Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Nota Fiqh Wanita 80

Nota Fiqh Wanita 80

240
0
Iklan

S&J FIQH WANITA

 

Soalan 1

Bagaimanakah cara mengambil wuduk bahagian tapak kaki jika kaki saya luka?

Jawapan

Cara mengambil wuduk kaki yg luka.
ayat dalil:
“Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sedaya upaya kamu.” (AQS. At-Thaghabun: 16.)
Maksudnya fiqh wuduk utk org sakit, ialah apa yang terdaya. Jika berbalut dan membukanya tidak boleh, maka basuh sekitar balutan dan usap balutan itu.

 

Soalan 2

Benarkah wanita tidak bertudung solatnya tidak diterima Allah?

Jawapan

Wanita tidak bertudung, solatnya tidak diterima Allah.
Tidak benar.
Dalilnya:
Sabda Nabi saw,
لَا يَقْبَلُ اللَّهُ صَلَاةَ امْرَأَةٍ قَدْ حَاضَتْ إِلَّا بِخِمَارٍ
“Allah tidak menerima shalat wanita yang telah baligh, kecuali dengan memakai jilbab.” (HR. Ibnu Khuzaimah, 775 dan Al-A’dzami mengatakan sanadnya sahih).
Maksudnya, solat yg tidak diterima ialah jika dia solat dgn tidak menutup aurat, ini kerana solat tidak sah jika tidak menutup aurat dgn sempurna.
Jika dia solat dgn menutup aurat, maka solatnya sah. adapun jika dia tidak menutup kepala di luar solat, itu dosa yg lain pula.

 

Soalan 3

Apakah status solat bagi wanita yang mngeluarkan bunyi seperti berbisik ketika membaca bacaan semasa solat?

Jawapan

solat dengan suara berbisik
‘ Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu’. AQ 17:110
Nabi pernah menegur abu Bakar kerana terlalu perlahan, dan pernah menegur Umar kerana terlalu kuat bacaannya. Maka cari volume yg sederhana.

 

Soalan 4

Jika puasa ganti pada hari jumaat sahaja tidak menjadi masalahkan kerana ramai berkata jika puasa hari jumaat kena gabung dengan hari sabtu @ khamis?

Jawapan

Hukum puasa pada hari Jumaat
puasanya sah, cuma makruh berdalilkan hadith:
لا يصومن أحد يوم الجمعة إلا أن يصوم يوماً قبله أو يوماً بعده

“Janganlah kalian berpuasa pada hari jumat, kecuali dia berpuasa sehari sebelumnya atau sehari setelahnya.” (HR. Bukhari)

 

Soalan 5

Anak yang hidup hanya sehari kemudian telah meninggal dunia, adakah perlu dibuat akikah?

Jawapan

Hukum Akikah bayi yang lahir kemudian mati
Tidak perlu, dalilnya:

كل غلام مرتهن بعقيقته تذبح عنه يوم سابعه، ويحلق رأسه ويسمى

Maksudnya: “Setiap bayi hendaklah diakikahkannya, disembelih pada hari yang ketujuh, dan dicukur rambutnya dan diberikan nama (pada hari tersebut).” (HR al-Tirmizi dan selain beliau. Imam Abu Isa mensahihkannya.
Tujuan akikah ialah melahirkan kesyukuran dan mengharapkan dia membesar menjadi anak yg soleh. Jika ia mati sebelum hari ke 7, maka gugur secara otomatik, (Fatwa syaikh saleh al-Fawzan KSA)

 

Soalan 6

Adakah benar anak yang meninggal dunia sebelum baligh akan datang masa hari kiamat untuk tolong ibubapanya? Tapi ibubapa perlu buat amal ibadat yg disuruh dan tidak hanya mengharapkan anak tersebut..

Jawapan

Anak yang meninggal sebelum baligh akan memberi syafaat, hanya
dua atau tiga anak sahaja, kalau seorang tiada.

Dalil:
حدثنا قتيبة بن سعيد. حدثنا عبدالعزيز (يعني ابن محمد) عن سهيل، عن أبيه، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ؛

أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ لِنِسْوَةٍ مِنَ اْلأَنْصَارِ “لاَ يَمُوْتُ ِلإِحْدَاكُنَّ ثَلاَثَةٌ مِنَ الْوَلَدِ فَتَحْتَسِبُهُ، إِلاَّ دَخَلَتِ الْجَنَّةَ”. فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنْهُنَّ: أَوِ اثْنَيْنِ؟ يَا رَسُوْلَ اللهِ! قَالَ “أَوِ اثْنَيْنِ”.

Dari Abu Hurairah ra:
Bahwasanya Rasulullah saw bersabda kepada perempuan-perempuan dari kaum Ansar: “Seorang kamu yang kematian tiga orang anak dan dia menerima dengan sabar, niscaya dia akan masuk surga.” Seorang perempuan di antara mereka mengatakan: Atau dua orang ya Rasulullah! Beliau menjawab: Atau dua orang. (HR Muslim : 2632)

 

Soalan 7

Mengenai mertua hendak pegang gaji menantunya tetapi menantu membantah, kemudian mertua memujuk anaknya supaya menceraikan menantunya dan anaknya bersetuju..lalu mereka bercerai. Mertua berkata dia tidak akan memaafkan mereka andai mereka rujuk semula. Namun dalam diam anak dan menantunya rujuk tanpa pengetahuanya kerana masih saling menyayangi dan mempunyai 3 orang anak.

Berdosakah anak dan menantunya buat begitu? Adakah mereka tergolong sebagai anak derhaka?

Jawapan

Menantu dikontrol oleh mak mertuanya

1. harta isteri
Harta isteri adalah haknya, tidak boleh dikontrol oleh suami atau ibu mertuanya. dalil:
طِبْنَ لَكُمْ عَن شَىْءٍ مِّنْهُ نَفَسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا

“Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari mas kawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya”. [AQ.an Nisaa`/4 : 4]
Maka harta lain sekalipun misalnya gaji isteri jika dia bekerja adalah mutlak miliknya tidak boleh dikuasai oleh orang lain hatta suami atau ibu mertuanya. Jika ibu mertua memaksa utk menguasai gaji isteri, maka ia satu kesalahan syariah dan boleh moengadu kpd mahkamah syariah.
2. Rujuk secara rahsia
Boleh, asalkan ia didaftarkan di mahkama syariah, talak dan rujuk, itu satu kemestian. merahsiakan dari mertua yang zalim dibolehkan.

 

Soalan 8

Sahihkah hadith diatas?

Jawapan

Takhrij hadith Ummu salamah. Sahih.
ما خرج رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ مِنْ بيْتِي قَطُّ إلَّا رفع طرْفَهُ إلى السماءِ فقال اللهمَّ إِنَّي أعوذُ بِكَ أنْ أَضِلَّ أوْ أُضَلَّ ، أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ ، أَوْ أَظْلِمَ أُوْ أُظْلَمَ ، أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ
الراوي : أم سلمة هند بنت أبي أمية | المحدث : الألباني | المصدر : الكلم الطيب
الصفحة أو الرقم: 60 | خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح
muhadith: albani, sahih Kalim Tayyib

 

Soalan 9

Betulkah artikel ini?

Jawapan

Artikel Rokok
Ianya adalah palsu. rokok tercipta di zaman selepas generasi salaf

 

 

Soalan 10

Sahihkah kenyataan diatas?

Jawapan

Tafsir al-Maidah ayat 54
jika ia dimaksudkan dengan kaum asya’irah, ia adalah takwil puak asya’irah dna tafsir spt itu adalah batil.
pertama: kena ambil ayat 54 secara penuh dulu.
“Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang Mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui (AQS al-Maidah [5]: 54.
Ia isu murtad. dan murtad berlaku pertama kali di zaman Abu Bakar, murtadnya penduduk Yaman yang dipimpin oleh Musailamah. sedangkan kaum asya’irah tidak menghadapi isu murtad dan mereka tidak pernah memerangi kaum murtad dalam sejarah dgn pedang. Maka dakwaan kaum asya’irah adalah takwil yg sesat

 

Soalan 11

Betulkah potong kuku ada hari2 tertentu?Ada yang kata potong kuku hari selasa kena cancer.

Jawapan

Potong kuku hari hari tertentu
Tidak ada kaifiat potong kuku pada hari tertentu, kata al-Sakhawi
Kata al-Sakhawi:

لم يثبت في كيفيته، ولا في تعيين يوم له، عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء

Maksudnya: Tidak sahih (dalam bab memotong kuku) satu hadis pun dari nabi saw pada kaifiat (memotongnya) dan juga pada menentukan hari (memotongnya) (al-Sakhawi, al-Maqasid al-Hasanah, ms 489)
*al-Sakhawi, syafi’iyah, Egypt, wafat 902H

 

Soalan 12

Adakah Starbucks haram?

Jawapan

Status halal/haram starbuck
kena lawati ke premis starbuck dan lihat sendiri atau minta kakitangannya menunjukkan sijil Halal Jakim. premis halal wajib menunjukkan sijil halal jakim. WA
Starbuck ada outlet di Mekah dan Medinah.

Komen dan Soalan