Utama Blog Halaman 259

Hadith ke – 40 (Uban yang lebih kurang 20 helai)

0

Hadis ke 40

40- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُمَرَ بْنِ الْوَلِيدِ الْكِنْدِيُّ الْكُوفِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ آدَمَ، عَنْ شَرِيكٍ، عَنْ عُبَيْدِ الله بْنِ عُمَرَ، عَنْ نَافِعٍ، عَنْ عَبْدِ الله بْنِ عُمَرَ، قَالَ: إِنَّمَا كَانَ شَيْبُ رَسُولِ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوًا مِنْ عِشْرِينَ شَعْرَةً بَيْضَاءَ.

40- Telah bercerita kepada kami Muhammad bin Umar bin Al-Walid Al-Kindiy Al-Kufiy, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Yahya bin Adam, daripada Syarik, daripada `Ubaydi Llah bin `Umar, daripada Nafi, daripada `Abdi Llah bin `Umar, dia berkata: Sesungguhnya uban Rasuli Llah lebih kurang dua puluh helai yang putih.

Syarah Adou_Fr:

Hadis ini sekali lagi menyebut bahawa uban Nabi berjumlah dua puluh, tetapi dinyatakan dalam bentuk anggaran (نَحْوًا) “lebih kurang”. Ia menyamaï hadis pertama dalam kitab Asy-Syama’il ini, yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik: (وَلَيْسَ فِي رَأْسِهِ وَلِحْيَتِهِ عِشْرُونَ شَعْرَةً بَيْضَاءَ) Dan tiada pada kepalanya dan janggutnya (melainkan) dua puluh rambut yang putih.

Sebagaimana telah dijelaskan, ia bukanlah suatu bilangan yang diskret – atau haqiqi – melainkan suatu penghampiran yang menunjukkan ia adalah sedikit. Hadis ini dibawakan bagi menyokong bahawa uban Nabi adalah sedikit sebagaimana hadis-hadis sebelumnya.

Hadis ini sebenarnya turut diriwayatkan oleh Ibnu Majah di dalam kitab Sunannya. Lafaz oleh Ibni Majah ialah seperti berikut:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُمَرَ بْنِ الْوَلِيدِ الْكِنْدِيُّ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ آدَمَ، عَنْ شَرِيكٍ، عَنْ عُبَيْدِ الله، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ: كَانَ شَيْبُ رَسُولِ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَ عِشْرِينَ شَعْرَةً.

Telah bercerita kepada kami Muhammad bin Umar bin Al-Walid Al-Kindiy: Telah bercerita kepada kami Yahya bin Adam, daripada Syarik daripada `Ubaydi Llah, daripada Nafi, daripada Ibni `Umar, dia berkata: Uban Rasuli Llah lebih kurang dua puluh helai. [Ibnu Majah/ 3630]

Membandingkan dua hadis ini, dapat diketahuï bahawa Muhammad bin `Umar bin Al-Walid Al-Kindiy ialah guru bagi Imam At-Tirmizi dan Imam Ibni Majah. Oleh kerana gurunya sama, maka hadis yang diriwayatkan juga sama, iaitu sama isnadnya – rantaian perawinya – iaitu:

Muhammad bin Umar bin Al-Walid Al-Kindiy (Al-Kufiy) > Yahya bin Adam > Syarik > `Ubaydi Llah (bin `Umar) > Nafi > (`Abdi Llah) bin `Umar

Kita dapat membandingkan sebutan lafaz isnad yang berbeza antara Imam At-Tirmizi dalam kitab ini dengan Imam Ibni Majah dalam Sunannya seperti yang diletakkan di dalam kurungan di atas.

Justeru, apabila seseorang penuntut ilmu hadis membaca kitab-kitab hadis – satu demi satu –, dia akan dapat mengetahuï siapakah rawi yang disebutkan atau yang dimaksudkan di dalam isnad dengan merujuk silang riwayat daripada kitab atau hadis yang lain.

Hal ini memerlukan kerajinan dan iltizam daripada penuntut ilmu, untuk terus membaca kitab-kitab hadis dan mempelajari tentang isnad dan para perawi, di samping kepekaan dan deria untuk mengesan persamaan dan perbezaan, serta corak atau bentuk.

Apabila seseorang penuntut ilmu membaca kitab Ibni Majah, dia hanya akan membaca nama Muhammad bin `Umar bin Al-Walid Al-Kindiy. Apabila dia membaca hadis yang sama di dalam Asy-Syama’il ini, dia akan dapat mengetahuï bahawa ada tambahan nisbah pada nama itu iaitu Al-Kufiy. Justeru, nama rawi itu akan menjadi Muhammad bin `Umar bin Al-Walid Al-Kindiy Al-Kufiy.

Begitu juga apabila dia membaca kitab Ibni Majah, dia hanya akan membaca nama `Ubaydi Llah. Apabila dia membaca hadis yang sama di dalam Asy-Syama’il ini, dia akan dapat mengetahuï bahawa rawi ini ialah `Ubaydi Llah bin `Umar.

Sesetengah rawi mempunyaï nama dan panggilan yang berbeza-beza. Justeru, semasa meriwayatkan hadis, ada yang cenderung menyebut satu nama panggilan daripada nama yang lain.

Contohnya, sahabiy bernama `Abdu Llah bin `Umar, dia juga dikenal sebagai Ibnu `Umar. Ada rawi yang menyebutnya sebagai `Abdu Llah, ada juga yang menyebut nama penuhnya `Abdu Llah bin `Umar, dan ada yang cenderung menyebutnya sebagai Ibnu `Umar kerana ayahnya ialah `Umar bin Al-Khattab.

Seterusnya pada hadis ini, kita dapat melihat perbezaan matan hadis antara dua orang Imam, walaupun ia daripada guru yang sama, dengan isnad yang sama.

Sebahagian rawi, mereka cenderung untuk meriwayatkan sesuatu hadis dengan makna, manakala sebahagian lebih ketat iaitu mereka meriwayatkan sebiji sebiji seperti yang didengar.

Dua kategori periwayatan hadis ini sebenarnya memudahkan penuntut ilmu untuk lebih memahami konteks sesuatu hadis, walaupun terdapat perbahasan panjang tentang boleh atau tidak meriwayatkan hadis dengan makna dan syarat-syaratnya.

Misalnya, daripada dua riwayat di atas, diketahuï bahawa uban itu berwarna putih (بَيْضَاءَ). Sila lihat semula lafaz oleh Ibni Majah yang tidak menyebut perkataan putih di hujungnya. Perkataan putih ini, ia – walaupun sudah diketahuï bahawa uban memang putih – adalah satu tambahan sifat yang sedia maklum. Justeru, ada atau tidak lafaz putih ini sebenarnya tidak menjejaskan makna yang disampaikan.

Bagi penuntut ilmu hadis, membaca hadis – satu demi satu, sebuah kitab demi sebuah kitab – adalah satu kewajiban, terutamanya untuk membentuk satu pemikiran atau gambaran semesta tentang hadis-hadis yang dibaca.

Membaca satu hadis, ia akan memberikan kefahaman terhadap satu – atau lebih – hadis yang lain, dan setiap hadis saling menampung hadis yang lain. Maka rugilah penuntut ilmu hadis yang tidak membaca hadis, dan rugilah penuntut ilmu hadis yang tidak mengkhatamkan kitab-kitab hadis dari kulit ke kulit, dan rugilah penuntut ilmu hadis yang hanya membaca hadis secara terpilih, rawak, atau tebuk-tebuk sahaja.

Ruginya mereka kerana mereka kehilangan atau ketiadaan kefahaman atau gambaran semesta tentang hadis dan tentang sunnah secara keseluruhannya.

 

Bulughul Maram : Hadis 69 – 71

0

بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم. اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما. رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي . أما بعد،

 

Hadis ke 69

 

عَنْ عُمَرَ -مَوْقُوفًا- وعَنْ أَنَسٍ -مَرْفُوعًا- ( إِذَا تَوَضَّأَ أَحَدُكُمْ وَلَبِسَ خُفَّيْهِ فَلْيَمْسَحْ عَلَيْهِمَا وَلْيُصَلِّ فِيهِمَا وَلَا يَخْلَعْهُمَا إِنْ شَاءَ إِلَّا مِنْ جَنَابَةٍ ) أَخْرَجَهُ اَلدَّارَقُطْنِيُّ وَالْحَاكِمُ وَصَحَّحَه

Dari Umar رضي الله عنه secara mauquf dan dari Anas رضي الله عنه secara marfu’: Apabila seseorang di antara kamu berwudhu lalu dia memakai dua khuff maka hendak la dia mengusap bagian atas keduanya dan solat lah dengan memakainya tanpa mencabutnya jika dia inginkan kecuali kerana janabah. Diriwayatkan oleh ad-Daruquthni dan al Hakim serta beliau mensohihkannya.

Penerangan darjat hadis:

Hadis ini sohih seperti dinyatakan oleh al Hakim. Cuma hadis ini di anggap Syazz oleh sebagian ulama kerana ia bertentangan dengan hadis yang lebih sohih dalam perkara menetapkan had masa bagi pemakaian khuff. Iaitu sehari semalam bagi orang bermukim dan 3 hari 3 malam bagi orang bermusafir.

Hadis Syazz termasuk kategori hadis dhaif,walaupun sanadnya kuat namun kerana ia bertentangan dengan hadis yang lebih tsiqah (dipercayai) darinya maka ia hadis Syazz.

Faedah penting,

Pun begitu masalah hadis ini, namun ia tetap boleh diamalkan dengan cara dikumpulkan dua dalil itu menjadi satu hukum. Jadi, hadis di atas adalah bentuk hukum mutlak atau hukum umum semata. Manakala hadis yang sohih menyebut had batasan masa pemakaian khuff pula sebagai hadis hukum taqyid (penetapan batas atau pengecualian). Hadis taqyid boleh membataskan pengecualian terhadap hadis mutlak. Dengan ini sebagian ulama tidak hukumkan hadis ini kepada Syazz jika masih ada ruang untuk dikumpulkan hukum antara dua dalil seperti contoh hukum di atas.

Habis di sini ulasan darjat hadis..

Penerangan

1- hadis ini sebagai dalil bahawa pemakaian khuff disyaratkan bersuci dengan berwudhu secara sempurna terlebih dahulu. Ini sesuai dengan makna hadis ini dan mafhum dari hadis almughirah sebelum ini iaitu mafhumnya; Nabi صلى الله عليه وسلم melarang sahabat membuka khuffnya lalu Nabi memberi alasan kerana telah bersuci sebelum memakainya.

2- hukum dari hadis ini ialah penyapuan khuff adalah sunnat bukan wajib. Ini kerana sabdaan Nabi صلى الله عليه وسلم menyebut ان شاء (jika dia inginkan). Perkataan sebegini sebagai bukti adanya pilihan maka tidak wajib hanya sunnat sahaja.

3- di sini juga dalil bahawa penyapuan khuff tidak sah sekiranya kerana janabah iaitu hadas besar. Hanya boleh penyapuan khuff bagi mengangkat hadas kecil sahaja.

4- hadis ini secara mutlak tidak menetapkan batas waktu syarat sah pemakaian khuff. Pun begitu seperti dinyatakan sebelum ini hadis mutlak boleh taqyid dengan hadis muqayyad. Maka pemakaian khuff ada batas sehari semalam bagi orang bermukim dan bagi orang bermusafir pula 3 hari 3 malam seperti maksud hadis sebelum ini dan selepas ini.

Habis di sini penerangan hadis..

Sekarang sebelum di buka soalan saya nak tanya soalan..sila bagi jawapan antum di sini. Soalan 1: Apakah makna marfu’ dalam matan hadis di atas? Soalan 2 : Apakah makna mauquf?

Pelajar : Mauquf sanad yang bersambung ke sahabat.

Betul..maksudnya pula?

Pelajar : Maksudnya hadis itu diucapkan oleh para Sahabat

Alhamdulillah.. Betul begitu barakaAllahu fik. Marfu’?

Pelajar : Marfu bersambung kepada Nabi SAW. Diucapkan oleh Nabi SAW

الحمد لله اللهم زذه علما . Benar

Habis di sini soalan.
Boleh tanya sebentar seputar hukum hadis di atas.

 


 

Salam ustaz. Bagi kes kemalangan yg memerlukn si mangsa di simen pd anggota wuduk, ada kh bolh di kiaskn pd pemakaian khuff?

Jika tangan dan mukanya ada ruang utk ditayammumkan maka boleh tayammum saja. Jika itu pun takleh maka teruskan solat begitu saja.

فاتقوا الله ما استطعتم

Bertakwa lah pada Allah sedaya mampu kamu.

 

Assalam ust. ولبس . Bukankah huruf wau itu wau hal?

Wsalam wau atof

 

Assalammualaikum, dalam menyapu khuf adakah harus dilakukan secara serentak atau mendahulukan kaki kanan?

Waalaikumussalam.. Dahulukan kanan..

 

assalamualaikum us. Yang sunnah biasanya pemakaian khauf ini waktu bila?

Waalaikumussalam.. Khuff ikut uruf semasa.. Tidak ada syarat khusus.. Biasanya ketika sejuk atau kaki uzur.

 


 

Hadis 70

 

وَعَنْ أَبِي بَكْرَةَ رضي الله عنه عَنْ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ( أَنَّهُ رَخَّصَ لِلْمُسَافِرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ وَلَيَالِيَهُنَّ وَلِلْمُقِيمِ يَوْمًا وَلَيْلَةً إِذَا تَطَهَّرَ فَلَبِسَ خُفَّيْهِ: أَنْ يَمْسَحَ عَلَيْهِمَا ) أَخْرَجَهُ اَلدَّارَقُطْنِيُّ وَصَحَّحَهُ اِبْنُ خُزَيْمَة

Melalui Abu Bakrah dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam: sesungguhnya beliau memberikan kemudahan (boleh menyapu khuff) bagi orang bermusafir tiga hari tiga malam dan bagi orang bermukim sehari semalam dengan syarat dia telah bersuci lalu memakai kedua khuffnya itu maka cukup hanya dia menyapu bahagian atasnya (khuff). Diriwayatkan oleh Daruquthni dan disohihkan oleh Ibnu Khuzaimah.

Darjat hadis

Hadis ini sohih. Disohihkan oleh asy Syafie, al khitobi, ibn Khuzaimah dan lain2.

Penerangan

1- hadis ini sebagai dalil ada batasan masa bagi pemakaian khuff bagi orang bermusafir 3 hari 3 malam,manakala orang bermukim sehari semalam.

2- hadis ini dalil bahawa penyapuan khuff tidak wajib kerana ia termasuk hukum rukhsoh iaitu kemudahan dan kelonggaran yang diberi oleh Allah Ta’ala buat ummat muslimin.

3- islam itu mudah. diberi kemudahan sekiranya berlaku kesukaran ketika hendak melaksanakannya. Satu anugerah nikmat Allah serta rahmatNya yang amat besar terhadap hamba2 Nya.

4- di sini ada perbezaan antara hukum orang bermusafir dengan orang bermukim. Ini sesuai dalam keadaan musafir biasanya kepayahan.. Dalam kepayahan itu Allah permudahkan dengan memberi rukhsoh ini dan antara lain boleh dipendekkan solat dan sebagainya.

Habis di sini..

 

Hadis ke 71

 

عَنْ أُبَيِّ بْنِ عِمَارَةَ رضي الله عنه أَنَّهُ قَالَ: ( يَا رَسُولَ اَللَّهِ أَمْسَحُ عَلَى اَلْخُفَّيْنِ؟ قَالَ: نَعَمْ قَالَ: يَوْمًا؟ قَالَ: نَعَمْ قَالَ: وَيَوْمَيْنِ؟ قَالَ: نَعَمْ قَالَ: وَثَلَاثَةً؟ قَالَ: نَعَمْ وَمَا شِئْتَ أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُدَ وَقَالَ: لَيْسَ بِالْقَوِيِّ )

Dari Ubay Ibnu Imarah Radliyallaahu ‘anhu bahwa dia bertanya: Ya Rasulullah bolehkah aku menyapu kedua khuffku? Rasulullah menjawab: ya boleh. Lalu dia bertanya: sehari? Rasulullah menjawab: ya. Lalu dia bertanya: dua hari? Rasulullah menjawab: ya. Dia bertanya lagi: tiga hari? Rasulullah menjawab: ya boleh sekiranya kamu inginkan. Dikeluarkan oleh Abu Dawud dengan menyatakan bahwa hadis ini tidak kuat.

Darjat hadis

Hadis ini dhaif. Didhaifkan oleh Al Bukhari dan lain2.

Penerangan

1- hadis ini secara jelas dinyatakan oleh hafiz ibn hajar sebagai dhaif seperti nukilan perkataan Abu Daud mengatakan hadis ini sanadnya tidak kuat iaitu maksudnya hadis ini dhaif sanadnya. Dan begitu juga masalah matan hadis ini secara jelas bertentangan dengan hadis sohih sebelum ini kerana hadis ini menyebut tanpa batasan masa pemakaian khuff.

2- bagi mengamal hukum hadis ini tidak dapat tidak, mesti ditakwilkan kerana hukum asal kena amal hadis yang sohih menyebut ada batasan bagi musafir dan mukim. Namun jika hadis di atas sohih sekalipun perlu ditakwil samada ditetapkan pengecualian batas masa seperti maksud hadis ketika musafir-mukim atau boleh diamalkannya jika berlaku uzur melampau ketika musafir atau darurat dan sebagainya. Walau bagaimana pun hadis di atas adalah dhaif. Maka tidak ditetapkan hukum dengannya.

WaAllahu a’lam

Habis di sini… Jika ada soalan boleh tanya segera.

 


 

apakah hikmah khuff disapukan di atas bukan di bawah

Mungkin kerana bila sapu di bawahnya biasanya dapat jadi suci hanya dengan bergesel ke tanah..kalau di atas tak kena sebarang sapuan.. WaAllahu a’lam selebihnya tak tahu..

 

adakah menyapu stokin yang nipis menyamai menyapu khuff

Jika nipis nampak bayang kulit maka tak sah..kena cari stokin tebal sikit.

 

apakah contoh uzur melampau ketika musafir?

Mungkin bila org itu kemalangan lalu tak leh nak buka khuffnya atau seumpamanya…tapi hukum di atas jika hadis itu sohih.yg jelas ya dhaif maka jika uzur darurat begitu solat begitu je.kalau mampu tayammum maka tayammum jika takleh solat je bila masuk waktu atau boleh jamak.

 


 

Cukup di sini saja kelas malam ini..

وآخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين. السلام عليكم ورحمة الله

Kelas #16 – Ulum Hadith

0

Kelas #16: 27 September 2015 @ 13 Zulhijjah 1436

 

Bismillah, Alhamdulillah. Segala puji kepada Allah Rabb sekalian alam, kepadaNya kita memohon perlindungan, petunjuk serta pengampunan, selawat serta salam kepada baginda Muhammad SAW penutup segala Nabi dan Rasul, serta kepada para Sahabat baginda serta keluarga baginda dan kepada mereka yang teguh atas manhaj baginda hingga kini, wa ba’d.

Kita berdoa agar ditetapkan atas manhaj salaf, mengikuti tauladan para salaf. Manhaj salaf adalah bagi semua yang mengikut tauladan para Salaf. Moga kita dijauhkan dari sifat perasan diri mengikuti salaf serta memberi cop kepada orang lain sebagai tidak mengikut salaf hanya kerana orang itu tidak mengikut pendapat gurunya atau tidak mengekor pendapat syaikh yang disanjungnya.

Syukur kepada Allah yang telah memberikan kita rezqi untuk meneruskan kelas ulum
hadith kita pada malam ini insyaAllah.

Pada kelas yang lalu kita telah berdiskusi berkenaan definisi hadith Sahih, dan telah berbincang berkenaan syarat-syaratnya iaitu bersambungnya sanad, perawi yang thiqah (iaitu adil dan dhabit). InsyaAllah pada malam ini kita akan melihat syarat seterusnya bagi hadith Sahih iaitu bebas daripada syaz dan tiada ‘illah.

 

• Al-Syaz:

 

Apakah yang dimaksudkan dengan al-Syaz? Syaz dari segi bahasa bermaksud pelik, ganjil. Menurut kitab Lisan al-‘Arab, maksud Syaz adalah al-Tafarrud iaitu bersendirian atau yang sendiri. Baik, itu definisi bahasa, mudah. Definisi istilah yang susah sedikit kerana banyak definisi.

Dari segi istilah pula, terdapat beberapa ta’rif di sisi ahli hadith, guru saya al-Syaikh al-Muhaddith ‘Abdullah al-Sa’d menyatakan terdapat lebih kurang 8 definisi Syaz, akan tetapi kebanyakannya saling bertindih dan mempunyai persamaan antara satu dengan lain, maka secara hakikatnya terdapat hanya 4 definisi dan sebahagian ulama menjadikannya 3 definisi sahaja.

Saya ringkaskan 4 definisi yang masyhur seperti di bawah:

1- Menurut Imam al-Syafi‘i: Hadith Syaz ialah yang diriwayatkan oleh seorang “thiqah” yang bercanggah iaitu menyelisih (mukhalafah) dengan hadith yang diriwayatkan oleh orang ramai iaitu sekumpulan perawi yang thiqah dan bukan apa yang diriwayatkannya tidak diriwayatkan oleh orang lain. Dengan kata lain, meriwayatkan seorang rawi yang thiqah yang menyelisihi (mukhalafah) rawi-rawi thiqah yang lain.

Contohnya ialah hadith berkenaan fadhilat membaca surah al-Kahfi pada malam atau hari Jumaat, pada jalur Husyaim. Pada jalur Husyaim telah berlaku ikhtilaf (percanggahan) pada matan hadith, iaitu anak-anak muridnya meriwayatkan dengan lafaz yang berbeza. Hadith ini diriwayatkan oleh majoriti murid-murid Husyaim dengan lafaz:

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Juma‘at dia akan disinari cahaya antara tempatnya dan al-Bait al-‘Atiq (iaitu Ka‘bah)”

atau dengan lafaz yang semakna dengannya, kecuali:

1- Abi al-Nu‘man Muhammad bin al-Fadhl al-Sadusi:

Beliau meriwayatkan dengan lafaz: “malam Juma‘at” menggantikan lafaz: “hari Juma‘at”. Abu al-Nu‘man al-Sadusi adalah seorang yang Thiqah al-Tsabt tetapi mengalami kecelaruan pada akhir hayatnya dan banyak meriwayatkan hadith dengan silap.

Saya katakan: Ini adalah salah satu riwayat yang beliau telah celaru dan silap! Qara’innya ialah beliau telah menyelisihi sejumlah ramai perawi lain yang lebih jitu ingatannya berbanding beliau. Dengan kata lain lafaz “malam Juma‘at” adalah Syaz.

Maksudnya al-Sadusi seorang yang thiqah, namun meriwayatkan hadith dengan menyelisihi sejumlah perawi thiqah lain, maka riwayatnya itu disebut sebagai Syaz. Lafaz yang mahfuz (terpelihara, betul) bagi hadith Husyaim ini ialah “hari Jumaat” bukannya “malam Jumaat”, al-Sadusi telah silap meriwayatkannya dengan menyebut “malam Jumaat”.

Walaubagaimanapun, hadith Husyaim ini secara keseluruhannya adalah Dhaif! Kerana putus sanadnya, Husyaim tidak pernah mendengar dari Abi Hasyim al-Rummani, maka hadith ini Dhaif secara keseluruhannya juga.

2- Menurut Imam al-Hakim: Hadith Syaz ialah apa yang bersendiriannya (tafarrud) seorang rawi yang thiqah dan tiada padanya asal yang mengikuti padanya, tidak disyaratkan menyelisih (mukhalafah).
Iaitu semata-mata tafarrud, walau tanpa mukhalafah, di namakan Syaz. Iaitu seorang perawi thiqah telah melakukan kesilapan.

3- Menurut Imam Abu Ya‘la al-Khalili: Yang dipegang oleh Huffaz al-Hadith ialah hadith Syaz itu adalah hadith yang mempunyai hanya satu sanad dan hadith itu hanya diriwayatkan oleh seorang thiqah atau tidak thiqah, maka riwayat oleh seorang yang “tidak thiqah” adalah ditinggalkan (Matruk), manakala riwayat oleh seorang yang “thiqah” pula “diberhentikan padanya (tuwuqqifa fihi)” dan tidak dijadikan hujah.

4- Menurut Imam Solah bin Muhammad al-Asdi: Hadith Syaz ialah hadith Munkar, iaitu tidak diketahui (dari mana datangnya).

Guru saya al-Syaikh Dr. Hamzah al-Malibari dalam kitab beliau ‘Ulum al-Hadith, hal. 102, setelah beliau membentangkan dan membincangkan definisi-definisi “Syaz” yang secara zahirnya seolah-oleh kelihatan bercanggah, beliau menyimpulkan dan meringkaskan maksud “Syaz” kepada dua poin iaitu:

i- Hadith gharib (ganjil) yang tiada padanya asal, dan tidak diriwayatkan oleh wajah yang lain
ii- Hadith yang menyelisihi apa yang terpelihara Iaitu kedua-dua poin di atas berlegar sekitar al-Gharabah (keganjilan) yang menafikan al-Sowab (keterpeliharaan).

Dengan kata lain kesemua definisi ini berlegar sekitar satu perkara, iaitu wujudnya kesilapan dalam riwayat. Kebanyakan para Ahli Hadith al-Muta’akhkhirin membezakan antara “Syaz” dan “Munkar”, iaitu “Syaz” ialah khusus untuk apa yang menyelisihinya rawi yang thiqah, manakala “Munkar” ialah khusus untuk apa yang menyelisihinya rawi yang dha‘if. Akan tetapi bagi para Ahli Hadith alMutaqaddimin mereka tidak membezakan antara “Syaz” dan “Munkar”. Asalkan sesuatu hadith itu terdapat kesilapan padanya, baik kesilapan itu pada sanad atau matan, baik perawi yang melakukan kesilapan itu thiqah atau tidak, baik yang berbuat silap itu dengan mukhalafah atau tidak, mereka akan menyebutnya sebagai Syaz ataupun Munkar, iaitu sama saja. Sebahagian semisal al-Syafie gemar menggunakan istilah Syaz, sebahagian semisal al-Bukhari gemar menggunakan istilah Munkar.

 

Soalan : Dr, adakah ia (hadith Syaz) sama seperti definisi hadith Munkar?

Jawapan : Maka jawapan untuk soalan yang ditanya tadi, ya Syaz dan Munkar adalah sama di sisi huffaz Mutaqaddimin, iaitu sesuatu hadith itu terdapat silap padanya.

 

Baik, alang-alang berbicara berkenaan istilah Syaz dan kita telah simpulkan Syaz dan Munkar itu sama, ada baiknya kita berdiskusi pula berkenaan istilah Munkar.

 

• Hadith Munkar:

 

Munkar di sini bukan bermaksud maksiat ya. Maksud hadith Munkar di sisi ahli hadith terkemudian (al-Muta’akhkhirin) ialah: “Apa yang diriwayatkan rawi yang dha‘if yang menyanggahi dan menyalahi yang thiqat”, ini adalah definisi hadith Munkar di sisi al-Muta’akhkhirin.

Bagi para imam dan ahli hadith yang awal (alMutaqaddimin) pula, mereka tidak mengehadkan maksud hadith Munkar seperti al-Muta’akhkhirin, akan tetapi bagi al-Mutaqaddimin ia adalah lebih luas, iaitu setiap hadith yang tidak diketahui akan sumbernya, tidak kira sama ada rawi yang tafarrud (bersendirian) itu thiqah atau soduq atau dha‘if, sama ada tafarrudnya rawi itu bersama-sama mukhalafah atau tidak, iaitu dengan kata lain maksudnya sesungguhnya pada hadith itu berlaku kesilapan atau tidak terpelihara atau tidak diikuti (khata’, waham, ghayr mahfuz, gharib, la yutaba‘ahu ‘alayhi ahad), seperti kata Imam Ahmad

“yuhdath bi ahadith manakir laysa lahu asl”

kata Imam al-Bukhari

“hadith laysa bi ma‘ruf Munkar al-hadith”

dan antara ibarat-ibarat lain yang digunakan oleh al-Mutaqaddimin untuk Munkar adalah seperti “haza khata’”, “haza waham”, “haza ghayr mahfuz”, “haza ghayr sahih”, “gharib”, “wa la yasybih”, “la yathbut”, “la yasih”, dengan itu Munkar pada al-Mutaqaddimin adalah lebih umum daripada alMuta’akhkhirin, dan ia lebih dekat kepada makna al-lughawi iaitu “ghayr ma‘ruf/ tidak diketahui”, iaitu padanya ada berlaku kesilapan.

 

Keywordnya berlaku silap.

 

Contohnya kata Imam Ibn ‘Adi dalam al-Kamil: “Dan hadith ini bersendirian padanya Isma‘il bin ‘Ayyasy daripada al-Zubaidi, dan ia hadith Munkar daripada hadith al-Zubaidi, Ibn ‘Ayyasy telah mengambil hadith al-Zubaidi ke atas hadith Ibn Sam‘an dan dia telah tersilap, al-Zubaidi thiqah dan Ibn Sam‘an pula dha‘if”.
Jika dilihat pada kata-kata Ibn ‘Adi ini dapat diketahui bahawa beliau menggunakan istilah “Munkar” ke atas apa yang telah bersendirian padanya Ibn ‘Ayyasy daripada al-Zubaidi, kerana tidak diketahui hadith ini daripada hadith-hadith al-Zubaidi, rawi yang meriwayatkannya daripadanya telah silap kerana telah memasukkannya hadith Ibn Sam‘an.

Contoh lain pula ialah kata Imam al-Nasa’i:

“Hadith ini Munkar, telah silap padanya Abu alAhwas Salam bin Sulaym, sesungguhnya tidak diketahui seorang pun yang mengikutinya padanya alAhwas daripada kalangan ashab Simak bin Harb… dan kata Ahmad bin Hanbal: “Abu al-Ahwas telah silap pada hadith ini”.

Jika kita lihat di sini Abu al-Ahwas adalah seorang yang thiqah mutqin!

Akan tetapi Imam al-Nasa’i tetap menggunakan istilah “Munkar” ke atas hadithnya yang ada silap padanya. Dan contoh-contoh lain semisal ini sangat banyak. Iaitu asalkan berlaku kesilapan pada riwayat, maka ia dinamakan Munkar, tidak kira perawi yang berbuat silap itu thiqah atau tidak, berlaku mukhalafah atau tidak.

Mudahnya, kesimpulan keseluruhannya ialah:

Hadith Syaz ataupun Munkar adalah satu hadith yang terdapat kesilapan padanya, baik kesilapan itu berlaku pada matan atau sanad, baik perawi yang berbuat silap itu seorang yang thiqah atau tidak, baik kesilapan itu bersama mukhalafah atau tidak. Hadith Syaz dan Munkar adalah hadith yang sama, kedua istilah ini digunakan oleh para huffaz Mutaqaddimin secara “interchangeable”, sebahagian gemar menggunakan istilah Syaz melebihi istilah Munkar, sebahagian lain lebih gemar menggunakan istilah Munkar melebihi istilah Syaz.

Sebahagian Mutaakhkhirin dalam buku ulum hadith mereka, mendakwa sesiapa yang menyamakan hadith Syaz dan Munkar telah melakukan kesilapan, jawab guru saya al-Syaikh Dr. Maher Yasin al-Fahl “sesungguhya dialah yang silap!” (Iaitu mereka yang membezakan itulah silap).

InsyaAllah pada kelas seterusnya kita akan melihat contoh-contoh hadith Munkar (iaitu Syaz). Saya bawakan satu malam ini, iaitu hadith fadhilat al-Kahfi pada malam Jumaat, kita akan lihat lagi contoh-contoh lain dalam kelas akan datang insyaAllah.

Kita berhenti di sini malam ini. Dan moga diberi rezqi ada masa akan datang insyaAllah. Akhiri dengan tasbih kaffarah, dan saya berpesan kepada semua penuntut hadith sebagaimana pesan guru saya al-Syaikh Maher Yasin al-Fahl “jangan lupa menela’ah dan mentadabbur al-Quran”.

Hadis ke 107 : Banyakkan Sujud

0

«107» الثالث عشر: عن أبي عبد الله، ويقال: أَبُو عبد الرحمن ثوبان- مولى رَسُول الله صلى الله عليه وسلم رضي الله عنه، قَالَ: سَمِعْتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: ((عَلَيْكَ بِكَثْرَةِ السُّجُودِ؛ فَإِنَّكَ لَنْ تَسْجُدَ للهِ سَجْدَةً إلا رَفَعَكَ اللهُ بِهَا دَرجَةً، وَحَطَّ عَنكَ بِهَا خَطِيئةً)). رواه مسلم.
سبب رواية ثوبان لهذا الحديث: أن معدان بن طلحة قال: أتيت ثوبان فقلت: أخبرني بعمل أعمل به يدخلني الله به الجنة؟- أو قال بأحب الأعمال إلى الله- فسكتَ، ثم سأله، فسكت، ثم سأله الثالثة، فقال: سألت عن ذلك رسول الله صلى الله عليه وسلم، فقال: ((عليك بكثرة السجود…)). الحديث. وفي آخره: فلقيت أبا الدرداء فسألته، فقال لي مثل ما قال ثوبان.

 

107. Ketigabelas: Dari Abu Abdillah, juga dikatakan dengan nama Abu Abdir Rahman iaitu Tsauban, hamba sahaya Rasulullah s.a.w. r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Hendaklah engkau memperbanyak bersujud, sebab sesungguhnya engkau tidaklah bersujud kepada Allah sekali sujud. melainkan dengannya itu Allah mengangkatmu sedarjat dan dengannya pula Allah menghapuskan satu kesalahan dari dirimu.” (Riwayat Muslim)

 

Indahnya Aqidah Sahabat

0

Manhaj kita memiliki kaedah, ” Memahami al-Qur’an dan as-Sunnah didasarkan kepada pemahaman salafus salih”

Dikongsi oleh: Cikgu Rahim

Contoh Perhatian besar para sahabat Nabi terhadap masalah aqidah

Berikut ini beberapa riwayat yang menunjukkan besarnya perhatian sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam –radhiyallahu ‘anhum jamii’an- terhadap perkara aqidah :

1. Perintah ‘Utsman radhiyallahu ‘anhu untuk meratakan kubur anak beliau.

‘Abdullah bin Syurahbil mengatakan, “Aku melihat ‘Utsman bin ‘Affan memerintahkan untuk meratakan kuburan. Lalu beliau diberitahu, Itu adalah kuburan Ummu ‘Amr binti ‘Utsman. Beliau pun tetap memerintahkan untuk diratakan”

(Dinukil dari Tahdzirus Saajid, hal. 118. Penulis mengatakan, “Diriwayatkan Ibnu Abi Syaibah dalam Mushannaf (4/138) dan Abu Zur’ah dalam At Tarikh dengan sanad yang shahih)

2. Wasiat Abu Musa Al Asy’ariy radhiyallahu ‘anhu

Abu Burdah mengatakan, “Abu Musa memberikan wasiat ketika beliau hendak meninggal. Beliau berwasiat : ‘Jika kalian membawa jenazahku, percepatlah langkah, tidak perlu membawa lampu atau obor, dan janganlah membuat sesuatu di liang lahadku yang bisa menghalangi jasadku dengan tanah. Jangan pula membangun sesuatu di atas kuburanku’

(Dinukil dari Tahdzirus Sajid, hal. 123. Penulis mengatakan, “Diriwayatkan oleh Ahmad (4/397) dengan sanad yang qawiyy)

3. Ketika Ubay bin Ka’ab radhiyallahu ‘anhu memilih ayat kursi

Suatu ketika, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bertanya kepada Ubay bin Ka’ab radhiyallahu ‘anhu,

يَا أَبَا الْمُنْذِرِ، أَتَدْرِي أَيُّ آيَةٍ مِنْ كِتَابِ اللهِ مَعَكَ أَعْظَمُ؟

“Wahai Ubay! Apakah kamu tahu ayat mana yang telah kamu hafal, yang merupakan ayat teragung dalam Al Qur’an?”

Namun Ubay awalnya menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu”

Kemudian Rasulullah mengulangi pertanyaannya, maka beliau menjawab,

اللهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ

“Dia-lah Allah. Tiada sesembahan yang berhak disembah melainkan Dia. Dzat Yang Maha Hidup lagi Maha mengurus makhluk-Nya (yakni ayat kursi-pen)” (HR. Muslim)

Demikianlah pilihan seorang shahabat yang mulia. Diantara 6000 lebih ayat Al Qur’an, beliau memilih satu ayat yang menjelaskan keesaan Allah Ta’ala dalam rububiyyah, uluhiyyah, dan asmaa wa shifat. Jawapan beliau menggambarkan kepada kita betapa besarnya perhatian shahabat terhadap masalah aqidah.

Oleh karena itu, Syaikh ‘Abdurrazzaq Al Badr mengatakan,

“Pertimbangan Ubay bin Ka’ab radhiyallahu ‘anhu dalam memilih ayat ini adalah pertimbangan yang mendalam dan jeli. Hal ini menunjukkan betapa agungnya kedudukan tauhid (aqidah) dalam hati para shahabat”

(Ayat Al Kursi wa Baraahin At Tauhid, hal. 7)

Selengkapnya: https://muslim.or.id/22595-menilik-perhatian-para-sahabat-terhadap-masalah-aqidah.html

***

www.ypia.or.id
www.muslim.or.id
www.muslimah.or.id

Penutup:

Ibnu al-Mubarak (wafat 179 hijriah) mengatakan:

“Aku mendengar Abu Hanifah berkata: “Ketika perkataan datang dari Nabi Muhammad saw, maka kita menerimanya dengan lapang dada, ketika datang dari sahabat, kita memilihnya, ketika datang dari tabi’in, kita menangguhkannya.”

~ pengantar al-sunan al-kubra

 

Hadith 106: Paksalah Untuk Banyak Bersujud Agar Menjadi Sahabat Rasulullah Di Syurga

0

Bab Mujahadah

106. Keduabelas: Dari Abu Firas iaitu Rabi’ah bin Ka’ab al-Aslami,  pelayan   Rasulullah  s.a.w.  dan  ia termasuk  pula  dalam golongan ahlussuffah – yakni kaum fakir miskin – r.a. katanya:

“Saya bermalam beserta Rasulullah s.a.w., kemudian saya mendatangkan untuknya dengan air wudhu’nya serta hajatnya – maksudnya pakaian dan lain-lain. Kemudian beliau s.a.w. bersabda: “Memintalah padaku!” Saya berkata: “Saya meminta kepada Tuan untuk menjadi kawan Tuan di dalam syurga.” Beliau s.a.w. bersabda lagi: “Apakah tidak ada yang selain itu?” Saya menjawab: “Sudah, itu sajalah.” Beliau lalu bersabda: “Kalau begitu tolonglah aku – untuk melaksanakan permintaanmu itu – dengan memaksa dirimu sendiri untuk memperbanyak bersujud – maksudnya engkaupun harus pula berusaha untuk terlaksananya permintaan tersebut dengan jalan memperbanyakkan menyembah Allah.” (Riwayat Muslim)

 

106» الثاني عشر: عن أبي فِراسٍ ربيعةَ بنِ كعبٍ الأسلميِّ خادِمِ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم، ومن أهلِ الصُّفَّةِ رضي الله عنه، قَالَ: كُنْتُ أبِيتُ مَعَ رسولِ الله صلى الله عليه وسلم فآتِيهِ بِوَضُوئِهِ وَحَاجَتِهِ، فَقَالَ: ((سَلْنِي)) فقُلْتُ: اسْأَلُكَ مُرَافَقَتَكَ في الجَنَّةِ. فَقَالَ: ((أَوَ غَيرَ ذلِكَ؟)) قُلْتُ: هُوَ ذَاكَ، قَالَ: ((فأَعِنِّي عَلَى نَفْسِكَ بِكَثْرَةِ السُّجُودِ)). رواه مسلم. في هذا الحديث: الحث على الإكثار من الصلاة، وأنه يوجب القرب من الله تعالى، ومرافقة النبي صلى الله عليه وسلم في الجنة، وقد قال الله تعالى: {وَمَن يُطِعِ اللهَ وَالرَّسُولَ فَأُوْلَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاء وَالصَّالِحِينَ وَحَسُنَ أُولَئِكَ رَفِيقًا} [النساء: 69]، وقال تعالى: {وَاسْجُدْ وَاقْتَرِبْ} [العلق: 19].

Wanita (An-Nisā’):69 – Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.

Segumpal Darah (Al-`Alaq):19 – sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya (orang yang melarang muslim bersolat); dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan).

Fiqh Wanita 43 (Umum)

0

#ElRose

S&J Fiqh Wanita
————————–

Soalan 1

Seorang lelaki yang berkahwin lain dengan menceraikan isteri yang tidak lagi dicintai disebabkan beberapa faktor. Adakah lelaki itu berdosa dan bagaimana dengan isteri baru yang setuju dengan perancangan lelaki itu menceraikan isterinya.

Adakah keduanya berdosa dan tergolong dalam golongan orang yang telah menganiayai orang lain. Dan bagaimana jika keduanya telah bertaubat dan menyesal atas perbuatan mereka tetapi bekas isteri masih tidak mahu memaafkan keduanya. Bagaimana kedudukan dosa kedua mereka ini?

Jawapan 1 Thtl

Isu habis manis sepah dibuang
pertama: kawin ni sebuah perjanjian atau bai’ah yg kuat, dalilnya

وَكَيْفَ تَأْخُذُونَهُ وَقَدْ أَفْضَى بَعْضُكُمْ إِلَى بَعْضٍ وَأَخَذْنَ مِنْكُمْ مِيثَاقًا غَلِيظًا

“Bagaimana kamu akan mengambilnya kembali, Padahal sebagian kamu telah bergaul (bercampur) dengan yang lain sebagai suami-isteri. dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu Perjanjian yang kuat. (AQT An-Nisaa :21)

Maka sudah tentu berdosa, jika lelaki hanya berkahwin utk sementara sahaja, menikmati kemudaan dna kejelitaan isteri, kemudian ia akan menceraikannya dan mencari perempuan lain.

kedua: hargai isteri pertama, dalilnya

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

“Dan bergaullah dengan mereka secara patut. kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, Padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak. (AQ An-Nisaa : 19)

itulah pandangan AQ ttg sikap lelaki spt itu.

 


 

Soalan 2

Apa hukumnya apbila seorang suami memberitahu pada isterinya bahawa dia ‘tidak ada nafsu lagi pada isterinya’ dihadapan isterinya…

Jawapan 2 Thtl

Isu suami tawar hati kpd isteri
jawapannya sama dgn S1, cuma nasihat Nabi saw

لاَ يَفْرَكْ مُؤْمِنٌ مُؤْمِنَةً إِنْ كَرِهَ مِنْهَا خُلُقًا رَضِيَ مِنْهَا آخَرَ

“Janganlah seorang mukmin (suami) membenci seorang wanita mukminah (istrinya), jika ia membenci sebuah perangai dari istrinya maka hendaknya ia ridho dengan perangai yang lain dari istrinya” (HR Muslim no 1469)

 


 

Soalan 3

Hukum berjimak dengan isteri tetapi membayangkan sedang melakukan persetubuhan dengan perempuan lain?

Jawapan 3 Thtl

Jimak tapi khayalkan orang lain. Hukumnya haram dan berdosa, dalil:

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ حَظَّهُ مِنَ الزِّنَا، أَدْرَكَ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ، فَزِنَا العَيْنِ النَّظَرُ، وَزِنَا اللِّسَانِ المَنْطِقُ، والقلب تَمَنَّى وَتَشْتَهِي، وَالفَرْجُ يُصَدِّقُ ذَلِكَ كُلَّهُ وَيُكَذِّبُهُ

“Sesungguhnya Allah menetapkan jatah zina untuk setiap manusia. Dia akan mendapatkannya dan tidak bisa dihindari: Zina mata dengan melihat, zina lisan dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan gejolak syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya.” (HR. Bukhari dan Muslim dr Abu Hurairah)

Maka ia jatuh dalam kategori, Zina Hati. kata Ibn Haj.

Ibnul Hajj al Maliki (w. 737 H) mengatakan,

من هذه الخصلة القبيحة التي عمت بها البلوى في الغالب، وهي أن الرجل إذا رأى امرأة أعجبته، وأتى أهله جعل بين عينيه تلك المرأة التي رآها، وهذا نوع من الزنا

”Termasuk perbuatan tercela yang merebak di masyarakat pada umumnya adalah seorang lelaki melihat seorang wanita yang menarik hatinya, kemudian lelaki itu mendatangi istrinya (jima’), dia membayangkan wanita yang tadi dilihatnya berada di hadapannya maka ini termasuk zina (yakni zina hati). (al-Madkhal Ibnul Haj, 2/195)

 


 

Soalan 4

Hasil penzinaan dengan teman lelaki dapat anak sulung lelaki tetapi suami tidak tahu yang baby itu bukan darah daging dia, bolehkah si anak mendapat harta sibapa jika ,sibapa meninggal?

Jawapan 4 Thtl

Anak tidak sah taraf. jika suami tidak tahu, dia tidak menafikan nasab anak tsb dan mmg anak itu dibinkan kepadanya dalam MyKad, maka itu anaknya secara legal. Maka si anak boleh mewarisi harta pesaka kelak. cuma pihak yang merahsiakan hal ini berdosa besar la, yakni isteri dan familynya.

 


 

Soalan 5

Kalau hasan gharib ialah hampir dengan dhoif yang ringan dan boleh beramal tak?

Jawapan 5 Thtl

hasan ghareeb. Ia istilah Imam abu Isa at-Termidzi. ia bermaksud hadith dhaif tapi salaf beramal dengannya dalam fadilat amal.

 


Soalan 6

a)Berapakah umur kanak-kanak lelaki yang sesuai untuk berkhatan?
b)Adakah dengan berkhatan awal, kanak-kanak lelaki terbabit akan timbul keinginan seks yang cepat nanti?

Jawapan 6 Thtl

Usia khitan bayi lelaki. Khilaf kerana tidak ada dalil yg sarih, kata al-Hafidz rh

وَاخْتُلِفَ فِي الْوَقْتِ الَّذِي يُشْرَعُ فِيهِ الْخِتَانُ قَالَ الْمَاوَرْدِيُّ لَهُ وَقْتَانِ وَقْتُ وُجُوبٍ وَوَقْتُ اسْتِحْبَابٍ فَوَقْتُ الْوُجُوبِ الْبُلُوغُ وَوَقْتُ الِاسْتِحْبَابِ قَبْلَهُ

“Diperselisihkan waktu disyariatkannya khitan. Al-Mawardi berkata, “Khitan itu mempunyai dua waktu, Waktu wajib dan waktu mustahab (sunnah). Waktu wajib adalah ketika usia baligh, sedangkan waktu mustahab adalah sebelum baligh” (al-Fath jld 10)

syarah: Oleh kerana hari ni hospital sudah ada kepakaran melakukan pada saat lahir, maka lebih dilakukan segera pada ketika lahir (Fatwa saudi, syaikh Abdullah al-Jibreen)

 


Soalan 7

Hukum wanita bermusafir bagi tujuan menuntut ilmu haruskan? Boleh tak dia jamak solat, jika dia bermusafir tanpa suami ?

Jawapan 7 Thtl

a) wanita musafir tanpa mahram. jawabnya boleh, kata Dr Qardhawi, syarat utama ialah aman dan ada pihak berwajib yg memantau.

cth: pelajar Malaysia di Cairo, Jordan, USA dan UK, mereka dikawal selia oleh Jabatan penuntut Malaysia di kedutaan Malaysia.

Jika dlm negeri, sudah tentu boleh, jika mereka menggunakan pengangkutan awam spt kapal terbang atau keretapi/bas; atau memandu secara berjamaah

b) hukum solat jamak solat ketika musafir. Itu hukum yg sudah baku. Jika musafir, boleh menjamak dan mengqasar salat. dalil

وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا

“Artinya : Dan apabila kamu bepergian di muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu mengqashar salatmu, jika kamu takut di serang orang-orang kafir”[AQ: An-Nisaa’/4: 101]

 


Soalan 8

Apa hukum muslim menghina atau mencerca muslim yang lain akibat kemiskinan atau dosa yang dia telah lakukan walaupun dia telah bertaubat? Boleh bagi dalil tak syeikh?

Jawapan 8 Thtl

Dalil jgn hina orang. Ini ayat AQ

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik.” (AQ. Al Hujurat: 11)

 


Soalan 9

Apa yang dimaksud kan dengan hadith ” Dunia ini terlaknat dan segala isinya terlaknat , melainkan,orang yang berzikir, orang yang melakukan ketaatan padaNya, orang yang alim dan penuntut ilmu syarie” ( Hr Tirmidzi , Hr Ibnu Majah)

Jawapan 9

Terlaknatnya dunia

وجاء في سنن الترمذي. أبواب الزهد عن رسول الله صلى الله عليه وسلم.No 2424
– حدثنا محمد بن حاتم المؤدب أخبرنا علي بن ثابت أخبرنا عبد الرحمن بن ثابت بن ثوبان قال سمعت عطاء بن قرة قال سمعت عبد الله بن ضمرة قال سمعت أبا هريرة يقول:– سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن الدنيا ملعونةٌ ملعونٌ ما فيها إلا ذكر الله وما والاه وعالمٌ أو متعلمٌ) . هذا حديثٌ حسنٌ غريبٌ

Imam Abu Isa kata, ia hadith hasan ghareeb, maksudnya hadith dha’if.

 


Soalan 10

a)Benarkah perempuan pelacur zaman Nabi dulu berniqab dan berhias ?
b)Pakaian wanita sememangnya kena warna hitam dari atas sampai ke bawah ke?

Jawapan 10 Thtl

Pakaian pelacur dan warna pakaian wanita.

a) pakaian pelacur zaman Nabi. koreksi, pelacur zaman Nabi tak ada. Pelacur sifar di Madinah. yang betul ialah zaman jahiliyah, dalilnya:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى

”Hendaklah kalian (para wanita) tetap di rumah kalian dan janganlah kalian bertabarruj dan seperti tabarruj orang-orang Jahiliyah yang dahulu…” (AQ Al-Ahzab: 33)

Zaman sblm Islam, bukan sahaja pelacur, bahkan semua wanita berhias dan membuka aurat mereka.

b) Kaler hitam utk wanita. Tidak ada larangan dan suruhan mengenai warna pakaian, cuma wanita Islam tertakluk dgn larangan tabarruj. Manakala hitam menjadi tradisi zaman dulu, dalilnya:

عن أم سلمة قالت : لما نزلت يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ خرج نساء الأنصار كأن على رؤوسهن الغربان من الأكسية

Dari Ummu Salamah ra ia berkata : “Ketika turun ayat “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka” (QS. Al-Ahzaab : 59), maka keluarlah wanita-wanita Anshar (dari rumah mereka) dimana seakan-akan di atas kepala mereka terdapat burung gagak dari pakaian (warna hitam) yang mereka kenakan” [HR. Abu Dawud no. 4101; sahih, albani].

Warna hitam itu cara terbaik utk menghapuskan tabarruj (berhias) dan ia menjadi tradisi di Timur tengah hingga kini, manakala wanita Malaysia dan Indonesia tidak demikian. ia bukanlah yg tercela, kerana ia kembali kpd hukum asal, tak ada larangan dalam warna, ia cuma tradisi salaf.

 


Soalan 11

Larangan cukur dan cabut kening dalam hadis. kalau gunting atau trim kita punya kening, dilarang jugak ke?

Jawapan 11 Thtl

Gunting/trim kening. Harus, kata syaikh Dr Ali al-Qurah Daghi, Fiqh Qadhaya al-Tibbiyah, boleh memperelok kening yg tebal dan serabut supaya kembali normal

 


Soalan 12

Apa aurat kita bila berhadapan dengan budak yang belum akil baligh tapi bukan islam?

Jawapan 12 Thtl

Aurat kpd budak. Dalil:

“atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan”. (an-Nur, ayat 31)

tafsir al-Munir Dr wahbah menyatakan, kanak2 bawah 10 tahun. namun katanya ia relatif dgn zaman dan exposure atau pendedahan kanak2 tsb kpd media. Maka jika dia sudah mengerti ttg aurat dan ada syahwah, maka hendaklah berjaga-jaga.

 


Soalan 13

apa hukumnya jika seseorang mengambil gambar muka jenazah yg sudah dikafankan?

Jawapan 13 Thtl

Fotoshoot mayit. tak ada hukum sebab fotografi adalah hukum yang baru. yakni camera belum ujud di zaman salafus soleh bahkan ia tercipta di abad kita. maka ia dikembalikan kpd hukum asal. harus.

isunya apakah tujuan pengambilan foto tsb? Niat org yg ambil foto tu akan menjadi hukum. apa tujuan dia ambil foto tsb?

 


Soalan 14

Hukum bersedekah kepada tempat atau sekolah yang bukan mesra sunnah?

Jawapan 14 Thtl

sedekah pada tempat/sekolah yg x mesra sunnah. panduan sasaran sedekah:

من ذا الذى يقرض الله قرضا حسنا فيضعفه له أضعافا كثيرة (سورة البقرة: 245)

Tafsirnya:” siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya.” AQ 2: 245

*Maka sasaran sedekah kenalah di tempat yang paling banyak pahala. Maka, jika ada dua sekolah, satu sekolah yang berasaskan sunnah, satu lagi sekolah tareqat, maka sudah tentu kena diutamakan sekolah sunnah. Mudah je sifirnya.

 


 

Soalan 15

Ibu saya akan menjalani operation mata..macam mana kaedah nak solat?

Jawapan 15 Thtl

fiqh solat orang yang menjalani operation mata

“Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu” (atTaghaabun: 16)

maksud ayat, kita lakukan apa yg terdaya dan possible. Jika tidak boleh berdiri, duduk, dan jika tidak boleh duduk sambil berbaring. Wuduk, jika mata berbalut, maka basuh muka yg tidak berbalut sahaja.

 


Soalan 16

Berdosa ke seseorang isteri kalau keluar dengan lelaki lain atas urusan kerja dengan izin suami dan terpaksa blik lewat malam kerana berbincang tentang kerja?

Jawapan 16 Thtl

Isteri kerja namun perlu berkhalwat dgn lelaki ajnabi. Lelaki dayuth ialah lelaki yg tidak merasa cemburu bila isterinya keluar dengan lelaki lain. itulah jawapannya.

 


Soalan 17

Anak saya lately kerap menangis, malam tadi saya terlihat bayangan hitam melintas di dapur rumah saya..tinggi.. ada gangguan ke?

Jawapan 17

bayangan hitam di dalam rumah. Jin ada di mana-mana, termasuk rumah manusia. Jin juga boleh menjelma dalam apa bentuk sekalipun. Cara utk menjauhi setan dari rumah:

Abu Hurairah ra, dari Rasulullah saw, beliau bersabda:

لاَ تَجْعَلُوْا بُيُوْتَكُمْ مَقَابِرَ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيْهِ سُوْرَةُ الْبَقَرَةِ

“Janganlah kalian menjadikan rumah-rumah kalian sebagai kuburan. Sesungguhnya setan akan lari dari rumah yang di dalamnya dibacakan surah Al-Baqarah.” (HR. Muslim no. 1821)

rumah yg laksana kuburan itu yg mengundang setan, yakni tidak banyak aktiviti agama di dalamnya, banyak beri salam, kuliah agama, solat malam, solat sunat, zikir, baca AQ, jgn banyak sangat aktiviti hiburan dgn astro.

 


Soalan18

Apakah hukum orang islam menjual ular/buaya kepada non muslim yg mengusahakan restoren eksotik?

Jawapan 18 Thtl

Menjual haiwan eksotik. Hukum jualbeli buaya atau ular, dalil hadith:

وإن الله عز وجل إذا حرم أكل شيء حرم ثمنهُ. وصححه الأرناؤوط.

“Apabila Allah mengharamkan sesuatu,maka haram juga jual belinya. HR Ahmad, disahihkan oleh al-Arnaout.

Ini bergantung kpd pilihan anda, ini kerana dalam mazhab jumhur termasuk syafi’i, ular dan buaya adalah haram di makan kerana ia haiwan yg berbisa,, bertaring dan binatang buas (beast). manakala dalam mazhab malik, ianya tidak haram bergantung kpd uruf, manfaat dagingnya kpd manusia dan tidak dilarang oleh penguasa.

rumusan: jika anda menetapkan sesuatu itu haram di makan, maka ia haram jualbeli berdasarkan nas hadith di atas. Jika anda anggap ia harus, maka boleh.

 


Soalan 19  ‍‌‌‌‌

Adakah berdosa bagi seorang perempuan memberikan rambutnya untuk dibuat rambut palsu (beri bukan jual).
Masih jatuh tak dosa keatas pemberi/penderma rambut jika ada org memakai rambut palsu yang dibuat dari rambut penderma. Rambut yang kita sudah potong, perlukah ditanam atau boleh dibuang begitu sahaja? ( dulu saya diberitahu kena tanam, samalah dengan kuku yang kita potong).‌

Jawapan 19  Thtl

Derma rambut utk dijadikan wig. 

*Dalam Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah, 26:102, disebutkan, ‘Para ahli fikih ijmak mengenai tidak bolehnya memanfaatkan rambut manusia dengan menjual atau menggunakannya untuk suatu peruntukan tertentu, karena manusia adalah makhluk yang dimuliakan sebagaimana firman Allah,

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ

(Yang artinya), ‘Sungguh Kami telah memuliakan anak keturunan Adam.’ (Qs. Al-Isra:70)

 

Fiqh Wanita 42 (Umum)

0

#ElRose

S&J Fiqh Wanita
—————————-

Soalan 1

Hari 1-7 keluar darah.Selepas itu 8-17 darah berhenti. Selepas itu 18 keluar darah..
Saya nak tanya, 8-17 itu waktu naqa’ kan? Kalau ikut hukum ada 2 pandangan. Ada yang kata boleh solat wktu naqa’ dan ada kata tak boleh. So lebih aula untuk orang umum nak pakai yang mana 1?

Jawapan 1 Thtl

period yang tidak konsisten

*pertama: kena dipastikan kenapa terjadi demikian, apakah disebabkan baru lepas bersalin, cysyt (segugut) atau pil perancang

*kedua: apakah konsisten seperti itu, yakni, dua kali period dalam satu bulan

*ketiga: sifat darah, apakah darah dua fasa itu semuanya darah haid yg dikenali wanita. Jika tak pasti darah apa, kena jumpa dgn doktor perempuan.

Hukum: mazhab syafi’iy, kena dihitung 15 hari, selebihnya adalah istihadhah.

mazhab hanbali saudi, period suci 8-17 hari hari naqa’, hari2 suci, maka kena solat. (mausu’ah fiqhiyah kuwaitiyah, jld 18.

 


Soalan 2

Apakah definisi bid’ah? Ada kekeliruan.

Jawapan 2 Thtl

Bid’ah. hafal definasi paling top, definasi imam al-Syatibi dlm al-I’tishom

عِبَارَةٌ عَنْ طَرِيْقَةٍ فِي الدِّيْنِ مُخْتَرَعَةٍ تُضَاهِي الشَّرْعِيَّةَ يُقْصَدُ بِالسُّلُوْكِ عَلَيْهَا المُبَالَغَةُ فِي التَّعَبُدِ للهِ سُبْحَانَهُ

Bid’ah=Suatu istilah untuk suatu jalan dalam agama yang dibuat-buat (tanpa ada dalil, pen) yang menyerupai syari’at (ajaran Islam), yang dimaksudkan ketika menempuhnya adalah untuk berlebih-lebihan dalam beribadah kepada Allah Ta’ala.

bahasa mudah: Inovasi dalam akidah dan ibadat yang belum pernah ujud kerana anggap agama belum sempurna atau Nabi cuai dalam menyampaikan risalah agama.

cth inovasi dalam akidah: ahli bayt adalah maksum. cth inovasi dalam ibadat: tawaf di kubur wali X.

 


Soalan 3

Apakah hukum bagi seorang isteri yang meminta cerai tanpa ada sebab yang musabah ?

Jawapan 3 Thtl

Tuntut cerai tanpa alasan. Manusia yang pelik, cth lain, mohon resign dari kerja tanpa sebab. Oleh perkahwinan adalah ikatan yg kuat dan besar, melibatkan kos yang tinggi, maka mana-mana wanita yg bermudah dalam membubarkannya adalah mendapat ancaman, dalil: Dari Tsauban, bahawa Rasulullah saw bersabda,

أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا طَلاَقًا فِى غَيْرِ مَا بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ (وصححه شيخنا الإمام الالباني في ” إرواء الغليل)

“Wanita mana pun yang meminta talak (cerai) tanpa ada alasan yang jelas, maka haram baginya mencium bau surga.” (HR. Abu Daud no. 2226, Tirmidzi no. 1187 dan Ibnu Majah no. 2055.

Imam Abu Isa At Tirmidzi mengatakan bahwa hadits ini hasan. indikasi dhaif, tapi albani kata sahih.

 


Soalan 4

Bagaimana pula dengan suami yang mendatangi isteri ketika haid dan memaksa isteri menurut kemahuannya ?

Jawapan 4 Thtl

Suami mendatangi isteri semasa haid. Seks semasa haid adalah perbuatan yg haram menurut AQ, sunnah dan ijmak, dalilnya jelas, AQ2:222

Jika terlanjur juga, maka suami hendaklah melakukan kaffarah 1 dinar. (* 1 dinar=4.25 g emas tulin ikut harga semasa; 4.25 g X RM170=RM700)

Isteri boleh melakukan banyak kreativiti utk menyalurkan seksual suami ketika haid, asalkan bukan jimak sahaja.

 


Soalan 5

Berkenaan haid saya..saya memakai implan sudah 1tahun lebih.tahun depan bulan 8 baru buka. Bulan 10 saya datang haid 22hb okt, memang akan datang 14 hari kemudian datang balik 10hb nov sampai sekarang. Adakah selepas 5hari tu dikira haid atau istihadah. Gap masa antara 5hb nov sehingga 9hb nov dalam 5 hari saja.

Jawapan 5 Thtl

Haid tidak teratur kerana Implan. ada dua cara:

cara syafi’iy: hitung 15 hari, selebihnya adalah istihadhah

cara hanbali: gap itu adalah suci dan kena mandi dan ibadat spt biasa, jika darah yg keluar kali kedua ada ciri darah haid

(mausu’ah fiqhiyah al-kuwaitiah, jld 18) WA

 


Soalan 6

Adakah surah khusus yang perlu dibaca selepas selesai solat fardhu ?

Jawapan 6 Thtl

Surah khusus slps solat ada, tiga Qul (ikhlas, falaq dan annas) dan ayat kursiy. ref: Hisnul Muslim, lihat bab zikir selepas solat.

 


Soalan 7

Saya gugur hari tu dan ni hari ke 14. Darah stop 4 hari lepas tapi hari ini dia keluar balik. Nak kira macamana ? Istihadah ke darah gugur lagi?

Jawapan 7 Thtl

Gugur dan status darah.

Fatwa saudi arabia: Jika janin belum berbentuk manusia, darah itu dihukumkan darah istihadah, kena solat spt biasa. jika janin sudah menjadi prototype manusia, maka dihukumkan darah nifas. Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah (21/437)

 


Soalan 8

Kewajipan mengatakan lelaki wajib melakukan solat berjemaah di masjid, adakah pada semua solat fardhu?, rukhsah bagaimana pula seorang lelaki boleh solat berjemaah di rumah bersama keluarga, dari sudut jarak rumah ke masjid, jarak bagaimana yang ditetapkan ia rukhsah untuk lelaki ke masjid?

Jawapan 8 Thtl

Jarak mesjid dengan rumah. Pahala solat berjamaah 27X, maksudnya sunat muakkad, jarak tidak ada masalah sekarang, ada moto dan kereta.

 


Soalan 9

Bagaimana jika seorang suami tidak memberi nafkah batin kepada isteri sedangkan isteri bersedia untuk bila2 masa & adakah berdosa jika si isteri melakukan onani tanpa pengetahuan suami?

Jawapan 9 Thtl

1) hukum suami tidak mengadakan hubungan seksual dgn isterinya. Ibnu Hajar al-Asqalany dalam Fathul Bari (Maktabah Salafiyah, Jld IX: 299) :

واختلف العلماء فيمن كف عن جماع زوجته فقال مالك إن كان بغير ضرورة ألزم به أو يفرق بينهما ونحوه عن أحمد والمشهور عند الشافعية أنه لا يجب عليه وقيل يجب مرة وعن بعض السلف في كل أربع ليلة وعن بعضهم في كل طهر مرة

“Ulama berkhilaf tentang suami yang menahan diri dari menyetubuhi isterinya, Imam Malik mengatakan wajib jika tidak dalam keadaan mudharat atau diceraikan saja keduanya. Ini juga pendapat Imam Ahmad. Pendapat yang masyhur dari Syafi’iyah tidak wajib, tetapi ada qaul yang mengatakan wajib. Pendapat sebagian ulama salaf, pada setiap empat malam wajib minimal sekali. Sebagian salaf lain, wajib minimal sekali pada setiap kali suci.”
Pendapat yg kuat, wajib, dan berdosa, boleh mengadu kpd hakim.

2) isteri melakukan onani. Hukum Onani menurut Prof Qardhawi ada dua: 

satu: haram, dalilnya AQ 23:5-7

dua: harus menurut Ibn Abbas, Imam Ahmad, dan Ibn Hazm, dan satu pendapat Hanafi berdasarkan Kaedah: Kemudharatan itu membolehkan perkara yang dilarang (الضرورة تبيح المحظورات).,manakala Ibn hazm berkata, tiada nas yg melarangnya.

 


Soalan 10

Saya ada tgk viral dkt fb pasal suami bergurau dgn rakan nya yang dia ceraikan isterinya dgn talak 3. Dan dia balik rumah dia cerita pada isterinya tentang gurauan nya . Benarkah talak tu sah sheikh ?

Jawapan 10 Thtl

Jatuh talak dgn gurauan. dalilnya:

ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ

“Tiga perkara yang serius dan bercandanya sama-sama dianggap serius: (1) nikah, (2) talak, dan (3) rujuk” HR Abu Daud, hasan

 


Soalan 11

Sering kita dengar anak yang lahir luar nikah akan d bin kan kepada abdullah. Adakah perkara tersebut wajib atau sekadar peraturan kita dalam malaysia?

Jawapan 11 Thtl

Kes membinkan anak luar nikah kpd Abdullah. Itu peraturan nasab di Malaysia sahaja. hukum asal, ialah dinasabkan kpd ibu. Cth: Jesus son of Mary atau Isa bin Maryam.

 


Soalan 12

Apa hukumnya jika kita meraikan perayaan agama lain seperti memakai pakaian mereka (punjabi/cheongsam)?

Jawapan 12 Thtl

Meraikan perayaan agama lain. Meraikan itu yang tidak boleh, sebab meraikan roh surah al-Kaafirun, “bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami”, bagi kamu perayaan kamu, bagi kami perayaan kami, dan mafhum hadith setiap kaum ada Eid mereka masing-masing.

Isu wish atau ucap selamat pun dah khilaf yg besar di kalangan ulamak, maka apatah lagi hukum merayakan perayaan orang lain

 


Soalan 13

Kawan saya ditawarkan kerja customer service Aeon Credit. Orang tu ckp kalau customer yang dia call bayar so dia akan dapat komisyen , sebulan boleh lebih rm500 . Haram tak tak duit itu ? Sebab tak silap aeon punya interest tinggi kan ?

Jawapan 13 Thtl

kerja di Aeon Credit. Ia sama dengan kerja di bank konvensional. kalau tak ada kerja atau menganggur, boleh kerja sehingga dapat kerja yg benar2 halal. bank negara masih riba, KWSP masih riba, maka hukum pekerja Islam yg kerja BNM dan KWSP sama juga statusnya.

 


Soalan 14

a)Benarkah pendapat yang mengatakan seorang wanita yang bermusafir tanpa ditemani mahram, maka musafir itu dikira musafir haram.
b)Oleh sebab perjalanan itu dikatakan musafir haram, maka wanita tersebut jugak tidak boleh melakukan solat jamak, atas sebab perjalanan itu adalah musafir haram. Betulkah?

Jawapan 14 Thtl

a) bermusafir tanpa mahram. Kata Dr Qardhawi dalam kayfa nata’amalu ma’a sunnah (Cara nas berinteraksi dgn sunnah). Mmg terdapat hadth2 sahih melarang wanita musafir atau travel tanpa mahram. Larangan tsb kerana sebab “security” atau keselamatan.

Jika masalah keselamatan dapat diatasi, maka hilanglah larangan tsb. Cthya dia travel menggunakan pesawat air asia, mas, firefly. Ia cuma naik dari point A ke B dgn pesawat. ianya 100% selamat dan belum ada org perempuan yg dicolek semasa terbang atau naik keretapi letrik dari KL central ke Ipoh. Maka tidak mutlak hukumnya haram.

Yang kata haram ialah fatwa2 saudi arabia kerana keadaan keselamatan di saudi yg tidak selamat. siapa yg pernah ke arab saudi, mmg akan tahu akan tahap keselamatan di jalanan di sana.

b) status solat safar jika perjalanan tsb haram. Katakan anda menggunapakai fatwa arab saudi, hukum wanita bermusafir adalah haram secara mutlak, maka apakah hukum solat musafir?

Jawabnya: solat musafir disyariatkan utk org musafir, jika musafir itu haram, maka haramlah mengambil buahnya. itu kaedahnya. Ini ketetapan jumhur fuqaha’ termasuk mazhab syafi’iy, jika sudah diketahui perjalanan itu maksiat, maka tidak boleh menjamak solat.

 


Soalan 15

Benarkah haram hukumnya melakukan solat sunat selagi tidak habis qadha solat yang sengaja ditinggalkan? Jika seseorang itu sudah bertaubat tetapi hutang solat yg bertahun ditinggalkan masih tidak habis di buat , betulkah?

Jawapan 15 Thtl

Solat sunat haram dilakukan. Solat sunat tak ada haram, sapa kata haram kena bawa dalil.

*sesiapa yg tak solat semasa muda dan kemudian insaf ada dua pendapat:

4 mazhab kata kena qadha + taubat.

*Imam muhaqiqin, Ibn Hazm zahiri dan Imam Ibn Taymiyah kata tak boleh qadha sebab solat tak ada qadha jika tinggalkan dgn sengaja, kena taubat + solat sunat + sedekah

*Jika anda pegang 4 mazhab, maka qadha setiap selepas solat fardhu dan teruskan solat sunat spt biasa.

 


Soalan 16

Sekarang viral isu pelembut pakaian downy mengandungi lemak haiwan selain babi yg telah melalui proses istihalah. Adakah perlu di buang jika dah beli produk2 seumpama ini?

Jawapan 16 Thtl

Isu Downy. pertama kena ada khabar yg sahih, jgn bertindak atas heresay atau khabar angin, balik kpd AQ 49:06

kedua: jika ada lemak babi, ia telah melalui proses Istihalah, yakni dzat telah berubah kerana banyaknya ingredients (bahan2 lain) dan proses kimianya panjang

ketiga: ia bukan bahan utama, atau main ingredients.

 

Fiqh Wanita 41 (Umum)

0

S&J Fiqh Wanita
———————-

 

Soalan 1

Berkahwin sunnah kan , kalau berkahwin lebih dari seorang hukumnya harus kah?

Jawapan 1

Kawin – sunnah, poligami – harus.

Dalil kawin itu sunnah:

عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يقول: « فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِى فَلَيْسَ مِنِّى ».

Artinya: “Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barang siapa yang membenci sunnahku maka bukan dariku.”

Dalil poligami cuma harus:

{فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا}

“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya” (AQ an-Nisaa’:3).

 


download

Soalan 2

Bagaimana pula dengan cuka nyoir semasa proses menjadi cuka melalui proses “gila”( kata orang pantai timor). Juga balsamic vinegar  atau red wine vinegar?

Jawapan 2 Thtl

Kena tunggu proses perubahan dari arak kpd cuka selesai.

Dalil: Imam An-Nawawi rh:

وَأَجْمَعُوَا أَنَّهَا إِذَا انْقَلَبَتْ بِنَفْسِهَا خَلا طَهُرَتْ ….

“Dan para ulama telah Ijmak bahwasannya jika khamr telah berubah dengan sendirinya menjadi cuka, ia menjadi suci….” [Syarh Sahih Muslim, 13/125].

 


Soalan 3

Maksudnya red wine vinegar tu halal ke mcm mana?  Bila dah jadi cuka memang boleh makan?

Jawapan 3 Thtl

Halal. Ia dinamakan proses perubahan zat atau istihalah. Namun jika ada cuka yg lain, lebih diutamakan utk keluar dr khilaf. Cuka ini ada tiga jenis:

  1. organic, cuka nipah, cuka apple cider, cuka korma.
  2. cuka tiruan, asetic acid
  3. cuka dari winery

 


Soalan 4

Perlukah seorg wanita wajib mengqadarkan solat yg ditinggalkan semasa dlm haid?

Jawapan 4 Thtl

Qadha solat yg luput semasa haid, tak perlu, sebab ini sudah maklum. Dalilnya: Hadis dari Aisyah ra; beliau mengatakan,

“Ketika haid, kami diperintahkan untuk mengqadha’ puasa dan tidak diperintahkan untuk mengqadha’ salat.”

(H.R. Bukhari)

 


Soalan 5

Kalau ada orang hutang dengan along dan dia menggunakan duit itu untuk beli pakaian solat boleh kah? Dia sudah bayar habis hutang tapi was was nak guna telekung. Saya bagitau dia telekung boleh guna cuma lain kali jangan ambil kat along, dosa menggalakkan riba.Betul kah jawapan saya.?

Jawapan 5 Thtl

Hutang along utk membeli pakaian solat

pertama: hutang dgn along/chetty adalah dosa besar, kabair. Dalilnya:

« اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوبِقَاتِ » . قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ ، وَمَا هُنَّ قَالَ « الشِّرْكُ بِاللَّهِ ، وَالسِّحْرُ ، وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِى حَرَّمَ اللَّهُ إِلاَّ بِالْحَقِّ ، وَأَكْلُ الرِّبَا ، وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيمِ ، وَالتَّوَلِّى يَوْمَ الزَّحْفِ ، وَقَذْفُ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ الْغَافِلاَتِ »

“Jauhilah tujuh dosa besar yang akan menjerumuskan pelakunya dalam neraka.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apa saja dosa-dosa tersebut?” Beliau mengatakan, “ Menyekutukan Allah, Sihir,  Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang dibenarkan, Memakan harta anak yatim,  memakan riba,  melarikan diri dari medan peperangan,  menuduh wanita yang menjaga kehormatannya lagi (bahwa ia dituduh berzina).” (HR. Bukhari no. 2766 dan Muslim no. 89)

Kedua, menggunakan duit haram utk ibadat, juga tertolak, dalil:

(إِنَّ اللهَ تَعَالَى طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبَاً

“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu bersih, tidak menerima kecuali yang bersih (matn no 10, arbaeen anNawawiah).

 


Soalan 6

Adakah hadith kelebihan mati hari jumaat dhoif?

Jawapan 6 Thtl

Mati hari Jumaat. Nas hadits:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : « مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلَّا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ »

Artinya: “Dari Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu anhuma, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidaklah seorang muslim meninggal dunia pada hari Jumat atau pada malam Jumat melainkan Allah akan melindunginya dari fitnah (pertanyaan) kubur.” (HR. At-Tirmidzi, Ahmad, Humaid, Abu Ya’la, dan Al-Baihaqi).

Dhaif di sisi atTermidzi, Syaikh syuaib ketika menta’liq musnad. Hasan di sisi albani dalam ahkam alJanaiz.

verdict: dhaif kerana penilaian atTermidzi lebih aula.

 


Soalan 7

Betulkah ada riwayat yang mengatakan aisyah berhutang dengan asma?

Jawapan 7 Thtl

Asma’ bt abu bakar kan adik dia. Asma’ dan Aisyah ni adik beradik, anak2 asma’ membesar bersama Aisyah. Aisyah ni satu bani dgn Muawiyah, maka Muawiyah pastikan Aisyah terus mendapat budget negara utk menyara hidupnya, bahkan Muawiyah memberi aisyah banyak harta rampasan perang.

*Yalah, tak akan ada isu adik beradik.

 


Soalan 8

Nabi cakap wanita yang baik antaranya yang dapat melahirkan keturunan .macamana pula bagi yang sakit kronik yang sudah disahkan doktor tidak boleh mengandung?

Jawapan 8 Thtl

Wanita yg baik. Nas hadits.

تزوجوا الودود الولود فاني مكاثر بكم الأمم

“Nikahilah wanita yang penyayang dan subur! Karena aku berbangga dengan banyaknya ummatku.”
(HR. An Nasa’I, Abu Dawud. status hasan , Al Albani dalam tahqiq al Misykah)

Ini adalah ideal, wanita juga kena memilih lelaki yang subur,  tegap dan mampu menghasilkan zuriat. Namun wanita yg baik ni banyak aspek. Jika ditakdirkan dia mandul, maka status kesolehan dia tidak akan terjejas.

 


Soalan 9

Saya  kerja di australia..kerja di ladang anggur..sebagai tukang bersih2kan dahan dan tanam pokok anggur..tapi baru tahu anggur tu mat saleh tu nak buat Wine..gaji yang dapat ni apa hukumnya, halal kah?

Jawapan 9 Thtl

kerja ladang anggur. Jika ladang itu adalah 100% utk winery, maka haram kerja situ, dalil:

رواه الترمذي (1295) عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : ( لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لَهَا وَالْمُشْتَرَاةُ لَهُ ).

“Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarnya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.” HR termidzi, hasan

 


Soalan 10

Ada seorang ibu meminta duit sedikit pada anaknya yang bekerja dan masih bujang tapi anaknya hanya memberikan sebagai pinjaman. Perlukah ibu kandungnya membayar balik duit tersebut, padahal ibunya tak bekerja dan tiada suami? Adakah itu dianggap hutang?

Jawapn 10 Thtl

Hutang dgn anak. Tidak sah hutang ibu dgn anak, sebab ibu ada hak nafkah. Dalilnya:

عن عائشة عن النبي صلى الله عليه و سلم أنه قال ” ولد الرجل من كسبه من أطيب كسبه فكلوا من أموالهم “

Dari Aisyah dari Nabi saw, beliau bersabda, “Anak seseorang itu termasuk susah payah orangtuanya bahkan termasuk susah payahnya yang paling bernilai, maka makanlah sebagian harta anak.” (HR. Abu Daud, no.3529 dan dinilai sahih oleh Al-Albani)

 

Hadith 105: Syurga itu mudah ‘didekati’, bermujahadah-lah

0

Bab Mujahadah

105.  Kesebelas: Dari Ibnu Mas’ud r.a. katanya: “Nabi s.a.w. bersabda: “Syurga  itu   lebih  dekat  pada  seseorang  di  antara  engkau sekalian daripada ikat terumpahnya, neraka pun demikian pula.” (Riwayat Bukhari)

Keterangan:

Maksud Hadis di atas itu ialah bahawa untuk mencapai syurga atau neraka itu mudah sekali. Jika seseorang ingin mendapatkan syurga tentulah wajib mempunyai kesengajaan yang benar, melakukan ketaatan dan kebaktian kepada Tuhan, melaksanakan semua perintah dan menjauhi semua laranganNya, tetapi jika ingin memasuki neraka – semoga kita dilindungi Allah dari siksa neraka itu, tentulah dengan jalan mengikuti apa saja yang menjadi kehendak hawa nafsu, menuruti kemahuan syaitan dan melakukan apa saja yang berupa kemaksiatan dan kemungkaran.

«105» الحادي عشر: عن ابن مسعود رضي الله عنه قَالَ: قَالَ النَّبيّ صلى الله عليه وسلم: ((الجَنَّةُ أَقْرَبُ إِلَى أَحَدِكُمْ مِنْ شِرَاكِ نَعْلِهِ، وَالنَّارُ مِثلُ ذلِكَ)). رواه البخاري.
في هذا الحديث: الترغيب في قليل الخير وإن قلَّ، والترهيب عن قليل الشر وإن قل. وأنَّ الطاعة مقَّربة إلى الجنة، والمعصية مقرَّبة إلى النار، قال الله تعالى: {فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ * وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ} [الزلزلة: 7، 8]
في هذا الحديث: إن العبد ليتكلم بالكلمة من رضوان الله يرفعه الله بها درجات، وأن العبد ليتكلم بالكلمة من سخط الله يهوي بها في النار أبعد مما بين المشرق والمغرب.

Popular

Iklan

Iklan