Utama Blog Halaman 113

TBK 10.1.2 al-Masih al-Dajjal /2

0
Istilah al Masih al Dajjal

 

سمي بالدجال: لأنه دجل:أي غطى وموه واحتال والجل أكبر الكذب فهو دجال كذاب مختال
وجمع دجل:دجالون ,ودجاجلة

Terj: Adapun dinamakan Dajjal kerana bersifat tertutup dan manipulatif. Pendusta yang ultimate, paling besar. Plural kepada Dajjal ialah Dajjalun atau Dajajilah.

 

Syarah:

Dajjal bermaksud menutupi, kerana Dajjal licik menutupi kekufuran dan kebatilannya dan melakukan penipuan dan manipulasi ke atas manusia tanpa disedari oleh mereka. Orang Utara Malaysia menggunakan kalimah “Dajjai Hang” dalam perbualan harian bermaksud si fulan itu cuba melakukan penipuan dan menutupi muslihatnya.

TBK 10.1.2 al-Masih al-Dajjal

0
10.1.2 Kenapa dinamakan al-Masih al-Dajjal? (تسميته ب(المسيح الدجال)

سمي بالمسيح الدجال لأنه ممسوح العين اليسرى فهو أعور لا يرى إلا بعين واجده
وقيل بل الدجال يسمى :المسيح …وقيل المسيح(بالخاء الهعجمة)
وقيل سمي بالمسيح لأنه يمسح بالأرض ويسير فيها كلها
وقيل لأن أحد شقي وجهه ليس فيه عين ولا حاجب
وسمي بالدجال: لأنه دجل:أي غطى وموه واحتال والجل أكبر الكذب فهو دجال كذاب مختال
وجمع دجل:دجالون ,ودجاجلة

Terj: Dinamakan al-Masih kerana mata kirinya terhapus dan dia hanya mampu melihat dengan mata kanan sahaja. Dikatakan juga maksud al-Masih kerana Dajjal menghapus (merosakkan bumi) dan melakukan perjalanan ke seluruh pelusuk alam. Dinamakan al-Masih juga kerana sejak lahir, memang sebelah matanya tidak memiliki mata dan kening.

Syarah:

Kita merasa pelik, kenapa Isa AS juga digelari dengan al-Masih dan Dajjal juga al-Masih?

Ini kerana al-Masih memiliki makna yang kontradiktif atau berlawanan, sama seperti Kolestrol, ada kolestrol baik vs kolestrol jahat, ada Bakteria baik dan jahat, ada jin Islam dan jin kafir.

Maka al Masih-Dajjal bermaksud penyesat lagi pembohong, manakala al-Masih Isa AS bermaksud yang benar dan penegak kebenaran.

AMONG THE TIME THAT I HATE MYSELF

0

UiTO Channel: Tazkirah Harian:

AMONG THE TIME THAT I HATE MYSELF

It’s the time when I am overwhelmed with anger.

Everything about me when I’m blowing out in anger is extremely horrible.

The way I look when I’m angry.. it’s ugly!

The words I say & write when I’m angry.. it’s harsh!

The things I did when I’m angry.. it hurts myself and everyone around me!

One thing for sure, after I’m back to my senses.. I regret every little things I did with my expression, my words and my actions when I lost myself to anger.

Anger has always been there residing in each and everyone of us, it’s just a matter of controlling and keeping it down always.

That’s what make us strong, the true strength then can never be compared to anything, not even to wrestling, as the Prophet sallalLaahu ‘alaihi wa sallam highlighted. [al-Bukhari & Muslim]

That’s also what make us elligible for His offer of forgiveness and the paradise. To conceal our anger and to.. guess what? And to forgive! [Aali-‘Imran(3):133-134]

Please.. please.. please also remind me always about PATIENCE!

#BroSyariefShares

UiTO Channel: Tazkirah Harian:

[Amarah Sang Istri Reda karena Istighfar Sang Suami]

Seseorang menceritakan kisahnya,

“Di suatu hari saya pulang ke rumah dalam keadaan letih dan penuh beban. Aku membuka pintu ketika tiba-tiba istri menunggu penuh tanda marah dan emosi. Dia langsung menjejaliku dengan berbagai pertanyaan. Saya tidak bisa menguasai diri, lalu menghadapinya dengan emosi dan amarah yang sama.

Malam sudah larut, sementara debat dan marah terus berlanjut sampai menjelang Shubuh. Akhirnya, istriku mengambil inisiatif meninggalkan rumah dan pergi ke rumah orang tuanya. Saya berusaha mengurungkan tekadnya tapi tidak berhasil, dia masuk kamar kami mempersiapkan tasnya untuk bergegas pergi. Saya meninggalkannya dan keluar dari rumah tanpa tahu kemana harus pergi, saya sangat emosional dan marah.

Di samping rumahku terdapat sebuah masjid dan adzan sebentar lagi dikumandangkan. Saya masuk masjid, berwudhu, dan shalat dua rakaat. Tak lama kemudian adzan Shubuh dikumandangkan, saya pun shalat Shubuh berjamaah. Saya diam di masjid, beristighfar kepada Allah ‘Azza wa Jalla, dan keadaan itu terus berlangsung kurang lebih satu jam. Lalu saya bangkit pulang ke rumah dan membuka pintu ketika tiba-tiba istriku duduk menungguku dengan senyum.

Saya mengucapkan salam dan bertanya, ‘Kamu masih berkeras hati ingin pergi?’ Dia berkata, ‘Tidak, saya menyesal atas apa yang telah saya perbuat.’ Saya bergumam, ‘Ini aneh, apa yang telah terjadi?’ Kemudian saya bertanya tentang rahasia di balik perubahan ini. Dia menjelaskan, ‘Demi Allah, saya tidak tahu… akan tetapi semenjak satu jam yang lalu jiwa saya menjadi tenang, dan saya sadar kalau saya salah lalu Allah menunjukiku.’ Saya teringat waktu itu adalah bertepatan dengan waktu saya duduk beristighfar kepada Allah. Lalu saya ingat sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam,

“Barangsiapa memperbanyak istighfar niscaya Allah membuatkannya dari setiap kesusahan ada jalan keluar dan dari setiap kesempitan ada penyelesaian serta diberikan rizki dari arah yang tidak disangka-sangka.’

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam benar,

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4)

(Keajaiban Sedekah & Istighfar karya Hasan bin Ahmad bin Hasan Hammam (penerjemah Muhammad Iqbal, Lc & Jamaluddin), penerbit Darul Haq cet. V, Rajab 1429 H/Agustus 2008 M, hal. 135-137.)

Oleh : Pusat Buku Sunnah

 

Penghancuran segala kebaikan 

Ibnul Qoyyim mengatakan,

“Sesungguhnya seorang hamba akan datang pada hari kiamat dengan kebaikan yang sepenuh gunung, namun ternyata dia mendapatkan bahwa lisannya telah menghancurkan semua kebaikan itu”

(al Jawaabul Kaafi)

Tafsir Surah Ad-Dukhan: Tafsir Ayat Ke-6 dan Ke-7

0

Tafsir Surah Ad-Dukhan

Tafsir Ayat Ke-6

Inilah Dakwa/Maksud Surah ini. ‘Dakwa Surah’ adalah hujah utama atau kunci utama dalam sesuatu surah. Bukan keseluruhan ayat ke 6 ini, tetapi dalam bahagian kedua ayat ini.

رَحمَةً مِّن رَّبِّكَ ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّميعُ العَليمُ

(Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhan-Mu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hamba-Nya).

رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَ

Rahmat dari Tuhan-mu;

Hanya rahmat Allah SWTlah yang menurunkan para rasul untuk menyampaikan peringatan dan amaran kepada manusia.

Kalau Allah SWT tidak berbuat begitu, tidak tahu apa akan terjadi kepada kita semua. Maka, Nabi Muhammad ﷺ itu adalah rahmat buat kita sebenarnya. Dengan rahmat-Nya itu, manusia dapat mengenal Allah SWT, mengetahui tentang agama dan dapat menjalankan perintah Allah SWT.

Bayangkan kalau Allah SWT tidak menurunkan para Rasul, bagaimana kita hendak kenal Allah SWT? Tentunya kita tidak akan dapat mengenal Allah SWT dengan usaha sendiri kerana akal kita tentu tidak mampu mencapai pengetahuan itu.

Oleh itu, ingatlah rahmat Allah SWT yang Maha Besar ini. Dia sayangkan makhluk-Nya, maka Dia telah memperkenalkan Diri-Nya dan agama Islam kepada manusia.

Keputusan Allah SWT tidak boleh diubah dan ini juga adalah rahmat Allah SWT. Bayangkan kalau ada yang boleh mengubah keputusan Allah SWT setelah ditetapkan oleh-Nya? Tentulah itu tidak adil.

إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

Inilah potongan ayat yang menjadi ‘Dakwa’ surah ini. Ayat ini mengajar kita bahawa hanya Allah SWT sahaja yang tahu segala perkara dan apakah penyelesaian kepada masalah kita.

Hanya Allah SWT yang mendengar doa manusia kepada-Nya. Allah SWT memberitahu kepada kita di dalam ayat ini bahawa hanya Dia sahaja yang Maha Mendengar.

Pendengaran manusia memang ada, tetapi terhad. Kalau orang yang kita hendak bercakap tiada di hadapan kita, maka dia tidak dapat mendengar. Jika bunyi terlalu bising dan orang yang bercakap itu pula berbisik perlahan, kita juga tidak dapat mendengar. Malah kalau dia sudah mati, dia tidak dapat mendengar lagi.

Jadi, ada banyak kekangan dalam pendengaran kita. Namun tidak dengan Allah SWT kerana Allah Maha Mendengar. Bukan sahaja Dia boleh mendengar tetapi boleh memenuhi permintaan hamba.

Kemungkinan ada yang berkata, kita sebagai manusia turut boleh mendengar juga, bukan? Kita perlu menyedari bahawa Allah SWT boleh mendengar cara biasa dan juga luar biasa.

Kalau salah faham tentang perkara ini, boleh menyebabkan syirik. Memang ramai dari kalangan orang kita yang melakukan syirik sebegini. Ia dinamakan Syirik fis sam’ie (syirik dalam hal mendengar). Ini kerana mereka tidak faham tauhid, telah pergi menyeru roh yang telah mati.

Keadaan sebegini memang banyak berlaku dalam masyarakat kita dan ia boleh berlaku kepada mereka yang tidak ada asas wahyu Allah SWT. Apabila ramai yang tidak mempelajari tafsir Al-Quran, maka syaitan yang mendapat untung sebab terlalu mudah sahaja hendak menipu orang yang jahil.

Ada pula yang berhujah, mungkin Allah SWT boleh memberi manusia-manusia (seperti Nabi dan wali) kebolehan mendengar dengan cara yang luar biasa.

Mereka kata Allah SWT boleh dan mampu sahaja untuk lakukan begitu kerana Dia Maha Berkuasa. Oleh itu, di dalam surah Al-Jasiyah, Allah SWT menekankan bahawa Allah SWT tidak memberi kelebihan mendengar luar biasa itu kepada manusia.

Masyarakat yang berdoa dan meminta pertolongan kepada roh-roh yang telah mati itu telah melakukan kesalahan syirik kepada Allah SWT.

Mereka beriktikad bahawa ada makhluk lain mempunyai sifat mendengar seperti Allah SWT. Apabila kita menyamakan mana-mana dari sifat Allah SWT kepada makhluk, itu juga merupakan satu kesyirikan.

Dalam ayat ini, Allah SWT memberitahu kepada kita bahawa hanya Dia sahaja yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala keperluan kita.

Oleh itu kita sepatutnya hanya meminta kepada Allah SWT, tetapi ada juga yang minta kepada selain Allah SWT. Nabi dan wali itu sekarang hidup di alam yang lain dan mereka tidak boleh mendengar seruan dan permintaan manusia yang hidup di alam dunia.

Terdapat ramai orang yang salah faham hal ini. Apabila ditegur, mereka akan katakan bukan meminta kepada makhluk itu, tetapi minta kepada Allah SWT, cuma ‘melalui’ perantaraan makhluk sahaja.

Ini adalah ajaran yang salah, bertambah malang ia berleluasa dalam dunia sekarang, termasuklah masyarakat Islam kita. Itu dinamakan tawassul.

📍Tidak ada entiti lain yang dapat mendengar doa kita. Tidaklah Nabi Muhammad ﷺ itu dapat mendengar permintaan kita kerana baginda telah wafat. Malah tidak pernah Nabi ﷺ katakan baginda akan mendengar permintaan manusia selepas baginda wafat. Ada dalil di dalam Al-Quran telah menyatakan dengan jelas bahawa orang mati tidak dapat mendengar [ Fathir: 22 ].

Jadi kalau ada yang berkata orang yang mati seperti Nabi dan wali boleh mendengar, kena bawakan dalil yang qat’ie (menunjukkan sesuatu yang jelas). Tidak boleh dalil yang tidak qat’ie.

Begitu banyak dalil diberikan oleh manusia yang jahil wahyu sebagai dalil yang orang mati boleh mendengar (bunyi tapak kaki di kubur, Nabi bercakap dengan musyrikin Mekah yang mati di Perang Badar dan lain-lain), tetapi itu semua bukanlah dalil yang qat’ie.

Terdapat banyak kekeliruan dalam masyarakat tentang orang mati yang dikatakan boleh mendengar. Maka elok kiranya kita menyebut beberapa perkara mengenainya:

1. Memang terdapat perselisihan tentang permasalahan sama ada orang yang sudah mati boleh mendengar. Cuma ulama yang mengatakan orang mati boleh mendengar, hanya berpendapat boleh mendengar salam sahaja tanpa memberikan huraian.

Malah jauh sekali dari mengatakan yang orang yang mati itu boleh mendengar permintaan doa manusia. Itu adalah fahaman yang sesat. Namun begitu ada perselisihan pendapat mengatakan orang yang mati tidak boleh mendengar lebih rajih, kuat dalilnya, menetapi dan menyelamatkan akidah.

2. Saidatina Aisyah radiallahu ‘anha sendiri pernah mengatakan yang orang yang mati tidak boleh mendengar. Ini adalah pendapat yang Qat’ie dan lebih bertepatan dengan ayat-ayat Al-Quran.

3. Nabi Muhammad ﷺ memang pernah bercakap dengan Musyrikin Mekah yang mati dalam Perang Badar. Nabi ﷺ telah ditegur oleh Saidina Umar dan baginda menjawab bahawa mereka memang boleh mendengar.

Teguran Saidina Umar itu menunjukkan kepercayaan mereka bahawa orang mati memang tidak boleh mendengar dan sebab itulah Saidina Umar hairan kenapa Nabi ﷺ bercakap dengan musyrikin yang mati itu.

Qatadah mengatakan yang peristiwa ini adalah mukjizat Nabi ﷺ sahaja. Oleh kerana itulah baginda tidak melakukan di tempat-tempat yang lain kerana mukjizat berlaku sekali sahaja.

4.  Perkara akidah perlu berdasarkan Al-Quran, hadis sahih dan hadis hasan. Jikalau ada yang berlawanan dengan Al-Quran, hendaklah ditakwil supaya sesuai dengan Al-Quran.

Hadis tidak patut berlawanan dengan Al-Quran. Kalau Al-Quran memberitahu manusia di dalam kubur tidak boleh mendengar, maka tidak mungkin ada hadis yang menidakkannya pula?

5. Amalan di kubur Nabi ﷺ tidak boleh melebihi amalan para sahabat iaitu sekadar memberi salam. Nabi ﷺ tidak mendengar permintaan kita sekarang dan juga wali seperti Sheikh Abdul Qadir. Maka, mereka yang menyeru Nabi Muhammad ﷺ dan lain-lain, dengan pelbagai permintaan mereka, adalah salah sama sekali.

Termasuk juga dalam hal ini, Nabi ﷺ tidak dapat mendengar permintaan umat Islam yang meminta syafaat dari baginda. Nabi ﷺ tidak pernah menyuruh kita meminta syafaat darinya. Salah faham tentang syafaat ini telah banyak menyesatkan umat Islam sampaikan mereka melakukan perkara syirik.

Lalu bagaimana dengan acara ‘Maulid Perdana’ yang dilakukan oleh masyarakat kita yang jahil itu? Sampaikan beribu orang berkumpul di stadium, di padang besar dan sebagainya? Mereka menyeru-nyeru sambil memuji (dan memuja) baginda ﷺ dengan harapan dan iktikad yang Nabi ﷺ boleh mendengar permintaan mereka.

Antaranya mereka berkata ‘isyfa’lana‘ yang bermaksud ‘berilah syafaat kepada kami’. Adakah Nabi ﷺ boleh mendengar permintaan mereka itu? Kalau benar Nabi ﷺ boleh mendengar, mereka perlu keluarkan bukti. Jangan hanya bercakap atau agak-agak sahaja.

Jangan hanya kata ‘saya rasa’, ‘pendapat saya’, pendapat ulama itu dan ini dan berbagai lagi hujah batil yang diberikan oleh manusia. Segala perkara ghaib memerlukan bukti. Ini penting kerana manusia tidak tahu perkara ghaib. Perkara ghaib memerlukan nas naqli (nas dari Al-Quran dan Hadis) yang sahih.

Satu lagi, kalau meminta kepada selain Allah SWT, kenalah yang diminta itu juga ada kuasa untuk menolong, kalau tidak hanya buang masa sahaja minta kepada mereka.

Maka kena bawa juga dalil qat’ie yang kata mereka ada kuasa untuk menolong. Sudahlah kena bawa dalil qat’ie yang mengatakan mereka boleh mendengar, kena bawa juga dalil qat’ie yang mengatakan mereka boleh menolong.

📍Begitulah tentang perkara akidah, kena ada dalil yang kuat, kalau dalil setakat wahm atau zanni sahaja, tidak dipakai.

Tafsir Ayat Ke-7

Kenapa kita kena ikut perintah Allah SWT? Tentulah kerana Allah SWT adalah Tuhan kita. Allah SWT berikan dalil itu dalam ayat ini.

رَبِّ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ وَما بَينَهُما ۖ إِن كُنتُم مّوقِنينَ

Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan keadaan) langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; kalau betul kamu orang-orang yang yakin (akan hakikat itu, maka terimalah sahaja apa yang diutuskan kepada kamu).

رَبِّ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ

Tuhan (yang mencipta dan mentadbirkan) langit dan bumi

Ilah yang ada sifat Maha Mendengar dan Maha Mengetahui itu hanyalah Tuhan kita iaitu Allah SWT yang mencipta, mentadbir dan memelihara alam ini. Kita kena puja dan sembah Allah SWT sahaja kerana Dia lah yang telah mencipta alam ini.

Bukan sahaja Dia telah mencipta, tetapi Dia juga turut mentadbir dan memelihara alam ini. Dalam setiap ketika, Allah SWT menguruskan kita dan Dia tidak pernah memberikan kuasa mengurus itu kepada selain dari-Nya.

Ini penting untuk kita ketahui kerana makna رَبِّ bukan hanya bermakna ‘Tuhan’ sahaja, tetapi ia bermaksud ‘yang mencipta, memelihara dan menjaga’. Bukan hanya mencipta sahaja alam ini dan kemudian dilepaskan begitu sahaja alam ini.

وَمَا بَيْنَهُمَا

serta segala yang ada di antara keduanya;

Bukan sahaja langit dan bumi, tetapi apa sahaja yang ada di antara keduanya. Kita tidak tahu apakah yang ada di antara langit dan bumi kerana akal kita yang terhad. Maksudnya, Allah SWT adalah Tuhan kepada segenap alam.

إِن كُنتُم مُّوقِنِينَ

Jika kamu orang-orang yang yakin

Jika kamu hendak mencari keyakinan. Keyakinan apakah yang hendak dicari?

Keyakinan bahawa mengesakan Allah SWT adalah tuntutan utama agama. Seterusnya yakin Allah SWT adalah Tuhan sekalian alam, yang menurunkan Al-Quran dan memberi hidayah.

📍Sekiranya kamu ingin meyakini apa yang diberitakan oleh Allah SWT, semua yang disampaikan ini ada di dalam Al-Quran dan sudah cukup sebagai dalil.

✍🏻SESI MUZAKARAH

Tafsir surah Ad Dukhan (Ayat Ke-6 dan Ke-7)

📍Adakah benar kalau kita ziarah kubur, maka ahli kubur itu tahu ahli keluarganya datang? Benarkah ahli kubur akan berasa sedih jika kita tidak melawat kuburnya tetapi hanya berdoa dari jauh?

🔵Ada pendapat yang kata ahli kubur tahu siapa yang lawat dia tetapi setakat itu sahaja lah. Jangan berlebihan. Perkara utama yang dia perlukan adalah doa.

📍Mengenai dalil tentang Nabi mendengar rintihan dari dalam kubur lalu Nabi meletakkan pelepah kurma untuk meringankan siksaan kubur, ini hanya untuk Nabi sahaja?

🔵Ya.

📍Adakah boleh kalau kita berdoa untuk dapatkan syafaat dari Nabi dan Al-Quran pada hari hitungan amal tetapi yang utama masih pertolongan dari Allah SWT?

🔵Boleh berdoa untuk syafaat tetapi minta kepada Allah SWT. Syafaat dari Allah SWT, bukan dari Nabi.

📍Maksudnya yang minta pada Allah SWT untuk dapatkan syafaat dari Nabi dan Al-Quran itu adalah salah sebab biasa dengar orang membaca doa begitu.

🔵Itu yang salah. Sebenarnya syafaat ini automatik sahaja. Kalau ada tauhid maka akan dapat syafaat kalau perlu. Bab syafaat ini panjang hendak dijelaskan. Ramai salah faham bab ini sebab itu ada yang minta dari Nabi Muhammad SAW.

📍Adakah benar kita boleh meminta dari Allah SWT supaya malaikat menolong kita dalam urusan di dunia?

🔵Tidak ada.

📍Bagaimana pula amalan berselawat untuk mendapat syafaat Nabi ?

🔵Selawat bukannya minta syafaat dari Nabi. Boleh banyakkan selawat.

 Allahu a’lam.

TBK 10.1.1 al Masih al Dajjal

0

Siapa Dajjal itu?

من الدجال؟

هو رجل من بني آدم جعل الله عز وجل له قدرات ليست لغيره من البشر مكنه الله منها اختبارا وامتحانا لإيمان الناس وقد حذرنا النبي صلى الله عليه وسلم من اتباعه في ضلاله وأخبرنا عن صفاته الخلقية والخلقية

Dajjal adalah seorang lelaki keturunan Adam (bukan alien,monster atau raksaksa atau haiwan) yang memiliki beberapa keupayaan yang tidak diberi kepada orang lain. Allah memberikan keajaiban tersebut semata mata untuk menguji iman manusia khususnya umat Islam. Namun, Nabi saw telah memberi peringatan untuk kita supaya tidak terpengaruh dengan kesesatan Dajjal dan telah menceritakan akan sifat-sifat fizik dan kelakuannya.

ونحن نتكلم هنا عن الدجال لأن :
العلم بالشيء خير من الجهل به وقد كان حذيفة بن اليمان رضي الله عنه يسأل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الشر مخافة أن يدركه

Kita membicarakan isu Dajjal lantaran mengetahui sesuatu itu adalah lebih baik dari jahil akannya sebagaimana hadith Hudzaifah ibnul Yaman yang bertanyakan akan perkara-perkara keburukan agar terhindar dari terjerumus ke dalamnya.

 

عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَان رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ : كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُوْنَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْخَيْرِ وَ كُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنِ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي

Dari Hudzaifah bin Al-Yaman Radhiyalahu ‘anhu beliau  “Dahulu manusia bertanya kepada Rasulullah tentang hal-hal yang baik tapi aku bertanya kepada beliau tentang hal-hal yang buruk agar jangan sampai menimpaku”
HR Bukhari-Muslim

 

فالدجال أعظم فتنة خاف النبي صلى الله عليه وسلم على أمته منها فحذر وخوف وأنذر..لما مع الدجال من الشبهات والفتن…مع ادعاء الدجال أنه الله رب العالمين!!
فإذا عرفنا صفات الدجال وطرق السلامة منه حمانا الله من شره…

Kemunculan Dajjal sebagai tanda besar Kiamat merupakan fitnah terbesar yang dibimbangi Nabi saw akan umatnya. Baginda sentiasa memperingati dan memberi amaran kerana Dajjal kelak memliki banyak syubhat dan fitnah-fitnah terutama dakwaannya dia adalah laksana tuhan atau dewata seru sekelian alam buana. Mudah-mudahan dengan mengetahui sifat-sifat dajjal dan cara menyelamatkan diri dari kecelakaannya, semoga Allahlah jua yang dapat menjaga kita dari kejelikannya. Dr. al Areefi, KSA, “Nihayat al Fitaan” ms 218

 

Syarah:

Di antara keajaiban al Dajjal ialah:

1. Menghidupkan orang mati

2. Menurunkan hujan.

3. Menyuburkan bumi dengan kehijauan.

4. Menzahirkan syurga dan neraka.

 

Fitnah yang begini dahsyat sudah tentu akan menggoyahkan iman seseorang, merupakan ujian kepada orang beriman dan bala kepada sebahgian besar manusia. Inilah keyakinan ahli sunnah, ditolak oleh muktazilah, khawarij, Jahmiyah dan liberal serta anti hadith.

Ada segolongan ilmuan mentatafsirkan Dajjal sebagai metafora atau balaghah atau kiasan sahaja bukan fizikal manusia. Ia mungkin dalam bentuk aliran, manhaj, peradaban, budaya yang melanda bumi peradaban yang hanya fokus kepada dunia semata-mata. penakwilan sedemikian tidak diterima di sisi ahli sunnah kerana nas-nas hadith menolak teori Dajjal sedemikian.
WA

TBK 10 : Sepuluh Tanda Besar Kiamat

0

 

Selepas kemunculan al Mahdi, maka akan muncul pula 10 tanda Besar Kiamat.  Maksud Tanda Besar ialah petanda amat dekatnya Kiamat.

 

باب في الآيات التي تكون قبل الساعة
2901 حدثنا أبو خيثمة زهير بن حرب وإسحق بن إبراهيم وابن أبي عمر المكي واللفظ لزهير قال إسحق أخبرنا وقال الآخران حدثنا سفيان بن عيينة عن فرات القزاز عن أبي الطفيل عن حذيفة بن أسيد الغفاري قال اطلع النبي صلى الله عليه وسلم علينا ونحن نتذاكر فقال ما تذاكرون قالوا نذكر الساعة قال إنها لن تقوم حتى ترون قبلها عشر آيات فذكر الدخان والدجال والدابة وطلوع الشمس من مغربها ونزول عيسى ابن مريم صلى الله عليه وسلم ويأجوج ومأجوج وثلاثة خسوف خسف بالمشرق وخسف بالمغرب وخسف بجزيرة العرب وآخر ذلك نار تخرج من اليمن تطرد الناس إلى محشرهم

Dari Hudzaifah bin Usaid Al Ghifari ra, ia berkata, ‘Rasulullah saw memperhatikan kami sewaktu kami saling berbincang. Beliau bertanya, ‘Apa yang sedang kalian perbincangkan?’ Mereka menjawab, ‘Kami menyebutkan hari kiamat.’ Beliau bersabda, ‘Sesungguhnya kiamat tidak akan terjadi sehingga kamu melihat sepuluh tanda.’ Lalu beliau menyebut asap, Dajal, binatang, terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya (sebelah Barat), turunnya Isa bin Maryam AS, Ya’juj dan Ma’juj, tiga pemendapan besar, Mendap di Timur, di Barat, dan di semenanjung Arab. Yang akhir yang demikian itu adalah keluarnya api yang keluar dari Yaman yang menggiring manusia ke tempat berkumpulnya mereka.’
(HR. Muslim no. 2901)

Turutan tanda Besar 10 menurut al Areefi:

1. Keluarnya Dajjal.

2. Turunnya Nabi Isa as.

3. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj.

4.5.6 Terbenamnya bumi 3 kali.

7. Asap.

8. Keluarnya Dabbah (haiwan aneh).

9. Terbitnya Matahari dari Barat.

10. Api yang mengumpulkan manusia.

Imam Ibn Hajar menyatakan keluarnya Dajjal adalah tanda Kiamat yang pertama (al fath, 10:353)

Siri Pemurnian Bid’ah / 7

0
60 Amalan bid’ah yang diamalkan di Nusantara.
Nota dari Syeikh THTL

 

Ketujuh : Fenomena solat hajat.
Dalil solat hajat.
Dalil 1

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَتْ لَهُ إِلَى اللَّهِ حَاجَةٌ أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ بَنِي آدَمَ فَلْيَتَوَضَّأْ فَلْيُحْسِنْ الْوُضُوءَ ثُمَّ لِيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ لِيُثْنِ عَلَى اللَّهِ وَلْيُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ لِيَقُلْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ ……. يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Terjemahan: “Ertinya ; Dari Abdullah bin Abu Aufa, ia berkata, telah bersabda Rasulullah saw, ‘Barangsiapa yang mempunyai hajat kepada Allah, atau kepada salah seorang dari bani Adam (manusia), maka hendaklah ia berwuduk serta membaguskan wuduknya kemudian solat dua rakaat. Terus (setelah selesai solat) hendaklah ia menyanjung Allah dan bersalawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian ia mengucapkan (do’a) : Laa ilaaha illallahul haliimul kariim’ (dan seterusnya sampai) ‘ya arhamar rahimin”.

(HR Tirmidzi (dan ini lafaznya), Hakim dan Ibnu Majah)

Ulasan:

Sanad hadith ini sangat lemah kerana di sanadnya ada seorang perawi bernama Faaid bin Abdurrahman Abu Al-Waruqa.

Imam Tirmidzi rhm sendiri setelah meriwayatkan hadith ini berkata. “Hadith ini gharib (asing), di isnadnya ada pembicaraan (kerana) Faaid bin Abdurrahman telah dilemahkan di dalam hadith(nya)”.

Menurut pendapat Imam Bukhari rhm, “Munkarul hadith (bermaksud orang yang diingkari hadithnya)”.

Imam Bukhari rhm pernah mengatakan, “Setiap perawi yang telah aku katakan padanya munkarul hadith, maka tidak boleh (diterima) riwayatnya” (rujuk kitab Mizanul I’tidal jilid 1: 6)

 

Dalil 2 : Hadith dari Abu Darda’

Daripada Maimun Abu Muhammad al-Mura’i al-Tamimi. dari Yahya bin Abi Kathir, dari Yusuf bin Abdullah bin Salam daripada Abu Darda’ ra katanya: Wahai sekalian manusia! Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda:

مَنْ تَوَضَّأَ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ يُتِمُّهُمَا أَعْطَاهُ اللَّهُ مَا سَأَلَ مُعَجِّلاً أَوْ مُؤَخِّرًا

Terjemahan:
Sesiapa berwuduk dan menyempurnakannya, kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan sempurna, apa sahaja yang dimintanya akan diberi oleh Allah baik cepat mahupun lambat.
(HR Ahmad dalam Musnadnya, no: 26225)

Ulasan:

Status hadith ini dhaif. Menurut Syaikh al Albani, Ahmad Syakir dan Syaikh Syu’aib al Arnauth, kerana perawi Maimun al Mura’i dan sanadnya terputus.

 

Dalil 3 : Hadith Uthman bin Hunaif, seorang yang buta.

أَنَّ رَجُلاً ضَرِيرَ الْبَصَرِ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: ادْعُ اللَّهَ لِي أَنْ يُعَافِيَنِي.
فَقَالَ: إِنْ شِئْتَ أَخَّرْتُ لَكَ وَهُوَ خَيْرٌ وَإِنْ شِئْتَ دَعَوْتُ. فَقَالَ: ادْعُهْ.
فَأَمَرَهُ أَنْ يَتَوَضَّأَ فَيُحْسِنَ وُضُوءَهُ وَيُصَلِّيَ رَكْعَتَيْنِ وَيَدْعُوَ بِهَذَا الدُّعَاءِ:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِمُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ.
يَا مُحَمَّدُ إِنِّي قَدْ تَوَجَّهْتُ بِكَ إِلَى رَبِّي فِي حَاجَتِي هَذِهِ لِتُقْضَى اللَّهُمَّ شَفِّعْهُ فِيَّ

Terjemahan: “Seorang lelaki buta datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Doakanlah kepada Allah supaya dia sembuhkan (kembalikan penglihatan) aku. Nabi bersabda: Kalau engkau suka untuk bersabar engkau akan mendapat pahala di atas kesabaranmu (di atas kecacatanmu itu) ataupun boleh juga sekiranya jika engkau mahu, aku akan mendoakan engkau sekarang (supaya sembuh serta-merta). Kata lelaki itu: Doakanlah untuku sekarang. Lalu baginda s.a.w menyuruhnya agar berwuduk dan menyempurnakannya lalu mengerjakan solat dua rakaat. Kemudian dia berdoa: Ya Allah Ya Tuhanku! Aku berdoa dan bermunajat kepada-Mu dengan (perantaraan doa) Muhammad, Nabi yang membawa rahmat.

Ya Muhammad, sesungguhnya aku telah menghadap dengan (doamu) kepada Tuhanku tentang hajatku ini supaya dimakbulkan hajatku ini. Ya Allah! Berikanlah syafaat (baginda s.a.w) kepadaku. –

(Hadis riwayat Imam Ibnu Majah di dalam Sunannya, Kitab Iqamah al-Solah wa Sunnah Fiha, no: 1375)

Ulasan:

Status hadith:

قال هذا حديث حسن صحيح غريب لا نعرفه إلا من هذا الوجه من حديث أبي جعفر وهو الخطمي و عثمان بن حنيف هو أخو سهل بن حنيف

Menurut pendapat Imam Abu Isa rhm, hadith ini berstatus hasan sahih gharib.

Hadith ini dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani rhm di dalam Sahih Sunan al-Tirmizi, hadith no: 3578.

Hadith ini juga dinilai sahih oleh Syaikh Syu’aib al-Arnauth rhm di dalam kitab al-Jami’ al-Kabir (nama lain bagi Sunan al-Tirmizi), hadith no: 3895.

 

Dalil 4: Hadith dari Uthman bin Hunaif

Syarah:
Hadith inilah yang dikatakan sebagai satu-satunya dalil solat hajat. Menurut pendapat Syaikh al Albani rhm, hadith ini bukanlah dalil solat hajat melainkan diletakkan di dalam perbahasan isu tawassul.

 

Rumusan

Apakah solat hajat bid’ah?

1. Solat hajat tidak berasal dari Nabi saw kerana Nabi saw apabila menghadapi masalah akan melakukan solat sunat mutlak.

Dalil:

كَانَ النَّبِيُّ  إِذَا حَزَبَهُ أَمْرٌ صَلَّى

Terjemahan:
“Apabila Nabi saw menghadapi suatu masalah yang menyulitkan beliau, beliau melakukan solat.”
(HR Ahmad dan Abu Dawud. Asy-Syaikh al-Albani rhm mengatakan hadith ini berstatus “hasan.”

2. Solat hajat adalah sunnah, menurut al Munziri rhm dan Imam Tirmizi rhm berdasarkan hadith Uthman bin Hunaif.

3. Solat hajat adalah sebenarnya solat Istikharah menurut mufti am Arab Saudi, Syaikh Abdullah Ben Baz.

4. Solat hajat adalah bid’ah menurut Syaikh al-Albani rhm, Ibnu Uthaimin rhm dan lajnah fatwa Arab Saudi.

 

Hukum:

Solat hajat tidaklah jatuh di dalam bid’ah kerana khilaf masih wujud di kalangan ahli hadith. Akan tetapi menjadi bid’ah kerana kaifiat di nusantara.

 

Definisi bid’ah Idhafiah.

Bid’ah idhafiah ialah tokok tambah di dalam sesuatu amalan yang diperselisihkan sehingga menjadi fenomena yang lain pula.

Solat hajat sememang khilaf kerana wujud dalil hadith sahih dari Uthman bin Hunaif, maka ia menjadi dalil, solat hajat dan tawassul dengan Nabi saw.

Akan tetapi solat hajat di nusantara adalah suatu fenomena di mana ia dianggap solat sunat paling popular.Lama-kelamaan generasi muda akan menganggap, solat hajat antara solat sunat yang paling tinggi nilainya berbanding solat sunat yang lain, mengalahkan solat rawatib, solat tahajud, solat witir dan solat dhuha.

 

Bagaimana bid’ah idhafiah terjadi?

Dari sudut situasi atau program masyarakat:

1. Solat hajat perdana untuk memastikan kemenangan parti politik menghadapi Pilihan Raya Umum(PRU)

2. Solat hajat perdana untuk mendapat kejayaan atau keputusan cemerlang didalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR), Sijil Peperiksaan Malaysia(SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM)

3. Solat hajat sebelum ke Mekah.

4. Solat hajat untuk ahli kariah yang akan menjalani pembedahan.

5. Solat hajat kerana memasuki rumah baru.

6. Solat hajat anak berjaya memasuki ke Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA)

7. Solat hajat kerana berjaya membeli kereta atau motor baru.

Ada banyak lagi tujuan solat hajat dilakukan oleh segelintir masyarakat nusantara.

 

Kaifiat solat hajat:

1. Lebai atau kiyai dijemput ke majlis solat hajat. Solat hajat sentiasa dilakukan oleh lebai atau kiyai sebagai imam dan berdoa secara beramai-ramai) jama’iy)

2. Tuan rumah menyediakan duit poket atau upah kepada peserta yang datang.

3. Menyediakan juadah makanan.

4. Menyediakan air supaya air tersebut dijadikan air suci atau mempunyai berkat atau air terjampi selepas solat hajat.

 

Maka inilah bentuk dan kaifiat solat hajat yang menjadi bid’ah idhafiah kerana telah mencetuskan fenomena dan menjadi solat yang mega di dalam ibadat orang melayu.

 

Siri Pemurnian Bid’ah / 6

0
60 Amalan bid’ah yang diamalkan di Nusantara.
Nota dari Syeikh THTL

 

Keenam : Maulidur Rasul saw.

Maulid ialah Hari kelahiran Nabi saw. Menjadikan ia hari sambutan perayaan, di isytiharkan sebagai hari cuti umum , mengadakan perarakan, dan menganjurkan majlis selawat perdana dan Ya hanana.

Isu 1

Tarikh kelahiran Nabi saw adalah pada 9 rabiul awal (rujuk kitab Raheequl Makhtum), sedangkan umat Islam menyambutnya 12 rabiul awal.

Isu ke 2

Sambutan perayaan kelahiran Nabi saw tidak berlaku di zaman Nabi saw, zaman 4 khalifah yang rashad dan zaman Ummayah. Ia muncul pada zaman Salahudin al Ayyubi kerana melihat perayaan hari kelahiran jesus, pada zaman dinasti syiah fatimiyah dan raja Iraq iaitu Malik Muzaffar tahun 604H.

Isu ke 3

Apabila sambutan perayaan maulid menjadi fenomena, ulama mula berselisih.
Ahli hadith dan manhaj salafiyah menolaknya, manakala pengikut mazhab mendokongnya khususnya mazhab Syafi’iy (Imam Jalaludin al Syuyuti dan Imam Ibn Hajar Asqolani). Manakala dianggap bid’ah oleh Imam Ibnu Taymiyah rhm, muridnya Ibnu Katsir dan Ibnu Qayyim rhm.

Isu ke 4

Kerajaan Arab Saudi, iaitu tempat kelahiran Nabi saw, tidak pernah menyambutnya sehingga sekarang dan tidak menjadikan maulid sebagai cuti umum di Arab Saudi.

Fatwa Ibnu Uthaimin, haiah kibar ulama Arab Saudi dan mufti Unaizah, Majmû’ Fatâwâ wa Rasâ-il Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin (II/298), maulid adalah bid’ah.

 

Rumusan ulama Arab Saudi, Syaikh Hamud bin ‘Abdillah at-Tuwaijiri berkata:

“…Dan hendaklah juga diketahui bahawa memperingati malam maulid Nabi saw dan menjadikannya sebagai peringatan tidak termasuk petunjuk Nabi saw. Sebaliknya ia adalah perbuatan yang diada-adakan yang dibuat setelah zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam setelah berlalu sekitar 600 tahun.

Oleh kerana itu, memperingati perayaan yang diada-adakan ini masuk dalam larangan keras yang Allah SWT sebutkan di dalam firman-Nya.

فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

“…Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul-Nya takut akan mendapat cubaan atau ditimpa azab yang pedih.”
(an-Nûr/24:63)

Jika dalam acara maulid yang diada-adakan ini ada sedikit saja kebaikan maka para sahabat telah bergegas melakukannya (rujuk kitab Rasâ-il fii Hukmil Ihtifâl bi Maulidin Nabiy (I/70)

Hukum:

Sambutan maulid Nabi saw sememangnya bid’ah kerana menepati definisi bid’ah.

Namun, oleh kerana negara telah menjadikan cuti umum dan terdapat kepelbagaian acara dan program dalam sambutan maulid, maka terbaik kita memandunya kepada program yang berbentuk ilmiah, seperti minggu sunnah, kampung sunnah yang di isikan dengan pelbagai program yang berlainan dengan program masyarakat yang selalu diadakan seperti perarakan,konsert salawat 1 Malaysia dan membaca qasidah dan barzanji.

 

Tip-Tip Cemerlang daripada Al-Quran: Tip 8 – Cemerlang dengan Ikhlas

0

TIP 8

CEMERLANG DENGAN IKHLAS

“Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang tawanan. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah. Kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula ucapan terima kasih…” [ Al-Insan: 8-11 ].

Usaha yang gigih tidak akan cemerlang tanpa ikhlas.

Ikhlas mengundang keredaan Allah dan rahmat-Nya.

Orang yang ikhlas mendapat kedudukan istimewa di dunia dan di akhirat.

Bahaya Riak

Anasir yang merosakkan keikhlasan adalah riak.

“Maka kecelakaanlah bagi mereka yang salat, (iaitu) mereka yang lalai dari salatnya, yang mengerjakan kebajikan untuk dilihat orang (riak)”…[ Al-Ma’un: 4-6 ].

“Sesiapa yang berharap akan menemui Tuhannya hendaklah dia mengerjakan amalan yang salih dan janganlah dia menyekutukan Allah dalam ibadahnya dengan sesuatu apa pun.” [ Al-Kahfi: 110 ]

“Mereka yang suka menunjuk-nunjuk (riak) mempunyai tiga tanda: Apabila bersendirian malas beribadah, sebaliknya apabila berada bersama-sama dengan orang ramai dia menjadi rajin. Apabila dicaci, amal ibadahnya dikurangkan. Sebaliknya apabila dipuji dia menambah amalannya.” [ Ihya Ulumuddin ].

“Sedikit riak (ketika beramal) adalah syirik”. [ Imam at-Tabrani dan al-Hakim dengan isnad sahid ].

Ledakan Kecemerlangan

Orang yang ikhlas terselamat daripada kepura-puraan dan kemunafikan.

Amal dan aktivitinya diredhai Allah.

Riyak memudaratkan hati serta amalan.

Renung ke dalam hati sebelum melakukan sesuatu bagi memastikan keikhlasan.

 

Tafsir Surah Ad-Dukhan – Tafsir Ayat Ke-3 hingga Ke-5

0

Tafsir Surah Ad-Dhukan

Tafsir Ayat ke-3

Allah SWT menerangkan maklumat baru tentang Al-Quran kepada kita dalam ayat ini. Allah SWT memberitahu kita ‘bilakah’ Al-Quran diturunkan.

إِنّا أَنزَلنٰهُ في لَيلَةٍ مُّبارَكَةٍ ۚ إِنّا كُنّا مُنذِرينَ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).

إِنَّا أَنزَلْنٰهُ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu

Perkataan yang digunakan dalam ayat ini adalah أَنزَلْ. Perkataan ini bermaksud ‘diturunkan’ tetapi lebih terperinci, ia bermaksud ‘diturunkan sekali gus’. Oleh itu, ayat ini menceritakan bahawa Al-Quran pada malam itu diturunkan sekali gus.

Ada kalanya, Allah SWT menyebut Al-Quran diturunkan sekali gus dan kadangkala disebut Al-Quran diturunkan secara berperingkat-peringkat. Ia bergantung kepada konteks ayat itu. Dalam konteks ayat ini, Allah SWT hendak menyentuh keadaan di mana Al-Quran diturunkan sekali gus.

Allah SWT menekankan di dalam ayat ini yang Dia turunkan Al-Quran. Maka perlu ambil tahu lah tentang apa yang hendak disampaikan di dalam Al-Quran ini.

فِي لَيْلَةٍ مُّبَارَكَةٍ

pada satu malam yang berkat;

Musyrikin Mekah menolak Al-Quran kerana mereka tidak suka kepada Al-Quran. Maka Allah SWT memberitahu, penurunan Al-Quran itu penuh dengan kebaikan. Tambahan pula malam ia diturunkan juga sudah berkat, apalagi Al-Quran itu sendiri.

Salah satu pendapat mengatakan malam itu adalah pada 17 Ramadhan. Inilah malam yang dinamakan Lailatul Qadr. Dalam ayat lain, ada disebut bahawa Al-Quran memang diturunkan pada malam Lailatul Qadr.

Kita tidak pasti bilakah tarikh yang tepat namun kita yakin dan tahu ia diturunkan di dalam bulan Ramadhan seperti yang disebut di dalam [ Baqarah: 185 ]. Pada malam ke-berapa juga tidak dapat dipastikan kerana ada banyak pendapat tentang perkara ini.

Ada pendapat yang mengatakan malam penurunan Al-Quran adalah pada 15 Syaaban (Nisfu Syaaban), namun pendapat ini dikritik kerana ia adalah pegangan Syiah. Maka kita menolak fahaman ini kerana berlawanan dengan nas Al-Quran.

Kita sudah tahu, Al-Quran itu diturunkan sedikit demi sedikit kepada Nabi Muhammad ﷺ hingga mengambil masa selama hampir 23 tahun. Jadi mengapa disebutkan di dalam ayat ini yang ia diturunkan pada satu malam?

Kita kena fahami bahawa Al-Quran itu diturunkan di dalam dua fasa: pertama diturunkan sekali gus dan kemudian diturunkan secara berperingkat-peringkat.

Maksud ‘penurunan’ di dalam ayat ini adalah penurunan Al-Quran dari Lauh Mahfuz ke Baitul Izzah – Langit Dunia. Maka dari Baitul Izzah inilah ayat Al-Quran diturunkan sedikit demi sedikit kepada Nabi ﷺ.

Jadi, ayat ini hendak menceritakan tentang penurunan Al-Quran peringkat pertama. Ia diturunkan pada malam yang ‘penuh berkat’. Menunjukkan kepentingan Al-Quran kerana diturunkan pada malam yang khas.

Sesuatu yang diturunkan pada malam yang khas tentunya hebat dan penting seperti kita juga akan memakai pakaian khas jika ada hari yang penting. Mungkin kita pakai baju khas itu pada hari perbarisan, hari pernikahan dan sebagainya.

Lihatlah bagaimana Al-Quran itu diturunkan pada malam yang amat mulia, iaitu malam Lailatul Qadr. Kalau malam penurunannya ternyata sudah berkat, apalagi Al-Quran itu sendiri!

📍Malam itu penuh dengan keberkatan dan kebaikan. Dalam Surah Al-Qadr, ada disebut yang malam itu lebih baik dari seribu bulan dan penuh berkat kerana malam itulah diturunkan Al-Quran.

Ia juga adalah malam amar (perintah) Allah SWT kepada para malaikat untuk tahun itu diberikan (apa yang akan terjadi tahun itu, nasib setiap orang dan sebagainya). Ketentuan segala sesuatu telah ditentukan oleh Allah SWT dan diletakkan di Lauh Mahfuz.

Malaikat juga tidak mengetahui apakah yang akan terjadi melainkan perkara yang akan terjadi pada tahun itu sahaja. Perkataan ‘berkat‘ membawa maksud sesuatu yang mengeluarkan kebaikan lebih dari apa yang diharapkan. Contoh wang yang sedikit, tetapi terasa macam banyak.

Oleh sebab itulah Nabi ﷺ suruh kita mencari-cari malam itu kerana ia akan memberi kebaikan kepada kita sepanjang tahun nanti. Kita juga menyentuh pendapat lain yang mengatakan bahawa malam yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah malam ‘Nisfu Syaaban’.

Banyak orang kita yang menyambut dan membuat amalan khas pada malam itu. Pendapat ini adalah pendapat yang lemah kerana ia berdasarkan kepada hadis yang dhaif.

Tambahan pula ia bertentangan dengan ayat-ayat lain yang mengatakan Al-Quran itu diturunkan di dalam bulan Ramadhan. Ibn Abbas juga mengatakan Al-Quran diturunkan di dalam bulan Ramadhan.

Hadis-hadis yang berkenaan dengan Nisfu Syaaban adalah lemah dan tidak boleh dijadikan sebagai hujah dan pegangan. Namun oleh kerana masyarakat kita jahil, mereka ikut sahaja apa yang telah diamalkan oleh orang sebelum kita.

📍Dari kajian ulama, didapati pendapat yang menyatakan kelebihan malam Nisfu Syaaban itu sebenarnya datang dari Syiah yang hendak mengelirukan umat Islam. Mereka hendak mengatakan bahawa Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu oleh mereka akan dibangkitkan pada malam itu juga.

Oleh kerana mereka sudah lama bertapak di negara ini, mereka telah menyelitkan amalan sesat mereka dalam masyarakat kita. Amat menyedihkan sekali, ketika kita benar-benar menentang Syiah di negara ini, dalam masa yang sama, kita turut mengamalkan amalan mereka. Itu semua kerana jahil dan beramal dengan hanya mengikut orang sahaja.

Satu lagi kekarutan masyarakat kita tentang Malam Lailatul Qadr adalah mereka berpegang dengan pendapat, mengatakan Nabi Khidr menjelma pada Malam Lailatul Qadr.

Guru yang sesat pula telah mengajar masyarakat kita, kalau berjumpa Nabi Khidr, pegang janggut beliau dan minta dipanjangkan umur serta diberikan harta yang banyak. Itulah ajaran yang mengarut. Sebenarnya itulah ajaran yang khurafat dan memperbodohkan manusia.

Tambahan lagi, tiada dalil yang sah yang boleh dipegang untuk menyatakan bahawa Nabi Khidr masih hidup lagi. Sememangnya amat ramai dalam masyarakat kita yang sangka begitu.

Seterusnya, sudahlah diajar ajaran salah mengatakan Nabi Khidr hidup lagi, diajar pula yang dia akan turun pada Malam Lailatul Qadr. Kemudian disuruh minta kepadanya benda-benda yang pelik. Maka semakin teruk masyarakat kita dibuai oleh ilmu-ilmu yang salah dan tidak bermanfaat langsung.

إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ

sesungguhnya Kami memberi ancaman

Inilah tujuan diturunkan Al-Quran: untuk memberi amaran dan ancaman. Dalam Al-Quran itu ada ancaman yang kita kena beri perhatian. Kalau kita tidak ikut apa yang disampaikan di dalam Al-Quran, nanti kita akan mengalami masalah di akhirat.

Allah SWT sentiasa memberi peringatan dan ancaman kepada kita. Allah SWT lakukan sejak dari awal masa lagi dan ini bukanlah perkara yang baru.

Ini adalah satu rahmah dari Allah SWT untuk mengingatkan kita. Kalau Allah SWT tidak memberitahu, tentu kita tidak tahu dan kalau tahu sekalipun, pasti tidak ingat.

Tafsir Ayat Ke-4

Allah SWT menerangkan lebih lanjut lagi kepada kita apakah malam yang penuh berkat itu. Apakah yang terjadi pada malam itu?

فيها يُفرَقُ كُلُّ أَمرٍ حَكيمٍ

(Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).

فِيهَا يُفْرَقُ

pada malam itu, ditetapkan.

Perkataan يُفْرَقُ dari perkataan فرق yang bermaksud ‘memisahkan’. Apakah yang dipisahkan?

Kalimah فرق bermaksud ‘memisahkan antara dua perkara’. Ia ‘membezakan’ antara dua perkara iaitu dua perkara yang hampir sama supaya kita dapat membezakan antara keduanya. Supaya jelas apakah satu-satu perkara itu.

Apakah yang ditetapkan pada malam itu?

كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ

setiap perintah yang penuh hikmah

Kalimah حَكِيمٍ bermaksud ‘penuh hikmah’, juga ‘yang tetap yang tidak boleh diubah’.

Oleh itu أَمْرٍ حَكِيمٍ bermaksud ‘perintah yang tetap yang tidak boleh diubah’. Jadi ada dua maksud kalimah حَكِيمٍ ini:

  1. Ia penuh hikmah.
  2. Ia adalah hukum ketetapan dari Allah SWT yang tidak boleh diubah.

Ia tetap dan tidak boleh diubah kerana ia adalah perintah dari Allah SWT. Kalau dari makhluk, boleh lagi diubah-ubah. Ia juga dari Allah SWT yang Maha Bijaksana. Oleh itu, apa sahaja keputusan yang Allah SWT telah tetapkan pada malam ini, ia adalah satu ketetapan yang penuh hikmah.

📍Kalimah أَمْرٍ itu adalah perintah Allah SWT untuk dijalankan pada tahun itu. Perintah itu diberikan kepada para malaikat untuk menjalankannya.

Ia telah ditetapkan pada tahun itu. Tahun depan akan diberikan penetapan yang baru. Seperti siapa yang akan dilahirkan, akan mati, jatuh sakit, apa yang dia akan dapat dan segala-galanya.

Kalau dalam Parlimen kita ada pembentangan belanjawan untuk tahun itu. Oleh itu di dalam belanjawan, akan diberitahu bagaimanakah kewangan negara akan dibelanjakan.

Maka, malam ini adalah malam yang amat hebat. Jadi, amatlah rugi sekali kalau kita tidak mengambil peluang untuk beribadat di dalamnya. Ia adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Kalau kita berdoa yang baik pada malam itu, ia akan memberi kebaikan untuk kita dalam tahun itu. Kita minta supaya kita mendapat kebaikan sepanjang tahun itu. Bayangkan kalau tahun itu kita telah ditakdirkan mati. Alangkah ruginya kalau kita tidak memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam itu.

Walaupun kita tidak tahu manakah malam Lailatul Qadr, kita perlulah berdoa pada setiap malam di dalam bulan Ramadhan terutama sekali dalam sepuluh malam terakhir.

Tafsir Ayat Ke-5

Allah SWT sambung lagi penceritaan tentang Malam Lailatul Qadr itu.

أَمرًا مِّن عِندِنا ۚ إِنّا كُنّا مُرسِلينَ

Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul.

أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا

Perintah dari sisi Kami;

Setiap perintah itu ditetapkan oleh tidak lain melainkan daripada Allah SWT. Oleh itu, perintah tidak boleh berubah, ia akan tetap dijalankan; kita juga yakin bahawa, kerana ia diberikan oleh yang Maha Hikmah, maka ia adalah sesuatu yang baik.

إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

sesungguhnya Kami lah yang mengutus.

Ada dua makna dari maksud ‘mengutus’ ini:

1. Maksud ayat ini adalah Allah SWT mengutus para malaikat untuk menjalankan segala perintah-Nya yang ditetapkan itu.

2. Begitu juga, ia bermaksud Allah SWT mengutus para Rasul untuk menyampaikan risalah dari Allah SWT.

Seperti yang kita telah tahu, Allah SWT telah menurunkan Kalam-Nya sebagai panduan. Allah SWT bukan sahaja turunkan wahyu, tetapi Allah SWT utuskan juga para Rasul untuk mengajar bagaimana untuk mengamalkan wahyu.

Apakah kepentingan para Rasul itu? Seperti yang kita selalu sebut: Panduan hidup kita adalah Al-Quran. Kita sepatutnya menjadikan ia seperti ‘manual’ bagi hidup kita.

Contohnya kita membeli iPhone yang baru tetapi kita tidak tahu gunakan kerana bukan kita yang mencipta iPhone itu. Oleh itu, kita akan gunakan manual yang diberikan bersama iPhone.

Walaupun sudah membaca manual, mungkin kita masih tidak tahu menggunakannya. Ini kerana kita tidak dapat memahami lenggok bahasa yang digunakan atau bahasa teknikal iPhone.

Oleh itu, kita meminta tolong dari rakan yang faham dan sudah biasa menggunakan iPhone. Minta dia ajarkan kita satu persatu, maka hal ini akan menjadi lebih mudah berbanding jika kita melakukannya sendiri.

Itulah perumpamaan Nabi Muhammad ﷺ. Kita tidak tahu apakah yang dimaksudkan di dalam Al-Quran, kalau bukan Nabi ﷺ yang menjelaskan kepada kita. Nabi ﷺ mempraktikkan apa yang ada di dalam Al-Quran supaya kita tahu bagaimana hendak menjalankan kehidupan kita agar selari dengannya.

Kita boleh ikuti cara Nabi ﷺ kerana baginda juga seorang manusia dan lebih memahami Al-Quran dari kita. Maknanya, Allah SWT tunjukkan bagaimana hendak mengamalkan Al-Quran dengan diberikan contoh dari seorang manusia yang mengamalkannya.

Ini menunjukkan kepentingan kita belajar sunnah. Kalau tidak belajar sunnah, bagaimana kita hendak tahu cara mengamalkan Al-Quran? Itulah peliknya bagaimana ada manusia yang boleh percaya kepada Al-Quran, tetapi tidak percaya kepada hadis?

Golongan yang paling jelas pelik adalah Golongan Anti-Hadis yang diketuai oleh Kasim Ahmad. Kalau dia seorang sahaja yang gila, kita boleh faham kerana memang ramai orang gila di dalam dunia tetapi yang menghairankan, kenapa ada yang ikut dia?

✍🏻SESI MUZAKARAH

Tafsir surah Ad Dukhan (Ayat 3-5)

📍Adakah Malaikat Jibril datang mengajar al-Quran kepada Nabi ﷺ pada malam Lailatul Qadar?

🔵Tidak. Tadarus itu dilakukan setiap malam Ramadhan.

✍🏻__Ibnu Abbas berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ جِبْرِيلُ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang paling dermawan, dan beliau bertambah kedermawanannya di bulan Ramadhan ketika bertemu dengan malaikat Jibril, dan Jibril menemui beliau di setiap malam bulan Ramadhan untuk mudarosah (mempelajari) Al-Quran” (HR Bukhari).__

📍Apakah sebab mereka anti kepada hadis?

🔵Tidak pasti asalnya bagaimana. Mungkin kerana ada yang beri ajakan salah kepada mereka tentang hadis dan kerana jahil mereka percaya.

Sebagai contoh, mereka meragui kesahihan hadis yang disebut 1,400 tahun dahulu dan disampaikan dari mulut ke mulut oleh ramai perawi. Tentu ada yang tersilap, kata mereka.

📍Adakah masih boleh diubah takdir kita yang malaikat sudah tahu dalam tempoh setàhun itu, sekiranya ia suatu takdir yang buruk?

🔵Takdir dalam tangan Allah SWT dan bukan kita boleh ubah. Malah kita tidak tahu apa yang akan terjadi esok maka macam mana hendak ubah?

 📍Adakah jika doa kepada Allah SWT masih tidak boleh mengubah takdir?

🔵Bagaimana awak hendak berdoa kerana tidak tahu takdir buruk yang akan dikenakan kepada awak. Awak berdoa itu juga dalam takdir Allah SWT dan bukan dengan kehendak awak sendiri. Doa itu wajib bagi kita, tetapi harus sahaja bagi Allah SWT. Jadi kalau berdoa belum tentu Allah SWT akan ubah.

📍Adakah pendapat yang mengatakan malam Nuzul al-Quran itu tepat pada 17 Ramadhan ?

🔵Salah satu pendapat sahaja dalam banyak pendapat. Tiada kepastian antara mana-mana pendapat itu. Ia tetap menjadi rahsia sampai bila-bila.

📍Bagaimana dengan penjelasan di bawah ini.

Taqdir Mubram dan Mu’allaq.

Takdir mubram adalah muktamad dan tertulis di Luh Mahfuz. Tidak ada apa-apa pengurangan, penambahan atau pengubahan pada takdir ini.

Takdir mu’allaq pula adalah takdir yang tertulis dalam catatan para malaikat. Dengan izin Allah, takdir ini boleh tetap dan boleh berubah, bergantung kepada sebab-sebab yang diusahakan oleh manusia. Mu’allaq adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud “tergantung”.

🔵Mubram seperti lahir sebagai lelaki dan tidak boleh hendak berubah menjadi perempuan.

Muallaq adalah boleh ubah. Seperti mati sekian waktu. Kalau eratkan silaturrahim akan memanjangkan ajal.

📍Maksud Al-Quran ini diturunkan pada malam Lailatul Qadr ialah Al-Quran diturunkan sebanyak 30 juz dari Lauh Mahfuz ke Baitul Izzah. Seterusnya diturunkan beransur ansur selama lebih kurang 23 tahun dari Baitul Izzah kepada Nabi Muhammad SAW. Betulkah pemahaman saya ini?

🔵Ya.

📍Catatan tentang kejadian yang berlaku kepada kita dalam 1 tahun ditentukan pada malam Lailatul Qadr juga?

🔵Catatan sudah ada di Lauh Mahfuz tetapi baru diberikan kepada para malaikat yang akan menjalankan penetapan itu. Malaikat dapat mengetahui untuk setahun sahaja.

📍Antara berkat dengan rahmat manakah yang lebih kedudukannya? Apakah rahmat mencakupi keberkatan dan keredhaan Allah SWT?

🔵Tidak perlu hendak timbang antara keduanya kerana keduanya kita perlukan.

📍Adakah panduan dan pegangan mempunyai maksud yang sama dan Al-Quran dan as sunnah adalah pegangan kita?

🔵Ya sama sahaja kerana apabila sudah menjadi ‘panduan’, maka kenalah ‘pegang’.

📍Bukankah semua yang terjadi kepada kita sudah ditetapkan sebelum kita dilahirkan lagi? Kenapa pula ditetapkan pada setiap tahun?

🔵Bukan ditetapkan, tetapi diberitahu kepada malaikat sebab malaikat juga tidak tahu. Malaikat yang akan jalankan penetapan itu. Contoh berapa banyak hujan hendak turun, siapa yang akan mati, siapa yang lahir dan sebagainya.

📍Adakah Nabi akan mentafsirkan Al-Quran kepada para sahabat dan umat? Contoh apabila mendapat wahyu, terus Nabi akan tafsir maksud wahyu itu disampaikan.

🔵Ya, Nabi SAW akan ajar kepada para sahabat. Kemudian sahabat akan sampaikan kepada pelajar mereka. Kalau ada yang tidak faham, mereka boleh terus tanya kepada baginda.

📍Adakah manusia yang terlalu leka dengan kehidupan, tidak mahu belajar ilmu agama, bebas berbelanja tetapi hakikatnya murung, sedih bila keseorangan masih ada perasaan tidak tenang di dalam hatinya atau Allah SWT tutup sama sekali ?

🔵Tetap ada tidak tenang dalam hati dia kerana dia melawan fitrah dirinya sendiri.

📍Adakah ketika berdoa kena sebut 3 perkara ini iaitu meminta berkat, redha dan rahmat?

🔵Tidaklah ‘kena’. Tiada penetapan doa kena sebut ini dan ini kerana jika hendak doa semua benda, tentu tidak cukup masa. Maka kita doa mana yang perlu sahaja dan guna doa dari ajaran Nabi.

 📍Adakah menjadi kesalahan jika kita ada perasaan takut mati? Jika ada perasaan sedia atau tidak, kita kena terima dan jangan takut kerana mati itu kiamat kecil.

🔵Biasa sahaja kalau ada perasaan takut mati. Macam budak takut ‘exam’ tetapi kena hadapi juga, jadi dia tidak lari sebab hendak ke mana juga tidak tahu. Larikan diri dari peperiksaan boleh lagi, tetapi lari dari mati, tidak boleh langsung. Biarpun takut tetapi dalam masa yang sama kita kena sedar yang kita tetap akan menghadapinya. Maka ini sepatutnya mendidik kita untuk berlaku baik dalam kehidupan.

📍Pada pandangan ustaz pilihan yang mana bagus supaya berfikiran positif. Ada perasaan tidak lama lagi mati atau membiarkan perasaan itu supaya tidak menjadi doa yang buruk, sebab kata pakar psikologi kena fikir positif supaya kita menjadi sihat dan ceria sentiasa. Kalau terlalu fikir akan menjadi sebaliknya.

🔵Kita perlu selalu ingat mati. Ini dinamakan zikrul maut. Setiap muka surat al-Quran ada menyebut kematian/akhirat jadi manusia memang kena ingat kematian.

Kata-kata pakar psikologi itu kena nilai semula dengan agama sebab tidak ingat mati menyebabkan orang tidak takut berbuat dosa. Namun begitu, tidaklah teringat sahaja sepanjang masa hingga hendak makan tidak lalu dan urusan kehidupan terganggu, kena seimbangkan (balance).

 Allahu a’lam.

 

Popular

Iklan

Iklan