Utama Blog Halaman 276

Himpunan Ayat Al-Quran Bab Tawakal

0

Bab berikutnya…
Bab Tawakkal Dan Yakin.

Allah Ta’ala berfirman:

“Setelah orang-orang yang beriman itu melihat pasukan serikat – musuh – mereka berkata: “Inilahyang dijanjikan oleh Allah dan RasulNya kepada kita dan Allah dan RasulNya itu berkata benar. Hal yang sedemikian itu tidaklah menambahkan kepada orang-orang yang beriman tadi melainkan kelmanan dan penyerahan bulat-bulat.” (al-Ahzab: 22)

Allah Ta’ala berfirman pula:

“Para manusia berkata kepada orang-orang yang beriman itu: “Sesungguhnya orang-orang telah berkumpul untuk melawan engkau semua, oleh kerana itu takutlah kepada mereka.” Tetapi hal itu makin menambah keimanan mereka. Mereka menjawab: Allah cukup menjadi pelindung kita dan sebaik-baiknya yang dijadikan tempat bertawakkal.

Kemudian mereka kembali dengan mendapatkan kenikmatan dan keutamaan dari Allah, mereka tidak terkena sesuatu halangan pun dan mereka mengikuti keredhaan Allah dan Allah itu memiliki keutamaan yang agung.” (ali-lmran: 173-174)

Allah Ta’ala berfirman lagi:

“Dan bertawakkallah kepada Tuhan yang Maha Hidup yang tidak akan mati.” (al-Furqan: 58)

Lagi Allah Ta’ala berfirman:

“Dan kepada Allah, hendaklah orang-orang yang beriman itu sama bertawakkal,” (Ibrahim: 11)

Allah Ta’ala berfirman pula:

“Jikalau engkau telah bulat tekad – untuk melaksanakan sesuatu – maka bertawakkallah kepada Allah.” (ali-lmran: 159)

Ayat-ayat  mengenai  hal  bertawakkal  itu  banyak dan  dapat dimaklumi.

Juga Allah Ta’ala berfirman:

“Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, maka Dia pasti mencukupi untuknya.” (at-Thalaq: 3)

Lagi firmannya Allah Ta’ala:

“Hanyasanya orang-orang yang beriman itu, ialah mereka yang apabila disebutkan nama Allah, maka hati mereka itu menjadi ketakutan, juga apabila ayat-ayatNya dibacakan kepada mereka, maka bertambah-tambahlah keimanan mereka dan mereka itu sama bertawakkal kepada Tuhannya.”(al-Anfal: 2)

Ayat-ayat perihal keutamaan bertawakkal itu pun banyak pula dan dapat pula diketahui.

باب في اليقين والتوكل:
قَالَ اللهُ تَعَالَى: {وَلَمَّا رَأى الْمُؤْمِنُونَ الأَحْزَابَ قَالُوا هَذَا مَا وَعَدَنَا اللهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللهُ وَرَسُولُهُ وَمَا زَادَهُمْ إِلا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا} [الأحزاب: 22].
أي: ما زادهم الابتلاء إلا تصديقًا بوعد الله وتسليمًا لأمره.
وَقالَ تَعَالَى: {الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ * فَانْقَلَبُوا بِنِعْمَةٍ مِنَ اللهِ وَفَضْلٍ لَمْ يَمْسَسْهُمْ سُوءٌ وَاتَّبَعُوا رِضْوَانَ اللهِ وَاللهُ ذُو فَضْلٍ عَظِيمٍ} [آل عمران: 173، 174].
يمدح تعالى المؤمنينَ الذين استجابوا لله والرسول بأنَّ تخويف الناس لهم زادهم تصديقًا ويقينًا وقوة، وقالوا: {حَسْبُنَا اللهُ}، أي: كافينا الله. {وَنِعْمَ الْوَكِيلُ} أي: الموكول إليه الأمور.
وَقالَ تَعَالَى: {وَتَوَكَّلْ عَلَى الْحَيِّ الَّذِي لا يَمُوتُ} [الفرقان: 58].
وفيه: إشارة إلى أنَّ من توكل على غير الله فقد ضاع؛ لأنه يموت. قال تعالى: {كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلا وَجْهَهُ} [القصص: 88].
وَقالَ تَعَالَى: {وَعَلَى اللهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ} [إبراهيم: 11].
إذ هو الحي القيوم.
وَقالَ تَعَالَى: {فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى الله} [آل عمران: 159].
أي: إذا عزمت على إمضاء ما تريد بعد المشاورة، فتوكل على الله، أي: ثِقْ به لا بالمشاورة.
والآيات في الأمرِ بالتوكلِ كثيرةٌ معلومةٌ.
وَقالَ تَعَالَى: {وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللهِ فَهُوَ حَسْبُهُ} [الطلاق: 3]: أي كافِيهِ.
في هذه الآية والتي بعدها فضل التوكل وثمراته.
وَقالَ تَعَالَى: {إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ} [الأنفال: 2].
أي: يفوضون أمورهم إليه. وهذه الآية صفة المؤمنين حقًّا.
قال عمير بن حبيب: إنَّ للإِيمان زيادة ونقصانًا. قيل: فما زيادته؟ قال: إذا ذكرنا الله عزَّ وجلّ وحمدناه فذلك زيادته. وإذا سهونا وغفلنا فذلك نقصانه.

Banyak sekali orang yang salah mengerti dalam melaksanakan ketawakkalan kepada Allah Ta’ala itu. Ada yang berpendapat, tawakkal ialah menyerah bulat-bulat kepada Tuhan tanpa berbuat daya-upaya dan usaha untuk mencari mana-mana yang baik dan menyebabkan kebahagiaan.

Ringkasnya enggan berikhtiar atau menyingsingkan lengan baju. Anehnya ia meminta yang enak-enak belaka. Orang semacam di atas itu rupanya berpendapat, bahawa tidak perlu ia belajar, jika Tuhan menghendaki ia menjadi orang pandai, tentu pandai juga nantinya. Juga tidak perlu bekerja, jika Tuhan menghendaki ia menjadi kaya, tentu kaya juga nantinya. Atau ketika sakit, tidak perlu ia berubat, jika Tuhan menghendaki sembuh tentu sihat kembali pula. Semuanya itu samalah halnya dengan orang yang sedang lapar, sekalipun macam-macam makanan di hadapan mukanya, tetapi ia berpendapat, jika Tuhan menghendaki kenyang, tanpa makan pun akan menjadi kenyang juga. Cara berfikir semacam di atas itu, apabila diterus-teruskan, pasti akan membuat kesengsaraan diri sendiri, bahkan merosak akalnya sendiri.

Adapun maksud tawakkal yang diperintahkan oleh agama itu ialah menyerahkan diri kepada Allah sesudah berdaya-upaya dan berusaha serta bekerja sebagaimana mestinya.

Misalnya meletakkan penyelak di muka rumah, setelah dikunci baik-baik, lalu bertawakkal. Ertinya apabila setelah dikunci itu masih juga hilang umpama dicuri orang, maka dalam pandangan agama orang itu sudah tidak bersalah, sebab telah melakukan ikhtiar supaya jangan sampai hilang. Hal yang semacam itu pernah terjadi di zaman Rasulullah s.a.w., iaitu ada seorang sahabatnya yang meninggalkan untanya tanpa diikatkan pada sesuatu, seperti pohon, tonggak dan lain-lain, lalu ditinggalkan.

Beliau s.a.w. bertanya: “Mengapa tidak kamu ikatkan?” Ia menjawab: “Saya sudah bertawakkal kepada Allah.” Rasulullah s.a.w. tidak dapat menyetujui cara berfikir orang itu, lalu bersabda:

Ertinya:

“Ikatlah dulu lalu bertawakkallah.”

Ringkasnya tawakkal tanpa usaha lebih dulu adalah salah dan keliru menurut pandangan Islam

FirmanNya:

“Hanyasanya orang-orang yang beriman itu apabila nama Allah disebutkan, menjadi gentarlah hati mereka dan apabila ayat-ayat Allah dibacakan, maka bertambahlah keimanan mereka dan hanya kepada Allah jualah mereka bertawakkal.” (al-Anfal: 2)

Yang perlu kita perhatikan, sehubungan dengan persoalan ini ialah:

Dalam mengejar cita-cita, supaya dapat berhasil kecuali amat diperlukan adanya sifat kesabaran, juga wajib disertai sifat tawakkal ini. Kerana yang menentukan berhasil atau tidaknya sesuatu maksud itu hanyalah Allah Subhanahu wa Ta’ala sendiri. Lebih besar yang dicita-citakan, wajib lebih besar pula sabar dan tawakkalnya, misalnya ingin menjadi seorang yang alim, ingin memajukan agama, ingin mendirikan sesuatu negara yang benar-benar diredhai oleh Allah Ta’ala, ingin melaksanakan hukum-hukum dan syariat Islam dalam negara dan lain-lain sebagainya. Setelah bersabar dan bertawakkal wajib pula disertai doa, memohon kepada Allah semoga yang dicita-citakan itu berhasil, jangan bosan-bosan berdoa dan yakinlah bahawa Allah akan mengabulkan. Insya Allah.

Himpunan Hadis Bab Taqwa

0

Hadith berkait dengan Taqwa

69.  Pertama: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. ditanya: “Ya Rasulullah, siapakah orang yang semulia-mulianya?”

Beliau s.a.w. bersabda: “Iaitu orang yang bertaqwa di antara engkau semua.

Orang-orang berkata: “Bukan ini yang kita tanyakan.” Beliau s.a.w, menjawab: “Kalau begitu ialah Nabi Yusuf, ia adalah Nabiullah, putera Nabiullah dan ini pun putera Nabiullah pula dan ini adalah putera khalilullah – kekasih Allah yakni bahawa Nabi Yusuf itu adalah putera Nabi Ya’qub putera Nabi Ishaq putera Nabi Ibrahim iaitu Khalilullah.”

Orang-orang berkata lagi: “Bukan ini yang kita tanyakan.” Beliau s.a.w. menjawab pula: “Jadi tentang orang-orang yang merupakan pelikan-pelikan – pembesar-pembesar – dari bangsa Arab yang engkau semua tanyakan padaku? Orang-orang yang merupakan pilihan di antara bangsa Arab itu di zaman Jahiliyah, itu pula lah yang merupakan orang-orang pilihan di zaman Islam, jikalau mereka mengerti hukum-hukum agama.” (Muttafaq ‘alaih)

Lafaz Faquhuu jika dibaca dengan didhammahkan qafnya adalah masyhur, tetapi ada yang mengatakan dengan mengkasrahkan qaf, lalu dibaca Faqihuu, ertinya ialah “mengerti akan hukum-hukum syara’.”

Apa yg dimaksudkan dengan takwa ustaz?

Jawapan CR:
Banyak ta’rifnya.
Saya di kedai. Tak dapat hurai panjang.

Umumnya, taqwa itu buat apa yang Allah perintah, tinggal semua yang Allah larang.

Jika masih bergelumang dengan dosa, kita belum bertaqwa.

Seruan taqwa sangat penting. Rukun khutbah.

70. Kedua: Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:

“Sesungguhnya dunia ini manis dan menghijau – yakni lazat dan nyaman – dan sesungguhnya Allah itu menjadikan engkau semua sebagai pengganti di bumi itu, maka itu Dia akan melihat apa-apa yang engkau lakukan. Oleh kerananya, maka takutilah harta dunia dan takutilah pula tipu daya kaum wanita. Sebab sesungguhnya pertama-tama fitnah yang melanda di kalangan kaum Bani Israil adalah dalam persoalan kaum wanita.” (Riwayat Muslim)

71. Ketiga: Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

“Ya Allah, sesungguhnya saya memohonkan padaMu akan petunjuk, ketaqwaan, menahan diri dari apa-apa yang tidak diperkenankan serta kekayaan hati.” (Riwayat Muslim)

«71» الثالث: عن ابن مسعودٍ رضي الله عنه: أنَّ النَّبيّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يقول: ((اللَّهُمَّ إنِّي أَسألُكَ الهُدَى، وَالتُّقَى، وَالعَفَافَ، وَالغِنَى)). رواه مسلم.

Hadis 72, Bab Taqwa

72» الرابع: عن أبي طريفٍ عدِيِّ بن حاتمٍ الطائيِّ رضي الله عنه، قَالَ: سمعتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((مَنْ حَلَفَ عَلَى يَمِينٍ ثُمَّ رَأَى أتْقَى للهِ مِنْهَا فَليَأتِ التَّقْوَى)). رواه مسلم.

72. Keempat: Dari Abu Tharif, iaitu ‘Adi bin Hatim Aththa’i r.a., katanya; “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang bersumpah atas sesuatu persumpahan, kemudian ia mengetahui hal yang keadaannya lebih menjurus kepada ketaqwaan terhadap Allah daripada persumpahan yang dilakukannya tadi, maka hendaklah mendatangi – memilih -ketaqwaan itu saja.” (Riwayat Muslim)

يعني أن من حلفَ على فعل شيء أو تركه، فرأى غيره خيرًا من التمادي على اليمين واتقى الله، فَعَلَهُ وَكفَّر عن يمينه.

Salam Cikgu Rahim…

Apakah yang dimaksudkan PERSUMPAHAN dalam hadis ini.

Jawapan:
Kita bersumpah untuk melakukan sesuatu, jika ia tidak menjurus kepada taqwa, kita batalkan sumpah itu dengan kafarah. Kita pilih taqwa. Kafarah sumpah, memberi makan 10 orang fakir miskin sampai kenyang.

Kafarah jimak bulan ramadhan puasa 2 bulan berturut-turut.

Antara contoh kafarah,
Contoh, demi Allah saya akan panjat pokok jika saya menang.

Panjat pokok tidak dapat menambah taqwa lebih baik bayar kafarah untuk batalkan sumpah dan hidup bertaqwa.

Memberi makan 10 org fakir miskin tu berlaku untuk semua kafarah sumpah ke cikgu.

Jawapan:
Juga kafarah nazar, beri makan 10 orang fakir miskin

Cikgu, kalau orang yang kena kafarah tapi tak mampu beri makan ada ke cara lain lunaskan kafarah tersebut

Jawapan:

لَا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَٰكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا عَقَّدْتُمُ الْأَيْمَانَ ۖ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ ۖ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ۚ ذَٰلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ ۚ وَاحْفَظُوا أَيْمَانَكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kaffarat (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, yaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur (kepada-Nya).
Surah Al-Ma’idah (5:89)

Puasa 3 hari, puasa 3 hari tu last choice. Jika tak dapat beri makan, boleh beri pakaian atau bebaskan seorang hamba. Jika semua tak mampu, baru puasa 3 hari.

Pakaian untuk berapa orang?

Jawapan:
Ikut uruf, 10 orang juga. Baju kurung + kain batik.

Kalau puasa 3 hari tak mampu juga (contohnya kerana uzur /usia sudah lanjut) macam mana cikgu ?

Adakah cukup bertaubat sahaja ?
Cikgu Rahim
Dhaifnya hamba itu, miskin dan sakit pula. Berani pula bersumpah…?

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmati
lah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.
Surah Al-Baqarah (2:286)
https://www.uito.org/2015/11/12/hadis-72-sumpah-yang-bukan-kerana-taqwa-dan-perbahasannya/

(73): Dari Abu Umamah iaitu Shuday bin ‘Ajlan al-Bahili r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. berkhutbah dalam haji wada’ – haji terakhir bagi beliau s.a.w. sebagai mohon diri, kemudian beliau s.a.w. bersabda:

“Bertaqwalah kepada Allah, kerjakanlah shalat lima waktumu, lakukanlah Puasa dalam bulanmu – Ramadhan, tunaikanlah zakat harta-hartamu dan taatilah pemegang-pemegang pemerintahanmu, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga Tuhanmu.”

«73» الخامس: عن أبي أُمَامَةَ صُدَيّ بنِ عجلانَ الباهِلِيِّ رضي الله عنه قَالَ: سَمِعتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يَخْطُبُ في حجةِ الوداعِ، فَقَالَ: ((اتَّقُوا الله وَصلُّوا خَمْسَكُمْ، وَصُومُوا شَهْرَكُمْ، وَأَدُّوا زَكاةَ أَمْوَالِكُمْ، وَأَطِيعُوا أُمَرَاءكُمْ تَدْخُلُوا جَنَّةَ رَبِّكُمْ)). رواه الترمذي، في آخر كتابِ الصلاةِ، وَقالَ: (حديث حسن صحيح).

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dalam akhir kitab bab shalat dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih.

بدأ بالتقوى لأنها الأساس؛ لتناولها فعل سائر المأمورات، وترك سائر المناهي، وعطف عليها ما بعدها وهو من عطف العام على الخاص، والله أعلم.

? Haji wada’: Haji terakhir Rasulullah saw
? Wajib berpegang teguh kepada rukun Islam, serta bertaqwa kepada Allah SWT.
? Semua itu jalan ke Syurga.
? Taat pemimpin dalam perkara makruf.

Habis bab taqwa.

Hadis 73: Bertaqwalah Kepada Allah

Ustaz Rosman Kongsikan Pengalaman Mengajar Percuma

0

Tajuk lain pula, minta apa saya tulis di ‘share’ kan ke group lain. Tak sempat nak tulis untuk semua.

Ikhlas. Apa yang awak faham.

Jawapan pelajar:
Ustaz Rosman, boleh tak saya simpulkan. Kalau kita mengajar perihal agama dan tiada meminta upah, bertawakkal pada Allah, Allah akan turunkan rezeki dengan tidak disangka-sangka mungkin rezeki dari pekerjaan yang lain?

Ustaz Rosman:
Benar sekali Nathrah My. Saya sendiri percaya begitu tapi nak amal tu amatlah susah. Nak tahu cerita saya.

Begini asalnya. Saya masa tu sudah khatam 2x tafsir dan sedang belajar Abi Daud dan Tirmidzi. Saya pula mengajar di sebuah masjid di Mulong dekat Kota Bharu. Saya dah tak kerja sudah 4 tahun sejak saya belajar tafsir.

Perjalanan ke Lakloh Jertih daripada Tok Bali ialah 35 km untuk kelas hadis. Kadang-kadang 2x sehari.

Perjalanan daripada Lakloh ke Mulong itu 70 km. Mulong ke Tok Bali 60 km. Jadi perjalanan di hari saya mengajar ialah 165 km tak termasuk makan malam.

Suatu hari saya hanya ada RM 10 saja. Nak ke kelas, mengajar dan makan. Minyak kereta pula kering. Saya buat keputusan untuk ke kelas hadis saja. Tak mengajar lah malam tu. Saya pujuk diri saya. Saya tak ambil upah. Apa salah saya cuti satu kali.

Saya di waktu maghrib tu serba salah. Saya rasa macam salah aje tak mengajar malam tu. Tak dapat saya tidur. Esoknya anak saya beri duit maka bolehlah saya ke kelas hadis. Semasa dalam kelas saya asyik teringat saya ponteng. Tiba-tiba ustaz ajar hadis hal jihad.

Dalam tu ada hadis, maksud begini. Sahabat berhutang nak pergi berjihad kerana tak ada duit. Bertalu-talu hadis seperti itu sampai habis kelas. Tahulah saya, saya sudah tak pandai bersyukur pada Allah Tuhan saya. Dialah yang mencipta saya. Memberi segala keperluan hidup saya. Saya tak tahu pun tapi Dia buat semua untuk kita. Tak peduli Dia kita tahu ke tak tahu ke. Dia buat aje.

Dia lah Allah yang memberi hidayat pada saya jadi Islam. Hidayat tambahan untuk belajar. Hidayat tambahan untuk faham wahyu dan hadis nabi.

Tapi saya seorang yang tak pandai kenang budi. Aku bertaubat pada Mu Tuhan ku di atas cuai nya aku pada Mu.

Saya malu nak pinjam duit untuk sebar agama Allah. Malunya aku pada Mu Tuhanku.

Komen:
?Allahuakbar.Moga Allah terus murahkan rezeki ustaz dan kami ?
?Ampunilah kami

Saya pun berazam akan pergi mengajar walaupun saya terpaksa berhutang. Namun saya tak mungkin dapat mensyukuri Allah Tuhan saya seperti sepatutnya. Tiba hari ngajar. Saya pinjam duit, RM 30 saja dapat. Saya pesan ke Mak Aji isteri saya. Masak nasi sebab saya balik makan jam 10.30 malam. Tak bolih makan di kedai. Malam tu saya mengajar surah bahagian akhir al-Baqarah. Tiba ayat 273 saya jadi sedih sebab ayat itu Allah cerita hal saya.

Saya tersedu-sedu membaca ayat itu. Hampir-hampir tak boleh mengajar kerana Allah dok cerita pada orang hal saya. Tak bolih jadi imam malam itu.

Bila saya masuk kereta saya, tiba-tiba pintu sebelah di buka orang. Orang itu kata ini ustaz zakat saya. Saya tak boleh jawab. Saya tengok kat dia saja. Tak terkata.

Saya bawa kereta hingga hilang daripada pandangan orang, saya tengok dan bilang duit itu. RM 5500. Masya Allah, Kamu lah Tuhan ku. Kamu tahu apa dalam hati ku. Kamu makbul doa ku. Allah.

Itulah Dia Allah. Tuhan ku dan Tuhan kamu juga. Sembahlah Dia saja. Inilah jalan yang lurus. Wallahuaklam.

????
?Ya Allah
?Astaghfirullah

Seminggu kemudian orang beri lagi zakat 10,000. Lepas itu 5000 dan seterusnya.

Ust Rosman ada amalkn doa yang khusus ke ?? Rezki yag melimpah ?

Taklah lagi saya susah begitu lagi. Ada kena musibah-musibah dalam perjalanan. Allah sentiasa bantu saya. Belanja sebar ugama ni besar. Tak mungkin saya boleh buat melainkan nusrah Allah. Allah lah yang benar.

Doa saya pendek je. Doa daripada al-Quran.

Allahumma ya Allah. Takabbalmina. Inna ka antas samii ul alim.

Ya Allah ya tuhan ku. Terimalah segala usaha ku untuk Mu. Sesungguhnya Kamu Tuhanku. Yang Maha Mendengar segala keperluan-keperluan ku dan Maha Mengetahui macamana nak tolong ku.

Semoga awak-awak semua di rahmati Allah. Saya pun sangat-sangat berharap pada pertemuan dengan Allah
Saya sangat-sangat berharap pada keampunan daripada Allah akan segala dosa-dosa saya.

Umur ni sekejap aje. Apa yang kita bawa balik tu yang mustahak.

Wallahualam.

Takutlah Kepada Allah

0

Petang khamis 8.10.2015

?قال الفضيل بن عياض
رحمه الله :

«من خاف الله، لم يضره أحد، ومن خاف غير الله، لم ينفعه أحد»

«سير اعلام النبلاء٨-٤٢٦»]

•┈┈••✦✿✦••┈┈•

•┈┈••✦✿✦••┈┈•
“Siapa takut Allah maka tiada siapa boleh mudharatkannya dan siapa takut selain Allah maka tiada siapa dapat beri manafaat kepadanya..”

~ Fudhail ‘Iyadh

Siyar ‘Alam Al-Nubala

#tazkirahuito
#tazkirahseminit
#UiTO
#tazkirah

Hadis 72: Sumpah yang bukan kerana taqwa dan perbahasannya

0

Hadis 72, Bab Taqwa

72» الرابع: عن أبي طريفٍ عدِيِّ بن حاتمٍ الطائيِّ رضي الله عنه، قَالَ: سمعتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((مَنْ حَلَفَ عَلَى يَمِينٍ ثُمَّ رَأَى أتْقَى للهِ مِنْهَا فَليَأتِ التَّقْوَى)). رواه مسلم.

72. Keempat: Dari Abu Tharif, iaitu ‘Adi bin Hatim Aththa’i r.a., katanya; “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang bersumpah atas sesuatu persumpahan, kemudian ia mengetahui hal yang keadaannya lebih menjurus kepada ketaqwaan terhadap Allah daripada persumpahan yang dilakukannya tadi, maka hendaklah mendatangi – memilih -ketaqwaan itu saja.” (Riwayat Muslim)

يعني أن من حلفَ على فعل شيء أو تركه، فرأى غيره خيرًا من التمادي على اليمين واتقى الله، فَعَلَهُ وَكفَّر عن يمينه.

Salam Cikgu Rahim…

Apakah yang dimaksudkan PERSUMPAHAN dalam hadis ini.

Jawapan:
Kita bersumpah untuk melakukan sesuatu, jika ia tidak menjurus kepada taqwa, kita batalkan sumpah itu dengan kafarah. Kita pilih taqwa. Kafarah sumpah, memberi makan 10 orang fakir miskin sampai kenyang.

Kafarah jimak bulan ramadhan puasa 2 bulan berturut-turut.

Antara contoh kafarah,
Contoh, demi Allah saya akan panjat pokok jika saya menang.

Panjat pokok tidak dapat menambah taqwa lebih baik bayar kafarah untuk batalkan sumpah dan hidup bertaqwa.

Memberi makan 10 orang fakir miskin tu berlaku untuk semua kafarah sumpah ke cikgu.

Jawapan:
Juga kafarah nazar, beri makan 10 orang fakir miskin

Cikgu, kalau orang yang kena kafarah tapi tak mampu beri makan ada ke cara lain lunaskan kafarah tersebut

Jawapan:

لَا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَٰكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا عَقَّدْتُمُ الْأَيْمَانَ ۖ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ ۖ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ۚ ذَٰلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ ۚ وَاحْفَظُوا أَيْمَانَكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, maka kaffarat (melanggar) sumpah itu, ialah memberi makan sepuluh orang miskin, yaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian, maka kaffaratnya puasa selama tiga hari. Yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). Dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur (kepada-Nya).
Surah Al-Ma’idah (5:89)

Puasa 3 hari, puasa 3 hari tu last choice. Jika tak dapat beri makan, boleh beri pakaian atau bebaskan seorang hamba. Jika semua tak mampu, baru puasa 3 hari.

Pakaian untuk berapa orang?

Jawapan:
Ikut uruf, 10 orang juga. Baju kurung + kain batik.

Kalau puasa 3 hari tak mampu juga (contohnya kerana uzur /usia sudah lanjut) macam mana cikgu ?

Adakah cukup bertaubat sahaja ?
Cikgu Rahim:
Dhaifnya hamba itu, miskin dan sakit pula. Berani pula bersumpah…?

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.
Surah Al-Baqarah (2:286)

Ikhlas Bahagian Ke-2

0

Ikhlas 3

” Orang yang ikhlas itu ialah orang yang menyembunyikan segala amalan yang baik sebagaimana ia menyembunyikan segala amalan yang jahat.”

~ Ya’akob Al Makfuf.

Ikhlas 4

“Apabila seseorang hamba itu ikhlas, nescaya hilanglah penyakit was-was dan riak daripadanya.”

~ Abu Sulaiman ad Darani.

Terasa mulia dari orang lain: Hadits 33

0

Hadits 33: Sunnah yang ditinggalkan yang wajib dihidupkan kembali

“Salah seorang daripada kalian dapat melihat kotoran di mata saudaranya, tetapi dia lupa tentang kayu yang ada di matanya.”

يُبْصِرُ أَحَدُكُمْ القَذَاةَ فِي أَعْيُنِ أَخِيْهِ، وَيَنْسَى الجَذْلَ – أَوْ الجَذْعَ – فِي عَيْنِ نَفْسِهِ

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Adab Al-Mufrad no. 592, namun mauquf kepada Abu Hurairah.

= = = = = = = = = =

Ulasan:

1. Maksud hadits ini sesuai dengan pepatah Melayu: Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada nampak.

2. Kata `Abdullah Al-Muzani: “Sekiranya iblis memberikan was-was kepadamu bahawa engkau lebih mulia daripada muslim lain, maka perhatikanlah. Sekiranya dia lebih tua daripadamu, katakanlah: Dia telah mendahuluiku dalam beriman dan beramal shalih, maka dia lebih baik daripadaku. Sekiranya dia lebih muda daripadamu, katakanlah: Aku telah mendahuluinya dalam maksiat dan dosa, dan lebih layak diseksa berbanding dirinya, maka dia lebih baik daripadaku.”

#SilsilahShahihah:

Hadis 71: Doa Memohon Taqwa

0

71. Ketiga: Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:

“Ya Allah, sesungguhnya saya memohonkan padaMu akan petunjuk, ketaqwaan, menahan diri dari apa-apa yang tidak diperkenankan serta kekayaan hati.” (Riwayat Muslim)

«71» الثالث: عن ابن مسعودٍ رضي الله عنه: أنَّ النَّبيّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يقول: ((اللَّهُمَّ إنِّي أَسألُكَ الهُدَى، وَالتُّقَى، وَالعَفَافَ، وَالغِنَى)). رواه مسلم.

Tawakal

0

Tawakkal

» عن ابن عباس رضي الله عنهما أيضًا: أنَّ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم كَانَ يقول: ((اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَليْك تَوَكَّلْتُ، وَإِلَيْكَ أنَبْتُ، وَبِكَ خَاصَمْتُ. اللَّهُمَّ إِنِّي أعُوذُ بعزَّتِكَ؛ لا إلهَ إلا أَنْتَ أنْ تُضلَّني، أَنْتَ الحَيُّ الَّذِي لا يَمُوتُ، وَالجِنُّ والإنْسُ يَمُوتُونَ)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ، وهذا لفظ مسلم واختصره البخاري.

“Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma juga bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda – dalam berdoa:

“Ya Allah, kepadaMulah saya menyerahkan diri, denganMu saya beriman, atasMu saya bertawakkal, ke hadhiratMu saya bertaubat, denganMu saya berbantah – menghadapi musuh-musuh agama.”

“Ya Allah, saya mohon perlindungan dengan kemuliaanMu, tiada Tuhan yg berhak disembah melainkan Engkau, kalau sampai Engkau menyesatkan diriku. Engkau Maha Hidup yang tidak akan mati, sedangkan semua jin dan manusia pasti mati.” (Muttafaq ‘alaih)

Hadis di atas itu menurut lafaz Imam Muslim dan diringkaskan dalam lafaz Imam Bukhari.

Popular

Iklan

Iklan