Utama Blog Halaman 266

Hadith 99: Beribadah Bersama Keluarga

0

Hadith 99

Kelima: Dari Aisyah radhiallahu ‘anha juga bahawasanya ia berkata:

  “Rasulullah  itu  apabila  masuk  hari  sepuluh,  maka  ia menghidup-hidupkan malamnya dan membangunkan isterinya dan bersungguh-sungguh serta mengeraskan ikat pinggangnya.”
(Bukhari dan Muslim)

Yang dimaksudkan ialah:

Hari sepuluh artinya sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan – jadi antara tanggal 21 Ramadhan sampai habisnya bulan itu. Mi’zar atau izar dikeraskan ikatannya maksudnya sebagai sindiran menyendiri dari kaum wanita – yakni tidak berkumpul dengan isteri-isterinya, ada pula yang memberi pengertian bahawa maksudnya itu ialah amat giat untuk beribadat. Dikatakan: Saya rnengeraskan ikat pinggangku untuk perkara ini, artinya: Saya bersungguh-sungguh melakukannya dan menghabiskan segala Waktu untuk merampungkannya.

«99» الخامس: عن عائشة رضي الله عنها، أنَّها قَالَتْ: كَانَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم إِذَا دَخَلَ العَشْرُ أَحْيَا اللَّيلَ، وَأيْقَظَ أهْلَهُ، وَجَدَّ وَشَدَّ المِئْزَر. مُتَّفَقٌ عَلَيهِ.
والمراد: العشر الأواخر مِنْ شهر رمضان. و((المِئْزَرُ)): الإزار، وَهُوَ كناية عن اعتزالِ النساءِ. وقيلَ: المُرادُ تَشْمِيرُهُ للِعِبَادةِ، يُقالُ: شَدَدْتُ لِهَذَا الأمْرِ مِئْزَري: أي تَشَمَّرْتُ وَتَفَرَّغْتُ لَهُ.
في هذا الحديث: الجِدُّ والاجتهاد في العبادة، خصوصًا في الأوقات الفاضلة، واغتنام صالح العمل في العشر الأواخر من رمضان؛ لأنَّ فيها ليلة خير من ألف شهر.

Penerangan:

Setiap orang berkewajipan memperhatikan keluarganya. Nasihat mereka agar sentiasa beribadat dan bersabar. Berusaha keras untuk lindungi mereka dari neraka.

MANUSIA YANG PALING BERBAHAGIA

0

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah -rahimahullah- berkata:

فأسعد الخلق وأعظمهم نعيما وأعلاهم درجة أعظمهم اتباعا وموافقة له علما وعملا اهـ.

“Maka makhluq yang paling beruntung, paling agung kenikmatannya dan paling tinggi derajatnya adalah makhluq yang paling besar mutaba’ahnya (sikap ittiba’) dan kesesuaiannya dengan beliau (Rasulullah -shallallahu ‘alaihi wasallam-) baik secara ilmu maupun amalan.” (“Majmu’ul Fatawa”/4/hal. 26)

Hadits 37: Apa yang belum ditemui kebenarannya oleh para doktor moden

0

Susunan: Ustaz Adli Khalim

Hadits 37: Apa yang belum ditemui kebenarannya oleh para doktor moden

“Tutuplah bejana-bejana kalian, kencangkan ikatan minuman kalian. Sesungguhnya terdapat satu malam dalam setiap tahun akan diturunkan padanya penyakit. Bejana yang tertutup atau bekas minuman yang tidak terikat pasti akan jatuh ke dalamnya penyakit ini.”

غطوا الإناء وأوكوا السقاء فإن في السنة ليلة ينزل فيها وباء لا يمر بإناء ليس عليه غطاء أو سقاء ليس عليه وكاء إلا نزل فيه من ذلك الوباء.

Diriwayatkan oleh Muslim no 2014.
#SilsilahShahihah:

Hadith 98: Beribadah Sebaik Mungkin Menunjukkan Nabi saw Bersyukur

0

98. Keempat: Dari Aisyah radhiallahu ‘anha bahawasanya Rasulullah s.a.w. berdiri untuk beribadat dari sebahagian waktu malam sehingga pecah-pecahlah kedua tapak kakinya. Saya (Aisyah) lalu berkata padanya: “Mengapa Tuan berbuat demikian, ya Rasulullah, sedangkan Allah telah mengampuni untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang telah lalu dan yang kemudian?”

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Adakah aku tidak senang untuk menjadi seorang hamba yang banyak bersyukurnya?” (Muttafaq ‘alaih)

Ini adalah menurut lafaz Bukhari dan yang seperti itu terdapat pula dalam kedua kitab shahih – Bukhari dan Muslim – dari riwayat Mughirah bin Syu’bah.

8» الرابع: عن عائشة رَضي الله عنها: أنَّ النَّبيّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يقُومُ مِنَ اللَّيلِ حَتَّى تَتَفَطَّرَ قَدَمَاهُ فَقُلْتُ لَهُ: لِمَ تَصنَعُ هَذَا يَا رسولَ الله، وَقدْ غَفَرَ الله لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ؟ قَالَ: ((أَفَلا أُحِبُّ أنْ أكُونَ عَبْدًا شَكُورًا)). مُتَّفَقٌ عَلَيهِ، هَذَا لفظ البخاري.
ونحوه في الصحيحين من رواية المغيرة بن شعبة.
في هذا الحديث: أَخْذُ الإِنسان على نفسه بالشدة في العبادة، وإنْ أضرَّ ذلك ببدنه إذا لم يفض به إلى الملل. قال النبي صلى الله عليه وسلم: ((خُذُوا مِنَ الأَعْمَالِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لاَ يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا، وَإِنَّ أَحَبَّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ مَا دَامَ مِنْهَا وَإِنْ قَلَّ)).
وفيه: أنَّ الشكر يكون بالعمل كما يكون باللسان.

Keterangan:

Dalam mengulas apa yang dikatakan oleh Sayyidah Aisyah radhiallahu ‘anha bahawa Rasuiullah s.a.w. itu sudah diampuni semua dosanya oleh Allah, baik yang dilakukan dahulu atau belakangan, maka al-lmam Ibnu Abi Jamrah r.a. memberikan huraiannya sebagai berikut:

“Sebenarnya tiada seorang pun yang dalam hatinya terlintas suatu persangkaan bahawa dosa-dosa yang diberitahukan oleh Allah Ta’ala yang telah diampuni yakni mengenai diri Nabi s.a.w. itu adalah dosa yang kita maklumi dan yang biasa kita jalankan ini, baik yang dengan sengaja atau cara apapun. Itu sama sekali tidak, sebab Rasulullah s.a.w., juga semua nabiullah ‘alaihimus shalatu wassalam itu adalah terpelihara dan terjaga dari semua kemaksiatan dan dengan sendirinya tidak ada dosanya sama sekali (ma’shum minadz-dzunub). Semoga kita semua dilindungi oleh Allah dari memiliki persangkaan yang jelas salahnya sebagaimana di atas.

Jadi tujuannya hanyalah sebagai mempertunjukkan kepada seluruh ummat, betapa besarnya kewajiban setiap manusia, yang di dalamnya termasuk pula Nabi Muhammad s.a.w. untuk memaha agungkan, memaha besarkan kepadaNya serta senantiasa mensyukuri kenikmatan-kenikmatanNya. Oleh sebab apa yang dilakukan oleh manusia, bagaimanapun juga besar dan tingginya nilai apa yang diamalkannya itu, masih belum memadai sekiranya dibandingkan dengan kenikmatan yang dilimpahkan oleh Nya kepada manusia tersebut. Maka dari itu hak-hak Allah yang wajib kita penuhi sebagai imbalan kurniaNya itu, masih belum sesuai dengan amalan baik yang kita lakukan, sekalipun dalam anggapan kita sudah amat banyak sekali. Jadi lemahlah kita untuk mengimbanginya dan itulah sebabnya, maka memerlukan adanya pengampunan sekalipun tiada dosa yang dilakukan sebagaimana halnya Rasulullah Muhammad serta sekalian para nabiNya ‘alaihimus shalatu wassalam itu.”

Siri Qawaid Bid’ah 3/16: Semua Bid’ah Adalah Haram, Tidak Ada Yang Makruh

0

Berzikir dalam kubur ????

???? Siri Qawaid Bid’ah 3/16:
Semua Bid’ah Adalah Haram, Tidak Ada Yang Makruh

(القاعدة الثالثة: البدع كلها محرمة وليس فيها ما هو مكروه)

Menjawab isu ada fuqaha’ yang menyatakan ada bid’ah yang berstatus makruh.

Pertama: Makruh bermaksud, tidak berdosa melakukannya dan diberi pahala meninggalkannya. Ini yang kita faham selama ini tetapi bila dikatakan ada bid’ah yang makruh, ini kenyataan yang pelik kerana bagaimana bid’ah bisa dilakukan sedangkan semuanya sesat dan haram. Ikuti penjelasan Syaikh al-Albani.

3/16 Bah 2 : Syarah Tiada Bid’ah Yang Makruh

Kata Syaikh Allamah al-Albani (w. 1999, Syria):

قال الألباني في حجة النبي صلى الله عليه وسلم “103”: ولكن يجب أن نعلم أن أصغر بدعة يأتي الرجل بها في الدين هي محرمة بعد تبين كونها بدعة فليس في البدع كما يتوهم البعض ما هو في رتبة المكروه فقط

Terjemahan: Bid’ah yang kecil sekalipun jika terbukti ianya memang bid’ah, maka ia adalah Haram. Tidak ada di sana bid’ah yang makruh seperti yang dikatakan segelintir orang. (Hajjah al-Nabi ms 103)

3/16 Akhir: Syarah

Imam al-Syatibi ada membahagikan Bid’ah kepada bid’ah yang haram dan makruh, apakah maksudnya. Lihat al-I’tishom, 2:49

Maksud al-Syatibi bid’ah yang haram di sisinya ialah makruh Tahrim, sejenis makruh yang amat hampir kepada haram (Maulana Zakariya al-Pakistani, Usyul Fiqh di sisi Ahli hadith,1/200)????

Soalan:
Kalau diikutkan Imam Syatibi, bid’ah makruh masih lagi valid/sah untuk dibuat selagi ianya bukan haram total? Apa contoh bid’ah makruh syeikh?

Jawapan:
Contoh bid’ah makruh: Menghias masjid dengan emas dan perak; menghiasi percetakan Al-Quran.

Hadith 97: Kenikmatan Yang Ramai Manusia Lalai

0

Susunan: Cikgu Rahim

Sambungan Bab Mujahadah

97. Ketiga: Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ada dua macam kenikmatan yang keduanya itu disia-siakan oleh sebahagian besar manusia iaitu kesihatan dan kelapangan waktu.” (Riwayat Bukhari)

«97» الثالث: عن ابن عباس رضي الله عنهما قَالَ: قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((نِعْمَتَانِ مَغبونٌ فيهما كَثيرٌ مِنَ النَّاسِ: الصِّحَّةُ، وَالفَرَاغُ)). رواه. البخاري.
في هذا الحديث: أنَّ من لم يعمل في فراغه وصحته فهو مغبون. قال الله تعالى: {يَوْمَ يَجْمَعُكُمْ لِيَوْمِ الْجَمْعِ ذَلِكَ يَوْمُ التَّغَابُنِ} [التغابن: 9].
وفي الحديث: ((اغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ: شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ، وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ، وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ، وَغِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ، وَحَيَاتِكَ قَبْلَ مَوْتِكَ))

Lafaz Maghbuun dalam Hadis di atas itu, asalnya dari kata Zhaban, iaitu membeli sesuatu dengan harga yang melebihi batas dari harga yang semestinya dan berlipat-lipat dari yang seharusnya dibayarkan, jadi yang sepatutnya dibeli seratus ringgit tiba-tiba dibeli dengan harga seribu ringgit. Juga Ghaban itu dapat bererti menjual sesuatu dengan harga yang terlampau sangat rendahnya, misalnya sesuatu itu dapat dijual dengan harga lima puluh ringgit, tetapi hanya dijual dengan harga lima ringgit saja.

Orang mukallaf yakni manusia yang sudah baligh lagi berakal oleh Rasulullah s.a.w. diumpamakan sebagai seorang pedagang. Kesihatan tubuh dan kelapangan waktu yakni waktu tidak ada pekerjaan apa-apa yang diumpamakan sebagai pokok harta atau kapital untuk berdagang itu, sedang ketaatan kepada Allah Ta’ala sebagai benda-benda yang diperdagangkan.

Namun demikian sebahagian besar ummat manusia tidak mengerti betapa pentingnya memiliki dua macam kapital dan bingung untuk memilih apa yang hendak diperdagangkan itu, padahal sudah jelas pokok kapitalnya ialah kesihatan dan kelapangan waktu dan yang semestinya dikejar untuk mendapatkan keuntungan ialah membeli dagangan yang akan dapat memberi keuntungan sebanyak-banyaknya.

Bukankah ketaatan kepada Allah itu akan menguntungkan sekali, baik di dunia atau di akhirat. Bukankah itu pula yang menyebabkan akan dapat memperolehi laba yang besar sekali di sisi Allah dan yang menjurus ke arah mendapat kebahagiaan.

Tetapi semua itu disia-siakan oleh sebahagian besar umm
Tetapi semua itu disia-siakan oleh sebahagian besar ummat manusia sewaktu mereka hidup di dunia ini.

Seseorang itu mengerti besarnya kenikmatan sihat dan lapang waktu itu, apabila telah sakit dan banyak kesibukan, sehingga banyak kewajipan-kewajipan terhadap agama menjadi kucar-kacir dan terbengkalai atau sama sekali ditinggalkan. Semoga kita semua dilindungi Allah dari hal-hal yang sedemikian itu.

Hubungan Budi Pekerti Dan Kematangan

0

Tazkirah Harian UiTO

Fiqh Wanita 36 (Umum)

0

#ElRose

S&J Fiqh Wanita ????
———————————-
Soalan 1 dan jawapan Thtl

a) Apa hukum berjimak sambil dengar Al -Quran?

Jawapan

Menghinanya. Dalil :
“Dan apabila dibacakan AlQuran ,maka dengarkanlah baik- baik, & perhatikanlah dgn tenang agar kamu mendapat rahmat “(AQ.7:204)
Bila jimak, fokus kepada pasangan dan kelazatannya,maka AQ diketepikan .

 

b) Betulkah bila berjimak sambil dengar Alquran yg dipasang ,boleh dapat anak yang baik dan solehah?

Jawapan

Anak soleh adalah suatu perjuangan dan perjalanan. Dalil:

كُلُّ إِنْسَانٍ تَلِدُهُ أُمُّهُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ

“Setiap manusia dilahirkan ibunya di atas fitrah. Kedua orang tuanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi.” HR Muslim
Dengar AQ masa jimak tak ada hujahnya .

 

 

Soalan 2

Bolehkah kita makan hasil sembelihan orang syiah ?

Jawapan 2 Thtl

Boleh, bahkan dari ahlil kitab, dalilnya:

Hari ini dihalalkan yang baik-baik buat kamu dan begitu juga makanan orang-orang yang pernah diberi kitab (ahli kitab) adalah halal buat kamu, dan sebaliknya makananmu halal buat mereka.”

(QS al-Maidah: 5)
Jika yahudi dan nasara pun boleh, maka apatah lagi org yg bersyahadah .

 

 

Soalan 3

Apa hukuman yang setimpal bagi pesalah rogol?

Jawapan 3 Thtl

Hukuman jenayah rogol .
*Ikut mazhab Maliki, ia dibawah hudud jinayah Hirabah. dipotong kaki dan tangan secara menyilang, *Manakala di KSA, dihukum pancung .

 

 

Soalan 4 dan jawapan Thtl

a) Bagaimana pula status anak hasil zina ini dengan adik beradik yang lain?

Jawapan

Anak zina yg sah taraf, didaftar dan dibinkan kpd ayah kpd adik beradik yg lain, maka jatuh mahram. kalau JPN halang pendaftaran, maka jika dibinkan kepada Abdullah, maka jadi non-mahram .

b) Setelah anak hasil zina ni berkahwin ibunya hendak putuskan hubungan dengan anak ini .

Jawapan

Ibu ingin putuskan hubungan anak zina. Kenapa, si anak itu tersabit nasabnya dengan ibu jika lahir dari kemaluannya.

c) Apa hukumnya jika anak ini tak nak datang jenguk orang tuanya adakah dikira durhaka

Jawapan

Anak zina tak datang ziarah ibunya. Durhaka jika tindakan itu menimbulkan dukacita kpd ibunya .

 

 

Soalan 5 dan jawapan Thtl

a) Apa status anak luar nikah dengan anak sah taraf tapi mereka dari rahim yang sama dan susuan ibu yang sama?

Jawapan

Anak luar nikah vs anak sah taraf
Jika bin/bintinya tak sama, maka taraf mereka ialah bukan mahram.

b) Anak luar nikah ini boleh fight di court tak jika nama ayah dan harta tak sama pembahagiannya?

Jawapan

Boleh, dan kena buat ujian DNA tetapi kosnya mahal .

c) Jika sah terbukti ,dia boleh guna nama dan harta ayah . Tapi macamana dengan hukum syarie?

Jawapan

Dia tak dosa, yg kena tanggung ialah parents dia . Anak zina tidak akan pikul dosa org tuanya . Dia berhak guna nama ayah biologinya .

d) Sekiranya anak itu dalam kandungan 6 bulan baru mak dan ayahnya dinikahkan , maknanya memang kena bin abdullah juga ke?

Jawapan

6 bulan minima tu peraturan mazhab syafi’iy di Malaysia la. Kalau 6 bulan pregnant, maka anak kena bin kpd Abdullah .

 

 

Soalan 6

Solat sunat mutlak didirikan untuk apa syeikh?

Jawapan 6 Thtl

Solat sunat mutlak utk semua keadaan .Contoh kita rasa takut,solat 2 rakaat .

 

 

Soalan 7

Adakah terbatal perkahwinan sekiranya pasangan suami atau isteri menghidap amnesia akibat kemalangan?

Jawapan 7 Thtl

Tak batal secara auto .Kena lalui proses mahkamah…khulu’ .

 

 

Soalan 8

Apa hukum mendoakan kebinasaan dan keburukan sesama muslim?

Jawapan 8 Thtl

Boleh kalau dizalimi.Doa orang yang dizalimi makbul.

 

 

Soalan 9 dan jawapan Thtl

a) Dizalimi mohon pencerahan Sheikh .

Jawapan

Kita kena zalim atau aniaya . Maka kita boleh doa agar penzalim tersebut binasa .
*Cth , kena perkosa , kena ragut handbag
*Zaman nabi bila utusan nabi kena bunuh , nabi doa qunut – Qunut nazilah . Qunut binasakan penzalim .

b) Kalau difitnah, backstabbing boleh dikategorikan sebagai dizalimi?

Jawapan

Ya, Fitnah lebih besar dari bunuh.

 

 

Soalan 10

Apakah perjuangan dan mati syahid itu lebih utama berbanding keluarga dan isteri?

Jawapan 10 Thtl

Mati syahid lebih utama kerana dia dapat memberi syafaat kpd familinya seramai 70 orang.

 

 

Soalan 11

Benarkah seorang janda tidak perlu meminta izin daripada walinya untuk pernikahannya yg kedua ?

Jawapan 11 Thtl

Hanya dalam mazhab Hanafi, manakala Jumhur mazhab, janda masih perlu izin wali utk menikah lagi .

 

 

Soalan 12

Untuk tempoh tamatnya eddah, 3 kali sucikan? Maksudnya di datangi haid selama 3 kali dalam beberapa bulan tersebut. Situasi :  dia baru dua kali suci. Bulan ketiga bagi tempoh eddah, tidak datang haid.Refer doctor sebab takut pregnant tapi tiada simptom pregnant. Macam mana eddahnya?

Jawapan 12 Thtl

Iddah, 3 X suci. Dalil:
وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ وَلَا يَحِلُّ لَهُنَّ أَنْ يَكْتُمْنَ مَا خَلَقَ اللَّهُ فِي أَرْحَامِهِنَّ إِنْ كُنَّ يُؤْمِنَّ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ

“Wanita-wanita yang ditalak handaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru’. Tidak boleh mereka menyembunyikan apa yang diciptakan Allah dalam rahimnya, jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat.” (QS. Al Baqarah: 228).
tiga kali haidh .

 

Soalan 13 dan jawapan Thtl

a) Perempuan tak boleh sambut jenazah dalam kubur kan. Apa hukum dia ?

Jawapan

Makruh, dalilnya:

عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ – رضى الله عنها – قَالَتْ نُهِينَا عَنِ اتِّبَاعِ الْجَنَائِزِ ، وَلَمْ يُعْزَمْ عَلَيْنَا

Dari Ummu ‘Athiyah ra, ia berkata, “Kami (para wanita) dilarang mengiringi jenazah. Namun larangannya tidak terlalu keras bagi kami.” (HR. Bukhari no. 1278 dan Muslim no. 938).
Maka, jika iringi jenazah pun makruh, apatah lagi masuk kubur utk sambut mayat dan mengebumikannya. WA

b) Maksudnya bolehlah kan?

Jawapan

Boleh, tapi amat makruh . menyalahi amalan kaum salaf .

 

 

Soalan 14

Apa hukum kalau solat tak khusyu’? Bagaimana nak stay fokus semasa solat?

Jawapan 14 Thtl

Solat tanpa khusyuk .Hadith nasa’iy
كم من قائم حظه من صلاته التعب والنصب” اخرجه النسائي من حديث ابي هريرة

“Betapa banyak orang yang mengerjakan shalat namun ia hanya mendapatkan penat lelah sahaja dari shalatnya itu.’” HR Nasaiy, kata al-Iraqi, hadith hasan
Solatnya sah, tapi markahnya amat kurang.WA

 

Soalan 15

Ada dalil ke selawat 1000x sehari ?

Jawapan 15 Thtl

Hadith dhaif
من صلى علي في يوم ألف مرة لم يمت حتى يرى مقعده من الجنة ” حديث ضعيف
وفي السلسلة الضعيفة قال عنه: ضعيف جداً.

“siapa yang bershalawat atasku sehari 1000X, dia tidak akan mati sebelum melihat tempatnya di syurga” kata albani, hadith mungkar .

 

 

Soalan 16 dan jawapan Thtl

a) Sekiranya ibubapa anak luar nikah telah berkahwin, masih kekalkah statusnya sebagai anak luar nikah ?

Jawapan

Kalau anak dapat didaftar statusnya, anaknyer sah taraf.

b) Aurat anak dengan sibapa?

Jawapan

Dah daftar , mmg ayah dialah . Beres , no aurat .

c) Bagaimana kalau perempuan hamil luar nikah dikahwinkn dengan lelaki bukan yg menghamilinya?
lelaki itu pula dalam kondisi dipaksa dan terpksa ikut atas sebab tidak dapat dielakkan?

Jawapan

Itu aurat kena jaga

d) kalau aurat kena jaga , jika terjadi perceraian antara si ibu dengan suaminya , adakah sianak boleh berkahwin dengan bekas suami ibunya?

Jawapan 

Kalau tak sah taraf boleh kawinlah .

La asla lah (tiada asal) Dan Status Kajian Hadis Doa Keluar Rumah

0

La asla lah (tiada asal) bukan bermaksud tiada sanad, namun ia bermaksud tiada satupun sanad yang Sahih bagi hadith itu.

~ Dr. Fathi al-Sakandary ~

Tiada satupun hadith Sahih berkenaan doa keluar dari rumah, dan hadith Ummu Salamah dikeluarkan Abu Daud sanadnya putus dan ia adalah yang paling ringan Dhaif dalam kesemua hadith dalam bab. Beramal dengannya tiada masalah kerana ia doa, hanya saja jangan menyandarkannya kepada Nabi.

~ Dr. Fathi al-Sakandary ~

Hadith 96: Jikalau seseorang hamba itu mendekat padaKu sejengkal, maka Aku..

0

96. Kedua: Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w. dalam sesuatu yang diriwayatkan dari Tuhannya ‘Azzawajalla, firmanNya – ini juga Hadis Qudsi :

“Jikalau seseorang hamba itu mendekat padaKu sejengkal, maka Aku mendekat padanya sehasta dan jikalau ia mendekat padaKu sehasta, maka Aku mendekat padanya sedepa. Jikalau hamba itu mendatangi Aku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan bergegas-gegas.” (Riwayat Bukhari)

«96» الثاني: عن أنس رضي الله عنه عن النَّبيّ صلى الله عليه وسلم فيما يرويه عن ربّه عز وجل قَالَ: ((إِذَا تَقَربَ العَبْدُ إلَيَّ شِبْرًا تَقَربْتُ إِلَيْه ذِرَاعًا، وَإِذَا تَقَرَّبَ إلَيَّ ذِرَاعًا تَقَربْتُ مِنهُ بَاعًا، وِإذَا أتَانِي يَمشي أتَيْتُهُ هَرْوَلَةً)). رواه البخاري.
معنى هذا الحديث: أنَّ من تقرَّب إلى الله بشيء من الطاعات ولو قليلًا قابله الله بأضعاف من الإِثابة والإِكرام، وكلما زاد في الطاعة زاده في الثواب، وأسرع برحمته وفضله.

Hadis yang tercantum di atas itu adalah sebagai perumpamaan belaka, baik bagi Allah atau bagi hambaNya. Jadi maksudnya ialah barangsiapa yang mengerjakan ketaatan kepada Allah sekalipun sedikit, maka Allah akan menerima serta memperlipat-gandakan pahalanya, juga pelakunya itu diberi kemuliaan olehNya selama di dunia sampai di akhirat. Makin besar dan banyak ketaatannya, makin pula besar dan bertambah-tambah pahalanya. Manakala cara melakukan ketaatan itu dengan perlahan-lahan, Allah bukannya memperlahan atau memperlambatkan pahalanya, tetapi bahkan dengan segera dinilai pahalanya itu dengan penilaian yang luar biasa tingginya.

Demikianlah tujuan dan makna yang tersirat dalam isi Hadis tersebut. Wallahu A’lam bish-shawaab.

Popular

Iklan

Iklan