Utama Blog Halaman 215

Nota Fiqh Wanita 83

0

S&J FIQH WANITA

 

Soalan 1

Apakah hukum bersedekah kepada orang yang bukan islam? Ada pendapat yang menyatakan tidak boleh bersedekah dengan orang bukan islam, adakah benar?

Jawapan

Sedekah kepada non Muslim
Hukumnya boleh.
“Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang tidak beriman) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturanNya). Dan apa jua harta yang baik yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang baik, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan”.

Dengan turunnya ayat ini bererti pemberian sedekah kepada sesiapa sahaja, sama ada muslim atau bukan muslim , orang soleh atau tidak, tetap mendapat pahala dari sisi Allah selagi tujuannya mencari keredaan Allah. (lihat: Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, 2/476).
Fatwa syaikh Uthaimin:
Boleh, dan dia menggunakan ayat 8 surah al-Mumtahinah:
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan Berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu..”

 

Soalan 2

Betul ke tidak ada istilah muslimat bersahabat dengan muslimin?

Jawapan

Ada..AQ 9:71

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan salat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Mereka bersahabat dalam kerja amar makruf nahy mungkar

 

Soalan 3

Syeikh…jika sanggup menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat…adakah kita meruntuhkan rumahtangga orang?

Jawapan

Tidak runtuh kalau lelaki tsb:
1. Pemimpin yg kuat dan disegani isterinya
2. Kekuatan ekonomi, isteri pertama tidak perlu hilang nafkah yg dinikmati sedia ada
3. Ada sebab yang kuat, cthnya kekuatan seksual suami yg luar biasa, isteri pertama mandul dan sebagainya.
4. Kekuatan mematuhi jadual giliran dan adil

 

Soalan 4

Adakah suami berdosa kalau mengongkong hidup si isteri. Maksud saya hak saya sebagai suami menyekat kebebasan isteri keluar. Adakah  suami berdosa jika si isteri meminta menuntut cerai namun tidak di endahkan oleh si suami?
Apakah hukum si isteri melarang suami melawat anak sedang kan pertalian masih suami isteri?

Jawapan

Suami yang tidak bertanggungjawab
Wanita kena tahu hak isteri juga ada untuk membubarkan perkahwinan dengan proses mahkamah, cuma prosesnya lambat, sampai 10 tahun jika suami jenis bahloel. Manakala hak penjagaan anak2 (hadanah) akan diputuskan oleh mahkamah kelak.

 

Soalan 5

Apakah doa yang terbaik oleh seorang anak untuk ibubapa yang dah meninggal?

Jawapan

Dalam Al quran ada,
1)
رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا ﴿٢٤﴾
“Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil.”
(Q.S al-Isra` 17:24)

2) AQ Nuh 71:28
Doa yg ini ,doa ni utk kaum muslimin dan muslimat juga, doa ni bagus sekali untuk diamalkan.

رَّبِّ ٱغْفِرْ لِى وَلِوَٰلِدَىَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِىَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَٰتِ وَلَا تَزِدِ ٱلظَّلِمِينَ إِلَّا تَبَارًۢا ﴿٢٨﴾

“Ya Tuhanku, ampunilah aku, ibu bapakku, dan siapa pun yang memasuki rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kehancuran.” “
(Q.S.71:28)

 

Soalan 6

Sahih tak hadith dibawah ini ?
Jabir bin Abdullah R.Anhuma berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Zikir paling afdhal ialah Laailahaillallah.Manakala doa paling afdhal ialah Alhamdulillah.”
(H.R. At Tirmizi)ْ

Jawapan

tahqiq/takhrij hadith Jabir
أفضلُ الذِّكرِ لا إلهَ إلَّا اللهُ وأفضَلُ الدُّعاءِ الحمدُ للهِ
الراوي : جابر بن عبدالله | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الترمذي
الصفحة أو الرقم: 3383 | خلاصة حكم المحدث : حسن

albani mengklaskan sbg hasan, sahih Termidzi, no 3383
fiqh hadith: fadilat tahlil dan tahmid
Tahlil adalah zikir paling agung, gitu juga tahmid, namun tidak ada di sana Tahlil arwah atau tahlil utk arwah si mati. Bila mati anak adam, maka putuslah zikirnya.

 

Soalan 7

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mendengar ada orang yang berdoa dalam shalatnya dan dia tidak memuji Allah dan tidak bershalawat kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian beliau bersabda: “Orang ini terburu-buru.” kemudian Beliau bersabda,

إذا صلى أحدكم فليبدأ بتحميد ربه جل وعز والثناء عليه ثم ليصل على النبي صلى الله عليه وسلم ثم يدعو بما شاء

“Apabila kalian berdoa, hendaknya dia memulai dengan memuji dan mengagungkan Allah, kemudian bershalawat kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian berdoalah sesuai kehendaknya.” (H.r. Ahmad, Abu Daud dan dishahihkan al-Albani)

Ibn Mas’ud mengatakan, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila beliau berdoa, beliau mengulangi tiga kali. Dan apabila beliau meminta kepada Allah, beliau mengulangi tiga kali. (H.r. Muslim).

1. Hadith diatas ni sahih tak?
2. kalau sahih ,boleh jelas kan maksud hadith diatas?

Jawapan

tahqiq hadith kaifiat berdoa dl solat
معَ النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ رجلًا يَدْعُو في صلاتِهِ فلمْ يُصَلِّ على النبيِّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ فقال النبِيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ عَجِلَ هذا ثُمَّ دعاهُ فقال لهُ أوْ لغيرِهِ إذا صلَّى أحدُكُمْ فَلْيَبْدَأْ بِتَحْمِيدِ اللهِ والثَّناءِ عليهِ ثُمَّ لَيُصَلِّ على النبيِّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ ثُمَّ لَيَدْعُ بَعْدُ بِما شاءَ
الراوي : فضالة بن عبيد | المحدث : الترمذي | المصدر : سنن الترمذي
الصفحة أو الرقم: 3477 | خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح
sunan Termidzi no 3477, Imam abu Isa berkata, hasan sahih, paling sahih di sisinya.
fiqh hadith, adab berdoa agar dikabulkan ialah dengan tahmid dan shalawat dulu, jgn terus minta.

 

Soalan 8

Mengenai kawan saya sudah 1 tahun lebih berkahwin tetapi suami belum menyentuhnya lagi. Apakah mereka masih sah suami isteri? Dia takut nak pergi pejabat agama.

Jawapan

Kawin setahun, suami tidak menyentuhnya
Hukum kawin adalah sah. tetapi jika suami tidak menyentuhnya selama 4 bulan, maka isteri boleh mengadu kpd mahkamah. kemungkinan perkahwinan tsb adalah atas pilihan keluarga. sebelum proses mahkamah, isteri kena mengadu kpd famili, dan famili akan melantik hakam atau wakil dan berunding antara keluarga.

 

Soalan 9

Adakah benar kita sebagai anak tak boleh kecil hati dengan ibu tapi ibu boleh kecil hati dengan anak? Dan berdosa besar kecilkan hati Ibu kan?

Jawapan

Hubungan dgn ibu
orang cakap: ” anak tak boleh kecil hati dgn Ibu tp Ibu boleh kecil hati dgn anak”
Sahih, dalilnya:
“Dan Rabb-mu telah memerintahkan agar kamu jangan beribadah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada ibu-bapak. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, ‘Ya Rabb-ku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil.’” (AQS Al-Israa’ : 23-24).
“Bersyukurlah kepada-Ku, dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada-Ku tempat kembalimu.” (AQS. Luqman: 14)”.

 

Soalan 10

Apakah berdosa jika seorang isteri berkecil hati dengan suami. Rasa kecil hati pada suami disebabkan suami membentak / menyindir isteri di khalayak ramai ( ipar duai, mertua, adik perempuannya ) tanpa menjaga perasaan si isteri. Hingga satu masa si isteri tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan suami kerana masih berkecil hati dengannya.

Jawapan

Isteri kecil hati dengan suami
Hukumnya boleh, sebab suami tiada sifat terbaik/terpuji maka hilanglah rasa hormat isteri kepadanya, dalil2:
أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا

“Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya di antara mereka, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap istri-istrinya”(HR Termidzi, Ibn Majah, sahih, al-Albani, silsilah sahihah, no 284

عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى. رواه الترمذى

Artinya: “Aisyah ra berkata: “Rasulullah saw berasabda: “Sebaik-baik kamu adalah (suami) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” HRTirmidzi dan disahihkan oleh al-Albani, As Sahihah (no. 285).

عَنِ جابر، رَضِيَ الله عَنْهُمَا، قَالَ : قال رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم: خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Artinya: “Jabir ra bercerita bahwa Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.” Hadits dihasankan oleh al-Albani di dalam Sahihul Jami’ (no. 3289).


Soalan 11

Syeikh mohon pencerahan hadis dalam pic ini👆

Jawapan

Fiqh hadith sekiranya kamu tidak berbuat dosa

والذي نفسي بيدِه ! لو لم تذنبوا لذهب اللهُ بكم ، ولجاء بقومٍ يذنبون ، فيستغفرون اللهَ ، فيغفرُ لهم
الراوي : أبو هريرة | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2749
“Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya, kalau seandainya kalian tidak berdosa maka Allah akan membinasakan kalian dan sungguh Allah akan mendatangkan suatu kaum yang berdosa lalu mereka beristighfar kepada Allah lalu Allah mengampuni mereka” jalur abu hurairah sahih Muslim no 2749

Fiqh hadith:
Fitrah kejadian Adam ialah terjatuhnya anak adam ke kancah dosa. Ulang alik antara dosa dan taubat/istighfar adalah asal kejadian asal manusia. siapa yang cuba menjadi maksum akan binasa.

 

Soalan 12

Saya ada seorang sahabat dia selalu kongsi masalah dengan saya,dia pernah cakap mak dia sanggup menipu semata mata nak tutup kesalahan abang dia buat walhal benda salah sanggup diam kerna takut anak dia marah marah.apa solusinya yang terbaik syeikh?

Jawapan

Emak tipu adik beradik atas kesalahan abang kerana takutkan anak
No comment isu2 masyarakat yg jauh dari agama dan cara dia membesarkan anak2 juga jauh dari agama. emak kena tanggung bila dia salah membesarkan anak2nya. Ini biasa dalam drama TV3 je

 

Soalan 13

Mengenai pakaian sutera bagi lelaki ialah hukumnya haram. Kalau bercampur material lain, boleh ke?
Boleh tak industry batik buat silk shirts untuk di jual kepada pengunjung non muslims sahaja? Adakah ini termasuk subahah?

Jawapan

Seputar hukum sutera/silk
Hukum asal: hukum makruh, kerana masih ada 20 sahabat yg memakai sutera (Fiqh sunnah, syed sabiq)
1.1 fabrik kain yang bercampur benang sutera
Al-Haafidh Ibnu Hajar dalam Al-Fath (10/294) berkata : ”Jumhur ulama berpendapat tentang bolehannya memakai sutera apabila campurannya lebih banyak daripada sutera tersebut. Juga al-qardhawi, halal n haram, syaukani, nail al-awthor
1.2 batik sutera utk tourist.
boleh, jika bercampur benang lain, sutera kuran dari 50%, jika 100% hendaklah utk wanita non-muslim sahaja

 

Soalan 14

Apakah jatuh berdosa bagi seorang isteri yang sesudah berkahwin tapi tak ada perasaan untik menyayangi suaminya walaupun dah dicuba? Tetapi si isteri tetap patuh dan taat kepada suami, cuma tujuan berkahwin cuma sekadar untuk mendapatkan zuriat sahaja.

Jawapan

Isteri yang tidak menyintai suaminya
Dasar kawin adalah:
“Dan di antara ayat-ayat-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu merasa nyaman kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu mawadah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir” [Ar-Rum 21]

“Mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka.” (Al-Baqarah: 187)
Kalau tak cinta, tidak ada masalah, cuma ia bercanggah dgn kehendak AQ dan fitrah manusia.
cth: melancung tapi tidak dapat nikmat pemandangan dan makanan semasa melancung
makan tapi tidak ada rasa nikmat makanan, maka agak pelik, jika kawin, tak dapat nikmat cinta dan kasihsayang.

 

Soalan 15

Seorang suami (mualaf) selama bersama isterinya 15 tahun usia perkahwinan mereka, suami tidak berpengetahuan tentang agama Islam. Adakah ia menjadi dosa kepada isteri kerana tidak membimbing suaminya?

Jawapan

Suami mualaf yang tidak berpeluang belajar
Satu kerugian besar. dapat pahala besar mengislamkan suami, tapi kemudian tidak berusaha mendalamkan dia akan agama. Jika dia ustazah, kena ada kelas bersamanya. Jika isteri tidak ada ilmu juga, kena selalu hadir dalam majlis ilmu atau ambil kursus malam di masjid spt Mesjid negeri shah alam yg ada berpuluh-puluh kelas bersiri dalam pelbagai ilmu. Juga akademi islam UM yg menawarkan sijil2 bahasa arab, alqur’an hadith dan fiqh.

 

Nota Fiqh Wanita 82

0

S&J FIQH WANITA

Soalan 1

Syeikh ,
a) Adakah sahih hadith Sifat sujud Nabi SAW dibawah ni dan boleh bagi matan arabnya sekali?
Dari wail bin Hujr,
“Aku telah melihat Nabi apabila sujud, Baginda meletakkan dua lututnya sebelum dua tangannya dan apabila bangkit dari sujud,Baginda mengangkat dua tangannya sebelum dua lututnya.” (Hr al-Tirmizi)

b) Ada tak hadith dari sanad yang sahih perbuatan Umar al-khattab ra. meletakkan kedua lututnya sebelum tangannya sewaktu turun untuk sujud ,boleh share hadithnya syeikh?

Jawapan

Isu kaifiyat turun utk sujud, lutut dulu atau tangan dulu?
Ia khilaf yg panjang, tak ada nampak jalan penyelesaian.
Kelompok pertama, turun lutut dulu, amalan paling popular di Malaysia, kerana ini pilihan imam syafi’iy.
Hadithnya:

وَلْيَضَعْ رُكْبَتَيْهِ قَبْلَ يَدَيْهِ

“Hendaknya dia letakkan dua lututnya sebelum dua tangannya.” hadith wail bin hujr. HR Abu daud, nasa’iy disahihkan oleh ibn hibban, ibn qayyim.

Kelompok kedua: turun tangan dulu, hadith Abu Hurairah

إِذَا سَجَدَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَبْرُكْ كَمَا يَبْرُكُ الْبَعِيرُ

“Janganlah salah satu kalian turun untuk sujud sebagaimana bentuk turunnya unta ketika hendak menderum.” (HR. Abu Daud no. 840 dan An Nasai no. 1092. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan). Juga pendapat Ibn Umar
rumusan syaikh Torifi, sifat solat nabi, yg paling sahih, kedua caranya betul dan turunlah ikut keselesaan kamu dan berat badan kamu.

 

Soalan 2

Bagaimana dengan baby yang lahir dari ibu bapa yang kristian kemudian meninggal. Adakah sama kedudukannya seperti bayi muslim yang meninggal akan dtempatkan dalam syurga?

Jawapan

Nasib bayi kristian jika dia mati dalam keluarga kristian.
Bahkan semua bayi bukan Islam. Mereka semuanya disyurga kerana masih dalam fitrah. dalilnya:
Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana kanak-kanak kaum musyrikin?” Rasulullah menjawab: “Dan juga kanak-kanak kaum musyrikin (berada dalam taman tersebut bersama Nabi Ibrahim).” [Ringkasan hadis yang panjang, Shahih al-Bukhari, no: 6525/7047]

 

Soalan 3

Situasinya begini.
Dalam satu majlis akad…perlu ada bakal suami.bakal isteri…wali dan saksi…akan tetapi orang yang hadir sebagai bakal isteri tersebut tidak seperti nama dlm ic yg ingin menikah…tp merupakan anak juga kepada wali tersebut. Adakah sah pernikahan itu? Maknanya nama yg disebut sebagai bakal isteri dalam lafaz akad tersebut bukanlah perempuan yg hadir dalam majlis tersebut sebagai bakal isteri, orang tidak perasan kerana perempuan itu pakai niqab.

Jawapan

Bakal isteri bukan orang sebenar
kalau tujuan menipu, maka tak sahlah. dalil:
مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي
Barangsiapa yang menipu maka dia bukan dari golonganku.” (HR. Muslim no. 102)

 

Soalan 4

Jika seseorang pernah menjadi ketua ajaran sesat dan menganggap dirinya tuhan, apabila dia meninggal dunia, kita masih tidak tahu statusnya samada dia sudah bertaubat atau tidak.

a) Sekiranya terbukti dari sumber yang terdekat seperti ahli keluarga ,si mati masih tidak bertaubat ,apa pula hukumnya mendoakan kematiannya? Ada dalil tak syeikh,mohon share.

b) Kalau kita tidak sengaja mengucapkan doa istirja dan ampunan macamana?

Jawapan

a) Status jenazah org fasiq atau murtad
dalil:
أُتِي النبي صلى الله عليه وسلم برجل قتل نفسه بمشاقص فلم يصل عليه
Pernah dihadapkan kepada Nabi saw seorang jenazah korban bunuh diri dengan anak panah, dan beliau tidak bersedia mensalatinya. (HR. Muslim 978).

Imam Malik berkata:
عن مالك وغيره أن الإمام يجتنب الصلاة على مقتول في حد وأن أهل الفضل لا يصلون على الفساق زجرا لهم وعن الزهري لا يصلى على مرجوم ويصلى على المقتول في قصاص
“hendaknya tokoh2 masyarakat tidak mensalati orang yang mati karena dihukum, dan tokoh2 agama tidak mensalati orang fasik, sebagai peringatan bagi msyarakat. Sementara Az-Zuhri berpendapat, tokoh2 masyarakat tidak mensalati orang yang mati namun mensalati orang yang mati sebagai qishas. (Syarh Shahih Muslim, 7/47 – 48)

b) Tidak sengaja mengucapkan doa istirja dan ampunan
ومن امتنع من الصلاة على أحدهم – أي : الغال والقاتل والمدين – زجراً لأمثاله عن مثل فعله كان حسناً ، ولو امتنع في الظاهر ودعا له في الباطن ليجمع بين المصلحتين : كان أولى من تفويت إحداهما
Orang yang tidak mau mensalati jenazah yang mati karena rasuah qishas, dan punya utang, sebagai bentuk peringatan bagi yang lain agar tidak melakukan semacam itu, termasuk sikap yang baik. Dan andaikan dia tidak mau mensalati secara terang-terangan, namun tetap mendoakan secara diam-diam, sehingga dapat menggabungkan dua sikap paling maslahat, tentu itu pilihan terbaik dari pada meninggalkan salah satu. (syaikhul Islam. al-Ikhtiyarat al-Fiqhiyah, hlm. 78)
Maksudnya boleh berdoa utknya secara rahsia

 

Soalan 5

Apakah hukum mengata budak kecil, contoh budak 4 tahun.Kami guru tadika suka bercerita pasai budak-budak pada waktu rehat mengenai kenakalan mereka dan apa mereka selalu buat.

Jawapan

Hukum cikgu tadika mengata muridnya
Guru dgn murid, boss dgn staff, ibubapa dengan anak tidak termasuk dalam mengumpat. Jika tujuannya jelas, guru berbincang untuk memperbaiki murid, maka keburukan dan kebaikan (strengths dan weaknesess) akan dibincangkan utk penambahbaikan, juga boss dan Human resources manager juga berbincang mengenai lapuran prestasi kakitangan juga utk peningkatan mutu kerja, juga ibubapa berbincang mengenai kelemahan2 anaknya.
dalil:

أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

“Ketahuilah Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. HR Muslim dr Ibn Umar

 

Soalan 6

Apakah maksud hadis ini syeikh?

Nabi S.A.W bersabda,

Sesungguhnya telah diperihatkan syurga kepada saya.Lalu saya menghulurkan tangan saya untuk mengambil segugus anggur dari syurga itu. Sekiranya saya mengambilnya nescaya kamu sekalian akan memakannya selagi kekal dunia ini.” HR al Bukahari, no 710 dan 748

Jawapan

Hadith bukhari tentang syurga

إني أُرِيتُ الجنةَ ، فتناوَلْتُ عُنْقُودًا ، ولو أَصَبْتُه لأَكَلْتُم منه ما بَقِيَتِ الدنيا
“Aku melihat surga, dan aku mencoba menggapai untuk mengambil setangkai dari buah-buahan di dalamnya. Seandainya aku berhasil mengambil buah-buahan itu, kalian pasti akan dapat memakan buah-buahan tersebut sampai akhir dunia.” (الراوي:عبدالله بن عباس المحدث:البخاري المصدر:صحيح البخاري الجزء أو الصفحة:1052 )
hadits ni panjang dan org tidak ,melihat hadith ni melainkan bab:

وَرَأَيْتُ النَّارَ فَلَمْ أَرَ كَالْيَوْمِ مَنْظَرًا قَطُّ وَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ. قَالُوْا: لِمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ: بِكُفْرِهِنَّ. قِيلَ: يَكْفُرْنَ بِاللَّهِ ؟ قَالَ: يَكْفُرْنَ الْعَشِيْرَ وَيَكْفُرْنَ الإِحْسَانَ لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ.

“Kemudian aku lihat neraka, dan tidak sebelum ini aku melihat sesuatu yang sangat menggerunkan, dan aku nampak kebanyakan ahli neraka adalah wanita.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah sebabnya?” Rasulullah menjawab: “Kerana mereka kufur.” Ditanya lagi: “Adakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab:

“Mereka kufur (yakni tidak berterima kasih) kepada suami mereka dan kufur (tidak bersyukur) ke atas kebaikan yang telah diberi kepada mereka (oleh para suami). Sekalipun dibuat baik kepada seseorang mereka sepanjang hayat, apabila dia (isteri) melihat sesuatu (keburukan) pada kamu, dia akan berkata: Saya tidak pernah melihat sebarang kebaikan pada anda.”
Maka bab ni yg perempuan gerunnya, mereka lupa kpd hadith pasal syurga.
ada pun maksud “jika nabi mengambil satu tangkai buah dari syurga, umatnya tidak akan habis memakannya menunjukkan hebatnya nikmat syurga berbanding nikmat dunia dan ianya kekal. (Dr sulaiman al-asyqar, jannah wan naar)

 

Soalan 7

Mohon syeikh jelaskan tentang hadis yang mengatakan kalau tidak berkahwin nabi tidak mengaku umat.

Jawapan

Hadith tak mahu kawin, nabi tidak mengaku ummat

جَاءَ ثَلَاثَةُ رَهْطٍ إِلَى بُيُوتِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْأَلُونَ عَنْ عِبَادَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَلَمَّا أُخْبِرُوا كَأَنَّهُمْ تَقَالُّوهَا ، فَقَالُوا : وَأَيْنَ نَحْنُ مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ ؟ قَالَ أَحَدُهُمْ : أَمَّا أَنَا ، فَإِنِّي أُصَلِّي اللَّيْلَ أَبَدًا ، وَقَالَ آخَرُ : أَنَا أَصُومُ الدَّهْرَ وَلَا أُفْطِرُ ، وَقَالَ آخَرُ : أَنَا أَعْتَزِلُ النِّسَاءَ فَلَا أَتَزَوَّجُ أَبَدًا ، فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيْهِمْ ، فَقَالَ : ” أَنْتُمُ الَّذِينَ قُلْتُمْ كَذَا وَكَذَا ، أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ وَأَتْقَاكُمْ لَهُ لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ ، وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ ، وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ ، فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي

“Ada tiga orang mendatangi rumah isteri-isteri Nabi saw dan bertanya tentang ibadah Nabi saw. ٍSetelah diberitakan kepada mereka, sepertinya mereka merasa hal itu masih sedikit bagi mereka. Mereka berkata, “Ibadah kita tak ada apa-apanya dibanding Rasulullah, bukankah beliau sudah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan juga yang akan datang?” Salah seorang dari mereka berkata, “Sungguh, aku akan salat malam selama-lamanya” (tanpa tidur). Kemudian yang lain berkata, “Kalau aku, sungguh aku akan berpuasa Dahr (setahun penuh) dan aku tidak akan berbuka”. Dan yang lain lagi berkata, “Aku akan menjauhi wanita dan tidak akan menikah selama-lamanya”. Kemudian datanglah Rasulullah kepada mereka seraya bertanya: “Kalian berkata begini dan begitu. Ada pun aku, demi Allah, adalah orang yang paling takut kepada Allah di antara kalian, dan juga paling bertakwa. Aku berpuasa dan juga berbuka, aku salat dan juga tidur serta menikahi wanita. Barangsiapa yang benci sunnahku, maka bukanlah dari golonganku” (HR. Bukhari no.5063)
fiqh hadith:
Ia mengenai tiga sahabat yang ingin melakukan bid’ah:
bid’ah solat tanpa tidur, bid’ah puasa tanpa henti setahun penuh dan ingin membujang spt rahib. Maka jika ada iktikad sedemikian, barulah Nabi tak mengaku umatnya. Maksud tak mahu kawin ialah meyakini membujang itu lebih baik dari berkahwin.

 

Soalan 8

Apakah hukum kita memberitahu (complain) kepada bos kita, tentang orang yang mengancam keselamatan kita?

Jawapan

Kasi tahu boss
Hukumnya harus, dalil:
عَنْ أَبِي سَعِيْدٍ سَعَدْ بْنِ سِنَانِ الْخُدْرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلَّمَ قَالَ : لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ

[حَدِيْثٌ حَسَنٌ رَوَاهُ ابْنُ مَاجَه وَالدَّارُقُطْنِي وَغَيْرُهُمَا مُسْنَداً، وَرَوَاهُ مَالِك فِي الْمُوَطَّأ مُرْسَلاً عَنْ عَمْرو بْنِ يَحْيَى عَنْ أَبِيْهِ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَسْقَطَ أَبَا سَعِيْدٍ وَلَهُ طُرُقٌ يُقَوِّي بَعْضُهَا بَعْضاً]

Terjemah hadith / ترجمة الحديث :

Dari Abu Sa’id, Sa’ad bin Sinan Al Khudri ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: “Tidak boleh melakukan perbuatan yang memudharatkan, dan tidak boleh membalas kemudharatan dengan cara yang salah” matan arbain no 32

 

Soalan 9

Berkenaan hadis SYAITAN MENANGIS MELIHAT ORANG SUJUD

Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata Rasulullah S.A.W bersabda: “Apabila anak Adam membaca ayat sajjadah, lalu dia sujud, maka seketika syaitan jatuh sambil menangis, sambil berkata: celakalah aku, anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, akan tetapi aku menolak, maka untukku neraka.”
(H.R. Muslim)

Jawapan

Hadith Muslim ttg sujud sajdah
Sahih, sahih Muslim no 81
إذا قرأ ابنُ آدمَ السجدةَ فسجد ، اعتزل الشيطانُ يبكي . يقول : يا وَيْلَهْ . ( وفي رواية أبي كريب يا وَيْلي ) . أُمِرَ ابنُ آدمَ بالسجود فسجد فله الجنَّةُ . وأُمِرتُ بالسجود فأَبَيْتُ فلي النارُ . وفي رواية : فعَصَيتُ فلي النَّارُ
الراوي : أبو هريرة | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 81

 

Soalan 10

Tentang istihadhah.
1. Ada tak hadis2 berkaitan dengan solat orang istihadhah?
2. Masalah saya, saya mengajar di pulau dan memang ada masalah kekurangan air bersih. Air takungan sahaja. Dan saya mengajar waktu ptg. Jadi solat zohor dan asar di sekolah. Boleh ke saya solat dengan satu wuduk sahaja atau perlu perbaharui setiap masuk waktu. Ada rukhsah tak kalau tidak dibersihkan darah dulu tapi boleh terus solat cuma dengan ambil wuduk baru.
Mohon pencerahan.

Jawapan

Fiqh wanita istihadhah
4.1 hadits solat wanita istihadhah

Dari Fatimah binti Abu Hubaisy:

اَنَّهاَ كَانَتْ تُسْتَحَاضُ، فَقَالَ لَهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا كََانَ دَمُ الْحَيْضَةِ فَاِنَّهُ دَمٌ اَسْوَدُ يُعْرَفُ، فَاِذَا كََانَ ذَلِكَ فاَمْسِكِى عَنِ الصَّلاَةِ، فَاِذَا كََانَ اْلاَخَرُ فَتَوَضَّئِ وَصَلِّى، فَاِنَّمَا هُوَ عِرْقٌ

“Bahwasanya Fatimah mengalami istihadhah. Maka berkatalah Nabi SAW kepadanya: “Kalau darah itu darah haid, maka warnanya hitam dan bisa dikenali, kalau demikian halnya, maka tinggalkanlah salat. Dan kalau tidak demikian, maka tetaplah engkau berwudhu’ dan salat. Karena darah itu sesungguhnya (berasal dari) sebuah otot.” HR Abu Daud, no 186, albani, sahih)
Dari ‘Aisyah RA, dia berkata:

جَاءَتَ فاَطِمَةُ بِنْتُ اَبِى حُبَيْشٍ اِلَى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَلَتْ ياَرَسُوْلُ اللهِ اِنِّى امْرَاَةٌ اُسْتَحَاضُ فَلاَ اَطْهُرُ، اَفَاَدَعُ الصَّلاَةَ؟ فَقَالَ ياَرَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ، اِنَّمَا ذَلِكَ عِرْقٌ وَلَيْسَ بِالْحَيْضَةِ فَاِذَااَقْبَلَتِ الْحَيْضَةُ فَاتْرُكِى الصَّلاَةَ، فَاِذَا ذَهَبَ قَدْرُهَا فاَغْسِلِى عَنْكِ الدَّمَ وَصَلِّى

Fatimah binti Abi Hubaisy telah datang kepada Nabi SAW lalu berkata: “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku adalah seorang wania yang mengalami istihadhah, sehingga aku tidak bisa suci. Haruskah aku meninggalkan shalat?” Maka jawab Rasulullah SAW: “Tidak, sesungguhnya itu (berasal dari) sebuah otot, dan bukan haid. Jadi, apabila haid itu datang, maka tinggalkanlah shalat. Lalu apabila ukuran waktunya telah habis, maka cucilah darah dari tubuhmu lalu shalatlah.” HR Bukhari no 236, Muslim no 333

Fiqh istihadhah
4.2 kekurangan bekalan air di pulau
hukum umum: satu wuduk utk satu solat jika anda lihat ada darah keluar, jika anda dapati tiada darah, maka wuduk anda masih ada.
Jika anda berulang alik dr tanah besar ke pulau, maka boleh jamak dan qasar sahaja.

 

Soalan 11

Tentang bacaan surah dalam solat.
1. Adakah syarat/ dalil yg mengatakan mesti baca surah (selepas fatihah) lebih dari satu ayat? Kalau satu ayat je macam ayat kursi tu boleh tak?

2. Adakah syarat atau dalil yang mengatakan mesti baca surah2 itu mengikut turutan dalam qur’an secara menurun, tak boleh menaik?
Contoh, kalau rakaat pertama dah baca surah alKafirun, rakaat kedua tak boleh baca surah yang sebelumnya..kena surah yang selepasnya menghala ke surah al Ikhlas..Mohon pencerahan

Jawapan
1) Bacaan surah selepas al-Fatihah,hukumnya sunat. Tak baca pun tak apa solat tak batal, baca satu pun tidak mengapa.

2) Samada surah tu pendek atau panjang ,ianya sunat.tidak menjadi masalah .
“Bacalah yang mudah bagimu”
AQ Al-muzammil 73:20

Nota Fiqh Wanita 81

0

S&J FIQH WANITA

 

Soalan 1

Hukum mengumpul tin2 arak terpakai (tiger/ calrsberg dll) untuk dikitar semula, dengan tujuan mendapat duit. Bercampur dengan tin2 minuman lain..

Jawapan

Hukum kumpul tin arak utk recycling
{ولا تعاونوا على الإثم والعدوان)

“Janganlah kalian tolong-menolong pada dosa dan permusuhan.” AQ 5:2
عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: لعن رسُول الله صلى الله عليه وسلم في الخمر عشرةً: عاصرها، ومعتصرها، وشاربها، وحاملها، والمحمولة إليه، وساقيها، وبائعها، وآكل ثمنها، والمشتري لها، والمشتراة له. أخرجه الترمذي وابن ماجه
“Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarnya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.” albani mensahihkan nya

Hukum:
1. Jika dia pungut tin dan botol dan dipulangkan ke kilang arak, itu haram
2. Jika dia pungut tin arak secara umum termasuk semua jenis tin utk recycle, maka itu boleh

 

Soalan 2

Apakah yang boleh dilakukan oleh seorang muslim yang sangat merindui makciknya yang sudah lama meninggal dunia?

Jawapan

Merindui makcik yang sudah lama wafat
Cara melepaskan rindu kpd org tersayang ialah doa
وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلإخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإيمَانِ وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: “Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang“.” (QS. Al Hasyr: 10)
Hadith:
دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ

“Do’a seorang muslim kepada saudaranya di saat saudaranya tidak mengetahuinya adalah do’a yang mustajab (terkabulkan). Di sisi orang yang akan mendo’akan saudaranya ini ada malaikat yang bertugas mengaminkan do’anya. Tatkala dia mendo’akan saudaranya dengan kebaikan, malaikat tersebut akan berkata: “Amin. Engkau akan mendapatkan semisal dengan saudaramu tadi”.” (HR. Muslim no. 2733, dari Ummu Ad Darda’.)

 

Soalan 3

Minta penjelasan hukum simpan janggut.

Jawapan

Hukum lelaki simpan janggut
al-Qardhawi berkata, aku berselisih dengan majoriti fuqaha’ dalam bab wajibnya simpan janggut secara mutlak, di mana hukum yang adil ialah sunnat mu’akkad kerana ia dimasukkan dalam bab sunan al-fitrah dan juga termasuk dalam lingkungan budaya dan tradisi. (Fiqh Taharah)
Menyimpan janggut ini termasuk Sunnah peringkat kamaliat (kesempurnaan) ummat dan rupa diri umat Islam yang unik dan unggul di mata dunia). Sunnah ini ditekankan oleh Nabi SAW ketika mana umat Islam telah melaksanakan kesemua Sunnah yang dharuriat (asas) dan hajiat (keperluan). Illat janggut zaman sekarang adalah kerana ia menunjukkan kejantanan iaitu fitrah kelakian saja. (Kayfa nata’amalu Ma’a sunnah)
adapun illat di zaman salaf sudah tiada:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خَالِفُوْا الْمُشْرِكِيْنَ وَفّرُوْا اللِّحَى وَاحْفُوْا الشُّوَارِبَ . رواه البخاري ومسلم والبيهقي.

“Abdullah bin Umar berkata: Bersabda Rasulullah saw: “Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu”. (Lihat: ارواء الغليل hlm. 77. al-Albani. HR Bukhari, Muslim dan Al-Baihaqi)

 

Soalan 4

Hukum solat duduk mengunakan kerusi.

Jawapan

Hukum solat sambil duduk guna kerusi
Ia termasuk dalam solat org yg berhalangan, dalil:
“Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kemampuanmu…” (al-Taghabun: 16)
Namun, berdiri, rukuk dan sujud adalah termasuk di dalam rukun solat.
Hadis dr ‘Imran bin Husain ra:

كَانَتْ بِي بَوَاسِيرُ فَسَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الصَّلَاةِ فَقَالَ صَلِّ قَائِمًا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ

Maksudnya: “Dahulu aku pernah mengidap penyakit Bawasir, lalu aku bertanya kepada Nabi SAW tentang solat. Jawab baginda: “Solatlah secara berdiri, jika kamu tidak mampu, maka solatlah secara duduk, jika kamu tidak mampu juga, maka solatlah di atas rusuk.” (HR al-Bukhari: 1066)
tatacara:
1. Jika dia masih mampu berdiri, maka dia kena berdiri ketika takbiratul ihram. ketika dia hendak rukuk dan sujud sahaja dia duduk di atas kerusi.
2. Posisi dia di dlm saf sebaiknya di hujung saff, atau saff paling akhir supaya tidak mengganggu saf dengan kerusinya. WA

 

Soalan 5

Apakah doa untuk melembutkan lidah supaya lancar mengaji Al-Quran.

Jawapan

Doa khas utk melebutkan lidah supaya lancar mengaji AQ
Tak ada doa khas yg makthur. tak ada jalan pintas, kena usaha keras dan setiap usaha keras itu adalah pahala, dalil hadith”

الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة والذي يقرأ القرآن ويتتعتع فيه وهو عليه شاق له أجران
“Orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Rasul yang ta’at, manakala orang yang membaca Al-Quran walau dalam keadaan tersekat dan tergagap, dan padanya kesukaran, baginya dua pahala.” ( Riwayat Muslim, no 1329)

 

Soalan 6

Berkenaan dengan ayat 60 dari Surah An-Nur yang menyatakan, “Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya.”

– Adakah bermaksud wanita yang sudah menopaus itu dah tiada kewajipan untuk menutup aurat/diberi kelonggaran untuk membuka aurat?

– Dan apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan “pakaian luar” menurut hadis/tafsir AQ (jika ada yang menerangkan berkenaan ayat ni).

Jawapan

tafsir ayat 24:60
Khilaf fiqhi (terjadi perselisihan)
Jumhur, ikut uruf tanah arab, masih menutup kepala. cuma lapisan pakaian itu dikurangkan, penutup muka dibuka, maksudnya pakaian luar tidak perlu pakai , wajah boleh dibuka. Ini kerana uruf tanah arab, wanita belum menopos, semuanya menutup wajah. (Tafsiir Al-Qurthubi XII/309.)
Minoriti, boleh, boleh menanggalkan tudung, penutup wajah dan pakaian luar. Ini pendapat Ibn Umar (Tafsiir Ibni Abi Haatim VIII/2641)

Fatwa Azhar, boleh membuka tudung kerana 3 hal:
1. keuzuran kerana sudah tua, mereka juga jarang berada di luar rumah
2. rambut yg uban tidak lagi menaikkan syahwat lelaki dgn fiziknya yang sudah tidak memberahikan.
3. disyaratkan tiada tabarruj spt make-up dan perhiasan berwarna warni (fatawa al Azhar juz X hal 21)

 

Soalan 7

Ada tak peta ringkas yang menunjukkan kedudukan negeri-negeri masa dulu. Contohnya dimana letaknya syam, saba’, ma’rib, sodom dan lain-lain?

Jawapan

Peta kedudukan negara2 zaman silam
Kena miliki kitab:
Atlas of the Qur’an, karya Dr Syawqi Abu Khalil dr Syria, terbitan Darussalam KSA

 

Soalan 8

Bagaimana hendak berlepas diri kalau kita pernah mendermakan kitab-kitab yang mana sekarang ni kita dapati kitab-kitab tersebut mengandungi ajaran yang bukan dari al quran dan hadith2 sahih?

Jawapan

Berlepas diri dari menderma kitab2 yang tidak sahih
Pandang ke depan tak perlu melihat kebelakang, dalilnya:

ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا

“…Ya Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan…” [al-Baqarah/2:286]
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَـا أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ قَالَ : إِنَّ اللهَ تَـجَاوَزَ لِـيْ عَنْ أُمَّتِيْ الْـخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوْا عَلَيْهِ. حَسَنٌ رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ وَالْبَيْهَقِيُّ وَغَيْرُهُمَـا

Dari Ibnu ‘Abbâs ra bahwa Rasûlullâh saw bersabda, ”Sesungguhnya Allâh memaafkan kesalahan (yang tanpa sengaja) dan (kesalahan karena) lupa dari umatku serta kesalahan yang terpaksa dilakukan.” HR Ibn Majah, sahih. albani, al-Irwa’ no 82.

 

Soalan 9

“Dan sesungguhnya Kami telah menjelaskan berulang2 kepada manusia dalam al quran ini dengan bermacam-macam perumpamaan(untuk maslahat dan manfaat)….”
Apa maksud maslahat disini?

Jawapan

Amthal maslahah,
Maksud perumpamaan utk maslahah:
1). Menonjolkan sesuatu yang abstrak dalam bentuk konkrit;
2). Menyingkapkan hakikat-hakikat dan mengkonkritkan sesuatu yang abstrak;
3). Mendorong umat manuasia agar berusaha beribadah pada Allah SWT;
4). Memberikan nasehat pada umat manusia
ruj lanjutan: Manna’ khalil al-qattan, studi ilmu-ilmu al-qur’an, hal. 400

 

Soalan 10

Apa hukum membaca novel cinta atau menonton drama yang boleh mendatangkan syahwat?

Jawapan

Membaca novel cinta atau menonton drama/cerekarama TV
makruh, dalilnya:

(3). وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
[dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna] AQ 23:3
Fatwa Syaikh Fauzan di ad-Durar an-Naadhirah fil-Fataaawa al-Mu’aasirah – Pages 644-645

 

Soalan 11

Apa hukum membeli barang yang kena curi. Situasinya ada dua:

1.Bila dah terbeli baru tau barang itu barang curian.

2.Tahu itu barang curi tapi tetap beli.

Jawapan

Hukum beli barang curian
11.1 Lepas beli baru tahu barang curi
Curi ni jenayah hudud potong tangan maa…jgn pandang enteng dgn harta curian
Fatwa Islam Online (mufti: Dr Muzzamil Siddiqiey), dia hendaklah berusaha memulangkan kpd pemilik (asal)nya samada iklan dalam suratkhabar atau internet atau membuat lapuran Polis dan menyerahkan barangan tsb kpd pihak Polis. anda kena berusaha mengesan penjual dan menuntut ganti rugi

Pengajaran berguna:
Beli barangan dari syarikat pengedar yg sah sahaja. Biar mahal asalkan ada warranty dan barangan yg ori bukan curi

11.2 tahu barang curi, tapi tetap beli

Terdapat dalil hadith:

من اشترى سرقة وهو يعلم أنها سرقة ؛ فقد اشترك في عارها وإثمها
الراوي: أبو هريرة المحدث: الألباني – المصدر: ضعيف الترغيب – الصفحة أو الرقم: 1074
خلاصة حكم المحدث: ضعيف

terjemah: “sesiapa yang membeli barang curi sedangkan dia tahu itu barang curian, maka dia bersekutu dalam aib dan dosa”, al-Albani kata dha`if, tapi DYQ kata fiqhnya benar. Dalam Halal & Haram fil Islam, fiqhnya diterima dan ia juga satu kesalahan di sisi hukum islam dan civil

 

Soalan 12

Boleh jelaskan perbezaan atau persamaan antara hukum Haram dan Bid’ah dalam soal ibadah tak syeikh?

Jawapan

Bid’ah vs Haram dalam Ibadah
Haram ni termasuk dalam pembahagian 5 hukum syarak: wajib, sunnah, mubah, makruh dan HARAM.
Haram=jika dilaksanakan, akan mendapat dosa. Cth haram: makan babi, minum arak, berzina, makan rba, mencuri, mengumpat, meninggalkan solat, puasa…dll
Manakala Bid’ah adalah dalam isu sunnah. Ia lawan sunnah. dgn kata lain, tambahan2 baru dalam agama kerana meyakini Islam belum sempurna atau Nabi telah cuai dalam tugasnya.
Jika ia jelas bid’ah tanpa khilaf, maka ia menjadi haram.
cth bid’ah: meminta sesuatu dari kubur2 wali-wali keramat

 

Soalan 13

Kenapa ketika sembahyang jumaat itu ada dua kali azan satu masuk waktu solat jumaat dan azan lagi sekali sebelum hatib membaca khutbah? Untuk pengetahuan ustaz saya adalah saudara baru yang inginkan penjelasan.

Jawapan

Kenapa azan Jumaat 2X?
Azan yang asal pada era Nabi saw, khalifah Abu Bakr dan Umar (keduanya ra) adalah sekali sahaja, dalilnya:

كَانَ بِلَالٌ يُؤَذِّنُ إِذَا جَلَسَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْمِنْبَرِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ، فَإِذَا نَزَلَ أَقَامَ، ثُمَّ كَانَ كَذَلِكَ فِي زَمَنِ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا

“Dahulu Bilal mengumandangkan azan apabila Rasulullah saw telah duduk di atas mimbar pada hari Jum’at. Apabila beliau telah turun dari mimbar, maka Bilal melakukan iqamah. Demikianlah keadaannya pada masa Abu Bakr dan Umar raa.” [HR An Nasa`i (1393)]

كَانَ النِّدَاءُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوَّلُهُ إِذَا جَلَسَ الْإِمَامُ عَلَى الْمِنْبَرِ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، فَلَمَّا كَانَ عُثْمَانُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ وَكَثُرَ النَّاسُ زَادَ النِّدَاءَ الثَّالِثَ عَلَى الزَّوْرَاءِ

“Dahulu pada masa Nabi , Abu Bakr, dan Umar ra, azan pada hari Jum’at, awalnya dikumandangkan ketika imam telah duduk di atas mimbar. Lalu ketika masa Uthman ra dan penduduk (Madinah) telah ramai, dia menambahkan azan ketiga (kedua sebenarnya, kerana iqamat juga dinamakan azan) (yang dikumandangkan) di daerah Az Zaura`.” [HR Al Bukhari
(912)]
Rumusan:
Azan pada zaman Nabi, Abu Bakar dan Umar, azan Jumaat hanya sekali. Itulah yg lebih utama. Manakala azan kedua, ditambah oleh Uthman. Maka sepatutnya azan hanya sekali je, kerana ikut nabi lebih utama dari ikut sahabat

 

Soalan 14

Berkenaan hutang solat dhuha. Apakah perlu ‘hutang ‘ solat dhuha di lunasi dan berdosakah jika tidak pernah melakukan solat dhuha ?

Jawapan

Hutang solat dhuha
Solat dhuha tidak sunnah dikerjakan saban hari, bahkan makruh jika dilakukan oleh pegawai jika mengganggu kerja rutinnya di opis. demikian fatwa lajnah daimah arab saudi. Maka tidak perlu rasa berhutang dengan solat dhuha dan menganggapnya wajib.( Mausu’ah Fiqhiyyah 27/223)

 

Soalan 15

Mohon pencerahan akan kemusykilan berikut

a) Apakah menantu lelaki berhak mendapat bahagian harta dari mentuanya?

b) Sahkah wasiat yang dtinggalkan kepada menantu walaupun tiada saksi dan wasiat itu lebih kepada menguntungkan menantu tersebut?

c) Apakah hukumnya kepada menantu dan isterinya bertindak zalim ke atas ibu isterinya?

Jawapan

Menantu dan pesaka
1a) menantu berhak mendapat harta pesaka mertua
tak layak, sbb isterinya dah dapat. dia boleh dapat melalui wasiat sahaja, wasiat yg sahih.

1b) wasiat tanpa dokumentasi di zaman sekarang tak sahih dan anak2 boleh menolak wasiat tsb di mahkamah

1c) anak dan menantu berlaku zalim kpd mertuanya.
hukum haram dan dosa besar
والذين ظلموا من هؤلاء سيصيبهم سيئات ما كسبوا

“Orang-orang zalim akan terkena akibat buruk dari perbuatan mereka sendiri.” (az-Zumar: 51)

 

 

Nota Fiqh Wanita 80

0

S&J FIQH WANITA

 

Soalan 1

Bagaimanakah cara mengambil wuduk bahagian tapak kaki jika kaki saya luka?

Jawapan

Cara mengambil wuduk kaki yg luka.
ayat dalil:
“Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sedaya upaya kamu.” (AQS. At-Thaghabun: 16.)
Maksudnya fiqh wuduk utk org sakit, ialah apa yang terdaya. Jika berbalut dan membukanya tidak boleh, maka basuh sekitar balutan dan usap balutan itu.

 

Soalan 2

Benarkah wanita tidak bertudung solatnya tidak diterima Allah?

Jawapan

Wanita tidak bertudung, solatnya tidak diterima Allah.
Tidak benar.
Dalilnya:
Sabda Nabi saw,
لَا يَقْبَلُ اللَّهُ صَلَاةَ امْرَأَةٍ قَدْ حَاضَتْ إِلَّا بِخِمَارٍ
“Allah tidak menerima shalat wanita yang telah baligh, kecuali dengan memakai jilbab.” (HR. Ibnu Khuzaimah, 775 dan Al-A’dzami mengatakan sanadnya sahih).
Maksudnya, solat yg tidak diterima ialah jika dia solat dgn tidak menutup aurat, ini kerana solat tidak sah jika tidak menutup aurat dgn sempurna.
Jika dia solat dgn menutup aurat, maka solatnya sah. adapun jika dia tidak menutup kepala di luar solat, itu dosa yg lain pula.

 

Soalan 3

Apakah status solat bagi wanita yang mngeluarkan bunyi seperti berbisik ketika membaca bacaan semasa solat?

Jawapan

solat dengan suara berbisik
‘ Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu’. AQ 17:110
Nabi pernah menegur abu Bakar kerana terlalu perlahan, dan pernah menegur Umar kerana terlalu kuat bacaannya. Maka cari volume yg sederhana.

 

Soalan 4

Jika puasa ganti pada hari jumaat sahaja tidak menjadi masalahkan kerana ramai berkata jika puasa hari jumaat kena gabung dengan hari sabtu @ khamis?

Jawapan

Hukum puasa pada hari Jumaat
puasanya sah, cuma makruh berdalilkan hadith:
لا يصومن أحد يوم الجمعة إلا أن يصوم يوماً قبله أو يوماً بعده

“Janganlah kalian berpuasa pada hari jumat, kecuali dia berpuasa sehari sebelumnya atau sehari setelahnya.” (HR. Bukhari)

 

Soalan 5

Anak yang hidup hanya sehari kemudian telah meninggal dunia, adakah perlu dibuat akikah?

Jawapan

Hukum Akikah bayi yang lahir kemudian mati
Tidak perlu, dalilnya:

كل غلام مرتهن بعقيقته تذبح عنه يوم سابعه، ويحلق رأسه ويسمى

Maksudnya: “Setiap bayi hendaklah diakikahkannya, disembelih pada hari yang ketujuh, dan dicukur rambutnya dan diberikan nama (pada hari tersebut).” (HR al-Tirmizi dan selain beliau. Imam Abu Isa mensahihkannya.
Tujuan akikah ialah melahirkan kesyukuran dan mengharapkan dia membesar menjadi anak yg soleh. Jika ia mati sebelum hari ke 7, maka gugur secara otomatik, (Fatwa syaikh saleh al-Fawzan KSA)

 

Soalan 6

Adakah benar anak yang meninggal dunia sebelum baligh akan datang masa hari kiamat untuk tolong ibubapanya? Tapi ibubapa perlu buat amal ibadat yg disuruh dan tidak hanya mengharapkan anak tersebut..

Jawapan

Anak yang meninggal sebelum baligh akan memberi syafaat, hanya
dua atau tiga anak sahaja, kalau seorang tiada.

Dalil:
حدثنا قتيبة بن سعيد. حدثنا عبدالعزيز (يعني ابن محمد) عن سهيل، عن أبيه، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ؛

أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ لِنِسْوَةٍ مِنَ اْلأَنْصَارِ “لاَ يَمُوْتُ ِلإِحْدَاكُنَّ ثَلاَثَةٌ مِنَ الْوَلَدِ فَتَحْتَسِبُهُ، إِلاَّ دَخَلَتِ الْجَنَّةَ”. فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ: أَوِ اثْنَيْنِ؟ يَا رَسُوْلَ اللهِ! قَالَ “أَوِ اثْنَيْنِ”.

Dari Abu Hurairah ra:
Bahwasanya Rasulullah saw bersabda kepada perempuan-perempuan dari kaum Ansar: “Seorang kamu yang kematian tiga orang anak dan dia menerima dengan sabar, niscaya dia akan masuk surga.” Seorang perempuan di antara mereka mengatakan: Atau dua orang ya Rasulullah! Beliau menjawab: Atau dua orang. (HR Muslim : 2632)

 

Soalan 7

Mengenai mertua hendak pegang gaji menantunya tetapi menantu membantah, kemudian mertua memujuk anaknya supaya menceraikan menantunya dan anaknya bersetuju..lalu mereka bercerai. Mertua berkata dia tidak akan memaafkan mereka andai mereka rujuk semula. Namun dalam diam anak dan menantunya rujuk tanpa pengetahuanya kerana masih saling menyayangi dan mempunyai 3 orang anak.

Berdosakah anak dan menantunya buat begitu? Adakah mereka tergolong sebagai anak derhaka?

Jawapan

Menantu dikontrol oleh mak mertuanya

1. harta isteri
Harta isteri adalah haknya, tidak boleh dikontrol oleh suami atau ibu mertuanya. dalil:
طِبْنَ لَكُمْ عَن شَىْءٍ مِّنْهُ نَفَسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا

“Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari mas kawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya”. [AQ.an Nisaa`/4 : 4]
Maka harta lain sekalipun misalnya gaji isteri jika dia bekerja adalah mutlak miliknya tidak boleh dikuasai oleh orang lain hatta suami atau ibu mertuanya. Jika ibu mertua memaksa utk menguasai gaji isteri, maka ia satu kesalahan syariah dan boleh moengadu kpd mahkamah syariah.
2. Rujuk secara rahsia
Boleh, asalkan ia didaftarkan di mahkama syariah, talak dan rujuk, itu satu kemestian. merahsiakan dari mertua yang zalim dibolehkan.

 

Soalan 8

Sahihkah hadith diatas?

Jawapan

Takhrij hadith Ummu salamah. Sahih.
ما خرج رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ مِنْ بيْتِي قَطُّ إلَّا رفع طرْفَهُ إلى السماءِ فقال اللهمَّ إِنَّي أعوذُ بِكَ أنْ أَضِلَّ أوْ أُضَلَّ ، أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ ، أَوْ أَظْلِمَ أُوْ أُظْلَمَ ، أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ
الراوي : أم سلمة هند بنت أبي أمية | المحدث : الألباني | المصدر : الكلم الطيب
الصفحة أو الرقم: 60 | خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح
muhadith: albani, sahih Kalim Tayyib

 

Soalan 9

Betulkah artikel ini?

Jawapan

Artikel Rokok
Ianya adalah palsu. rokok tercipta di zaman selepas generasi salaf

 

 

Soalan 10

Sahihkah kenyataan diatas?

Jawapan

Tafsir al-Maidah ayat 54
jika ia dimaksudkan dengan kaum asya’irah, ia adalah takwil puak asya’irah dna tafsir spt itu adalah batil.
pertama: kena ambil ayat 54 secara penuh dulu.
“Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang Mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui (AQS al-Maidah [5]: 54.
Ia isu murtad. dan murtad berlaku pertama kali di zaman Abu Bakar, murtadnya penduduk Yaman yang dipimpin oleh Musailamah. sedangkan kaum asya’irah tidak menghadapi isu murtad dan mereka tidak pernah memerangi kaum murtad dalam sejarah dgn pedang. Maka dakwaan kaum asya’irah adalah takwil yg sesat

 

Soalan 11

Betulkah potong kuku ada hari2 tertentu?Ada yang kata potong kuku hari selasa kena cancer.

Jawapan

Potong kuku hari hari tertentu
Tidak ada kaifiat potong kuku pada hari tertentu, kata al-Sakhawi
Kata al-Sakhawi:

لم يثبت في كيفيته، ولا في تعيين يوم له، عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء

Maksudnya: Tidak sahih (dalam bab memotong kuku) satu hadis pun dari nabi saw pada kaifiat (memotongnya) dan juga pada menentukan hari (memotongnya) (al-Sakhawi, al-Maqasid al-Hasanah, ms 489)
*al-Sakhawi, syafi’iyah, Egypt, wafat 902H

 

Soalan 12

Adakah Starbucks haram?

Jawapan

Status halal/haram starbuck
kena lawati ke premis starbuck dan lihat sendiri atau minta kakitangannya menunjukkan sijil Halal Jakim. premis halal wajib menunjukkan sijil halal jakim. WA
Starbuck ada outlet di Mekah dan Medinah.

Hadis 163: Perumpamaan Seperti Kupu-kupu Dan Api

0

Panel: Cikgu Rahim

163. Dari Jabir r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Perumpamaanku dan perumpamaan engkau semua itu adalah seperti seorang lelaki yang menyalakan api, kemudian banyaklah belalang dan kupu-kupu yang jatuh dalam api tadi, sedang orang itu mencegah binatang-binatang itu jangan sampai terjun di situ. Saya ini – yakni Rasulullah s.a.w. – adalah seorang yang mengambil -memegang – pengikat celana serta sarungmu semua agar tidak sampai engkau semua terjun dalam neraka, tetapi engkau semua masih juga hendak lari dari peganganku.” (Riwayat Muslim)

Al-janadib ialah seperti belalang dan kupu-kupu (dari golongan binatang kecil yang terbang), sedang Al-hujaz adalah jamaknya Hujzah, ertinya tempat mengikatkan sarung atau celana.

163» الثامن: عن جابر رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُول الله صلى الله عليه وسلم: ((مَثَلِي وَمَثَلُكُمْ كَمَثَلِ رَجُلٍ أوْقَدَ نَارًا فَجَعَلَ الجَنَادِبُ والفَرَاشُ يَقَعْنَ فِيهَا وَهُوَ يَذُبُّهُنَّ عَنْهَا، وَأَنَا آخذٌ بحُجَزكُمْ عَنِ النَّارِ، وَأنْتُمْ تَفَلَّتونَ مِنْ يَدَيَّ)). رواه مسلم.
((الجَنَادِبُ)): نَحوُ الجرادِ وَالفَرَاشِ، هَذَا هُوَ المَعْرُوف الَّذِي يَقَعُ في النَّارِ. وَ((الحُجَزُ)): جَمْعُ حُجْزَة وَهِيَ مَعْقدُ الإزَار وَالسَّراويل.
شبَّه صلى الله عليه وسلم تساقطَ الجاهلينَ والمخالفينَ بمعاصيهم، وشهواتهم في نار الآخرة وحرصهم على الوقوع في ذلك مع منعه إيّاهم بتساقط الفَرَاش في نار الدنيا، لهواه وضعف تمييزه، وكلاهما ساع في هلاك نفسه لجهله.

Kelas 2: Bab ‘Basmalah’

0

Panel: Ustaz Azlizan Nueq

بسم الله الرحمن الرحيم
إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنًسْتَعِيْنُهُ وَنًسْتَغْفِرُهْ وَنًعُوذً ِبِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهَ، وَخَيْرَ الهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ ِبِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.

سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
وبعد

Assalamualaikum kita sambung kelas kita hari ini, in sha Allah.

Kelas 2: Bab ‘Basmalah’

Kelas pada hari ini adalah tentang lafaz Basmalah. Kita kupas satu persatu lafaz yang ada di dalam basmalah yang selalu kita ucapkan. Mungkin panjang sedikit perbahasan kita pada hari ini, maka harap dapat bersabar.

Kalimat basmallah ini adalah satu lafaz yang amat hebat. Tidak diberikan kepada agama-agama lain. Tidak diberikan kepada orang Yahudi dan tidak diberikan kepada agama Kristian.

Lafaz yang kita selalu ucapkan adalah ‘bismillah’. Tetapi nama ucapan itu adalah ‘basmalah’. Jadi, bila saya tulis ‘basmalah’, bukan saya salah eja, tapi ia memang begitu. Nama lain baginya adalah ‘tasmiah’.

Dengan Nama Allah; apabila kita kata ‘dengan’, sepatutnya ada ayat sebelum itu. Kerana kalau tidak, ayat ini macam tergantung. Jadi ada ulama yang kata ayat sebelum itu adalah “aku mula membaca Quran ini adalah….” disambung: ‘dengan nama Allah yang bersifat Rahman dan Rahim’. Ini adalah kaedah ‘taqdir’ dengan menambah kalimat yang perlu untuk menjadikannya lengkap.

Huruf بِ ‘ba’ dalam بِسْمِ itu adalah sesuatu yang menjadi perbincangan ulama. Apakah yang dimaksudkan olehnya?

Ini adalah kerana huruf ‘ب’ itu mempunyai banyak kegunaan dalam bahasa Arab. Ulama mengatakan terdapat 20 makna yang boleh diambil apabila ada penggunaan ‘ba’ itu. Kita biasa terjemahkan ‘ba’ itu dengan makna: dengan. Tapi apakah maksud ‘dengan’ dalam basmalah?

Perbincangan ulama mengatakan bahawa ‘ba’ dalam basmallah ini membawa dua maksud: ba’ musaahabah dan ba’ istiaanah.

A. Ba’ musaahabah bermaksud mendekatkan diri dengan Allah. (lihat perkataan musaahabah sama macam sahabat – untuk senang ingat) Bermaksud kita hendak mendekatkan diri ‘dengan’ Allah supaya perbuatan yang kita buat itu mendapat keberkatan dari Allah dengan kita membaca basmallah itu. Ini kerana segala usaha tidak membuahkan hasil kalau Allah tidak mengizinkan. Hanya apabila Allah izinkan, baru terjadi.

Kalau Allah tak izinkan kita makan, maka kita tidak dapat nak suap makanan dalam mulut pun. Dan kita mengharapkan keberkatan dari bacaan basmallah itu sampai kepada usaha kita itu. Dengan berkat Allah, perkara yang sedikit menjadi banyak. Sebagai contoh, kalau Allah memberi berkat kepada makanan itu, walaupun ianya sedikit sahaja, tapi kita akan kenyang dengan makanan yang sedikit itu dan ianya akan memberi tenaga yang banyak kepada kita.

B. Ba’ istiaanah (dari katadasar yang sama dalam fatihah – iyyaka nastain – untuk senang ingat) pula bermaksud kita mengharapkan pertolongan dari Allah. Semoga dengan izin dan pertolongan Allah, usaha kita itu akan berjaya. Kita sebagai manusia yang hina, memang amat mengharapkan pertolongan dari Allah. Tidak akan berjaya sesuatu usaha itu tanpa ada pertolongan dari Allah.

Kesimpulan: dua-dua makna itu ada persamaan dan lebih kurang sahaja. Maknanya, kita membaca basmalah mengharapkan pertolongan dari Allah untuk memudahkan perkara yang kita lakukan itu. Oleh itu, setiap kali kita baca basmalah ini, ingatlah yang kita sebenarnya sedang berdoa mengharapkan pertolongan dari Allah. Ianya bukan lafaz yang biasa sahaja.

Dari dua makna itu, kita menzahirkan dalam diri kita bahawa Allah lah sahaja sumber barakah dan pertolongan. Dari awal-awal lagi sebelum kita mulakan usaha itu pun, kita dah doa kepada Allah.

Perbincangan Nama Dzat: Allah. Kata ini adalah nama untuk Rabb. Dikatakan bbahawa kalimah ‘Allah’ adalah al-ismul a’zham (nama yang paling agung) kerana nama itu menyandang segala macam Sifat-sifatNya yang lain.

Kalau kita sebut ar-Rahman, itu hanyalah sifat Pemurah Allah sahaja. Kalau kita sebut ar-Razzaq, itu menyentuh tentang sifat Allah memberi rezeki sahaja. Tapi, apabila kita gunakan nama Allah – ianya merangkumi semua Sifat-sifat Allah itu.

Nama Allah merupakan nama yang tidak diberikan kepada sesiapa pun selain DiriNya, yang Maha Suci dan Maha Tinggi. Oleh kerana itu, dalam bahasa Arab tidak diketahui dari kata apa nama itu berasal. Maka diantara para ahli nahu mengatakan bahawa nama Allah itu adalah ismun jamid, iaitu nama yang tidak mempunyai kata dasar. Ada juga ulama yang mengatakan ianya adalah dari kata al-ilah dan dipendekkan jadi ‘Allah’. Tapi ini adalah perbincangan yang agak panjang dan tidak perlu kita bahaskan sangat.

Selepas Allah menyebut Nama DzatNya, Allah terus memberitahu SifatNya.

Nama sifat: ar-Rahman (Maha Pengasih) dan ar-Rahim (Maha Penyayang). Dua-dua nama ini berasal dari kata dasar – Rahmah. Apabila Allah meletakkan dua nama ini bersebelahan, bermakna ada perbezaan diantara keduanya.

ar-Rahman menyatakan Sifat Kasih Sayang Allah yang ‘bersangatan’ – extreme. Allah sangat kasih dan sayangkan semua hambaNya – walau yang kafir pun. Lihatlah bagaimana semua makhluk diberikan dengan kehidupan dan segala nikmat. Tidak kira samada hamba itu mukmin, muslim atau kufur. Walaupun hamba itu kufur, tidak percaya kepadaNya, buat syirik kepadaNya, malah ada yang menghinaNya, tapi Allah tetap beri nikmat kekayaan, nikmat kehidupan dan sebagainya.

Tetapi, walaupun ianya adalah sifat kasih yang bersangatan, tapi ianya tidak kekal. Kerana sifat itu tidak dizahirkan di akhirat kelak, kerana orang-orang kafir tidak akan dilepaskan dari dosa-dosa yang mereka telah lakukan.

Sifat ar-Rahman diibaratkan seperti kasih seorang bapa kepada anaknya. Ayah itu sanggup memukul anaknya jikalau anaknya nakal, contohnya jika anak itu tidak mahu pergi sekolah. Ayah itu sanggup buat macam-macam untuk mendisiplinkan anaknya itu supaya anak dia itu menjadi seperti apa yang dia cita-citakan. Seorang ayah itu sanggup melihat anaknya yang nakal masuk penjara kerana hendak mendisiplinkan anak itu.

Oleh itu, Sifat Rahman Allah itu sanggup melihat hambaNya bersusah payah dalam ibadat. Contohnya, kita kena solat setiap waktu. Kita di Malaysia tidak ada masalah untuk mengerjakan solat bila-bila masa pun. Tapi bayangkan di negara-negara yang sejuk, mereka susah untuk mengambil wudu dan sebagainya. Bayangkan mereka berpuasa di kutub utara dalam kesejukan dan masa yang lagi panjang dari kita, kerana siang mereka panjang. Jadi nampak macam mereka terseksa dalam melakukan ibadat.

Dan Allah sanggup melihat penyampai agama (pendakwah) bersusah payah dalam menyampaikan agamaNya. Sampai ada yang dicerca, diejek malah ada yang dibunuh. Mereka hanya menghadapi dugaan ini semasa di dunia. Tapi kepada mereka di akhirat kelak, lain keadaan mereka. Mereka akan dibalas dengan usaha dan kesusahan yang mereka telah lakukan.

Jadi Allah dengan sifat RahmanNya, sanggup melihat hambaNya mengalami susah payah semasa menjalankan ibadat-ibadat dan dakwah mereka kepada manusia. Tapi, ianya tidak percuma sahaja, dimana Allah akan balas kepayahan yang dilalui hambaNya itu dengan pahala dan syurga.

Sifat Rahman Allah ini diberikan kepada seluruh makhlukNya, walaupun yang mukmin atau tidak. Lihatlah bagaimana Allah telah memberikan segala nikmatNya kepada penduduk dunia. Tidak kira samada mereka kafir atau tidak.

Sifat ar-Raheem pula adalah sifat kasih sayang juga, tapi ianya ada sedikit perbezaan dengan ar-rahman. Kalau sifat ar-Rahman menyeluruh, sifat ar-Raheem adalah lebih khusus, tidak semua makhluk akan dapat.

Kalau sifat ar-Rahman sedang berlaku sekarang, tidak semestinya sifat Raheem sedang berlaku. Sebagai contoh, katakanlah seseorang itu dikatakan seorang yang pemurah, selalu menderma. Tetapi tidaklah dia sepanjang masa menderma, ada masa dia tidur dan ada masa dia bekerja dan sebagainya.

ar-Raheem pula diibaratkan kasih seorang emak yang tak sanggup tengok anaknya dipukul. Walaupun anak dia seorang penagih dadah. Dia tak sanggup anaknya masuk penjara. Dia sanggup buat apa sahaja supaya anaknya tidak diazab. Malah, kalau anak dia kena masuk penjara, mungkin mereka sanggup menjadi galang gantinya, asalkan anaknya tidak masuk penjara.

Kalau di dunia, sifat Rahman Allah sanggup melihat hambaNya kepayahan dalam menjaga agama, tapi apabila di akhirat nanti, Allah yang bersifat ar-Raheem tidak sanggup nak tengok hambaNya yang Dia sayang itu mendapat siksa.

Apabila Dia sudah ampun dosa, Dia tidak tanya lagi dah kesalahan dan dosa yang mereka telah lakukan. Kalau kita sebagai manusia, walaupun kita dah maafkan seseorang, kita masih lagi ada tersisa rasa terkilan kita, bukan? Kita masih ingat lagi kesalahan yang dia telah buat kepada kita. Tapi Allah tidak begitu.

Sifat Rahim ini dikatakan oleh ulama dikhususkan kepada orang mukmin sahaja. Tidak diberikan kepada selainnya. Kalau kita bukan seorang yang mukmin, berkemungkinan kita tidak dapat merasa nikmat Rahim Allah ini.

Kesimpulan dari sifat ar-rahman dan ar-raheem:
Allah meletakkan kedua-dua sifat ini bersama-sama dalam basmalah untuk memberitahu kesempurnaan SifatNya. Seperti kita telah sebut, ada perbezaan antara sifat ar-rahman dan ar-raheem. Tapi apabila ianya diletakkan sekali, Allah merangkum kesempurnaan yang ada dalam sifat rahmahNya itu.

Kedua-dua sifat ar-rahman dan ar-raheem itu kena ada. Kalau kita gunakan contoh sifat rahman itu dengan kasih seorang ayah dan raheem itu sebagai kasih seorang ibu, maka kedua-dua kasih ayah dan ibu itu kena ada. Kalau satu sahaja ada, anak itu tidak mendapat penjagaan yang sempurna. Bayangkan, kalau anak itu dapat kasih ayah sahaja, susah hidup dia, sebab ayah dia walaupun sayang anak, tapi dia tidak tunjukkan. Kalau anak dia kena pukul di sekolah, dia buat tak tahu sahaja kerana dia anggap benda itu adalah perkara biasa untuk melatih anaknya itu.

Dan kalau dapat kasih ibu sahaja pun susah juga, kerana anak itu jadi manja dan lemah sebab selalu ditatang sahaja.

Kalau kita lihat susunan basmallah ini, kita boleh lihat bagaimana Allah memulakan penggunaan namaNya dari bentuk umum (nama Allah) kepada bentuk yang spesifik (ar-Raheem). Basmallah bermula dengan nama Allah – yang merangkumi seluruh sifat-sifatNya. Kemudian nama ar-Rahman – iaitu sifat Pemurah Allah yang diberikan kepada seluruh makhluknya. Kemudian lebih spesifik lagi adalah nama ar-Rahim – sifat pemurah Allah yang hanya diberikan kepada orang mukmin sahaja. Begitu hebat sekali susunan Basmalah ini.

Perbincangan Hukum: Para ulama telah sepakat mengatakan bahawa basmalah adalah salah satu ayat dari Surah an-Naml. Tapi mereka berbeza pendapat samada basmallah itu ayat yang berdiri sendiri pada awal setiap surah atau sebahagian dari surah itu.

Ataukah ianya salah satu dari setiap surah, atau sebahagian dari surah Fatihah sahaja.

Ataukah basmalah yang ditulis di awal setiap surah itu hanya sebagai pemisah antara surah semata-mata dan bukan sebahagian dari ayat.

Diantara ulama yang mengatakan bahawa basmalah adalah ayat dari setiap surat adalah Ibnu Abbas, Ibnu Umar, Ibnu Az-Zubair, Abu Hurairah dan Ali. Sedangkan Imam Malik dan Abu Hanifah berpendapat bahawa basmalah itu bukan termasuk surah Fatihah dan tidak juga surat-surat lainnya.

Bagi mereka yang mengatakan bahawa basmalah bukan sebahagian dari surat Fatihah, maka mereka tidak membacanya secara jahr (kuat) di dalam solat. Tapi ada juga yang tidak membacanya di awal surah kerana ada juga hadis yang mengatakan bahawa Nabi tidak membaca basmallah di awal surah.

Tapi tidaklah terjadi perbezaan pendapat kerana semua ulama telah sepakat bahawa solat orang yang membaca basmallah dengan kuat atau dengan perlahan adalah sah.
Saya bawakan perbincangan ini kerana kalaulah kita mendengar ada imam yang tidak membaca basmalah apabila membaca Fatihah, janganlah pula kita kata dia sesat (atau dia Wahabi) tapi dia tahu ada pendapat yang mengatakan tidak perlu baca Basmalah dengan jahr dalam Fatihah.

Bacaan basmallah dianjurkan untuk dibaca dalam setiap perbuatan kita. Salah satu kehebatan basmallah adalah: ianya adalah satu perkataan yang TIDAK LENGKAP. Bagaimana pula satu perkara yang tidak lengkap adalah satu kebaikan? Apakah yang dimaksudkan ianya tidak lengkap?

Ayat yang lengkap sepatutnya ada subjek dan predikat. Sebagai contoh, apabila ayat berbunyi “saya mahu pergi…”, ianya tidak lengkap kerana timbul persoalan, pergi ke mana? Jadi susunan basmallah tidak lengkap. Apabila kita sebut “dengan nama Allah”, ianya seperti tergantung, bukan? Itu adalah supaya ianya boleh digunakan dalam semua keadaan. Sebagai contoh, “dengan nama Allah, aku hendak makan”, “dengan nama Allah, aku hendak memulakan solat ini”, “dengan nama Allah, aku hendak memulakan membaca Quran ini” dan sebagainya. Itulah kehebatan basmallah. Ma Sha Allah…..

Juga, apabila kita menyebut basmallah sebelum memulakan sesuatu, ianya seperti pernyataan dari kita bahawa kita buat sesuatu itu *hanya* dengan nama Allah. Tidak ada nama tuhan yang lain. Tidak dengan nama entiti yang lain. Jadi, ada elemen ‘ikhlas’ disitu, dimana kita hanya menggunakan nama Allah sahaja. Ini supaya keluar dari syirik. Kerana kalau kita rasa perbuatan kita itu ditolong atau dibantu oleh entiti lain, itu adalah satu perbuatan yang syirik.

Oleh itu, janganlah kita menggunakan perkataan-perkataan yang lain. Jangan kita katakan, sebagai contoh, “demi rakyat, kita melakukan ini dan itu”, atau kita kata, “dengan berkat tok syeikh ini dan itu, kita berjaya sampai ke sini dan sebagainya”. Itu adalah kata-kata yang salah.

Begitu juga, kalau kita faham makna basmalah ini, kita akan sedar bahawa setiap kali kita sebut basmallah dalam kita hendak memulakan sesuatu, kita sebenarnya berdoa kepada Allah. Maka, ianya adalah satu perkara ibadat. Kerana doa adalah ibadat. Dan apabila kita buat ibadat, kita akan mendapat pahala.

Tapi janganlah pula amalkan basmalah dalam bilangan tertentu, amalkan amalan bidaah seperti Bismalah lima, Bismilah Tujuh dan sebagainya. Itu tidak ada dalam sunnah.

Basmalah juga adalah juga satu bentuk zikir. Kerana kita sentiasa ingat Allah dalam kita memulakan sesuatu. Walaupun pada zahirnya, perbuatan yang kita lakukan itu bukanlah satu bentuk ibadat yang khusus. Kalau solat, memang ianya ibadah yang khusus. Tapi bagaimana dengan makan, naik kenderaan, keluar rumah dan sebagainya? Itu semua bukan ‘ibadat khusus’. Oleh itu, dengan menyebut basmallah, kita telah memasukkan elemen zikir dalam amalan kita itu. Dengan sentiasa menyebut basmallah, kita telah melakukan zikir kepada Allah. Kerana kita ingat kepada Allah waktu itu. Oleh itu, semasa kita menyebutkan basmallah, hendaklah kita lahirkan dalam hati kita pemahaman bahawa kita sedang menyebut nama Allah disitu.

Dengan sentiasa menyebut basmallah, akan timbul perasaan yang semakin sayang kepada Allah. Kerana kita sedar bahawa dengan pertolongan Allah lah segala usaha kita akan membuahkan hasil.

Alhamdulillah. Selesai. Maaf kerana panjang. Nak kena habiskan juga. Kita tutup kelas kita dgn tasbih kaffarah.

Persoalan ustaz, makanya Allah itu bukanlah tuhan kerana ia isim. Isim dan musamma berbeza ya?

Tak faham soalan ini. Boleh jelaskan?

Ambe inginkan kepastian. Maknanya kalimah Allah itu adalah isim ye ust? Musammanya adalah zat? Sebab ada yg kata Allah itu bukan tuhan, isimNya sahaja.

Kalimah ‘Allah’ adalah ismul a’dzam. Maka ianya adalah isim.

Perbincangan saya adalah sama kalimah Allah itu musytaq atau mujarrad. Ada khilaf ulama tentang perkara ini.

Ambe cuba nak ringkaskan huraian ust. Nk mudah ingat. Maaf kalau soalan nmpak pelik 😅

Kalimah jenis musytaq adalah yang boleh berubah ubah. Macam كتب boleh jadi كتاب dan sebagainya.

Maka mereka mengatakan kalimah الله itu dari kalimah katadasar ilah…tambah alif lam jadi al-illah dan dimudahkan menjadi الله

Sedangkan yang pegang ianya adalah mujarrad, mengatakan ia bukan dari kalimah asal mana-mana tapi dari kalimah الله juga. Dan bukan sahaja dalam bahasa Arab, tapi dari dulu Tuhan kita itu dikenali dengan nama الله itu.

Huhu…maaf dah masuk perbincangan bahasa pulak.

Ustaz kalo xslp sy la basmalah ni pnjg tasmiah ni yg pendek je…

Betul ke???

Sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Hajar dalam Syarh Al ‘Ubab pada bab rukun-rukun shalat, jika disebut tasmiyah, maka yang dimaksud adalah ucapan “bismillah”. Sedangkan jika disebut basmalah, maka yang dimaksud adalah ucapan “bismillahir rohmaanir rohiim”

Hadith 53: Saranan Bercelak Tanpa Perkataan Ketika Tidur

0

Panel: UstazADÖULINÉ Lacharouphe

53 – حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْمُسْتَمِرِّ الْبَصْرِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ، عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَبْدِ الْمَلِكِ، عَنْ سَالِمٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «عَلَيْكُمْ بِالْإِثْمِدِ، فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ».

53- Telah bercerita kepada kami Ibrahim bin Al-Mustamirr Al-Basriy, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Abu `Asim, daripada `Usman bin `Abdi l-Malik, daripada Salim, daripada Ibni `Umar, dia berkata: Telah berkata Rasulu Llah: «Hendaklah kamu menggunakan antimoni, maka sesungguhnya ia mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan bulu».

Syarah Adou_Fr:

Hadis ini merupakan ulangan untuk hadis kelima puluh satu, dengan sedikit perbezaan pada lafaz matannya, iaitu tiada perkataan (عِنْدَ النَّوْمِ) ketika tidur. Dengan tiada lafaz ini, bagi sesetengah pihak, ia mungkin mengubah maksud hadis ini, iaitu mereka berpendapat bahawa celak ismid ini dipakai pada bila-bila masa sahaja, tidak terhad kepada masa tidur sahaja. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah pihak yang lain, walaupun tidak disebut “ketika tidur”, tetapi ia diterangkan oleh faktor lain di luar teks, iaitu (الْعُرْفُ) `uruf, atau adat kebiasaan kerana kebiasaan orang `Arab ketika itu memakai celak ketika tidur.

Apabila dalam teks Melayu – atau dalam percakapan masyarakat – disebut “Emak memasak nasi”, secara teksnya, boleh difahami bahawa yang dimasak ialah nasi, iaitu emak menggunakan nasi sebagai bahan masakan, contohnya untuk memasak nasi goreng. Namun, secara `adatnya, yang dimaksudkan dengan memasak nasi ialah beras, iaitu emak merebus beras sehingga ia menjadi nasi yang boleh dimakan.

Justeru, apabila berlaku perbezaan pendapat dalam memahami sesuatu teks sama ada Al-Qur’an, hadis, atau asar, maka kita hendaklah kembali kepada `uruf atau `adat masyarakat `Arab zaman tersebut, agar kita tidak tersalah faham teks sehingga menyesatkan kita. Contohnya, apabila kita membaca Al-Qur’an, terdapat ayat berikut:

وَجَاءَتْ سَيَّارَةٌ

Dan telah datang sayyarah [Yusuf: 19]

Semua penuntut ilmu yang belajar bahasa `Arab tahu bahawa sayyarah bermaksud kereta. Tetapi, dalam ayat Al-Qur’an ini, ia bukan bermaksud kereta, kerana pada zaman itu, kereta belum lagi dicipta. Jadi secara `urufnya, diketahuï bahawa sayyarah dalam ayat tersebut bukan bermaksud kereta.

Di dalam Tafsir Al-Jalalayn, tafsir bagi ayat ini disebut sebagai:

مُسَافِرُونَ مِنْ مَدْيَنَ إلَى مِصْرَ

Para musafir dari Madyan ke Mesir.

Justeru, sayyarah di dalam ayat ini bukanlah suatu benda, tetapi sekumpulan orang yang dalam perjalanan. Ia bermakna (الْقَافِلَةُ) qafilah atau pengembara yang biasanya bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk tujuan berniaga.

Justeru, di dalam kitab Asy-Syama`il ini, Imam At-Tirmizi mengumpulkan beberapa hadis yang maksudnya sama, tetapi terdapat perbezaan lafaz di sana dan di sini. Ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran am terhadap isi kandungan dan pemahaman hadis, kerana apabila hadis-hadis itu dikumpulkan, ia dapat saling menjelaskan dan dapat saling melengkapkan, justeru, membolehkan sesuatu hadis itu difahami dengan benar.

Marilah kita berusaha memahami teks agama kita – iaitu Al-Qur’an dan as-sunnah – dengan kefahaman yang benar, iaitu kefahaman yang dimiliki oleh Rasuli Llah, para khalifahnya yang empat, para sahabatnya, serta generasi yang awal.

*******
*******
*******

.

Bicara CR

0

Muhammad bin Isa berkata, aku mendengar Syu’aib bin Harb rah. berkata, “Barangsiapa yang menginginkan dunia hendaklah dia bersedia untuk menjadi hina.” (III/9)

Bicara CR

Kelas 1: Istiaazah الإستاذة

0

Panel : Ustaz Azlizan Nueq

بسم الله الرحمن الرحيم
إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنًسْتَعِيْنُهُ وَنًسْتَغْفِرُهْ وَنًعُوذً ِبِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللهَ، وَخَيْرَ الهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ ِبِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.

سُبْحَانَكَ لاَ عِلْمَ لَنَا إِلاَّ مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِّن لِّسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
وبعد

Assalamualaikum…. Kita mulakan kelas kita yang pertama hari ini. Semoga Allah beri kefahaman kepada kita, ameen….

Kelas 1: Istiaazah الإستاذة

Pengenalan:
Assalamualaikum, kita mulakan kelas kita dengan بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ.

b. Ini adalah kelas pengenalan dan kita mulakan dari basic sekali… iaitu ucapan istiaazah. Kemudian kita akan belajar basmalah, kemudian surah Fatihah, kemudian Baqarah dan seterusnya. Mungkin selepas kita habis tafsir Surah Fatihah, saya akan selitkan dengan usul-usul tafsir. Antara lain, saya akan sentuh kepentingan belajar tafsir Quran.

c. Saya terpaksa menggunakan terma-terma yang biasa digunapakai, dan jikalau ada terma yang tidak difahami, sila tanya terus.

d. Betulkan niat kita untuk ikhlas belajar KalamNya. In sha Allah, akan dipermudahkan.

e. Saya insan yang lemah dan banyak kekurangannya. Jadi, maafkan jikalau ada kekurangan atau kesilapan di mana-mana. Sila tegur jikalau ada kesilapan.

Bermula bab Istiaazah – meminta perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang direjam. Ada juga yang menggunakan terma: Ta’awudh. Ianya adalah terma yang sama.

Ketahuilah bahawa Islam ada solusi kepada segala keperluan hidup. Islam juga mengajar kita menjaga maslahah dalam kehidupan kita. Dan Islam juga mengajar untuk mempertahankan diri kita dari musuh.

Banyak musuh kita sebenarnya: Nafsu, syaitan, orang kafir, dan sebagainya. Dan kerana iblis adalah musuh kita yang paling besar, maka Allah ajar kita macam mana nak lawan iblis dan bala tenteranya (jin). Syaitan akan sentiasa mengganggu kita dan membisikkan kepada kita untuk melakukan perkara yang berdosa. Dan kita tidak boleh lawan syaitan macam kita lawan benda lain: kita tidak boleh halau dia, tidak boleh bina badan untuk lawan dia, tidak ada pil vitamin untuk protect diri kita dari syaitan, tidak ada amalan zikir yang boleh dibaca beribu-ribu kali untuk tutup liang roma kita dari dimasuki syaitan (ada amalan tarekat sebegini). Syaitan itu adalah ibarat anjing yang menyalak kita… kita halau dia banyak kali pun, dia akan menyalak kita sahaja. Maka, cara paling mudah adalah dengan panggil tuan dia, dan suruh tuan dia yang panggil dia. Ingatlah yang syaitan itu juga ada tuan, iaitu Allah. Maka, Allah dah ajar kita untuk meminta kepadaNya untuk menghalau syaitan itu.

Pertama, hendaklah kita tahu bahawa Iblis dan anak cucunya syaitan dalam bentuk jin adalah musuh kita yang paling besar. Bukan nafsu dan bukan diri kita sendiri. Kerana keinginan kita bukannya dosa semuanya. Sebagai contoh, semua kita ada nafsu makan dan kalau kita memuaskan nafsu makan dengan cara yang halal, itu tidak salah, malah akan mendatangkan pahala. Sedangkan iblis dan bala tenteranya syaitan dari kalangan jin, tidak ada apa-apa kebaikan langsung dari mereka. Mereka hanya menyuruh kita melakukan keburukan dan dosa sahaja.

Perkataan ‘syaitan’ berasal dari lafaz syathana yang bermaksud ‘jauh’. Iaitu syaitan itu jauh dari rahmat Allah.

Iblis adalah nama salah satu jin yang jahat. Nama asal dia adalah ‘iblis’ tapi kemudian Allah namakan dia syaitan kerana sifatnya- rujuk ayat 36 Baqarah. Dalam surah Baqarah itu, asal namanya disebut Iblis, dan apabila Iblis tidak mahu sujud, nama yang digunakan telah ditukar kepada ‘syaitan’, padahal masih berkenaan entiti yang sama, tapi sudah disebut ‘syaitan’.

Maka, syaitan adalah nama sifat. Sesiapa yang mengajak kepada dosa, dipanggil ‘syaitan’, tidak kira jin atau manusia. Bukan semua jin adalah syaitan kerana ada jin yang Islam seperti yang kita tahu. Oleh itu, Iblis bukanlah malaikat seperti yang dianggap oleh sesetengah orang (kerana keliru), kerana perkara ini telah disebut dalam Kahf:50. Dengan jelas, ayat itu mengatakan bahawa Iblis itu adalah jin. Dulu iblis banyak melakukan ibadat sampaikan Allah meletakkan dia dalam kalangan malaikat. Tapi dia adalah bangsa jin. Maka jangan kita katakan iblis itu asalnya adalah malaikat. Pemahaman yang iblis itu asalnya malaikat adalah dari fahaman agama Kristian. Mereka menggunakan istilah ‘fallen angel’ kepada iblis. Ini adalah salah.

Azazil bukan nama yang diberikan dalam Islam. Itu adalah nama dari sumber bisrailiyat dan tidak boleh dijadikan hujah. Maka kita pakai sahaja namanya Iblis.

Bila kita melakukan Istiaazah, kita minta perlindungan dari syaitan yang dalam bentuk jin. Lafaz yang biasa digunakan adalah A’udzubillahiminasysyaithonirrajim. أعوذ باالله من الشيطان االرجيم. Jadi, ada banyak penggunaan istiaazah ini, antaranya sebelum masuk tandas, hubungan kelamin antara suami isteri dan sebagainya. Ada doa-doa khusus yang Nabi ajar sebagai amalan dalam kehidupan kita seharian. Lafaz istiaazah untuk setiap keadaan itu berbeza-beza. Panjang kalau dibincangkan di sini kerana topik kita adalah tentang tafsir Quran sahaja.

Allah ajar kita membaca Istiaazah dalam 4 ayat dalam Quran:

1. A’raf:200

2. Fussilat 34 – 36

3. Mukminuun 94 – 98

4. Nahl 98. Ini adalah perbincangan kita pada hari ini kerana kita belajar tafsir dan akan membaca Qur’an. Allah berfirman dalam ayat itu:

فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.

Surah Nahl itu adalah tentang membaca istiaazah apabila membaca Quran. Maka, setiap kali kita membaca Qur’an, hendaklah kita membaca istiaazah ini. Tujuan kita membaca istiaazah ini adalah supaya Allah melindungi kita daripada salah faham dengan ayat-ayat Qur’an. Ini adalah masalah besar kepada orang Islam. Ada yang tidak belajar tafsir dengan benar, maka mereka ada salah faham dengan maksud dan tafsir ayat Qur’an. Ada yang buat faham-faham sendiri dan ada juga yang salah belajar sampaikan mereka diajar fahaman yang salah. Fahaman salah itu dibisikkan oleh syaitan dan kerana itu kita kena mohon perlindungan dari Allah.

Kita mohon kepada Allah untuk menyelamatkan kita dari dugaan ini. Kita tidak mahu diberikan dengan fahaman yang salah. Kerana amatlah buruk sekali kalau kita salah faham dengan Qur’an.

Perkataan أَعُوذُ adalah istiaazah iaitu meminta perlindungan dan berharap dan Allah tidak meninggalkan sedikit pun perlindungan itu. Kerana kalau kita ditinggalkan, kita akan susah. Kita mengucapkan istiaazah apabila kita meminta perlindungan Allah dari sesuatu yang tidak dapat dilihat. Apabila kita mengucapkannya, bermaksud kita menyerahkan diri kita dalam perlindungan Allah semata-mata.

Ada mufassir yang mengatakan yang kita bukan lagi ‘meminta’ perlindungan dari Allah, tapi kita meletakkan diri kita dalam perlindungannya – bukan nak minta-minta lagi. Sebagai contoh, kalau kita sedang lapar hampir kematian, tiba-tiba kita jumpa orang yang ada kemampuan untuk beri kita makan. Adakah kita minta-minta biasa sahaja, atau kita terus meminta sampai orang itu beri kita makan? Tentu kita akan terus minta dan meminta, bukan? Kalau dia mula-mula tidak beri pun, kita akan minta lagi kerana kita tidak ada tempat lain lagi untuk meminta. Begitulah pengharapan kita dengan Allah dalam istiaazah ini. Jangan kita minta main-main sahaja, tapi hendaklah kita tahu bahawa kita sedang meminta kepada yang boleh menolong dan memberi perlindungan kepada kita dan kita tidak ada harapan lain lagi. Bukannya kita boleh minta kepada selain Allah, bukan?

Sekian sahaja kelas permulaan tafsir kita pada hari ini. Semoga Allah memberi kelapangan dan taufik kepada kita semua untuk meneruskan dengan kuliah yang seterusnya. Aamin.

Kita tutup dengan tasbih kaffarah. Assalamualaikum.

Tarjamah Diri Dr Fathi Al-Sakandary

0

Tarjamah diri

 

Nama:

Dr. Abu Ismaeel Muhammad Fathi Ali al-Malizy thumma al-Sakandary

Pendidikan:

  1. MBBCh, Alexandria, Egypt
  2. Ma’had ‘Ali li Quran, Wizarah al-Awqaf, (Ansarus Sunnah), Alexandria, Egypt
  3. Ma’had ‘AzizBillah, Cairo, Egypt
  4. Ma’had Furqan, Alexandria, Egypt

Pekerjaaan:

Doktor perubatan, berdaftar di bawah Majlis Perubatan Malaysia (MPM, MMC)

 

Guru-guru dalam ilmu hadith, usul hadith serta ijazah hadith:

Syaikh al-Muhaddith al-Musnid Abu Muhammad Ahmad Shihatah al-Alfy al-Sakandary (Iskandariah, Mesir)

(Guru yang paling banyak di dampingi dalam hadith, mengikuti kelas-kelas, daurah serta majlis sama’ beliau di masjid Imam al-Bukhari, ‘Asafirah, Iskandariah juga di Markaz Thaqafah al-Islamiy, al-‘Agamy, Iskandariah. Memperoleh ijazah-ijazah hadith dari beliau seperti Jami’ al-Tirmizi, Sahih al-Bukhari, Musnad Ahmad, Alfiyyah al-Iraqi, dan lain-lain)

Syaikh al-Muhaddith Abu Muadz Thariq Iwadullah (Qaherah, Mesir)

(Mengikuti kelas hadith beliau di masjid ‘Aziz Billah, Qaherah. Serta daurah khusus selok-belok serta teknik mentahqiq hadith di Ma’had Dr. Jamil Ghazi, banyak menela’ah kitab-kitab beliau seperti Syarah Lughatul Muhaddith, Syarah Nuzhat al-Nazor, Syarah Ulum al-Hadith dan sebagainya)

Syaikh Mustafa al-‘Adawi (Qaherah/Mansoura, Mesir)

(Mengikuti kelas-kelas beliau di Qaherah, dan bertanya soalan-soalan secara terus kepada beliau)

Syaikh Abu Ishaq al-Huweini (Qaherah, Mesir)

(Mengikuti kelas-kelas beliau di Mesir)

Syaikh al-Muhaddith ‘Abdul ‘Aziz Marzuq at-Tharifi (Arab Saudi)

(Mengikuti kelas-kelas beliau ketika beliau berada di Mesir, antaranya kelas khas Dhawabit Ulum Hadith serta lain-lain di Masjid Bilal bin Rabah, Qaherah, juga kelas beliau di Masjid Imam al-Bukhari, Tanta, biasa bertanya soalan-soalan kepada beliau berkait hadith dan menela’ah kitab-kitab beliau)

Syaikh al-Muhaddith Ahmad Zakariya (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas-kelas hadith beliau di Ma’had al-Furqan, Mustafa Kamil, Iskandariah)

Syaikh al-Muhaddith Dr. Hatem Syarif al-Awni (Arab Saudi)

(Mengikuti serta mengkhatamkan kelas Syarah al-Mugizoh al-Zahabi bersama beliau secara online, serta biasa bertanyakan soalan-soalan hadith kepada beliau menerusi e-mail, serta banyak menela’ah kitab-kitab beliau)

Syaikh al-Muhaddith Abul Harith Dr. Maher al-Fahl (Iraq)

(Memperoleh ijazah-ijazah dari beliau seperti Al-Sahihain, Sunan Arba’ah, Muwatta Imam Malik, Musnad Ahmad, Tafsir Ibn Jarir al-Tabari, al-Qur’an, dan lain-lain, serta biasa bertanyakan soalan-soalan hadith kepada beliau menerusi e-mail, serta banyak menela’ah kitab-kitab beliau terutamanya kitab al-Jami’ Fi al-‘Ilal wa al-Fawaid)

Syaikh Dr. Muhammad Ismail al-Muqaddam (Iskandariah, Mesir)

(Menghadiri sama’ serta memperoleh ijazah kitab Syamail Al-Nabi karya Imam al-Tirmizi dari beliau, serta mengikuti kelas-kelas beliau di masjid Hatem,Samouha, Iskandariah serta masjid al-Fath, Mustafa Kamil, Iskandariah)

Syaikh al-Muhaddith Abu Hasf al-Musnady Muhammad Kamil al-Athary (Qaherah, Mesir)

(Memperoleh ijazah-ijazah hadith dari beliau seperti Kutub Sittah, Manzumat, serta lain-lain)

Syaikh al-Muhaddith Abi Ahmad Hasan Mustafa al-Warraqi al-Misri (Qaherah, Mesir)

(Memperoleh ijazah-ijazah hadith dari beliau seperti Kutub Sittah, Manzumat, serta lain-lain)

Syaikh al-Muhaddith Abi Ya’qub ‘Abdul ‘Aathi Muhyi Ahmad al-Syarqawi (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti daurah selok-belok mentahqiq manuskrip kitab-kitab turath di masjid al-Fath, Iskandariah, serta memperoleh ijazah dari beliau)

Syaikh al-Musnid ‘Abdulrahman ‘Allawi al-Habasyi

(Memperoleh ijazah-ijazah hadith dari beliau seperti Kutub Sittah, Manzumat, serta lain-lain)

Syaikh al-Musnid Hafez ThanaAllah al-Zahidi

(Memperoleh ijazah-ijazah hadith dari beliau seperti Kutub Sittah, serta lain-lain)

Syaikh al-Musnid al-Syuja’ Abadi (Pakistan)

(Mengikuti kelas beliau secara online menerusi Ghurfah Ibn Solah, serta mempunyai ijazah-ijazah hadith dari beliau seperti Kutub Sittah dan lainnya)

Syaikh al-Muhaddith Abu Ishaq Sa’d al-Deen Muhammad Kamil Raziqihi Husein (Arab Saudi)

(Memperoleh ijazah khusus semia kitab-kitab serta riwayat-riwayat Imam al-Suyuthi dari beliau)

Syaikh al-Musnid Muhammad al-Saed Bayomi Zaghloul (Albania, Mesir, Madinah)

(Memperoleh ijazah-ijazah hadith dari beliau seperti Kutub Sittah, Manzumat, serta lain-lain)

Syaikh al-Musnid Yusof al-‘Atoum (Jordan)

(Memperoleh ijazah-ijazah hadith dari beliau seperti Kutub Sittah, Manzumat, serta lain-lain)

Syaikh al-Musnid Abul Hajjaj Yusuf ‘Allawi (Jordan)

(Memperoleh ijazah-ijazah hadith dari beliau seperti Kutub Sittah, Manzumat, serta lain-lain)

Syaikh al-Muhaddith al-Musnid Abu ‘Abdurrahman Muhammad Rafiq al-Thahir (Pakistan)

(Memperoleh ijazah-ijazah hadith dari beliau seperti Kutub Sittah, Manzumat, serta lain-lain)

Syaikh al-Musnid Muhammad Soleh al-Rifae (Dimashq)

(Memperoleh ijazah-ijazah hadith dari beliau seperti Kutub Sittah, Manzumat, serta lain-lain)

Syaikh al-Musnid ‘Abdullah bin ‘Arif al-Tamimi al-Iraqi (Iraq)

(Memperoleh ijazah kitab Arba’in al-Nawawi dari beliau)

Syaikh al-Muhaddith ‘Emad al-Janabi (Iraq)

(Memperoleh ijazah-ijazah hadith dari beliau seperti Kutub Sittah, Manzumat, serta lain-lain)

Syaikh al-Musnid ‘Abdullah Soleh al-‘Ubaid (Arab Saudi)

(Mengikuti kelas-kelas beliau di ketika beliau melawat Mesir, mengkhatamkan beberapa kitab dengan beliau serta menerima ijazah hadith dari beliau, termasuk ijazah khas kitab-kitab Syaikhul Islam Muhammad Abdul Wahhab)

 

Guru dalam ilmu fiqh, usul fiqh, dan ijazah fiqh:

Syaikh Dr. Abdel Azeem Badawi (Iskandariah, Mesir)

(Mempelajari fiqh bersama beliau di Markaz Thaqafah al-Islamiy, serta mendapat ijazah fiqh kitab al-Wajiz Fi Fiqh al-Sunnah dari beliau)

Syaikh Dr. Muhammad Ismail al-Muqaddam (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas-kelas beliau dalam fiqh di masjid al-Fath, Mustafa Kamil, Iskandariah)

Syaikh Dr. Yaser Borhamy (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas-kelas beliau dalam fiqh di masjid al-Taqwa, Sidi Bisyr, Iskandariah)

Syaikh Nader Bakkar (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas-kelas beliau dalam fiqh di masjid Syaikhul Islam Ibn Taimiah, Moaskar/camp caesar, Iskandariah)

Syaikh Dr. ‘Alaa Qasim (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas-kelas beliau dalam fiqh di Ma’had al-Furqan, Mustafa Kamil, Iskandariah)

Syaikh Dr. Muhammad Mustafa Abdul Majid (Islandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas syarah Fiqh Muyassar bersama beliau di masjid al-Fath, Mustafa Kamil, Iskandariah)

Syaikh Ahmad al-Sayyid (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas usul fiqh beliau di masjid al-Fath, Mustafa Kamil, Iskandariah)

Syaikh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Malaysia)

(Mengikuti kelas-kelas beliau dalam fiqh sekitar Selangor, Malaysia)

Syaikh Dr. Maszlee Malik (Malaysia)

(Mengikuti kelas-kelas beliau dalam fiqh dan usul fiqh di Malaysia, juga pernah mengikuti usrah di bawah beliau sebagai naqib)

Syaikh Fikri Alamghiri (Malaysia)

(Pernah mengikuti kelas syarah kitab Fiqh Sunnah karya Sayyid Sabiq oleh beliau)

Syaikh al-Thayyar Hafiz Firdaus Abdullah (Malaysia)

(Biasa mengikuti kelas-kelas beliau dalam fiqh, serta banyak menela’ah kitab-kitab karangan beliau)

Syaikh Hussein Yee (Malaysia)

(Mengikuti kelas-kelas beliau dalam fiqh di Malaysia)

 

Guru-guru dalam ilmu aqidah dan manhaj:

Syaikh Dr. Muhammad Ismail al-Muqaddam (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas-kelas beliau dalam aqidah di masjid Hatem, Samouha, Iskandariah)

Syaikh Dr. Yaser Borhamy (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas-kelas beliau dalam aqidah di masjid al-Taqwa, Sidi Bisyr, Iskandariah, juga syarah kitab Minnatur Rahman di masjid al-Fath, Mustafa Kamil, Iskandariah)

Syaikh Muhammad al-Qadhi (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas-kelas beliau dalam aqidah di Ma’had al-Furqan, Iskandariah, Mesir)

Syaikh Redha Thabit (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas beliau dalam aqidah (qadaya iman wal kufr) di masjid al-Fath, Mustafa Kamil, Iskandariah)

Syaikh Hesyam al-Asyqar (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas beliau dalam qadaya fikriyah di Ma’had al-Furqan, Islandariah)

Syaikh Ir. Abdel Moneim al-Shahat (Islandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas beliau berkisar ‘Amal Jamaie di masjid al-Fath, Iskandariah, Mesir)

 

Guru-guru dalam ilmu sirah:

Syaikh Dr. Ahmed Farid (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti serta mengkhatamkan syarah kitab Waqafat Tarbawiyah Ma’a Sirah Nabawiyah karangan beliau di masjid al-Fath, Mustafa Kamil, Iskandariah)

Syaikh al-‘Arabi al-Sa’adani (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas beliau dalam sirah di Ma’had al-Furqan, Islandariah)

 

Guru-guru dalam tajwid al-Qur’an dan tafsir al-Qur’an:

Syaikh Dr. Yaser Abdel Qawi (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas beliau dalam tafsir syarah kitab Asyar al-Tafasir karya Imam al-Jazairi, di Ma’had al-Furqan, Islandariah)

Syaikh ‘Abdul Nizham Husein (Iskandariah, Mesir)

(Mengikuti kelas beliau dalam tajwid al-Qur’an di Ma’had al-Furqan, Islandariah)

 

Untuk membaca kajian-kajian dan tulisan-tulisan Dr Fathi, boleh masuk ke laman blog beliau, www.ansarul-hadis.blogspot.my

Popular

Iklan

Iklan