Utama Blog Halaman 275

Akan terjadi Amanah menjadi Harta Rampasan Perang : Tanda Ke-37

0

Tanda Ke-37/131
Akan terjadi Amanah menjadi Harta Rampasan perang (أن تكون الأمانة مغنيا)

Dalil:

عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص: اِذَا اتُّخِذَ اْلفَيْءُ دُوَلاً وَ اْلاَمَانَةُ مَغْنَمًا
الراوي : أبو هريرة المحدث : الترمذي
المصدر : سنن الترمذي الصفحة أو الرقم: 2211 خلاصة حكم المحدث : غريب لا نعرفه إلا من هذا الوجه

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Apabila harta fai’ (rampasan perang) sudah dijadikan barang rebutan, amanah dijadikan sebagai barang ghanimah (rampasan), HR Termidzi, beliau menilainya dha’if, namun ada juga muhaddith yang menilainya hasan atau sahih, antaranya Imam al-Syaukani: dia menilainya hasan

Syarah:
Diakhir zaman kelak, amanah dianggap seperti harta rampasan perang, sedangkan Allah memerintahkan amanah itu ditunaikan kepada ahlinya:

Dalil AQ:

(ان الله يأمركم أن تأدوا الأمانات الى أهلها)

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya,” AQ 4:58

Syarah:
Maksud amanah dijadikan harta rampasan, ialah harta termasuk derma, tabung, grant, wakaf, yayasan, diselewengkan, tidak diberi kepada kumpulan sasaran. Hari ini banyak derma atau tabung atau nama Palestine, Syria, Iraq, Kemboja, Rohingya tidak kesampaian kerana ada penyelewengan. ?

Assalamualaikum Sheikh THTL. Tanda kecil ni jugak tanda-tanda yang berulang yakni sudah berlaku di zaman silam? Terima kasih

? J1 Tanda kecil Kiamat definasinya, ada yang sudah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku.

Jizyah adalah dana cukai yang di kutip dari yang bukan Islam, adakah di sebut berapa kadar yang digunakan? Terima kasih terdahulu atas jawapan Sheikh

? J2 Jizyah= Cukai kepala atau income-tax ke atas non-muslim adalah harta perbendaharan atau kementerian kewangan negara, maka terpulanglah bagaimana nak diagihkan menurut budget planning sesebuah kerajaan. Di Malaysia, jizyah tak ada, yang ada income tax, cukai tanah, cukai pintu, cukai jalan, tol highway dan GST untuk semua.

02.08.09#300915 : SEBAB-SEBAB PEMALSUAN HADITS YANG DISENGAJAKAN (Bhg. 06)

0

Bilik (40) Asas Ilmu Hadits

Nota 02.08.09 Hadits al-Mardud (المردود) Kategori Kritikan pada Periwayat (الطعن في الراوي)

Susunan: BroSyarief

SEBAB-SEBAB PEMALSUAN HADITS YANG DISENGAJAKAN (Bhg. 06)

06. Keinginan Berlebihan dalam Memperbaiki Keadaan Manusia dan Kezuhudan Mereka.

Kelompok ini menisbahkan diri mereka kepada kezuhudan, pembaikian diri, wara’ dan taqwa.

Mereka memalsukan hadits-hadits dari RasululLah sallalLaahu ‘alaihi wa sallam dengan tujuan mengajak manusia melakukan amal soleh, menakutkan mereka dari kejahatan dan maksiat dan melembutkan hati mereka.

Berdasarkan tarikh-tarikh kematian mereka yang terlibat di bawah kategori ini, kelompok ini mula muncul di kurun ke-2 ketika mereka melihat manusia mula sibuk dengan urusan dunia berbanding akhirat, meninggalkan alQuran dan sibuk dengan fiqh Abu Hanifah serta kisah-kisah peperangan Ibn Ishaq.

Lalu mereka mencipta hadits-hadits tentang kelebihan al-Quran, memperbaiki diri, zuhud, galakan dan ancaman.

Abu ‘Ismah Nuh ibn Abi Maryam ketika di pemerintahan khilafah Abu Ja’far al-Mansur, mereka hadits-hadits tentang kelebihan-kelebihan setiap surah di dalam alQuran.

Apabila ditanyakan dari mana dia mendapatkan hadits-hadits ini, katanya:

إِنِّي رَأَيْتُ النَّاسَ قَدْ أَعْرَضُوا عَنِ الْقُرْآنِ، وَاشْتَغَلُوا بِفِقْهِ أَبِي حَنِيفَةَ، وَمَغَازِي مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ، فَوَضَعْتُ هَذِهِ الْأَحَادِيثَ حِسْبَةً

“Aku melihat manusia mula mengabaikan al-Quran, dan sibuk dengan Fiqh Abu Hanifah serta Maghazi Muhammad bin Ishaq, maka aku cipta hadits-hadits sebagai peringatan!”

[al-Maudhu’aat]

Selain itu, seorang ahli zuhud di Baghdad, Ahmad al-Bahili mencipta hadits-hadits palsu tentang adab dan akhlaq, dan dia pernah ditanyakan mengenainya, lalu beliau menjawab:

وضعناها نرقق بها قلوب العامة

“Kami reka hadits-hadits tersebut untuk kami melembutkan hati-hati masyarakat umum dengannya”

[Tarikh Baghdad]

Mereka juga mencipta hadits-hadits tentang kelebihan-kelebihan al-Quran dan ganjaran bagi pembacanya, hadits-hadits tentang solat-solat yang pelbagai pada waktu-waktu tertentu, hari-hari yang khusus dengan tujuan-tujuan tertentu, serta hadits-hadits yang mengajak manusia kepada ketaatan dan zuhud, indahnya perilaku mulia dan kelebihan-kelebihan amalan.

Kelompok ini merupakan yang paling hebat bahayanya kepada agama, kerana mereka memasukkan ke dalam agama apa bila bukan berasal dari agama, mengambil kesempatan di atas kepercayaan kepada mereka dan terkenalnya mereka di kalangan orang ramai sebagai zuhud, ‘alim dan bertaqwa.

Ibn Solah (w.643H) menyebutkan,

وَالْوَاضِعُونَ لِلْحَدِيثِ أَصْنَافٌ ، وَأَعْظَمُهُمْ ضَرَرًا قَوْمٌ مِنَ الْمَنْسُوبِينَ إِلَى الزُّهْدِ ، وَضَعُوا الْحَدِيثَ احْتِسَابًا فِيمَا زَعَمُوا ، فَتَقَبَّلَ النَّاسُ مَوْضُوعَاتِهُمْ ثِقَةً مِنْهُمْ بِهِمْ وَرُكُونًا إِلَيْهِمْ

Para pemalsu hadits terdiri dari pelbagai kelompok, dan yang paling besar mudarat mereka adalah kumpulan yang menisbahkan diri mereka kepada kezuhudan.

Mereka mencipta hadits mengharapkan ganjaran pada apa yang mereka dakwa, dan orang ramai pula menerima hadits-hadits palsu dari mereka kerana percayakan serta meyakini mereka.

[al-Muqaddimah]

Melalui sebab ini lah, tersebarnya bid’ah dan khurafat yang sebenarnya tidak ada ruang baginya di dalam Islam.

Oleh kerana itu, hampir tidak pernah kita mendengar mana-mana penyampaian dari sebahagian ustaz, kecuali kita akan mendengarkan sesuatu dari mana-mana hadits yang direka.

Perkara ini sangat merbahaya kerana dibimbangi mereka termasuk ke dalam ancaman berat Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam,

مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

“Sesiapa yang berbohong di atas namaku dengan sengaja, maka pastilah akan disediakan tempat duduknya diperbuat dari api neraka”

Hadits ini mutawatir.

Dan seandainya mereka tidak sengaja menyebarkannya tanpa mengetahui ianya palsu, memadai makna hadits ini untuk diamati,

كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

“Memadai seseorang itu dianggap berbohong, dengan menceritakan setiap apa yang didengar (tanpa diperiksa)”

[Muqaddimah Sahih Muslim]

WalLaahu a’lam

Ruj: Ulum Al-Hadits Asiluha wa Mu’asiruha, karangan Prof Dr Abullayts KhairAbaadi.

#BroSyariefShares

Nostalgia Amalan Jahiliyah Sebahagian Ulama Malaysia

0

UiTO Bilik (75) Tafsir Al-Quran

Supaya awak semua faham,
ITM masuk 1973 pengajian ‘Applied Science’ , ‘Organic Chemistry’ , ‘Polymer Chemistry’. Keluar ITM dan jadi cikgu ilmu hisab (matematik), science Tingkatan 5, 1976 (selama) 7 tahun. Terus 1976 belajar tasauf dengan beberapa guru-guru pondok serta ada tarikat dan wirid-wirid hakikat.

Beramal ayatul qursi 1000x sehari selama 24 tahun. Bertapa guna ayat qursi 1000x selama 21 , 41 dan 51 hari serta bertapa al-Fatihah 1000x sehari selama 7 hari. Jumlah 18 kali
Bertapa al fatihah 5000x sehari. 7 hari 2x, jumlah 20 x.

2 x bertapa dalam kubur di kubur Selehor yang ada di tulis dalam akhbar dan dalam tv tentang lubang bertapa itu. (Tahun) 1992 terakhir bertapa dan di lubang Kubur Selehor yang di buat oleh arwah guru Selehor. Tok guru masyhur Kelantan.

Tahun yang sama ustaz hantar ustaz Solah dan adiknya masing 12 dan 11 tahun untuk belajar hafiz di Karachi, Pakistan. Bila ustaz Solah balik Kelantan selepas 13 tahun belajar alim. Dia lah yang tegur ayah Aji. Dia kata ayah, nabi tak ajar tawasul dan hantar fatihah pada nabi.

Ayah Aji jawab: “Ikut akulah. Dia Nabi aku. Dia aku sayang.”

“Solah tahu ke dok aku baca selawat 10,000 x sehari semasa bertapa.
Mung tak tahu lagumana sayang nya aku ke Nabi aku.”

Mereka dok ingat ustaz tak tahu hal-hal mereka. Ustaz ni asal puak mereka. Banyak ustaz nak ajar pada saudara semua. Supaya kita baiki balik ugama kita yang dah di campur adukkan.

Allah beri ustaz rasa pengalaman jadi golongan tu, lepas tu Allah rentap ustaz keluar darinya…subhanallah. Bukan semua orang dapat

Ustaz Rosman: Subhanallah Ummu telah bangkit perasaan yang dah berkubur.

Betapa dalam kubur ko atas kubur ja ustaz?

Ustaz Rosman: Dalam lubang liang lahat. Sama paras dengan mayat-mayat orang. Bau mayat lekat pada tubuh. Bertapa sorang diri dalam tu.

Ustaz, apa sebenarnya puak sufi/tarekat ni cari dalam mereka beribadat ni? Kenapa mereka sentiasa tak cukup dengan apa yang Nabi anjur?

Ustaz Rosman: Al-Bakri, jawapan nya kena tipu ke setan. Kalau Allah tak beri taufiq Nya. Tentulah ustaz tengah berjoget sekali dengan puak-puak habib.

Ummu: Maksud saya, bukan semua orang dapat keluar dari kesyirikan bila dah terperangkap ustaz…maafkan saya

Ustaz Rosman: Bukan gitu maksud ustaz ummu. Kata-kata itu ingat kembali masa ustaz mula-mula di beri hidayah. Orang yang bertapa tu kalau penakut tentu tak berani buat lebih-lebih dalam kubur seorang diri. Berminggu-minggu pula.

Masuk dalam kubur dahtu betapa, dengar pon pelik dah. Dari dok dalam kubur baik dok rumah tgok tv. ?

Ustaz Rosman: Aaron, setan telah buat comel perbuatan mungkar macam hindu buat thaipusam. Berjoget-joget maulid serupa tu juga lah. Orang yang bertapa tu kalau penakut tentu tak berani buat lebih-lebih dalam kubur seorang diri. Berminggu-minggu pula. Bukan sebelah mayat tapi sekeliling mayat. Tengah-tengah kubur. Lubang bertapa itu sekarang dah di upgrade dengan pasang tiles dan lain-lain. Bolih pergi tengok, adà lagi. Di bina lubang ini sebelum Jepun lagi. Tak ada ulama isytihar jihad lawan jepun dengan wirid keramat itu. Malah tok-tok ayah di arah Jepun panjat pokok kelapa. Kita ni anak-anak cucu mereka.

Makan mandi macamana ustaz, 2 minggu tu?

Ustaz Rosman: Siapa kata 2 minggu Ainie lebih. Nak mandi di Masjid Selehor. Qada hajat pun di situ. Siang hari tiada masalah malam masalahlah. Waktu tu letrik tiada di Selehor. Orang-orang kampung tidur pukul 10 lagi dah. Tengah malam nak buang air perlu lalu celah-celah kubur ke masjid. Nak keluar senang sikit. Nak balik ke lubang tu masalah, burung hantu di situ banyak, sentiasa berkokok, oooòo ooo ooo. Kecut hati, ujian dah mari. Bodoh nya

Iklan
https://telegram.me/KelasHadithDrFathiAlSakandary

Ustaz umur berapa waktu tu?

Ustaz Rosman: 48 tolak 13 tahun ustaz Solah pergi Pakistan.

Dalam satu kawasan kubur tu kalau tak silap saya hanya seorang saja betapa kan ostaz, ke ada banyak lubang?

Ustaz Rosman: Aaron betul. Kongsi tak jadi.

Cikgu Rahim: Banyak pengalaman, pengalaman suatu pembelajaran yang tidak boleh dibayar dengan RM.

Apa kelebihan hasil dari pertapaan ni ustaz?

Ustaz Rosman: Ummu ni tanya pelik sikit. Kelebihan nya ialah ada pengalaman. Guru-guru tasauf ke tarikat ke ustaz rasa tak buat apa ustaz buat. So. Mereka tak boleh nak kecek ustaz lah. Amalan mereka ustaz ada. Ustaz guru seperti mereka. Hasil nya bila tahu tauhid. Allah beri kefahaman pada ustaz luar biasa sikit. Jadi ummu dan lain-lain dapat memafaat kekufuran bidaah ustaz amal dulu. Mudah faham kan. Orang ada experience.

Solat tak ustaz masa tu?

Ustaz Rosman: Sham, masa bertapa solat dalam lubang itulah. Ya Allah. Nabi kata jangan kamu rumah kamu seperti kubur dengan tak solat sunat dalam nya.

Makna kubur bukan tempat solat.

Ust dah langgar hadis nabi kerana tak tahu hasil daripada tak belajar. Nabi kata lagi : Jangan kamu buat rumah kamu seperti kubur dengan tak baca quran dalam nya. Jadi kubur ini bukan tempat boleh solat dan baca quran. Ust dah langgar perintah ni kerana cuai dari daripada belajar.

Ambillah daripada ustaz apa-apa yang baik. Buanglah apa-apa yang tak betul. Ustaz manusia aje.

Daripada al-Quran dan hadis. Kita sekarang perlu belajar kedua-dua kitab. Dengan ilmu baru boleh baiki akidah yang campur aduk ini.

Apa amalan lagi dalam kubur ustaz macam zikir ke mantera ke puja roh ke?

Ustaz Rosman: Abu, memang ustaz buat tawasul. Lepas itu tawasul wali-wali. Semua kena terima ijazah kalau tidak tak boleh amal. Panaslah gilalah. Tahu tawasul wali-wali tu, panggil kumpulan-kumpulan jin. Ustaz tak tahu sehingga lafaz kata-kata itu ada di sebut dalam hadis. Ya Allah! Rusoknya.

Kisah ustaz sangat bermanfaat . Semoga Allah beri ganjaran berlipat ganda pada ustaz kerana ajar kami tentang tauhid.

Ustaz Rosman: Apa yang perlu buat ialah belajar dan sebar. Mengikut ilmu masing-masing dan jangan berhenti, jangan takut.

Saya Abdullatef dari Puchong. Guru di USJ, subang.

Betul ke bila nak beramal dengan zikir beribu ribu dalam tasawuf, kadang-kadang terpaksa tinggal solat Jumaat.?

Ustaz Rosman: Abdullatef, bila ustaz belajar hadis ternanti-nanti kut-kut ada wirid ribu-ribu ajaran nabi tapi ustaz tak jumpa. Tanyalah pula pada ust solah sebab dia ngajar kutubussitan dah khatam.

Waktu zaman jahiliah tu, dengan bertapa, ustaz boleh nampak benda ghaib ke?

Ainie. Mudah jadi gila. Ainie-Aini macam-macam nak tahu. Pernah jumpa dengan jin berupa ular. Pernah di pegang paha oleh jin jarinya sebatang sama 3 jari ustaz. Dan pernah berjumpa berdepan dengan raja segala jin.

Pasal apa bolih tengok? Sebab kita member. Surah Jin Allah kata: Jin tu kamu tak nampak mereka tapi mereka nampak kamu.

Kamu boleh nampak mereka jika mereka menunjukkan diri pada kamu, bila kamu member kerana syirik.

Yang kadang-kadang orang sebut Allah buka hijab, menampakkan makhluk ghaib pada dia. Apa maksud?

Ustaz Rosman: Kena tipu ke setan Ainie. Ustaz pun boleh dulu masa jahiliah. Boleh tengok orang di rumah mereka macam screen wayang gambar. Terang benderang.
Masa itu baca al-Kursi 1000x sehari pada hari biasa dan tak putus, 24 tahun.

Berapa jumlah ayat tu 24 tahun
Banyak ustaz, kena guna calculator ?.

Ya. Kuliah di awal masa datang ke sini. Beberapa tahun dulu.
Ustaz ngajar di kedai-kedai kopi mamak. Ajak sorang-sorang daripada longkang. Orang-orang yang tak pernah ada niat pun nak tahu quran. Tak pandai baca quran, Ustaz kata mari saya ajar. Ajarlah di kedai-kedai mamak dengan baca al-Quran dan tafsirkan pada mereka. Ramai dengar juga. Ada juga yang join. Lama-lama selepas nangis ustaz pada Allah kerana dapat rasai usaha sahabat-sahabat nabi. Betapa gigihnya mereka.

Mereka dengan unta ustaz dengan kereta. Mereka membekal makanan dan makanan unta, ustaz bawa duit aje.

Malam tadi saya dapat panggilan dari kawan, ada anak kecik umur belum setahun, nangis-nangis teruk non stop. Ibu panik sebab suami outstation, weekend baru balik. Ibu ni panggil jiran sebelah lelaki, dia keluar rumah dengan anak-anak. Jiran 2 orang pergi rumah ibu tadi, dengar bunyi bising dann tendang pintu, terus nampak wanita rambut panjang bertenggek atas meja makan.

Saya tak pandai nak cakap apa, cuma suruh ibu ni baca al-Baqarah dalam rumah, bila letih pasang CD al-Qqmuran. Suruh dia doa banyak-banyak pada Allah. Tapi dia dah tak nak masuk rumah, dah tumpang rumah sedara.?

Ustaz Rosman: Ainie. Inilah yang ustaz dok tafsir 2 hari lepas bila bertawasul jin datang. Berupa macam-macam bila ada dalam rumah sorang yang ada pasang niat nak cari kebenaran. Jin-jin akan mula tunjuk diri. Kita jadi takut. Kita pun berbomoh. Tok bomoh pula ada amalan tawasul juga. Jin pun pura-pura lari sebab keluarga itu dah kembali ke pangkuan mereka.

Ustaz dulu pun tengok depan-depan waktu ustaz tengah solat maghrib. Rupa macam harimau jadian sambil jeling depan ustaz. Ustaz di rakaat pertama. Jarak 4 kaki. Lalu belajar lah ustaz satu wirid di ajar guru. Malam itu juga bunyi mereka rombak rumah dengan bising di bawah rumah usta, rumah kayu sambil heret sampai tak ada.

Daripada situ nak amal wirid ni panas. Jadi perlu baca selawat syifa 1000x. Kalau tidak pening kepala dan berjalan macam orang mabuk. Wirid ni kalau ustaz sebut ramai juga mungkin dah amal. Lebih-lebih lagi di kalangan ahli persilatan kerana boleh buat lebah tebuan atau di kalangan ahli ibadat keramat.

Mudah saja. Mungucap 2 kalimah syahadah. Bertaubat akan syirik jika ada buat. Dan buang segala amalan, akidah serta jin/khadam jika ada dengan bismillah..rahim, Insya Allah dia lari. Jika tak lari juga. Mengucap dan ulangi lagi taubat dan istighfar dan baca al-Kursi. Insya Allah jin akan lari kerana nabi kata jin akan lari jika baca. Dan setan pula ngaku depan nabi dia tak akan ganggu sesiapa yang baca masa tidur sampai subuh.

Rumah tu rumah lama dan katanya ada keris ‘semacam je’, mungkin orang sebelum dia yang bertawasul.
Kawan ni tak minat benda-benda ngarut tapi bila terjadi mcm tu dia takut. Tak nak duduk situ dah

Ustaz Rosman: Sabarlah belaka. Keris keramat ni pun masalah tauhid juga. Keris tak boleh jadi keramat kerana keris tak solat pun.

Nak jadi keramat perlu jadi tok wali. Nak jadi tok wali kena jadi tok guru. Nak jadi tok guru perlu ngajar tafsir quran dan tafsir hadis. Nak boleh ngajar perlu belajar. Tapi kalau tak belajar 2 kitab ni dan ngajar maka itu bukan tok wali,siapa tak tahu.

Ustaz, untuk halau jin, ayat kursi saja dah cukup ke, ulang baca. Tak perlu surah lain.

Cukuplah sekadar baca al-Qursi. Ustaz ada tulis di bab doa ustaz ajar bahawa ada satu kak itu anak di rasuk jin dah 7 bulan dan hampir. Ustaz ajarnya doa dan dia berdoa. Seminggu kemudian dia telefon dan kata anak nya dah sembuh seperti biasa.

Ya Ainie. Setan telah buat kita lupa ilmu yang dah di ajar.

Berderau telefon ustaz orag dok text ni. Malu nak tanya di sini.

Saya pun awal, segan nak tanya sini..tapi tgk xde yg tanya..saya beranikan je lah?

Ustaz Rosman: Betul, nak jam jari taip hampir 12 jam ni.
Haha, lama dah ayah aji tak senyum sorang diri saperti sepanjang hari ni.

Ustaz ni orang pegang tasbih bukan 100 tu tapi 1000 punya tasbih. Tak main sikit-sikit. Ustaz dah biasa cuma nak tenguk reaksi aje. Banyak lagi tu nak tanya.

Cikgu Rahim: Tasbih 1000 adakah?

Ustaz Rosman: Perlu tempah 1000 tasbih. Biji besar sama size ibu jari. Lama baca. Tak tidur banyak malam.

Tasbih besar panjang

Siapa punya tasbih tu? Ustaz punya leper mudah nak pegang
2 depa setengah

Tasbih 1000 saya penah tengok ustaz. Macam Dr sam punya (saya anak malaysia)

Cikgu Rahim: Tasbih tok ca panjang.

Ustaz Rosman: Memang tasbih tok ca.

Kesian ustaz penat melayan nak murid, ustaz rehatlah
Terima kasih byk untuk ilmu hari ni.
Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.?

Assalamualaikum

Ustaz Rosman: W’salam.

Hadis 63: Takutlah Dosa-dosa Kecil Seperti Umat Era Rasulullah

0

63. Keempat: Dari Anas r.a., katanya: “Sesungguhnya engkau semua pasti melakukan berbagai amalan – yang diremehkannya sebab dianggap dosa kecil-kecil saja, yang amalan-amalan itu adalah lebih halus – lebih kecil – menurut pandangan matamu daripada sehelai rambut. Tetapi kita semua di zaman Rasulullah s.a.w. menganggapnya termasuk golongan dosa-dosa yang merosakkan – menyebabkan kecelakaan dan kesengsaraan.”

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan ia mengatakan bahawa erti Almubiqat ialah apa-apa yang merosakkan.

63» الرابع: عن أنسٍ رضي الله عنه قَالَ: إِنَّكُمْ لَتعمَلُونَ أعْمَالًا هي أدَقُّ في أعيُنِكُمْ مِنَ الشَّعْرِ، كُنَّا نَعُدُّهَا عَلَى عَهْدِ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم مِنَ المُوبِقاتِ. رواه البخاري.
وَقالَ: ((المُوبقاتُ)): المُهلِكَاتُ.
في هذا الحديث: كمال مراقبة الصحابة رضي الله عنهم لله تعالى، وكمال استحيائهم منه.
وفيه: أنَّ الإنسان ينبغي له أن يحذر من صغار الذنوب، فلعلها تكون المهلكة له في دينه.
كما يتحرز من يسير السموم خشية أن يكون فيها حتفه، وقد قال الله تعالى: {إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء} [فاطر: 28].
وفي الحديث: ((إن المؤمن يرى ذنبه كأنه صخرة يخاف أن تقع عليه، والمنافق يرى ذنبه كأنه ذباب مرّ على أنفه)).

Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
Surah(Fāţir):28

Siri Baru : 16 kaedah (memahami) Bid’ah (Kaedah Pertama)

0

Siri Baru: 16 kaedah (memahami) Bid’ah (قواعد في البدعة)

Bid’ah (البدعة) dari segi lughawi ialah membuat inovasi yang belum ada contoh sebelumnya

Secara fiqh:

طريقة في الدين مخترعة تضاهي الشرعية يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله سبحانه

Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT

Bid’ah inovasi dalam agama/ibadat, manakala inovasi dan kreativiti dalam urusan kehidupan dunia bukan bid’ah.

Untuk memahami bid’ah, maka ada 16 kawaid atau kaedah fiqh untuk memudahkan anda faham selok belok bid’ah dan tidak mudah ditipu oleh golongan pencetus bid’ah dari puak tradisionalis dan tareqat.

Kaedah #1: Yang asal pada Ibadat adalah Larangan, Asal pada Adat kebiasaan manusia adalah harus harus saja

(القاعدة الأولى: الأصل في العبادات المنع وفي العادات الإباحة )

Dalil kaedah:

عن عائشة أم المؤمنين قالت قال رضي الله عنه: “من أحدث في أمرنا ما ليس منه فهو رد” أخرجه مسلم 1718

Dari Aisyah ra, bahawa Nabi saw bersabda: sesiapa yang mengada-adakan sesuatu amal yang baru dalam urusan kita (agama) yang tidak ada contoh sebelumnya, maka ia tertolak.” HR Muslim no 1718

Kaedah 1/16: Asal Ibadat adalah larangan; asal adat kebiasaan manusia adalah harus

Syarah Syaikhul Islam Ibn Taymiyah rh:

Ibadat yang disyariatkan tidak thabit melainkan apa yang diperintahkan yakni dalil syarak, samada melalui AQ atau hadith sahih. Ibadat sesuatu yang diperintah, maka bagaimana dinamakan ibadat jika anda melakukannya jika ia tidak thabit dengan nas?

Sebaliknya kebiasana manusia atau adat, ia tidak boleh diharamkan melainkan dengan adanya nas mencegahnya kerana larangan juga termasuk syariat. Maka suruhan dan larangan semuanya termasuk ibadat. Maka apa juga keperluan manusia, semuanya harus, tidak boleh dilarang kecuali apa yang Allah haramkan.

Kata Imam Ahmad, asal ibadat adalah Taufiq (berdasarkan nas), tidak boleh disyariatkan kepada manusia melainkan selepas ia sahnya syariat Allah.

Dalilnya:
AQ 42:21. [Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang lalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih.]

Kaedah 1/16 Akhir: Asal adat adalah mubah

Dalil ayat:
AQ 10: 59 [Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): “Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?” Katakanlah lagi (kepada mereka): “Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?”. ]

Maksud ayat asal dalam adat kebiasaan manusia adalah harus, kemaafan dan tidak boleh diharamkan.

Rumusan: Dari kaedah ini, ibadat, kita taufiq, berdasarkan nas syarak, kita tidak boleh merekacipta ibadat yang baru, memadai dengan apa yang thabit dengan nas. Manakala kreativiti dan inovasi dalam adat kehidupan, adalah bebas, dimaafkan dan tidak diharamkan kecuali sedikit sahaja.

Contoh: Solat Hajat Perdana SPM. Ia adalah daerah ibadat. Majlis tahlil mayyat/arwah, majlis baca yasin perdana, majlis satu Malaysia berselawat, semua adalah ibadat yang direkacipta
manakala dalam adat kebiasaan, naik air asia atau saudia airlines ke mekah, membesarkan mesjidil haram, memasang pendingin hawa dalam mesjid, berkereta ke mesjid, naik motor ke mesjid, menonton ceramah dalam youtube, dakwah guna telegram, semuanya adalah adat kebiasaan manusia yang dimaafkan dan tidak diharamkan.

?Ref: Syaikh Islam IT, Majmu’ Fatawa29:16 شيخ الإسلام ابن تيمية كما في مجموع الفتاوى “29/16”

Hadits 31: Sunnah yang ditinggalkan yang wajib dihidupkan kembali

0

“Luruskan saf-saf kalian dan tetaplah di tempat kalian. Sesungguhnya aku dapat melihat kalian di belakangku.”

أقيموا صفوفَكم وتراصُّوا فإنِّي أراكم من وراءِ ظَهري

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari no. 719, An-Nasa’i no. 844

= = = = = = = = = =

Ulasan:

1. Sunnah bagi seorang imam untuk menasihati ma’mumnya untuk meluruskan saf sebelum memulakan solat.

#SilsilahShahihah:

Jikalau engkau meminta, maka mohonlah kepada Allah : Hadis 62

0

Bab Muraqabbah

62. Ketiga: Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya berada di belakang Nabi s.a.w. – dalam kenderaan atau membonceng – pada suatu hari, lalu beliau bersabda:

“Hai anak, sesungguhnya saya hendak mengajarkan kepadamu beberapa kalimat iaitu:

Peliharalah Allah – dengan mematuhi perintah-perintahNya serta menjauhi larangan-laranganNya, pasti Allah akan memeliharamu, peliharalah Allah, pasti engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Jikalau engkau meminta, maka mohonlah kepada Allah dan jikalau engkau meminta pertolongan, maka mohonkanlah pertolongan itu kepada Allah pula.

Ketahuilah bahawasanya sesuatu ummat – yakni makhluk seluruhnya – ini, apabila berkumpul – bersepakat – hendak memberikan  kemanfaatan  padamu  dengan sesuatu  – yang dianggapnya bermanfaat untukmu, maka mereka itu tidak akan dapat memberikan kemanfaatan itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah untukmu. Juga jikalau ummat-seluruh makhluk – itu berkumpul – bersepakat – hendak memberikan bahaya padamu dengan sesuatu – yang dianggap berbahaya untukmu, maka mereka itu tidak akan dapat memberikan bahaya itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah untukmu. Pena telah diangkat – maksudnya ketentuan – ketentuan telah ditetapkan – dan lembaran-lembaran kertas telah kering – maksudnya catatan-catatan di Lauh Mahfuzh sudah tidak dapat diubah lagi.”

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

Dalam riwayat selain Termidzi disebutkan:

“Peliharalah Allah, maka engkau akan mendapatkanNya di hadapanmu. Berkenalanlah kepada Allah – yakni tahulah kewajiban-kewajiban yang harus ditunaikan untuk Allah – di waktu engkau dalam keadaan lapang – sihat, kaya dan lain-lain, maka Allah akan mengetahuimu – memerhatikan nasibmu – di waktu engkau dalam keadaan kesukaran – sakit, miskin dan lain-lain.

Ketahuilah bahawa apa-apa yang terlepas daripadamu itu -keuntungan atau bahaya, tentu tidak akan mengenaimu dan apa-apa yang mengenaimu itu pasti tidak akan dapat terlepas daripadamu.

Ketahuilah bahawa pertolongan itu beserta kesabaran dan bahawasanya kelapangan itu beserta kesukaran dan bahawasanya beserta kesukaran itu pasti ada kelonggaran.”

Keterangan:

Hal-hal yang perlu dimaklumi dalam Hadis ini ialah:

(a)  Ada di belakang Nabi s.a.w. maksudnya ialah membonceng waktu naik bighal  (semacam kuda) dengan duduk di  belakang beliau.

(b)  Peliharalah Allah, yakni peliharalah perintah-perintah dan larangan-larangan Allah serta berhati-hatilah pada kedua macam hal itu, pasti engkau dijaga olehNya dalam duniamu, agamamu, dirimu dan keluargamu.

(c)  Ummat ialah semua makhluk yang dimaksudkan.

(d)  Pena-pena   telah   diangkat,  ertinya   ketentuan-ketentuan telah tetap.

(e) Kertas-kertas telah kering maksudnya catatan-catatan semua yang ada di dalam dunia semesta ini (sebagaimana yang tertera di

Lauh Mahfuzh) tentu saja tak ada yang dapat mengubah takdir-takdir dari Allah itu  kecuali yang dikehendaki olehNya sendiri sebagaimana firmanNya:

Ertinya:

“Allah menghapus serta menetapkan apa saja yang dikehendaki olehNya dan di sisi Allahlah ummul kitab atau pokok Catalan. Ummul kitab ini adalah ilmu Allah yang qadim (dahulu) sejak zaman azali (sebelum ada apa-apa kecuali Allah).”

(f) Selain Tirmidzi yakni ‘Abd bin  Humaid dan juga Imam Ahmad.

(g) Suka mengenai pada Allah ertinya senantiasa mendekat dan taat padaNya. Kalau kita suka demikian ketika kita dalam keadaan lapang (banyak rezeki dan badan sihat), maka Allah pasti suka melihat kita yakni mahu memberi pertolongan pada kita apabila kita dalam keadaan sukar pada suatu waktu.

(h) Suatu yang telah ditentukan oleh Allah (sejak zaman azali) akan lepas dari kita, (tidak dapat kita capai), sudah tentu selamanya barang itu tetap lepas dari kita yakni tidak dapat mengenai kita (kita peroleh). Demikian pula sebaliknya, iaitu bahawa sesuatu yang telah ditentukan akan kita dapatkan, maka bagaimanapun juga tidak akan lepas dari kita.

(i) Pertolongan Allah beserta kesabaran yakni bila kita ingin pertolongan dari Allah, haruslah kita sabar.

(j) Kelapangan beserta kesusahan dan nanti pasti ada kelonggaran yakni manusia itu tidak mungkin akan terus menerus susah dan sukar, insya Allah pada suatu ketika ia akan menemui kelapangan dan kelonggaran juga.

Bolehkah Penzina Nikahi Pasangan Yang Hamil Kerananya?

0

Assalamualaikum..nak tanya..boleh tak lelaki nikah dengan wanita yang mengandung yang dizinainya?

Cikgu Rahim:
Fatwa kebangsaan, boleh, tetapi anak itu tidak boleh dinasabkan kepadanya..

Abu Naurah Muhammad Mustafa:

Boleh, ada dalam surah An-nur

‏﴿٣﴾ ٱلزَّانِى لَا يَنكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَٱلزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَآ إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ ۚ وَحُرِّمَ ذٰلِكَ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ

(3) [1]Pezina laki-laki tidak boleh menikah kecuali dengan pezina perempuan, atau dengan perempuan musyrik; dan pezina perempuan tidak boleh menikah kecuali dengan pezina laki-laki atau dengan laki-laki musyrik[2]; dan yang demikian itu[3] diharamkan bagi orang-orang mukmin[4].

[1] Tirmidzi meriwayatkan dengan sanadnya yang sampai kepada ‘Amr bin Syu’aib dari bapaknya dari kakeknya, ia berkata, “Ada seseorang yang bernama Martsad bin Abi Martsad. Ia adalah seorang yang biasa membawa para tawanan dari Mekah dan membawanya ke Madinah. Di Mekah ada seorang wanita pelacur bernama ‘Anaq yang menjadi temannya. Ia pernah berjanji akan membawa salah seorang tawanan yang berada di Mekah untuk dibawanya (ke Madinah). Martsad berkata, “Aku pun datang, sehingga sampai di salah satu bayangan dinding di antara dinding-dinding Mekah di malam yang terang bulan. ‘Anaq kemudian datang, dia melihat hitam bayanganku dari balik dinding. Ketika ia sampai kepadaku, ia pun mengenaliku dan berkata, “(Apakah ini) Martsad?” Aku menjawab, “Martsad.” Ia berkata, “Selamat datang, bermalamlah dengan kami malam ini.” Aku berkata, “Wahai ‘Anaq, Allah mengharamkan zina.” Maka ‘Anaq berkata, “Wahai penghuni kemah! Inilah orang yang akan membawa para tawananmu.” Maka aku dikejar oleh delapan orang, dan aku pun menempuh jalan Khandamah hingga aku sampai ke sebuah gua dan masuk ke dalamnya. Mereka pun datang sampai berdiri di atas kepalaku lalu buang air kecil sehingga menimpa ke kepalaku, namun Allah membutakan mereka sehingga tidak melihatku. Mereka pun balik dan aku kembali kepada kawanku dan membawanya, sedangkan dia adalah seorang yang cukup berat hingga aku sampai di rerumputan idzkhir, lalu aku lepas rantainya, aku pun membawanya dan ia cukup memberatkanku sehingga aku sampai ke Madinah. Aku pun datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan berkata, “Wahai Rasulullah, bolehkah aku menikahi ‘Anaq. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pun diam dan tidak menjawab apa-apa kepadaku sehingga turun ayat, “Pezina laki-laki tidak boleh menikah kecuali dengan pezina perempuan, atau dengan perempuan musyrik; dan pezina perempuan tidak boleh menikah kecuali dengan pezina laki-laki atau dengan laki-laki musyrik; dan yang demikian itu diharamkan bagi orang-orang mukmin.” Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Wahai Martsad, Pezina laki-laki tidak boleh menikah kecuali dengan pezina perempuan, atau dengan perempuan musyrik; dan pezina perempuan tidak boleh menikah kecuali dengan pezina laki-laki atau dengan laki-laki musyrik.” Maka janganlah engkau nikahi.” (Tirmidzi berkata, “Hadits ini hasan gharib, tidak diketahui kecuali dari jalan ini. Hadits ini diriwayatkan pula oleh Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Jarir dan dalam sanad tersebut menurutnya ada orang yang mubham (tidak jelas namanya), Hakim secara singkat, Hakim berkata, “Shahih isnadnya.” Dan didiamkan oleh Adz Dzahabi).

[2] Syaikh As Sa’diy berkata, “Ayat ini menjelaskan buruknya perbuatan zina, dan bahwa ia dapat mengotori kehormatan pelakunya dan kehormatan orang yang menemani dan mencampurinya tidak seperti dosa-dosa yang lain. Allah memberitahukan, bahwa pezina laki-laki tidak ada yang maju menerima nikahnya dari kalangan wanita selain wanita pezina juga yang keadaannya sama atau wanita yang menyekutukan Allah, tidak beriman kepada kebangkitan, dan tidak beriman kepada pembalasan, serta tidak memegang teguh perintah Allah. Demikian juga pezina perempuan, tidak ada yang mau menikahinya selain pezina laki-laki atau laki-laki musyrik.”

[3] Menikahi wanita pezina, atau menikahkan puterinya dengan laki-laki pezina.

[4] Maksud ayat ini menurut Syaikh As Sa’diy adalah, “Bahwa barang siapa yang berbuat zina laki-laki atau wanita dan tidak bertobat daripadanya, maka orang yang maju menikahinya sedangkan Allah mengharamkannya, tidak lepas kemungkinan orangnya tidak berpegang teguh dengan hukum Allah dan Rasul-Nya, dan tidak ada ya
ng seperti itu kecuali orang musyrik, bisa juga ia berpegang dengan hukum Allah dan Rasul-Nya, lalu ia memberanikan diri menikahinya padahal ia tahu orang itu sebagai pezina, maka pernikahan itu sesungguhnya zina, dan orang yang menikahinya adalah pezina. Kalau ia beriman kepada Allah dengan benat, tentu ia tidak akan maju melakukannya. Ini merupakan dalil yang tegas haramnya menikahi wanita pezina sampai ia bertobat dan demikian pula haramnya menikahkan (puteri kita) kepada laki-laki pezina sampai ia bertobat, karena hubungan suami dengan istrinya dan istri dengan suaminya adalah hubungan yang paling kuat dan paling sepasang. Allah Ta’ala telah berfirman, “(Kepada malaikat diperintahkan), “Kumpulkanlah orang-orang yang zalim beserta teman sejawat mereka…dst,” (terjemahan. Ash Shaffaat: 22) yakni teman penyerta mereka. Allah mengharamkan yang demikian karena di dalamnya terdapat keburukan yang besar, dan di sana menunjukkan sedikitnya rasa kecemburuan, menghubungkan anak-anak yang bukan berasal dari suami, dan karena pezina tidak akan menjaga istrinya karena sibuk dengan wanita lain, di mana sebagian ini sudah cukup menjadikannya haram. Dalam ayat ini terdapat dalil bahwa pezina bukanlah seorang mukmin (mutlak), sebagaimana sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Tidaklah berzina seorang pezina sedangkan dia adalam keadaan mukmin.” Pezina meskipun bukan musyrik, namun tidak diberikan gelar yang terpuji, yaitu iman yang mutlak.”

(An Nuur 24:3)

Bila Harta Fa-i’ Dimonopoli : Tanda Ke-36

0

Tanda Ke-36/131
Bila Harta Fa-i’ (الفيء) dimonopoli (أن يتخذ الفيء دولا )

al-Fa-i’= adalah harta yang diperolehi dari musuh tanpa perang seperti Nabi memperolehinya dari kampung Banu Nadir dan Fadak, di mana orang yahudi melarikan diri sebelum tentera Nabi tiba. Al-Fai’ juga bermaksud cukai dari non-muslim, Jizyah atau seperti hari ni cukai pendapatan (income tax) dari orang bukan Islam dan corporate tax ke atas perniagaan mereka atau apa jua cukai yang dikenakan kepada bukan Islam, harta ini adalah milik negara, dalilnya:

مَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُم

Terjemahan: “Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu”. (QS. Al-Hasyr: 6-7)

Namun sebagai tanda kecil Kiamat, harta atau cukai ke atas non-Muslim ini beredar di kalangan golongan penguasa sahaja sebagaimana hadith:

عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص: اِذَا اتُّخِذَ اْلفَيْءُ دُوَلاً وَ اْلاَمَانَةُ مَغْنَمًا
الراوي : أبو هريرة المحدث : الترمذي
المصدر : سنن الترمذي الصفحة أو الرقم: 2211 خلاصة حكم المحدث : غريب لا نعرفه إلا من هذا الوجه

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Apabila harta fai’ (rampasan perang) sudah dijadikan barang rebutan, amanat (kepemimpinan) dijadikan sebagai barang ghanimah (rampasan),
HR Termidzi, beliau menilainya dha’if, namun ada juga muhaddith yang menilainya hasan atau sahih, antaranya Imam al-Syaukani: dia menilainya hasan

الراوي : أبو هريرة المحدث : الشوكاني
المصدر : نيل الأوطار الصفحة أو الرقم: 8/262 خلاصة حكم المحدث : حسن لغيره

Syaikh Ben Othaimin, dha’if tapi ada syahid atau penguat.

الراوي : أبو هريرة المحدث : ابن عثيمين
المصدر : الضياء اللامع الصفحة أو الرقم: 633 خلاصة حكم المحدث : هذا الحديث وإن كان ضعيف السند لكن له شاهد

Syarah: Jika hadith ini hasan, maksudnya cukai atau income-tax (khususnya dari non-muslim) tidak diagihkan secara saksama, banyak berlegar di kalangan pemerintah dan ada negeri dan kumpulan sasaran tidak mendapat nikmat dari agihan cukai. Misalnya Kelantan yang berada di tangan kerajaan pembangkang, ia tidak mendapat agihan yang mencukupi untuk rakyat jelata mendapat bekalan air bersih, sistem jalan raya 4 lorong untuk jalan-jalan utama dan pembangunan yang seimbang dengan negeri-negeri yang lain. ?

Hadis 61: Bertaqwalah Dimana Sahaja Kita Berada

0

Bab Muraqqabah

61. Kedua: Dari Abu Zar, iaitu Jundub bin Junadah dan Abu Abdur Rahman iaitu Mu’az bin Jabal radhiallahu ‘anhuma dari Rasulullah s.a.w. sabdanya:

“Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada dan ikutilah perbuatan buruk itu dengan perbuatan baik, maka kebaikan  itu dapat menghapuskan keburukan tadi dan pergaulilah para  manusia dengan budi pekerti yang bagus.”

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

Keterangan:

Hadis ini mengandungi tiga macam unsur, yakni bertaqwa kepada Allah, kebaikan diikutkan sesudah mengerjakan keburukan dan perintah bergaul dengan baik antara seluruh ummat manusia. Mengenai yang ketiga tidak kami jelaskan lebih panjang, sebab masing-masing bangsa tentu memiliki cara-cara atau adat-istiadat sendiri. Namun demikian juga mesti dilaksanakan dengan mengikuti ajaran-ajaran yang ditetapkan oleh agama Islam, sehingga tidak melampaui batas, akhirnya terperosok dalam hal-hal yang diharamkan oleh Allah Ta’ala. Jadi di bawah ini akan dihuraikan perihal yang dua buah unsur saja, iaitu:

(a) Takut pada Allah atau Taqwallah adalah satu kata yang menghimpun erti yang sangat dalam sekali, pokoknya ialah mengikuti dan mengamalkan semua perintah Allah dan menjauhi serta menahan diri dari melakukan larangan-laranganNya. Dengan demikian terjagalah jiwa dan terpeliharalah hati manusia dari kemungkaran, kemaksiatan, kemusyrikan yang terang (jali) atau yang tidak terang (khafi), juga terhindar dari kekufuran dan kemurtadan. Tuhan tentu akan melindungi orang yang taqwa itu dari semuanya tadi. Tentang ini Allah telah berfirman:

“Sesungguhnya Allah adalah beserta orang-orang yang taqwa dan orang-orang yang sama berlaku baik.”

(b) Mengikutkan kebaikan sesudah melakukan kejahatan itu misalnya ialah bertaubat, kerana dengan demikian lenyaplah segenap kesalahan yang kita lakukan, asalkan kita bertaubat itu dengan sebenar-benarnya, sebagaimana firman Allah:

Ertinya:

“Melainkan orang yang bertaubat dan beriman dan beramal shalih, maka mereka itu keburukan-keburukannya akan diganti oleh Allah dengan kebaikan-kebaikan.”

Popular

Iklan

Iklan