Utama Blog Halaman 161

TKK 131/131: Istilah al-Mahdi

0

 

 

Bahagian 2 : Istilah al-Mahdi

Mahdi bererti orang yang diberi petunjuk dan dalam bahasa Arab Mahdi masuk dalam kategori isim maf’ul, mahdi juga bermaksud buaian (ibn manzur, lisanul arab). Makna mahdi=orang yang diberi petunjuk, sebagaimana terdapat dalam hadits Al ‘Irbadh bin Sariyah,

وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ
“Dan sunnah para Khulafa’ rosyidin (yang mendapat petunjuk dalam beramal), mahdiyin (yang mendapat petunjuk ilmu).”

Silsilah Ash Shahihah no. 2735

 

Ibnul Atsir mengatakan, “Yang dimaksud al mahdi dalam hadits ini adalah orang yang diberi petunjuk pada kebenaran. Mahdi kadang menjadi nama orang bahkan sudah seringkali digunakan seperti itu. Begitu pula Al Mahdi juga bermakna orang yang dikabarkan oleh Rasulullah saw dan akan muncul di akhir zaman. Juga mahdi dapat juga dimaksudkan dengan Abu Bakr, ‘Umar, ‘Utsman, dan ‘Ali raa. Bahkan mahdi juga boleh membawa makna lebih luas, yaitu siapa saja yang mengikuti jalan hidup mereka dalam beragama.” Ibn Atsir, Nihayah, jld 5:577

 

Namun yang dimaksudkan dengan mahdi dalam pembahasan kali ini adalah Imam Mahdi yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah saw yang akan datang di akhir zaman. Dia akan menguatkan agama ini dan menyebarkan keadilan. Kaum muslimin dan kerajaan Islam akan berada di bawah kekuasaannya. Imam Mahdi berasal dari keturunan Nabi . Dia hidup di zaman Nabi Isa AS turun dan di masa keluarnya Dajjal. al-Arifi, Nihayatul Aalam.

Tafsir Surah Fussilat – Tafsir Ayat Ke-4 dan Ke-5

0

Tafsir Surah Fussilat

Tafsir Ayat Ke-4

Ini adalah dua lagi kualiti Al-Quran dan ayat ini juga mengandungi zajrun bagi mereka yang tidak mahu belajar tafsir.

بَشيرًا وَنَذيرًا فَأَعرَضَ أَكثَرُهُم فَهُم لا يَسمَعونَ

“Ia membawa berita yang menggembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak mahu mendengar.”

بَشِيرًا

Membawa berita gembira.

Dalam Al-Quran itu adalah berita gembira. Iaitu kisah-kisah yang menggembirakan, seperti berita bahawa orang yang soleh boleh masuk syurga, boleh jumpa Tuhan dan sebagainya lagi. Ini memberi motivasi kepada manusia.

Di dunia lagi kita sudah boleh periksa diri kita sama ada amalan dan tindak tanduk kita sama dengan Al-Quran atau tidak. Sebab itulah Nabi Muhammad SAW boleh kata Abu Bakr akan masuk syurga kerana perbuatan beliau itu sama sahaja seperti yang disuruh dalam Al-Quran.

وَنَذِيرًا

dan ada ancaman

Ancaman itu bagi yang ingkar pula. Iaitu kehinaan semasa hidup di muka bumi dan akhirnya, bila mati nanti akan diazab di akhirat dengan lebih teruk lagi.

Jadi, dalam Al-Quran itu ada berita baik dan ada ancaman. Banyak ayat-ayat dalam Al-Quran yang tergolong dalam dua kategori ini. Berulang-ulang kali diingatkan kepada manusia kerana manusia itu perlu selalu diberi ingat. Selalu kita terlupa dalam kesibukan kita di dunia ini. Sebab itulah kita disuruh selalu membaca Al-Quran – supaya kita mendapat peringatan dalam dua perkara ini.

Oleh itu, Al-Quran ini mempunyai dua sifat – memberi berita gembira dan juga memberi ancaman. Dua kualiti ini juga disebut tentang Nabi Muhammad SAW kerana Nabi juga memberi berita gembira dan memberi ancaman kepada manusia.

Allah sebut beri berita gembira dulu sebelum beri ancaman.

فَأَعْرَضَ أَكْثَرُهُمْ

tapi, kebanyakan mereka masih juga berpaling.

Orang kafir Quraish tidak juga mahu menerima berita gembira dan ancaman yang diberikan dalam Al-Quran. Mereka tolak mentah-mentah. Walaupun mereka tahu itu adalah kebenaran. Mereka sendiri terpesona dengan kehebatan dan keindahan Al-Quran. Namun, kerana sombong, mereka berpaling juga.

Ayat ini jangan kita sangka untuk orang-orang kafir Mekah sahaja. Dalam masyarakat kita sekarang pun amat ramai yang berpaling dari Al-Quran. Mereka tidak mahu belajar tafsir Al-Quran dan tidak mahu ikut Al-Quran.

Bayangkan kesombongan masyarakat kita yang tidak mahu belajar Al-Quran yang mulia ini. Jibrail telah ajar ayat-ayat Al-Quran kepada Nabi SAW dan Nabi SAW pula ajar kepada sahabat dan dari sahabat sampai kepada kita. Tetapi kita simpan sahaja Al-Quran itu. Kebanyakan dari kita cuai untuk belajar. Tuhan panggil mereka yang seperti ini ‘sombong’. Telah ada dengan kita, tetapi kita simpan sahaja tidak mahu belajar. Amatlah rugi sekali mereka itu.

فَهُمْ لَا يَسْمَعُونَ

Maka mereka tidak mahu mendengar.

Mereka tidak suka mendengar ajaran dari Al-Quran. Oleh kerana itu, mereka jadi kufur. Asalnya kerana tidak mahu dengar sahaja. Mereka akan menyesal nanti di akhirat nanti seperti yang disebut dalam surah [Al-Mulk: 10 ]. Mereka menyesal kerana tidak mahu mendengar ajaran dalam wahyu.

Oleh itu, belajar untuk mendengar adalah amat penting sekali kerana jika tidak dengar, kita akan menyesal nanti. Awal permulaan kepada mendapat kebenaran adalah kesanggupan untuk mendengar dahulu tafsir Al-Quran. Malangnya, ramai yang tidak mahu mendengar.

Selepas mendengar, kenalah pula ikut. Belum tentu lagi yang mendengar itu akan ikut, ada juga yang setelah mendengar, mereka degil untuk ikut. Ini kena minta taufik dari Allah supaya diberi kekuatan kepada kita untuk menerapkan apa yang kita telah belajar dalam kehidupan seharian. Jika Allah tidak beri taufik, kita memang tidak boleh hendak amalkan. Atau, kita boleh amal, tetapi tidak istiqamah.

Kita semua diberi akal oleh Allah untuk menilai. Jadi kita tidak boleh terus terima sahaja. Kita tanggungjawab untuk menilai sama ada yang disampaikan itu benar atau tidak.

Jika terdapat sebarang khilaf pendapat di antara semasa ulama’, pilih pendapat yang rapat dengan nas. Sebab itu ulama’ kena beri dalil mereka. Maka, kita pilih mana yang lebih rapat dengan dalil tersebut.

Tafsir Ayat Ke-5

Ini adalah ayat Syikayah – rungutan Allah SWT. Allah SWT menceritakan apakah alasan orang yang tidak beriman apabila kita berdakwah kepada mereka.

وَقالوا قُلوبُنا في أَكِنَّةٍ مِمّا تَدعونا إِلَيهِ وَفي آذانِنا وَقرٌ وَمِن بَينِنا وَبَينِكَ حِجابٌ فَاعمَل إِنَّنا عامِلونَ

“Dan mereka berkata: “Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada memahami apa yang engkau serukan kami kepadanya, dan pada telinga kami penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), serta di antara kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita); oleh itu, bekerjalah engkau (untuk ugamamu), sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan kami)! ”

وَقَالُوا

Mereka berkata,

Yang dimaksudkan adalah orang-orang Musyrikin Mekah masa itu dan orang-orang musyrik sekarang. Ini adalah kalangan mereka yang sanggup menjawab, kurang ajar dengan Nabi. Mereka tergamak berkata begini depan Nabi. Sedangkan, ramai juga yang menolak tetapi mereka tidak berkata apa-apa.

قُلُوبُنَا فِي أَكِنَّةٍ

Hati kami dalam tutupan

Setelah berkali-kali Nabi mengajak mereka kepada Islam, hati mereka masih lagi tertutup. Begitu juga ramai dari kalangan kita macam itu juga. Ada yang tolak berdepan dengan kita, dan ada yang depan kita senyap, tetapi belakang kita menolak apa yang kita beritahu kepada mereka tentang maksud-maksud Al-Quran. Begitulah sifat manusia.

Kenapa mereka kata begitu? Kerana mereka rasa diri mereka sudah cukup. Begitulah ramai dari kalangan masyarakat kita yang rasa sudah mengamalkan Islam, mereka solat, puasa dan infak. Oleh kerana itu, mereka tidak ada usaha hendak periksa diri mereka dengan Al-Quran.

مِمَّا تَدْعُونَا إِلَيْهِ

daripada mendengar ajakan kamu;

Mereka menolak ajakan kepada tauhid dan mengesakan Allah. Lafaz مِمَّا dalam ayat ini adalah ‘ajakan tauhid’. Mereka sendiri mengaku mereka tidak mampu hendak dengar. Mereka tidak boleh hendak terima. Maka, ini jenis yang tolak berdepan. Selalunya ramai yang tolak dalam hati sahaja.

وَفِي آذَانِنَا وَقْرٌ

Dan pada telinga kami ada sumbatan.

Ada dua makna dari ayat ini:

1. Mereka pilih untuk tidak dengar apa yang disampaikan oleh pendakwah.

2. Hati mereka sudah penuh dengan ilmu lain, sampai tidak boleh hendak masuk lagi ajaran baru ini. Mereka rasa diri mereka sudah cukup ilmu sampai tidak perlu dengar. Oleh itu, ayat ini bukan maksudnya mereka tidak mampu dengar, tetapi mereka rasa mereka tidak perlu dengar.

وَمِنْ بَيْنِنَا وَبَيْنِكَ حِجَابٌ

Dan di antara kami dan kamu ada hijab.

Iaitu hijab maknawi. Hijab tidak nampak, tetapi ia ada. Mereka telah di hijab terus, sampai tidak boleh nampak. Kita cakap macam mana pun, mereka tidak dapat terima.

فَاعْمَلْ

Maka kau buatlah amalan kamu,

Mereka yang tolak tauhid itu berkata: kamu amallah ikut ajaran yang kamu kata Tuhan ajar itu. Iaitu amalan-amalan kamu yang kamu kata ikut sunnah itu. Mereka tidak mahu ikut.

إِنَّنَا عَامِلُونَ

Kami pula akan beramal

Iaitu mereka hendak beramal dengan cara tok nenek mereka ajar.

Ayat ini adalah ayat ingkar. Apa yang diajar kepada mereka, mereka tidak mahu terima. Mereka kata: “Takkan tok nenek kami semua nak masuk neraka?” Ini adalah alasan ikut akal. Iaitu dalil mengikut hawa nafsu.

Sepatutnya kena bagi dalil dari Al-Quran dan Hadis. Maka siapa yang cakap macam ini adalah sama macam percakapan kaum Musyrikin Mekah kerana jawapan itu adalah jawapan musyrikin Mekah. Mereka tolak hujah Al-Quran dan Hadis yang kita bawa. Kalau tolak, bermakna mereka degil dan telah ingkar. Mereka hanya mahu mengikut jejak langkah tok nenek mereka sahaja.

Mereka ikut sahaja amalan yang telah diajar oleh orang dulu-dulu, ustaz-ustaz mereka, guru-guru mereka, tanpa usul periksa. Mereka tidak berani minta dalil dari guru mereka kerana mereka telah diajar, kalau minta dalil, itu tanda lemah iman. Dengan kata-kata itu sahaja, telah menutup mulut mereka dari bertanya. Maka, masyarakat kita terus jadi bodoh dan tidak berfikir. Hanya terima bulat-bulat cerita-cerita dan ajaran-ajaran salah dari guru dan ustaz mereka.

Selalu kita dengar hujah sebegini. Selepas diberikan hujah-hujah kita dari Al-Quran dan hadis yang sahih, mereka masih lagi tolak. Akhirnya mereka akan kata, “engkau beramallah cara engkau dan guru engkau, kami nak amal seperti cara guru kami ajar, sebab kami yakin dengan apa yang guru kami sampaikan”.

Belajar Al-Quran itu kena belajar tafsir Al-Quran. Begitu juga dengan hadis, kena dengar syarahnya. bukannya baca dan faham sendiri.

Allahu a’lam.

HADITH ARBA’IN – 9

0

 

 

KEWAJIBAN MENINGGALKAN SEMUA LARANGAN DAN MELAKSANAKAN PERINTAH SESUAI KEMAMPUAN

 

أَبِي هُرَيْرَةَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ صَخْر رَضِيَ اللهُ

عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ

عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ

فَاجْتَنِبُوْهُ، وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا

اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِيْنَ مَنْ قَبْلَكُمْ كَثْرَةُ

مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ .

[رواه البخاري ومسلم]

 

Terjemahan Hadits:

Dari Abu Hurairah Abdurrahman bin Sakhr radhiallahuanhu dia berkata : Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Apa yang aku larang hendaklah kalian menghindarinya dan apa yang aku perintahkan maka hendaklah kalian laksanakan semampu kalian. Sesungguhnya kehancuran orang-orang sebelum kalian adalah karena banyaknya pertanyaan mereka (yang tidak berguna) dan penentangan mereka terhadap nabi-nabi mereka.

(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

 

Catatan :

1. Wajibnya menghindari semua apa yang dilarang oleh Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam.

 

2. Siapa yang tidak mampu melakukan perbuatan yang diperintahkan secara keseluruhan dan dia hanya mampu sebagiannya saja maka dia hendaknya melaksanakan apa yang dia mampu laksanakan.

 

3. Allah tidak akan membebankan kepada seseorang kecuali sesuai dengan kadar kemampuannya.

 

4. Perkara yang mudah tidak gugur kerana perkara yang sulit.Menolak keburukan lebih diutamakan dari mendatangkan kemaslahatan.

 

5. Larangan untuk saling bertikai dan anjuran untuk bersatu dan bersepakat.Wajib mengikuti Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam, ta’at dan menempuh jalan keselamatan dan kesuksesan.

 

6. Al Hafiz berkata : Dalam hadits ini terdapat isyarat untuk menyibukkan diri dengan perkara yang lebih penting yang diperlukan saat itu ketimbang perkara yang saat tersebut belum diperlukan.

 

 

“Perbuatan baik dapat dilakukan oleh semua orang; orang-orang baik dan jahat. Sedangkan menjauhi maksiat itu hanya ditinggalkan oleh orang-orang yang benar (jujur).”~ Sahl b Abdullah At Tusturi

 

“Sesungguhnya larangan itu lebih berat daripada perintah” ~ Imam Ahmad

 

“Dzikir kepada Allah dengan lidah itu baik, namun lebih baik lagi jika seorang hamba mengingat Allah ketika bermaksiat kemudian ia berhenti darinya” ~ Maimun b Mihran rh

HADITH ARBA’IN – 8

0

 

 

PERINTAH MEMERANGI KAUM YANG ENGGAN MELAKSANAKAN SHALAT DAN MENUNAIKAN ZAKAT

 

ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم قَالَ : أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّداً رَسُوْلُ اللهِ، وَيُقِيْمُوا الصَّلاَةَ وَيُؤْتُوا الزَّكاَةَ، فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءُهُمْ وَأَمْوَالُـهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللهِ تَعَالىَ

[رواه البخاري ومسلم]

 

Terjemahan Hadits:

Dari Ibnu Umar radhiallahuanhuma sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Aku diperintahkan untuk memerangi manusia hingga mereka bersaksi bahwa tidak ada Ilah selain Allah dan bahawa Muhammad adalah Rasulullah, menegakkan shalat, menunaikan zakat. Jika mereka melakukan hal itu maka darah dan harta mereka akan dilindungi kecuali dengan hak Islam dan perhitungan mereka ada pada Allah Subhanahu wata’ala.

(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

 

Catatan:

Hadits ini secara praktis dialami zaman kekhalifahan Abu Bakar As-Shiddiq, Sejumlah rakyatnya ada yang kembali kafir. Maka Abu Bakar bertekad memerangi mereka termasuk di antaranya mereka yang menolak membayar zakat. Maka Umar bin Khottob menegurnya seraya berkata : “Bagaimana kamu akan memerangi mereka yang mengucapkan Laa Ilaaha Illallah sedangkan Rasulullah telah bersabda : Aku diperintahkan…..(seperti hadits diatas)”. Maka berkatalah Abu Bakar : “Sesungguhnya zakat adalah haknya harta”, hingga akhirnya Umar menerima dan ikut bersamanya memerangi mereka.

 

  • Maklumat peperangan kepada mereka yang musyrik hingga mereka selamat.

 

  • Diperbolehkannya membunuh orang yang mengingkari shalat dan memerangi mereka yang menolak membayar zakat.

 

  • Tidak diperbolehkan berlaku sewenang-wenang terhadap harta dan darah kaum muslimin.

 

  • Diperbolehkannya hukuman mati bagi setiap muslim jika dia melakukan perbuatan yang menuntut dijatuhkannya hukuman seperti itu seperti : Berzina bagi orang yang sudah menikah (muhshan), membunuh orang lain dengan sengaja dan meninggalkan agamanya dan jamaahnya.

 

  • Dalam hadits ini terdapat jawaban bagi kalangan murji’ah yang mengira bahawa iman tidak memerlukan amal perbuatan.

 

  • Tidak mengkafirkan pelaku bid’ah yang menyatakan keesaan Allah dan menjalankan syari’atnya.

 

  • Di dalamnya terdapat dalil bahwa diterimanya amal yang zahir dan menghukumi berdasarkan sesuatu yang zahir sementara yang tersembunyi dilimpahkan kepada Allah.

Dr Kamaludin

0

Nama Penuh

Kamaludin bin Karmain

Nama Pena

Dr Kamaludin

Pendidikan

  • SK Sg Lesong, Mambang Di Awan
  • SMK St. Michael, Ipoh, Perak
  • SMK Alam Shah Cheras (Matrikulasi)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (MD)
  • Master in Paediatrics di University Sains Malaysia.

Profesion

  • Freelance Doktor di Perak.
  • Pernah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia selama 2 tahun.

Panelis Bilik

Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor

https://t.me/joinchat/AAAAADww51FGqTy7lnSPgg

Alam Roh – Benarkah roh orang mati boleh hadir dalam mimpi orang yang hidup?

0

Alam Roh – Benarkah roh orang mati boleh hadir dalam mimpi orang yang hidup?

Roh terbahagi kepada dua iaitu Ruhul Hayah dan Ruhul Tamyiz. Jika Ruhul Hayah keluar daripada diri manusia, manusia akan mati tetapi jika Ruhul Tamyiz keluar manusia tidak mati (ini berlaku semasa bermimpi).

Ruhul Tamyiz (Ruhul Amri) lebih dikenali sebagai akal. Ia tidak ada pada binatang tetapi hanya ada pada manusia, malaikat dan jin. Dengan ada Ruhul Tamyiz inilah maka malaikat, jin dan manusia menjadi makhluk yang mukalaf. Yakni mereka dipertanggungjawabkan untuk mendirikan syariat. Mereka memikul beban untuk mendirikan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya.

Sebaliknya Ruhul Tamyiz itu tidak ada pada binatang. Binatang hanya ada Ruhul Hayah dan nafsu tanpa akal. Ia hanya memiliki roh yang memungkinkan seseorang atau binatang itu hidup dengan izin Allah. Jadi Ruhul Tamyiz ini tidak ada pada binatang dan seluruh jamadat. Oleh kerana itulah binatang dan jamadat itu tidak mukalaf dan tidak diwajibkan mendirikan syariat. Ia tidak terlibat melaksanakan perintah suruh dan menjauhi perintah larang dari Allah SWT.

Bagi para malaikat, manusia dan jin, mereka wajib melaksanakan perintah suruh dan menjauhi larangan dari Allah SWT. Dengan lain perkataan, mereka dianggap makhluk yang mukalaf yang mesti bertanggungjawab kepada Allah SWT kerana adanya Ruhul Tamyiz ini.

Jika Ruhul Tamyiz keluar dari badan manusia, maka manusia tidak akan mati. Sebaliknya ia akan pergi ke alam-alam lain. Mungkin dapat melihat alam malakut, dapat melihat alam roh, dapat melihat alam ghaib, dapat melihat alam kubur, dapat melihat alam jin, dapat melihat alam malaikat, alam yang halus-halus (alam mawaraa-ul maddah ) iaitu dapat melihat alam di luar material (kebendaan) ini dengan izin Allah SWT.

Ini yang berlaku apabila Ruhul Tamyiz keluar dari jasad semasa seseorang itu tidur, dia akan bermimpi. Bila ia jumpa roh yang suci, seseorang itu akan dapat mimpi yang baik-baik. Namun, apabila Ruhul Tamyiz itu bertemu dengan Ruhul Khabitah (roh yang jahat ) ia akan berjumpa dengan jin kafir yang jahat, syaitan, iblis atau benda-benda yang menakutkan.

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Mimpi yang benar itu ialah sebahagian daripada empat puluh enam sifat kenabian.” (Hadis Riwayat Muslim).

Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Mimpi baik itu daripada Allah dan mimpi buruk itu daripada syaitan, maka ketika salah seorang daripada kamu mimpi buruk, meludahlah ke arah kiri tiga kali, kemudian minta perlindungan kepada Allah, maka mimpinya tidak akan mengkhuatirkan.” (Hadis Riwayat Muslim).

Manusia yang telah meninggal dunia rohnya berada di alam barzakh, roh tersebut secara fitrahnya tidak boleh berjumpa roh manusia yang masih hidup melainkan dalam keadaan tertentu dengan izin Allah SWT boleh berjumpa dalam mimpi semasa tidur. Roh manusia yang telah meninggal dunia tidak boleh balik ke rumah untuk melihat anak cucu dan berkomunikasi dengan mereka, tidak kira pada bulan Ramadan, Syawal atau hari- hari tertentu, roh- roh di alam barzakh akan berada dalam keadaan baik jika semasa di dunia dia beramal soleh dan mukmin yang bertakwa , tetapi roh orang kafir, munafik, fasik, zalim berada dlm keadaan azab kerana di seksa di alam barzakh.

Allahu a’lam.

3 Golongan tidak dipandang Allah pada hari Kiamat

0

Tiga Golongan Yang Tidak Dipandang Allah Pada Hari Kiamat

عَنْ أَبِي ذَرٍّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثَةٌ لَا يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ قَالَ فَقَرَأَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثَ مِرَارًا قَالَ أَبُو ذَرٍّ خَابُوا وَخَسِرُوا مَنْ هُمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الْمُسْبِلُ وَالْمَنَّانُ وَالْمُنَفِّقُ سِلْعَتَهُ بِالْحَلِفِ الْكَاذِبِ

Dari Abu Dzar dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tiga golongan manusia yang Allah tidak akan berbicara dengan mereka pada hari kiamat, tidak melihat mereka, tidak mensucikan dosanya dan mereka akan mendapatkan siksa yang pedih.” Abu Dzar berkata, “Rasulullah SAW menyebutnya tiga kali. Abu Dzar berkata lagi: Mereka gagal dan rugi, siapakah mereka wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Orang yang melakukan isbal (memanjangkan pakaian), orang yang suka memberi dengan menyebut-nyebutkannya (kerana riak), dan orang yang menjual dagangan dengan bersumpah palsu (hingga menyebabkan orang percaya dan membelinya) ” (HR Muslim No: 154)

Pengajaran:

1. Setiap yang dilakukan oleh anak Adam akan dihisab di hadapan Allah. Ada orang yang mendapat ganjaran dan nikmat syurga dan ada yang mendapat azab seksa.

2. Tiga golongan manusia yang Allah tidak akan berbicara dengan mereka pada hari kiamat, tidak melihat mereka, tidak mengampunkan dosanya dan mereka akan mendapatkan seksa yang pedih iaitu:

a)  Orang yang melakukan isbal (memanjangkan pakaian) – kain, seluar atau baju hingga menutupi buku lali (bagi lelaki) dengan tujuan menunjuk-nunjuk atau angkuh dan sombong.

b)  Orang yang memberi sesuatu kepada seseorang kemudian mengungkit pemberian tersebut atau menyebut-nyebutnya (kerana riak).

c)  Orang yang menjual dagangan dengan bersumpah palsu bagi meyakinkan pembeli hingga menyebabkan pembeli terpengaruh dan percaya lalu membelinya.

3. Allah mengingatkan agar tidak mengungkit pemberian kepada orang lain kerana ia menghapuskan pahala amalnya. Firman Allah SWT: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekah mu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia.” [ Al-Baqarah: 264 ].

Allahu a’lam.

Generasi Al-Quran

0

Panel: Cikgu Rahim
Dari Meja Rektor

-Generasi awal Islam memiliki kefahaman yang mendalam, jiwa yang bersih dan akhlak al-Quran..

Apakah punca-punca lahirnya generasi al-Quran itu?

Ada 3 punca utama lahirnya generasi al-Quran…

1. Mereka rujuk al-Quran satu-satunya sumber hidayah dan tarbiah…

Mereka membaca Al-Quran dan merasai Allah sedang membimbing, memberi berita gembira dan juga ancaman..

Sikap mereka sami’na wa atho’ na

Generasi kemudian dahulukan sumber lain. Membaca al-Quran untuk ambil berkat.

2. Mereka baca untuk buat/amal. Mereka baca beberapa potong ayat dan terus amal. Al Quran turun selama 23 tahun…untuk membentuk pemikiran, jiwa dan akhlak yang unik ini.

3. Mereka buang syirik secara total. Mereka hanya menyembah dan memohon pertolongan kepada Allah. Mereka tidak puja dan sembah nabi-nabi atau wali-wali.

Mereka tidak sembah diri sendiri.

Mereka cepat-cepat bertaubat jika tergelincir dari landasan tauhid.

Mereka tinggalkan jahiliah secara total. Al Baqarah:208

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
Surah Al-Baqarah (2:208)

Syahrul:
Kalau mereka yang menghafaz al-Quran tapi tak amal.
Tak masuk ka dalam kategori 👆 cikgu.?

Cg Rahim:
Tak amal kira dusta ayat Allah.. kira pun banyak kena nih

Tinggalkan syirik, kufur dan dosa mana ikut kemampuan…
Buat amal soleh yang ikut kemampuan…

Tafsir Surah Ghafir – Tafsir Ayat Ke-83 hingga Ayat Ke-85

0

Tafsir Surah Ghafir

Tafsir Ayat Ke-83

Mengapa mereka yang telah dimusnahkan itu kena azab dari Allah semasa di dunia lagi? Apakah kesalahan mereka?

فَلَمّا جاءَتهُم رُسُلُهُم بِالبَيِّناتِ فَرِحوا بِما عِندَهُم مِنَ العِلمِ وَحاقَ بِهِم ما كانوا بِهِ يَستَهزِئونَ

“Kerana pada masa mereka didatangi oleh Rasul-rasul yang diutus kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (untuk menyelamatkan mereka, mereka mengejek-ejeknya, dan) mereka bergembira dengan pengetahuan yang ada pada mereka; dan dengan yang demikian mereka pun diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek dahulu.”

فَلَمّا جاءَتهُم رُسُلُهُم بِالبَيِّناتِ

Maka tatkala datang kepada mereka rasul-rasul yang diutus kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata

Mereka dulu telah didatangi dengan Rasul-rasul yang menyampaikan ajaran Tauhid kepada mereka. Rasul-rasul itu datang bukan dengan tangan kosong, tetapi mereka datang dengan bawa berbagai hujah, dalil dan mukjizat untuk membenarkan apakah yang mereka bawa itu.

Zaman kita, Rasul sudah tiada, yang tinggal adalah penyebar-penyebar tauhid, mereka juga bawa dalil bukti iaitu Al-Quran dan Hadis yang sahih.

فَرِحُوا بِمَا عِنْدَهُمْ مِنَ الْعِلْمِ

mereka sombong/bangga diri dengan apa yang ada di sisi mereka dari ilmu.

Mereka rasa mereka telah maju. Maka, mereka bangga dengan apa yang mereka miliki. Ilmu yang mereka miliki hanya berkenaan dengan dunia sahaja. Mereka tidak kisah dengan ilmu akhirat itu. Mereka rasa dunia mereka telah mencukupi, akhirat letak tepi dahulu.

Ataupun, mereka berbangga dengan ilmu syirik yang mereka ada. Seperti zaman sekarang, pengamal syirik itu bangga dengan ilmu sesat mereka kerana dengan ilmu sesat mereka itu, mereka boleh jadi dan buat macam-macam. Mereka boleh tundukkan orang, boleh mengubat orang, boleh melihat ke alam jin dan macam-macam lagi.

Orang lain tidak ada ilmu itu, oleh itu memang mereka bangga dengan ilmu mereka. Mereka sangka itu ilmu yang baik tetapi bukan ilmu sebenarnya bahkan ilmu karut. Mahu tengok yang ‘real’, tengok apa hujah-hujah ‘Raja Bomoh’ bila dia kena tegur. Bangga sungguh dia dengan ilmu dia itu.

وَحاقَ بِهِم ما كانوا بِهِ يَستَهزِئونَ

dan mereka ditimpa dengan azab yang mereka dulu ejek-ejek.

Bila diberitahu mereka dengan kemungkinan azab yang akan mereka terima, tetapi tidak juga mahu terima. Malah, mereka mengejek-ejek pula. Mereka kata: “mana, mana dia azab yang kamu janjikan kepada kami dulu? kami buat syirik ini, tidak jadi apa-apa pun”?

Begitulah lebih kurang kata-kata ejekan mereka. Maka, Allah kenakan azab kepada mereka semasa mereka di dunia lagi.

Masalah dengan orang yang cinta dunia, mereka seolah-olah sangka mereka akan hidup selamanya. akal mereka memang tahu yang mereka akan mati, tetapi perasaan mereka rasa macam akan hidup lama sahaja maka, mereka tidak buat persediaan. Orang yang seperti ini kita kena dakwah kepada mereka dan cuba ajak mereka untuk belajar tafsir Al-Quran kerana pada setiap helaian Al-Quran itu ada menceritakan tentang akhirat. Jangan jadikan alasan sibuk untuk tidak belajar Al-Quran. Semua orang sibuk, bermacam-macam hal hendak diuruskan, anak tuisyen, anak sekolah, anak sakit, anak hendak ikuti kem, anak hendak kahwin, Allah SWT sebut dalam Al-Quran [At-Takatsur: 1-2]:

أَلهاكُمُ التَّكاثُرُ

Dia kata, nantilah bila tidak sibuk. Kita tahu kah sampai bila sibuk ini?

حَتّىٰ زُرتُمُ المَقابِرَ

Sibuk itu sampai ke kubur. Tidak belajar, tahu-tahu sudah berada dalam kubur.

Tafsir Ayat Ke-84

Lalu, apakah kata-kata mereka apabila mereka benar-benar lihat azab itu nanti?

فَلَمّا رَأَوا بَأسَنا قالوا آمَنّا بِاللَّهِ وَحدَهُ وَكَفَرنا بِما كُنّا بِهِ مُشرِكينَ

“Maka ketika mereka melihat azab Kami, mereka berkata: “Kami beriman kepada Allah semata-mata, dan kami kufur ingkar kepada benda-benda yang dengan sebabnya kami menjadi musyrik”.

فَلَمَّا رَأَوْا بَأْسَنَا

Maka tatkala mereka melihat azab Kami

Ini adalah kata-kata mereka apabila azab datang kepada mereka. Iaitu mereka sudah dapat melihat azab itu dengan sungguh-sungguh di depan mata mereka.

قَالُوا آمَنَّا بِاللهِ وَحْدَهُ

mereka berkata: Kami beriman dengan Allah yang Esa.

Bila sudah nampak azab depan mata mereka yang akan kena kepada mereka, waktu itu kelam kabutlah mereka hendak beriman. Barulah mereka percaya dengan apa yang diberikan oleh penyeru Tauhid dulu.

Seperti juga mereka yang mengamalkan amalan yang salah, kalau mereka tengok ribut pun sudah cukup rasa takut. Sudah tidak ingat keris keramat lagi. Pada waktu itu mereka akan sebut ‘Allah’, ‘Allah’ lah sahaja.

وَكَفَرنا بِما كُنّا بِهِ مُشرِكينَ

Dan kami ingkar dengan apa yang kami dulu syirikkan

Waktu itu, mereka akan tekad untuk meninggalkan amalan-amalan syirik mereka, kerana waktu itu mereka telah nampak kesalahan dan kebatilan perkara yang mereka telah lakukan dahulu.

Kalau orang kita, mereka akan kata: “Kami tidak buat lagi benda-benda syirik dulu. – cincin, keris, dan sebagainya, semua kami akan tinggalkan”.

Tafsir Ayat Ke-85

Dalam ayat sebelum ini telah disebut bagaimana keadaan apabila mereka melihat azab yang akan dikenakan kepada mereka, waktu itu mereka beriman dan akan mengingkari perbuatan syirik yang mereka lakukan sebelum itu. Tetapi adakah iman mereka waktu itu bermanfaat kepada mereka?

فَلَم يَكُ يَنفَعُهُم إيمانُهُم لَمّا رَأَوا بَأسَنا ۖ سُنَّتَ اللهِ الَّتي قَد خَلَت في عِبادِهِ ۖ وَخَسِرَ هُنالِكَ الكافِرونَ

“Maka iman yang mereka katakan semasa melihat azab Kami, tidak berguna lagi kepada mereka; yang demikian adalah menurut “Sunnatullah” (undang-undang peraturan Allah) yang telah berlaku kepada hamba-hamba-Nya. Dan pada saat itu rugilah orang-orang yang kufur ingkar.”

فَلَم يَكُ يَنفَعُهُم إيمانُهُم لَمّا رَأَوا بَأسَنا

Maka tidaklah bermanfaat bagi mereka iman-iman mereka tatkala mereka sudah dapat lihat azab Kami

Iman yang hanya lahir apabila melihat azab yang akan menyebabkan kematian, tidak berguna, tidak laku lagi waktu itu. Waktu telah nampak azab, memang semua manusia dan jin akan beriman, walaupun mereka pengamal syirik yang paling tegar sekali pun. Oleh kerana itu tidak ada ujianlah lagi, maka tidak dikira lagi iman mereka pada waktu itu. Salah satu ujian adalah kita beriman dengan perkara ghaib (tidak nampak Allah, tidak nampak azab dan sebagainya). Bila telah nampak, memang semua akan beriman, maka tidaklah ada ujian lagi jika begitu.

Begitu juga dengan Firaun. Tatkala dia hendak mati lemas itu, dia kata dia beriman dengan Tuhan Nabi Musa. Namun, tidak diterima iman Firaun waktu itu. Sudah terlambat. Maka dijawab oleh Allah SWT melalui firman-Nya:

{آلآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنْتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ}

Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan. [ Yunus: 91 ]

سُنَّتَ اللهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ فِي عِبَادِهِ

Itulah ketetapan Allah SWT yang telah berlaku kepada hamba-hamba-Nya yang terdahulu.

Begitulah ketetapan Allah SWT dari dahulu lagi – kalau beriman waktu sudah nampak azab, tidak laku iman waktu itu. Ini bertepatan dengan Hadis dari Nabi SAW:

“إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ تَوْبَةَ الْعَبْدِ مَا لَمْ يُغَرْغِرْ”

Sesungguhnya Allah SWT senantiasa menerima taubat hamba-(Nya) selama dia belum sakarat.

Jika nyawa telah sampai halkum baru hendak bertaubat, baru hendak beriman, maka iman dan taubat waktu itu tidak lagi dikira.

Hanya kaum Nabi Yunus a.s sahaja yang selamat semasa mereka telah diturunkan azab kerana Nabi Yunus a.s telah meninggalkan mereka. Itu adalah kerana Nabi Yunus a.s telah lari meninggalkan mereka sebelum diberi kebenaran oleh Allah SWT. Jadi, mereka diselamatkan. Ini adalah pengecualian dan kita akan belajar kisah mereka dalam surah Yunus a.s nanti.

وَخَسِرَ هُنَالِكَ الْكَافِرُونَ

maka di situlah zahirnya kerugian kepada orang-orang yang kafir

Waktu itu barulah mereka akan sedar tentang kerugian mereka atas amalan syirik mereka sebelum itu. Namun, sesalan yang tidak berguna sama sekali. Mereka tetap akan dikenakan dengan azab tersebut.

Maka janganlah kita sampai jadi begitu baru hendak beriman, baru hendak bertaubat. Semoga ahli keluarga kita pun begitu juga. Oleh yang demikian, kita kena sampaikan kepada mereka ajaran wahyu ini.

Dakwa atau perkara penting dan utama dalam surah ini adalah: dalam doa, kena doa terus kepada Allah. Jangan guna perantaraan makhluk di dalam doa.

Allahu a’lam.

 

 

Tarekat Dibenarkan, Islam Hakikat Syariat, Khatam Al-Quran Ramadan

0

1. Apakah jenis-jenis tarekat yang dibenarkan di negara kita?
Yang mentadbir semua tarekat di Nusantara ialah Nahdatul Ulama (NU), Indonesia. Di bawah payung induknya; NU menghimpunkan hanya 44 buah tarekat sahaja yang didaftar dan diiktiraf oleh NU. Kesemua ke-44 tarekat ini bersatu dengan membawa agama yang baru, antara cirinya:
1. Akidah asyairah batiniah.
2. Islam hakikat vs syariat.
3. Tafsiran Al-Quran secara batin.
4. Mustalah hadis secara kasyaf, mensahihkan hadis atau mendapat hadis yang baru secara kasyaf, laduni dan mimpi.
5. Ibadat secara tawassul dengan wali yang sudah wafat.
6. Memuja Nabi SAW sebagai dewata dan lain-lain lagi.

2. Bolehkah jelaskan maksud Islam hakikat dan Islam syariat?
Maksud Islam syariat dan hakikat ialah, Islam ada dua bentuk ilmu dan amalan. Untuk menusia biasa, mereka hanya amalkan fiqh, fiqh ibadah, fiqh muamalat, syariat, hudud, munakahat.
Manakala untuk golongan tasawwuf atau pengamal tarekat mereka mengamalkan ajaran Islam hakikat, ilmu agama yang murni dan paling tinggi, diamalkan oleh nabi-nabi dan wali-wali antaranya Nabi Khidir.
Untuk mengetahui ajaran hakikat, manusia wajib bergabung dengan tarekat kerana wali-wali dalam tarekat akan mendidik dan membawa anda untuk amalkan Islam hakikat yang luhur dan tinggi nilainya.
Sebenarnya, Islam hakikat itu ialah tauhid dan akhlak yang luhur sahaja, tarekat pusing atas nama tasawwuf.

3. Adakah hadis di bawah ini ada dalam riwayat Imam Bukhari rhm?
Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, Nabi SAW bersabda,
“Bacalah Al-Quran setiap bulannya. ” Dia (Abdullah bin Amr bin Al-Ash) berkata, “Aku menjawab, ‘Aku sanggup baca lebih banyak dari itu lagi.’ Lalu beliau bersabda lagi, ‘Bacalah setiap tujuh malam sekali.” [Bukhari]
Takhrij:
Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,

« اقْرَإِ الْقُرْآنَ فِى شَهْرٍ » . قُلْتُ إِنِّى أَجِدُ قُوَّةً حَتَّى قَالَ « فَاقْرَأْهُ فِى سَبْعٍ وَلاَ تَزِدْ عَلَى ذَلِكَ »

“Bacalah (khatamkanlah) Al-Quran dalam sebulan.” ‘Abdullah bin ‘Amr lalu berkata, “Aku mampu menambah lebih dari itu.” Beliau pun bersabda, “Bacalah (khatamkanlah) Al-Quran dalam tujuh hari, jangan lebih daripada itu.” [Bukhari: 5054].
Fiqh hadis:
Terbaik, khatam al-Quran sebulan sekali, yakni satu hari satu Juz.

Popular

Iklan

Iklan