Utama Blog Halaman 172

Tafsir Surah Al-Bayyinah – Tafsir Ayat Ke-8 (Bahagian II)

0

Tafsir Surah Al-Bayyinah

Tafsir Ayat Ke-8 (Bahagian Kedua)

Pada perbincangan yang lepas, kita telah berbicara mengenai:

1. Balasan istimewa Allah SWT kepada sebaik makhluk ( Khairul Bariyyah ), iaitu Syurga Adnin serta bagaimana “jalan” yang ada untuk ke sana.

2. Antara sifat yang baik kepada penghuni Syurga, iaitu kekal berada di dalamnya. Tiada kebimbangan, penat lelah lagi sebagaimana usaha keras mereka menjadi hamba Allah sewaktu di dunia.

Kemudian Allah menyambung lagi dengan nikmat yang lain. Nikmat ini adalah lebih besar kalau dibandingkan dengan nikmat syurga yang disebut sebelum ini:

رَضِيَ اللَّهُ عَنهُم

“Allah redha dengan mereka”.

Kalimah ارضي – maksud puas dengan sempurna. Ini adalah satu nikmat yang amat besar dan termasuk nikmat dalaman.

Nikmat jasmani adalah duduk di syurga dengan segala kenikmatan zahir, tetapi nikmat rohani adalah nikmat yang dirasai oleh hati kita.

Dan nikmat yang paling hebat adalah redha Allah SWT.

Sekadar tambahan:

Zahirnya bukanlah ukuran pada kebahagiaan. Boleh jadi ada yang mampu beli banyak lauk, tetapi disebabkan ada penyakit maka sekadarnya dia boleh makan. Mungkin ada yang membeli 1 – 2 mata lauk, tetapi bahagia dapat berkongsi. Melihat anak-anak tetap berselera.

Oleh itu, sering kita berdoa untuk kedua-duanya :

اللهم إنا نسئلك رضاك والجنة

“Ya Allah, kami memohon dari-Mu keredhaan-Mu dan Syurga”.

Ini doa yang diajar oleh Nabi SAW, turut mengutamakan redha Allah SWT. Itulah pencarian hidup yang kita usahakan.

Bukan sahaja ia diperlukan di dunia, bahkan itulah tiket untuk masuk ke dalam syurga Allah SWT.

Dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman dalam surah [ Al-Fajr: 27 – 30 ].

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ

ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً

فَادْخُلِي فِي عِبَادِي

وَادْخُلِي جَنَّتِي

“Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!

Kembalilah kepada Tuhan mu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) !

Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hamba ku yang berbahagia,

Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku!”

Orang yang redha dan diredhai ini adalah antara golongan yang berbahagia.

Bagaimana kita dapat mengesan ciri-ciri hamba Allah yang diredhai?

A) PEKERTI MULIA [ Al Furqan: 63 ]

وَعِبَادُ الرَّحْمَٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا

“Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhai-Nya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.”

Apakah contoh akhlak yang patut kita lakukan untuk termasuk dalam kumpulan “A” ini?

Akhlak Nabi SAW – dan itulah ia Al-Quran

“akhlak Nabi ialah Al-Quran” – Hadis Aisyah

B) TEKUN BERIBADAH [ Al-Furqan: 64 ]

وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا

Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri.

Tekun ibadah bukan setakat siang hari, juga pada malam hari. Semak diri kita sama ada jenis tekun ibadah ATAU tekun tidur ( lena tidak sedar-sedar ).

C) BERDOA PADA ALLAH [ Al Furqan: 65 ]

وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ ۖ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا

“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan”.

D) BIJAKSANA [ Al-Furqan: 67 ]

وَالَّذِينَ إِذَا أَنفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا

“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu”

E) HINDARI DOSA BESAR [ Al-Furqan: 68 ]

وَالَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَ وَلَا يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ يَلْقَ أَثَامًا

“Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya”.

Untuk ikhlas :

  1. Kena ada ilmu yang betul ( Al-Quran / Sunnah ) – Kalau Quran sudah jelas surah Ikhlas hanya perlu belajar lagi.
  2. Sentiasa berlatih sifat ihsan ( rujuk hadis-hadis – dalam matan 40 Nawawi )
  3. Banyakkan istighfar dan bersangka baik.
  4. Istiqamah dalam meneruskan kebaikan, Insya Allah akan terbit keikhlasan.
  5. Bangun malam untuk minta Allah agar beri kita keikhlasan.

Siapa yang akan mendapat semua ini?

ذٰلِكَ لِمَن خَشِيَ رَبَّهُ

“Itu semua untuk dia yang takut kepada Tuhannya”.

خ ش ى

Adalah takut kepada sesuatu yang lebih besar, lebih kuat dari kita. Iaitu takut kepada Allah.

Syurga dan segala nikmat yang telah disebut di atas adalah untuk mereka yang takut kepada Allah, lebih dari dia takut kepada selain-Nya.

Tiada jalan untuk menjadi hamba yang takutkan Allah SWT, melainkan perlu menambah ilmu ( Al-Quran dan Sunnah ).

Allah Ta’ala berfirman dalam Surah [ Fatir: 28 ]

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

“Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah yang takut kepada-Nya hanyalah para “Ulama”, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun”.

Atau lebih mudah kita fahami, jadilah hamba yang takutkan Allah dengan ilmu. Atau jadikan ilmu yang kita ada hari ni agar lebih takutkan Allah SWT.

Sesungguhnya ANTARA golongan yang mendapat naungan Allah SWT di hari akhirat ialah :

وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ

Seseorang yang mengingati Allah dalam keadaan sepi / seorang diri lalu ia menitiskan air matanya ( kerana takut dan insaf kepada Allah SWT ).

(HR. Bukhari 1423 dan Muslim 1031)

Penutup:

Surah ini bermula dengan menyentuh tentang perbezaan manusia. Perbezaan itu jelas dengan adanya Bayyinah. Itulah ( Bayyinah ) pembahagi manusia sama ada beriman atau tidak.

Akhir sekali, dua golongan yang akan terpisah ini dipanggil Khairul Bariyyah atau Syarrul Bariyyah.

Ibrah dan kesimpulan :

1. Nikmat terbesar seorang hamba dengan Tuhan ialah apabila ia saling redha dan meredhai Allah SWT dengan menjadi hamba Allah yang terbaik ( bertaqwa kepada Allah SWT ).

2. Kita hendaklah berusaha menjadi Allah SWT yang diredhai, melalui jalan yang benar ( seperti yang terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW ).

3. Jadilah hamba yang takut kepada Allah SWT. Jika mungkin kita tidak rasa malu dengan Allah, maka didiklah hati pada malam hari mengingati Allah serta takut dengan kesalahan yang pernah kita lakukan.

 

Allahu a’lam.

*TAKE OVER of Britain*

0

Artikel yang menarik

Che Ab Rahim Mahmood

*TAKE OVER of Britain*

Who to blame for passively succumbing to the Muslim invasion ?

*Hamza Yakasai*

See for yourself :

Mayor of London … MUSLIM
Mayor of Birmingham … MUSLIM
Mayor of Leeds … MUSLIM
Mayor of Blackburn … MUSLIM
Mayor of Sheffield … MUSLIM
Mayor of Oxford … MUSLIM
Mayor of Luton … MUSLIM
Mayor of Oldham … MUSLIM
Mayor of Rochdale ….. MUSLIM.

Now all UK schools are ONLY serving HALAL MEAT !

All this achieved by just 4 million Muslims out of the 66 million population !!!

This is an eye opener

Here Hamza Yakasai *Quotes regarding Islam, by some Western philosophers :*

1. Leo Tolstoy (1828-1910):
“Islam will rule the world one day, because in it there is a combination of knowledge and wisdom”.

2. Herbert Wells (1846-1946):
“Until the effectiveness of Islam again, how many generations will suffer atrocities and life will be cut off ? Then one day the whole world will be attracted to it, on that day there will be PEACE and on that day the world will be inhabited again .

3. Albert Einstein (1879-1955):
“I understand that the Muslims did it through their own intelligence and awareness which the Jews could not do. In Islam it is the power that can lead to peace”.

4. Huston Smith (1919):
“The faith which is upon us now and which is better than us in the world, is Islam. If we open our hearts and minds for it, then it will be good for us”.

5. Michael Nostradamus (1503-1566):
“Islam will be the ruling religion in Europe, and the famous city of Europe will become the Islamic State capital.”

6. Bertrand Russell (1872-1970):
“I read Islam and realized that it is to be the religion of all the world and all humanity. Islam will spread throughout Europe and in Europe the big thinkers of Islam will emerge. A day will come when Islam will be the real stimulus of the world. “.

7. Gosta Lobon (1841-1931):
“Islam only talks about peace and reconciliation. Invite Christians to appreciate the faith of reform.”

8. Bernard Shaw (1856-1950):
“The whole world will accept Islam religion one day and if it can not even accept the real name, it will accept it by a name of metaphor. West will accept Islam one day and Islam will be the religion of those who have studied in the world. “

9. Johann Geith (1749-1832):
“We all have to accept Islam religion sooner or later. This is the real religion. If I am called a Muslim, I will not feel bad, I accept this as a right thing.”

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156006369631686&id=712211685

Tafsir Surah Ghafir – Tafsir Ayat Ke-43 dan Ke-44

0

Tafsir Ayat Ke-43:

 

لا جَرَمَ أَنَّما تَدعونَني إِلَيهِ لَيسَ لَهُ دَعوَةٌ فِي الدُّنيا وَلا فِي الآخِرَةِ وَأَنَّ مَرَدَّنا إِلَى اللهِ وَأَنَّ المُسرِفينَ هُم أَصحابُ النّارِ

“Tidak syak lagi, bahawa makhluk-makhluk yang kamu ajak aku menyembahnya itu tidak dapat menyahut sebarang seruan (atau memberikan sebarang pertolongan) sama ada di dunia atau di akhirat; dan sesungguhnya tempat kembali kita semua ialah kepada Allah SWT, dan sebenarnya orang-orang yang melampau kejahatannya itu, merekalah ahli neraka.

 

لَا جَرَمَ

“Tidak syak lagi”

 

Kalimah ini sebagai tahkik (penegasan, penguat) tentang apa yang hendak dikatakan. Maksudnya: Tidak syak lagi.

أَنَّمَا تَدْعُونَنِي إِلَيْهِ

“Sesungguhnya apa yang kamu ajak aku kepadanya”

 

Apa yang mereka ajak? Mereka mengajak sembah Firaun dan menyeru sembahan-sembahan yang lain, selain daripada Allah SWT.

لَيْسَ لَهُ دَعْوَةٌ

“tidak ada baginya suatu kuasa yang boleh terima doa kita”

 

Maknanya, yang disembah itu tidak dapat hendak menjawab doa kita. Bertepuk sebelah tangan sahaja. Yang berdoa kepada selain Allah SWT itu, sia-sia sahaja. Mereka tidak tahu pun yang ada orang berdoa kepada mereka kerana mereka tidak ada kuasa. Hanya Allah SWT sahaja yang boleh mendengar doa kita.

Kalau seru kepada para Nabi pun, semuanya telah wafat dan tidak lagi mendengar permohonan mereka. Begitu juga dengan para wali, mereka juga telah mati. Jika malaikat mendengar pun, mereka tidak ditugaskan untuk mendengar doa dan menyampaikan doa kita kepada Allah SWT. Mereka hanya menjalankan tugas spesifik yang telah diberikan kepada mereka oleh Allah SWT.

Allah SWT telah sebut dalam ayat lain:

إِنْ تَدْعُوهُمْ لَا يَسْمَعُوا دُعَاءَكُمْ وَلَوْ سَمِعُوا مَا اسْتَجَابُوا لَكُمْ

“Jika kamu menyeru mereka, mereka tiada mendengar seruan mu; dan kalau mereka mendengar, mereka tidak dapat memperkenankan permintaan mu.” (Fatir: 14)

 

فِي الدُّنْيَا وَلَا فِي الْآخِرَةِ

“di dunia ini dan tidak juga di akhirat”

 

Mereka tidak dapat membantu apa-apa pun, sama ada di dunia atau di akhirat kerana mereka tidak dapat mendengar doa kita semasa di dunia dan semasa di akhirat pun. Jika seseorang itu ada di hadapan kita dan kita minta tolong kepada orang itu, bolehlah dia tolong. Tetapi kalau dia di tempat lain, alam lain, bagaimana dia hendak dengar?

Banyak kisah-kisah mengarut dari golongan sufi yang menceritakan bagaimana ada wali-wali mereka yang boleh dengar permintaan manusia walaupun mereka ada di tempat yang jauh. Ini tidak benar, dan kisah-kisah itu tidak boleh dipertanggungjawabkan. Melalui pengalaman, golongan yang menggelar diri mereka ahli sufi dan ada dalam tarekat, mereka itu tidak berilmu dan senang untuk ditipu dengan kisah-kisah dongeng.

Kalau di akhirat nanti, sembahan-sembahan mereka itu tidak dapat membantu sesiapa pun. Nabi dan wali itu sendiri ada masalah masing-masing dan tidak dapat hendak bantu sesiapa. Orang yang menyeru kepada Nabi, wali dan malaikat itu sangka, kalau dulu di dunia, mereka selalu sembah dan seru, tentulah sembahan-sembahan itu akan tolong mereka semasa di akhirat. Namun, ini tidak akan berlaku seperti yang disebut dalam ayat ini dan ayat-ayat yang lain.

وَأَنَّ مَرَدَّنَا إِلَى اللهِ

“dan kembalian kita semua kepada Allah SWT juga”.

 

Kita semua akan kembali kepada Allah SWT selepas kita mati nanti dan akan menjawab segala amalan dan perbuatan kita. Kalau kita akan akhirnya kembali kepada Allah SWT, maka kita kena takut kepada-Nya, taat kepada-Nya, seru kepada-Nya dan sembah hanya kepada-Nya sahaja.

وَأَنَّ الْمُسْرِفِينَ هُمْ أَصْحَابُ النَّارِ

“Dan sesungguhnya orang yang melampau itu adalah ahli neraka”.

 

Melampau yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah melampau dalam hal akidah. Kalau melampau dalam hal akidah, itu maknanya telah melakukan syirik. Mereka yang melakukan syirik semasa di dunia, akan kekal di dalam neraka selama-lamanya kerana mereka telah melakukan syirik dan Allah SWT telah berfirman dalam ayat yang lain, yang Dia tidak akan mengampunkan segala kesalahan syirik.

Banyak kali disebut-sebut telah mereka yang ‘melampau’. Kerana itulah yang mereka lakukan. Sebagai contoh, Firaun melampau dengan mengatakan yang dia adalah tuhan. Itu adalah melampau yang paling besar sekali, kerana sampai mengaku tuhan.

Tidaklah ramai yang ada mengaku sebagai tuhan. Tetapi yang ramai buat adalah melampau dalam hal akidah juga. ‘Melampau’ itu bermaksud, buat sesuatu yang tidak ada dalil dalam dalil yang sah. Kalau memandai-mandai buat perkara yang tidak ada dalil, itu sudah melampau namanya.

Firaun dan pengikutnya juga telah melampau dalam hal selain dari akidah, seperti dalam tindakan mereka kepada Bani Israil – mereka hambakan Bani Israil, mereka seksa dan buat macam-macam lagi kekejaman kepada Bani Israil. Itu juga adalah perkara yang melampau. Tetapi yang paling teruk adalah melampau dalam hal akidah. Kerana yang melampau dalam hal akidah, tidak akan mendapat pengampunan dari Allah SWT, dan kerana itu mereka akan kekal dalam neraka.

Mereka juga melampau dalam menentang Nabi Musa a.s. Sesiapa yang menentang Rasulullah, tidak akan selamat.

 

Tafsir Ayat Ke-44

Kata-kata terakhir Lelaki Mukmin itu.

فَسَتَذكُرونَ ما أَقولُ لَكُم ۚ وَأُفَوِّضُ أَمري إِلَى اللهِ ۚ إِنَّ اللهَ بَصيرٌ بِالعِبادِ

“Kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan kepada kamu; dan aku sentiasa menyerahkan urusan ku bulat-bulat kepada Allah SWT (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah SWT Maha Melihat akan keadaan hamba-hamba-Nya”.

 

فَسَتَذْكُرُونَ مَا أَقُولُ لَكُمْ

“Kamu pasti akan ingat kembali apa yang aku kata kepada kamu”

 

Sekarang kamu tidak kisah dengan apa yang aku cakap, tetapi nanti kamu akan ingat apa yang aku katakan ini. Kamu akan tahu bahawa apa yang aku katakan ini adalah benar belaka. Bila? Di akhirat nanti. Waktu itu jika baru tersedar, memang sudah terlambat.

وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللهِ

“Dan aku menyerahkan urusan ku hanya kepada Allah SWT”

 

Sekarang baru dia mengaku dia telah menganut Islam. Bukankah Muslim itu bermaksud menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT?

Lelaki Mukmin itu kata: Aku telah jalankan tugas ku menyampaikan dakwah kepada kamu, sekarang aku serah kepada Allah SWT sahaja. Dia yang akan uruskan segalanya. Hamba Mukmin ini tahu yang dia hanya boleh sampaikan sahaja, maka sama ada diterima atau tidak, terpulang kepada Allah SWT. Hanya Allah SWT sahaja yang boleh beri taufik hingga mereka mahu terima Islam atau tidak.

Dia juga serahkan dirinya kepada Allah SWT. Sebab sudah boleh agak yang dia akan berada dalam keadaan bahaya atas kata-katanya itu. Mereka tentu akan cuba untuk bunuh dia nanti. Dia tahu yang Allah SWT yang akan uruskan segalanya. Inilah tawakal namanya.

إِنَّ اللهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ

“Sesungguhnya Allah SWT Maha Melihat keadaan hamba”

 

Allah SWT Maha Tahu mereka yang hendak berkhianat dan keadaan Lelaki Mukmin yang takut kena bunuh oleh mereka. Sebab itu dia serahkan dirinya kepada Allah SWT sahaja.

Ini adalah kata-kata doa seorang mukmin kepada Allah SWT. Sebab dia nampak mereka hendak lawan balik. Seorang yang mukmin akan berserah kepada Allah SWT sahaja, dengan berdoa kepada Allah SWT sahaja.

Allahu a’lam.

Ahli Syurga (Daif), Kebumi di Malaysia, Nasab Anak Luar Nikah

0

1. Apakah status hadis di bawah?
Anas ibn Malik reported: We were sitting with the Messenger of Allah, peace and blessings be upon him, and he said, “A man from the people of Paradise is about to enter upon you.” A man from the Ansar came whose beard was disheveled by the water of ablution and he was carrying both of his shoes with his left hand. The next day the Prophet repeated the same words, and the man came in the same condition. The third day the Prophet repeated the same again, and the man came in the same condition. When the Prophet stood up to leave, Abdullah ibn Amr followed the man and he said, “I am in a dispute with my father and I have sworn not to enter my home for three days. May I stay with you?” The man said yes.
Abdullah stayed three nights with the man but he never saw him praying at night. Whenever he went to bed, would remember Allah and rest until he woke up for morning prayer. Abdullah said that he never heard anything but good words from his mouth. When three nights had passed and he did not see anything special about his actions, Abdullah asked him, “O servant of Allah, I have not been in dispute with my father nor have I cut relations with him. I heard the Prophet say three times that a man from the people of Paradise was coming to us and then you came. I thought I should stay with you to see what you are doing that I should follow, but I did not see you do anything special. Why did the Prophet speak highly of you?” The man said, “I am as you have seen.” When Abdullah was about to leave, the man said, “I am as you have seen, except that I do not find malice in my soul towards the people, and I do not envy anyone because of the good that Allah has given them.” Abdullah said, “This is what you have achieved and it is something we have not accomplished.” [Ahmad]

Status hadis pemuda calon ahli syurga. Tahqiq al-Albani:

يَطْلُعُ الآنَ عليكم رجلٌ من أهلِ الجَنةِ فطَلَعَ رجلٌ من الأنصارِ تَنطُفُ لِحيتُه من وُضوئِهِ
الراوي : أنس بن مالك | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف الترغيب

الصفحة أو الرقم: 1728 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف

Status hadis: Daif. Komen Daruqutni:

قال الدارقطني – رحمه الله – :
هذا الحديث لم يسمعه الزهري من أنس
(” العلل ” ( 12 / 204 ) . )

Status hadis: Daif kerana az-Zuhri tidak mendengar dari Anas RA.

2. Kawan saya baru meninggal dunia di Jepun. Dia akan dikebumikan di Malaysia pada hari Rabu atau Khamis. Adakah lebih baik dikebumikan di Jepun tempat dia meninggal dunia?
Pendapat Mazhab Hanbali Saudi:

فلا ينقل الميت من بلده إلى بلد آخر إلا لغرض صحيح. وهذا مذهب الأوزاعي، وابن المنذر. قال عبد الله بن أبي مليكة: توفي عبد الرحمن بن أبي بكر بالحبشة، فحمل إلى مكة فدفن، فلما قدمت عائشة أتت قبره ثم قالت: والله لو حضرتك ما دفنت إلا حيث مت، ولو شهدتك ما زرتك ولأن ذلك أخف لمؤنته وأسلم له من التغيير. فأما إن كان فيه غرض صحيح جاز

Terjemahan ringkas:
Boleh dipindahkan mayat jika ada tujuan yang lebih baik. Ini merupakan pendapat Auzai’iy dan Ibn Mundzir. Contoh, abang Aisyah RA, Abdul Rahman bin Abu Bakar meninggal di Habsyah, kemudian mayatnya dibawa ke Mekah, bila tiba di Mekah, Aisyah RA datang menziarahi jenazahnya. [al Mughni, 2:380]

3. Mahkamah Sivil membenarkan anak luar nikah dibinkan atau dibintikan dengan ayah kandungnya. Apakah ini bertujuan untuk kemaslahatan (faedah) bayi luar nikah?
Isu menasabkan anak di luar nikah.
Status pernikahan yang sah ini adalah isu yang besar zaman sekarang kerana meluasnya zina dan banyaknya anak zina. Kita lihat bagaimana fuqaha’ dari 4 mazhab ingin menyelesaikan isu ini:
Sepakat mazhab menetapkan menasabkan anak adalah melalui sistem perkahwinan yang sah. Ini cara yang terbaik dan pilihan Islam, nasab adalah melalui perkahwinan sahaja. Kemudian datang masalah zina.
1. Tangkap basah kemudian hamil, lalu manusia berpakat menikahkan pasangan itu dengan harapan, aibnya dapat ditutup segera.
Di sini sahaja ada beberapa isu.
1. Tangkap basah.
Mazhab Hanbali dan Maliki, tidak benarkan perkahwinan sehingga perempuan itu selesai bersalin. Tidak boleh dinasabkan kepada suami tangkap basah. Anak perlu dinasab kepada ibunya, seperti Isa anak kepada Maryam.
Mazhab Syafie ada 2 cara:
1) Jika lahir 6 bulan dari tarikh perkawinan, boleh dinasabkan, jika kurang, tidak boleh dinasabkan.
Mazhab Hanafi, boleh dinasabkan tanpa mengira bulan.
2) Anak zina, manakala pasangan itu tidak berkawin. Anak rogol dan perogol tidak menikah dengan mangsa rogol, walaupun ada anak.
3) Anak tabung uji.
Perlu difaham dulu kes no. 1 di atas iaitu tangkap basah.

Cabang-Cabang Iman – Cabang Ke-13 dan Ke-14

0

Cabang-Cabang Iman

Cabang ke 13

Tawakkal

الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepada-Nya segala urusan kami)”. [ Ali ‘Imran: 173 ].

إِنْ يَنْصُرْكُمُ اللَّهُ فَلَا غَالِبَ لَكُمْ ۖ وَإِنْ يَخْذُلْكُمْ فَمَنْ ذَا الَّذِي يَنْصُرُكُمْ مِنْ بَعْدِهِ ۗ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri. [Ali ‘Imran: 160]

 

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah SWT (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. [ Al-Anfal: – 2 ].

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telah pun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.[At-Talaq: 3].

Cabang Iman yang ke-13 iaitu Tawakkal dan serahkan urusan dan natijah urusan pada Allah SWT.

Tasdiqkan lah dalam hati, segala urusan dalam ilmu Allah SWT, dalam kebijaksanaan, dalam keadilan adalah urusan Allah SWT.

Tablighkan lah semua urusan jaga langit, jaga bumi dan seluruh alam ini adalah urusan Allah SWT..

Amalkan lah dalam setiap kerja kita dari mula lagi telah kita serahkan kepada Allah SWT dengan kata “Dengan Nama Allah (aku serahkan, aku mulakan, aku tawakkal) urusan ku ini.”

Maka, ucaplah Basmalah.

Cabang Ke-14

Cinta kepada Rasul-Nya Muhammad SAW

Ingat pada analogi seorang yang mengahwini wanita dan wanita tersebut ada anak perempuan. Ia berkaitan dengan cinta, perasaan hati, yang mahu sesuatu atau seseorang untuk menjadi istimewa dan khusus buatnya.

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Katakanlah Muhammad, sesungguhnya sekiranya kamu mencintai Allah SWT, maka ittiba’/ ikut contohi amal aku

Kata penyair.

Sesuatu yang ada hubungan Kekasih, akan dikasihi.

Tidaklah aku mencintai rumah-rumah dan dinding-dinding di bandar itu.

Melainkan kerana hubungannya dengan Leyla.

Tasdiqkan di dalam hati, akan betapa Allah SWT telah jadikan, pilihkan dan gunakan Rasulallah SAW untuk sampaikan Risalah-Nya. Mulai dari hari pertama terima Risalah hingga hari terakhir nafasnya baginda Rasulallah SAW menjalankan tugasan tersebut. Selama 23 tahun lamanya, di uji dan di beri pelbagai cabaran dalam menyampaikan Risalah Allah SWT.

“Telah menceritakan kepada kami Ya’qub bin Ibrahim berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu ‘Ulayyah, dari Abdul ‘Aziz bin Shuhaib, dari Anas, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam Dan telah menceritakan pula kepada kami Adam berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah, dari Qotadah, dari Anas berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “”Tidaklah beriman seorang dari kalian hingga aku lebih dicintainya daripada orang tuanya, anaknya dan dari manusia seluruhnya””. “ Al Bukhari menyebut dalam Sahihnya.

Tabligh dan Taqrirkan akan cinta kita kepada Rasul SAW, dengan menyampaikan sunahnya.

Amalkan cinta Rasul SAW dengan meletakkan perasan cinta ini mendahului dari manusia yang lain.

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Al-‘Alaq – Tafsir Ayat Ke-7 dan Ke-8

0

Tafsir Surah Al-‘Alaq

Pada perbincangan yang lepas, iaitu pada ayat ke-6, kita telah membincangkan mengenai Tughyan:

– Apakah sifat Tughyan yang telah dinyatakan dalam Al-Quran (iaitu ciri-ciri melampaui batas).

– Siapakah orang yang disebut sebagai “pelampau” secara individu.

– Dan siapakah pula Tughyan yang disebut secara kaum / berkumpulan.

Soalan:

1. Siapakah nama individu yang Allah SWT sebut sebagai Tughyan dalam Al-Quran?

Firaun

2.  Apakah nama kaum yang Allah SWT sebut sebagai Tughyan dalam Al-Quran?

     Kaum Aad, Thamud dan kaum Nabi Nuh a.s

Rujuk: Surah [ An-Najm: 50 – 53 ]

وَأَنَّهُ أَهْلَكَ عَادًا الْأُولَىٰ

“Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang membinasakan kaum “Aad” yang pertama (kaum Nabi Hud),”

وَثَمُودَ فَمَا أَبْقَىٰ

“Dan kaum “Thamud” (kaum Nabi Soleh). Maka tidak ada seorang pun (dari kedua-dua kaum itu) yang dibiarkan hidup”

وَقَوْمَ نُوحٍ مِّن قَبْلُ ۖ إِنَّهُمْ كَانُوا هُمْ أَظْلَمَ وَأَطْغَىٰ

“Dan kaum Nabi Nuh sebelum itu (telah juga dibinasakan). Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang sangat zalim dan sangat melampaui batas”.

Persoalan berikutnya, bagaimana manusia boleh bersikap “Tughyan” itu?

Tafsir Ayat Ke-7 :

أَن رَآهُ استَغنىٰ

“kerana dia melihat dirinya serba cukup”

Dalam maksud lain:

Orang itu jadi begitu kerana mereka sangka dan rasa yang mereka itu serba cukup, tidak perlukan Allah SWT serta petunjuk-Nya.

Pada pandangan mereka:

1. Hidup ini biar diatur sendiri tanpa perlu mengikut agama. Berdasarkan akal fikiran semata dan tidak memerlukan wahyu Allah SWT. Apatah hari ini ada yang berasa kolot apabila mengikut agama.

2. Mereka merasa cukup sekadar berada dalam kehidupan – cukup makan dan pakai, selamat dari bahaya. Bina kehidupan dunia, tanpa teringat untuk bersedia terhadap kehidupan yang kekal abadi (akhirat).

Semoga Allah SWT jauhkan kita dari 2 jenis sangkaan ini.

Soalan: Kita tidak dapat bayangkan bagaimanakah kaum Aad dan kaum-kaum seumpama yang dikatakan melampaui batas itu. Hidup zaman sekarang ini lagi banyak perkara-perkara yang telah melampaui batas cuma, adakah Allah SWT tangguhkan pembalasan sehingga hari akhirat?

Jawapan: Melampaui batas sebab tidak mahu ikut perintah Allah SWT dan Rasul SAW. Lalu Allah SWT hukum kesombongan dan keegoan mereka. Allah tangguh hingga hari akhirat kerana sifat pemurah Allah SWT. Namun, jika Allah SWT berkehendak, tidak mustahil Allah SWT beri kedua-dua balasan di dunia dan akhirat.

Kita pun hari ini kena semak semula diri kita sama ada ikut firman Allah SWT (Al-Quran) dan kata Nabi SAW (Hadis).

Akal fikiran kita terbatas, jika hendak selamat terus atas dunia maka kena ikut perintah Allah SWT. Dunia ini rapuh, bila-bila masa sahaja “banjir” besar (atau seumpama) boleh menimpa kita..

Sikap yang paling “akrab” apabila merasa cukup ini ialah: bakhil.

Hal ini disebut dalam [ Al-Lail: 8 dan 9 ]:

وَأَمّا مَن بَخِلَ وَاستَغنىٰ

“Sebaliknya: orang yang bakhil dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya”

وَكَذَّبَ بِالْحُسْنَىٰ

“Serta ia mendustakan perkara yang baik”

Bakhil di sini bermaksud: Lengah daripada berbuat kebajikan, kebaikan kepada Allah SWT.

Oleh itu, setiap kurniaan Allah SWT kepada kita, segera kembalikan semula kepada Allah SWT. Jangan kita bakhil dengan kecukupan yang kita ada pada hari ini kerana semuanya adalah dari Allah SWT yang memberi pinjam kepada kita.

Pendapat peribadi saya:

Golongan begini jadi bakhil sebab dia rasa semua nikmat itu kepunyaan dia.

Dia takut apabila memberi, akan berkurangan. Dia lupa bahawa semua dari Allah SWT dan Allah SWT jua yg menentukan segalanya.

Soalan: Adakah maksud bakhil di sini tidak mahu bersedekah dan membuat kebajikan lain?

Jawapan: Pada kefahaman biasa, kita anggap tidak suka bersedekah tetapi pada maksud yang umum tidak mahu berbuat apa sahaja kebaikan padahal dia mampu termasuklah jiwa, harta, masa dan tenaga.

Perkara yg kita perlu muhasabah juga, “bagaimana kecenderungan kita di atas dunia”

Lazimnya, kita juga suka memandang manusia yang kita “rasakan” serba cukup. Sedangkan pandangan begitu yang membuatkan agama kita menjadi sempit, dan tidak menjadi masyarakat yang terbuka.

Firman Allah SWT dalam Surah [ ‘Abasa: 5 – 10 ]:

أَمَّا مَنِ ٱسْتَغْنَىٰ

“Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup”, [‘Abasa: 5]

فَأَنتَ لَهُۥ تَصَدَّىٰ

“maka kamu melayaninya”. [‘Abasa: 6]

وَمَا عَلَيْكَ أَلَّا يَزَّكَّىٰ

“Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman)”.[‘Abasa: 7]

Ini menunjukkan manusia memang terbiasa untuk “memilih” dan cenderung untuk memilih orang yang kononnya “serba cukup”.

(Sehingga bimbang orang “serba cukup” itu mudah untuk terlalai hingga melupai Allah SWT kerana terlena dengan pandangan dan sanjungan manusia).

Sedangkan pilihan kita sepatutnya untuk mendekati orang yang ingin beriman dan takutkan Allah SWT.

وَأَمَّا مَن جَآءَكَ يَسْعَىٰ

“Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran)”, [‘Abasa: 8]

وَهُوَ يَخْشَىٰ

“sedang ia takut kepada (Allah)”,[‘Abasa: 9]

فَأَنتَ عَنْهُ تَلَهَّىٰ

“maka kamu mengabaikannya”.[‘Abasa: 10]

Rujuk: [ Al-Maidah: 55 – 56 ]

إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤْتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُمْ رَٰكِعُونَ

Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah).[Al-Ma’idah: 55]

وَمَن يَتَوَلَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ فَإِنَّ حِزْبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلْغَٰلِبُونَ

Dan barang siapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang.[Al-Ma’idah: 56].

Tidak kisahlah sesiapa di sekeliling kita, sama ada kaya atau sebaliknya, ajaklah taat kepada Allah SWT jika benar kita ikhlas berkawan dengan mereka, sebab penolong kita ialah [ Al-Maidah ayat ke- 55 dan ke-56 ].

Kecenderungan kepada golongan serba cukup sahaja sebenarnya boleh merosakkan keseimbangan hidup atas dunia ini.

Disebabkan “kelekaan” kita kepada golongan serba kurang, atau kealpaan golongan serba cukup di atas sanjungan manusia lain kepada dirinya.

Penting juga bagi memahami erti sebaliknya (mafhum mukhalafah):

Iaitu hati-hati dengan pandangan manusia lain kepada kita. Sanjungan yang lebih mahupun perhatian, kadang-kala boleh buatkan kita terpesona daripada mengingati Allah SWT.

Ibrah dan kKesimpulan:

1.Hati-hati dengan tipu daya iblis untuk menyesatkan manusia agar menjadi makhluk yang melampaui batas kepada Allah SWT.

2. Jadilah hamba yang sentiasa bersyukur, bukan melampaui batas.

Soalnya hidup di atas dunia ini bukanlah banyak atau sedikit nikmat kehidupan yang kita perolehi. TETAPI sikap kita dalam menguruskan kurniaan atau ujian yang Allah SWT timpakan kepada kita.

3. Kembalikan segala urusan kita kepada Allah SWT. Sentiasa menjaga niat, cara hidup dan pengharapan hanya kepada-Nya. “Laa haula wala quwwata illa billah”. Tiada daya dan upaya melainkan Allah SWT.

قَٰلَ إِن لَّبِثْتُمْ إِلَّا قَلِيلًا ۖ لَّوْ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

“Allah berfirman: “Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui” [Al-Mu’minun: 114]

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَٰكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ

“Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami”? [Al-Mu’minun: 115]

Allahu a’lam.

Bersegera Menunaikan Upah Dengan Bagus

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian:

~Tadabbur Kalamullah 19 Safar 1437H

فَإِنْ أَرْضَعْنَ لَكُمْ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ

“Kemudian jika mereka menyusukan (anak-anak)mu untukmu maka berikanlah kepada mereka upahnya” (Surah At-Thalaq 6)

#Dalam ayat ini dikatakan bahawa pemberian upah itu perlu dibayar setelah selesainya satu-satu pekerjaan.

#Dari Abdullah bin Umar, Nabi saw bersabda:

أَعْطُوا الأَجِيرَ أَجْرَهُ قَبْلَ أَنْ يَجِفَّ عَرَقُهُ

“Berikan upah kepada pekerja sebelum kering peluhnya” (HR Ibnu Majah, sahih)

Maksud hadis ini ialah bersegera menunaikan hak pekerja setelah selesainya pekerjaan yang dilakukan. Boleh juga dimaksudkan pemberian gaji dibayar setiap bulan mengikut perjanjian dan persepakatan sbgmana yang diamalkan pada hari ini.

#Namun perlu ingat, tidak ada alasan untuk tidak membayar upah apabila pekerjaan yang ditugaskan telah selesai dilaksanakan. Bahkan dalam satu hadis qudsi orang yang tidak mahu membayar upah atau sengaja melambat-lambatkannya dinyatakan sebagai musuh Allah.

#Sabda Nabi saw, Allah swt berfirman:

ثَلاثَةٌ أَنَا خَصْمُهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ رَجُلٌ أَعْطَى بِي ثُمَّ غَدَرَ وَرَجُلٌ بَاعَ حُرًّا فَأَكَلَ ثَمَنَهُ وَرَجُلٌ اسْتَأْجَرَ أَجِيرًا فَاسْتَوْفَى مِنْهُ وَلَمْ يُعْطِهِ أَجْرَهُ

“Ada tiga golongan yang menjadi musuh Allah di hari kiamat.
1. Orang yang berjanji padaKu kemudian ia melanggarnya
2. Orang yang menjual orang merdeka lalu ia memakan hasil penjualannya
3. Orang yang meminta seorang pekerja menyelesaikan suatu tugas, lalu setelah diselesaikan, dia tidak membayar upahnya”(HR al-Bukhari)

#Menzalimi pekerja dengan tidak membayar upah/gaji atau melambatkan pembayaran atau membayar namun tidak setimpal, maka akan tergolong sebagai musuh Allah swt.

♡Pastikan upah/gaji yang dibayar setimpal dengan pekerjaan yang dilakukan dan sesuai dengan kos sara hidup yang semakin hari semakin tinggi♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
Telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link👆dan klik join)

Tafsir Surah Ghafir – Tafsir Ayat Ke-40 hingga Ke-42

0

Tafsir Surah Ghafir

Tafsir Ayat Ke-40

Ayat ini adalah ayat Idkhal Ilahi (pencelahan daripada Allah SWT). Allah SWT hendak beritahu tentang peraturan di akhirat.

مَن عَمِلَ سَيِّئَةً فَلا يُجزىٰ إِلّا مِثلَها ۖ وَمَن عَمِلَ صالِحًا مِن ذَكَرٍ أَو أُنثىٰ وَهُوَ مُؤمِنٌ فَأُولٰئِكَ يَدخُلونَ الجَنَّةَ يُرزَقونَ فيها بِغَيرِ حِسابٍ

“Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya; dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh – dari lelaki atau perempuan – sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung”.

مَنْ عَمِلَ سَيِّئَةً

“Sesiapa yang berbuat dosa”

Sebagai manusia biasa, tentulah ada melakukan dosa juga.

فَلَا يُجْزَىٰ إِلَّا مِثْلَهَا

“dia tidak akan dibalas melainkan seperti itu juga”.

Buat satu dosa, dibalas satu. Sama sahaja dengan kesalahan yang telah dilakukan. Maksudnya markah sama, tidak lebih dari itu.

Lihatlah betapa pemurahnya Allah SWT. Allah SWT hanya balas dengan apa yang sepatutnya sahaja jika hamba-Nya melakukan dosa. Sekarang lihat pula kalau hamba-Nya melakukan ketaatan.

وَمَنْ عَمِلَ صَالِحًا

“Dan sesiapa yang beramal soleh”,

Amal soleh bermaksud amal ibadat seperti yang Nabi Musa a.s ajar, dan kalau zaman sekarang, macam Nabi Muhammad SAW ajar. Bukannya amal ibadat bidaah yang tidak ada ambilan dari Al-Quran atau hadis (dipanggil amal bidaah).

مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ

“Baik dia lelaki atau dia perempuan, dan dia itu beriman”

Amalan yang soleh akan dibalas, dengan syarat, orang itu beriman penuh. Beriman penuh bermaksud, seseorang itu tidak syirik. Kerana kalau dia ada amalan atau fahaman yang syirik, walau baik macam mana pun amalannya, amalan itu tidak akan diterima oleh Allah SWT sedikit pun.

Dan untuk tahu apakah syirik itu, kena belajar tafsir Al-Quran kerana perkara syirik diterangkan dalam Al-Quran. Kerap kali ada dalam kalangan orang Islam sendiri yang tidak tahu makna syirik, sampaikan mereka melakukan amalan syirik tanpa mereka sedari. Mereka bukan sengaja hendak buat, tetapi kerana jahil dengan Al-Quran mereka terbuat syirik.

Allah SWT beritahu kalau lelaki atau perempuan yang buat amal kebaikan, mereka akan mendapat balasan. Maksudnya, Allah SWT tidak pilih bulu. Sesiapa sahaja yang melakukan kebaikan akan dibalas dengan kebaikan juga. Tidaklah kena jadi lelaki, jadi kaya, jadi pemimpin, baru dibalas. Semua hamba-Nya ada peluang untuk mendapat balasan yang baik.

Lafaz مُؤْمِنٌ membawa dua maksud: Pertama, yang melakukan amal soleh itu mestilah berakidah tauhid, dan kedua, amalan itu dilakukan ikhlas kerana jika tidak ikhlas, ia tidak diterima. Maka, kita kena tahu syarat-syarat untuk sesuatu amalan diterima, tidaklah buat sahaja amalan membuta tuli.

فَأُولَٰئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ

“Mereka yang bersifat seperti itu akan dimasukkan ke dalam syurga”.

Inilah balasan yang kita semua dambakan. Tidakkah kita mahu masuk ke dalam syurga? Nah, sekarang Allah SWT telah janjikan.

يُرْزَقُونَ فِيهَا بِغَيْرِ حِسَابٍ

“diberi rezeki kepadanya tanpa hisab”.

Tidak terkira banyaknya, sampai tidak boleh dikira.

Atau mereka akan dimasukkan tanpa hisab – terus masuk syurga tanpa melalui perkiraan hisab di Mahsyar. Ini amat hebat jika kita berjaya perolehnya. Resah juga hendak tunggu lama di Mahsyar nanti.

Atau mereka akan diberi tanpa had – tidaklah dikatakan mereka telah makan banyak sangat, maka sudah tidak mendapatnya lagi. Mereka akan peroleh ganjaran yang berganda banyaknya.

Inilah kata-kata dari Lelaki Mukmin itu. Bagaimana dia tahu semua hal ini? Ini adalah kerana dia telah mendengar ceramah-ceramah dan dakwah dari Nabi Musa a.s sampaikan dia sendiri boleh berdakwah kepada kaumnya. Kita pun kenalah macam itu juga. Jangan senyap sahaja. Jangan kata ustaz dan ulama sahaja yang boleh berdakwah dan berceramah. Kita kena cakap apa yang kita tahu. Islam ini mudah sahaja. Boleh dipelajari dan boleh kita sampaikan kepada orang lain. Ia bukan perkara yang mustahil.

Habis bahagian kedua syarahan dari Lelaki Mukmin itu.

Tafsir Ayat Ke-41

Ini adalah bahagian ketiga dan bahagian akhir syarahan dari Lelaki Mukmin itu.

۞ وَيا قَومِ ما لي أَدعوكُم إِلَى النَّجاةِ وَتَدعونَني إِلَى النّارِ

“Dan wahai kaum ku! Apa halnya aku dengan kamu? Aku mengajak kamu kepada keselamatan, dan kamu pula mengajak ku ke neraka?

وَيَا قَوْمِ

“wahai kaum ku”,

Bayangkan, lelaki ini seorang sahaja, tetapi dia berani memberikan dakwah kepada jalan yang benar. Beliau berkata kepada Firaun dan pengikut-pengikut Firaun yang tentunya pemimpin yang besar di negara Mesir itu. Dia panggil mereka dengan pandangan yang lembut, memanggil mereka sebagai kaumnya yang dihormati.

مَا لِي

“Apa masalah kamu dengan aku ini”?

Dari segi bahasa, ia bermaksud: ‘apa untukku?’. Maksudnya, dia tanya mereka: Adakah kamu rasa ada yang tidak kena dengan aku? Atau, “apa masalah kamu dengan aku?”, “apa yang tidak kena dengan aku, sampai kamu tidak mahu ikut aku?”

أَدْعُوكُمْ إِلَى النَّجَاةِ

“Aku seru kamu kepada penyelamatan”

Apa yang tidak kena dengan aku sampai kamu tidak mahu ikut aku,ini? Sedangkan aku bukan ajak buat salah, tetapi ajak kepada perkara yang baik. Kalau beriman kepada Allah SWT, kamu akan selamat dari neraka. Kamu tidak mahu selamat kah?

Apa masalah kamu ini, aku mengajak kamu ini sebenarnya adalah kepada keselamatan dari azab Allah SWT, tetapi kenapa kamu tidak mahu terima?

وَتَدْعُونَنِي إِلَى النَّارِ

“Dan kamu pula nak ajak aku kepada neraka”.

Sedangkan kamu pula mengajak aku kepada neraka sedangkan dengan sembah syirik selain kepada Allah SWT adalah jalan menuju neraka. Mengapa yang mengajak kepada kebaikan pula yang ditentang?

 

Tafsir Ayat Ke-42:

تَدعونَني لِأَكفُرَ بِاللهِ وَأُشرِكَ بِهِ ما لَيسَ لي بِهِ عِلمٌ وَأَنا أَدعوكُم إِلَى العَزيزِ الغَفّارِ

“Kamu mengajak ku supaya aku kufur (tidak percayakan keesaan) Allah SWT dan mempersekutukan-Nya dengan apa yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, padahal aku mengajak kamu beriman kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun?”

تَدْعُونَنِي لِأَكْفُرَ بِاللهِ

“Kamu mengajak aku untuk kufur kepada Allah SWT”

Musyrikin dari kalangan Firaun dan yang lain-lain itu mengajar manusia untuk kufur kepada Allah SWT. Bila mengajak kepada kufur, itu maksudnya mengajar ke neraka.

Kufur ada banyak jenis. Seseorang itu boleh jadi kufur atau dia buat syirik bila dia tolak hukum Allah SWT, tolak ayat-ayat Allah SWT dan berbagai-bagai lagi. Buat salah satu sahaja, sudah boleh jadi kufur.

وَأُشْرِكَ بِهِ

“dan syirik kepada-Nya”

Dan mereka juga mengajak manusia melakukan syirik kepada Allah SWT. Seperti yang telah disebut, banyak cara manusia boleh jadi kufur dan syirik adalah cara yang paling besar sekali. Ramai yang tidak faham apakah maksud tauhid dan lawan kepada tauhid, iaitu syirik. Oleh kerana itu ramai yang melakukan syirik tanpa mereka sedari.

Ramai dalam kalangan orang Islam yang tidak ada niat untuk melakukan syirik, tetapi kerana mereka tidak belajar, mereka tidak faham manakah syirik dan manakah tauhid. Ini adalah bahaya, kerana Allah SWT tidak akan mengampunkan kesalahan syirik yang dilakukan oleh manusia walaupun mereka buat tanpa sengaja.

Di dalam ayat ini, kufur yang dimaksudkan adalah syirik kepada Allah SWT iaitu dengan mencampurkan pujaan: Mereka puja Allah SWT dan dalam masa yang sama, mereka puja makhluk juga. Makhluk itu pula boleh jadi macam-macam – sama ada Nabi, wali, malaikat atau jin. Dan ia boleh jadi juga lain-lain yang meliputi keseluruhan pujaan manusia selain Allah SWT. Asalkan selain dari Allah SWT, itu adalah pujaan dan seruan yang salah.

Jadi kesalahan terbesar Firaun dan kuncunya adalah syirik. Memang ada salah yang lain, tetapi yang paling besar adalah syirik.

مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ

“Yang aku tidak ada ilmu (dalil/bukti) tentangnya”.

Perkataan ‘ilmu’ di sini bermaksud ‘dalil’. Maksudnya, tidak ada dalil atau perintah dari Allah SWT yang membolehkan mereka buat syirik. Tidak ada bukti langsung untuk mengatakan apa yang mereka lakukan itu adalah benar.

Kesalahan yang banyak dilakukan oleh manusia adalah ‘tawassul dalam doa’ iaitu menggunakan perantaraan dalam doa. Guna broker untuk sampaikan doa kepada Allah SWT.

Ini adalah perbuatan syirik yang dilarang oleh Allah SWT dan disebut dengan jelas dalam Al-Quran. Disebabkan kekeliruan tentang ayat-ayat Al-Quran, pengamal tawassul kata ada dalil yang menyuruh kepada tawassul.

Mungkin mereka yang tidak mahir akan berkata yang ada hujah-hujah dalam Al-Quran dan juga dalam hadis yang mengajak kepada tawassul. Namun, apabila dikaji dengan lebih mendalam lagi, itu semua bukanlah hujah untuk membolehkan tawassul. Mungkin pada mata kasar, nampak macam ada dalil yang membolehkan melakukan tawassul, tetapi itu tidaklah benar.

وَأَنا أَدعوكُم إِلَى العَزيزِ الغَفّارِ

“Sedangkan aku ajak kamu kepada Tuhan yang gagah perkasa lagi maha pengampun”

Allah SWT itu bersifat العَزيزِ, kalau kamu tidak taat kepada-Nya, Dia boleh mengenakan azab yang amat pedih kepada kamu.

Namun, dalam masa yang sama, Dia juga bersifat الغَفّارِ – kalau kamu minta ampun kepada-Nya, Dia boleh ampunkan segala dosa-dosa kamu jika Dia mahu. Jadi, kalau selama ini pernah buat salah dalam hal doa, maka mintalah ampun sahaja.

Inilah keseimbangan dalam berdakwah. Jangan takutkan sahaja, dan jangan beri berita gembira sahaja – kena ada dua-dua. Inilah ajakan dakwah yang utama, iaitu ajak kepada Allah SWT, kenalkan manusia kepada Allah SWT. Kenalkan Allah SWT itu dalam hal tauhid iaitu mentauhidkan Allah SWT.

Allahu a’lam.

Jari Cincin Wanita, Puasa Khamis, Tarik Minat Muslimah

0

1. Hadis di bawah ini khusus untuk lelaki. Bagaimana dengan wanita, adakah sebarang dalil membolehkan wanita memakai cincin di jari tengah?
Ali bin Abi Talib, ia berkata,

نَهَانِى رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَنْ أَتَخَتَّمَ فِى إِصْبَعِى هَذِهِ أَوْ هَذِهِ. قَالَ فَأَوْمَأَ إِلَى الْوُسْطَى وَالَّتِى تَلِيهَا

“Rasulullah saw melarang padaku memakai cincin pada jari ini atau jari ini.” Ia berisyarat pada jari tengah dan jari setelahnya. [HR Muslim: 2095]
Fiqh cincin:
Imam Nawawi RH berkata,
“Para ulama sepakat bahawa yang sesuai sunnah, cincin lelaki diletakkan di jari kelingking. Sedangkan untuk wanita, cincin tersebut diletakkan di jari mana saja.” [Syarh Shahih Muslim, 14: 65]

2. Kalau qadha puasa hari Khamis, kebetulan jatuh hari puasa sunat, tetapi niat cuma untuk qadha puasa wajib, boleh dapat tidak pahala puasa sunat tu?
Dalilnya ialah Qias.
Diqiaskan orang mandi wajib, maka wudhuknya sudah termasuk sekali. Jika memasuki masjid, solat qabliah dan tahiyatul masjid dikira termasuk sekali. Adapun puasa qadha jatuh pada hari Isnin-Khamis, ulamak khilaf. Syaikh Uthaimin berkata tidak perlu berniat, pahala puasa Isnin itu sudah termasuk dalam puasa qadha, 2 dalam 1.

3. Orang lelaki kalau dia memakai minyak wangi yang kuat baunya dan berniat untuk menarik perhatian muslimah, tidak berdosakah?
Setiap amal adalah dengan niat. Maksudnya jika si lelaki itu mengenakan minyak wangi untuk menarik perhatian muslimah, maka memang tidak boleh. Niat itu penting dalam apa jua tindakan kita. Jika memakai minyak wangi untuk mengikut sunnah Nabi SAW mendapat pahala, jika pakai untuk menggoda muslimah, maka mendapat dosa kecil.

Ulangkaji Asas Dalam Islam – Kalimah Shahadah

0

Ulangkaji Asas Dalam Islam – Kalimah Shahadah.

Sebelum kita sambung usul tafsir hari ini, Ayahaji hendak tanya balik bab kalimah syahadah.
Ayahaji: Apakah maksud,“Asyhadu AllaailaahaillAllah”? Minta beri kefahaman masing-masing.
Pelajar A: Ikrar, saksi, janji bahawa tiada Ilah melainkan/kecuali Allah.
Ayahaji: Tidak tepat.
Pelajar A: Janji untuk ikut perintah dan larangan Allah.
Ayahaji: Ya, apakah lafaznya, Ayahaji hendak tahu.
Pelajar A: Janji untuk tidak syirik.
Ayahaji: Itu kesimpulan.
Pelajar B: Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah.
Ayahaji: Tidak tepat tetapi sudah betul.
Pelajar A: Aku bersaksi untuk tidak syirik kepada Allah dan patuh kepada Allah sahaja, Allah saja tempat bergantung/berhajat/berdoa.
Ayahaji: Anggaplah pelajar semua hendak ajar orang kafir baru mudah faham.
Pelajar C: I swear there is no one to worship but Allah. Aku berikrar bahawa beribadat, berdoa, bergantung hanya kepada Allah.
Ayahaji: “Asyhadu” perlu ditafsirkan dulu sebab kita hendak ajar pada orang Hindu atau Kristian kerana mereka tidak faham. Kemudian kita tafsir LaailahaillAllah dan bawa dalil Hadis Nabi SAW. Kita perlu mengajar kepada mereka sebab itu Ayahaji tanya ini.
Pelajar D: Aku mengaku pada Allah.
Ayahaji: Betul! LaailahaillAllah bawa dalil Hadis Nabi akan kalimah ini. Ayahaji sudah mengajar dulu.
Pelajar E: Aku bersumpah, berjanji tiada Tuhan aku sembah melainkan Allah.
Ayahaji: Ya. Begini, “Asyhadu” adalah aku berjanji, bersumpah, berikrar kepada-Mu Allah tuhan ku. LaailahaillAllah adalah aku sembah, ibadat, zikir, berdoa hanya terus kepada Allah saja.
Dalil:-
Nabi SAW pergi ke Masjidil Haram berjumpa kaum Quraisy semua, lalu Nabi SAW berkata, “Wahai kaum Quraisy semua, jika aku cerita kepada kamu ada musuh datang hendak serang kita, kamu percaya atau tidak?” Orang Musyrikin terus menjawab, “Kami percaya sebab kamu ini Al-Amin, seorang yang dipercayai. Maka Nabi SAW berkata, “Percayalah LaailahaillAllah.” Abu Jahal, Abu Lahab terus bangun berdiri lalu berkata, “Bohong kamu Muhammad!”
Apakah maksud mereka tidak percaya LaailahaillAllah itu? Mereka semua tidak mengerti bercakap bahasa lain melainkan hanya bahasa Arab saja. Ini adalah kerana ada 360 berhala keliling kaabah yang mereka puja dan Latta, Uzza, Manna bukannya Tuhan tetapi Uzza ialah keluarga Siti Khatijah di mana Waraqah Bin Naufal Bin Asadi bin Abu Uzza yang dalilnya dari hadis Bukhari. Waraqah adalah orang alim Quraisy yang telah mati. Latta pun sama. Manna pula bomoh keramat perempuan.
Bakinya berhala Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS serta para malaikat yang mereka kata anak perempuan Allah SWT. Nah! Mereka telah lakukan perantaraan dalam ibadat berdoa. Maka mereka buat ibadat pada roh-roh orang yang telah mati dan malaikat. Jadi maksud LaailahaillAllah ialah mereka faham daripada bahasa iaitu tidak ada lagi perantaraan melainkan hanya pada Allah SWT saja.
Oleh itu kalimah syahadah LaailahaillAllah itu bermaksud aku tidak akan sembah, puja, ibadat, zikir, berdoa melainkan hanya terus pada Allah saja. Ringkasannya kita kata, tiada lagi perantaraan dalam ibadat, zikir, berdoa melainkan hanya pada Allah saja.

Bab 2
Ayahaji: Ini pula kalimah syahadah kedua yakni Wa asyhadu anna Muhammad Rasulullah. Sila beri pandangan masing-masing jika kita hendak mengajar kepada orang yang baru hendak menerima Islam.
Pelajar A: Aku bersaksi, berjanji, bersumpah aku hendak ikut ajaran Nabi Muhammad SAW sahaja. Allah SWT yang mengajar Nabi Muhammad SAW untuk mengajar kepada umatnya.
Ayahaji: Benar. Tetapi kamu patut huraikan juga wa asyhadu iaitu aku berjanji, bersumpah, berikrar kepada-Mu Allah Tuhanku bahawa aku hanya hendak ikut ajaran nabi Muhammad Rasulullah SAW. Setiap orang yang telah membuat bid’ah, dari pengalaman Ayahaji, mereka tidak boleh jawab kalimah syahadah yang kedua ini. Setiap orang yang telah buat tawassul juga tidak boleh jawab kalimah syahadah yang pertama.
Pelajar A: Aku bersaksi, berjanji, bersumpah aku hendak ikut ajaran Nabi Muhammad SAW sahaja dan tidak buat bid’ah yakni reka ibadat melainkan panduan Nabi Muhammad SAW.
Ayahaji: Masalah besar umat Islam di Malaysia ialah tiada siapa yang mengajar kalimah syahadah ini pada anak-anak masing-masing. Darimsurah Lukman, Allah SWT mengajar kita supaya kita ajar pada anak-anak kita.

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

Dan (ingatlah) ketika Lukman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: “Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”. [Lukman: 13]

Ini pula kata-kata seorang paderi murid yang Ayahaji mengajar kalimah syahadah ketika dia memeluk Islam dahulu. Selesai saja bekas paderi itu mengucap, dia terus berkata, “Oh my God, Our God is so loving to us Muslims. He make us swear to promise Him that we should not again do mediate in du’a and worship. And He also make us swear to follow the teachings of prophet Muhammad Rasulullah SAW.”
Ajarlah kepada anak-anak, keluarga, kawan-kawan, saudara-mara dan sesiapa yang kita jumpa, kalimah syahadah ini. Semoga dengan ikrar ini, ia boleh menyelamatkan kita dan mereka semua daripada syirik kufur dan bid’ah pada agama Allah SWT ini.
Benarlah LaailahaillAllah adalah janji tidak mahu buat syirik lagi dan Muhammad dur Rasulullah adalah janji untuk ikut ajaran nabi Muhammad Rasulullah. Apakah yang pelajar semua fikirkan sekarang tentang perkara ini?
Pelajar B: Saya pernah berfikir, andainya saya ini bukan Islam, apa yang saya hendak belajar dulu? Apa yang saya perlu tahu dulu? Asasnya, rukun Islam dan iman macam dalam buku sekolah. Alhamdulillah, saya dapat belajar semula dengan kefahaman yang baik. Saya dapat bermula kembali macam anak kecil belajar alif, ba, ta, yakni bermula dari asas, bermula dari kosong iaitu apakah maksud syahadah? Apakah maksud mentauhidkan Allah? Kenapa kepada Allah sahaja? Alhamdulillah, penjelasan yang sangat jelas dan baik.
Pelajar A: Benda asas ini harus diajar pada anak-anak dan kita harus mengingatkan mereka selalu.
Ayahaji: Benarlah. Sememangnya Ayahaji mengajar yang asas. Setengah-setengah orang yang asas beginipun hendak marah kepada Ayahaji.
Allahua’lam.

Popular

Iklan

Iklan