Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Nota Fiqh Wanita 83

Nota Fiqh Wanita 83

222
0
Iklan

S&J FIQH WANITA

 

Soalan 1

Apakah hukum bersedekah kepada orang yang bukan islam? Ada pendapat yang menyatakan tidak boleh bersedekah dengan orang bukan islam, adakah benar?

Jawapan

Sedekah kepada non Muslim
Hukumnya boleh.
“Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang tidak beriman) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturanNya). Dan apa jua harta yang baik yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang baik, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan”.

Dengan turunnya ayat ini bererti pemberian sedekah kepada sesiapa sahaja, sama ada muslim atau bukan muslim , orang soleh atau tidak, tetap mendapat pahala dari sisi Allah selagi tujuannya mencari keredaan Allah. (lihat: Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, 2/476).
Fatwa syaikh Uthaimin:
Boleh, dan dia menggunakan ayat 8 surah al-Mumtahinah:
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan Berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu..”

 

Soalan 2

Betul ke tidak ada istilah muslimat bersahabat dengan muslimin?

Jawapan

Ada..AQ 9:71

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan salat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Mereka bersahabat dalam kerja amar makruf nahy mungkar

 

Soalan 3

Syeikh…jika sanggup menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat…adakah kita meruntuhkan rumahtangga orang?

Jawapan

Tidak runtuh kalau lelaki tsb:
1. Pemimpin yg kuat dan disegani isterinya
2. Kekuatan ekonomi, isteri pertama tidak perlu hilang nafkah yg dinikmati sedia ada
3. Ada sebab yang kuat, cthnya kekuatan seksual suami yg luar biasa, isteri pertama mandul dan sebagainya.
4. Kekuatan mematuhi jadual giliran dan adil

 

Soalan 4

Adakah suami berdosa kalau mengongkong hidup si isteri. Maksud saya hak saya sebagai suami menyekat kebebasan isteri keluar. Adakah  suami berdosa jika si isteri meminta menuntut cerai namun tidak di endahkan oleh si suami?
Apakah hukum si isteri melarang suami melawat anak sedang kan pertalian masih suami isteri?

Jawapan

Suami yang tidak bertanggungjawab
Wanita kena tahu hak isteri juga ada untuk membubarkan perkahwinan dengan proses mahkamah, cuma prosesnya lambat, sampai 10 tahun jika suami jenis bahloel. Manakala hak penjagaan anak2 (hadanah) akan diputuskan oleh mahkamah kelak.

 

Soalan 5

Apakah doa yang terbaik oleh seorang anak untuk ibubapa yang dah meninggal?

Jawapan

Dalam Al quran ada,
1)
رَّبِّ ٱرْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِى صَغِيرًا ﴿٢٤﴾
“Wahai Tuhanku! Sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil.”
(Q.S al-Isra` 17:24)

2) AQ Nuh 71:28
Doa yg ini ,doa ni utk kaum muslimin dan muslimat juga, doa ni bagus sekali untuk diamalkan.

رَّبِّ ٱغْفِرْ لِى وَلِوَٰلِدَىَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِىَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَٱلْمُؤْمِنَٰتِ وَلَا تَزِدِ ٱلظَّلِمِينَ إِلَّا تَبَارًۢا ﴿٢٨﴾

“Ya Tuhanku, ampunilah aku, ibu bapakku, dan siapa pun yang memasuki rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kehancuran.” “
(Q.S.71:28)

 

Soalan 6

Sahih tak hadith dibawah ini ?
Jabir bin Abdullah R.Anhuma berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Zikir paling afdhal ialah Laailahaillallah.Manakala doa paling afdhal ialah Alhamdulillah.”
(H.R. At Tirmizi)ْ

Jawapan

tahqiq/takhrij hadith Jabir
أفضلُ الذِّكرِ لا إلهَ إلَّا اللهُ وأفضَلُ الدُّعاءِ الحمدُ للهِ
الراوي : جابر بن عبدالله | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الترمذي
الصفحة أو الرقم: 3383 | خلاصة حكم المحدث : حسن

albani mengklaskan sbg hasan, sahih Termidzi, no 3383
fiqh hadith: fadilat tahlil dan tahmid
Tahlil adalah zikir paling agung, gitu juga tahmid, namun tidak ada di sana Tahlil arwah atau tahlil utk arwah si mati. Bila mati anak adam, maka putuslah zikirnya.

 

Soalan 7

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mendengar ada orang yang berdoa dalam shalatnya dan dia tidak memuji Allah dan tidak bershalawat kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian beliau bersabda: “Orang ini terburu-buru.” kemudian Beliau bersabda,

إذا صلى أحدكم فليبدأ بتحميد ربه جل وعز والثناء عليه ثم ليصل على النبي صلى الله عليه وسلم ثم يدعو بما شاء

“Apabila kalian berdoa, hendaknya dia memulai dengan memuji dan mengagungkan Allah, kemudian bershalawat kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Kemudian berdoalah sesuai kehendaknya.” (H.r. Ahmad, Abu Daud dan dishahihkan al-Albani)

Ibn Mas’ud mengatakan, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila beliau berdoa, beliau mengulangi tiga kali. Dan apabila beliau meminta kepada Allah, beliau mengulangi tiga kali. (H.r. Muslim).

1. Hadith diatas ni sahih tak?
2. kalau sahih ,boleh jelas kan maksud hadith diatas?

Jawapan

tahqiq hadith kaifiat berdoa dl solat
معَ النبيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ رجلًا يَدْعُو في صلاتِهِ فلمْ يُصَلِّ على النبيِّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ فقال النبِيُّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ عَجِلَ هذا ثُمَّ دعاهُ فقال لهُ أوْ لغيرِهِ إذا صلَّى أحدُكُمْ فَلْيَبْدَأْ بِتَحْمِيدِ اللهِ والثَّناءِ عليهِ ثُمَّ لَيُصَلِّ على النبيِّ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ ثُمَّ لَيَدْعُ بَعْدُ بِما شاءَ
الراوي : فضالة بن عبيد | المحدث : الترمذي | المصدر : سنن الترمذي
الصفحة أو الرقم: 3477 | خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح
sunan Termidzi no 3477, Imam abu Isa berkata, hasan sahih, paling sahih di sisinya.
fiqh hadith, adab berdoa agar dikabulkan ialah dengan tahmid dan shalawat dulu, jgn terus minta.

 

Soalan 8

Mengenai kawan saya sudah 1 tahun lebih berkahwin tetapi suami belum menyentuhnya lagi. Apakah mereka masih sah suami isteri? Dia takut nak pergi pejabat agama.

Jawapan

Kawin setahun, suami tidak menyentuhnya
Hukum kawin adalah sah. tetapi jika suami tidak menyentuhnya selama 4 bulan, maka isteri boleh mengadu kpd mahkamah. kemungkinan perkahwinan tsb adalah atas pilihan keluarga. sebelum proses mahkamah, isteri kena mengadu kpd famili, dan famili akan melantik hakam atau wakil dan berunding antara keluarga.

 

Soalan 9

Adakah benar kita sebagai anak tak boleh kecil hati dengan ibu tapi ibu boleh kecil hati dengan anak? Dan berdosa besar kecilkan hati Ibu kan?

Jawapan

Hubungan dgn ibu
orang cakap: ” anak tak boleh kecil hati dgn Ibu tp Ibu boleh kecil hati dgn anak”
Sahih, dalilnya:
“Dan Rabb-mu telah memerintahkan agar kamu jangan beribadah melainkan hanya kepada-Nya dan hendaklah berbuat baik kepada ibu-bapak. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, ‘Ya Rabb-ku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil.’” (AQS Al-Israa’ : 23-24).
“Bersyukurlah kepada-Ku, dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada-Ku tempat kembalimu.” (AQS. Luqman: 14)”.

 

Soalan 10

Apakah berdosa jika seorang isteri berkecil hati dengan suami. Rasa kecil hati pada suami disebabkan suami membentak / menyindir isteri di khalayak ramai ( ipar duai, mertua, adik perempuannya ) tanpa menjaga perasaan si isteri. Hingga satu masa si isteri tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan suami kerana masih berkecil hati dengannya.

Jawapan

Isteri kecil hati dengan suami
Hukumnya boleh, sebab suami tiada sifat terbaik/terpuji maka hilanglah rasa hormat isteri kepadanya, dalil2:
أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا

“Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya di antara mereka, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap istri-istrinya”(HR Termidzi, Ibn Majah, sahih, al-Albani, silsilah sahihah, no 284

عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى. رواه الترمذى

Artinya: “Aisyah ra berkata: “Rasulullah saw berasabda: “Sebaik-baik kamu adalah (suami) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” HRTirmidzi dan disahihkan oleh al-Albani, As Sahihah (no. 285).

عَنِ جابر، رَضِيَ الله عَنْهُمَا، قَالَ : قال رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم: خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Artinya: “Jabir ra bercerita bahwa Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.” Hadits dihasankan oleh al-Albani di dalam Sahihul Jami’ (no. 3289).


Soalan 11

Syeikh mohon pencerahan hadis dalam pic ini👆

Jawapan

Fiqh hadith sekiranya kamu tidak berbuat dosa

والذي نفسي بيدِه ! لو لم تذنبوا لذهب اللهُ بكم ، ولجاء بقومٍ يذنبون ، فيستغفرون اللهَ ، فيغفرُ لهم
الراوي : أبو هريرة | المحدث : مسلم | المصدر : صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 2749
“Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya, kalau seandainya kalian tidak berdosa maka Allah akan membinasakan kalian dan sungguh Allah akan mendatangkan suatu kaum yang berdosa lalu mereka beristighfar kepada Allah lalu Allah mengampuni mereka” jalur abu hurairah sahih Muslim no 2749

Fiqh hadith:
Fitrah kejadian Adam ialah terjatuhnya anak adam ke kancah dosa. Ulang alik antara dosa dan taubat/istighfar adalah asal kejadian asal manusia. siapa yang cuba menjadi maksum akan binasa.

 

Soalan 12

Saya ada seorang sahabat dia selalu kongsi masalah dengan saya,dia pernah cakap mak dia sanggup menipu semata mata nak tutup kesalahan abang dia buat walhal benda salah sanggup diam kerna takut anak dia marah marah.apa solusinya yang terbaik syeikh?

Jawapan

Emak tipu adik beradik atas kesalahan abang kerana takutkan anak
No comment isu2 masyarakat yg jauh dari agama dan cara dia membesarkan anak2 juga jauh dari agama. emak kena tanggung bila dia salah membesarkan anak2nya. Ini biasa dalam drama TV3 je

 

Soalan 13

Mengenai pakaian sutera bagi lelaki ialah hukumnya haram. Kalau bercampur material lain, boleh ke?
Boleh tak industry batik buat silk shirts untuk di jual kepada pengunjung non muslims sahaja? Adakah ini termasuk subahah?

Jawapan

Seputar hukum sutera/silk
Hukum asal: hukum makruh, kerana masih ada 20 sahabat yg memakai sutera (Fiqh sunnah, syed sabiq)
1.1 fabrik kain yang bercampur benang sutera
Al-Haafidh Ibnu Hajar dalam Al-Fath (10/294) berkata : ”Jumhur ulama berpendapat tentang bolehannya memakai sutera apabila campurannya lebih banyak daripada sutera tersebut. Juga al-qardhawi, halal n haram, syaukani, nail al-awthor
1.2 batik sutera utk tourist.
boleh, jika bercampur benang lain, sutera kuran dari 50%, jika 100% hendaklah utk wanita non-muslim sahaja

 

Soalan 14

Apakah jatuh berdosa bagi seorang isteri yang sesudah berkahwin tapi tak ada perasaan untik menyayangi suaminya walaupun dah dicuba? Tetapi si isteri tetap patuh dan taat kepada suami, cuma tujuan berkahwin cuma sekadar untuk mendapatkan zuriat sahaja.

Jawapan

Isteri yang tidak menyintai suaminya
Dasar kawin adalah:
“Dan di antara ayat-ayat-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu merasa nyaman kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu mawadah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir” [Ar-Rum 21]

“Mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka.” (Al-Baqarah: 187)
Kalau tak cinta, tidak ada masalah, cuma ia bercanggah dgn kehendak AQ dan fitrah manusia.
cth: melancung tapi tidak dapat nikmat pemandangan dan makanan semasa melancung
makan tapi tidak ada rasa nikmat makanan, maka agak pelik, jika kawin, tak dapat nikmat cinta dan kasihsayang.

 

Soalan 15

Seorang suami (mualaf) selama bersama isterinya 15 tahun usia perkahwinan mereka, suami tidak berpengetahuan tentang agama Islam. Adakah ia menjadi dosa kepada isteri kerana tidak membimbing suaminya?

Jawapan

Suami mualaf yang tidak berpeluang belajar
Satu kerugian besar. dapat pahala besar mengislamkan suami, tapi kemudian tidak berusaha mendalamkan dia akan agama. Jika dia ustazah, kena ada kelas bersamanya. Jika isteri tidak ada ilmu juga, kena selalu hadir dalam majlis ilmu atau ambil kursus malam di masjid spt Mesjid negeri shah alam yg ada berpuluh-puluh kelas bersiri dalam pelbagai ilmu. Juga akademi islam UM yg menawarkan sijil2 bahasa arab, alqur’an hadith dan fiqh.

 

Komen dan Soalan