Utama Bilik (28) Bidaah Nusantara Siri Baru : 16 kaedah (memahami) Bid’ah (Kaedah Pertama)

Siri Baru : 16 kaedah (memahami) Bid’ah (Kaedah Pertama)

238
0
Iklan

Siri Baru: 16 kaedah (memahami) Bid’ah (قواعد في البدعة)

Bid’ah (البدعة) dari segi lughawi ialah membuat inovasi yang belum ada contoh sebelumnya

Secara fiqh:

طريقة في الدين مخترعة تضاهي الشرعية يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله سبحانه

Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT

Bid’ah inovasi dalam agama/ibadat, manakala inovasi dan kreativiti dalam urusan kehidupan dunia bukan bid’ah.

Untuk memahami bid’ah, maka ada 16 kawaid atau kaedah fiqh untuk memudahkan anda faham selok belok bid’ah dan tidak mudah ditipu oleh golongan pencetus bid’ah dari puak tradisionalis dan tareqat.

Kaedah #1: Yang asal pada Ibadat adalah Larangan, Asal pada Adat kebiasaan manusia adalah harus harus saja

(القاعدة الأولى: الأصل في العبادات المنع وفي العادات الإباحة )

Dalil kaedah:

عن عائشة أم المؤمنين قالت قال رضي الله عنه: “من أحدث في أمرنا ما ليس منه فهو رد” أخرجه مسلم 1718

Dari Aisyah ra, bahawa Nabi saw bersabda: sesiapa yang mengada-adakan sesuatu amal yang baru dalam urusan kita (agama) yang tidak ada contoh sebelumnya, maka ia tertolak.” HR Muslim no 1718

Kaedah 1/16: Asal Ibadat adalah larangan; asal adat kebiasaan manusia adalah harus

Syarah Syaikhul Islam Ibn Taymiyah rh:

Ibadat yang disyariatkan tidak thabit melainkan apa yang diperintahkan yakni dalil syarak, samada melalui AQ atau hadith sahih. Ibadat sesuatu yang diperintah, maka bagaimana dinamakan ibadat jika anda melakukannya jika ia tidak thabit dengan nas?

Sebaliknya kebiasana manusia atau adat, ia tidak boleh diharamkan melainkan dengan adanya nas mencegahnya kerana larangan juga termasuk syariat. Maka suruhan dan larangan semuanya termasuk ibadat. Maka apa juga keperluan manusia, semuanya harus, tidak boleh dilarang kecuali apa yang Allah haramkan.

Kata Imam Ahmad, asal ibadat adalah Taufiq (berdasarkan nas), tidak boleh disyariatkan kepada manusia melainkan selepas ia sahnya syariat Allah.

Dalilnya:
AQ 42:21. [Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah? Sekiranya tak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. Dan sesungguhnya orang-orang yang lalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih.]

Kaedah 1/16 Akhir: Asal adat adalah mubah

Dalil ayat:
AQ 10: 59 [Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): “Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?” Katakanlah lagi (kepada mereka): “Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?”. ]

Maksud ayat asal dalam adat kebiasaan manusia adalah harus, kemaafan dan tidak boleh diharamkan.

Rumusan: Dari kaedah ini, ibadat, kita taufiq, berdasarkan nas syarak, kita tidak boleh merekacipta ibadat yang baru, memadai dengan apa yang thabit dengan nas. Manakala kreativiti dan inovasi dalam adat kehidupan, adalah bebas, dimaafkan dan tidak diharamkan kecuali sedikit sahaja.

Contoh: Solat Hajat Perdana SPM. Ia adalah daerah ibadat. Majlis tahlil mayyat/arwah, majlis baca yasin perdana, majlis satu Malaysia berselawat, semua adalah ibadat yang direkacipta
manakala dalam adat kebiasaan, naik air asia atau saudia airlines ke mekah, membesarkan mesjidil haram, memasang pendingin hawa dalam mesjid, berkereta ke mesjid, naik motor ke mesjid, menonton ceramah dalam youtube, dakwah guna telegram, semuanya adalah adat kebiasaan manusia yang dimaafkan dan tidak diharamkan.

?Ref: Syaikh Islam IT, Majmu’ Fatawa29:16 شيخ الإسلام ابن تيمية كما في مجموع الفتاوى “29/16”

Komen dan Soalan