Utama Blog Halaman 105

Soal Jawab Fiqh Sunnah – Perbezaan ahli Sufi Tareqat dan ahli Suffah di zaman Rasulullah SAW

0

Soal Jawab Fiqh Sunnah – Perbezaan antara ahli sufi tareqat dengan ahli suffah yang ada di zaman Rasulullah SAW.

Ahli suffah dahulu adalah para sahabat yang menimba dan mendalami ilmu Al-Quran dan hadith secara langsung dari Nabi SAW, golongan yang berada di Masjid Nabawi seperti Abu Hurairah, Abdullah Ibn Mas’ud dan lain-lain lagi.

Ahli sufi tareqat sekarang ini berbeza dari segi amalan dan pendekatan. Banyak ‘short cut’. Ada yang sampai puja roh dan zikir yang pelik-pelik. Banyak mempercayai benda-benda yang karut marut.

Ahli suffah adalah para sahabat yang ‘homeless’, gelandangan. Mereka diberi tempat dalam Masjid Nabawi, duduk di situ seperti orang Tabligh, masak, tidur, tiada keluarga. Ketuanya Abu Hurairah, Abu Sa’id al-Khudry, Abu Dzaar, Salman al-Farisi, Ammar bin Yasir, Tamim ad-Dari. Jumlah paling ramai adalah 400 orang. Mereka hidup melalui derma daripada orang ramai dan peruntukan Baitul Maal. Ahli suffah adalah para sahabat, di mana akidah dan manhaj mereka adalah salaf bukan ahli sufi, cuma mereka gelandangan.

Ahli sufi muncul pada abad ke-3 di Basrah, Iraq. Mereka membawa ajaran baru bermodelkan Hindu, Kristian, Majusi, Buddha, kerahiban. Di abad ke-5, sufism ini menjadi sufi tareqat kerana memiliki jalan tersendiri dalam menjalani ajaran kesufian, misalnya Qadiri, Qusyairiah, dan seterusnya sampai menjadi ribuan tareqat.

 

Allahu a’lam.

Tafsir Surah Al-Jathiyah – Tafsir Ayat Ke-18 dan Ke-19

0

Tafsir Surah Al-Jathiya

Tafsir Ayat ke-18

Ayat ini adalah Dakwa/Maksud surah ini iaitu perkara yang paling penting dalam surah ini. Ia menceritakan tentang syariat – iaitu tariqah ilahiyah – (jalan ketuhanan).

Kalimah syariat berasal dari ش ر ع yang bermaksud ‘jalan untuk ambil air’. Jadi ia adalah sesuatu yang amat penting dan dapat menyelamatkan manusia kerana manusia memerlukan air dalam kehidupannya.

ثُمَّ جَعَلنٰكَ عَلىٰ شَريعَةٍ مِّنَ الأَمرِ فَاتَّبِعها وَلا تَتَّبِع أَهواءَ الَّذينَ لا يَعلَمونَ

Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).

ثُمَّ جَعَلْنٰكَ عَلَىٰ شَرِيعَةٍ مِّنَ الْأَمْرِ

Kemudian Kami jadikan engkau di atas satu Syariat dari arahan ugama;

Syariat adalah ‘peraturan’ dan ayat ini memberitahu yang Nabi Muhammad ﷺ sudah berada atas landasan syariat. Maknanya, syariat itu sudah sedia ada dan hanya perlu diikuti sahaja tanpa ada tambahan dan kurangan. Dari segi bahasa, ‘syariat’ bermaksud ‘jalan yang jelas membawa kepada sumber air’.

Oleh itu, syariat Allah ﷻ itu semestinya sesuatu yang ‘jelas’. Bagi yang mengikutnya akan mendapat kebaikan sebagaimana kita memerlukan air untuk kehidupan kita. Maka, kalau ada sumber agama yang tidak jelas dan menggunakan dalil ‘agak-agak’ sahaja, janganlah kita terus terima dan ikuti.

Syariat itu ada dua bahagian utama iaitu tentang akidah dan amal ibadah. Kalau syariat bab akidah, ia telah ditetapkan sama bagi setiap Nabi dan umat masing-masing sepanjang zaman. Ia sama sahaja dan tidak berubah-ubah dari dulu sampai bila-bila.

Namun, syariat bahagian hukum dan ibadah, ia berubah-ubah mengikut zaman. Sebagai contoh, syariat Nabi Musa عليه السلام dan syariat Nabi Muhammad ﷺ tidak sama. Selepas sahaja Nabi Muhammad ﷺ diangkat menjadi Rasul, maka syariat-syariat lain termansukh dan yang terpakai hanyalah syariat Nabi Muhammad ﷺ sahaja.

Satu perkara yang kita kena tahu adalah syariat itu bukan hanya hukum-hakam dan halal, haram, makruh dan sunat sahaja. Ia merangkumi banyak lagi perkara dan ada juga bermaksud cara hidup yang baik iaitu cara etika universal. Sebagai contoh, berbuat baik dengan orang, bercakap baik, jangan menipu, jangan menindas, jangan memotong dalam barisan dan sebagainya.

📍Apabila Allah ﷻ berfirman dalam ayat ini yang Dia yang menjadikan Nabi di atas landasan syariat, itu bermaksud syariat itu datang dari Allah ﷻ, bukan dari Nabi ﷺ . Ini kerana baginda ﷺ cuma menjalankannya sahaja, dengan mengajar dan memberi contoh tauladan supaya manusia senang untuk tahu apakah syariat itu.

فَاتَّبِعْهَا

maka turutlah Syariat itu,

Bila jalan yang jelas dan syariat sudah ada, maka ikut sahaja keduanya itu. Syariat itu telah ada dijelaskan dalam Al-Quran dan juga Sunnah. Malah disyarahkan oleh ulama-ulama kerana kita tidak mampu hendak fahami sendiri.

Maka, kenalah belajar dua sumber ini untuk mengetahui apakah syariat dan kenalah belajar dengan berguru. Ini kerana kalau kita membaca sendiri, susah hendak faham nanti. Lagi bahaya, boleh jadi salah faham pula.

Nabi Muhammad ﷺ disuruh untuk mengikut syariat yang Allah ﷻ telah sampaikan. Ini adalah amrun ibqa’ie sebab Nabi ﷺ memang sudah mengikut syariat.

📍Maksudnya, terus melakukan apa yang sedang dilakukan – bukanlah Nabi ﷺ baru hendak ikut syariat pula. Ikut itu maksudnya percaya, hayati dan tabligh (sampaikan) sebagaimana yang diajar oleh Al-Quran. Dalam kata lain, ikut seperti yang dibuat oleh Nabi ﷺ .

Janganlah kita mencari jalan selain dari syariat Allah ﷻ. Kita juga sudah melafazkan Syahadah untuk ikuti Nabi Muhammad ﷺ dan ajarannya. Kalau kita sudah berikrar begitu, kenapa hendak mengikuti lagi jalan-jalan yang lain?

Kenapa hendak mengikuti ajaran guru-guru yang tidak menggunakan Al-Quran dan Sunnah, termasuk kitab-kitab tulisan manusia yang tidak merujuk kepada ayat-ayat Allah ﷻ?

Kenapa masih lagi hendak membuat perkara bid’ah dalam agama? Kenapa hendak mengamalkan tawassul yang dilarang sedangkan Nabi ﷺ tidak pernah mengajar cara berdoa begitu.

Entah berapa ramai yang melafazkan Dua Kalimah Syahadah tetapi tidak memahami apakah yang disebutkan itu. Mulut mereka katakan berjanji hendak mengikut Nabi ﷺ, tetapi dalam amalan, masih mengikut akal, hujah dari kitab-kitab dan guru mereka.

Oleh itu, hendaklah kita faham syahadah yang dilafazkan setiap hari itu, sekurang-kurangnya dalam tahiyat solat kita. Ini kerana pentingnya syahadah itulah, Allah ﷻ selalu ingatkan kita sampaikan mewajibkan kita mengucapnya setiap hari tetapi berapa ramai yang ambil peringatan?

Berapa ramai yang ingkar dengan kata-katanya sendiri? Kata hendak ikut ajaran Nabi ﷺ, tetapi ajaran orang lain juga yang mereka ikuti.

وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui

Ini pula perkara yang jangan dilakukan. Maknanya, ada yang kena ikuti dan ada yang tidak boleh. Ramai yang keliru dengan perkara ini. Mereka hanya tahu tentang perkara yang perlu dilakukan tetapi tidak tahu ada perkara yang perlu ditinggalkan.

Termasuk dalam perkara ini adalah larangan membuat amalan bid’ah. Ini kerana segala amalan yang kita hendak lakukan kenalah ada dalil. Kalau bukan dari nas yang sahih, maka itu adalah ikut hawa nafsu. Namun, masyarakat banyak yang bagi alasan ‘tidak ada larangan’.

Mereka terus mengamalkan juga amalan-amalan bid’ah kerana mereka kata Nabi Muhammad ﷺ ‘tidak pernah larang’. Ini adalah hujah yang amat dangkal sekali. Hal ini terjadi adalah kerana mereka tidak belajar agama dan main-main sahaja dengan agama (tidak kisah dan ambil endah).

📍Hendaklah kita ikut orang yang tahu. Tahu apa? Tahu Al-Quran dan Sunnah – maknanya tahu ilmu wahyu. Itulah dua syarat utama yang perlu kita lihat dalam guru dan orang yang hendak kita ikuti dalam kehidupan kita. Mereka yang tidak tahu Al-Quran dan Sunnah itu adalah orang yang tidak boleh dijadikan sebagai panduan kita.

Ketahuilah bahawa orang-orang yang membuat amalan bid’ah itu adalah mereka yang tidak tahu dan jahil mengenai tafsir Al-Quran dan hadis. Maka jangan belajar dengan mereka yang belum belajar wahyu. Terdapat ramai lagi yang telah belajar wahyu, jadi kalau ada guru yang mengajar, tanya dia, adakah dia sudah habis belajar tafsir Al-Quran?

Adakah salah tanya begitu? Kalau dia sendiri tidak tahu, kita takut ada ajaran salah yang disampaikannya. Ini penting kerana kita kena menjaga agama dan tidak mungkin hendak ambil agama dari orang yang tidak layak pula.

Jangan mengikut orang yang ikut hawa nafsu mereka. Apakah yang dimaksudkan dengan Hawa Nafsu? ‘Hawa nafsu’ itu adalah dakwaan dan hujah tanpa dalil yang sah. Dalil yang sah hanyalah dari Al-Quran dan Hadis Sahih sahaja.

Kalau hujah bukan datang dari dua sumber itu, maka kita kena berhati-hati. Tidak kira dari guru sebesar mana pun yang memberi hujah kerana hujah manusia belum tentu benar. Landasan agama kita memerlukan dalil yang sah.

Ramai yang membuat amalan dan fahaman agama mengikut dalil hawa nafsu, kehendak hati dan akal sahaja. Ini tidak boleh dan orang-orang sebegini jangan kita ikut. Tinggalkan sahaja mereka sebab bahaya kalau kita mendengar ceramah dan hujah yang disampaikan. Ini kerana mungkin mereka pandai berhujah dan dapat mengelabui mata kita pula.

Tafsir Ayat ke-19

Kalau ikut juga mereka yang tidak tahu?

إِنَّهُم لَن يُغنوا عَنكَ مِنَ اللهِ شَيئًا ۚ وَإِنَّ الظّٰلِمينَ بَعضُهُم أَولِياءُ بَعضٍ ۖ وَاللهُ وَلِيُّ المُتَّقينَ

Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari (azab) Allah (kalau engkau menurut mereka); dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam perkara yang salah); dan (sebaliknya) Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya).

إِنَّهُمْ لَن يُغْنُوا عَنكَ مِنَ اللهِ شَيْئًا

Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun daripada Allah;

‘Daripada’ Allah ﷻ maksudnya ‘dari azab Allah ﷻ. Kalau kita mengikut mereka yang tidak tahu agama, Al-Quran dan Hadis, membuat perkara yang berlawanan dengan apa yang disampaikan oleh wahyu dan syariat, mereka masih tidak dapat menyelamatkan kita juga.

Mereka juga tidak dapat memberi pertolongan kepada kita. Bagaimana mereka hendak menyelamatkan kita, sedangkan mereka sendiri tidak selamat? Maka janganlah berlindung dengan alasan: “alah, ramai orang yang buat, takkan salah”, “tok guru itu kata boleh buat begitu….”, “ustaz itu selamba sahaja buat, takkan salah kalau begitu?”.

Ini adalah contoh hujah-hujah yang bukan berlandaskan syariat. Hujah berlandaskan syariat adalah yang ada dalil dari Al-Quran dan sunnah. Hujah-hujah itu adalah bathil dan tidak akan menyelamatkan sesiapa jua dari Allah ﷻ.

وَإِنَّ الظّٰلِمِينَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ

dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu sesetengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain;

‘Zalim’ itu bermaksud berbuat syirik. Apabila tidak memahami Al-Quran, bermakna mereka tidak tahu apakah kehendak Allah ﷻ dalam hal akidah. Oleh kerana mereka tidak tahu, maka tentu akan melakukan banyak kesalahan lebih-lebih lagi tentang hal tauhid dan syirik.

Ini kerana Al-Quran itu menerangkan tentang tauhid dan syirik. Itulah malangnya kalau tidak belajar tafsir Al-Quran. Apabila tidak belajar tafsir Al-Quran, maka syaitan akan mengambil peluang untuk menipu orang itu. Senang sahaja syaitan hendak bisikkan perkara yang salah kerana mereka tidak tahu ajaran Al-Quran.

Maka, mereka tidak dapat membandingkan bisikan syaitan itu dengan Al-Quran. Itulah sebabnya Al-Quran itu adalah ‘neraca’ kerana ia dapat membezakan mana yang benar dan salah. Allah ﷻ memberitahu dalam ayat ini bahawa golongan yang mengamalkan syirik itu bertolongan dan memberi semangat kepada sesama mereka.

Malahan ada juga puak yang sokong menyokong antara mereka kerana ada yang sama fahaman. Oleh itu mereka rasa tidaklah salah sebab ada juga yang berfahaman sama. Namun, ingatlah yang Allah ﷻ tidak akan membantu mereka.

وَاللهُ وَلِيُّ الْمُتَّقِينَ

dan (sebaliknya) Allah menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa.

Mereka yang jahil itu tidak dapat menolong kita dari azab Allah ﷻ; yang dapat menolong kita waktu itu adalah Allah ﷻ sahaja. Bayangkan, kalau Allah ﷻ sendiri yang menjadi penolong kita? Mana lagi bagus? Penolong yang tidak boleh menyelamatkan kita, atau Allah ﷻ?

📍Tentulah Allah ﷻ itu lebih baik. Maka, hendaklah kita bertaqwa supaya Allah ﷻ hendak menjadi penolong kita dan ikuti apa yang disampaikan dalam syariat Allah ﷻ.

Taqwa itu bermaksud menjaga hukum dalam setiap perbuatan kita. Dalam setiap amalan dan perbuatan kita, kita akan memikirkan sama ada Allah ﷻ suka kita buat atau tidak perkara itu.

✍🏻SESI MUZAKARAH

Tafsir surah Al-Jathiya (Ayat ke-18 dan Ayat ke-19)

📍Kalau kita minta sumber tentang sesuatu dakwaan agama tetapi jawab ustaz itu, “kalau untuk kuliah umum memang tidak diberikan sumber sebab orang awam tidak memahami bahasa arab. Lagipun tiada guna tahu sumber sebab tidak faham hendak rujuk sendiri. Maka orang awam ikut dan percaya apa yang disampaikan oleh ustaz itu sebab dipercayai keilmuannya.

🔵 Itu jawapan selamat sebab tidak mampu beri, agaknya. Kalau tidak beri semua pun, boleh diberikan dengan ringkas. Orang awam perlukan yang ringkas-ringkas sahaja.

📍Bagaimana cara kita hendak tegur atau menasihati orang yang berbuat syirik? Ada kawan saya yang anaknya muntah dan berak tidak berhenti selama 5 hari. Walaupun sudah ke klinik masih tidak sembuh. Lalu ada orang cadangkan suruh pakai tali kasut hitam yang sudah terpakai, orang tua-tua ajarkan katanya. Itu termasuk syirik?

🔵 Ini khurafat. Percaya kepada perkara yang tidak ada dalil, karut dan tidak masuk akal. Nasihat selalunya hanya laku kepada orang yang belajar. Maka kena ajak belajar tetapi nasihat tetap kena nasihat. Cari masa yang sesuai dan cakap dengan baik. Orang akan dengar nasihat dari orang lain kalau: dia hormat orang itu atau terhutang budi dengan dia. Maka, kena cari peluang sebegitu.

Allahu a’lam.

 

♡Fikir kebesaran Allah melalui nikmat Air♡

0

~Tadabbur Kalamullah 14 Rabiulawwal 1437H~

Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” (Surah al-Anbiyak 30)

#Manusia dan makhluk yang hidup tidak boleh terlepas dari pergantungan terhadap hujan, sehingga tanpa air semuanya akan mati.

#Tanpa air kita akan mati kehausan, tumbuh-tumbuhan yang kita nikmati hanya tumbuh dan hidup dengan air, daging-daging dari binatang yang kita makan juga hidup dengan air. Maka, tanpa air semuanya akan mati.

#Firman Allah swt:

الَّذِي جَعَلَ لَكُمْ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنْ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنْ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَندَادًا وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)(Surah al-Baqarah 22)

#Bersyukurlah banyak atas nikmat hujan yang turun saban hari. Jangan membazir air ketika menggunakannya.

#Ingatlah bahawa Allah swt berkuasa menghilangkan air dari muka bumi ini dan tiada siapapun yang dapat memberikan air kepada manusia dan penduduk bumi selain Allah swt. (Rujuk surah al-Mulk ayat 30)

♡Fikir kebesaran Allah melalui nikmat Air♡

🐊Ust naim
https://m.facebook.com/ustazmuhamadnaim

Telegram:
Telegram.me/tadabburkalamullah
(Buka link👆dan klik join)

 

Tip-Tip Cemerlang daripada Al-Quran – Tip 16 – Cemerlang dengan Menegakkan Ihsan

0

TIP-TIP CEMERLANG DARIPADA AL-QURAN

TIP 16

Cemerlang dengan Menegakkan Ihsan

ٱلَّذِينَ ٱسْتَجَابُوا۟ لِلَّهِ وَٱلرَّسُولِ مِنۢ بَعْدِ مَآ أَصَابَهُمُ ٱلْقَرْحُ ۚ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا۟ مِنْهُمْ وَٱتَّقَوْا۟ أَجْرٌ عَظِيمٌ

(Yaitu) orang-orang yang mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya sesudah mereka mendapat luka (dalam peperangan Uhud). Bagi orang-orang yang berbuat kebaikan di antara mereka dan yang bertakwa ada pahala yang besar. [Ali ‘Imran: 172 ].

Ihsan – piawaian yang digunakan oleh Allah SWT untuk mengukur kualiti. Segala percakapan dan tindak tanduk setiap individu dinilai berdasarkan piawaian ini.

Konsep Ihsan

[HR Bukhari Muslim] – kamu beribadah kepada Tuhan seolah-olah kamu melihatnya. Jika itu tidak dapat kamu rasai, yakinlah bahawa Dia melihatmu.

[Tafsir Ibn Kathir] – keadaan dalamanmu (hatimu) adalah lebih baik dari luaranmu.

[Kitab Dalilul Falihin] – Ihsan terhasil apabila pelaksanaan amal salih dilakukan dengan memelihara cara-caranya seperti yang dituntut di samping memelihara hak-hak Tuhan dengan menghadirkan kebesaran dan keagungan-Nya di hati secara berterusan.

Amalan hati yang halus namun tidak mengabaikan amalan zahir.

Ihsan dan Muraqabah

Muraqabah – menyakini dengan sepenuh hati bahawa Tuhan melihat dan mengawasi segala gerak-geri dan Dia mengetahui lintasan yang wujud dalam hati.

Imam Abu al-Qasim al-Qusyairi – Apakah perkara yang lebih utama daripada taat? Mengawasi Allah (dengan hati) sepanjang masa.

Ihsan sesama Insan

Buatlah ihsan sebagaimana Allah SWT telah membuat kebaikan kepadamu. Janganlah kamu lakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai mereka yang melakukan kerosakan [al-Qasas: 77 ].

Nabi bersabda, “Mahukah aku tunjukkan tentang sesuatu yang akan menaikkan darjatmu? Bersopan santunlah dengan mereka yang tidak mempedulikanmu, maafkanlah mereka yang menzalimimu. Berikanlah kepada mereka yang bakhil terhadapmu dan hubungilah mereka yang memutuskan perhubungan persaudaraan denganmu.” [Imam Tabrani dan Bazzar].

Ibu bapa insan yang wajib digauli dengan ihsan. “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat ihsan kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Apabila salah seorang antara mereka atau kedua-duanya mencapai umur tua, janganlah kamu mengucapkan perkataan ‘uh’ kepada mereka dan janganlah kamu membentak mereka. Sebaliknya ucaplah kepada mereka ucapan yang mulia.” [ al-Israk: 23 ]

“Sembahlah Allah dan jangan kamu mempersekutukannya dengan suatu apa pun. Dan berbuat ihsanlah kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan yang jauh, rakan-rakan karib, ibnus sabil (mereka yang terputus bekalan dalam perjalanan termasuk juga anak-anak yang tidak diketahui iba bapa mereka) dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang sombong dan yang suka menbangga-banggakan diri.” [an-Nisa’: 36 ].

Insan dalam setiap Perkara

“Sesungguhnya Allah menuntut ihsan dalam setiap perkara yang dilakukan. Apabila kamu (terpaksa) membunuh, bunuhlah dengan ihsan. Apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan ihsan. Hendaklah salah seorang di antara kamu menajamkan pisaunya terlebih dahulu (sebelum menyembelih) dan hendaklah direhatkan (iaitu tidak menyeksa) binatang sembelihannya itu.” [ Imam Muslim ].

Ledakan Kecemerlangan

Mengapakah semasa kita melalui tanah perkuburan tertentu, ita merasakan seolah-olah ada makhluk tertentu seperti hantu yang sedang memerhatikan kita? Mengapa kita merasai bahawa sebenarnya yang sedang memerhatikan kita, malah dalam setiap keadaan adalah Allah? Keadaan ini mungkin disebabkan hati kita tidak selalu disirami dengan ‘air’ zikrulllah. Justeru, ‘gelombang ihsan’ tidak mampu memukul hati itu. Imam Ibn Atha’ berkata, “(Perkara yang lebih utama daripada taat) adalah mengawasi Tuhan (dengan hati) sepanjang masa.”

 

 

 

 

 

 

Walimah – Isu dan Persoalan

0

Walimah – Isu dan Persoalan

🔴 Apakah hukum memenuhi undangan walimah melalui WhatsApp?

Hukum memenuhi undangan seorang muslim adalah disyari’atkan, (medium menjemput bukanlah isu, baik secara lisan, FB dan WA). Syarat wajib adalah:

(1) orang yang mengundang adalah seorang muslim,

(2) orang yang mengundang tidak terang-terangan dalam berbuat maksiat, dan

(3) tidak terdapat maksiat dan bid’ah.

Akan tetapi jumhur ulama berpendapat bahawa undangan yang wajib dipenuhi hanya undangan walimah kahwin sahaja. Sedangkan undangan selain walimah kahwin hanya dianjurkan (tidak wajib) untuk dipenuhi. (Ruj: Syarh Riyadhus Sholihin, Syaikh Ibnu Utsaimin dan Tawdihul Ahkam, Syaikh Ali Basam).

🔴 Kenapa undangan walimah perkahwinan wajib dihadiri sedangkan walimah aqiqah dan sebagainya tidak wajib?

Takhrij hadith:

إِذَا دُعِىَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْوَلِيمَةِ فَلْيَأْتِهَا

“Jika salah seorang di antara kamu diundang walimah, maka hadirilah.”

(HR. Bukhari no. 5173 dan Muslim no. 1429)

Fiqh hadith:

◼️ Perintah di dalam hadith, fuqaha berbeza pendapat.

Fatwa Arab Saudi mengatakan wajib menghadiri undangan, sebab dikaitkan dengan hadith lain.

◼️ Antaranya, hak muslim ke atas muslim ada 5, salah satunya memenuhi undangannya.

◼️ Menurut Syaikh Uthaimin RahimahuLlah, ada juga pendapat yang mengatakan hanya walimah perkahwinan sahaja yang wajib sebab ia berskala besar.

◼️ Undangan yang wajib ialah yang mengundang secara peribadi bukan undangan secara umum atau undangan di media sosial seperti di Facebook, Whatapps dan Telegram.

🔴 Apakah hukumnya kalau tidak memenuhi undangan perkahwinan tanpa alasan keuzuran syarie?

Jika kita berpegang dengan pendapat wajibnya memenuhi undangan, maka berdosa jika tidak memenuhi undangan perkahwinan tersebut.

Jika kita berpegang dengan pendapat ia sunat dan tidak memenuhi undangan perkahwinan tersebut, maka telah mengingkari akan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Ini hadith ancamannya:

وَمَنْ تَرَكَ الدَّعْوَةَ فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَرَسُولَهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ» روه البخرى

Siapa yang tidak memenuhi undangan walimah, maka ia derhaka kepada Allah dan Rasulnya. [HR Bukhari].

Fiqh memenuhi walimah perkahwinan.

◼️ Panduan dari Arab Saudi dari Syaikh Othaimin, dalam syarah Mumti’.

  1. Walimah ada dua jenis, walimah urus (perkahwinan) dan walimah yang lain seperti Aqiqah.

Wajib dipenuhi ialah walimah urus kerana ia berskala besar, contohnya hidangan makanan pun banyak, manakala walimah lain seperti aqiqah makanannya terhad, maka tidak sewajib undangan walimah perkahwinan.

  1. Jika terdapat kemungkaran dalam walimah seperti:

◾️ Percampuran lelaki dengan perempuan.

◾️ Ada banyak pendedahan aurat.

◾️ Walimah yang hanya mengundang orang kaya sahaja.

◾️ Ada hiburan keterlaluan seperti perempuan menyanyi yang tidak menutup aurat.

Maka tidak mengapa tidak memenuhi atau menghadirinya undangan walimah perkahwinan tersebut.

Walimah perkahwinan di Arab Saudi, ia dikawal oleh kerajaan. Dewan lelaki dan perempuan diasingkan secara total. Walaupun ada tarian dan nyanyian, tetapi mereka menari sesama mereka atau sesama jenis.

  1. Hukum muzik untuk walimah dilonggarkan sebab ia hari kesukaan tetapi bukan sampai ke tahap mungkar.
  2. Suasana dari majlis perkahwinan itu, andalah yang perlu menilai sendiri berdasarkan maklumat tentang majlis tersebut.
  3. Utamakan walimah dari kaum kerabat terdekat dan sahabat.

🔴 Mohon panduan sesuai sunnah dari hal merisik sehingga walimah.

  1. Tujuan merisik kerana memenuhi hadith ini.

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لأَرْبَعٍ: لِمَـالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا، فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ.

Terjemahan:

“Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya; maka pilihlah wanita yang taat beragama, niscaya engkau beruntung.”

[HR Bukhari dari jalur perawi akhir Abu Hurairah].

Risikan diperlukan untuk mengumpul data mengenai:

  1. Rupa parasnya atau apa yang menarik pada wanita tersebut.
  2. Nasab, atau kabilah atau keturunannya.

≈ Anak orang biasa

≈ Anak hartawan

  1. Harta yang dimiliki.

≈ Apakah dia dari keluarga yang ada harta, kekayaan

≈ Apakah wanita tersebut bekerja dan pekerjaannya

  1. Latar belakang agama

≈ Manhaj nusantara

≈ Manhaj salafiyah

≈ Manhaj harakiah

Risikan ini boleh dilakukan oleh lelaki sendiri atau menggunakan khidmat orang tengah. Pihak wanita juga boleh merisik lelaki yang dia minati.

  1. Khitbah atau peminangan selepas berlaku perisikan.

Dianjurkan khitbah:

  1. Tujuan meminang untuk memastikan perempuan tersebut bukan milik orang.

نَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَبِيْعَ بَعْضُكُمْ عَلَى بَيْعِ بَعْضٍ، وَلاَ يَخْطُبَ الرَّجُلُ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيْهِ، حَتَّى يَتْرُكَ الْخَاطِبُ قَبْلَهُ أَوْ يَأْذَنَ لَهُ الْخَاطِبُ.

Terjemahan:

“Nabi ﷺ melarang seseorang membeli barang yang sedang ditawar (untuk dibeli) oleh saudaranya, dan melarang seseorang meminang wanita yang telah dipinang sampai orang yang meminangnya itu meninggalkannya atau mengizinkannya.” [Riwayat Bukhari Muslim].

  1. Hendaklah melihat wajahnya, bertujuan untuk menjadi asas kepada cinta.

Dalil hadith:

أُنْظُرْ إِلَيْهَا، فَإِنَّهُ أَحْرَى أَنْ يُؤْدَمَ بَيْنَكُمَا

Terjemahan:

“Lihatlah wanita tersebut, sebab hal itu lebih patut untuk menimbulkan perasaan antara kalian berdua.

(At-Tirmizi no. 1087, An-Nasai’ VI/69-70, Ad-Darimi II/134 dan lainnya. Hadith ini sahih di sisi Syaikh Al-Albani, Sahih Sunan Ibnu Majah no. 1511)

Khitbah kebiasaannya dari enam bulan hingga satu tahun adalah ideal untuk persiapan perkahwinan. Ini kerana benda yang baik perlu disegerakan.

  1. Salat istikharah kedua belah pihak.
  2. Memutuskan pertunangan adalah dibolehkan jika ada sebab yang munasabah.

🔴 Mohon penjelasan bagi hadith di bawah dengan situasi zaman sekarang iaitu tuan rumah menerima duit pemberian dari tetamu semasa walimah.

Dalil hadith,

“Dan telah menceritakan kepada kami Ibnu Abi Umar telah menceritakan kepada kami Sufyan dia berkata; Saya pernah mendengar Ziyad bin Sa’d berkata; saya pernah mendengar dari Tsabit Al-A’raj menceritakan dari Abu Hurairah bahawasannya Nabi ﷺ “Seburuk-buruk jamuan makanan adalah jamuan dalam pesta pernikahan, iaitu orang yang seharusnya datang (orang miskin) tidak di undang dan orang yang enggan untuk datang (orang kaya) justeru di undang, barang siapa yang tidak memenuhi undangan, sungguh ia telah derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya.”
[Sahih Muslim No. 2586]


Penjelasan:
1. Hadith Muslim no 2586, itu adalah celaan kepada walimah yang hanya mengundang tetamu kenamaan sahaja. Kebiasaanya yang dilakukan di hotel bertaraf lima bintang. Tetamu daripada kalangan orang kaya sahaja yang diundang tetapi orang kampung tidak diundang sekali. Ini kerana untuk menjaga taraf kedudukan dan berasa malu.

2. Sumbangan kepada walimah itu adalah uruf.  Ia juga sunnah. Di zaman salaf, sememangnya para sahabat memberi sumbangan semasa walimah seorang sahabat yang miskin.

Firman Allah ﷻ,

وَأَنْكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ ۚ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
[An-Nur: 32]

وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ ﴿٢﴾

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya”
[Al-Maidah: 2]

3. Walimah yang ditegah adalah yang bertujuan mengaut keuntungan.

Firman Allah ﷻ,

وَلَا تَمْنُنْ تَسْتَكْثِرُ

“dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak”  [Al-Mudassir: 6]

Rumusan:
1. Walimah adalah wajib hadir jika dijemput.

2. Jangan hadiri majlis walimah yang khusus untuk orang kenamaan sahaja.

3. Lebih baik jika memberi sumbangan kepada walimah yang diadakan oleh orang yang kita rasai kurang berkemampuan.

4. Menjadi tradisi kaum salaf membantu walimah.

5. Jika anda mengesyaki walimah tersebut ada motif mengaut keuntungan, maka tidak perlu memberi sumbangan.

@bicarathtl
#SnJfiqhassunnah

 

 

 

Tafsir Surat Al-Jathiyah – Tafsir Ayat Ke-16 dan Ke-17

0

Tafsir Surah Al-Jathiya

Tafsir Ayat Ke-16

Ini adalah Dalil Naqli. Allah ﷻ sebut tentang Bani Israil pula. Bani Israil dijadikan sebagai contoh umat yang salah supaya kita jangan ikut mereka kerana mereka adalah kaum yang tidak mengikut jalan yang benar. Memang banyak kisah mereka disebut dalam Al-Quran sebagai pengajaran bagi kita.

وَلَقَد ءآتَينا بَني إِسرٰءيلَ الكِتٰبَ وَالحُكمَ وَالنُّبُوَّةَ وَرَزَقنٰهُم مِّنَ الطَّيِّبٰتِ وَفَضَّلنٰهُم عَلَى العٰلَمينَ

Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Bani Israil Kitab Taurat, dan pangkat kehakiman serta pangkat kenabian; dan Kami telah kurniakan mereka benda-benda yang baik-baik, serta Kami lebihkan (nenek moyang) mereka di atas orang-orang yang ada pada zamannya.

وَلَقَدْ ءآتَيْنَا بَنِي إِسْرٰءيلَ الْكِتٰبَ

Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Bani Israil, Kitab,

Kitab yang dimaksudkan adalah Kitab Taurat. Sepertimana kita diberikan dengan Al-Quran, Bani Israil juga mendapat Kitab wahyu juga.

وَالْحُكْمَ

dan kehakiman

Ada dua maksud potongan ayat ini:

  1. Mereka telah diberikan syariat yang perlu diikuti dalam bentuk hukum-hukum.
  2. Mereka diberikan dengan kedudukan dan pemerintahan di dunia.

وَالنُّبُوَّةَ

serta pangkat kenabian;

Ramai Nabi dan Rasul telah dilahirkan dari golongan mereka. Maka, sentiasa sahaja ada rasul yang memberikan pengajaran dan dakwah kepada mereka. Nabi dan Rasul-Rasul itu bukan datang dengan tangan kosong tetapi mereka bawa dalil dan bukti.

وَرَزَقْنٰهُم مِّنَ الطَّيِّبٰتِ

dan Kami telah kurniakan mereka benda-benda yang baik-baik,

Bukan hal agama sahaja mereka mendapat kelebihan tetapi termasuk berkaitan dengan dunia juga. Mereka telah diberikan dengan kekayaan, kebijaksanaan dan macam-macam lagi kelebihan yang melimpah ruah. Sampai sekarang, mereka adalah orang yang kaya-raya, orang yang bijak pandai.

وَفَضَّلْنٰهُمْ عَلَى الْعٰلَمِينَ

serta Kami lebihkan (nenek moyang) mereka ke atas orang-orang.

Pada zaman sebelum Nabi Muhammad ﷺ, merekalah yang paling tinggi sekali kemuliaan kerana ada agama wahyu. Orang lain akan rujuk kepada mereka tentang perkara agama.

Namun, sekarang kedudukan itu telah diberikan kepada umat Nabi Muhammad ﷺ. Maknanya, waktu itu mereka dalam kedudukan yang tinggi, lebih dari orang-orang lain yang tidak ada wahyu tetapi selepas mereka menolak kenabian Nabi Muhammad ﷺ, kedudukan itu telah ditarik balik.

Lihatlah bagaimana Allah ﷻ telah memuliakan mereka dengan diberikan berbagai-bagai kelebihan dalam perkara agama dan keduniaan. Namun, mereka telah mengubah agama, hinggakan apa yang tidak boleh dibuat, menjadi boleh pula.

Sebagai contoh, arak tidak boleh diminum tetapi mereka buat hingga tidak menjadi masalah kalau hendak minum. Selain itu babi juga termasuk dalam usaha mereka. Sebenarnya, Ahli Kitab tidak boleh makan babi tetapi mereka buat sampai jadi boleh dimakan.

Macam kita juga zaman sekarang yang telah mengubah agama Islam yang suci. Tawassul yang tidak dibenarkan sudah jelas dalam Al-Quran tetapi ada guru yang mengajar telah mengubah jadikan ia boleh dilakukan. Bukan setakat itu sahaja, mereka telah galakkan lagi supaya diamalkan oleh masyarakat.

Maka berleluasalah amalan tawassul ini dan diamalkan di mana-mana sahaja. Ketika dalam Majlis Tahlil, ada tawasul dan begitu juga amalan-amalan lain seperti dalam Mawlid, Majlis Doa Selamat.

Selalunya hendak tahu sama ada ia adalah tawasul adalah dengan lihat bacaan yang dimulakan dengan “ila hadratin nabi…”. Selalunya, yang membacanya turut tidak tahu apa mereka bacakan kerana hanya ikut-ikut sahaja apa yang dibuat oleh orang terdahulu tanpa usul periksa. Kalau tidak percaya, tanyalah mereka apa maksud bacaan mereka itu.

Mereka tentu akan menjawab: “entah, tetapi itulah yang tok guru-tok guru kita buat dulu”. Ini amat menyedihkan. Ada syariat, tetapi mereka tidak mahu belajar.

Tafsir Ayat ke-17

Sambungan Dalil Naqli tentang Bani Israil.

وَءآتَينٰهُم بَيِّنٰتٍ مِّنَ الأَمرِ ۖ فَمَا اختَلَفوا إِلّا مِن بَعدِ ما جاءَهُمُ العِلمُ بَغيًا بَينَهُم ۚ إِنَّ رَبَّكَ يَقضي بَينَهُم يَومَ القِيٰمَةِ فيما كانوا فيهِ يَختَلِفونَ

Dan lagi Kami telah berikan mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata mengenai perkara agama; maka mereka tidak berselisihan (dalam perkara agama itu) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang baik dan yang sebaliknya; berlakunya yang demikian) kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Sesungguhnya Tuhanmu akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang mereka perselisihkan itu.

وَءآتَيْنٰهُم بَيِّنٰتٍ مِّنَ الْأَمْرِ

Dan Kami telah berikan mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata mengenai perkara agama;

Kalimah الْأَمْرِ dalam ayat ini merujuk perintah dalam hal agama. Ia adalah syariat-syariat yang telah dijelaskan kepada mereka. Hal agama dijelaskan kepada mereka oleh kitab wahyu dan oleh Nabi-nabi dalam kalangan mereka. Ia telah dijelas dengan sejelas-jelasnya.

Maknanya, bukanlah agama ini samar-samar pada mereka. Ini kerana mereka mendapat kitab dan Nabi amat banyak. Allah ﷻ telah memberikan keterangan yang jelas nyata – sama ada dalam bentuk wahyu atau mukjizat. Maka tidak ada alasan untuk tidak menerima.

Begitu juga dengan kita, agama ini telah jelas kepada kita sebenarnya tetapi ia hanya jelas kepada mereka yang belajar sahaja. Kalau tidak belajar tafsir Al-Quran dan Sunnah, maka memanglah samar dan keliru. Maka, ajaklah kawan-kawan anda belajar tafsir Al-Quran.

فَمَا اخْتَلَفُوا

maka mereka tidak berselisihan,

Namun, walaupun telah sepatutnya jelas kepada mereka tetapi masih ada lagi yang berselisih sesama mereka. Hukum agama menjadi mainan hingga sanggup mengubah agama dan syariat mengikut nafsu mereka sahaja. Jadi, ada kalangan mereka yang terus beriman dan ada juga kufur dengan melakukan syirik.

Bilakah mereka berselisih itu?

إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ

melainkan setelah sampai kepada mereka ilmu;

Mereka tidaklah berselisih, melainkan selepas datang ilmu Tauhid dan ilmu agama kepada mereka. Bukannya mereka berselisih dalam jahil, tetapi mereka sudah tahu apa yang benar. Cuma mereka degil sahaja untuk ikut kebenaran yang telah disampaikan.

Mereka tidak suka kalau disuruh hanya menyembah Allah ﷻ sahaja kerana masih hendak teruskan menyembah dan buat ibadat kepada selain Allah ﷻ. Begitu juga dalam kalangan masyarakat kita. Kalau dibawakan ilmu Tauhid kepada mereka, akan ada yang terima, dan akan ada yang menentang.

Maknanya, bukan tidak diberitahu kepada mereka tetapi para pendakwah sudah cakap. Biasanya akan ada sahaja perselisihan sesama kita. Sampaikan ustaz-ustaz juga boleh berselisih, padahal sepatutnya merekalah yang tahu tentang hal agama.

Maka, sebab itu tidak ramai yang mengajar Ilmu Tauhid kepada masyarakat. Kalau diajar bab feqah, bab Nikah Kahwin dan sebagainya, tidak ada masalah dari segi penerimaan masyarakat. Apabila tidak ramai yang mengajar Ilmu Tauhid kepada mereka, maka ramai yang tidak tahu dan sesat.

Oleh kerana itu, apabila ada guru yang mengajar hal Tauhid, masyarakat jadi asing dan pelik dengan hal Tauhid kerana ia tidak banyak ditekankan dalam pengajaran di kuliah-kuliah dan masjid-masjid.

Kenapa mereka jadi begitu, sedangkan mereka sudah ada ilmu?

بَغْيًا بَيْنَهُمْ

hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka.

Terjadinya perselisihan itu adalah kerana hasad sesama mereka. Ini kerana ada yang rasa mereka lagi pandai, lagi bagus dalam hal agama dan berasa kedudukan mereka lebih tinggi dalam hal agama.

Mereka dengki apabila melihat orang lain mendapat kebaikan. Lihatlah keadaan bagaimana apabila bangsa Arab setelah mendapat pula Nabi Muhammad ﷺ sebagai Rasul dan Nabi terakhir. Mereka menolak kerana baginda ﷺ dari kalangan bangsa Arab dan bukan dari bangsa mereka (bani Israil).

Inilah satu masalah manusia. Apabila tahu lebih sedikit, mereka akan rasa tinggi diri. Itu tidak patut sebenarnya. Sepatutnya, semakin banyak ilmu, menjadikan kita lebih merendah diri tetapi, yang sebaliknya yang terjadi. Ini adalah dugaan kepada orang yang berilmu.

Oleh itu, kita kena tahu bahawa ini adalah masalah zaman sekarang juga, bukannya zaman dahulu sahaja. Terlalu banyak perselisihan sesama kita. Malah yang dalam satu agama juga sudah bertelagah, apatah lagi kalau bukan dalam satu agama.

إِنَّ رَبَّكَ يَقْضِي بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ

Sesungguhnya Tuhanmu akan memutuskan di antara mereka pada hari kiamat

Perselisihan itu akan diputuskan oleh Allah ﷻ nanti iaitu Allah ﷻ akan beritahu mana yang benar dan mana yang tidak. Kalau di dunia, mungkin tidak dapat diputuskan kerana masing-masing tidak mahu mengalah. Namun, di akhirat nanti, semua akan tahu manakah yang benar dan manakah yang salah.

Keputusan yang akan dilakukan adalah keputusan amali. Bukanlah di sana baru tahu mereka salah, kerana memang telah diberitahu mana yang benar dan mana yang salah seperti yang boleh dilihat dalam dalil-dalil syariat. Cuma, keputusan secara amali akan diberi di akhirat kelak. Jadi, kalau baru tahu waktu itu, sudah terlambat kerana tidak boleh hendak perbaiki amalan lagi.

فِيمَا كَانُوا فِيهِ يَخْتَلِفُونَ

tentang apa yang mereka perselisihkan itu.

Contoh perselisihan yang besar adalah tentang tawassul. Kita katakan bahawa ada tawassul yang tidak dibenarkan dan ada yang digalakkan. Perkara ini ada yang bersetuju dan ada yang tidak apabila diberitahu perkara ini kepada mereka.

Maka, Allah ﷻ akan memberi keputusan kepada perselisihan itu. Sebenarnya, yang mana benar sudah ada dalam syariat dan dalam wahyu (secara teori) – jadi keputusan yang akan diberikan adalah keputusan amali.

Namun, keputusan itu akan diberikan di akhirat kelak. Bagaimana kalau kita di pihak yang salah? Apa lagi yang kita boleh buat waktu itu? Ini adalah bahaya kerana kalau kita salah, kita tidak dapat pulang ke dunia untuk memperbetulkan kesilapan kita itu lagi, bukan?

Maka, kita akan hanya dapat menanggung sahaja kesalahan itu dengan azab seksa di neraka. Adakah kita hendak kalau begitu? Jadi, kita hendak benar di dunia dan akhirat atau tidak kisah?

📍Oleh itu, hendaklah belajar Tafsir Al-Quran dan Hadis Nabi yang sahih kerana itulah jalan yang selamat untuk mempelajari kebenaran. Kalau belajar, maka tahulah kita mana jalan yang benar dan mana jalan yang salah. Maka, kenalah luangkan masa mencari guru dan luangkan masa untuk belajar.

✍🏻SESI MUZAKARAH

Tafsir surah Al-Jatsiyaah (Ayat ke-16- ayat ke-17)

📍Apakah jenis Tawasul yang dibenarkan?

🔵 Menggunakan dengan asma’ Allah, dengan Iman dan dengan amal baik.

📍Apakah ertinya ”illa khadaroti nabiyi mustofa”?

🔵 Tidak pasti kerana ia rekaan. Begitulah sifat barang rekaan. Yang diamal baca pun tidak tahu. Jika tidak percaya, tanyalah tekong yang amal bacaan itu.

Sama ada Nabi ‘hadir’ dalam majlis itu, atau dihadirkan Farihah yang dibaca itu kepada Nabi. Hanya yang pasti ia bukan amalan dalam syarak. Rekaan semata.

📍Surau berdekatan rumah selalu ada bacaan itu lepas salat fardhu berjemaah dan pernah saya tanya jawabnya tawasul pada Nabi, agar kelak di beri syafaat di yaumul kiamah.

🔵 Itu kiranya agak pandai lah juga sebab selalu saya tanya, jawapannya: “entah…”Tapi adakah dia tahu maksud hadratin itu? Cuba tanya balik. Belum kena halau dari surau lagi kan? Ya, itu adalah amalan tawassul dan kita telah sebutkan berkali-kali yang itu adalah amalan syirik. Maka, kena ditinggalkan dan jangan kita terlibat.

📍Kenapa Bani Israil banyak diberi kelebihan dan diberi al-kitab berbanding bangsa lain waktu itu?

🔵 Allah ﷻ pilih atas ‘ilmu’ Allah ﷻ atau kerana mereka ada kelebihan ilmu wahyu.

📍Bagaimana kalau orang berselisih kerana kepentingan peribadi?

🔵 Hasad itu hendak jaga kepentingan peribadi lah.

📍Adakah sewaktu Hari Mahsyar, semua orang kafir dan beriman boleh lihat Allah ﷻ?

🔵Ketika di Mahsyar tidak nampak Allah ﷻ. Nampak Allah ﷻ di syurga sahaja. Maka ahli syurga sahaja dapat lihat Allah ﷻ.

📍Siapakah orang kafir tulen? Kalau kristian dia ada juga syirik pada konsep trinity. Orang Agama Budha dan Hindu juga syirik pada dewata. Orang kafir Quraisy juga syirik kepada mendewakan orang soleh mereka. Yahudi juga syirik kerana jadikan Nabi Uzair sebagai anak Allah ﷻ.

🔵 Kufur itu maksudnya engkar. Sesiapa sahaja boleh jadi engkar. Hatta dia orang Islam tetapi tidak ikut arahan Allah ﷻ. Iblis itu terima Allah ﷻ sebagai Tuhan, takut dengan azab Allah ﷻ, percaya kepada neraka, tidak pernah sembah selain Allah ﷻ tetapi dia turut kufur juga.

📍Orang Islam yang tidak buat syirik juga boleh jadi kufur. Iblis tidak pernah syirik pada Allah ﷻ tetapi masuk golongan kaafiriin (َ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِين )

Sama juga kan macam atheist, golongan Kufur tanpa syirik?

🔵 Ya, atheist dan agnostic itu kufur. Kufur ini adabanyak jenis.

📍Orang Islam yang tidak syirik tetapi kufur, kemudian taubat. Adakah pahala dia yang sebelum itu masih ada?

🔵 Dosa pahala di tangan Allah ﷻ. Allah ﷻ boleh simpan dan Allah ﷻ boleh musnahkan. Kalau telah melakukan syirik, kita tahu bahawa segala pahala hancur dan musnah, tiada bekas. Kalau dia kufur, terpulang kepada Allah ﷻ hendak kekalkan pahala dia atau tidak.

 

Allahu a’lam.

Tips Dan Trik Menghilangkan Dengki Dan Dendam

0

TAZKIRAH HARIAN UiTO

Tips Dan Trik Menghilangkan Dengki Dan Dendam

Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

تَصَافَحُوا يَذْهَبْ الْغِلُّ وَتَهَادَوْا تَحَابُّوا وَتَذْهَبْ الشَّحْنَاءُ

Hendaklah kalian saling berjabat tangan, niscaya maka akan hilanglah kedengkian. Hendaklah kalian saling memberi hadiah, niscaya akan saling mencintai dan menghilanglah permusuhan.

HR. Imam Malik dalam Al Muwatho’ no. 1413

4535. Telah menceritakan kepada kami Amru bin Aun berkata, telah mengabarkan kepada kami Husyaim dari Abu Balj dari Zaid Abul Hakam Al Anbari dari Al Bara bin Azib ia berkata,

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika dua orang bertemu kemudian saling berjabat tangan dan memuji Allah serta meminta ampun kepada-Nya, maka keduanya akan diberi ampunan.” Hadis Riwayat Abu Dawud 4535

٤٥٣٥ – حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَوْنٍ أَخْبَرَنَا هُشَيْمٌ عَنْ أَبِي بَلْجٍ عَنْ زَيْدٍ أَبِي الْحَكَمِ الْعَنَزِيِّ عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا الْتَقَى الْمُسْلِمَانِ فَتَصَافَحَا وَحَمِدَا اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَاسْتَغْفَرَاهُ غُفِرَ لَهُمَا

4537. Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma’il berkata, telah menceritakan kepada kami Hammad berkata, telah menceritakan kepada kami Humaid dari Anas bin Malik ia berkata, “Ketika penduduk Yaman datang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Orang-orang Yaman telah datang kepada kalian, dan mereka adalah orang-orang pertama yang mengamalkan untuk saling berjabat tangan.” Hadis Riwayat Ahmad Dan Abu Daud

٤٥٣٧ – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ حَدَّثَنَا حُمَيْدٌ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ لَمَّا جَاءَ أَهْلُ الْيَمَنِ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ جَاءَكُمْ أَهْلُ الْيَمَنِ وَهُمْ أَوَّلُ مَنْ جَاءَ بِالْمُصَافَحَةِ

4538. Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma’il berkata, telah menceritakan kepada kami Hammad berkata, telah mengabarkan kepada kami Abul Husain -maksudnya Abul Husain Khalid bin Dzakwan- dari Ayyub bin Busyair bin Ka’b Al Adawi dari seorang laki-laki penduduk Anazah bahwasanya ia berkata kepada Abu Dzar saat keluar dari Syam, “Aku ingin bertanya kepadamu tentang hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.” Abu Dzar berkata, “Aku akan memberitahukan kepadamu kecuali tentang rahasia (Rasulullah).” Aku menjawab, “Bukan hal rahasia yang aku tanyakan, tetapi apakah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berjabat tangan saat kalian berjumpa dengan beliau?” Abu Dzar berkata: “Aku tidak pernah berjumpa dengan beliau kecuali beliau menjabat tanganku. Suatu hari beliau mengutus utusan kepadaku saat aku tidak ada di rumah, ketika kembali ke rumah aku diberi kabar bahwa beliau telah mengutus seorang utusan kepadaku. Maka aku mendatanginya saat beliau berada di atas pembaringan, lantas beliau memelukku. Maka pelukan itu lebih indah, dan lebih indah.Hadis Riwayat Ahmad Dan Abu Daud

٤٥٣٨ – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ أَخْبَرَنَا أَبُو الْحُسَيْنِ يَعْنِي خَالِدَ بْنَ ذَكْوَانَ عَنْ أَيُّوبَ بْنِ بُشَيْرِ بْنِ كَعْبٍ الْعَدَوِيِّ عَنْ رَجُلٍ مِنْ عَنَزَةَ أَنَّهُ قَالَ لِأَبِي ذَرٍّ حَيْثُ سُيِّرَ مِنْ الشَّامِ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أَسْأَلَكَ عَنْ حَدِيثٍ مِنْ حَدِيثِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذًا أُخْبِرُكَ بِهِ إِلَّا أَنْ يَكُونَ سِرًّا قُلْتُ إِنَّهُ لَيْسَ بِسِرٍّ هَلْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَافِحُكُمْ إِذَا لَقِيتُمُوهُ قَالَ مَا لَقِيتُهُ قَطُّ إِلَّا صَافَحَنِي وَبَعَثَ إِلَيَّ ذَاتَ يَوْمٍ وَلَمْ أَكُنْ فِي أَهْلِي فَلَمَّا جِئْتُ أُخْبِرْتُ أَنَّهُ أَرْسَلَ لِي فَأَتَيْتُهُ وَهُوَ عَلَى سَرِيرِهِ فَالْتَزَمَنِي فَكَانَتْ تِلْكَ أَجْوَدَ وَأَجْوَدَ

 

Konvensyen UiT0 ke-4 2018 – 8 hari Lagi!

0

8 hari lagi untuk semua wargakerja UiTO dan para Pembentang Kertas Kerja bersama-sama menghadiri Konvensyen UiTO ke-4 2018 di The Orient Star, Lumut, Perak.

UiTO bekerjasama dengan IKRAM Caw Manjung dan Pertubuhan Suara Prihatin Rakyat Malaysia (Suara Prihatin) untuk sama-sama mencurahkan idea, menggembeling tenaga dalam menjayakan Konvensyen UiTO ke-4 2018 ini.

Ayuh! ahli IKRAM dan Suara Prihatin kita hadir bersama menyokong tema Konvensyen UiTO ke-4 “ISLAM DEEN PRAKTIKAL” di samping menjalin ukhwah, menimba ilmu mengenai hadith, fiqh, muamalat, memahami sunnah dan praktikalnya Islam sebagai agama untuk sekelian alam.

Masih ada lagi kekosongan tempat untuk menghadiri Konvensyen UiTO Ke-4 ini. Sila klik pautan ini untuk sertai grup telegram Peserta Konvensyen UiTO ke-4 dan info lanjut:

https://t.me/KonvensyenUiTOke4

 

 

 

Tafsir Surah Al-Jathiyah – Tafsir Ayat Ke-12 hingga Ke-15

0

Tafsir Surah Al-Jathiyah

Tafsir Ayat ke-12

Allah ﷻ menyambung dengan menceritakan lagi tanda-tanda-Nya. Jadi, ini adalah Dalil Aqli.

۞ اللهُ الَّذي سَخَّرَ لَكُمُ البَحرَ لِتَجرِيَ الفُلكُ فيهِ بِأَمرِهِ وَلِتَبتَغوا مِن فَضلِهِ وَلَعَلَّكُم تَشكُرونَ

Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintah-Nya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurnia-Nya, dan juga supaya kamu bersyukur.

اللهُ الَّذِي سَخَّرَ لَكُمُ الْبَحْرَ

Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu,

Kalimah سَخَّرَ bermaksud menguasai sesuatu. Allah ﷻ telah benarkan kita menguasai laut. Tidaklah ini bermaksud kita boleh kawal lautan pula, seperti boleh gerakkan laut itu supaya tenang atau berombak pula, tidak. Itu tentu tidak boleh.

Ini hanya bermaksud yang kita boleh mengambil faedah dari laut iaitu dengan Allah ﷻ memberi kepada kita ‘ilmu’ tentang laut. Kita diberi dengan ilmu tentang arusnya, cuacanya, cara membuat kapal, berlayar dan sebagainya. Maka dengan ilmu ini, kita boleh mengembara menggunakan laut itu.

Segala perkara dan ilmu itu, Allah ﷻ juga yang ilhamkan kepada kita. Ini kerana kalau Allah ﷻ tidak memberi ilham, kita juga tidak berani hendak masuk ke dalam laut itu.

لِتَجْرِيَ الْفُلْكُ فِيهِ بِأَمْرِهِ

supaya belayar kapal-kapal padanya dengan perintah-Nya,

Dengan ilmu laut itu, kita boleh berlayar dengan mengikut undang-undang Allah ﷻ yang telah ditetapkan iaitu ‘atas kebenaran’ dan izin yang Allah ﷻ berikan. Ia kena mengikut angin, arus dan sebagainya.

Ingatlah bahawa ilmu itu daripada Allah ﷻ sebenarnya. Kita tidak akan pandai mengembara di lautan kalau Allah ﷻ tidak tanamkan ilmu itu dalam akal manusia. Kita boleh buat apa-apa sahaja di laut adalah dengan kebenaran-Nya. Kalau Allah ﷻ tidak benarkan, maka tiada apa yang akan terjadi.

وَلِتَبْتَغُوا مِن فَضْلِهِ

dan supaya kamu mencari dari limpah kurnia-Nya,

Dengan kita mengembara di lautan itu, kita boleh dapat hasil dari laut. Kita boleh menangkap ikan, mencari harta karun, mutiara, perhiasan dan sebagainya.

Itu menjadi sumber pendapatan yang amat besar bagi sesetengah orang. Selain dari itu, boleh jadikan laut sebagai laluan perniagaan. Barang perniagaan yang berat dan banyak boleh diangkut dengan mudah dan cepat kalau dibandingkan dengan laluan darat.

Oleh kerana itu, walaupun dunia semakin maju dan ada cara pengangkutan yang lebih cepat seperti kapal terbang, penggunaan jalan lautan masih lagi digunakan dengan lebih banyak kerana ia lebih jimat.

وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

supaya kamu bersyukur.

Yang paling penting, kita kena bersyukur. Bersyukur kepada Allah ﷻ kerana telah memberi ilmu itu kepada kita dan telah menenangkan laut itu supaya kita boleh mengambil manfaat darinya. Selain itu perlu bersyukur kepada Allah ﷻ kerana menyelamatkan kita dalam pengembaraan di lautan yang luas dan bergelora itu.

Lihatlah bagaimana tujuan laut itu dimudahkan untuk kita adalah supaya kita mengucapkan syukur kepada Allah ﷻ. Sifat suka bersyukur ini, Allah ﷻ suka kerana ada manusia yang bersyukurlah, Allah ﷻ tidak musnahkan lagi alam ini.

Sebab itu waktu Kiamat nanti, oleh kerana tidak ada lagi manusia yang bersyukur kepada Allah ﷻ , maka Allah ﷻ akan musnahkan alam ini. Apabila manusia tidak lagi bersyukur kepada Allah ﷻ , maka laut tidak perlu lagi tenang, laut akan bergelora dan akan menghancurkan bumi pula nanti. Subhanallah.

📍Namun bagaimana hendak menunjukkan kesyukuran kepada Allah ﷻ? Kesyukuran ditunjukkan dengan mentaati Allah ﷻ dan bukannya mengucap-ngucap alhamdulillah berulang-ulang sahaja.

Tafsir Ayat ke-13:

Sambungan Dalil Aqli

وَسَخَّرَ لَكُم مّا فِي السَّمٰوٰتِ وَما فِي الأَرضِ جَميعًا مِّنهُ ۚ إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيٰتٍ لِّقَومٍ يَتَفَكَّرونَ

Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripada-Nya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaan-Nya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.

وَسَخَّرَ لَكُم مَّا فِي السَّمٰوٰتِ

Dan Dia memudahkan untuk kamu, apa yang ada di langit

Allah ﷻ juga telah memberi ilmu tentang langit, bulan, bintang, awan dan sebagainya kepada manusia. Semua ilmu itu diberi agar kita dapat gunakan untuk hidup.

Sebagai contoh, kita gunakan ilmu tentang bintang untuk mencari perjalanan di malam hari. Apabila mengkaji tentang awan, kita dapat tahu tentang tempat-tempat yang hujan akan turun. Malah banyak lagi.

Kalimah سَخَّرَ bermaksud ‘menundukkan’. Adakah ini bermaksud Allah ﷻ akan memberi kita kebolehan untuk menundukkan langit? Mungkin lebih dari apa yang Allah ﷻ telah berikan sekarang? Bayangkan, manusia sudah boleh sampai ke bulan dan mungkin tidak lama lagi boleh sampai ke planet lain.

Allahu a’lam. Allah ﷻ boleh beri apa sahaja kepada kita dan ada isyaratnya dalam ayat ini.

وَمَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مِّنْهُ

dan apa yang ada di bumi, daripada-Nya;

Semua pemberian itu daripada Allah ﷻ antaranya Allah ﷻ telah menundukkan bumi untuk kita. Allah ﷻ telah memberi kita ilmu tentang cara mengurus bumi ini dan ajar bagaimana hendak gunakan segala sumber yang ada dalam dunia.

Banyak sekali kegunaan segala tumbuhan, binatang, mineral dan macam-macam lagi yang kita telah manfaatkan untuk kehidupan. Kita masih mengkaji lagi bagaimana menggunakan sumber yang Allah ﷻ telah jadikan itu.

Ingatlah bahawa Allah ﷻ telah jadikan dunia ini untuk kita. Maka tidak salah kalau mengambil manfaat dari bumi untuk kegunaan kita.

إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيٰتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda bagi kaum yang mahu berfikir.

Itu semua adalah dalil bagi kekuasaan Allah ﷻ. Dalil itu diberikan kepada semua orang tetapi yang boleh mengambil pengajaran hanyalah mereka yang menggunakan akal untuk berfikir.

Ini bagi mereka yang apabila melihat kepada alam ini, sentiasa mengingatkan diri mereka kepada Allah ﷻ. Bahawa hanya Allah ﷻ lah yang telah menjadikan semua itu dan telah memberikannya kepada kita.

Memang ramai saintis yang mengkaji tentang alam, tetapi mereka tidak mengaitkannya dengan Allah ﷻ . Mereka hanya menggunakan sumber yang ada, tetapi tidak bersyukur.

Mereka juga tidak langsung berfikir bagaimana alam yang begini hebat itu, boleh terjadi. Tidak mungkin ia terjadi dengan sendiri seperti yang disangkakan oleh golongan Atheis yang tidak percaya kepada Tuhan itu?

Mereka sangka sudah pandai tetapi sebenarnya mereka tidak menggunakan fikiran pada tempat yang sepatutnya.

Tafsir Ayat ke-14

Takhwif duniawi.

قُل لِّلَّذينَ ءآمَنوا يَغفِروا لِلَّذينَ لا يَرجونَ أَيّامَ اللهِ لِيَجزِيَ قَومًا بِما كانوا يَكسِبونَ

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman: hendaklah mereka memaafkan (kejahatan dan gangguan) orang-orang yang tidak menaruh ingatan kepada hari-hari (pembalasan yang telah ditentukan) Allah; (disuruh berbuat demikian), kerana Allah akan memberi kepada satu-satu puak: balasan yang patut dengan apa yang mereka telah usahakan.

قُل لِّلَّذِينَ ءآمَنُوا

Katakanlah kepada orang-orang yang beriman:

Nabi Muhammad ﷺ diperintah oleh Allah ﷻ untuk memberikan peringatan ini kepada orang-orang yang beriman. Maka, kalau kita rasa kita orang yang beriman, maka kena ambil tahu tentang ayat ini:

يَغْفِرُوا لِلَّذِينَ لَا يَرْجُونَ أَيَّامَ اللهِ

hendaklah mereka memaafkan orang-orang yang tidak berharap kepada hari-hari Allah;

Ini adalah perintah supaya jangan hiraukan mereka. Bukanlah maksud maafkan itu bermaksud mereka tidak salah. Maksud ayat ini adalah jangan hiraukan mereka. Mereka yang kufur itu tidak percaya kepada ‘Hari-Hari Allah ﷻ’.

Hari itu boleh diterjemahkan sebagai Hari Akhirat di mana akan diberikan balasan baik dan balasan buruk kepada sesiapa yang berhak mendapatnya. Allah ﷻ yang akan memberi pembalasan kepada mereka, maka kita jangan hiraukan mereka yang tidak takut kepada akhirat itu. Kita sudah memberi peringatan kepada mereka, tetapi jika tetap tidak mahu mendengar, biarkan sahaja.

‘Hari-hari Allah ﷻ’ juga boleh merujuk kepada kejadian-kejadian azab yang dikenakan kepada umat-umat terdahulu yang engkar. Ia adalah azab-azab yang boleh Allah ﷻ kenakan semasa di dunia – sama ada dalam bentuk bencana alam atau azab yang Allah ﷻ turunkan dari langit untuk mereka.

Ada golongan yang tidak langsung mahu mengambil pengajaran dari kejadian-kejadian itu walaupun mereka tahu tentang kejadian-kejadian itu. Mereka sangka tidak akan kena dengan azab-azab sebegitu kerana jahil dan tidak tahu. Maka maafkanlah (biarkanlah) mereka.

Kenapa kita hendak kena diingatkan supaya maafkan atau jangan hiraukan mereka? Ini kerana mereka tentu akan buat salah dengan kita iaitu tidak hiraukan dakwah apabila kita sampaikan.

Kadang-kadang ada yang menggunakan kata-kata kesat dan menyakitkan kita. Tidak kurang juga ada yang menentang kita dengan teruk sekali. Mereka katakan kita macam-macam seperti sesat, Wahabi dan sebagainya.

Allah ﷻ menyuruh kita memaafkan sahaja mereka yang sebegitu dan jangan hiraukan apa yang telah dikatakan. Ia hanya membuatkan kita sesak kepala sahaja fikirkan dan sakit hati sahaja. Nanti susah pula kita hendak berdakwah, bukan? Biarkanlah apa yang mereka hendak kata, kita tidak perlu hendak balas kerana Allah ﷻ sendiri akan balas.

Namun ayat ini bukanlah bermaksud buat tidak tahu sahaja. Ia bermaksud kita tetap kena teruskan sahaja dakwah dan mengajak mereka kepada Allah ﷻ.

Cuma kalau dibalas dengan keji, maka jangan hiraukan sangat dan hanya buat pekak sahaja kata-kata mereka. Seandainya mereka berkeras sangat, kita tinggalkan sekejap dan kemudian nanti boleh datang balik semula.

لِيَجْزِيَ قَوْمًا بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

kerana Allah akan memberi kepada satu-satu puak balasan yang patut dengan apa yang mereka telah usahakan.

Ada jumlah muqaddar dalam ayat ini: Kita tidak perlu balas perbuatan jahat mereka itu kepada kita kerana Allah ﷻ sendiri yang akan membalas. Ia pasti akan berlaku, tidak payah kita sibuk fikirkan macam mana hendak balas kejahatan dan kedegilan mereka itu. Serahkan sahaja kepada Allah ﷻ . Lagipun kalau kita hendak balas, tentu kita tidak mampu.

Maksud قَوْمًا pertamanya adalah merujuk kepada kaum yang mengejek-ngejek ayat-ayat Allah ﷻ. Mereka tidak mengendahkan ‘Hari-hari Allah ﷻ ‘. Kita tidak perlu balas dendam dengan mereka dan serahkan kepada Allah ﷻ untuk balas bagi pihak kita. Ia pasti akan berlaku.

Apa-apa kesalahan dan kata-kata engkar mereka akan bertambah-tambah banyak dan kesemuanya akan dibalas dengan azab kepada mereka. Allah ﷻ membiarkan mereka buat banyak-banyak dosa lagi supaya balasan seksa kepada mereka akan menjadi bertambah banyak lagi.

Kenapa serahkan kepada Allah ﷻ? Ini kerana kalau kita sendiri hendak membalas kepada mereka tentu tidak mampu sebenarnya kerana kita lemah sangat seperti Muslim di Mekah dahulu. Mereka langsung tidak ada kekuatan untuk membalas segala salahlaku yang dikenakan ke atas mereka.

Begitu juga kita yang lemah ini yang hanya boleh menyampaikan sahaja dakwah kepada mereka, tetapi tidak boleh paksa. Kalau mereka lawan dan buat tidak patut dengan kita, bukan kita boleh buat apa pun. Namun, kalau Allah ﷻ yang balas, tentunya Allah ﷻ akan memberi balasan yang setimpal. Ini akan memuaskan hati kita di akhirat kelak.

Kenapa kita disuruh ‘maafkan’ mereka? Ini kerana kalau kita memaafkan, kita sudah tidak perlu memikirkan hal mereka, menyimpan perasaan marah dan dendam itu dalam diri kita. Jika simpan dalam diri kita, ia akan menyakitkan kita sahaja. Akibatnya nanti tidak boleh tidur malam dan tidak lalu hendak makan pula.

Bukanlah ini bermaksud kita tidak marah. Memang kita kena marah dan benci apa yang mereka lakukan kerana mereka menentang agama (bukan kerana mereka menentang kita). Namun, kita tidak perlu angkat tangan dan mulut untuk mengenakan balasan kepada mereka.

Maksud kedua kalimah قَوْمًا dalam ayat ini adalah merujuk kepada ‘orang-orang yang beriman’. Apabila orang yang beriman itu sabar dengan apa yang dikenakan kepada mereka dalam bentuk sendaan, ejekan, kutukan atau apa-apa sahaja kesakitan yang dikenakan kepada kita, Allah ﷻ akan balas dengan pahala yang setimpal malah lebih lagi.

Itulah yang lebih baik lagi – apabila kita tahu yang kita akan dibalas dengan segala kesusahan yang kita terima kerana menyampaikan agama ini, maka kita akan rasa lega sikit. Barulah kita rasa berbaloi apa yang kita lakukan dan penentangan mereka kepada kita itu akan rasa berkurangan sedikit.

Kita berasa senang sahaja hendak memaafkan dan biarkan sahaja apa yang dikatakan oleh orang terhadap kita. Kalau ada orang yang kutuk kita dan tuduh kita ‘Wahabi’, kita senyum sahaja.

Tafsir Ayat ke-15

Ayat Idkhal Ilahi – pencelahan dari Allah ﷻ. Ia hendak menjawab pertanyaan dalam hati manusia. Ada sesuatu yang penting yang Allah ﷻ hendak beritahu dan kerana itu Allah ﷻ ‘mencelah’ dalam rentetan ayat-ayat ini.

Allah ﷻ hendak menjawab persoalan yang mungkin timbul: adakah Allah ﷻ zalim kerana ada ramai yang mati teruk kerana dikenakan dengan azab semasa di dunia dan di akhirat kelak? Ini kerana apabila Allah ﷻ memberi azab, kadangkala ada yang tidak bersalah juga dikenakan azab habis semua sekali. Allah ﷻ hendak beritahu yang Dia tidak pernah zalim.

Ada yang beberapa tahun sahaja membuat syirik, tetapi nanti kekal di neraka selama-lamanya. Tidakkah itu tidak sama dengan kesalahan yang dilakukan?

Allah ﷻ hendak memberitahu yang Dia akan membalas mengikut amalan manusia semasa di dunia. Allah ﷻ tahu bagaimana hendak memberi azab kepada pelaku kezaliman. Kalau yang tidak zalim juga kena azab, maka azab yang mereka terkena semasa di dunia itu sebagai ujian sahaja dan akan mendapat pahala di atas kesabaran.

مَن عَمِلَ صٰلِحًا فَلِنَفسِهِ ۖ وَمَن أَساءَ فَعَلَيها ۖ ثُمَّ إِلىٰ رَبِّكُم تُرجَعونَ

(Tiap-tiap balasan berdasarkan kaedah): Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu.

مَنْ عَمِلَ صٰلِحًا فَلِنَفْسِهِ

Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri;

Kalau kita hendak kebaikan dan pahala, maka kita kena buat sendiri amal kebaikan. Oleh itu, janganlah berharap kepada orang lain untuk ‘sedekah’ pahala kepada kita dalam bentuk Majlis Tahlil dan sebagainya. Ayat ini jelas mengatakan bahawa tiada ‘pahala sedekah’.

📍Tiada konsep ‘hadiah pahala’ seperti yang difahami oleh kebanyakkan masyarakat kita sekarang.

Lalu, bacaan pada Majlis Tahlil dan sedekah Fatihah kepada orang lain itu adalah satu amalan yang salah dan sia-sia sahaja. Ia tidak pernah diajar dan berlawanan dengan ayat-ayat Qur’an. Itu semua adalah adalah amalan bidaah. Banyak lagi ayat-ayat Qur’an yang membawa maksud yang sama.

Malangnya, amat ramai dalam kalangan masyarakat Islam kita yang tidak faham tentang perkara ini. Maka, berbagai amalan dilakukan untuk menghadiahkan pahala kepada si mati dari kalangan keluarga mereka.

Niat mereka baik dan mungkin ikhlas, tetapi kalau bukan dari ajaran Islam, ia tetap juga salah. Ingat kembali maksud surah ini adalah tentang ‘syariat’. Kalau tidak ada dalam syariat, ia bukanlah perkara yang baik dalam agama. Bagi yang mengatakan ‘baik’ itu, itu hanyalah sangkaan mereka sahaja.

وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا

dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri;

Maksudnya kita jangan risau dengan perbuatan mereka yang engkar itu. Mereka telah melakukan dosa dan akan tetap dikenakan dengan balasan. Maka biarkanlah perbuatan orang yang telah berlaku kejahatan terhadap kita. Mereka tidak akan terlepas dari kesalahan yang telah lakukan itu.

Ayat ini juga memberitahu bahawa kita sendiri yang kena tanggung dosa yang telah dilakukan. Kita tidak boleh hendak memberikan dosa atau pahala kita kepada orang lain. Jika ada anak perempuan kita tidak memakai tudung, maka tidaklah kita berdosa kerana kesalahan itu adalah kesalahan mereka.

📍Ia juga mengingatkan bahawa segala perbuatan buruk dan dosa kita, akan ada kesannya kepada kita, sama ada di dunia ini lagi atau di akhirat kelak.

Dosa yang dilakukan jika tidak dibersihkan, akan menyebabkan kita senang untuk melakukan dosa-dosa yang lain. Maka, tinggalkanlah amalan yang buruk dan dosa itu.

ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ

kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu.

Ingatlah bahawa kita semua akan mati dan akan bertemu Allah ﷻ. Waktu itu kita akan dihisab dan akan dibalas dengan perbuatan kita semasa di dunia. Kalau baik, dibalas baik. Kalau buat amalan bidaah seperti yang disebut sebelum ini, kita akan bertemu dengan dosa kita. Malah kita akan bertemu dengan Allah ﷻ membawa dosa amalan salah itu.

📍Waktu bertemu dengan Allah ﷻ, agaknya bagaimana kita hendak jawab kepada Allah ﷻ tentang amalan-amalan bidaah yang kita lakukan tanpa ada dalil yang jelas?

Kalau Allah ﷻ tanya kepada kita: “Kenapa buat Majlis Tahlil, kenapa buat Solat Hajat berjemaah, kenapa buat Doa Selamat” dan sebagainya, apa yang kita hendak jawab?

✍🏻SESI MUZAKARAH

Tafsir surah Al-Jathiyah (Ayat 12- ayat 15)

📍Adakah benar pemahaman begini? Mereka berasa hari-hari itu lambat lagi dan sempat bertaubat tetapi lupa nyawa juga diambil bila-bila masa. Ini betul- betul kerugian dan penyesalan?

🔵Ya, benar sekali.

📍Adakah dosa bid’ah yang pernah dilakukan kemudian ditinggalkan setelah tahu, masih dihisab juga?

🔵 Taubat dan minta ampun. Kalau Allah ﷻ menerima taubat maka tidak dihisab lagi.

📍Anggapan sebahagian orang bahawa seorang anak perempuan yang keluar tanpa hijab maka bapanya yang tanggung dosa setiap langkahnya, adalah tidak benarkan?

🔵 Ya, ini salah faham. Kita tidak tanggung dosa orang lain.

📍Setiap kamu adalah pengembala dan kamu akan dipertanggungjawabkan ke atas gembalaan kamu. Apakah maksud hadith ini?

🔵 Semua ada tanggungjawab kepada orang bawahan. Kalau ayah, dia kena sampaikan ajaran dan tegur anak isteri dari buat dosa. Jika dia tidak buat, maka dia akan disoal kenapa dia tidak buat tetapi bukanlah setiap kali anak dia tidak pakai tudung, dia kena dosa. Kalau dia sudah tegur dan mereka tidak ikut, lagilah dia tidak berdosa.

Hadis ini bukan dalil yang boleh diberikan dosa kepada ayah. Ini kerana ada dalil lain yang lebih kuat dari Qur’an di antaranya ayat [ Zumar: 7 ] dan lain-lain ayat yang lebih kurang sama.

📍Maksud disini ialah menyampaikan dan teguran?

🔵Menjalankan tanggungjawab dan kesemua kita ada orang bawahan. Bos, bapa, ibu, kakak, abang, pemimpin, supervisor etc. Hadis itu amat luas dan asal ada tanggungjawab sahaja, kena penuhi.

 Allahu a’lam.

JARUM SYIAH DAN ‘PENIPUAN’ MAKSUD HADIS

0

PENCERAHAN TUJUAN NABI MEWASIATKAN HADIS AL-QURAN DAN AHLUL BAYT KETIKA PERISTIWA GHADIR KHUM

Nabi suruh pegang AL-QURAN dan menjaga kebajikan keluarganya dengan meneruskan kebajikan ke atas mereka. keluarga Ali Fatimah, keluarga Aqil, Jaafar dan Abbas.

Soalan:
🔴 Assalamualaikum. Pensyarah saya ada tugaskan saya untuk menyiapkan satu tugasan berdasarkan satu video,dimana video tersebut memberitahu sesuatu tentang hadis nabi yang berkata 2 perkara ditinggalkan nabi adalah al-Quran dan Ahlul Bait. Dan hadis itu lebih kuat daripada hadis yang cakap 2 perkara yan ditinggalkan Nabi adalah AlQuran dan sunnah. Betulkah???

Sheikh THTL Al-Jazani:
Propaganda syi’ah. kat IPTA, memang banyak IPTA sekarang diresapi pensyarah yang cenderung kepada syiah.
1. Hadith ahli bayt memang sahih, HR Muslim

عَنِ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ قَالَ: قَامَ رَسُولُ الهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فِينَا خَطِيبًا بِمَاءٍ يُدْعَى خُمًّا بَيْنَ مَكَّةَ وَالْمَدِينَةِ فَحَمِدَ الهَع وَأَثْنَى عَلَيْهِ وَوَعَظَ وَذَكَّرَ ثُمَّ قَالَ أَمَّا بَعْدُ أَلاَ أَيُّهَا النَّاسُ فَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ يُوشِكُ أَنْ يَأْتِيَ رَسُولُ رَبِّي فَأُجِيبَ وَأَنَا تَارِكٌ فِيكُمْ ثَقَلَيْنِ أَوَّلُهُمَا كِتَابُ الهَِ فِيهِ الْهُدَى وَالنُّورُ فَخُذُوا بِكِتَابِ الهِ وَاسْتَمْسِكُوا بِهِ (وفي رواية: هُوَ حَبْلُ الهِي مَنِ اتَّبَعَهُ كَانَ عَلَى الْهُدَى وَمَنْ تَرَكَهُ كَانَ عَلَى ضَلاَلَةٍ) فَحَثَّ عَلَى كِتَابِ الهِو وَرَغَّبَ فِيهِ ثُمَّ قَالَ وَأَهْلُ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمُ الهَع فِي أَهْلِ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمُ الهَض فِي أَهْلِ بَيْتِي أُذَكِّرُكُمُ الهَت فِي أَهْلِ بَيْتِي فَقَالَ لَهُ حُصَيْنٌ وَمَنْ أَهْلُ بَيْتِهِ يَا زَيْدُ أَلَيْسَ نِسَاؤُهُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ قَالَ نِسَاؤُهُ مِنْ أَهْلِ بَيْتِهِ وَلَكِنْ أَهْلُ بَيْتِهِ مَنْ حُرِمَ الصَّدَقَةَ بَعْدَهُ (وفي رواية: فَقُلْنَا مَنْ أَهْلُ بَيْتِهِ نِسَاؤُهُ قَالَ لاَ وَايْمُ الهِْ إِنَّ الْمَرْأَةَ تَكُونُ مَعَ الرَّجُلِ الْعَصْرَ مِنَ الدَّهْرِ ثُمَّ يُطَلِّقُهَا فَتَرْجِعُ إِلَى أَبِيهَا وَقَوْمِهَا أَهْلُ بَيْتِهِ أَصْلُهُ وَعَصَبَتُهُ الَّذِينَ حُرِمُوا الصَّدَقَةَ بَعْدَهُ) قَالَ وَمَنْ هُمْ قَالَ هُمْ آلُ عَلِيٍّ وَآلُ عَقِيلٍ وَآلُ جَعْفَرٍ وَآلُ عَبَّاسٍ قَالَ كُلُّ هَؤُلاَءِ حُرِمَ الصَّدَقَةَ قَالَ نَعَمْ

Dari Zaid bin Arqam, dia berkata: “Suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam berdiri khutbah di hadapan kami di sebuah mata air yang disebut Khum, di antara Makkah dan Madinah. Beliau memuji Allah, menyanjungNya, menasehati, mengingatkan, lalu bersabda: “Amma ba’du, ingatlah wahai manusia, sesungguhnya saya adalah manusia biasa, sudah dekat masanya utusan Rabbku datang lalu aku akan menyambut, dan aku meninggalkan tsaqalain (dua perkara yang sangat berharga) pada kamu. Yang pertama adalah kitab Allah, di dalamnya ada petunjuk dan cahaya, oleh karena itu pegangilah dan pegang-teguhlah ia. (Dalam riwayat lain: Kitab Allah itu adalah tali Allah, barangsiapa mengikutinya maka dia berada di atas petunjuk, dan barangsiapa meningalkannya maka dia berada di dalam kesesatan). Lalu beliau mendorong dan menyemangati untuk suka terhadap kitab Allah. Lalu beliau bersabda: “Dan Ahli Bait-ku, aku mengingatkan kamu atas nama Allah tentang ahli bait-ku, aku mengingatkan kamu atas nama Allah tentang Ahli Bait-ku, aku mengingatkan kamu atas nama Allah tentang ahli bait-ku”. Lalu Hushain berkata kepada Zaid: “Dan siapakah Ahli Bait beliau itu wahai Zaid, bukankah istri-istri beliau termasuk Ahli Bait beliau?”. Zaid menjawab: “Memang (secara umum) istri-istri beliau termasuk Ahli Bait, tetapi ahli bait beliau adalah orang-orang setelah beliau yang diharamkan (menerima) zakat”. (Dalam riwayat lain: “Maka kami bertanya: “Siapakah Ahli Bait beliau itu, apakah istri-istri beliau?”. Dia menjawab: “Tidak, demi Allah, sesungguhnya seorang istri itu terkadang bersama suaminya dalam suatu masa yang panjang, lalu suaminya menceraikannya, maka dia kembali kepada ayahnya dan kaumnya. Ahli Bait beliau adalah keturunannya dan ‘ashabahnya (keturunannya dari fihak laki-laki), yaitu orang-orang setelah beliau yang diharamkan (menerima)zakat”.) Hushain bertanya: “Siapakah mereka”. Zaid menjawab: “Mereka adalah keluarga ‘Ali, keluarga ‘Aqil, keluarga Ja’far, dan keluarga ‘Abbas”. Hushain bertanya: “Mereka semua ini diharamkan (menerima) zakat?”. Zaid menjawab: “Ya.” [HR. Muslim No: 2408]

Ini dinamakan hadith wasiat, menandakan Nabi saw akan wafat tak lama lagi, ini wasiat di Ghadir Khum. Syiah memanipulasi hadith ini kerana kurang kefahaman bahasa arab mereka dan mereka menjadikan ahlil bayt sebagai sumber syariat kerana meletakkan ahlil bayt sebagai maksum. Nabi suruh pegang Al-Quran dan menjaga kebajikan keluarganya dengan meneruskan kebajikan ke atas mereka. keluarga Ali Fatimah, keluarga Aqil, Jaafar dan Abbas.

(Nas) Yang lebih kuat ialah kitabullah dan sunnah, ini dalil Al-Quran

(فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ)

Jika kalian berselisih dalam suatu hal, maka kembalikanlah kepada Allah dan Rasul-Nya” (Surah 4:59)

hadith:

(فإنه من يعش منكم فسيرى اختلافاً كثيراً فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين من بعدي) رواه أبو داود والترمذي وقال: حديث حسن صحيح.

“barangsiapa yang hidup sepeninggalku, maka ia akan melihat banyak perselisihan. Maka wajib bagi kalian untuk berpegang kepada sunnahkiu dan sunnah Khulafa Ar Rasyidin yang tertunjuki sepeninggalku” HR abu Daud & Termidzi, dia berkata hasan sahih.

Itulah yang sahih, sumber rujukan muktamad ialah Al-Quran dan As-Sunnah. Ithrah atau Ahlil Bbait Nabi saw bukan rujukan syariah, cuma menjaga hak-hak mereka sebagai ahlil bayt, mereka bukan maksum.
Maka ada dua kelompok manusia yang sesat dalam memahamai hadith ahlil bayt:
1. Puak syiah, menganggap family nabi sebagai sumber syariat dan berstatus maksum
2. Puak tareqat Habeeb/syarif/syed, mereka juga mengkultuskan ahlil bayt.

ASWJ. sumber rujukan syariah ialah Al-Quran dan al hadith, bukan ahlil bayt.

Terima kasih sheikh. Saya dan rakan-rakan pun mcm pelik sebab video tu kata sekarang waris nabi dah banyak sebab orang arab dah lama datang ke asia tenggara. Terima kasih atas pencerahan 😁

Sheikh THTL al-Jazani:
Geng Habib cari mangsa

Sebab tu saya katakan, dua puak yang manipulasi hadith ahlil bayt atau tsaqalyn ialah puak habib dan syiah. Sunni mesti kena yakin, rujukan kita adalah Al-Quran dan sunnah. Ahlil bayt dah lama pupus…

Pensyarah saya ni selalu cerita pasal beliau mimpi jumpa cahaya nabi. Selalu mimpi jumpa para wali

Student pun terima bulat-bulat sahaja

Sheikh THTL al-Jazani: Mimpi sebagai sumber syariat ni memang manhaj tareqat dan syiah.

Di sisi sunni, mimpi, termasuk mimpi jumpa Nabi bukanlah jalan untuk mendapat dalil syariat yang baru.Memanglah nak lawan puak sesat ni ilmu kena mantap dahulu.

AQIDAH SYIAH

Kalau Syiah ketika itu jadi imam solat, maka saya pasti ragu-ragu jadi makmumnya, dan kalau terpaksa juga maka ketika itu saya akan ‘bertaqiyah’😊

Admin: Aqidah syiah dah tiada yang selamat. Semua Rafidah. Tak boleh solat berimamkan mereka.

Sheikh THTL al-Jazani:
Rukun Islam syiah:
1. Syahadah
2. Solat
3. Puasa
4. Zakat
5. Haji
6. Jihad
7. Imamiah atau wilayah

KITAB SYIAH

🔴 Assalam ustaz . Adakah hadis ini sahih?

Sheikh THTL al-Jazani:
Syiahla…
Kitab Usyul Kafi oleh al kulaini adalah seburuk buruk kitab hadith atas dunia ni. Macam mana boleh kena jerat syiah?

🔴Salam,kitab Biharul Anwar ni kitab syiah ke?

Admin: YA…

Kalau syiah jadi minoriti, mereka amal taqiyah. Macam salafi jadi minoriti dalam negara yang amal asyairah.

BUKU PENJELASAN SYIAH YANG PENTING
[Buku Soal Jawab Isu Syiah di Malaysia]

Ustaz Aizam Mas’ud ada share link download buku ini dalam PDF tempoh hari. Cuma link tu ada sedikit masalah, kadang-kadang tak boleh download.

Ini link baru untuk dapatkan buku beliau dalam bentuk PDF : http://www.mediafire.com/download/le8m7xqcmnfn7bz/buku_soal_jawab_isu_syiah_di_malaysia.pdf

Buku ini sangat bagus untuk dibaca. Padat dengan fakta tentang Syiah.

Sebarkan, moga-moga manfaatnya meluas. link

ADAKAH SYIAH MAZHAB KELIMA?

Salam tuan puan.. apa kah kalam ulama yang mengatakan syiah ni bukan mazhab yang ke lima.?
Adakah Amman Mesej yang tular dulu tu boleh diguna pakai sebagai hujah syiah boleh diterima aqidahnya?

Mohon perkongsian daripada asatizah sekalian

Sheikh THTL al-Jazani:
Yang mengkafirkan syiah ialah Imam Malik, Ahmad, Imam Bukhari, Imam Ibn Hazm, Ibn Taymiyah. Mazhab ke 5 ialah Daud Zahiri. Amman mesej 2004 adalah takleh pakai. Dr Qardhawi dan Taqi Uthmani yang hadir pun kemudian menarik balik deklarasi tersebut kerana mereka berdua kata, syi’ah adalah penipu.

Yang hadir masa Amman 2004 ialah ali g
Gomah, Mufti Mesir, Abdullah Harari Ethiopio, Dr Ahbash, Nazim Haqqani, Tareqat Naqsyabandi, Habib Umar, Pondok Habeeb Tarim Yemen…Karim Husaini, Syiah ismaliyah dan 10 grand Ayatullah termasuk Ayatullah Ali Khameni,

ANTARA FAHAMAN YANG DIPENGARUHI SYIAH

🔴salam…syeikh benarkah hadis tentang makan ketika lapar berhenti sebelum kenyang itu palsu???

Sheikh THTL al-Jazani: Hadits syiah

م وجدته في كتب الشيعة (من برنامجهم)
– سنن النبي (ص )- السيد الطباطبائي ص 226 :
الملحقات في الأطعمة والأشربة 1 – في مقدمة طب النبي : في حديث قال ( صلى الله عليه وآله ) : نحن قوم لا نأكل حتى نجوع ، وإذا أكلنا لا نشبع ( 1 ) .
( هامش ) * ( 1 ) طب النبي ( صلى الله عليه وآله ) : المقدمة ص 3 .

Sunan Allamah Tabatabaiy ms 226

شاع بين الناس حديث (نحن قوم لانأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع ) حيث أنهم ينسبونه إلى النبي صلى الله عليه وسلم
وليس له أصل وهو كذب موضوع على النبي صلى الله عليه وسلم
ولايوجد في أي مصدر من كتب الرواية فيما أعلم
وقد بحث عنه عدد من أهل العلم في مصنفات الحديث وغيرها فلم يجدوا له أصل
وعلى رأسهم الشيخ العلامة بكر بن عبدالله أبوزيد

Syaikh Bakr abu Zayd: Saudi, tiada asal,dusta dan palsu.

وقفت على كلام للعلامة الشيخ محمد ناصر الدين الألباني رحمه الله في السلسة الصحيحة (المجلد السابع القسم الثالث صفحة 1651و1652) وقال ( لا أصل له).

Ta’aliq al Albani, Silsilah al Sahihah, 7:1651. tiada asal nya (palsu)

Popular

Iklan

Iklan