Utama Blog Halaman 267

Fiqh Wanita 27 (Umum)

0

#ElRose

S&J Fiqh Wanita
———————–

Soalan 1

Saya ada kawan yang baru keguguran. Dia mempunyai masalah nifas yang tidak menentu dan sekarang sudah lebih 38 hari dan sudah mandi wajib melebihi 10 kali kerana mengikuti nasihat ustazah yang menyuruhnya berbuat begitu.Setiap waktu solat kena periksa. Kalau 2 hari kering kena solat dan kalau ada keluar darah, kena berhenti semula. Apa yang perlu dilakukan syeikh?

Jawapan 1 Thtl

Masalah keguguran dan darah :

  1. Kena pastikan dulu status janin dan contraction semasa keguguran.jika janin keluar belum sempurna sifat atau tiada contraction,maka ia tidak dianggap darah nifas,ia darah istihadzah.Tidak perlu mandi.
  2. Jika ia janin yang sempurna sifat manusia dan ada contraction,maka ia darah nifas,tempoh nifasnya dalam mahzab Hanbali/Syafiiy ialah 40 hari(syaikh Ibn Othaimin,Fatawa al-Mar’ah).

 

Soalan 2

Bolehkah puasa qada digabungkan dengan puasa sunat?

Jawapan 2 Thtl

Gabung puasa sunat dan Qadha ada 2 kes :

  1. Puasa 6 syawal tidak boleh digabungkan dengan puasa qadha. dalil: “Siapa yang puasa ramadhan kemudian dia ikuti dengan 6 hari puasa syawal,maka seperti puasa setahun” ( HR Muslim 1164) kata syaikh Othaimin,ia jelas tidak sebut qadha.
  2. Puasa qadha boleh digabungkan dengan puasa sunat yang lain. Contoh: puasa arafah dan qadha. Kata syaikh Othaimin,”orang yang melakukan puasa hari arafah atau puasa hari asyura dan dia punya tanggungan qadha ramadhan ,maka puasanya sah.

 

Soalan 3

Mohon penjelasan mengenai air yang keluar dari faraj (wadi dan madzi) dan hukum bawa dalam solat .

Jawapan 3 Thtl

Cecair yang keluar dari kemaluan wadi dan madzi atau keputihan, kena basuh sahaja tanpa perlu mandi, yang mandi wajib cuma mani,haid dan nifas.

 

Soalan 4

Boleh bagitau mengenai dalil yang imam syafiiy mewajibkan muslimah menutup wajah?

Jawapan 4 Thtl

Aurat wanita menurut mahzab syafiiy adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua telapak tangan. Dalil: “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang ( biasa ) nampak daripadanya” ( QS .An Nur:31 ) yang biasa itu maksudnya muka dan tangan.

 

Soalan 5

Dalam mengerjakan solat, adakah suara wanita perlu dikuatkan atau hanya didengar oleh diri  sendiri atau boleh juga baca didalam hati ?

Jawapan 5 Thtl

Bacaan dalam solat ialah kena qauli yakni kena disebut oleh bibir.Bukan dalam hati. Ini berdasarkan hadith masyhur,”Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat”maksudnya,solat yang mutawatir menurut riwayat, nabi S.A.W menggerakan bibirnya ketika membaca dalam solat.WA

 

Soalan 6

Apakah hukum khitan bagi perempuan?

Jawapan 6 Thtl

Hukum khitan perempuan khilaf ulama.
Pendapat yang rajih, harus hukumnya dengan syarat.

  1. Kita tahu apa yang nak di khitankan.
  2. Kita tahu pakar atau bidan yang mahir melakukannya dan mereka tahu apa yang perlu dikhitankan.

Kalau tidak tahu dan tidak yakin dengan bidan,maka tidak perlu buat.sebab takut jatuh dalam FGU atau female genital mutilation disudan dan mesir atau bidan yang melakukan berlebih-lebihan kepada kemaluan wanita.
Kalau ada mana-mana klinik pakar yang sediakan dan ada kepakaran dalam hal khitan wanita ini,maka OK,ini kerana khitan lelaki memang prosedur standard dan kita lelaki tahu apa yang perlu dipotong.

 

Soalan 7

Hukum merancang untuk menjarakkan anak dan hukum untuk terus tidak mendapatkan zuriat dengan cara mengikat rahim(BTL).

Jawapan 7 Thtl

Ada 2 pendapat.

  1. Hukum family planning,hukumnya harus kerana tak ada nas khusus,melarangnya.maka balik kepada hukum asal,asal setiap sesuatu  adalah harus. AQ Ahqaf:15 “Dan kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada orang tuanya,Ibunya mengandungnya dengan susah payah dan melahirkan dengan susah payah (pula). Masa mengandung sampai menyapihnya selama 30 bulan”. Maka jarak 30 bulan adalah baik.Al Qardhawi kata sekitar 33 bulan adalah yang ideal untuk merihatkan ibu dan pembesaran baby.
  2. Mengikat atau membuang rahim, yakni tak mahu anak ini, dilarang secara indirect. Surah Al-An’am:151 “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan,KAMI akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka.”AQ 6:151. Jika ada sebab yang disahkan oleh doktor, maka tak ada masalah.

 

Soalan 8

Harus bertaqlid dengan 3 mazhab yang lain – Imam Hanafi, Imam Hanbali dan Imam Maliki tetapi afdal atau aula, kita mengikut Mazhab Imam Syafi’i ( panjang perbahasannya ). Apa pendapat syeikh?

Jawapan 8 Thtl

Apakah lebih afdhal ikut mazhab Syafi’iy?. Ya, kalau itulah kitab yang dia ada dan kena dengan amalan sesebuah negara, dia pula tidak minat belajar fiqh muqaran (fiqh lintas mazhab) dan fiqh sunnah. Tidak, sebab penduduk tempatan ikut mazhab syafi’i yang mutaakhirin bukan dr kitab al-Umm

 

Soalan 9

Benarkah ada 5 fasa zaman-zaman umat Nabi Muhammad yang disebutkan dalam hadis dan dimaklumkan kita sekarang di fasa yang ke 4..Mohon penjelasan Sheikh.

Jawapan 9 Thtl

Lima fasa umat Muhammad. Dalil hadith:

تكون النبوة فيكم ما شاء الله أن تكون , ثم يرفعها الله إذا شاء أن يرفعها ثم تكون خلافة على منهاج النبوة , فتكون ما شاء الله أن تكون , ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها , ثم تكون ملكاعاضا فيكون ما شاء الله أن تكون , ثم يرفعها إذا شاء الله أن يرفعها , ثم تكون ملكا جبريا فتكون ما شاء الله أن تكون , ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها , ثم تكون خلافة على منهاج النبوة . ثم سكت ” .

“Akan ada masa kenabian pada kalian selama yang Allah kehendaki, Allah mengangkat/menghilangkannya kalau Allah kehendaki. Lalu akan ada masa khilafah di atas manhaj Nubuwwah selama yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya jika Allah menghendaki. Lalu ada masa kerajaan yang sangat kuat (ada kedhaliman) selama yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkatnya bila Allah menghendaki. Lalu akan ada masa kerajaan (tirani) selama yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkatnya bila Allah menghendaki. Lalu akan ada lagi masa kekhilafahan di atas manhaj Nubuwwah”. Kemudian beliau diam” [Diriwayatkan oleh Ahmad 4/273 dan Ath-Thayalisi no. 439; dishahihkan oleh Al-Albaaniy dalam Silsilah Ash-Shahiihah no. 5]. Hadith ini tidak sahih di sisi Mutaqaddimin

Fasa 1: Nubuwwah (10 tahun) Nabi sebagai ketua negara
Fasa 2: Khulara arrasasyidin (30 tahun, abu Bakar-Ali)
Fasa 3-4: era dinasti Ummayad
Fasa 5: Khalifah Umar bin Abdul Aziz

Ruj:

  1. Tuhfatul-Ahwadzi Syarh Sunan At-Tirmidzi oleh Al-Mubarakfury Daarul-Fikr, tanpa tahun (terutama pada juz 6 hal. 476-478).
  2. ’Aunul-Ma’bud Syarh Sunan Abu Dawud oleh Muhammad Syamsul-Haqq Al-’Adhim ’Abadiy, Penerbit : Muhammad bin ’Abdil-Muhsin, shaahibu Al-Maktabah As-Salafiyyah, Cet. 2/1488 (terutama juz 2/397-399).

 

Soalan 10

Pengukuhan IMAN, kena mantap Ilmu Tauhid/Aqidah.Pengukuhan ISLAM, kena mantap Ilmu Fiqh/Syariat. Pengukuhan IHSAN, kena mantap Ilmu Tasawwuf/Tariqat. Benarkah ustaz berkenaan pernyataan IHSAN di atas? Bukankah syeikh pernah menyatakan bahawa mazhab As-Syafi’iy membenci Tasawwuf dan Tareqat?

Jawapan 10 Thtl

Memantapkan Ihsan dengan tasawwuf. Ihsan = quality atau cemerlang atau excellence. Tasawwuf=memilih jalan lapar, miskin dan pakaian usang atau hidup gaya monk dan rahib. Maka macam mana ihsan itu sama dengan tasawwuf? tak matching. Muslim yang cemerlang ialah yang menambah ilmu dan beramal dengan ilmu yang dikutip setiap masa.ia sentiasa benchmark atau meletakkan para sahabat dan salafus soleh sebagai matlamat pencapaiannya.

 

Soalan 11

Jika seseorang terkena sihir adakah lebih baik dia berubat berjumpa dengan ustaz seperti darulsyifa atau berubat sendiri dengan membaca ayat kursi, 3 Qul dan 2 ayat terakhir surah al baqarah. Cara yang mengikut sunnah untuk perubatan bagaimana?

Jawapan 11 Thtl

Jika terkena sihir, apa nak buat

pertama:  silap kita tak buat preventive atau penjagaan yakni imunisasi sihir…caranya:

احْفَظِ اللَّهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ

“Jagalah Allah, niscaya Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, niscaya kamu jumpai Dia dihadapanmu. (HR. Ahmad 2669, Tirmidzi 251), dan dishahihkan al-Albani. Jaga Allah dan Allah akan jaga kita, ini imunisasi sihir.
amalkan imunisasi dengan kurma Ajwa, atau kurma hitam madinah.

من اصطبح بسبع تمرات عجوة لم يضره ذلك اليوم سم ولا سحر

“Siapa yang sarapan dengan 7 kurma ajwah, maka racun dan sihir tidak akan membahayakannya di hari itu.” (HR. Bukhari 5779 dan Muslim 2047). seterusnya banyak zikir harian dan jangan lupa baca ayat kursi dan 3 Qul sebelum tidur. Jika kena sihir,ruqyah diri sendiri, dapatkan panduan ruqyah dari kitab-kitab seperti Dr. Said bin Ali bin Wahf al-Qohthani dalam buku beliau Ad-Dua wa Yalihi Al-Ilaj bi Ar-Ruqa, Hal. 35). ada edisi terjemahan jika tidak mampu barulah jumpa ustaz-ustaz yang soleh, akidah salaf dan warak, bukan ahli bid’ah.

 

Soalan 12

Bolehkah kita ambil cebisan kain tutup kaabah dan rendam dalam air untuk minum sebagai ubat ? Benarkah kelambu kaabah boleh bertukar milik kepada orang awam, sheikh?

Jawapan 12 Thtl

Cebisan kelambu. Khurafat dan dilarang keras oleh saudi.Bila kelambu Kaabah di tukar, kelambunya di potong dan dihadiahkan kepada tetamu kerajaan arab saudi. Tiada dibenarkan untuk tujuan perdukunan. Kelambu mekah tidak boleh bertukar tangan sebab mereka kena berjanji dengan pentadbir perbadanan mesjidil haram jangan diberi kepada orang awam kerana dikhuatiri akan menjadi syirik. keduanya palsu.

 

Soalan 13

Dosa anak sebelum baligh ibubapa tanggung, selepas baligh diri sendiri tanggung. Kemudian, dosa anak sebelum kahwin mak ayah juga tanggung tapi selepas kahwin suami tanggung.Benarkah Syeikh?

Jawapan 13 Thtl

Konsep tanggung dosa.

  1. Dosa anak sebelum baligh, ibubapa tanggung tidak sahih, dosa belum ujud kepada anak belum baligh. Dalil:,” Diangkat kalam dari tiga golongan: orang tidur hingga dia jaga, kanak-kanak sehingga ia baligh, orang gila sehingga ia berakal.” HR at Termidzi, Sunan, 2/438, hasan
  2. Selepas diri baligh, memang tanggung sendiri, nama istilah fiqh, Mukallaf =sudah dipertanggungjawabkan kerana usia baligh
  3. Anak bujang yang baligh, emak ayah tanggung, tak sahih, anak tanggung, sebab dah mukallaf.
  4. Jika jadi isteri, suami tanggung, tidak sahih, setiap mukallaf, tanggung sendiri.

Dosa ibubapa kerana cuai dalam memberi pendidikan agama dan akademik. Dosa suami kerana tidak mendidik isteri dan mengawasi muamalatnya, tak ada konsep orang dewasa pikul dosa orang dewasa yang lain walaupun tanggungannya. dalil: “(yaitu) bahwasanya seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain” (QS Al Najm [53]:38)

 

Soalan 14

Kalau kita hendak solat boleh atau tidak kalau buat sanggul tinggi-tinggi?

Jawapan 14 Thtl

Bersanggul tinggi ketika solat.Hadits Abdullah bin Abbas ra, dia berkata:

أُمِرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ وَلَا يَكُفَّ ثَوْبَهُ وَلَا شَعَرَهُ

“Nabi صلى الله عليه وسلم diperintahkan untuk sujud di atas tujuh tulang (dahi, dua telapak tangan, dua lutut, dan dua kaki) dan untuk tidak menahan pakaian dan rambutnya.” [HR Al Bukhari (815) dan Muslim (490)]. Maka ketika solat sunnahnya sanggul dilepaskan.

 

Soalan 15

Adakah ini  kita patut pegang bahawa semua solat sunat adalah 2 rakaat 1 salam? Benarkah Rasulullah SAW menunaikan solat sunat zohor 4 rakaat 1 salam? Mohon pencerahan.

Jawapan 15 Thtl

Kaifiyat solat sunat. Secara global, sunnah solat sunat ialah 2 rakaat dengan satu salam. dalilnya:

صَلَاةُ اللَّيْلِ مَثْنَى مَثْنَى (متفق على صحته من حديث ابن عمر رضي الله عنهما)

“Shalat malam itu dua rakaat-dua rakaat”. (Disepakati keshahihannya; HR Bukhari dan Muslim, dari hadits Ibnu Umar radhiallahu ’anhuma). Solat ba’diah zuhur dengan 4 rakaat satu salam hukumnya, boleh. Aisyah ra berkata: ditanya tentang kebagusan dan panjangnya, kemudian shalat 4 rakaat lagi sekali salam

مَا كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صلّ الله عليه و سلّم يَزِيْدُ فِي رَمَضَانَ وَ لاَ فِي غَيْرِهِ إِحْدَ عَشْرَةَ رَكْعَةً يُصَلِّى أَرْبَعًا، فَلاَ تَسْأَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَ طُوْلَـهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّى أَرْبَعًا فَلاَ تَسْأَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَ طُوْلَـهِنَّ ثُمَّ يُصَلِّى ثَلاَثاً

“Rasulullah saw tidak pernah menambah bilangan pada bulan Ramadhan dan tidak pula pada bulan selain Ramadhan dari 11 Rakaat. Beliau shalat 4 rakaat sekali salam maka  jangan ditanya tentang bagus dan panjangnya, kemudian shalat witir 3 rakaat.” (HR Muslim) hadith ni walaupun masa Ramadhan menjadi dalil bolehnya solat 4 rakaat sekali salam.

 

Soalan 16

Bagaimana pula jika kita berdoa didalam bahasa melayu(didalam hati) ketika sujud didalam solat. Adakah dibolehkan?

Jawapan 16 Thtl

Doa dalam bahasa melayu Khilaf. Boleh dalam mazhab hanbali (Fatwa Lajnah Daimah, volume 24, nomor 5782) dan mazhab syafi’iy, Imam Nawawi – al-Majmuk: 3/247-248. dengan syarat ia hanya sementara sahaja hingga mampu menghafal

 

Soalan17

Bolehkah membaca doa tanpa lafaz hanya niat sahaja.Contoh doa  makan tetapi membaca doa, hanya dalam hati?

Jawapan 17 Thtl

Niat dalam hati. Dalil hadith:

إنَّ اللَّهَ تَعالى تجاوزَ عن أمَّتي ، كلَّ شيءٍ حدَّثَت بِهِ أنفسَها ، ما لم تَكَلَّم بِهِ ، أو تعمَلْ. الراوي : أبو هريرة / المحدث : الألباني/ المصدر : صحيح النسائي. الصفحة أو الرقم: 3433 / خلاصة حكم المحدث : صحيح

” Allah belum mengambil kira apa yang tercetus dalam hati selagi belum diucap atau dilaksanakan” Hr Nasa’iy, al-Albani, sahih. Maka doa dalam hati belum dikira, kena lafaz baru jadi doa bila lafaz, kena usaha bukan doa dan tunggu.

 

Soalan 18

Apa hukum apabila seseorang itu solat menggunakan dalam bahasa melayu maksud membaca bacaan solat ertinya sahaja, dalam bacaan solat dia tidak membaca AlQurannya bahasa(arabnya). Contoh surah alfatiha dia baca,dia hanya baca ertinya tidak membaca surah alfatihah. Sebab dia tidak pandai mengaji dan dia takut membacanya disebabkan takut salah bacaan kerana tidak mengenal huruf ayat alquran & hukum tajwid langsung tidak mengerti?

Jawapan 18 Thtl

Solat dalam bahasa melayu. Ada dua pendapat:

  1. Mazhab Hanafi boleh, jika muallaf baru masuk Islam dan tidak mungkin ia belajar dengan cepat
  2. Haram, menurut Jumhur (mazhab malik, syafi’iy dan Hanbali) kerana tidak pernah difatwakan di zaman Nabi dan sahabat akan keharusannya.

AQ dalam bahasa arab adalah mukjizat, jika dibaca terjemahannya, maka hilanglah mukjizatnya. dalil larangan:
“Apakah (patut Al-Qur’an) dalam bahasa asing, sedang (rasul adalah orang) Arab?” AQ 41:44. Maka pendapat yang rajih menurut Imam Ibn Taymiyah ialah jumhur (Balaghah alQur’an, ms 75)

 

Soalan 19

Adakah Taubat nasuha sama dengan solat sunat taubat biasa? Taubat nasuha ialah kita kena solat dan memohon ampun pada Allah,adakah taubat nasuha sama dengan solat sunat taubat yang disebut dalam buku 75 solat-solat sunnat?

Jawapan 19 Thtl

Solat Taubat dan taubat nasuha. Dalil hadith:

ما من رجل يذنب ذنباً ، ثم يقوم فيتطهر ، ثم يصلي ، ثم يستغفر الله ؛ إلا غفر الله له

Terj:
“Tidaklah seorang hamba melakukan dosa kemudian ia bersuci dengan baik, kemudian berdiri untuk melakukan shalat dua raka’at kemudian meminta ampun kepada Allah, kecuali Allah akan mengampuninya.”

HR. Tirmidzi no. 406, Abu Daud no. 1521, Ibnu Majah no. 1395. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih). Tapi di sisi imam hadith era mutaqaddimun, era klasik spt Bukhari mendhaifkannya dalam tarikh al-Kabir, 2:54

وهذا الحديث ضعيف ؛ قال البخاري في ” التاريخ الكبير “

Yang sebenar, hadith solat Taubat adalah dha’if, tapi kerana ada muhaddith kontemporeri yang sahihkan, ia boleh diamalkan, Maka minta ampun dalam mana-mana solat sunat, tahajjud lebih baik.WA

 

Fiqh Wanita 26 ( Umum )

0

#ElRose

S&J Fiqh Wanita
———————–

Soalan 1

Boleh tak kalau hendak naik tangga dekat batu caves?

Jawapan 1 Thtl

Baca dan tadabbur surah al-Kaafirun. yang boleh, melawati kesan kebinasaan orang kafir, dalilnya:

Katakanlah: “Berjalanlah di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu”. 6:11

Fakta : Batu caves masih utuh, ada patung hubal yang besar di depannya.

 

Soalan 2

Setiap kali disakiti hati oleh anak-anak, ibu akan berniat memaafkan anak2 supaya anak-anak tidak dimurkai Allah,anak-anak pula tidak pernah insaf dan berubah. Adakah dosa anak-anak Allah ampun di dalam situasi begini?

Jawapan 2 Thtl

Perbuatan si anak yang derhaka itu adalah dosa besar, jika ibunya maafkan, dengan Allah masih akan disoal juga kerana berbuat baik kepada parents adalah suatu ketetapan agama.

 

Soalan 3

Apa hukum membatalkan solat kerana hendak halang anak dari merosakkan gajet?

Jawapan 3 Thtl

Harus, sebab menjaga harta tu termasuk dharurat juga, nyawa, harta.

 

Soalan 4

Jika kita ingin berhias,tujuannya untuk suami tetapi suami tidak izinkan, jika buat juga,berdosa ke?

Jawapan 4 Thtl

Berhias untuk suami, suami tidak izin. Jika buat juga dosalah sebab dia tak suka, itu maksudnya suami suka natural beauty je. Mungkin keadaan ekonomi sekarang, dia mahu berjimat cermat.

 

Soalan 5

Jika wanita itu masih didalam iddah tetapi keluar untuk bersuka ria,berjumpa lelaki lain dengan alasan bosan dan sedih suami telah meninggal, dikira berdosa ke?

Jawapan 5 Thtl

Dosa sebab jahil akan maksud IDDAH.

 

Soalan 6

Bagaimana dengan aurat anak angkat jika sudah akhil baligh?

Jawapan 6 Thtl

Aurat anak angkat bila sudah baligh, maka sama dengan lelaki ajnabi (asing). Cara nak naik taraf kepada mahram, suruh kakak atau adik perempuan menyusu, maka jadi anak susuan.

 

Soalan 7

Bolehkah seorang perempuan ingin berkahwin dengan lelaki yang kematian isteri dan beranak 7?

Jawapan 7 Thtl

Soal kawin adalah di tangan perempuan. cuma ideal, dara sama teruna, manakala janda dengan duda itu yang ideal.

 

Soalan 8

Orang lelaki suka perempuan macamna syeikh?
– cantik / bijak / tegas / lembut

Jawapan 8 Thtl

Fitrah lelaki sukakan wanita yang cantik. Namun sunnah lebih mengutamakan yang beragama, ada manhaj. Jika terkumpul pada wanita itu cantik dan beragama..

 

Soalan 9

Macamana atau kaedah nak menjaga ayah yang sakit dan terlantar dan tidak dapat menguruskan diri. Kesemua anaknya perempuan?

Jawapan 9 Thtl

Anak dan ayah tak ada batasan aurat. Jika terpaksa, aurat sulit pun dimaafkan kerana dharurat seperti buang air dan perubatan.

 

Soalan 10

Iddah dicerai kan hidup dan iddah cerai mati sama kah larangannya ,tidak boleh bersolek atau keluar berjalan selama 3 bulan?

Jawapan 10 Thtl

Bercerai hidup, tiga kali haidh, atau 3 bulan. cerai mati,  4 bulan 10 hari. Boleh keluar rumah untuk kerja dan membeli keperluan jika tak da siapa nak tolong buat groceries, cuma jangan jadi janda berhias.

 

Soalan 11

Saya ada terbaca dia kata tidak boleh bermalam ditempat lain. Adakah ini termasuk rumah adik atau abang atau mana mana saudara terdekat?

Jawapan 11 Thtl

Boleh saja, jika ada keperluan berbuat demikian. contoh ada kenduri kahwin dirumah adik. maka bolehlah tidur disitu.

 

Soalan 12

Dalam pergerakan solat,yang mana Allah sangat suka? Ada tak  dalil atau hadis?

Jawapan 12 Thtl

Sujud

“Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa sebab doa saat itu sangat diharapkan untuk terkabul.” (HR Muslim)

 

Soalan 13

Amalan ayat dari surah at -Taubah. Sahih tak syeikh?

بسم الله الرحمن الرحيم   لَقَدْ جَاءكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ   فَإِن تَوَلَّوْاْ فَقُلْ حَسْبِيَ اللّهُ لا إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

Dari Abu Darda radiallahu anhu dari Nabi saw bahawa beliau bersabda:

Sesiapa yang membaca pada setiap hari ketika pagi dan petang: sebanyak 7 kali, nescaya Allah swt akan mencukupkan apa-apa yang penting untuknya, baik urusan dunia mahupun akhirat. (HR Ibnu Sunni dan Ibnu Asakir secara marfu).

Jawapan 13 Thtl

Hadith Abu darda’, mungkar, penilaian Ibn Katsir.

 

Soalan 14

Hadith ini sohih tak?

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku), melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” [Sila rujuk HR Abu Daud dan Ahmad,Riyadus Solihin -1398,Sahih menurut Imam Nawawi ]

Jawapan 14 Thtl

Sahih, itu dalil tak payah kirim salam kat Nabi saw untuk orang pergi umrah/haji

 

Soalan 15

Hizbut tahrir itu betul ke sesat?

Jawapan 15 Thtl

HT adalah sesat.Di wartakan sesat oleh Lajnah Fatwa Arab Saudi. Ia ditubuhkan di Palestina tahun 1956 oleh warga Palestin, Taqiyudin Nabhani. Ia tidak berjuang utk Palestine seperti Hamas dan Fatah, tapi berjuang menegakkan khalifah arrasyidin dengan cara yang tidak jelas.

 

Soalan 16

Baru ini balik kampung, umi saya cerita dia masuk korban satu bahagian, masa bahagikan bahagian dia cakap diorang bahagi pada 8 bahagian sebab 1 bahagian tu untuk orang kerja, kat situ ada 3 ekor lembu, semua 3 ekor lembu tu diorang buat macam tu, boleh ke? Setahu saya upah untuk orang kerja atau sembelih kena upah duit, tak boleh amek daging korban sebagai upah kan?

Jawapan 16 Thtl

Pembahagian 8 tu bid’ah agama. Syariat suruh maksima 7 saja. cara yg betul ialah kos upah tu kena bayar asing. status Korban ia menjadi bid’ah dan takda pahala. sia-sia sebab kebodohan. Ibadah kena dilandaskan dgn ilmu dulu. Bid’ah lebih buruk dari maksiat. Jangan buat bid’ah. Next year ikut sunnah. Contoh satu bahagian lembu RM600. Plus kos lapah dan semelih RM 50. Maka kos korban satu bahagian ialah RM650. itu cara yang sahih.

 

Soalan 17

Boleh tidak dalam kampung buat 2 masjid,penduduknya ramai,kemudian solat jumaat, kedua masjid tersebut di gunakan?

Jawapan 17 Thtl

Boleh kalau majlis agama lulus.

 

Soalan 18

Saya ada terbaca satu artikel haid. Jika seorang wanita kering haidnya pada waktu isyak, maka dia perlu solat isyak dan qadha maghrib (sebagai langkah berjaga-jaga) kalau haid itu kering lebih awal tanpa pengetahuannya. Betul ke syeikh?

Jawapan 18 Thtl

Itu pendapat ulamak dan mazhab;  pendapat yang sahih, bila haid mmg tak payah solat, solat gugur. Cuma ia khuatir bila sebenarnya haid berhenti sebab tu kena jama’ taakhir tu.

 

Soalan 19

An-Naba’ 78:18 – Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar)

Apa maksud datang secara berpuak- puak?

Jawapan 19 Thtl

Berpuak tu sama dengan maksud surah al-Nasyr,

(Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, (An-Nasr 110:2)

Fenomena spectacular hari Kiamat, manusia bangkit dan menuju mahsyar berbondong-bondong….ramainya sebab dari Adam sampailah akhir zaman, mungkin trilion manusia, sekarang je dah 7 bilion. Haji je dah 3 juta, sebab tu rempuhan dari manusia yg berbondong maut di Mina sampai 1000 manusia yang mati.WA

 

Soalan 20

Benarkah perempuan dilarang tidur diruang tamu atau di tengah ruang rumah dan mandi pada waktu selepas asar  kerana dikatakan akan dirogol syaitan atau iblis ?

Jawapan 20 Thtl

Kepercayaan khurafat. Khurafat=kepercayaan yg tak berasas.

 

Soalan 21

Nabi bersabda,

” Sesungguhnya iman akan kembali berkumpul ke Madinah seperti berkumpulnya ular dalam lubangnya”

Boleh share maksud hadith ini syeikh?

Jawapan 21 Thtl

Ia selalu diletak dibawah tajuk ” keutamaan Madinah”maksudnya keistimewaan kota madinah ialah bila anda tiba di Madinah,anda rasa macam ular balik ke lubang,macam sirih pulang ke gagang,macam perantauan balik kampung masa perayaan. Itu kan tempat  kelahiran Islam. Kubur Nabi pun ada di sana. Nak rasa keajaiban kota Madina, memang kena pergi, saya tak dapat nak gambarkan dengan tulisan. Ular pulang ke lubang tu metafora Madinah.

 

Soalan 22

Orang tua yang sakit urat sukar untuk bangun apabila sudah duduk tapi masih boleh berjalan. Bagaimana cara solatnya. Terus solat duduk atau macam mana?

Jawapan 22 Thtl

Solat fiqh orang sakit dan tua renta.Dia bertaqwa semaksimanya. Solat kena berdiri ketika takbiratul Ihram, dia cuma berdiri ketika takbir rakaat pertama, dan duduk atas kerusi sampai habis.

 

Soalan 23

Apa hukum kalau kita berpuasa dengan niat kerana anak periksa pada hari tersebut?

Jawapan 23 Thtl

Puasa kerana Allah bukan kerana sebab lain.

 

Soalan 24

Imam bukhari belajar tak nahu saraf tauhid fekah tasauf usuluddin tamadun islam usul fiqh dan lain-lain. Imam bukhari ada tulis kitab-kitab ilmu ini selain kitab sahih hadisnya?

Jawapan 24 Thtl

Mestila,itu era salaf.

 

Soalan 25

Adakah tasauf beliau sama seperti cara tasauf yang dipelajari zaman ini?

Jawapan 25 Thtl

Zaman salaf, tidak dinamakan tasawwuf. zaman salaf dinamakan zuhud dan warak saja. Maka Imam al-Bukhari bukanlah ahli tasawwuf dalam kaca mata sekarang seperti qadiri dan naqsyabandi. dia ahli hadith era salaf dan bersih dari penyerupaan kepada ahli tasawwuf dalam konteks sekarang.

 

Soalan 26

Bagaimana konsep kalau kita berniaga secara online minta orang pm personal?  Boleh ke sheikh sebab ada yang cakap tidak baik sorok  harga, tapi kadang2 terpaksa sebab tertentu contoh pengedar yang minta kita jangan pamerkan harga sebenar?

Jawapan 26 Thtl

Islam kena telus…tidak telus jadi gharar.

 

Soalan 27

Bolehkah kita katakan , solat yang dikatakan solat hajat, solat taubat sebenarnya adalah solat 2 rakaat dan penjenamaan nama bagi solat contoh solat hajat, solat taubat bukanlah berasal dari Nabi kan syeikh?

Jawapan 27 Thtl

Yup, penjenamaan ini semua Ijtihad ulamak, nak kasi sistematik. Macam ilmu tajweed, usyul fiqh, usul akidah itu semua susunan semula.

 

Soalan 28

Solat tahajjud kalau kita buat last minute dekat nak masuknya waktu subuh , okey tak syeikh?

Jawapan 28 Thtl

Buat last minit pun OK, yang penting konsisten.

 

Soalan 29

Bolehkah Aq 2:153 jadi dalil bagi solat hajat?  Setahu saya solat hajat tidak ada.Nabi suruh buat solat 2 rakaat kemudian berdoa, semasa sujud atau sebelum salam contohnya?

Jawapan 29 Thtl

Dari AQ tak ada dalil solat hajat.

 

Fiqh Wanita 25 ( Umum )

0

 

#ElRose

S&J Fiqh Wanita
———————–

Soalan 1

Adakah batal wuduk seseorang apabila keluar angin dari hadapan (qubul) dan kerap trjadi?

Jawapan 1 Thtl

saudi: tidak batal. Syekh Muhammad bin Saleh al-Utsaimin menjawab, “Yang demikian ini tidak membatalkan wudhu, karena angin tersebut tidak keluar dari tempat najis seperti angin yang keluar dari dubur.” (Fatawa wa Rasail Syekh ibn Utsaimin (4/197)). Juga pendapat dalam mazhab Hanafi (ahnaf)

fatwa lajnah resmi KSA: tidak batal. Keluarnya angin dari kemaluan wanita tidak membatalkan wudhu’ dan juga tidak membatalkan salat. [Fatawa Al-Lajnah Ad-Da’imah Lil Ifta, 5/159]

 

Soalan 2

Orang kata setiap kata-kata ibu itu adalah doa . Betulkah syeikh?

Jawapan 2 Thtl

Setiap kata-kata ibu itu doa adalah cuma kata-kata manusia sahaja. Ibu adalah manusia, ada ibu yang solehah dan ada ibu yang biasa dan ada ibu yang tidak solehah. Maka tidak benar bila umum menyatakan seluruh kata-kata ibu adalah doa.

 

Soalan 3

Bagaimana dengan amalan bubur asyura 10 muharram,?

Jawapan 3 Thtl

Bubur asyura adalah israeliyaat atau kisah Bani Israel yang tidak sahih. Dalam kisah israeliyaat, bila Noah as landing di bukit Judea, dia memerintahkan semua bijirin yang ada di masak menjadi bubur. Tidak sahih dan amalan ini hendaklah dihentikan.

 

Soalan 4

Dialog antara Nabi dengan iblis shahih ke tidak?

Jawapan 4 Thtl

Tak sahih sebab Allah dah laknat Iblis. No more dialogue.

 

Soalan 5

Redha Allah s.w.t yang akan melayakkan kita masuk ke syurga-Nya. Boleh beri pencerahan akan pengertian redha Allah itu. Kerana sebagai contoh sungguhpun kita sangat bagus dalam beribadah, menjauhi setiap larangan-Nya untuk menjadi hamba-Nya..redha Allah yang akan menentukan kedudukan kita di akhirat kelak.

Jawapan 5 Thtl

Sama dengan taqwa dan ihsan . Allah redha pada kita maksudnya kita hidup bertaqwa dan ihsan, pusing ayat balik kepada taqwa dan ihsan balik kepada takrifan kalimah redha. Redha berasal dari bahasa Arab yang makna literalnya mengandung pengertian senang, suka, rela, menerima dengan sepenuh hati, serta menyetujui secara penuh , sedang lawan katanya adalah benci atau tidak senang.

 

Soalan 6

Tapi kita juga masuk syurga bukan semata-mata kerana amal tapi kerana Rahmat Allah juga kan?

Jawapan 6 Thtl

Masuk kerana amal

 

وَحُورٌ عِينٌ * كَأَمْثَالِ اللُّؤْلُؤِ الْمَكْنُونِ * جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

 

“Dan (di dalam surga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik. Sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan” [QS. Al-Waaqi’ah : 24].

Kena gabungkan. Maka, masuk syurga kerana rahmat Allah disebabkan amalan anda, amalan juga menentukan gred syurga yang anda akan dapat 1 star atau 5 star. Jika mati syahid, maka anda direct masuk syurga, maka mati syahid itu amal yang tinggi mutunya.

 

وَتِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

 

“Dan itulah surga yang diwariskan kepada kamu disebabkan amal-amal yang dahulu kamu kerjakan” [QS. Az-Zukhruf : 72].

hafal ayat ni dan lipatgandakan amal anda.

 

Soalan 7

Semasa kita solat tetiba rasa macam tidak khusyuk, kita mohon perlindungan Allah, berpaling ke kiri dan ludah 3 kali ke kiri. Adakah kena lafaz auzubillah itu  atau dalam hati ?

Jawapan 7 Thtl

Bila diganggu setan saat shalat:

 

ذاك شيطان يقال له خنزب فإذا أحسسته فتعوذ بالله منه واتفل على يسارك ثلاثاً

 

“Itu adalah setan. Namanya Khinzib. Jika kamu merasa diganggu, mintalah perlindungan kepada Allah dari gangguannya dan meludahlah ke kiri tiga kali.” (HR. Muslim 2203)

cara:baca auzubillah dengan lafaz bukan dlm hati: ludah dengan isyarat bukan air liur betul nanti kena kawan kat sebelah (jika solat berjamaah)

 

Soalan 8

Bolehkah kita amalkan selepas al fatihah  membaca qulhuwaulah di setiap rakaat.Selepas itu baca surah lain, ada baca dalam hadis riwayat at tirmidzi (hasan gharib shahih) dan al bukhari riwayat secara mu’allaq.

Jawapan 8 Thtl

Boleh baca surah yang sama berulang-ulang jika tidak mampu hafal surah lain. Jangan pooja satu surah je macam perangai melayu suka pooja surah yasin…semua 114 surah adalah semuanya kalam Allah.

 

Soalan 9

Membaca surah setelah al fatihah pada 2 rakaat terakhir tidak dijadikan rutin adalah sunnah ,jadi boleh amalkan atau tidak?

Jawapan 9 Thtl

Dua rakaat terakhir ( solat zuhur,asar,isya’) memang tak baca surah.Itulah sunnah.

 

Soalan 10

Apa hukum seseorang yang sudah berniat untuk solat jamak, zohor asar tetapi sempat solat zohor sahaja kerana ada orang ganggu?

Jawapan 10 Thtl.

Tak kisah batalkan jamak, balik pada hukum asal tamam. Tamam= solat macam biasa

 

Soalan 11

Bolehkah kalau melukis inai bercorak dan apa hukumnya?

Jawapan 11 Thtl

Inai termasuk bercorak memang harus untuk wanita kerana ia adalah perhiasan bagi wanita sejak zaman salaf. Ia harus jika untuk tatapan mahram mereka, jika diniatkan untuk tabarruj (berhias untuk orang awam) maka itu dilarang bukan kerana inai tapi tujuannya. Tujuannya untuk menarik perhatian lelaki asing/ajnabi. Sama dengan tudung, tudung tu bagus, tapi kalau pakai tudung neelofa, tudung Fareda, tudung Jakel kerana nak fashionable dan trendy, itu yang tak boleh. Pakai tudung untuk lebih nampak cantik dan menawan org lain.

 

Soalan 12

Apakah hukum imam tidak menyebut dengan nyaring basmallah pada surah alfatihah dan suara mula kuat pada ayat alhamdulillah ?

Jawapan 12 Thtl

Imam membaca basmallah secara sirr (perlahan) solat makmum sah, kerana anda mengikuti Imam dari mazhab yang lain, selain syafi’iy. Cth, anda pergi  ke saudi untuk umrah/haji, maka anda solat disana sah kerana Imam di saudi tidak menyaringkan basmallah. Solat orang malaysia sah.

 

Soalan 13

Apa hukum orang yang sudah mndengar azan subuh tetapi rasa sangat mengantuk dan tidur kembali. Bila tersedar waktu subuh sudah tamat?

Jawapan 13 Thtl

Waktu orang yang amat mengantuk yang bukan kebiasaan atau habitual ialah ketika ia sedar walaupun waktu sudah luput. Jika ia berjaga malam kerana maksiat atau laghaa seperti tengok bola eropah, atau main games di PC/NB, maka itu dosa besar.

 

Soalan 14

Perlukah kita maklumkan kepada penerima yang sumbangan yang diberikan itu adalah sebahagian daripada zakat yang perlu dikeluarkan?

Jawapan 14 Thtl

Penerima zakat tidak perlu diberitahu dia adalah penerima zakat, kerana dibimbangi ia menjadi sedih kerana dia adalah penerima zakat (masuk dalam kategori fuqara’).

 

Soalan 15

Kalau kita tak habis lagi ganti puasa ramadhan tahun ini sebelum awal muharam, kena gandakan ke puasa ganti tu?

Jawapan 15 Thtl

Tak perlu gandakan puasa tu , kalau sampai ramadhan tahun depan masih tidak qadha baru di kenakan fidyah, puasa tetap sama mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

 

Soalan 16

Boleh jelaskan semula larangan melakukan solat sunat selepas Asar dan adakah haram secara mutlak tidak boleh melakukan solat sunat selepas Asar?

Jawapan 16 Thtl

Larangan itu bukan mutlak, kalau solat bersebab seperti solat tahiyatul mesjid, solat wuduk, solat gerhana, solat minta hujan. Saja-saja nak solat tak boleh, ingkar kepada Nabi saw.

 

Soalan 17

Bagaimana pula dengan solat orang yang buta huruf dan tidak mampu menghafal ayat Al-Quran?

Jawapan 17 Thtl

Solat orang buta huruf. Solat ikut kemampuan dia dan dia wajib belajar. Jika dia tak mampu baca fatihah, baca apa yang mudah dulu, kalau solat di mesjid, ikut mazhab hanafi, tak payah baca apa-apa ikut je.

 

Soalan 18

Apakah hukum bagi seseorang yang tidak ingat ,dia telah melakukan penambahan rakaat contoh solat zohor 4 rakaat jadi 5 rakaat dan apa yang harus dilakukan?

Jawapan 18 Thtl

Fiqh sujud sahwi. cara orang yang tak ingat rakaat, jika 4 atau 5, ambil yang 4, maka dah cukup, sujud sahwi dua kali dihujung solat kerana lalai

 

Soalan 19

Apakah hukum sengaja atau tidak sengaja meninggalkan doa iftitah dalam rakaat pertama ?

Jawapan 19 Thtl

Hukum baca doa iftitah. Ianya sunat bukan wajib, maka solat tidak rosak apa pun

 

Haram melakukan “prank” terhadap muslim lain

0

Tajuk: Haram melakukan “prank” terhadap muslim lain

Susunan: Ustaz Adli Khalim

= = = = = = = = = =

Daripada `Abd Ar-Rahman bin Abi Laila:

حَدَّثَنَا أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ ﷺ أَنَّهُمْ كَانُوا يَسِيرُونَ مَعَ النَّبِيِّ ﷺ، فَنَامَ رَجُلٌ مِنْهُمْ، فَانْطَلَقَ بَعْضُهُمْ إِلَى حَبْلٍ مَعَهُ، فَأَخَذَهُ فَفَزِعَ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: “لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا”

Sahabat-sahabat Muhammad ﷺ pernah menceritakan kepada kami bahawa mereka pernah berjalan jauh bersama Nabi ﷺ, lalu salah seorang antara mereka tidur. Sebahagian sahabat telah mengambil tali yang ada padanya, menyebabkan lelaki yang tidur tersebut terkejut. Lalu Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidak halal bagi seorang muslim untuk menakutkan muslim yang lain.”
[HR Abu Dawud, no 5004, shahih menurut Syu`aib Al-Arna’uth]

= = = = = = = = = =

Ulasan:

1. Seorang muslim dilarang daripada menakut-nakutkan muslim yang lain, sama ada dalam keadaan bergurau atau serius. Oleh itu, tidak sepatutnya seorang muslim terikut-ikut dengan budaya jahiliyyah, seperti merayakan April Fool’s Day, melakukan panggilan hangit, membuat “prank”, dan sebagainya.

2. Ini bukanlah bererti gurauan tidak dibenarkan sama sekali dalam Islam, bahkan telah diriwayatkan beberapa hadits yang menunjukkan Rasulullah ﷺ juga pernah bergurau, namun gurauan baginda ﷺ tetap dalam batasan. Antara hadits yang dimaksudkan:

(a) Seorang lelaki datang berjumpa Nabi ﷺ, lalu berkata: “Wahai Rasulullah! Berilah aku tunggangan.” Lalu Nabi ﷺ menjawab: “Kami akan memberimu anak unta.” Lelaki itu berkata: “Apa yang boleh aku lakukan dengan anak unta?” Lalu Nabi ﷺ menjawab: “Bukankah ibu-ibu unta melahirkan anak-anak unta?” [HR Abu Dawud, no 4998 / At-Tirmidzi, no 1991]. Yakni unta-unta dewasa pun dilahirkan oleh ibunya sebagai anak unta.

(b) Para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah! Engkau bergurau dengan kami.” Baginda menjawab: “Sesungguhnya tidak aku katakan melainkan haq (kebenaran).” [HR At-Tirmidzi, no 1990].

= = = = = = = = = =

Hashtag: #kenalquransunnah

Bab Tafakkur, Kitab Riyadhus Solihin

0

Bab seterusnya…
Tafakkur

Memikir-mikirkan Keagungan Makhluk-makhluk Allah Ta’ala Dan Rosaknya Dunia Dan Kesukaran-kesukaran Di Akhirat Dan Perkara Yang Lain-lain Di Dunia Dan Akhirat Serta Keteledoran Jiwa, Juga Mendidiknya Dan Mengajaknya Untuk Bersikap Istiqamah

Firman Allah:

Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Maha Suci Tuhan dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan.(Az-Zumar):67

Allah Ta’ala berfirman:

“Katakanlah: Hanyasanya aku hendak menasihati kepadamu sekalian perkara satu saja, iaitu supaya engkau sekalian berdiri di hadapan Allah berdua-duaan atau sendiri-sendiri, kemudian engkau sekalian memikirkan bahawa bukanlah kawanmu itu terkena penyakit gila. Tidaklah kawanmu itu melainkan seorang yang memberikan peringatan kepadamu sekalian sebelum datangnya seksa yang amat sangat.” (Saba’: 46)

اب التفكر في عظيم مخلوقات الله تَعَالَى، وفناء الدنيا وأهوال الآخرة وسائر أمورهما وتقصير النفس، وتهذيبها وحملها عَلَى الاستقامة:
التفكر في المخلوقات: كالعرش، والكرسي، والسماء والأرض يدل على كمال الخالق وعظمته.
وفي الحديث: ((ما السماء والأرض، وما بينهما في العرش إلا كحلقة أُلْقيتْ في فلاة من الأرض))، وقد قال الله تعالى: {وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ وَالأَرْضُ جَمِيعًا قَبْضَتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَالسَّماوَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِينِهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ} [الزمر: 67].
والتفكُّر في فناء الدنيا: يبعثه على الزهد فيها، والإِقبال على الآخرة.
والتفكُّر في أهوال الآخرة: يبعثه على فعل الطاعات، وترك المنهيات، وتقصير أمل النفس بذكر الموت، وتهذيبها من الأخلاق السيئة.
وحملها على الاستقامة يورثها العز في الدنيا والآخرة.
قَالَ الله تَعَالَى: {إِنَّمَا أَعِظُكُمْ بِوَاحِدَةٍ أَنْ تَقُومُوا للهِ مَثْنَى وَفُرَادَى ثُمَّ تَتَفَكَّرُوا} [سبأ: 46].

Allah Ta’ala berfirman pula:

“Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi serta bersilih, gantinya malam dengan siang itu adalah tanda-tanda – kekuasaan Allah – bagi orang-orang yang suka berfikir.

“Mereka itu ialah orang-orang yang selalu berzikir kepada Allah ketika berdiri, duduk ataupun berbaring sambil memikirkan kejadian langit dan bumi. Mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka lindungilah kami dari siksa api neraka.” Sampai ayat-ayat seterusnya. (ali-lmran: 190-191)

Allah Ta’ala berfirman lagi:

“Apakah mereka tidak melihat – memerhatikan – pada unta, bagaimana ia diciptakan?

“Dan langit, bagaimana ia ditinggikan?

“Dan gunung-gunung, bagaimana ia ditegakkan?

“Dan juga bumi, bagaimana ia dikembangkan?

“Maka dari itu berikanlah peringatan, kerana engkau itu hanyalah seorang yang bertugas memberi peringatan.” (al-Ghasyiyah: 17-21)

يقول تعالى: قل يا محمد لهؤلاء الزاعمين أنك مجنون: إنما أعظكم آمركم وأوصيكم بواحدة، هي: أن تقوموا لله من غير هوى ولا عصيبة مثنى وفرادى، أي: اثنين اثنين، وواحدًا واحدًا. ثم تتفكروا جميعًا في حال محمد صلى الله عليه وسلم فتعلموا ما بصاحبكم من جنة إن هو إلا نذير لكم بين يدي عذاب شديد
وَقالَ تَعَالَى: {إِنَّ في خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآياتٍ لأُولِي الأَلْبَابِ * الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ} الآيات [آل عمران: 190، 191].
التفكر في المخلوقات أفضل العبادات.
وفي بعض الآثار بينما رجلٌ مستلق على فراشه إذْ رفع رأسه فنظر إلى السماء والنجوم، فقال: ((أشهد أن لك ربًّا وخالقًا اللَّهُمَّ اغفر لي)) فنظر الله إليه فغفر له.
وَقالَ تَعَالَى: {أَفَلا يَنْظُرُونَ إِلَى الإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ * وَإِلَى السَّمَاءِ كَيْفَ رُفِعَتْ * وَإِلَى الْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ * وَإِلَى الأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ * فَذَكِّرْ إِنَّمَا أَنْتَ مُذَكِّرٌ} [الغاشية: 17: 21].

“Apakah mereka tidak hendak berjalan di muka bumi, lalu melihat – memerhatikan – bagaimana akibat orang-orang yang belum mereka? Allah telah membinasakan mereka itu dan keadaan yangseperti itu pula untuk orang-orang kafir?”(Muhammad: 10)

Ayat-ayat mengenai bab ini amat banyak sekali. Setengah dari Hadis-hadis yang berhubungan dengan bab ini ialah Hadis di muka, iaitu:

“Orang yang cerdik – berakal – ialah orang yangmemperhitungkan keadaan dirinya.” Dan seterusnya.

Adapun lengkapnya Hadis di atas ialah:

Dari Abu Ya’la iaitu Syaddad bin Aus r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:

“Orang yang cerdik – berakal – ialah orang yang memperhitungkan keadaan dirinya dan suka beramal untuk mencari bekal sesudah matinya, sedangkan orang yang lemah ialah orang yang dirinya selalu mengikuti hawa nafsunya dan mengharap-harapkan kemurahan atas Allah – yakni mengharap-harapkan kebahagiaan dan pengampunan di akhirat, tanpa beramal shalih.”

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

َقالَ تَعَالَى: {أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الأَرْضِ فَيَنْظُرُوا} الآية [محمد: 10].
يحثُّ تعالى على المسير في الأرض، فينظروا آثار الأمم قبلهم واضمحلالهم بعد وجودهم، وكمال قوتهم، فيعلمون أنَّ الحيّ القيُّوم هو الله وأنَّ غيره فانٍ فلا يركنوا إلى الدنيا ولا يغترُّوا بها.
والآيات في الباب كثيرة.
ومن الأحاديث الحديث السابق: ((الكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ)).
لفظ الحديث: ((الكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وعمل لما بعد الموت، والعاجزُ من أتْبع نفسه هواها وتمنّى على الله الأماني)).
معنى دان نفسه: حاسبها. فإنَّ محاسبته لها وعدم تركها هملًا إنما ينشأ عن تفكُّره في الدنيا وزوالها، وفي نفسه وانتقالها، كأنك بالدنيا ولم تكن، وبالآخرة ولم تزل، فيحاسب نفسه فيمنعها عمّا لا ينبغي، ويحملها على ما ينبغي. وبالله التوفيق.

(telédor) 1. tidak menjalankan tang­gungjawab, lalai, lengah, malas-malas: ampuni cucumu ini jika dia salah, tegur jika dia ~; 2. tidak berapa tekun bekerja (belajar dll), agak mundur (dlm pelajaran): tolong nasihati budak ini jika dia ~ dlm pelajarannya; 3. suka berlengah-lengah atau bertangguh-tangguh (membayar hutang dll); 4. ark bodoh, bengal, degil (makian);meneledorkan tidak mempedulikan kewajib-an dll, mengalpakan, melalaikan, mencuaikan; keteledoran perihal teledor, kealpaan (dlm pekerjaan, kewajiban, dll), kecuaian, kelalaian, kelengahan: tidaklah dia sunyi drpd kesalahan, ~, kesilapan dan kegagalan.

Web DBP

UMAT ISLAM, UMAT PAGI

0

Sakhr al-Ghamidiy radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

اللَّهُمَّ بَارِكْ لأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا

Ya Allah, berkatilah umat ku pada waktu pagi mereka

قَالَ وَكَانَ إِذَا بَعَثَ سَرِيَّةً أَوْ جَيْشًا بَعَثَهُمْ أَوَّلَ النَّهَارِ

Kata Sakhr: Apabila baginda ingin mengutuskan pasukan tentera, baginda akan mengutus mereka pada waktu awal pagi.

وَكَانَ صَخْرٌ رَجُلاً تَاجِرًا

Sakhr merupakan seorang peniaga.

وَكَانَ إِذَا بَعَثَ تِجَارَةً بَعَثَهُمْ أَوَّلَ النَّهَارِ فَأَثْرَى وَكَثُرَ مَالُهُ

Apabila dia ingin menghantar barang dagangan, dia akan menghantarnya pada awal pagi.

Lalu dia menjadi kaya dan hartanya melimpah ruah.

[Jami’ at-Tirmizi, Kitab al-Buyu’, hadis no: 1212, hadis hasan]

~~~~~~~~~~~~~~~~
http://alkahfi.com.my/

Channel #BroSyariefShares di https://telegram.me/brosyariefshares

Tauhid Asma’ wa Sifat

0

Ketiga: Tauhid Asma’ wa Sifat

Iaitu mengimani segala sesuatu yang datang dari al Qur’an dan as Sunnah yang sahih dari Rasulullah saw tentang nama-nama Allah Ta’ala dan sifat-sifatNya dan menetapkannya untuk Allah sesuai yang dikehendakiNya, tanpa tahrif, ta’thil, takyif dan tamtsil.

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa.
Surah Al-Ikhlas (112:1)

اللَّهُ الصَّمَدُ

Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
Surah Al-Ikhlas (112:2)

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ

Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,
Surah Al-Ikhlas (112:3)

وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ

dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.
Surah Al-Ikhlas (112:4)

فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا ۖ يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ ۚ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar dan Melihat.
Surah Asy-Syura (42:11)

وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَا ۖ وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ ۚ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Hanya milik Allah asmaa-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.
Surah Al-A’raf (7:180)

لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ مَثَلُ السَّوْءِ ۖ وَلِلَّهِ الْمَثَلُ الْأَعْلَىٰ ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, mempunyai sifat yang buruk; dan Allah mempunyai sifat yang Maha Tinggi; dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Surah An-Nahl (16:60)

Para sahabat generasi terbaik.

Allah Ta’ala berfirman:

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ

“kalian sebaik-baik umat yang diutus kepada manusia” (QS. Al Imran: 110)

” Setiap apa yang didedahkan dalam Al Qur’an atau hadith sahih mengenai sifat-sifat ArRahman, adalah wajib diimani dengan berserah dan menerima sepenuhnya dan tidak mencanggahinya dengan menolak, menafsirkan atau mengalihkan pengertiannya, menyerupai dan menyamakan dengan makhlukNya.”
~Imam ibn Qudamah al Maqdisi

فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا ۖ يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ ۚ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar dan Melihat.
Surah Asy-Syura (42:11)

Himpunan Hadis Bab Bersikap Lurus (Istiqamah): Kitab Riyadhus Solihin

0

Hadith ke-85

85. Dari Abu ‘Amr, ada yang mengatakan namanya Abu ‘Amrah, Sufyan bin Abdullah r.a., katanya: “Saya bertanya: Ya Rasulullah, katakanlah padaku dalam Islam tentang suatu ucapan yang saya tidak akan menanyakan lagi pada seseorang selain Tuan.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Katakanlah, saya beriman kepada Allah kemudian bertindak luruslah* – berpegang teguhlah pada kebenaran.” (Riwayat Muslim)

Maksudnya bertindak lurus itu ialah:

Kalau kita telah mengaku beriman pada Allah, hendaklah kita jangan segan berlaku yang benar dan jujur, misalnya benar-benar memperjuangkan cita-cita Islam. Maka jangan hanya menamakan dirinya itu seorang Islam sekadar hanya pengakuan kosong belaka, tetapi berlakulah yang benar sebagai seorang Muslim.

«85» وعن أبي عمرو، وقيل: أبي عَمرة سفيان بن عبد الله رضي الله عنه قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُول الله، قُلْ لي في الإسْلامِ قَولًا لا أسْأَلُ عَنْهُ أَحَدًا غَيْرَكَ. قَالَ: ((قُلْ: آمَنْتُ بِاللهِ، ثُمَّ استَقِمْ)). رواه مسلم.
هذا الحديث جمع معاني الإِسلام والإِيمان كلها، وهو على وفاق قوله تعالى: {إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا}.
قال بعض العارفين: مرجع الاستقامة إلى أمرين:
– صحة الإيمان بالله.
– واتباع ما جاء به رسول الله ظاهرًا وباطنًا.
وقد قال النبي صلى الله عليه وسلم: ((استقيموا ولن تحصوا، واعلموا أن خير أعمالكم الصلاة، ولا يحافظ على الوضوء إلا مؤمن)).

Bertidak lurus iaitu istiqlmah dalam ertikata dlm firman Allah:

واعتصموا بحبل الله جمىعا ولا تفرقوا….آل عمران ١٠٣

Hadith Ke-86

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bersengajalah secara sederhana – tidak sangat berangan-angan ataupun menangguh-nangguh – dan bertindak luruslah/istiqamah, juga ketahuilah bahawasanya tidak seseorang pun yang dapat selamat kerana amalnya.” Para sahabat bertanya: “Sekalipun Tuan sendiri juga tidak – dapat diselamatkan oleh amalnya – ya Rasulullah.” Beliau s.a.w. menjawab: “Sayapun tidak dapat, kecuali jikalau Allah menutupi diriku -memberikan kurnia padaku – dengan kerahmatan daripadaNya serta dengan keutamaanNya.” (Riwayat Muslim)

Para ulama berkata: Makna istiqamah, iaitu tetap taat kepada Allah Ta’ala.

Mereka mengatakan bahawa istiqamah itu adalah termasuk dari golongan jawami’ul kalim – yakni sedikit kata-katanya tetapi luas pengertiannya – dan istiqamah itulah yang merupakan kenizhaman segala perkara.

Wa billahi taufiq.

86» وعن أبي هريرةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((قَارِبُوا وَسَدِّدُوا، وَاعْلَمُوا أَنَّهُ لَنْ يَنْجُوَ أَحَدٌ مِنْكُمْ بعَمَلِهِ)) قالُوا: وَلا أَنْتَ يَا رَسُول الله؟ قَالَ: ((وَلا أنا إلا أنْ يَتَغَمَّدَني الله برَحمَةٍ مِنهُ وَفَضْلٍ)). رواه مسلم.
وَ ((المُقَاربَةُ)): القَصدُ الَّذِي لا غُلُوَّ فِيهِ وَلا تَقْصيرَ، وَ((السَّدادُ)): الاستقامة والإصابة. وَ((يتَغَمَّدني)): يلبسني ويسترني.
قَالَ العلماءُ: مَعنَى الاستقامَةِ لُزُومُ طَاعَةِ الله تَعَالَى، قالوا: وهِيَ مِنْ جَوَامِعِ الكَلِم، وَهِيَ نِظَامُ الأُمُورِ؛ وبِاللهِ التَّوفِيقُ.
في هذا الحديث: دلالةٌ على أنه ليس أحد من الخلْق يقدر على توفية حق الربوبية. لقوله صلى الله عليه وسلم: ((ولا أنا، إلا أن يتغمَّدني الله برحمة منه وفضل)).
ولكن الأعمال سببٌ لدخول الجنة. كما قال تعالى: {ادْخُلُواْ الْجَنَّةَ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ} [النحل: 32]، والتوفيق للأعمال الصالحة من فضل الله ورحمته.

Kedua-dua telinga termasuk sebahagian daripada kepala: Hadith 36

0

Susunan: Ustaz Adli Khalim

Hadits 36: Sunnah yang ditinggalkan yang wajib dihidupkan kembali

Kedua-dua telinga termasuk sebahagian daripada kepala.

الأذنان من الرأس.

Diriwayatkan daripada Abu Umamah (oleh Abu Dawud no 134, At-Tirmidzi no 37, Ibn Majah no 444), Abu Hurairah (oleh Ibn Majah no 445, Ad-Daraquthni), Ibn `Umar (oleh Ad-Daraquthni), Ibn `Abbas (oleh Ad-Daraquthni ), `A’isyah (oleh Ad-Daraquthni), Abu Musa (oleh Ath-Thabarani dalam Mu`jam Al-Ausath 1/4/1), Anas bin Malik (oleh Ad-Daraquthni), `Abdullah bin Zaid (oleh Ibn Majah no 443).

= = = = = = = = = =

Ulasan:

1. Kritikan para `ulama’ terhadap status hadits ini:

(a) Abu Dawud (riwayat Abu Umamah): Kata Sulaiman bin Harb: “Ini diucapkan oleh Abu Umamah.” Dan kata Hammad: “Aku tidak tahu ini kata-kata Nabi atau kata-kata Abu Umamah.”

(b) At-Tirmidzi (riwayat Abu Umamah): Hadits ini isnadnya tidak kuat.

(c) Al-`Uqaili (riwayat Abu Musa): Munkar.

(d) Ibn `Addi (riwayat Abu Musa): Tidak yang memarfu`kan hadits ini melainkan `Ali bin Ja`far, dan perawi selainnya meriwayatkan secara mauquf.

(e) Ibn `Addi (riwayat Abu Hurairah): Munkar.

(f) Ad-Daraquthni (riwayat Abu Umamah): Ini adalah kalam Abu Umamah (yakni bukan sabda Rasulullah).

(g) Ad-Daraquthni (riwayat Ibn `Umar): Waham, yang lebih tepat adalah mauquf.

(h) Ad-Daraquthni (riwayat Ibn `Abbas): Ar-Rabi` bin Badr, ditinggalkan haditsnya.

(i) Ad-Daraquthni (riwayat Anas bin Malik): `Abd Al-Hakim, tidak boleh berhujah dengan riwayatnya.

(j) Ad-Daraquthni (riwayat `A’isyah): Riwayat yang mursal (yang terputus) lebih tepat.

(k) Ad-Daraquthni (riwayat Abu Hurairah): Al-Bakhtari bin `Ubaid dha`if, bapanya majhul.

(l) Al-Baihaqi: Diriwayatkan dengan banyak sanad, tiadalah pada sanadnya melainkan `illah (kecacatan).

(m) An-Nawawi (riwayat Abu Umamah): Dha`if.

2. Kata At-Tirmidzi tentang pengamalan hadits ini di sisi para `ulama’:

(a) Hadits ini diamalkan oleh kebanyakan `ulama’ daripada sahabat Nabi ﷺ dan mereka yang datang selepasnya; kedua-dua telinga termasuk sebahagian daripada kepala. Inilah yang dikatakan oleh Sufyan Ats-Tsauri, Ibn Al-Mubarak, Ahmad, dan Ishaq.

(b) Sebahagian `ulama’ berkata: “Bahagian depan telinga termasuk sebahagian daripada muka, hanya bahagian belakang telinga termasuk sebahagian kepala.”

(c) Kata Ishaq: “Aku memilih untuk mengusap bahagian depannya ketika membasuh muka, dan mengusap bahagian belakangnya ketika mengusap kepala.”

(d) Kata Asy-Syafi`i: “Kedua-duanya adalah sunnah. Diusap kedua-duanya dengan mengambil air yang baru.” Inilah pendapat Malik.

Hijrah dan menjauhilah orang Musyrik

0

~Tadabbur Kalamullah 27 Zulhijjah 1436H~

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”[Surah al-Baqarah 218]

#Berkata Ibn Sa’di:

“Tiga amalan di atas iaitu iman, hijrah dab jihad) merupakan alamat kebahagiaan dan paksi pada ubudiyah”

#Ustaz Zul Ramli mengatakan:

“Untuk hijrah, semuanya bermula dengan ketukan hidayah intibahah (percikan api kesedaran) ke dalam hati seseorang. Ia adalah rasa yang sangat dingin tetapi sangat kuat sehingga mampu merubah haluan hidup seseorang.

#Tuntutan supaya berhijrah ke persekitaran yang baik. Ini kerana persekitaran mempengaruhi jiwa. Maka seseorang itu perlu berhijrah dan pergi ke negeri yang penghuninya baik. Rasulullah saw menceritakan:

“Zaman sebelum kalian ada seorang yang membunuh 99 orang, dia ingin bertaubat lalu bertanya di mana orang yang paling alim di muka bumi? Dia pun ditunjukkan kepada seorang ahli ibadah. Dia mendatangi ahli ibadah itu dan berkata, ‘Aku telah membunuh 99 orang, adakah boleh aku bertaubat?’ Ahli ibadah menjawab, ‘Tidak mungkin.’ Akibat marah dengan jawapan itu, dia membunuh ahli ibadah itu dan genaplah 100 orang. Dia ingin bertaubat lagi dan bertanya di mana orang yang paling alim? Dia ditunjukkan seorang alim (orang berilmu). Dia berkata, ‘Aku telah membunuh 100 orang, mungkinkah bagiku taubat?’ Orang alim menjawab, ‘Ya. Siapa yang menghalang seseorang dari taubat? Pergilah ke tempat ini kerana di sana terdapat manusia yang menyembah Allah. Sembahlah Allah bersama mereka dan jangan kamu kembali ke tempatmu kerana  tempat itu adalah tempat yang buruk.’ Lelaki ini berhijrah. Ketika di tengah perjalanan, sampailah ajalnya. Terjadi perselisihan antara malaikat rahmat dan malaikat azab (yang ingin mengambil nyawa). Malaikat rahmat berkata, ‘Orang ini datang untuk bertaubat dengan menghadapkan hatinya kepada Allah’. Malaikat azab berkata, ‘Orang ini belum melakukan kebaikan sedikit pun.’ Lalu datang malaikat lain dalam rupa manusia, mereka sepakat menjadikan malaikat ini sebagai pemutus. Malaikat ini berkata, ‘Ukurlah jarak dua tempat tersebut. Jika jaraknya dekat, dia yang berhak atas orang ini.’ Lalu mereka dapati orang ini lebih dekat dengan tempat yang dia tuju. Maka rohnya dicabut oleh Malaikat Rahmat”(HR al-Bukhari dan Muslim)

# Baginda saw juga bersabda:

“Barangsiapa yang berdamping dengan orang musyrik dan tinggal bersamanya maka dia adalah sepertinya”(HR Abu Dawud. Hasan)

#Oleh yang demikian, umat Islam sentiasa dituntut supaya berhijrah. Berhijrah jika tempat tinggal mereka tidak Islamik, berhijrah menjauhi perkara maksiat, berhijrah meninggalkan dosa, berhijrah agar tidak selamanya berpegang dengan perkara yang tidak menepati Syarak, berhijrah menjauhi aktiviti dan agenda-agenda yang melalaikan dari mengingati Allah, berhijrah daripada seorang yang malas kepada rajin beramal, rajin membaca, rajin ke masjid, rajin menghadiri majlis ilmu, rajin bersedekah, rajin membantu orang-orang yang memerlukan, rajin membaca al-Quran, rajin berzikir, rajin duduk dengan para ulamak, rajin berbakti dan seumpamanya.

#Perintah dan anjuran hijrah ini berterusan hingga hari Kiamat sebagaimana sabda Nabi saw:

“Tidak akan terhenti hijrah kecuali apabila pintu taubat tertutup; dan tidaklah pintu taubat tertutup kecuali apabila matahari naik dari barat.”(HR Abu Dawud. Sahih)

♡Semoga kita sentiasa mengekalkan keimanan, berhijrah ke arah yg semakin baik dan berjihad memartabatkan agama Allah swt dibumi ini dgn istiqamah♡

?Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Popular

Iklan

Iklan