Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Nota Fiqh Wanita 81

Nota Fiqh Wanita 81

255
0
Iklan

S&J FIQH WANITA

 

Soalan 1

Hukum mengumpul tin2 arak terpakai (tiger/ calrsberg dll) untuk dikitar semula, dengan tujuan mendapat duit. Bercampur dengan tin2 minuman lain..

Jawapan

Hukum kumpul tin arak utk recycling
{ولا تعاونوا على الإثم والعدوان)

“Janganlah kalian tolong-menolong pada dosa dan permusuhan.” AQ 5:2
عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: لعن رسُول الله صلى الله عليه وسلم في الخمر عشرةً: عاصرها، ومعتصرها، وشاربها، وحاملها، والمحمولة إليه، وساقيها، وبائعها، وآكل ثمنها، والمشتري لها، والمشتراة له. أخرجه الترمذي وابن ماجه
“Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarnya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.” albani mensahihkan nya

Hukum:
1. Jika dia pungut tin dan botol dan dipulangkan ke kilang arak, itu haram
2. Jika dia pungut tin arak secara umum termasuk semua jenis tin utk recycle, maka itu boleh

 

Soalan 2

Apakah yang boleh dilakukan oleh seorang muslim yang sangat merindui makciknya yang sudah lama meninggal dunia?

Jawapan

Merindui makcik yang sudah lama wafat
Cara melepaskan rindu kpd org tersayang ialah doa
وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلإخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإيمَانِ وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: “Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang“.” (QS. Al Hasyr: 10)
Hadith:
دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ

“Do’a seorang muslim kepada saudaranya di saat saudaranya tidak mengetahuinya adalah do’a yang mustajab (terkabulkan). Di sisi orang yang akan mendo’akan saudaranya ini ada malaikat yang bertugas mengaminkan do’anya. Tatkala dia mendo’akan saudaranya dengan kebaikan, malaikat tersebut akan berkata: “Amin. Engkau akan mendapatkan semisal dengan saudaramu tadi”.” (HR. Muslim no. 2733, dari Ummu Ad Darda’.)

 

Soalan 3

Minta penjelasan hukum simpan janggut.

Jawapan

Hukum lelaki simpan janggut
al-Qardhawi berkata, aku berselisih dengan majoriti fuqaha’ dalam bab wajibnya simpan janggut secara mutlak, di mana hukum yang adil ialah sunnat mu’akkad kerana ia dimasukkan dalam bab sunan al-fitrah dan juga termasuk dalam lingkungan budaya dan tradisi. (Fiqh Taharah)
Menyimpan janggut ini termasuk Sunnah peringkat kamaliat (kesempurnaan) ummat dan rupa diri umat Islam yang unik dan unggul di mata dunia). Sunnah ini ditekankan oleh Nabi SAW ketika mana umat Islam telah melaksanakan kesemua Sunnah yang dharuriat (asas) dan hajiat (keperluan). Illat janggut zaman sekarang adalah kerana ia menunjukkan kejantanan iaitu fitrah kelakian saja. (Kayfa nata’amalu Ma’a sunnah)
adapun illat di zaman salaf sudah tiada:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خَالِفُوْا الْمُشْرِكِيْنَ وَفّرُوْا اللِّحَى وَاحْفُوْا الشُّوَارِبَ . رواه البخاري ومسلم والبيهقي.

“Abdullah bin Umar berkata: Bersabda Rasulullah saw: “Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu”. (Lihat: ارواء الغليل hlm. 77. al-Albani. HR Bukhari, Muslim dan Al-Baihaqi)

 

Soalan 4

Hukum solat duduk mengunakan kerusi.

Jawapan

Hukum solat sambil duduk guna kerusi
Ia termasuk dalam solat org yg berhalangan, dalil:
“Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kemampuanmu…” (al-Taghabun: 16)
Namun, berdiri, rukuk dan sujud adalah termasuk di dalam rukun solat.
Hadis dr ‘Imran bin Husain ra:

كَانَتْ بِي بَوَاسِيرُ فَسَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الصَّلَاةِ فَقَالَ صَلِّ قَائِمًا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ

Maksudnya: “Dahulu aku pernah mengidap penyakit Bawasir, lalu aku bertanya kepada Nabi SAW tentang solat. Jawab baginda: “Solatlah secara berdiri, jika kamu tidak mampu, maka solatlah secara duduk, jika kamu tidak mampu juga, maka solatlah di atas rusuk.” (HR al-Bukhari: 1066)
tatacara:
1. Jika dia masih mampu berdiri, maka dia kena berdiri ketika takbiratul ihram. ketika dia hendak rukuk dan sujud sahaja dia duduk di atas kerusi.
2. Posisi dia di dlm saf sebaiknya di hujung saff, atau saff paling akhir supaya tidak mengganggu saf dengan kerusinya. WA

 

Soalan 5

Apakah doa untuk melembutkan lidah supaya lancar mengaji Al-Quran.

Jawapan

Doa khas utk melebutkan lidah supaya lancar mengaji AQ
Tak ada doa khas yg makthur. tak ada jalan pintas, kena usaha keras dan setiap usaha keras itu adalah pahala, dalil hadith”

الماهر بالقرآن مع السفرة الكرام البررة والذي يقرأ القرآن ويتتعتع فيه وهو عليه شاق له أجران
“Orang yang mahir membaca Al-Quran akan bersama para Rasul yang ta’at, manakala orang yang membaca Al-Quran walau dalam keadaan tersekat dan tergagap, dan padanya kesukaran, baginya dua pahala.” ( Riwayat Muslim, no 1329)

 

Soalan 6

Berkenaan dengan ayat 60 dari Surah An-Nur yang menyatakan, “Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya.”

– Adakah bermaksud wanita yang sudah menopaus itu dah tiada kewajipan untuk menutup aurat/diberi kelonggaran untuk membuka aurat?

– Dan apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan “pakaian luar” menurut hadis/tafsir AQ (jika ada yang menerangkan berkenaan ayat ni).

Jawapan

tafsir ayat 24:60
Khilaf fiqhi (terjadi perselisihan)
Jumhur, ikut uruf tanah arab, masih menutup kepala. cuma lapisan pakaian itu dikurangkan, penutup muka dibuka, maksudnya pakaian luar tidak perlu pakai , wajah boleh dibuka. Ini kerana uruf tanah arab, wanita belum menopos, semuanya menutup wajah. (Tafsiir Al-Qurthubi XII/309.)
Minoriti, boleh, boleh menanggalkan tudung, penutup wajah dan pakaian luar. Ini pendapat Ibn Umar (Tafsiir Ibni Abi Haatim VIII/2641)

Fatwa Azhar, boleh membuka tudung kerana 3 hal:
1. keuzuran kerana sudah tua, mereka juga jarang berada di luar rumah
2. rambut yg uban tidak lagi menaikkan syahwat lelaki dgn fiziknya yang sudah tidak memberahikan.
3. disyaratkan tiada tabarruj spt make-up dan perhiasan berwarna warni (fatawa al Azhar juz X hal 21)

 

Soalan 7

Ada tak peta ringkas yang menunjukkan kedudukan negeri-negeri masa dulu. Contohnya dimana letaknya syam, saba’, ma’rib, sodom dan lain-lain?

Jawapan

Peta kedudukan negara2 zaman silam
Kena miliki kitab:
Atlas of the Qur’an, karya Dr Syawqi Abu Khalil dr Syria, terbitan Darussalam KSA

 

Soalan 8

Bagaimana hendak berlepas diri kalau kita pernah mendermakan kitab-kitab yang mana sekarang ni kita dapati kitab-kitab tersebut mengandungi ajaran yang bukan dari al quran dan hadith2 sahih?

Jawapan

Berlepas diri dari menderma kitab2 yang tidak sahih
Pandang ke depan tak perlu melihat kebelakang, dalilnya:

ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا

“…Ya Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan…” [al-Baqarah/2:286]
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَـا أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ قَالَ : إِنَّ اللهَ تَـجَاوَزَ لِـيْ عَنْ أُمَّتِيْ الْـخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوْا عَلَيْهِ. حَسَنٌ رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ وَالْبَيْهَقِيُّ وَغَيْرُهُمَـا

Dari Ibnu ‘Abbâs ra bahwa Rasûlullâh saw bersabda, ”Sesungguhnya Allâh memaafkan kesalahan (yang tanpa sengaja) dan (kesalahan karena) lupa dari umatku serta kesalahan yang terpaksa dilakukan.” HR Ibn Majah, sahih. albani, al-Irwa’ no 82.

 

Soalan 9

“Dan sesungguhnya Kami telah menjelaskan berulang2 kepada manusia dalam al quran ini dengan bermacam-macam perumpamaan(untuk maslahat dan manfaat)….”
Apa maksud maslahat disini?

Jawapan

Amthal maslahah,
Maksud perumpamaan utk maslahah:
1). Menonjolkan sesuatu yang abstrak dalam bentuk konkrit;
2). Menyingkapkan hakikat-hakikat dan mengkonkritkan sesuatu yang abstrak;
3). Mendorong umat manuasia agar berusaha beribadah pada Allah SWT;
4). Memberikan nasehat pada umat manusia
ruj lanjutan: Manna’ khalil al-qattan, studi ilmu-ilmu al-qur’an, hal. 400

 

Soalan 10

Apa hukum membaca novel cinta atau menonton drama yang boleh mendatangkan syahwat?

Jawapan

Membaca novel cinta atau menonton drama/cerekarama TV
makruh, dalilnya:

(3). وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
[dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna] AQ 23:3
Fatwa Syaikh Fauzan di ad-Durar an-Naadhirah fil-Fataaawa al-Mu’aasirah – Pages 644-645

 

Soalan 11

Apa hukum membeli barang yang kena curi. Situasinya ada dua:

1.Bila dah terbeli baru tau barang itu barang curian.

2.Tahu itu barang curi tapi tetap beli.

Jawapan

Hukum beli barang curian
11.1 Lepas beli baru tahu barang curi
Curi ni jenayah hudud potong tangan maa…jgn pandang enteng dgn harta curian
Fatwa Islam Online (mufti: Dr Muzzamil Siddiqiey), dia hendaklah berusaha memulangkan kpd pemilik (asal)nya samada iklan dalam suratkhabar atau internet atau membuat lapuran Polis dan menyerahkan barangan tsb kpd pihak Polis. anda kena berusaha mengesan penjual dan menuntut ganti rugi

Pengajaran berguna:
Beli barangan dari syarikat pengedar yg sah sahaja. Biar mahal asalkan ada warranty dan barangan yg ori bukan curi

11.2 tahu barang curi, tapi tetap beli

Terdapat dalil hadith:

من اشترى سرقة وهو يعلم أنها سرقة ؛ فقد اشترك في عارها وإثمها
الراوي: أبو هريرة المحدث: الألباني – المصدر: ضعيف الترغيب – الصفحة أو الرقم: 1074
خلاصة حكم المحدث: ضعيف

terjemah: “sesiapa yang membeli barang curi sedangkan dia tahu itu barang curian, maka dia bersekutu dalam aib dan dosa”, al-Albani kata dha`if, tapi DYQ kata fiqhnya benar. Dalam Halal & Haram fil Islam, fiqhnya diterima dan ia juga satu kesalahan di sisi hukum islam dan civil

 

Soalan 12

Boleh jelaskan perbezaan atau persamaan antara hukum Haram dan Bid’ah dalam soal ibadah tak syeikh?

Jawapan

Bid’ah vs Haram dalam Ibadah
Haram ni termasuk dalam pembahagian 5 hukum syarak: wajib, sunnah, mubah, makruh dan HARAM.
Haram=jika dilaksanakan, akan mendapat dosa. Cth haram: makan babi, minum arak, berzina, makan rba, mencuri, mengumpat, meninggalkan solat, puasa…dll
Manakala Bid’ah adalah dalam isu sunnah. Ia lawan sunnah. dgn kata lain, tambahan2 baru dalam agama kerana meyakini Islam belum sempurna atau Nabi telah cuai dalam tugasnya.
Jika ia jelas bid’ah tanpa khilaf, maka ia menjadi haram.
cth bid’ah: meminta sesuatu dari kubur2 wali-wali keramat

 

Soalan 13

Kenapa ketika sembahyang jumaat itu ada dua kali azan satu masuk waktu solat jumaat dan azan lagi sekali sebelum hatib membaca khutbah? Untuk pengetahuan ustaz saya adalah saudara baru yang inginkan penjelasan.

Jawapan

Kenapa azan Jumaat 2X?
Azan yang asal pada era Nabi saw, khalifah Abu Bakr dan Umar (keduanya ra) adalah sekali sahaja, dalilnya:

كَانَ بِلَالٌ يُؤَذِّنُ إِذَا جَلَسَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْمِنْبَرِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ، فَإِذَا نَزَلَ أَقَامَ، ثُمَّ كَانَ كَذَلِكَ فِي زَمَنِ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا

“Dahulu Bilal mengumandangkan azan apabila Rasulullah saw telah duduk di atas mimbar pada hari Jum’at. Apabila beliau telah turun dari mimbar, maka Bilal melakukan iqamah. Demikianlah keadaannya pada masa Abu Bakr dan Umar raa.” [HR An Nasa`i (1393)]

كَانَ النِّدَاءُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوَّلُهُ إِذَا جَلَسَ الْإِمَامُ عَلَى الْمِنْبَرِ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، فَلَمَّا كَانَ عُثْمَانُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ وَكَثُرَ النَّاسُ زَادَ النِّدَاءَ الثَّالِثَ عَلَى الزَّوْرَاءِ

“Dahulu pada masa Nabi , Abu Bakr, dan Umar ra, azan pada hari Jum’at, awalnya dikumandangkan ketika imam telah duduk di atas mimbar. Lalu ketika masa Uthman ra dan penduduk (Madinah) telah ramai, dia menambahkan azan ketiga (kedua sebenarnya, kerana iqamat juga dinamakan azan) (yang dikumandangkan) di daerah Az Zaura`.” [HR Al Bukhari
(912)]
Rumusan:
Azan pada zaman Nabi, Abu Bakar dan Umar, azan Jumaat hanya sekali. Itulah yg lebih utama. Manakala azan kedua, ditambah oleh Uthman. Maka sepatutnya azan hanya sekali je, kerana ikut nabi lebih utama dari ikut sahabat

 

Soalan 14

Berkenaan hutang solat dhuha. Apakah perlu ‘hutang ‘ solat dhuha di lunasi dan berdosakah jika tidak pernah melakukan solat dhuha ?

Jawapan

Hutang solat dhuha
Solat dhuha tidak sunnah dikerjakan saban hari, bahkan makruh jika dilakukan oleh pegawai jika mengganggu kerja rutinnya di opis. demikian fatwa lajnah daimah arab saudi. Maka tidak perlu rasa berhutang dengan solat dhuha dan menganggapnya wajib.( Mausu’ah Fiqhiyyah 27/223)

 

Soalan 15

Mohon pencerahan akan kemusykilan berikut

a) Apakah menantu lelaki berhak mendapat bahagian harta dari mentuanya?

b) Sahkah wasiat yang dtinggalkan kepada menantu walaupun tiada saksi dan wasiat itu lebih kepada menguntungkan menantu tersebut?

c) Apakah hukumnya kepada menantu dan isterinya bertindak zalim ke atas ibu isterinya?

Jawapan

Menantu dan pesaka
1a) menantu berhak mendapat harta pesaka mertua
tak layak, sbb isterinya dah dapat. dia boleh dapat melalui wasiat sahaja, wasiat yg sahih.

1b) wasiat tanpa dokumentasi di zaman sekarang tak sahih dan anak2 boleh menolak wasiat tsb di mahkamah

1c) anak dan menantu berlaku zalim kpd mertuanya.
hukum haram dan dosa besar
والذين ظلموا من هؤلاء سيصيبهم سيئات ما كسبوا

“Orang-orang zalim akan terkena akibat buruk dari perbuatan mereka sendiri.” (az-Zumar: 51)

 

 

Komen dan Soalan