Utama Bilik (78) Bulughul Maram & Fathul Bari Bulughul Maram : Hadis 69 – 71

Bulughul Maram : Hadis 69 – 71

438
0
Iklan

بسم الله الرحمن الرحيم. الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم. اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما. رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي . أما بعد،

 

Hadis ke 69

 

عَنْ عُمَرَ -مَوْقُوفًا- وعَنْ أَنَسٍ -مَرْفُوعًا- ( إِذَا تَوَضَّأَ أَحَدُكُمْ وَلَبِسَ خُفَّيْهِ فَلْيَمْسَحْ عَلَيْهِمَا وَلْيُصَلِّ فِيهِمَا وَلَا يَخْلَعْهُمَا إِنْ شَاءَ إِلَّا مِنْ جَنَابَةٍ ) أَخْرَجَهُ اَلدَّارَقُطْنِيُّ وَالْحَاكِمُ وَصَحَّحَه

Dari Umar رضي الله عنه secara mauquf dan dari Anas رضي الله عنه secara marfu’: Apabila seseorang di antara kamu berwudhu lalu dia memakai dua khuff maka hendak la dia mengusap bagian atas keduanya dan solat lah dengan memakainya tanpa mencabutnya jika dia inginkan kecuali kerana janabah. Diriwayatkan oleh ad-Daruquthni dan al Hakim serta beliau mensohihkannya.

Penerangan darjat hadis:

Hadis ini sohih seperti dinyatakan oleh al Hakim. Cuma hadis ini di anggap Syazz oleh sebagian ulama kerana ia bertentangan dengan hadis yang lebih sohih dalam perkara menetapkan had masa bagi pemakaian khuff. Iaitu sehari semalam bagi orang bermukim dan 3 hari 3 malam bagi orang bermusafir.

Hadis Syazz termasuk kategori hadis dhaif,walaupun sanadnya kuat namun kerana ia bertentangan dengan hadis yang lebih tsiqah (dipercayai) darinya maka ia hadis Syazz.

Faedah penting,

Pun begitu masalah hadis ini, namun ia tetap boleh diamalkan dengan cara dikumpulkan dua dalil itu menjadi satu hukum. Jadi, hadis di atas adalah bentuk hukum mutlak atau hukum umum semata. Manakala hadis yang sohih menyebut had batasan masa pemakaian khuff pula sebagai hadis hukum taqyid (penetapan batas atau pengecualian). Hadis taqyid boleh membataskan pengecualian terhadap hadis mutlak. Dengan ini sebagian ulama tidak hukumkan hadis ini kepada Syazz jika masih ada ruang untuk dikumpulkan hukum antara dua dalil seperti contoh hukum di atas.

Habis di sini ulasan darjat hadis..

Penerangan

1- hadis ini sebagai dalil bahawa pemakaian khuff disyaratkan bersuci dengan berwudhu secara sempurna terlebih dahulu. Ini sesuai dengan makna hadis ini dan mafhum dari hadis almughirah sebelum ini iaitu mafhumnya; Nabi صلى الله عليه وسلم melarang sahabat membuka khuffnya lalu Nabi memberi alasan kerana telah bersuci sebelum memakainya.

2- hukum dari hadis ini ialah penyapuan khuff adalah sunnat bukan wajib. Ini kerana sabdaan Nabi صلى الله عليه وسلم menyebut ان شاء (jika dia inginkan). Perkataan sebegini sebagai bukti adanya pilihan maka tidak wajib hanya sunnat sahaja.

3- di sini juga dalil bahawa penyapuan khuff tidak sah sekiranya kerana janabah iaitu hadas besar. Hanya boleh penyapuan khuff bagi mengangkat hadas kecil sahaja.

4- hadis ini secara mutlak tidak menetapkan batas waktu syarat sah pemakaian khuff. Pun begitu seperti dinyatakan sebelum ini hadis mutlak boleh taqyid dengan hadis muqayyad. Maka pemakaian khuff ada batas sehari semalam bagi orang bermukim dan bagi orang bermusafir pula 3 hari 3 malam seperti maksud hadis sebelum ini dan selepas ini.

Habis di sini penerangan hadis..

Sekarang sebelum di buka soalan saya nak tanya soalan..sila bagi jawapan antum di sini. Soalan 1: Apakah makna marfu’ dalam matan hadis di atas? Soalan 2 : Apakah makna mauquf?

Pelajar : Mauquf sanad yang bersambung ke sahabat.

Betul..maksudnya pula?

Pelajar : Maksudnya hadis itu diucapkan oleh para Sahabat

Alhamdulillah.. Betul begitu barakaAllahu fik. Marfu’?

Pelajar : Marfu bersambung kepada Nabi SAW. Diucapkan oleh Nabi SAW

الحمد لله اللهم زذه علما . Benar

Habis di sini soalan.
Boleh tanya sebentar seputar hukum hadis di atas.

 


 

Salam ustaz. Bagi kes kemalangan yg memerlukn si mangsa di simen pd anggota wuduk, ada kh bolh di kiaskn pd pemakaian khuff?

Jika tangan dan mukanya ada ruang utk ditayammumkan maka boleh tayammum saja. Jika itu pun takleh maka teruskan solat begitu saja.

فاتقوا الله ما استطعتم

Bertakwa lah pada Allah sedaya mampu kamu.

 

Assalam ust. ولبس . Bukankah huruf wau itu wau hal?

Wsalam wau atof

 

Assalammualaikum, dalam menyapu khuf adakah harus dilakukan secara serentak atau mendahulukan kaki kanan?

Waalaikumussalam.. Dahulukan kanan..

 

assalamualaikum us. Yang sunnah biasanya pemakaian khauf ini waktu bila?

Waalaikumussalam.. Khuff ikut uruf semasa.. Tidak ada syarat khusus.. Biasanya ketika sejuk atau kaki uzur.

 


 

Hadis 70

 

وَعَنْ أَبِي بَكْرَةَ رضي الله عنه عَنْ اَلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ( أَنَّهُ رَخَّصَ لِلْمُسَافِرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ وَلَيَالِيَهُنَّ وَلِلْمُقِيمِ يَوْمًا وَلَيْلَةً إِذَا تَطَهَّرَ فَلَبِسَ خُفَّيْهِ: أَنْ يَمْسَحَ عَلَيْهِمَا ) أَخْرَجَهُ اَلدَّارَقُطْنِيُّ وَصَحَّحَهُ اِبْنُ خُزَيْمَة

Melalui Abu Bakrah dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam: sesungguhnya beliau memberikan kemudahan (boleh menyapu khuff) bagi orang bermusafir tiga hari tiga malam dan bagi orang bermukim sehari semalam dengan syarat dia telah bersuci lalu memakai kedua khuffnya itu maka cukup hanya dia menyapu bahagian atasnya (khuff). Diriwayatkan oleh Daruquthni dan disohihkan oleh Ibnu Khuzaimah.

Darjat hadis

Hadis ini sohih. Disohihkan oleh asy Syafie, al khitobi, ibn Khuzaimah dan lain2.

Penerangan

1- hadis ini sebagai dalil ada batasan masa bagi pemakaian khuff bagi orang bermusafir 3 hari 3 malam,manakala orang bermukim sehari semalam.

2- hadis ini dalil bahawa penyapuan khuff tidak wajib kerana ia termasuk hukum rukhsoh iaitu kemudahan dan kelonggaran yang diberi oleh Allah Ta’ala buat ummat muslimin.

3- islam itu mudah. diberi kemudahan sekiranya berlaku kesukaran ketika hendak melaksanakannya. Satu anugerah nikmat Allah serta rahmatNya yang amat besar terhadap hamba2 Nya.

4- di sini ada perbezaan antara hukum orang bermusafir dengan orang bermukim. Ini sesuai dalam keadaan musafir biasanya kepayahan.. Dalam kepayahan itu Allah permudahkan dengan memberi rukhsoh ini dan antara lain boleh dipendekkan solat dan sebagainya.

Habis di sini..

 

Hadis ke 71

 

عَنْ أُبَيِّ بْنِ عِمَارَةَ رضي الله عنه أَنَّهُ قَالَ: ( يَا رَسُولَ اَللَّهِ أَمْسَحُ عَلَى اَلْخُفَّيْنِ؟ قَالَ: نَعَمْ قَالَ: يَوْمًا؟ قَالَ: نَعَمْ قَالَ: وَيَوْمَيْنِ؟ قَالَ: نَعَمْ قَالَ: وَثَلَاثَةً؟ قَالَ: نَعَمْ وَمَا شِئْتَ أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُدَ وَقَالَ: لَيْسَ بِالْقَوِيِّ )

Dari Ubay Ibnu Imarah Radliyallaahu ‘anhu bahwa dia bertanya: Ya Rasulullah bolehkah aku menyapu kedua khuffku? Rasulullah menjawab: ya boleh. Lalu dia bertanya: sehari? Rasulullah menjawab: ya. Lalu dia bertanya: dua hari? Rasulullah menjawab: ya. Dia bertanya lagi: tiga hari? Rasulullah menjawab: ya boleh sekiranya kamu inginkan. Dikeluarkan oleh Abu Dawud dengan menyatakan bahwa hadis ini tidak kuat.

Darjat hadis

Hadis ini dhaif. Didhaifkan oleh Al Bukhari dan lain2.

Penerangan

1- hadis ini secara jelas dinyatakan oleh hafiz ibn hajar sebagai dhaif seperti nukilan perkataan Abu Daud mengatakan hadis ini sanadnya tidak kuat iaitu maksudnya hadis ini dhaif sanadnya. Dan begitu juga masalah matan hadis ini secara jelas bertentangan dengan hadis sohih sebelum ini kerana hadis ini menyebut tanpa batasan masa pemakaian khuff.

2- bagi mengamal hukum hadis ini tidak dapat tidak, mesti ditakwilkan kerana hukum asal kena amal hadis yang sohih menyebut ada batasan bagi musafir dan mukim. Namun jika hadis di atas sohih sekalipun perlu ditakwil samada ditetapkan pengecualian batas masa seperti maksud hadis ketika musafir-mukim atau boleh diamalkannya jika berlaku uzur melampau ketika musafir atau darurat dan sebagainya. Walau bagaimana pun hadis di atas adalah dhaif. Maka tidak ditetapkan hukum dengannya.

WaAllahu a’lam

Habis di sini… Jika ada soalan boleh tanya segera.

 


 

apakah hikmah khuff disapukan di atas bukan di bawah

Mungkin kerana bila sapu di bawahnya biasanya dapat jadi suci hanya dengan bergesel ke tanah..kalau di atas tak kena sebarang sapuan.. WaAllahu a’lam selebihnya tak tahu..

 

adakah menyapu stokin yang nipis menyamai menyapu khuff

Jika nipis nampak bayang kulit maka tak sah..kena cari stokin tebal sikit.

 

apakah contoh uzur melampau ketika musafir?

Mungkin bila org itu kemalangan lalu tak leh nak buka khuffnya atau seumpamanya…tapi hukum di atas jika hadis itu sohih.yg jelas ya dhaif maka jika uzur darurat begitu solat begitu je.kalau mampu tayammum maka tayammum jika takleh solat je bila masuk waktu atau boleh jamak.

 


 

Cukup di sini saja kelas malam ini..

وآخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين. السلام عليكم ورحمة الله

Komen dan Soalan