Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat Bila Harta Fa-i’ Dimonopoli : Tanda Ke-36

Bila Harta Fa-i’ Dimonopoli : Tanda Ke-36

254
0
Iklan

Tanda Ke-36/131
Bila Harta Fa-i’ (الفيء) dimonopoli (أن يتخذ الفيء دولا )

al-Fa-i’= adalah harta yang diperolehi dari musuh tanpa perang seperti Nabi memperolehinya dari kampung Banu Nadir dan Fadak, di mana orang yahudi melarikan diri sebelum tentera Nabi tiba. Al-Fai’ juga bermaksud cukai dari non-muslim, Jizyah atau seperti hari ni cukai pendapatan (income tax) dari orang bukan Islam dan corporate tax ke atas perniagaan mereka atau apa jua cukai yang dikenakan kepada bukan Islam, harta ini adalah milik negara, dalilnya:

مَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُم

Terjemahan: “Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu”. (QS. Al-Hasyr: 6-7)

Namun sebagai tanda kecil Kiamat, harta atau cukai ke atas non-Muslim ini beredar di kalangan golongan penguasa sahaja sebagaimana hadith:

عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص: اِذَا اتُّخِذَ اْلفَيْءُ دُوَلاً وَ اْلاَمَانَةُ مَغْنَمًا
الراوي : أبو هريرة المحدث : الترمذي
المصدر : سنن الترمذي الصفحة أو الرقم: 2211 خلاصة حكم المحدث : غريب لا نعرفه إلا من هذا الوجه

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Apabila harta fai’ (rampasan perang) sudah dijadikan barang rebutan, amanat (kepemimpinan) dijadikan sebagai barang ghanimah (rampasan),
HR Termidzi, beliau menilainya dha’if, namun ada juga muhaddith yang menilainya hasan atau sahih, antaranya Imam al-Syaukani: dia menilainya hasan

الراوي : أبو هريرة المحدث : الشوكاني
المصدر : نيل الأوطار الصفحة أو الرقم: 8/262 خلاصة حكم المحدث : حسن لغيره

Syaikh Ben Othaimin, dha’if tapi ada syahid atau penguat.

الراوي : أبو هريرة المحدث : ابن عثيمين
المصدر : الضياء اللامع الصفحة أو الرقم: 633 خلاصة حكم المحدث : هذا الحديث وإن كان ضعيف السند لكن له شاهد

Syarah: Jika hadith ini hasan, maksudnya cukai atau income-tax (khususnya dari non-muslim) tidak diagihkan secara saksama, banyak berlegar di kalangan pemerintah dan ada negeri dan kumpulan sasaran tidak mendapat nikmat dari agihan cukai. Misalnya Kelantan yang berada di tangan kerajaan pembangkang, ia tidak mendapat agihan yang mencukupi untuk rakyat jelata mendapat bekalan air bersih, sistem jalan raya 4 lorong untuk jalan-jalan utama dan pembangunan yang seimbang dengan negeri-negeri yang lain. ?

Komen dan Soalan