Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Tarekat Dibenarkan, Islam Hakikat Syariat, Khatam Al-Quran Ramadan

Tarekat Dibenarkan, Islam Hakikat Syariat, Khatam Al-Quran Ramadan

427
0
Iklan

1. Apakah jenis-jenis tarekat yang dibenarkan di negara kita?
Yang mentadbir semua tarekat di Nusantara ialah Nahdatul Ulama (NU), Indonesia. Di bawah payung induknya; NU menghimpunkan hanya 44 buah tarekat sahaja yang didaftar dan diiktiraf oleh NU. Kesemua ke-44 tarekat ini bersatu dengan membawa agama yang baru, antara cirinya:
1. Akidah asyairah batiniah.
2. Islam hakikat vs syariat.
3. Tafsiran Al-Quran secara batin.
4. Mustalah hadis secara kasyaf, mensahihkan hadis atau mendapat hadis yang baru secara kasyaf, laduni dan mimpi.
5. Ibadat secara tawassul dengan wali yang sudah wafat.
6. Memuja Nabi SAW sebagai dewata dan lain-lain lagi.

2. Bolehkah jelaskan maksud Islam hakikat dan Islam syariat?
Maksud Islam syariat dan hakikat ialah, Islam ada dua bentuk ilmu dan amalan. Untuk menusia biasa, mereka hanya amalkan fiqh, fiqh ibadah, fiqh muamalat, syariat, hudud, munakahat.
Manakala untuk golongan tasawwuf atau pengamal tarekat mereka mengamalkan ajaran Islam hakikat, ilmu agama yang murni dan paling tinggi, diamalkan oleh nabi-nabi dan wali-wali antaranya Nabi Khidir.
Untuk mengetahui ajaran hakikat, manusia wajib bergabung dengan tarekat kerana wali-wali dalam tarekat akan mendidik dan membawa anda untuk amalkan Islam hakikat yang luhur dan tinggi nilainya.
Sebenarnya, Islam hakikat itu ialah tauhid dan akhlak yang luhur sahaja, tarekat pusing atas nama tasawwuf.

3. Adakah hadis di bawah ini ada dalam riwayat Imam Bukhari rhm?
Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, Nabi SAW bersabda,
“Bacalah Al-Quran setiap bulannya. ” Dia (Abdullah bin Amr bin Al-Ash) berkata, “Aku menjawab, ‘Aku sanggup baca lebih banyak dari itu lagi.’ Lalu beliau bersabda lagi, ‘Bacalah setiap tujuh malam sekali.” [Bukhari]
Takhrij:
Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,

« اقْرَإِ الْقُرْآنَ فِى شَهْرٍ » . قُلْتُ إِنِّى أَجِدُ قُوَّةً حَتَّى قَالَ « فَاقْرَأْهُ فِى سَبْعٍ وَلاَ تَزِدْ عَلَى ذَلِكَ »

“Bacalah (khatamkanlah) Al-Quran dalam sebulan.” ‘Abdullah bin ‘Amr lalu berkata, “Aku mampu menambah lebih dari itu.” Beliau pun bersabda, “Bacalah (khatamkanlah) Al-Quran dalam tujuh hari, jangan lebih daripada itu.” [Bukhari: 5054].
Fiqh hadis:
Terbaik, khatam al-Quran sebulan sekali, yakni satu hari satu Juz.

Komen dan Soalan