Utama UiTO Bicara THTL Siri Pemurnian Bid’ah / 7

Siri Pemurnian Bid’ah / 7

578
0
Iklan
60 Amalan bid’ah yang diamalkan di Nusantara.
Nota dari Syeikh THTL

 

Ketujuh : Fenomena solat hajat.
Dalil solat hajat.
Dalil 1

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَتْ لَهُ إِلَى اللَّهِ حَاجَةٌ أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ بَنِي آدَمَ فَلْيَتَوَضَّأْ فَلْيُحْسِنْ الْوُضُوءَ ثُمَّ لِيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ لِيُثْنِ عَلَى اللَّهِ وَلْيُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ لِيَقُلْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْحَلِيمُ الْكَرِيمُ ……. يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Terjemahan: “Ertinya ; Dari Abdullah bin Abu Aufa, ia berkata, telah bersabda Rasulullah saw, ‘Barangsiapa yang mempunyai hajat kepada Allah, atau kepada salah seorang dari bani Adam (manusia), maka hendaklah ia berwuduk serta membaguskan wuduknya kemudian solat dua rakaat. Terus (setelah selesai solat) hendaklah ia menyanjung Allah dan bersalawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian ia mengucapkan (do’a) : Laa ilaaha illallahul haliimul kariim’ (dan seterusnya sampai) ‘ya arhamar rahimin”.

(HR Tirmidzi (dan ini lafaznya), Hakim dan Ibnu Majah)

Ulasan:

Sanad hadith ini sangat lemah kerana di sanadnya ada seorang perawi bernama Faaid bin Abdurrahman Abu Al-Waruqa.

Imam Tirmidzi rhm sendiri setelah meriwayatkan hadith ini berkata. “Hadith ini gharib (asing), di isnadnya ada pembicaraan (kerana) Faaid bin Abdurrahman telah dilemahkan di dalam hadith(nya)”.

Menurut pendapat Imam Bukhari rhm, “Munkarul hadith (bermaksud orang yang diingkari hadithnya)”.

Imam Bukhari rhm pernah mengatakan, “Setiap perawi yang telah aku katakan padanya munkarul hadith, maka tidak boleh (diterima) riwayatnya” (rujuk kitab Mizanul I’tidal jilid 1: 6)

 

Dalil 2 : Hadith dari Abu Darda’

Daripada Maimun Abu Muhammad al-Mura’i al-Tamimi. dari Yahya bin Abi Kathir, dari Yusuf bin Abdullah bin Salam daripada Abu Darda’ ra katanya: Wahai sekalian manusia! Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda:

مَنْ تَوَضَّأَ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ يُتِمُّهُمَا أَعْطَاهُ اللَّهُ مَا سَأَلَ مُعَجِّلاً أَوْ مُؤَخِّرًا

Terjemahan:
Sesiapa berwuduk dan menyempurnakannya, kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan sempurna, apa sahaja yang dimintanya akan diberi oleh Allah baik cepat mahupun lambat.
(HR Ahmad dalam Musnadnya, no: 26225)

Ulasan:

Status hadith ini dhaif. Menurut Syaikh al Albani, Ahmad Syakir dan Syaikh Syu’aib al Arnauth, kerana perawi Maimun al Mura’i dan sanadnya terputus.

 

Dalil 3 : Hadith Uthman bin Hunaif, seorang yang buta.

أَنَّ رَجُلاً ضَرِيرَ الْبَصَرِ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: ادْعُ اللَّهَ لِي أَنْ يُعَافِيَنِي.
فَقَالَ: إِنْ شِئْتَ أَخَّرْتُ لَكَ وَهُوَ خَيْرٌ وَإِنْ شِئْتَ دَعَوْتُ. فَقَالَ: ادْعُهْ.
فَأَمَرَهُ أَنْ يَتَوَضَّأَ فَيُحْسِنَ وُضُوءَهُ وَيُصَلِّيَ رَكْعَتَيْنِ وَيَدْعُوَ بِهَذَا الدُّعَاءِ:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ وَأَتَوَجَّهُ إِلَيْكَ بِمُحَمَّدٍ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ.
يَا مُحَمَّدُ إِنِّي قَدْ تَوَجَّهْتُ بِكَ إِلَى رَبِّي فِي حَاجَتِي هَذِهِ لِتُقْضَى اللَّهُمَّ شَفِّعْهُ فِيَّ

Terjemahan: “Seorang lelaki buta datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Doakanlah kepada Allah supaya dia sembuhkan (kembalikan penglihatan) aku. Nabi bersabda: Kalau engkau suka untuk bersabar engkau akan mendapat pahala di atas kesabaranmu (di atas kecacatanmu itu) ataupun boleh juga sekiranya jika engkau mahu, aku akan mendoakan engkau sekarang (supaya sembuh serta-merta). Kata lelaki itu: Doakanlah untuku sekarang. Lalu baginda s.a.w menyuruhnya agar berwuduk dan menyempurnakannya lalu mengerjakan solat dua rakaat. Kemudian dia berdoa: Ya Allah Ya Tuhanku! Aku berdoa dan bermunajat kepada-Mu dengan (perantaraan doa) Muhammad, Nabi yang membawa rahmat.

Ya Muhammad, sesungguhnya aku telah menghadap dengan (doamu) kepada Tuhanku tentang hajatku ini supaya dimakbulkan hajatku ini. Ya Allah! Berikanlah syafaat (baginda s.a.w) kepadaku. –

(Hadis riwayat Imam Ibnu Majah di dalam Sunannya, Kitab Iqamah al-Solah wa Sunnah Fiha, no: 1375)

Ulasan:

Status hadith:

قال هذا حديث حسن صحيح غريب لا نعرفه إلا من هذا الوجه من حديث أبي جعفر وهو الخطمي و عثمان بن حنيف هو أخو سهل بن حنيف

Menurut pendapat Imam Abu Isa rhm, hadith ini berstatus hasan sahih gharib.

Hadith ini dinilai sahih oleh Syaikh al-Albani rhm di dalam Sahih Sunan al-Tirmizi, hadith no: 3578.

Hadith ini juga dinilai sahih oleh Syaikh Syu’aib al-Arnauth rhm di dalam kitab al-Jami’ al-Kabir (nama lain bagi Sunan al-Tirmizi), hadith no: 3895.

 

Dalil 4: Hadith dari Uthman bin Hunaif

Syarah:
Hadith inilah yang dikatakan sebagai satu-satunya dalil solat hajat. Menurut pendapat Syaikh al Albani rhm, hadith ini bukanlah dalil solat hajat melainkan diletakkan di dalam perbahasan isu tawassul.

 

Rumusan

Apakah solat hajat bid’ah?

1. Solat hajat tidak berasal dari Nabi saw kerana Nabi saw apabila menghadapi masalah akan melakukan solat sunat mutlak.

Dalil:

كَانَ النَّبِيُّ  إِذَا حَزَبَهُ أَمْرٌ صَلَّى

Terjemahan:
“Apabila Nabi saw menghadapi suatu masalah yang menyulitkan beliau, beliau melakukan solat.”
(HR Ahmad dan Abu Dawud. Asy-Syaikh al-Albani rhm mengatakan hadith ini berstatus “hasan.”

2. Solat hajat adalah sunnah, menurut al Munziri rhm dan Imam Tirmizi rhm berdasarkan hadith Uthman bin Hunaif.

3. Solat hajat adalah sebenarnya solat Istikharah menurut mufti am Arab Saudi, Syaikh Abdullah Ben Baz.

4. Solat hajat adalah bid’ah menurut Syaikh al-Albani rhm, Ibnu Uthaimin rhm dan lajnah fatwa Arab Saudi.

 

Hukum:

Solat hajat tidaklah jatuh di dalam bid’ah kerana khilaf masih wujud di kalangan ahli hadith. Akan tetapi menjadi bid’ah kerana kaifiat di nusantara.

 

Definisi bid’ah Idhafiah.

Bid’ah idhafiah ialah tokok tambah di dalam sesuatu amalan yang diperselisihkan sehingga menjadi fenomena yang lain pula.

Solat hajat sememang khilaf kerana wujud dalil hadith sahih dari Uthman bin Hunaif, maka ia menjadi dalil, solat hajat dan tawassul dengan Nabi saw.

Akan tetapi solat hajat di nusantara adalah suatu fenomena di mana ia dianggap solat sunat paling popular.Lama-kelamaan generasi muda akan menganggap, solat hajat antara solat sunat yang paling tinggi nilainya berbanding solat sunat yang lain, mengalahkan solat rawatib, solat tahajud, solat witir dan solat dhuha.

 

Bagaimana bid’ah idhafiah terjadi?

Dari sudut situasi atau program masyarakat:

1. Solat hajat perdana untuk memastikan kemenangan parti politik menghadapi Pilihan Raya Umum(PRU)

2. Solat hajat perdana untuk mendapat kejayaan atau keputusan cemerlang didalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR), Sijil Peperiksaan Malaysia(SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM)

3. Solat hajat sebelum ke Mekah.

4. Solat hajat untuk ahli kariah yang akan menjalani pembedahan.

5. Solat hajat kerana memasuki rumah baru.

6. Solat hajat anak berjaya memasuki ke Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA)

7. Solat hajat kerana berjaya membeli kereta atau motor baru.

Ada banyak lagi tujuan solat hajat dilakukan oleh segelintir masyarakat nusantara.

 

Kaifiat solat hajat:

1. Lebai atau kiyai dijemput ke majlis solat hajat. Solat hajat sentiasa dilakukan oleh lebai atau kiyai sebagai imam dan berdoa secara beramai-ramai) jama’iy)

2. Tuan rumah menyediakan duit poket atau upah kepada peserta yang datang.

3. Menyediakan juadah makanan.

4. Menyediakan air supaya air tersebut dijadikan air suci atau mempunyai berkat atau air terjampi selepas solat hajat.

 

Maka inilah bentuk dan kaifiat solat hajat yang menjadi bid’ah idhafiah kerana telah mencetuskan fenomena dan menjadi solat yang mega di dalam ibadat orang melayu.

 

Komen dan Soalan