Utama Bilik (78) Bulughul Maram & Fathul Bari Hadis 15-17 : Bab Makanan 2 Alam, Darah Dan Serangga

Hadis 15-17 : Bab Makanan 2 Alam, Darah Dan Serangga

6140
0
Iklan

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم

اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي 

أما بعد،

Seperti biasa mulakan dengan berdoa pada Allah supaya menambah kefahaman ilmu dan taufiq hidayah.. Allah Maha Dengar lagi Maha Mengetahui.

 

 

Buka hadis 15

 

وَعَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُحِلَّتْ لَنَا مَيْتَتَانِ وَدَمَانِ. فَأَمَّا الْمَيْتَتَانِ : فَالْجَرَادُ وَالْحُوتُ وَأَمَّا الدَّمَانِ : فَالطِّحَالُ وَالْكَبِدُ أَخْرَجَهُ أَحْمَدُ وَابْنُ مَاجَهْ وَفِيهِ ضَعْفٌ

 

Ibnu Umar Radliyallaahu ‘anhu berkata bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Dihalalkan buat kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Dua jenis bangkai itu ialah belalang dan ikan, manakala dua jenis darah iaitu limpa dan hati.”

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah, dan di dalam sanadnya ada kelemahan.

 

 

Nilaian Darjat hadis:

 

Hadis ini Sohih Mauquf.

 

 

Zahir hadis ini hukumnya mauquf tapi sebenarnya hukumnya jadi marfu’ sebab qaul Sahabat menyebut “di halalkan buat kami” maka maknanya Nabi SAW menyatakan halal buat kami. oleh itu hadis ini tetap di hukum marfu’. Dan seolah hadis ini bukan hukum mauquf bahkan hukum marfu’ walaupun pada asalnya ia Sohih Mauquf. sebab ini juga lah sebagian ulama menDhaif-kan hadis ini kerana tidak marfu’. Tapi ia Sohih jika Mauquf. Dan jatuh hukum Marfu’.

 

 

Sedikit penjelasan Istilah hadis;

 

Hukum sandaran pada matan hadis ada 3,

 

1-marfu’ مرفوع : hadis yang terhenti hingga Nabi.

 

2-mauquf موقوف : hadis yg terhenti setakat Sahabat.

 

3-maqthu’ مقطوع : hadis yg terhenti setakat tabi’in.

 

*sahabat: orang yang pernah berjumpa dan beriman dengan Nabi.

*tabi’in: orang yang pernah berjumpa dengan sahabat dan ketika itu dia beriman kepada Allah dan RasulNya.

 

 

Perhatian,

Istilah di atas hanya permasalahan pada hukum sandaran pada siapa matan hadis itu. Dan bukannya hukum pada sanad hadis. Tujuan perbahasan istilah ini bagi mengenali matan hadis itu sandaran hukumnya pada siapa.. lalu bila jelas hukum itu maka dapat dibahaskan permasalahan hukum hadis,samada memang betul hukum sandaran dari Nabi atau Sahabat atau Tabi’in dan kebawah. Jadi dapat dibezakan antara pendapat ijtihad atau nas hukum dari Nabi sendiri.

Dan dalam bab ijtihad Sahabat banyak memberi kesan kepada pendapat hukum di kalangan  ulama’. Lebih-lebih jika berlaku khilaf dalam ijtihad.

 

Kesimpulannya, Perhatikan baik-baik masalah ini. belajar hadis akan jumpa banyak masalah serupa ini.

 

 

Penerangan Lafaz Hadist.

 

1- Lafaz مَيْتَتَانِ bermakna dua jenis bangkai. iaitu maksudnya binatang yang mati bukan kerana di sembelih secara syariat.

 

Sembelih syariat:

Binatang halal,sembelih urat darah dan urat makan minun,guna alat pemotong tajam(selain kuku dan tulang) dan baca bismillah.

 

2- Lafaz َالْحُوتُ bermaksud segala jenis ikan dalam air,kecik atau besar dan merangkumi segala binatang yg hidup di dalam air. Samada sungai,laut,tasik,paya dan lain-lain.

 

 

Penerangan Hukum Hadis.

 

1- Asal hukum mesti sembelih setiap binatang yang halal di makan. Jika tak maka jadi bangkai,ini sesuai dengan ayat alquran di bawah :

 

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah al-Maidah, ayat 3.

 

Manakala hadis ini pula memberi pengecualian bangkai belalang dan ikan.

 

2-Asal hukum di haram makan darah yang memancut mengalir keluar,seperti dalil di bawah:

 

 قُلْ لَا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

 

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi – kerana sesungguhnya ia adalah kotor – atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah”. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah al An’am, ayat145.

 

Manakala hadist ini memberi perkhususan dua jenis darah iaitu limpa dan hati.

 

3- Tujuan di nukil hadist ini untuk menerangkan tentang suci bangkai belalang dan ikan dan suci darah dari limpa dan hati. bila dihalalkan makan maka dengan sendiri ia adalah suci bersih. oleh itu jika ia masuk ke dalam air maka air tu tidak jadi air bernajis.

 

Wallahu a’lam.

 

Boleh tanya soalan di buka 10minit.

 

? Ustaz, soalan saya, yang dikatakan makruh untuk makan organ dalaman seperti paru, hati dan sebagainya, adakah dari sandaran hadis ini?

 

halal..sesuai dengan hadis ini..

 

? Assalamualaikum.. Ustaz saya pernah terdengar ada sesetangah orang yang bermazhab selain syafie tidak memakan makanan laut yang lain selain ikan.. Kerana tiada dinyatakan di dalam hadis tersebut dibolehkan memakan makanan laut selian ikan..??  Mohon pencerahan ustaz..?

 

Jawapan:

Waalaikumussalam..

Ada, seperti mazhab hanafie.. kerana bagi meraka selain ikan di anggap macam ulat,serangga dan lain-lain.. tapi zahir hadis halal..

 

? Ustaz …bagaimana pula pendapat yg mengatakan tak boleh campur antara makanan yang didarat dan dilaut….contoh ikan tak sesuai dimakan bersama ayam?

 

Jawapan:

Tiada dalil melarang.. mungkin saja tu pendapat orang-orang dahulu kala..

Jadinya,halal di makan..macam tomyam campur ke..gulai buh belacan ke.. halalan toyyiba.

 

 

? Bagaimana pula kedaan nya dgn ikan yang sudah sedia kala mati terapung..? Adalah halal utk dimakan..?

 

Jawapan:

Halal..dalil hadis ini.

 

? Makanan laut selain ikan yang halal di makan, contoh ketam dan udang, adakah bersandarkan kepada hadith ini juga atau ada hadith lain?

 

Jawapan:

Hadis ini dan hadis terdahulu dalam bab miyah ini.

 

 

? Minta penjelasan Ustaz berkenaan hukum memakan ikan yang memakan najis mughallazah

 

Jawapan:

Boleh..asal dikuarantin beberapa hari dengan memakan yang suci.

 

? Ustaz bagaimana pendapat halal makanan walaupun terdapat dna babi kerana telah berubah sifat asalnya?

 

Jawapan:

DNA ni kerja doktor yang pandai babnya..saya hanya kadar ni je..zohirnya ia ikan maka ikan lah bukan babi.

habis situ..

 

Hadist 16

 

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ دَاءً وَفِي الْآخَرِ شِفَاءً أَخْرَجَهُ الْبُخَارِيُّ وَأَبُو دَاوُد . وَزَادَ وَإِنَّهُ يَتَّقِي بِجَنَاحِهِ الَّذِي فِيهِ الدَّاءُ

 

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Apabila ada lalat jatuh ke dalam minuman seseorang di antara kamu maka benamkanlah lalat itu kemudian keluarkanlah, sebab ada salah satu sayapnya ada penyakit/racun dan pada sayap lainnya ada penawar/ubat.”

Dikeluarkan oleh Bukhari dan Abu Dawud dengan tambahan: “Dan hendaknya ia waspada dengan sayap yang ada penyakit”

 

Darjat hadis Abu Daud juga Sohih.

 

 

Penerangan hadist.

 

1- Ini dalil lalat tidak menajiskan air yang sedikit. Walaupun ia di anggap jijik oleh manusia.

 

2- Ini dalil lalat tidak boleh di makan. kerana Nabi perintahkan supaya di buang.

 

3- Fitrah manusia memang tak suka kepada kotoran. Lebih-lebih lagi lalat. Kerja lalat suka hinggap kotoran dan najis. dan jenis lalat ni pula susah untuk di halang. Jadi dengan kepayahan yang banyak yang sukar di hindar maka di beri rukhsoh kelonggaran pasal lalat.. tentu saja payah nak halang lalat yang hinggap di najis kemudian main-main atas pakaian kita, hidung kita atau tubuh kita. Walaupun kita nampak ia hinggap di tahi sekali pun tetap di hukum ada rukhsah iaitu tidak jadi najis jika terkena kita.

 

4- Hukum tidak najisnya lalat boleh di kias hukumnya dengan segala jenis serangga dan binatang kecil. iaitu ia tidak menajiskan atau merosakkan air suci.

 

5- Hadis ini juga ajar cara mengelak keracunan kerana lalat. Jadi perlu di celup/rendam lalat tu ke dalam air kemudian baru buang. Kaedah ini di luar logik akal manusia. kewajipan kita hanya beriman dengan apa saja berita wahyu yang sohih. Dan ini berupa mukjizat sepanjang zaman.

kalau serangga selain lalat, zahirnya bukan di celup. hanya di buang saja.

 

6- Hadist ini juga dalil boleh bunuh serangga jika serangga itu boleh membahayakan manusia.

 

Wallahu a’lam

Boleh tanya 10minit.

 

? Ustaz, berdosakah bunuh serangga dalam rumah seperti semut, lipas dan lain-lain yang tidak bahaya?

 

Jawapan:

Yang dalam rumah biasanya bahaya macam semut tu boleh masuk telinga anak atau kita..manakala lipas memang bahaya, nyamuk bahaya..

 

 

? Kelkatu halal/ haram?

Anai-anai yang terbang ustaz

 

Jawapan:

Oh.. haram tu.. termasuk jenis serangga..semua haram di makan melainkan belalang..

 

 

? Apa maksud binatang-binatang 2 alam ustaz?… contohnya?

 

Jawapan:

Kura kura.

 

 

? Ustaz, ulat pula bagaimana?

 

Jawapan:

Sama saja.. paling tidak pun ia termasuk binatang khabis(buruk)

 

? Di tempat kami ade sejenis kumbang selalunya di sawah padi , halalke?

 

Jawapan:

Belalang sahaja..nama pun lain.

 

 

? Ustaz.. Bagaimana dengan cengkerik.. Ada yang mengketegorikn cengkerik adalah spesis belalang..??

 

Jawapan:

Serangga haram di makan.

 

 

? Bagaimana orang kata ketam batu yang dua alam ustaz? ada yang kata halal, ada yang kata haram makan?

 

Jawapan:

Ketam batu atau nipah bagi saya halal.. ia jenis binatang air. dan sejenis dengan ketam laut.

ni kita bincang bab air je ni..bukan halal haram.. ?

 

baik, maaf ustaz

 

Ok tamat sudah

Hadist 17

 

وَعَنْ أَبِي وَاقِدٍ اللَّيْثِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا قُطِعَ مِنْ الْبَهِيمَةِ – وَهِيَ حَيَّةٌ – فَهُوَ مَيِّتٌ أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُد وَالتِّرْمِذِيُّ وَحَسَّنَهُ وَاللَّفْظُ لَهُ

 

Dari Abu Waqid Al-Laitsi Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Anggota yang terputus dari binatang yang masih hidup adalah termasuk bangkai.”

 

Dikeluarkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi dan beliau menyatakannya hasan. Lafaz hadis ini riwayatnya.

Darjat hadis Abu Daud dan AtTirmidzi : Hadist Sohih.

 

Penjelasan hadis:

 

1- Daging binatang yang di potong masa hidup termasuk bangkai. iaitu di haram makan daging itu. walaupun asalnya binatang itu halal di makan dan di sembelih secara syarie.

 

2- Ikan jika di potong hidup-hidup dagingnya halal di makan. ini kerana sebarang bangkai ikan halal di makan. Ikan terkecuali dalam hadis ini.

 

3- begitu juga dengan ketuat rusa yang di potong untuk di buat minyak misk/kasturi pun halal lagi suci di guna. Ini sesuai dengan berita-berita dalam al-Quran dan hadis menyebut kelebihan kasturi dan Nabi juga memakai bauan kasturi. Jadi kasturi terkecuali dari hukum hadist di atas.

 

4- Hukum air yang bercampur dengan daging bangkai seperti hadist di atas dihukum najis. manakala daging ikan yang di potong hidup-hidup dan kasturi jika bercampur dengan air maka di hukum air itu suci. masih boleh di guna air itu untuk bersuci jika masih ok air itu.

 

5- daging halal yang di sembelih syarie tidak najis. hanya perlu bersihkan darah yang memancar tu dulu.

 

Wallahu a’lam

Soalan boleh tanya..

 

? Kesturi dari anggota rusa yang mana ustaz?

 

Jawapan:

Yang saya tahu ketuat atau daging lebihnya yang ada kat perut atau tubuhnya..pernah tengok yang dah potong..tapi tak pernah ambil sendiri.

 

 

? Ustaz, daging ikan yang dipotong darahnya bercampur dengan air, adakah masih suci?

 

Jawapan:

Najis yang di maafkan.

 

 

? Anggota yang terputus dari binatang masih hidup ni tidak termasuk bulu kan usyaz?

 

Jawapan:

Bulu tak.. masa hidup dan masa mati..

 

 

? Saya kurang jelas dengan istilah    واللفظ له

Adakah ini lafaz dari Abu Daud?

 

Jawapan:

ikan yg di potong hidup-hidup

 

وَعَنْ أَبِي وَاقِدٍ اللَّيْثِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا قُطِعَ مِنْ الْبَهِيمَةِ – وَهِيَ حَيَّةٌ – فَهُوَ مَيِّتٌ أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُد وَالتِّرْمِذِيُّ وَحَسَّنَهُ وَاللَّفْظُ لَهُ

 

Lafaz tu adalah lafaz riwayat at-Tirmidzi..tapi saya lihat dalam Abu Daud lafaz pun sama saja dengan lafaz di atas.. zahirnya tuan kitab tuju lafaz tu lafaz at-Tirmidzi bukan Abu Daud.

 

 

? Air yang bercampur dengan kasturi boleh digunakan untuk bersuci. Mohon penjelasan.

 

Jawapan:

4- Hukum air yang bercampur dengan daging bangkai seperti hadist di atas di hukum najis. manakala daging ikan yang di potong hidup-hidup dan kasturi jika bercampur dengan air maka di hukum air itu suci. Masih boleh di guna air itu untuk bersuci jika masih ok air itu.

 

? Pengecualian dari hadith ni hanya ikan dan belakang, berdasarkan hadith sebelumnya, dan kasturi kijang.

 

Ada pengecualian lain kah Ust?

 

Jawapan:

Dan ada juga yang lain seperti binatang buruan yang di panah lalu terpotong anggota tertentu.

itu saja yang ana tahu..

Wallahu a’lam

 

 

?Tanduk dan gading?

Dipotong semasa masih hidup adakah najis?

 

Jawapan:

Cerita hadis ni asalnya benda yang di makan sahaja bukan tanduk atau gading..cerita di kalangan arab jahiliyah dulu suka potong bonggol unta atau ekor binatang untuk di makan…

sudah jawab di atas.. ya najis.

 

? Air yang bercampur dengan kasturi boleh digunakan untuk bersuci. Mohon penjelasan.

 

Jawapan:

Nabi pernah lumur di atas kepalanya..dan pernah Nabi perintah suruh perempuan suci haidh lumurkan kapas yang di calit kasturi..

 

Kelas habis di sini. Bab baru selepas ni panjang juga..tak sempat dengan masa. jika ada soalan lain boleh kemukakan..tapi yang dalam tajuk hadis yang telah belajar sahaja..elakkan tanya soalan di luar tajuk hadis kitab bulughul maram. Asalkan berkaitan,ok…

habis di sini..

 

Wallahu a’lam bis sowab..

Syukran lakum wa ilal liqa’

Wa jazakumullahu khaira..

 

و آخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين

والسلام عليكم ورحمة الله

Komen dan Soalan