَ اسْتيَقْنََ ثمُ يَّسَْجُد سَُجْدتَيَنِْ قبَلَْ أنَْ يسَُلمِّ فَإَنِْ كاَنَ صَلىَّ خَمسًْا شَفعَنَْ لهَ صَُلَاتَه وُإَنِْ كاَنَ صَلىَّ إتِمْاَماً لَأربْعَ كٍاَنتَاَ ترَغِْيماً للِشَّيطَْانِ)).

Asas kepada kaedah ini ialah hadis diatas. Dan beberapa hadis lain.

Makna hadis : Bila seorang kamu syak dalam solatnya, dia tidak tahu berapa rakaatkah dia dah buat, 3 atau 4, maka
hendaklah dia membuang syak dan bina atas yang yakin. Kemudian sujud dua sujud.

Antara kaedah pecahan.

الاصل بقاء ما كان على ما كان

Asal / ukuran / asas sesuatu kekal mengikut keadaan sebelumnya.

Contoh 1;

Orang yang syak adakah dia berhadas atau tidak, maka hendaklah dia ingat keadaan sebelumnya setakat yang dia ingat. Jika yang akhir dia ingat ialah solat, maka dia masih ada wudhu’. Jika yang akhir dia ingat ialah masuk tandas,  maka dikira tidak ada wudhu’.

Contoh 2;

Dia makan sahur, lalu syak apakah telah terbit fajar atau belum. Maka yang dikira adalah keadaan sebelumnya iaitu belum terbit.

Kaedah pecahan seterusnya

Dari syair.

والاصل فيما اصل الائمة # براءة الذمة يا ذا الهمة

Dan asal mengikut perkara yang dikira sebagai asal oleh imam-imam. Bebas dari sebarang tanggungan wahai orang yang mempunyai hemah.

Kaedah dari Syair

الاصل براءة الذمة

Asal hukum ialah selamat / bebas seseorang dari tanggungan.

Contoh;

A didakwa oleh B bahawa dia menanggung hutang, tapi B tak ada bukti. Maka memadai bagi A bersumpah sahaja untuk melepaskan dirinya. Kerana asal bagi A ialah bebas dari sebarang tanggungan.

Sya’ir seterusnya.

أو فى القليل والكثير حملا # على القليل حسبما تاصلا

Atau pada sedikit dan banyak ditanggungkan kepada sedikit mengikut sebagaimana dijadikan sebagai asal.

Sya’ir tu isyarat kpd kaedah fiqh y berbunyi.

اذا شك أحدكم فى القليل أو الكثير فالأصل القليل اى حمل على القليل

Bila seseorang syak antara sikit atau banyak maka asalnya adalah sedikit iaitu kembalikan kepada yang sedikit.

Contoh;

Seorang solat syak antara 3 @ 4 rakaat,maka ambil yang sedikit iaitu 3.

Contoh;

Seorang syak apakah baru 2 kali dia ceraikan isterinya atau sudah 3 kali tanpa sebarang bukti. Maka kira yang sedikit.

كذلك مما قعدوا الاصل العدم # فاعرف فروع ما يجى وما قدم

Begitu juga antara yang mereka jadikan kaedah ialah asal ialah tiada. Maka ketahuilah furu’ atau cabang-cabang akan datang dan telah lalu.

Sya’ir ini isyarat kpd kaedah cabang seterusnya iaitu

الاصل العدم

Asal bagi sesuatu antara ada dengan tiada ialah tiada. Dari sya’ir yang panjang tu,kaedahnya pendek sahaja.

Contoh;

2 orang kongsi mudharabah.Pemberi modal tanya yang melakukan kerja dan dia kata ada untung,tiba-tiba yang mengusahakan kata tiada. Maka asalnya adalah tiada untung.

Contoh;

Sepasang orang ditangkap dalam kain selimut, lalu dituduh telah berzina, dan tiada bukti. Tapi mereka
nafikan. Maka asalnya antara ada zina dengan tiada zina, jawapannya adalah tiada zina.

Note 62 : Perempuan Yang Haram Dikahwini

0

Bismillah…
Note 62 : Ruj Fiqh Manhaji 2

PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI

1. Pendahuluan :

  Islam mensyariatkan perkahwinan dan ia juga mengharamkan perkahwinan dengan setengah perempuan.

1.1. Mewajibkan pemghormatan dan penghargaan kepada seseorang seperti ibu kandung.

1.2. Tabiat yang sempurna tidak merelakannya, seperti anak perempuan dan anak saudara perempuan sendiri.

1.3. Menjaga maruah diri sebagai tujuan perkahwinan yang tidak tercapai apabila mengahwini perempuan yang mempunyai hubungan kerabat yang terlalu hampir.

1.4. Membina keluarga yang teratur dan tersusun, seperti memgharamkan perkahwinan saudara susuan dan anak saudara susuan.

2. Jenis Pengharaman :

2.1. Haram yang kekal :

  Ialah perempuan yang haram dikahwini selama-lamanya walauapa keadaan sekalipun. Terdapat 3 haram kekal.

2.1.1. Hubungan kerabat :
i. Ibu, nenek dan nenek sebelah kedua ibubapa.
ii. Anak perempuan, cucu perempuan daripada anak lelaki serta cucu perempuan daripada anak perempuan.
iii. Saudara perempuan seibu sebapa.
iv. Anak perempuan daripada saudara lelaki sama ada seibu sebapa.
v. Anak perempuan daripada saudara perempuan seibu sebapa.
vi. Ibu saudara sebelah bapa, saudara perempuan bapa, nenek saudara sebelah bapa.
vii. Ibu saudar sebelah ibu iaitu saudara perempuan, nenek saudara sebelah ibu dan sebelah bapa.

2.2. Hubungan Persemadaan :

  Empat golongan perempuan yang haram dikahwini kerana persemadaan iaitu :

2.2.1. Ibu tiri, nenek tiri sebelah bapa, nenek tiri sebelah ibu. Mereka ni dari keturunan yang haram dikahwini selama-lamanya.

2.2.2. Menantu perempuan, isteri cucu abak lelaki atau anak perempuan. Mereka merupakan isteri jurai keturunan seseorang.

Allah SWT berfirman :
“Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekad isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu.”
Surah Al Nisa : 23

2.2.3. Ibu mertua.

Allah SWT berfirman :
“Dan ibu-ibu isteri kamu.”
Surah Al Nisa : 23

2.2.4. Anak tiri perempuan.

3. Hubungan Penyusuan :

  7 golongan yang haram dikahwini kerana penyusuan :

3.1. Ibu susuan.

3.2. Saudara perempuan susuan

3.3. Anak perempuan dari lelaki susuan.

3.4. Anak perempuan dari saudara perempuan susuan.

3.5. Ibu susuan sebelah bapa, iaitu perempuan yang menjadi saudara susan kepada bapa.

3.6. Ibu saudara susuan sebelah bapa, iaitu perempuan yang menjadi susuan sebelah ibu.

3.7. Anak perempuan susuan iaitu anak perempuan yang menyusu dengan isteri kita, kità ialah bapa susuan kepada anak tersebut.

4. Haram Sementara :

  Bermaksud perempuan yang haram dikahwini untuk sementara waktu atas sebab-sebab tertentu.

i. Bermadu antara dua saudara perempuan.

ii. Bermadu dengan ibu saudara sebelah bapa, ibu saudara sebelah ibu, anak saudara saudara perempuan, anak saudara lelaki, cucu daripada anak tiri dan perempuan.

iii. Berkahwin lebih dari empat orang perempuan.

iv. Mengahwini perempuan musyrik menyembah berhala.

v. Mengahwini perempuan yang bersuami.

vi. Mengahwini orang perempuan yang masih dalam ‘iddah.

vii. Perempuan yang dicerai talak tiga.

Note 61 : Kedudukan Keluarga & Penjagaannya dlm Islam

0

Bismillah…
Note 61 : Al Fiqh Manhaji 2

KEDUDUKAN KELUARGA DAN PENJAGAANNYA DALAM ISLAM

1. Pengertian Keluarga :

  Bapa, ibu, datuk, nenek, anak perempuan dan anak lelaki serta cucu cicit.

2. Keluarga Sebagai Asas Masyarakat :

Allah SWT berfirman :
“(Sebagai) satu keturunan yang sebahagiannya (keturunan) dari orang lain.”
Surah Ali Imran : 34

3. Keprihatinan Islam Terhadap Keluarga :

3.1. Suruhan Berkahwin :

Allah SWT berfirman :
“Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang teruk.”
Surah Al Isra : 32

4. Pensyariatan Hak-hak Suamisteri dan Tanggungjawab Kedua-duanya :

4.1. Mas Kahwin :

Allah SWT berfirman :
“Berikanlah mas kahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikah) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan.”
Surah Al Nisa : 4

4.2. Nafakah :

Allah SWT berfirman :
“Dan kewajipan bapa memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf.”
Surah Al Baqarah : 233

Rasulullah SAW bersabda :
“Kamu wajib memberi isteri isteri kamu nafakah dan pakaian dengan sewajarnya.”
Riwayat Muslim : 1218

4.3. Pergaulan yang baik.

Allah SWT berfirman :
“Dan bergaulah dengab mereka secara patut.”
Surah Al Nisa : 19

4.4.1.Tanggungjawab isteri terhadap suami :

4.4.1.1. Taat kepada perkara bukan maksiat.

Allah SWT berfirman :
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita.”
Surah Al Nisa : 34

4.4.1.2. Tidak membenarkan sesiapa pun masuk ke dalam rumahnya tanpa keizinan dan keredhaan suaminya.

Rasulullah SAW bersabda :
“Kewajipan isteri kamu adalah dengan tidak membenarkan sesiapa yang kamu benci masuk ke dalam rumah kamu.”
Riwayat Muslim : 1218

4.4.1.3. Menjaga kemuliaan, maruah dan harta suami.

4.5. Hak-hak anak dan hak-hak ibubapa :

  Tanggungjawab ibubapa terhadap anak

4.5.1. Nafakah
4.5.2. Memberi pendidikan dan pengajaran yang terbaik dalam hal ibadat dan akhlak.

4.6. Tanggungjawab anak terhadap orangtua:

4.6.1. Taat kepada ibubapa dalam perkara yang bukan maksiat dan berbuat baik kepada keduanya.
4.6.2. Memberi nafakah sekiranya mampu kepada ibubapa yang fakir.

Hadith : “Sebaik-baik makanan seseorang adalah daripada usahanya sendiri, dan anaknya adalah daripada usahanya.”
Riwayat Abu Daud : 3528

Fathul Maqdis : Tanda Ke-5 Serta Kaitan Rome Kristian Dan Yahudi

0

Tanda Ke-5/151: Fathul Baitul Muqaddis

Tanda Kecil Kiamat

 

Hadith dalil:

أتيتُ النبيَّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ في غزوةِ تبوكَ ، وهو في قُبَّةٍ من أُدْمٍ ، فقال : ( اعددْ ستًا بين يديْ الساعةِ : مَوْتِي ، ثم فَتْحُ بيتِ المقدسِ ، ثم موتانِ يأخذ فيكم كقُعَاصِ الغنمِ ، ثم استفاضةُ المالِ حتى يُعْطَى الرجلُ مائةُ دينارٍ فيظَلُّ ساخطًا ، ثم فتنةٌ لا يَبْقَى بيتٌ من العربِ إلا دخلتْهُ ، ثم هُدْنَةٌ تكونُ بينكم وبين بني الأصفرِ ، فيَغدرونَ فيأتونكم تحتَ ثمانينَ غايةٍ ، تحت كلِّ غايةٍ اثنا عشرَ ألفًا ) .

 الراوي : عوف بن مالك الأشجعي المحدث : البخاري

 المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 3176 خلاصة 

 

Terj: Hadith jalur Awf bin Malik al-Asja’iy ra

“Aku mendatangi Rasuulullah صلى الله عليه وسلم pada waktu perang Tabuk. Beliau ada dalam kubah, dan bersabda: “Ada enam perkara menjelang terjadinya Hari Kiamat, yaitu:

1.Kematianku,

2. Dimenangkannya Baitul Maqdis,

3.Binasanya harta seperti halnya penyakit yang menimpa kambing,

4.Membanjirnya harta sehingga seseorang diberi 100 dinar masih marah,

5.Fitnah yang memasuki setiap rumah orang Arab,

6.Perdamaian (gencatan senjata) diantara kalian dan orang-orang Romawi, kemudian mereka mengkhianatinya, lalu mendatangi kalian dengan 80 bendera dan setiap bendera ada 12.000 orang.” HR Bukhari no 3176

 

Semasa Nabi diutuskan, kata Dr al-Arifi, Baitul Maqdis di bawah jajahan takluk Rome Kristian dan Rome adalah kerajaan yang gagah perkasa pada masa itu. Jadi bila Nabi menyatakan akan hal ini, sudah tentu para sahabat akan kehairanan. Begitu juga sekarang, Baitul Maqdis jatuh di tangan Israel dan dengan USA dan kesatuan Eropah dibelakangnya khususnya UK, maka semacam mustahil untuk umat islam membukanya buat kali ketiga. Pembukaan atau penawanan Baitul Maqdis, tanah suci ketiga umat islam adalah tanda Kiamat yang berulang-ulang, kemungkinan besar adalah tiga kali sebelum Kiamat.

 

Syarah Hadith Fathul Baitul Maqdis.

 

Pembukaan atau penaklukan Baitul Maqdis hanya direalisasikan di zaman Umar al-Khattab. Menurut Ibn Kathir (al-Bidaya, jld 7), ia berlaku 16 hijrah, beliau membersihkan Baitul Maqdis dari bid’ah kaum yahudi dan nasara, mengadakan perdamaian dengan kaum yahudi dan nasara dan membangunkan masjid di atas tanah sucinya.  Pembukaan Masjidil Aqsa kali kedua berlaku di zaman Kesultanan Ayyubiah, khususnya ditangan Panglima Salahudin al-Ayubi tahun 583H, yakni 567 tahun kemudiannya. namun soalnya, bila ia akan jatuh sekali lagi ke tangan umat Islam?

Kita memang dah lama dok dalam zon kiamat kecil dan

ini tanda kecik kiamat juga…(cuma ianya bab yang) akan datang

 

 

Pembukaan Baitul Maqdis,

 

Ia tanda kiamat yang berulang, kali pertama jatuh ke tangan Islam, tahun 16 Hijrah, kemudian jatuh kembali ke tangan tentera salib, berjaya dirampas kembali oleh tentera Ayyubiah pimpinan Salahudin dan jatuh kembali ke tangan salibiyah, dan kali terakhir Baitul Maqdis jatuh ke tangan israel tahun 1967. Maka kali ketiga Baitul Maqdis jatuh ke tangan Islam berdasarkan hadith ini:

لا تقومُ الساعةُ حتى يقاتلَ المسلمون اليهودَ فيقتلُهم المسلمونَ حتى يختبئَ اليهودُ من وراءِ الحجرِ والشجرِ فيقولُ الحجرُ أو الشجرُ يا مسلمُ ! يا عبدَ اللهِ ! هذا يهوديٌّ خلفي فتعالَ فاقتلْه إلا الغرْقَدُ فإنه من شجرِ اليهودِ

 الراوي : أبو هريرة المحدث : مسلم

 المصدر : صحيح مسلم الصفحة أو الرقم: 2922

Terj:

Dari Abu Hurairah ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda : “Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka sampai-sampai setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia.’ Kecuali (pohon) gharqad karena ia adalah pohon Yahudi.”

Hadith ni akan dibincangkan dalam tanda kecil Kiamat no 95: umat islam akhir zaman akan membunuh yahudi Israel

 

Penutup: Isu Palestin dan Baitul Maqdis

 

Palestine dikaitkan dengan Baitul Maqdis kerana Palestine adalah yang terakhir memiliki Palestine sebelum ia dijajah oleh British dan dibahagikan kepada israel pada tahun 1948 oleh resolusi PBB.  pada perang 1967, Israel akhirnya menawan Baitul Maqdis dan menjadikan Palestine semuanya di bawah penguasaan israel, yakni Gazzah dan West Bank. Buat masa ni Baitul Maqdis di bawah jagaan bersama kementerian waqaf Jordan. Umat islam yang ingin melawati Baitul Maqdis kena melalui pintu masuk Jordan.

 

Ada dua isu:

 

Pertama: hukum melawat Baitul Maqdis, pendapat pertama dari Dr qardhawi, ialah haram melawat Baitul Maqdis buat masa ini kerana sokongan kepada perjuanan Palestine. melawat Baitul Maqdis bermakna mengiktiraf yahudi sebagai penakluk Baitul Maqdis.

Manakala jumhur ulama, membolehkan kerana ia Tanah Haram ketiga umat Islam dan disamping melihat keadaan dan penderitaan rakyat Palestine di bawah dasar aparteid israel

 

Kedua: Hukum jihad di Palestine, apakah wajar rakyat Palestine memerangi yahudi dalam mereka lemah dan dijajah oleh israel yang memiliki kekuatan senjata yang canggih dan dibantu oleh USA.

 

Juga berlaku perselisihan pendapat, Dr qardhawi menyifatkan ia adalah jihad fi sabilillah kerana mempertahankan hak tanah air dan baitul maqdis, manakala ulama-ulama salafi, misalnya Albani dan ulama saudi, tidak membenarkan jihad senjata terhadap Israel kerana kekuatan persenjataan yang tidak seimbang dan lemahnya umat islam seluruh dunia untuk turut membantu. WA Tamat

Ralat/errata:  Palestine adalah yang terakhir mentadbir Baitul Maqdis sebelum di jajah British

Pengajian 4 : Qawa’id Fiqh

0

10 ilmu yang wajib dikuasai oleh ahli fiqh

Sebelum meneruskan perbahasan qawa’id fiqh. Saya rasa elok juga kita tahu 10 ilmu yang wajib dikuasai oleh ahli fiqh.

 

Pertama,

Mengetahui hukum bagi suatu peristiwa atau masalah samaada berdasarkan nas atau istinbath.

 

Kedua,

Mengetahui al-jam’u wal farqu. Iaitu mengetahui persamaan dan perbezaan.

Mengetahui suatu masalah yang berhimpun dengan masalah yang lain dalam satu hukum dan berbeza dalam hukum yang lain, seperti kafir zimmi dengan muslim. Dalam setengah masalah hukumnya sama tapi dalam masalah yang lain hukumnya berbeza, seperti juga masalah anak kecil dengan yang baligh.

Kadang-kadang dalam 2 masalah, berlaku percanggahan antara nak jam’u dan farqu – memerlukan kefahaman kaedah fiqh. Budak kecil dengan yang dah baligh sama hukum dalam masalah wajib zakat. Tapi dalam masalah solat dibezakan hukum, itu yang jelas. Mungkin boleh timbul hukum yang susah untuk diberikan untuk kedua-duanya antara jam’u dan alfarq.

 

Ketiga,

بناء المسائل بعضها على بعض

Mengasaskan / membina masalah-masalah sebahagian atas sebahagian yang lain. Seperti dua pendapat imam, daripada ayat :

او لامستم النساء

Jika ia dgn maksud menyentuh lalu membatalkan wudhu’.

  1. Pendapat tidak membatalkan wudhu’ bersentuh dengan mahram kerana ia bukan merupakan tmpt syahwat.
  2. Membatalkan semua sekali krn ayat itu umum.

Kedua-dua pendapat imam itu diasaskan daripada 2 qaul / pendapat imam iaitu;

  1. Boleh disimpulkan daripada sesuatu nas sesuatu makna yang boleh mengkhususkan suatu nas. Seperti di sini boleh disimpulkan satu makna, iaitu ia berkaitan dengan yang boleh menimbulkan syahwat – maka makna itu mengkhususkan nas itu lalu batal wudhu’ hanya kepada yang ada kemungkinan syahwat.
  2. Tidak harus disimpulkan dari nas satu makna yang boleh mengkhususkan nas.

 

Keempat,

المطارحات

Daripada kalimah طرح

Makna campak. Iaitu beberapa masalah-masalah yang rumit yang dicampakkan / dikemukakan untuk mengasah fikiran.

Contoh – seorang kemukakan masalah untuk yang lain jawab.

Seorang rampas hamba perempuan, dia jual, pembeli buntingkan hamba itu, tuan asal hamba itu tahu dan dia tuntut lalu dapat semula kepada dia, kemudian hamba itu mati ketika melahirkan anak. Siapa yang kena bayar ganti rugi hamba itu.

 

Kelima,

المغالطات

Menjerumuskan dalam kesilapan. Maknanya dari segi fekah. Seorang alim mengemukakan kepada seseorang atau jamaah dengan maksud untuk menguji atau menjatuhkan kesilapan dalam menjawab. Seperti contoh, jawapan sepatutnya detail tapi dijawab ringkas atau sebaliknya.

Contoh;

Seorang rampas gandum pada zaman ia mahal. Pada masa murah tuannya tuntut gantirugi. Adakah dia nak tuntut sebanyak yang dirampas atau nilai? Siapa yang jawab dengan sama banyak, maka dia silap begitu juga jika jawab dengan nilai. Kerana ia perlukan perincian. Jika gandum itu rosak dalam tangan perampas sebelum dibuat sesuatu seperti ianya terbakar, maka kena bayar sebanyak itu juga. Jika sudah dikisar, uli, buat roti maka kena bayar nilai. Kerana kisar, uli buat roti dikira sebagai benda jenis nilai.

Itu pandangan yang dinukilkan oleh Abu Said Al-Harawi. Dalam asybah wannazair as-subki kemukakan 1 contoh; Seorang lelaki kata kepada isterinya yang keluar untuk tujuan fasad. Jika engkau tidak membenarkan aku cerita yang engkau keluar untuk tujuan tersebut, maka jatuh talak. Jadi isteri kalau silap jawab, jatuh talak dan silap juga boleh jadi nusyuz. Isteri kena bijak jawab dan ahli fiqh juga kena bijak nak selesaikan kes mcm ni.

 

Keenam,

الدوريات

Masalah yang berpusing-pusing. Iaitu masalah yang berputar, bila dikatakan sahih ia akan membawa kepada membatalkan atau merosakkannya. Dan begitu jg sebaliknya. Atau bila kita menyabitkan suatu masalah ia akan membawa kpd menafikannya.

Ia terbahagi kepada 2 hukmiyyah dan lafziyyah.

  1. Berlaku daur atau pusingan pdnya drpd hukum syara’.
  2. Yang berlaku daripada lafaz yang disebutkan oleh seseorang.

Ia byk berlaku pada masalah cerai, wasiat, merdekakan hamba.

Contoh 1;

Seorang tuan beri izin kepada hambanya untuk kawin dengan mas kahwin RM 1,000 dan dia jamin untuk bayar. Lepas tu dia jual hamba tu kepada isteri hamba dia tu sebelum dukhul dengan duit seribu itu. Maka tak sah jual beli tu. Kerana, kalau kita kata jual beli itu sah, maka wanita tu akan memiliki suaminya. Bila begitu maka batallah nikah tu. Sebab wanita tidak boleh kahwini hamba lelaki. Bila batal nikah dari pihak wanita maka gugurlah mahar. Bila gugur mahar itu maka batallah harga itu. Bila batal harga yang diakadkan maka batallah jual beli. Jadi mengharuskan jual beli itu akan membatalkannya.

Contoh 2;

Suami kata kepada isterinya, kalau aku ceraikan kau bermakna engkau telah diceraikan 3 talak sebelumnya. Kemudian diapun menceraikan isterinya. Beberapa pendapat syafi’eyyah.

Talak tak jatuh langsung kerana beramal dengan daur ini (masalah yang berputar) mengatakannya sah. Kerana kalau talak itu berlaku bermakna telah jatuh sebelumnya 3 talak. Pada ketika itu tak berlaku talak tersebut kerana telah jatuh talak baain.

 

Ketujuh,

Al-alghaz (teka teki). Dikemukakan suatu masalah dalam bentuk teka teki untuk dijawab oleh seseorang ahli fekah.

Contoh;

Masalah yang dikemukakan itu ialah,

  1. Siapa yang kerana orang lain mati, maka dia kena qadha solat mungkin untuk beberapa tahun?
  2. Apakah benda yang dirosakkan oleh muhrim (org yang masih pakai ihram) lalu muhrim tu kena bayar 2 denda?

*Jawapan yang pertama: Ummu walad. Seorang hamba perempuan yang telah digauli tuannya hingga dapat anak. Kematian tuannya di tempat yang lain beberapa lama tapi tak diketahui. Dalam tempoh itu dia bersolat dengan menampakkan rambut. Maka solatnya tak sah dan kena qadha balik.

 

Kelapan,

الحيل

Helah-helah. Iaitu kepintaran dlm mengatur urusan, tajam pemerhatian dan memusingkan fikiran hingga mencapai maksud.

Al-Hamawi berkata, maksud helah dalam fiqh ialah seseorang mempunyai suatu masalah dalam agama lalu berusaha untuk memperolehi kelepasan dalam masalah itu dengan ikhlaskan diri kepada Allah. Melepaskan diri dari masalah itu hanya diperolehi dengan kepintaran, perhatian yang dalam. Kerana itu dinamakan helah. Ringkasnya maksud helah ialah mencari jalan utk menyelesaikan sesuatu masalah tanpa bercanggah dengan syara’.

Contoh;

Jual beli bahan riba dengan jenis yang sama secara berlebih kurang. Asalnya tidak dibolehkan. Helahnya ialah dengan pihak 1 beli emas dari pihak 2 dengan beberapa dirham, kemudian pihak 1 jual pula emasnya kepada pihak 2 dengan dirham.

Contoh yang mungkin masih ada lagi masyarakat kita buat ialah bayaran zakat dengan makanan asasi. Maka mereka buat supaya boleh bayar dengan duit maka pihak amil sediakan beras. Lalu dia jualkan kepada pembayar kemudian pembayar bayar zakat dengan beras tersebut dan ianya berulang-ulang.

Contoh lain, seseorang yang nak mengelak dari kena zakat binatang ternakan,dia jual hingga kurang dari nisab ditengah-tengah haul. Kemudian, tu beli balik dan perkiraan haul baru bermula semula. Perbuatan ini makruh kerana mengelak dari melakukan qurbah kepada Allah.

 

Kesembilan,

معرفة الافراد

Iaitu mengetahui pendapat yang ganjil bagi ashab / ulama pengikut mazhab seperti syafie. Seperti fidyah solat bagi orang yang telah mati. Itu adalah pendapat ganjil dari imam Subki yang berbeza dgn ashab lain.

 

Kesepuluh,

Mengetahui dhobith-dhobith yang menghimpunkan beberapa masalah dari satu bab dan mengetahui  setiap kaedah yang terangkum di bawahnya kaedah-kaedah yang lain,dan kaedah-kaedah yang mengembalikan furu’ @ masalah kepadanya. Iaitu mengeluarkan furu’ daripadanya.

Yang dikatakan dhobith ialah – Satu kaedah yang khusus dengan 1 bab sahaja dan dengan maksud menghimpunkan @ menyusun beberapa bentuk masalah yang serupa.

Contoh;

كل كفارة سببها معصية فهي على الفور

Setiap kaffarah yang sebabnya adalah maksiat maka mesti disegerakan. Kaedah ini khusus utk bab kaffarah tapi merangkumi beberapa jenis masalah seperti zihar, bunuh, hubungan suami isteri siang ramadhan. Begitu juga sumpah dengan maksiat. Berbeza dengan kaedah, kerana ia merangkumi banyak bab seperti kaedah yang telah disebutkan sebelum ini.

Maksud daripada yang ke-10 itu ialah;

  1. Mengetahui dhobith seperti dhobith yang telah dikemukakan di mana denganya mudah untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan diqiyaskan kepada masalah yang lain yang boleh diletakkan di bawah bab yang sama.
  2. Mengetahui kaedah di mana di bawahnya terdapat / keluar kaedah yang lain.

Seperti kaedah,

اليقين لا يزول بالشك

Yakin tak hilang dgn suatu y syak @ diragui. Kemudian datang suatu masalah yang boleh dimasukkan dalam kaedah tersebut tapi tidak dapat diselesaikan dengannya, seperti masalah seorang yang waswas dalam wudhu’ bila nak basuh kaki asyik lupa apakah dah basuh muka atau belum.

Terdapat beberapa kaedah di bawah kaedah di atas yang boleh digunakan untuk masalah tersebut, tapi kaedah manakah yang sesuai untuk digunakan untuk menyelesaikan masalah itu dan kaedah itu boleh dirujukkan kepada kaedah asal  di atas.

Antara yang boleh digunakan ialah;

اذا تعارض الاصل والظاهر وللظاهر عاضد قدم الظاهر

Bila bercanggah asal dan zohir dan zohir mempunyai penyokong maka didahulukan zohir.

 

Note 60 : Nikah

0

Bismillah..
Note 60 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

NIKAH

1. Pegertian Nikah : dari segi bahasa ialah dakap dan bertaut. Sementara nikah dari segi syaraa ialah adaq yang mengharuskan hubungan suamisteri yang dibenarkan oleh syaraa.

Allah SWT berfirman :
“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu mencampurinya, maka sekali-kali tidak wajib atas mereka iddah bagimu yang kamu minta menyempurnakannya.”
Surah Al Ahzab : 49

2. Pensyariatan Nikah :

Allah SWT berfirman :
“Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat.”
Surah Al Nisa : 4

3. Galakan Bernikah :

  Banyak kebaikan dan faedah, malah Islam mengalakkan perkahwinandan mendorongkan umatnya agar berkahwin.

Rasulullah SAW bersabda :
“Dunia merupakan keseronokan sementara dan keseronokan yang paling baik ialah wanita yang solehah.”
Riwayat Muslim : 1467

“Empat perkara yang merupakan sunnah para rasul, iaitu sifat malu, berwangi-wangian, bersugi dab nikah.”

Riwayat Al Tarmizi : 1080

4. Hikmah Pensyariatan Nikah :

4.1. Mematuhi keperluan fitrah manusia.

Rasulullah SAW bersabda :
“Nabi SAW melarang seseorang membujang kerana beribadah.”
Riwayat Al Tarmizi : 1082

4.2. Mengembangkan masyarakat Islan dengan keturunan yang soleh dan generasi terdidik.

Rasulullah SAW bersabda :
“Kahwinilah wanita yang subur dan penyayang, sesungguhnya aku berbangga dengan umat yang ramai pada hari Kiamat.”
Riwayat Abu Daud : 2050

4.3. Mewujudkan ketenangan jiwa dan ketenteraman rohani.

4.4. Memerlihara daripada kemerosotan dan keruntuhab akhlak.

  Apabila manusia dilarang daripada perkahwinan yang disyariatka , mereka akan terdorong untuk melepaskan nafsu secara yang dilarang oleh agama.

4.5. Memerlihara Generasi Manusia yang sejahtera.

Allah SWT berfirman :
“Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia.”
Surah Al Baqarah : 143

4.6. Mengembangkan Kekeluargaan dan Mengeratkan semangat bekerjasama.

  Suamisteri saling berkerjasama. Isteri akan membantu suaminya seperti menguruskan makan, minum, pakaian, tempat tinggal, mendidik anak2,  serta menjaga rumahtangga. Si suami pula memenuhi keperluan isteri, seperti memberi nafkah, melindungi, memerlihara dan menjaga maruahnya.

5. Hukum Nikah menurut Syara

5.1. Sunat Berkahwin : mempunyai keinginan, memiliki perbelanjaan dan nafakah, iaitu mas kahwin dan sara hidup dirinya sendiri serta pasangannya.

5.2. Sunat Tidak Berkahwin : makruh berkahwin  bagi seseorang yang mempunyai keinginan, tetapi tidak memiliki perbelanjaan nikah dan nafakah. Dia hendaklah menjaga diri dengan beribadah dan puasa.

5.3. Makruh : seseorang itu tidak perlu kepada perkahwinan. Tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin disebabkan oleh faktor semulajadi, penyakit atau tidak mempunyai perbelanjaan.

5.4. Afdal Tidak Berkahwin : seseorang memilik kemampuan kewangan tetapi tidak berhajat kepada perkahwinan kerana tiada keinginan, disamping sibuk beribadat atau menuntut ilmu.

5.5. Afdal Berkahwin : seseorang yang tidak kuat beribadat atau menuntut ilmu bahkan berkemampuan untuk berkahwin tetapi tidak memerlukannya, afdal baginya berkahwin agar kelapangan masa itu tidak mendorongnya melakukan perkara yang keji.

Hadis 16 : Cop Kenabian Dan Ru’yah Dengan Air Wuduk

0

جَاءَ فِي خَاتَمِ النُّبُوَّةِ

Bab: Apa yang datang berkenaan cop kenabian

 

Hadis 16

 

16- حَدَّثَنَا أَبُو رَجَاءٍ قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا حَاتِمُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ، عَنِ الْجَعْدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، قَالَ: سَمِعْتُ السَّائِبَ بْنَ يَزِيدَ، يَقُولُ: ذَهَبَتْ بِي خَالَتِي إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ ابْنَ أُخْتِي وَجِعٌ. فَمَسَحَ رَأْسِي وَدَعَا لِي بِالْبَرَكَةِ، وَتَوَضَّأَ، فَشَرِبْتُ مِنْ وَضُوئِهِ، وَقُمْتُ خَلْفَ ظَهْرِهِ، فَنَظَرْتُ إِلَى الْخَاتَمِ بَيْنَ كَتِفَيْهِ، فَإِذَا هُوَ مِثْلُ زِرِّ الْحَجَلَةِ.

 

16- Telah bercerita kepada kami Abu Raja’ Qutaybah bin Sa`id, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Hatim bin Isma`il, daripada Al-Ja`d bin `Abdi r-Rahman, dia berkata: Saya telah mendengar As-Sa’ib bin Yazid, dia berkata: Makcik saya telah pergi bersama saya kepada Nabi, maka dia telah berkata: Ya Rasula Llah, sesungguhnya anak saudara perempuan saya sakit. Maka dia telah memegang kepala saya dan dia telah berdoa untuk saya dengan barakah, dan dia telah berwudhu’, kemudian saya telah minum daripada air wudhu’nya, dan saya telah berdiri di belakang badannya, maka saya telah melihat kepada cop di antara dua bahunya. Saya dapati ia seperti butang khemah.

 

Syarah Adou_Fr:

 

Hadis ini diriwayat oleh Imam At-Tirmizi dalam Sunannya [At-Tirmizi/ 3643] dan di sini, disebut kunyah bagi Qutaybah iaitu Abu Raja’. Hadis yang sama diriwayatkan dalam [Al-Bukhariy/ 6352] dan [Muslim/ 2346] dengan lafaz hadis yang sama dari awal hadis hingga ke hujungnya. Justeru, diketahuï bahawa Qutaybah bin Sa`id ialah guru bagi Imam Al-Bukhariy, Imam Muslim dan Imam At-Tirmizi.

 

Hadis ini menunjukkan satu perkara yang besar iaitu apakah yang perlu dilakukan bagi orang yang sakit, terutama kanak-kanak. Apabila As-Sa’ib bin Yazid sakit, makciknya membawanya berjumpa dengan Rasulu Llah. Justeru ini menjadi dalil bahawa boleh berjumpa orang yang salih apabila sakit. Walau bagaimanapun, kaedah perubatan ini hendaklah diambil sepenuhnya seperti dalam hadis, iaitu:

 

1- Membawa orang sakit berjumpa dengan orang `alim.

2- Orang `alim menyentuh bahagian tertentu dan mendoakan pesakit.

3- Orang `alim berwudhu’ di dalam bekas seperti besen.

4- Orang sakit minum air bekas wudhu’ di dalam besen itu.

 

Dengan menggunakan kaedah perubatan seperti ini, seseorang tidak boleh mengambil upah, kecuali hanya apabila pesakit itu sembuh. Dan dalam perubatan Islam yang sebenar, pesakit akan sembuh dengan satu kali rawatan, serta-merta. Justeru, terdedahlah penipuan ramai orang yang mendakwa sebagai perawat atau pengamal perubatan Islam, yang menipu orang ramai atas nama agama. Antara kesalahan mereka ialah mengambil upah walaupun pesakit tidak sembuh. Kadangkala mereka tidak meminta, tetapi diubah nama sebagai duit kopi, atau duit minyak. Dalam perubatan Nabawi, hanya apabila pesakit sembuh, barulah si perawat layak dibayar upah.

Apabila dengan satu kali pengubatan – iaitu dengan cara berdoa dan minum air seperti ini – tidak sembuh, maka perawat itu sebenarnya tidak akan mampu mengubati orang yang sakit itu, dan orang yang sakit tersebut hendaklah bertemu dengan ahli perubatan seperti doktor, dan memulihkan sakitnya dengan ubat dan prosedur kedoktoran, atau dia hendaklah berjumpa dengan perawat lain. Jika dengan sekali pengubatan – secara Islam ini – pesakit masih belum sembuh, dan si perawat berulang kali meminta pesakit datang bertemu dengannya, itu adalah satu penipuan, kerana si perawat sebenarnya tidak mampu merawat dan mengubat!

 

Selain itu, perubatan Islam tidak menggunakan barang-barang tambahan. Ia hanya bacaan doa atau ayat Al-Qur’an, dan disapu kepada tubuh pesakit. Berhati-hatilah apabila ada perawat yang menggunakan lada hitam, atau bawang, atau bahan-bahan tambahan lain, kerana itu bukan lagi perubatan Nabawi, sebaliknya sudah bercampur dengan budaya bukan `Arab.

 

Hadis menyatakan bahawa Nabi berwudhu’ dan air wudhu’nya itu diminum oleh As-Sa’ib bin Yazid yang sedang sakit. Hal ini sangat asing bagi kita di alam Melayu, iaitu untuk minum sisa atau baki air wudhu’ – yang dipanggil (وَضُوء) wadhu’ –. Lebih asing lagi, sangat jarang kita menadah air wudhu’ kita, dan hal ini sangat sukar untuk dilihat dalam masyarakat. Sebenarnya, minum sisa wadhu’ ini adalah sunnah, sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis sahih bahawa Nabi, apabila dia habis daripada bersucinya, dia mengambil daripada lebihan air bersucinya dengan tapak tangannya dan meminumnya. Justeru, adalah sunnah untuk setiap daripada kita meminum lebihan air wudhu’ sendiri.

 

Dalam hadis ini, As-Sa’ib bin Yazid meminum lebihan wadhu’ Nabi. Hal ini bukanlah untuk keberkatan, kerana tidak diriwayatkan sesiapa dari kalangan sahabat yang meminta lebihan wadhu’ Nabi untuk diambil berkat dan diminum. Namun, ia adalah sebagai satu kaedah rawatan, iaitu seseorang yang salih memberikan lebihan wadhu’nya kepada orang yang sakit untuk diminum, dan hal ini tidak khusus untuk Nabi, sebaliknya umum untuk semua.

 

Sesetengah orang yang jahil atau para pelampau agama mungkin menyalahgunakan hadis ini sebagai jalan untuk menjual agama dengan harga yang sedikit. Mereka mungkin menjadikan ritual meminum air basuhan kaki guru sebagai tanda ketaatan murid kepada gurunya. Hal ini batil, kerana ia air lebihan wudhu’, bukan air basuhan kaki semata-mata. Malah, minum lebihan wadhu’ bukan tanda ketaatan atau apa-apa, kecuali ia sebagai satu kaedah perubatan. Maka tersilaplah golongan jahilin yang cuba mencari keberkatan tanpa haq, sedangkan para sahabat, mereka melakukan yang haq untuk mendapat berkat.

 

Begitulah indahnya apabila kita mendalami sunnah, kerana akan kelihatan banyak kejahilan dalam amalan dan pemikiran masyarakat di sekeliling kita, sehingga kita perlu memutuskan dengan nekad, sama ada kita mahu mengikut sunnah, atau kita mahu melarut dalam masyarakat dan menurut kejahilan mereka. Semoga Allah menyinarkan hati kita dengan sunnah, dan kita pula mendapat faedah daripada sunnah Nabi-Nya.

 

Dalam hadis ini, apakah sebenarnya yang dilakukan oleh Nabi itu? Bagaimanakah air wudhu’nya menjadi kaedah rawatan? Sebenarnya, hal ini sangat mudah. Caranya, seseorang yang salih berwudhu’ dengan menggunakan air di dalam besen – atau sebarang bekas yang boleh menakung air –. Dia hendaklah berwudhu’ seperti yang datang di dalam sunnah iaitu dengan membasuh dahulu tangannya tiga kali sebelum menyentuh air itu. Setelah itu, dia menceduk air dengan tangan kanannya, dan memasukkan air ke dalam mulut, diikuti dengan memasukkan air ke dalam hidung. Dia menghirup air itu dengan hidung dan mengeluarkannya semula, begitu juga dengan air dari dalam mulutnya, ke dalam besen semula. Setelah itu, dia memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam besen, dan dia merapatkan kedua-dua tapak tangannya itu, dan dia menceduk air dan membasuh mukanya. Setelah itu, dia memasukkan tangan kirinya, menceduk air dan membasuh tangan kanannya sehingga ke siku, diikuti dengan memasukkan tangan kanannya ke dalam besen, menceduk air dan membasuh tangan kirinya sehingga ke siku. Setelah itu, dia memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam air, merapatkannya, menceduk air, membiarkan air itu jatuh semula ke dalam besen, dan dia meletakkan kedua-dua tangannya di hadapan kepala, terus ke belakang sehingga hampir ke leher, dan berpatah balik sehingga ke hadapan kepala semula. Dia membasuh kepala sebanyak satu kali. Setelah itu, dia menceduk air dengan tangan kiri, dan membasuh kakinya yang kanan, diikuti dengan menceduk air dengan tangan kanan, dan membasuh kakinya yang kiri. Setelah itu, dia membaca tasyahhud atau dua kalimah syahadah. Air di dalam besen itulah yang diambil untuk perubatan Islam, iaitu air yang telah digunakan untuk mengambil wudhu’ – dengan cara yang diajarkan oleh Nabi – dan masih berbaki di dalam bekas.

 

Walaupun pada zaman ini, rata-rata orang berwudhu’ dengan menggunakan air paip. Namun, kaedah berwudhu’ dengan menggunakan bekas juga hendaklah dipelajari, kerana nilai pengubatan yang ada. Air yang masih bersisa inilah yang diberi minum kepada orang yang sakit, malah adalah sunnah untuk setiap daripada kita minum air lebihan wudhu’ ini.

 

Jelas bahawa air lebihan wudhu’ seperti ini tidak najis, malah ia adalah suci hingga boleh diminum. Sungguhpun pada mata Melayu dan lidah Melayu, air itu akan dianggap kotor atau tidak bersih, namun, inilah yang perlu dibetulkan dalam budaya Melayu, demi kembali kepada sunnah dan mengikut petunjuk Nabi. Tidak perlu segan, tidak perlu geli, tidak perlu berasa sangsi untuk mengikut sunnah minum air lebihan wudhu’ ini, malah ia adalah satu kemuliaan dapat mengikut sunnah, dan mempunyaï nilai pengubatan seperti dalam hadis.

 

Daripada cara berwudhu’ yang dinyatakan di atas, yang diambil daripada hadis-hadis sahih tentang cara berwudhu’ Nabi, maka terbatallah apa yang disebut sebagai air musta`mal, kerana hadis menyebut beginilah cara wudhu’ Nabi, iaitu dengan memasukkan tangan ke dalam bekas, dan air itu digunakan sehingga selesai wudhu’, malah disunnahkan untuk diminum. Maka tiada sebarang soalan pertikaian wajar ditanya, melainkan “Kami dengar dan kami ta`at”.

 

Dalam hadis ini, rawi bernama As-Sa’ib bin Yazid menceritakan pemerhatiannya terhadap tubuh Nabi, iaitu bahagian belakang tubuh Nabi. Secara nyata, ketika itu, Nabi tidak berbaju sehingga bahagian belakangnya dapat dilihat! Yang dilihat As-Sa’ib ialah suatu daging yang berbulu, atau untuk lebih mudah untuk kita fahami, tahi lalat hidup yang sebesar butang khemah.

 

Perkataan (الْحَجَلَة) khemah jama`nya ialah (الْحِجَال) khemah-khemah, ia ialah rumah seperti kubah yang mempunyaï butang-butang yang besar dan lubang-lubang butang. Dan inilah pengertian yang benar bagi (زر الحجلة) iaitu butang khemah. Telah tersilap mereka yang memahami kalimah ini sebagai “telur burung hajalah”, kerana ia diinkari oleh para `ulama’. Malah, Imam At-Tirmizi sendiri dalam Sunannya, apabila dia menyebut: (الزِّرُّ: يُقَالُ بَيْضٌ لَهَا) Az-Zirr: dikatakan sebagai telur baginya, dia menyebut (غريب من هذا الوجه) gharib dari jalan ini. Ini ialah isyarat bahawa tambahan ini adalah sesuatu yang gharib – iaitu tidak sahih – dan ia bersalahan dengan apa yang lebih kuat.

 

Rawi bernama As-Sa’ib bin Yazid ini lahir pada tahun 2 Hijrah. Dia pernah berkata: Bapa saya telah berhaji bersama saya bersama Nabi ketika saya berusia tujuh tahun. Justeru, hadis ini diriwayatkan oleh seorang budak lelaki yang berusia tidak lebih tujuh tahun!

Lihatlah betapa bagusnya kanak-kanak generasi terdahulu, sehingga dia mampu mengingati apa yang berlaku dan meriwayatkan hal itu kepada orang lain. Dan sebagai anak kecil, dia mensifatkan cop di belakang tubuh Nabi dengan sesuatu yang biasa di sekelilingnya iaitu butang yang terdapat pada khemah!

Bekas wuduk
Contoh bekas yang boleh digunakan untuk berwudhu’

 

Contoh berwudhu’ menggunakan bekas. Air di dalam bekas itu kemudian disunnahkan untuk diminum sedikit, dan boleh digunakan untuk pengubatan.
Contoh berwudhu’ menggunakan bekas. Air di dalam bekas itu kemudian disunnahkan untuk diminum sedikit, dan boleh digunakan untuk pengubatan.

Note 59 : sambungan Kaffarrah

0

Bismillah…
Note 59 : sambungan note 58

3. Kaffarah Tidak Mampu berpuasa bagi Orang Tua:

  Tidak mampu berpuasa dan kena berbuka, wajib menunaikan kaffarrah iaitu memberi makanan kepada fakir miskin secupak makanan asasi negeri.

3.1. Kaffarrah kerana Berbuka bagi Wanita Yang Hamil dan Sedang Menyusukan Anak :

  Wanita yang sedang hamil berbuka puasa kerana bimbang akan keguguran dan wanita yang menyusukan bayi berbuka puasa kerana bimbang susu badanya berkurangan serta menjejaskan kesihatan anaknya.

3.2. Kaffarrah Kerana Kesalahan yang Dilakukan Ketika Mengerjakan Ibadah Haji :

  Kaffarrah dalam ibadah haji ialah dam wajib atau sesuatu yang mengantikannya.

3.2.1. Dam Tartib dan taqdir
3.2.2. Dam Takhyir dan Taqdir
3.2.3. Dam Takhyir dan Ta’dil
3.2.4. Dam Tartib dan Ta’dil
3.2.5. Dam Tartib dan Ta’dik yang Lain.

3.3. Kaffarrah Melanggar Sumpah :

i. Merdekakan seorang hamba yang beriman.
ii. Memberi makanan yang mengenyangkan kepada 10 orang miskin dengan memberi makanan yang serdahana, yang biasa diberikan oleh seseorang kepada keluarganya.
iii. Memberi pakaian kepada sepuluh orang miskin seperti kain, stoking, penutup kepala tanpa mengira bentuknya.

3.4. Kaffarrah Tidak Menunaikan Nazar :

  Kaffarrah melanggar sumpah adalah memerdekakan seorang hamba atau memberi makanan kepada 10 orang fakir miskin.

3.5. Kaffarrah Zihar :

  Apabila si suami menyamakan pemgharaman kepada isterinya dengan mahramnya seperti ibunya dan saudara perempuannya.

3.6. Bentuk Kaffarrah Zihar :

  Berdasarkan kemampuan mengikut urutan:

i. Merdekakan seorang hamba yang beriman, yang tiada kecacatan yang menghalangnya u tuk berusaha atau tidak mampu mendapatkannya.

ii. Puasa dua bulan berturut-turut sekiranya ketiadaan hamba sebagaimana hari ini atau tidak mampu mendapatkannya.

iii. Memberi makanan kepada 60 orang miski  sekiranya tidak mampu berpuasa dua bulan berturut-turut kerana tua atau sakit.

3.7. Kaffarrah Kerana Membunuh :

i. Memerdekaka  seorang hamba yang beriman dan tidak cacat, yang menghalangnya berkerja dan berusaha.

ii. Berpuasa dua bulan berturut-turut sekiranya tiada hamba atau tidak mampu mengerjakannya.

3.8. Kaffarrah Melakukan Hukum Hudud :

  Melakukan sesuatu dosa ditetapkan balasan dab hukumannya oleh agama seperti membunuh, mencuri, menuduh zina dan minum arak seterusnya dikenakan hukuman di dunia. Allah SWT tidak mencelanya di akhirat walaupun dia tidak bertaubat.

3.9. Dalil Kaffarrah Ini :

Daripada Ali R.A, Rasulullah SAW penah bersabda : “Sesiapa yang melakukan kesalahan, lalu disegerakan hukumannya didunia, maka Allah Maha Adil untuk menghukumnya di Akhirat. Sebaliknya sesiapa yang melakukan kesalahan, lalu dirahsiakan dan diampunkan oleh Allah, maka Allah Maha Mulia untuk kembali membalas sesuatu yang telah diampuni-Nya.”
Riwayat Al Tarmizi : 2628

Note 58 : Kaffarrah

0

Bismillah…
Note 58 : ruj Al Fiqh Manhaji 2

KAFFARRAH

1. Pengertian Kaffarrah

  Dari perkataan Al Kafru bermaksud menutup. Kerana ia menutup dosa sebagai keringanan daripada Allah SWT.

2. Dalil Pensyariatan Kafarrah

2.1. Dalik Al Quran :

Firman Allah SWT :

“Maka dendanya memberi makan 10 orang miskin.”
Surah Al Maidah : 89

2.2. Dalil Al Sunnah:

Rasulullah SAW bersabda :
“Kaffarrah nazar sama dengan kaffarrah brsumpah.”
Riwayat Muslim : 1645

2.3. Hikmah Pensyariatan Kaffarah :

  Menutup kecacatab perbuatan seserang iaitu dengan membaiki kerosakan, membetulkan kesilapan dan menghilangkan kesan-kesan buruk daripada perbuatannya.

  Contohnya, membunuh tanpa sengaja, kaffarrahnya adalah dengan memerdekakan hamba.

2.4. Kaffarrah Kerana Membatalkan Puasa Ramadhan dengan Bersetubuh :

2.4.1. Memerdekakan seorang hamba sama ada lelaki atau perempuan.
i. Hamba yang beriman.
ii. Tiada sebarang kecacatan menghalangnya bekerja dan berusaha, seperti buta, lumpuh dan seumpamanya.

2.4.2. Berpuasa selama dua bulan berturut-turut.

2.4.3. Memberi makan kepada 60 orang miskin. Setiap orang secupak makanan asasi negeri berkenaan.

2.5. Orang yang Wajib Kaffarah :

  Kerana membatalkan puasa bulan Ramadhan wajib ke atas suami sahaja dan tidak wajib ke atas isteri walaupun dia sedang berpuasa.

2.5.1. Syarat Wajib Kaffarrah :

i. Sedar yang dia wajib berpuasa.
ii. Tahu hukumnya haram.
iii. Tiada keringanan baginya sama ada musafir ataupun sakit.

2.6. Niat Melakukan Kaffarrah :

  Wajib berniat menunaikan kaffarrah, iaitu bernuat memerdekakan hamba atau berpuasa, atau memberi makanan kerana menunaikan kaffarrah. Kerana kaffarrah ialah hak harta atau hak badan yang wajib dibersihkan.

2.7. Wajib Qadha dab Kaffarrah :

  Wajib ke atas suami, disamping menunaikan kaffarrah, mengqadha puasanya yang terbatal dengan persetubuhan.

2.8. Berbilang Kaffarrah :

  Bilangan puasa yang batal dalam bulan Ramadhan disebabkan persetubuhan. Jika persetubuhan itu berlaku 2 hari dalam bulan Ramadhan, dia dikenakan 2 kaffarrah disamping qadha puasanya.

2.9. Dalil wajib Kaffarrah berdasarkan hadis Nabi SAW. Riwayat Al Bukhari ayat 1834.

2.10. Kaffarrah Bagu Musafir, Orang sakit yang Tidak Mengqadha Puasa Pada Tahub yang Sama :

  Tidak berpuasa bulan Ramadhan kerana musafir atau sakit, wajib memgqadha puasanya pada tahun yang sama.

Allah SWT berfirman :
“Maka diantara kamu yang sakit atau dalam musafir,(boleh dia berbuka) kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain.”
Surah Al Baqarah : 184

Popular

Iklan

Iklan