Utama Tazkirah Admin Hijrah dan menjauhilah orang Musyrik

Hijrah dan menjauhilah orang Musyrik

158
0
Iklan

~Tadabbur Kalamullah 27 Zulhijjah 1436H~

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”[Surah al-Baqarah 218]

#Berkata Ibn Sa’di:

“Tiga amalan di atas iaitu iman, hijrah dab jihad) merupakan alamat kebahagiaan dan paksi pada ubudiyah”

#Ustaz Zul Ramli mengatakan:

“Untuk hijrah, semuanya bermula dengan ketukan hidayah intibahah (percikan api kesedaran) ke dalam hati seseorang. Ia adalah rasa yang sangat dingin tetapi sangat kuat sehingga mampu merubah haluan hidup seseorang.

#Tuntutan supaya berhijrah ke persekitaran yang baik. Ini kerana persekitaran mempengaruhi jiwa. Maka seseorang itu perlu berhijrah dan pergi ke negeri yang penghuninya baik. Rasulullah saw menceritakan:

“Zaman sebelum kalian ada seorang yang membunuh 99 orang, dia ingin bertaubat lalu bertanya di mana orang yang paling alim di muka bumi? Dia pun ditunjukkan kepada seorang ahli ibadah. Dia mendatangi ahli ibadah itu dan berkata, ‘Aku telah membunuh 99 orang, adakah boleh aku bertaubat?’ Ahli ibadah menjawab, ‘Tidak mungkin.’ Akibat marah dengan jawapan itu, dia membunuh ahli ibadah itu dan genaplah 100 orang. Dia ingin bertaubat lagi dan bertanya di mana orang yang paling alim? Dia ditunjukkan seorang alim (orang berilmu). Dia berkata, ‘Aku telah membunuh 100 orang, mungkinkah bagiku taubat?’ Orang alim menjawab, ‘Ya. Siapa yang menghalang seseorang dari taubat? Pergilah ke tempat ini kerana di sana terdapat manusia yang menyembah Allah. Sembahlah Allah bersama mereka dan jangan kamu kembali ke tempatmu kerana  tempat itu adalah tempat yang buruk.’ Lelaki ini berhijrah. Ketika di tengah perjalanan, sampailah ajalnya. Terjadi perselisihan antara malaikat rahmat dan malaikat azab (yang ingin mengambil nyawa). Malaikat rahmat berkata, ‘Orang ini datang untuk bertaubat dengan menghadapkan hatinya kepada Allah’. Malaikat azab berkata, ‘Orang ini belum melakukan kebaikan sedikit pun.’ Lalu datang malaikat lain dalam rupa manusia, mereka sepakat menjadikan malaikat ini sebagai pemutus. Malaikat ini berkata, ‘Ukurlah jarak dua tempat tersebut. Jika jaraknya dekat, dia yang berhak atas orang ini.’ Lalu mereka dapati orang ini lebih dekat dengan tempat yang dia tuju. Maka rohnya dicabut oleh Malaikat Rahmat”(HR al-Bukhari dan Muslim)

# Baginda saw juga bersabda:

“Barangsiapa yang berdamping dengan orang musyrik dan tinggal bersamanya maka dia adalah sepertinya”(HR Abu Dawud. Hasan)

#Oleh yang demikian, umat Islam sentiasa dituntut supaya berhijrah. Berhijrah jika tempat tinggal mereka tidak Islamik, berhijrah menjauhi perkara maksiat, berhijrah meninggalkan dosa, berhijrah agar tidak selamanya berpegang dengan perkara yang tidak menepati Syarak, berhijrah menjauhi aktiviti dan agenda-agenda yang melalaikan dari mengingati Allah, berhijrah daripada seorang yang malas kepada rajin beramal, rajin membaca, rajin ke masjid, rajin menghadiri majlis ilmu, rajin bersedekah, rajin membantu orang-orang yang memerlukan, rajin membaca al-Quran, rajin berzikir, rajin duduk dengan para ulamak, rajin berbakti dan seumpamanya.

#Perintah dan anjuran hijrah ini berterusan hingga hari Kiamat sebagaimana sabda Nabi saw:

“Tidak akan terhenti hijrah kecuali apabila pintu taubat tertutup; dan tidaklah pintu taubat tertutup kecuali apabila matahari naik dari barat.”(HR Abu Dawud. Sahih)

♡Semoga kita sentiasa mengekalkan keimanan, berhijrah ke arah yg semakin baik dan berjihad memartabatkan agama Allah swt dibumi ini dgn istiqamah♡

?Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Komen dan Soalan