Utama Bilik (20) Silsilah Hadith Sahih Kedua-dua telinga termasuk sebahagian daripada kepala: Hadith 36

Kedua-dua telinga termasuk sebahagian daripada kepala: Hadith 36

172
0

Susunan: Ustaz Adli Khalim

Hadits 36: Sunnah yang ditinggalkan yang wajib dihidupkan kembali

Kedua-dua telinga termasuk sebahagian daripada kepala.

الأذنان من الرأس.

Diriwayatkan daripada Abu Umamah (oleh Abu Dawud no 134, At-Tirmidzi no 37, Ibn Majah no 444), Abu Hurairah (oleh Ibn Majah no 445, Ad-Daraquthni), Ibn `Umar (oleh Ad-Daraquthni), Ibn `Abbas (oleh Ad-Daraquthni ), `A’isyah (oleh Ad-Daraquthni), Abu Musa (oleh Ath-Thabarani dalam Mu`jam Al-Ausath 1/4/1), Anas bin Malik (oleh Ad-Daraquthni), `Abdullah bin Zaid (oleh Ibn Majah no 443).

= = = = = = = = = =

Ulasan:

1. Kritikan para `ulama’ terhadap status hadits ini:

(a) Abu Dawud (riwayat Abu Umamah): Kata Sulaiman bin Harb: “Ini diucapkan oleh Abu Umamah.” Dan kata Hammad: “Aku tidak tahu ini kata-kata Nabi atau kata-kata Abu Umamah.”

(b) At-Tirmidzi (riwayat Abu Umamah): Hadits ini isnadnya tidak kuat.

(c) Al-`Uqaili (riwayat Abu Musa): Munkar.

(d) Ibn `Addi (riwayat Abu Musa): Tidak yang memarfu`kan hadits ini melainkan `Ali bin Ja`far, dan perawi selainnya meriwayatkan secara mauquf.

(e) Ibn `Addi (riwayat Abu Hurairah): Munkar.

(f) Ad-Daraquthni (riwayat Abu Umamah): Ini adalah kalam Abu Umamah (yakni bukan sabda Rasulullah).

(g) Ad-Daraquthni (riwayat Ibn `Umar): Waham, yang lebih tepat adalah mauquf.

(h) Ad-Daraquthni (riwayat Ibn `Abbas): Ar-Rabi` bin Badr, ditinggalkan haditsnya.

(i) Ad-Daraquthni (riwayat Anas bin Malik): `Abd Al-Hakim, tidak boleh berhujah dengan riwayatnya.

(j) Ad-Daraquthni (riwayat `A’isyah): Riwayat yang mursal (yang terputus) lebih tepat.

(k) Ad-Daraquthni (riwayat Abu Hurairah): Al-Bakhtari bin `Ubaid dha`if, bapanya majhul.

(l) Al-Baihaqi: Diriwayatkan dengan banyak sanad, tiadalah pada sanadnya melainkan `illah (kecacatan).

(m) An-Nawawi (riwayat Abu Umamah): Dha`if.

2. Kata At-Tirmidzi tentang pengamalan hadits ini di sisi para `ulama’:

(a) Hadits ini diamalkan oleh kebanyakan `ulama’ daripada sahabat Nabi ﷺ dan mereka yang datang selepasnya; kedua-dua telinga termasuk sebahagian daripada kepala. Inilah yang dikatakan oleh Sufyan Ats-Tsauri, Ibn Al-Mubarak, Ahmad, dan Ishaq.

(b) Sebahagian `ulama’ berkata: “Bahagian depan telinga termasuk sebahagian daripada muka, hanya bahagian belakang telinga termasuk sebahagian kepala.”

(c) Kata Ishaq: “Aku memilih untuk mengusap bahagian depannya ketika membasuh muka, dan mengusap bahagian belakangnya ketika mengusap kepala.”

(d) Kata Asy-Syafi`i: “Kedua-duanya adalah sunnah. Diusap kedua-duanya dengan mengambil air yang baru.” Inilah pendapat Malik.

Komen dan Soalan