Utama Blog Halaman 103

Hadis 73: Bab 10: Apa Yang Datang Berkenaan Kasut Rasuli Llah

0

https://telegra.ph/Syarah-Hadis-Asy-Syamail-Al-Muhammadiyyah—Hadis-73-12-14

Syarah Hadis Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah – Hadis 73

Mohd ‘Adlan Bin Mohd ShariffuddinDecember 15, 2018

بَابُ مَا جَاءَ فِي خُفِّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Bab 10: Apa Yang Datang Berkenaan Kasut Rasuli Llah

73 – حَدَّثَنَا هَنَّادُ بْنُ السَّرِيِّ، قَالَ: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ دَلْهَمِ بْنِ صَالِحٍ، عَنْ حُجَيْرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، عَنِ ابْنِ بُرَيْدَةَ، عَنْ أَبِيهِ، أَنَّ النَّجَاشِيَّ أَهْدَى لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خُفَّيْنِ أَسْوَدَيْنِ سَاذَجَيْنِ، فَلَبِسَهُمَا ثُمَّ تَوَضَّأَ وَمَسَحَ عَلَيْهِمَا.

73- Telah bercerita kepada kami Hannad bin As-Sariy, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Waki`, daripada Dalham bin Salih, daripada Hujayr bin `Abdi Llah, daripada Ibni Buraydah, daripada bapanya, bahawa An-Najasyiy telah menghadiahkan kepada Nabi sepasang kasut hitam kosong, dan dia telah memakai kedua-duanya, kemudian dia berwudhu’ dan dia menyapu di atas kedua-duanya.

Syarah Adou_Fr:

Hadis ini berkenaan dengan kasut Nabi, yang diterima sebagai hadiah daripada An-Najashiy. An-Najasyiy atau Nagasi ialah gelaran bagi raja-raja Habsyah yang terletak di Ethiopia sekarang. Nama sebenar An-Najasyiy ialah (أَصْحَمَةُ بْنُ أَبْجَر) Ashamah Bin Abjar yang merupakan raja kerajaan Aksum iaitu sebuah kerajaan Kristian. Beliau meninggal pada bulan Rajab tahun sembilan Hijrah. Ketika beliau meninggal dunia, Nabi berkata kepada para sahabat:

مَاتَ اليَوْمَ رَجُلٌ صَالِحٌ، فَقُومُوا فَصَلُّوا عَلَى أَخِيكُمْ أَصْحَمَةَ

Telah mati pada hari ini seorang lelaki salih. Maka bangunlah dan bersalatlah ke atas saudara kamu Ashamah.

Dalam hadis ini, An-Najasyiy telah menghadiahkan sepasang kasut kepada Nabi. Kasut itu berwarna hitam yang tidak bercampur dengan sebarang warna lain. Nabi menerima hadiah tersebut dan Nabi memakai kasut itu. Hal ini ialah satu contoh kepada kita agar kita menghargaï hadiah yang diberi oleh orang lain. Apabila kita menerima hadiah, maka kita hendaklah menggunakan hadiah itu dengan sebaik-baiknya agar ia memberi faedah kepada diri kita, sekali gus dapat menggandakan ganjaran kebaikan terhadap orang yang memberikan hadiah, selagi hadiahnya itu dimanfa`atkan.

Ia juga sebagai peringatan bagi sesiapa yang ingin memberikan hadiah, iaitu agar hadiah yang diberikan itu boleh dipakai, atau dimakan, atau digunakan, atau diambil faedah daripadanya. Hadiah tidaklah perlu sesuatu yang besar, atau mahal, tetapi cukuplah ia berguna dalam kehidupan seseorang. Dalam hadis ini, seorang raja memberikan hadiah berupa sepasang kasut, dan kasut itu berguna dalam kehidupan Nabi.

Hadis ini juga menyentuh tentang hukum taharah, iaitu berwudhu’ dalam keadaan memakai kasut. Umat Melayu telah kehilangan ilmu dan amal dalam hal ini, kerana kita tidak nampak di hadapan mata kita bagaimana berwudhu’ atau bersalat dengan memakai kasut. Hendaklah diketahuï bahawa melaluï hadis ini, Nabi telah berwudhu’ dan ketika dia berwudhu’ itu, dia memakai kasut tanpa menanggalkannya. Hal ini ialah apa yang dilakukan oleh Nabi, dan ia menjadi satu hukum agama iaitu boleh memakai kasut ketika berwudhu’ tanpa menanggalkannya.

Kasut dalam hadis ini ialah kasut yang menutup buku lali, seperti kasut but yang dipakai oleh askar dan polis, begitu juga bomba dan anggota keselamatan yang lain. Untuk memakai kasut but ini, seseorang hendaklah berada dalam keadaan berwudhu’, iaitu dia masih berwudhu’ ketika dia memakai kasut but. Setelah itu, dia memakai kasut but dan apabila wudhu’nya batal, dia tidak perlu menanggalkan kasutnya seharian jika dia bermukim, atau selama tiga hari jika dia bersafar. Selama masa itu, dia hanya perlu mengikut sunnah Nabi seperti yang disebut dalam hadis ini, iaitu menyapu di atas kasut.

Secara am, yang disapu ialah bahagian atas kasut, iaitu di bahagian kasut yang menutupi atas jari-jari (phalange) dan tulang metatarsal. Seseorang yang memakai kasut but, cukup baginya untuk membasahkan tangan dan menyapu atau mengelap bahagian atas kasut ini sebagai ganti membasuh kaki. Wudhu’nya sah dan sempurna tanpa ragu-ragu.

Walaupun tidak disebut di dalam hadis, tetapi, kita dapat faham bahawa jika ketika berwudhu’ itu Nabi tidak membuka kasut, ia bermakna bahawa Nabi juga tidak membuka kasut ketika bersalat, iaitu Nabi bersalat dengan memakai kasut. Dan dengan itu, kita dapat tahu bahawa memakai kasut ketika bersalat adalah satu sunnah Nabi.

Seorang polis yang bertugas, apabila dia sudah menyarungkan kasut butnya, dia boleh mengambil pedoman hadis ini dengan berwudhu’ tanpa membuka kasut, iaitu dengan menyapu di atas kasut sahaja. Setelah itu, dia juga bersalat dengan memakai kasut tersebut. Sudah tentu, dia tidak boleh bersalat di atas sejadah, atau karpet masjid, atau permaidani bulu, kerana itu akan merosakkan dan mengotorkan sejadah, karpet dan permaidani. Justeru, jika dia mahu, dia boleh bersalat di atas pasir, atau tanah, atau simen, atau di tempat-tempat yang sesuai. Seorang askar contohnya, dia boleh bersalat terus di lantai hutan, walaupun tanpa beralaskan apa-apa. Jika di tempat berpasir, dia boleh terus bersalat di atas pasir itu. Salatnya adalah sah dan sempurna tanpa ragu-ragu.

Oleh sebab Malaysia ialah sebuah negara yang aman, dan kita juga memiliki iklim dan persekitaran yang berbeza dengan keadaan semasa zaman Nabi atau keadaan di negara `Arab. Justeru, banyak hukum hakam dan ilmu agama yang tidak didedahkan kepada kita, seperti berwudhu’ dengan berkasut seperti hadis ini, dan seterusnya bersalat dengan memakai kasut. Namun, hukum hakam ini kekal dan mungkin akan berguna, kerana ramai juga rakyat Malaysia yang mengembara dan pergi ke luar negara.

Mempelajari hukum hakam seperti ini adalah perkara asas fardhu `ayn, iaitu ia bersifat individu. Setiap orang perlu mempelajarinya dan mengetahuï tentangnya. Mula-mula, ia dipelajari sebagai ilmu. Kemudian, apabila sampai kepada masa dan keadaan yang sesuai, barulah ia dapat digunakan tanpa rasa ragu, atau terikat kepada kebiasaan sahaja.

Contoh mudah, ialah seseorang yang melancong ke negara kafir. Apabila dia berjalan-jalan sama ada membeli-belah, melawat tempat-tempat menarik, mengikuti rombongan, atau untuk apa-apa tujuan, dan ketika itu sudah masuk waktu salat, dia boleh sahaja berwudhu’ dengan menyapu di atas kasut, dan bersalat dengan berkasut di mana-mana tempat yang sesuai. Dia tidak perlu membuka kasut untuk berwudhu’, dan dia juga tidak perlu membuka kasut untuk bersalat. Inilah kemudahan yang ada dalam Islam, dan keindahan Islam yang tidak menyusahkan ummah.

Bayangkan jika ilmu ini tidak dipelajari, maka orang itu pasti akan kesusahan terpaksa mengambil masa yang panjang untuk membuka kasutnya, dan kemudian bersalat, dan memakai semula kasutnya itu. Dia akan menyangka bahawa dia sudah melaksanakan agamanya, sedangkan dia jahil dengan satu hukum agama yang ada.

Bayangkan juga jika ilmu ini tidak dipelajari, apa akan berlaku jika dia melihat seseorang yang bersalat tetapi memakai kasut? Adakah dia akan menyalahkan – atau mungkin menyesatkan – orang yang sebenarnya sedang mengamalkan sunnah agama?

Justeru, al-hamdu liLlah, apabila kita membaca hadis Syama’il ini, walaupun ia bukan sebuah kitab fiqh, tetapi apabila kita menjumpaï hadis ini, kita mendalami kefahaman hadis dan hukum hakam yang terkandung di dalamnya. Semoga Allah terus melapangkan kita dalam memahami agama dan menghilangkan kejahilan diri ini, amin.

Solat Khauf – Bila dan Di Mana?

0

Solat Khauf

Solat Khauf iaitu solat dalam keadaan yang sangat takut. Solat Khauf adalah kemudahan yang tidak terdapat dan tidak boleh dilaksanakan di dalam solat-solat yang lain. ‘Solat Ketakutan’ ini adalah solat yang dilakukan dalam keadaan suasana peperangan kerana bimbang akan diserang musuh.

Firman Allah سبحانه وتعالى :

وَإِذَا كُنتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ الصَّلَاةَ فَلْتَقُمْ طَائِفَةٌ مِّنْهُم مَّعَكَ وَلْيَأْخُذُوا أَسْلِحَتَهُمْ فَإِذَا سَجَدُوا فَلْيَكُونُوا مِن وَرَ‌ائِكُمْ وَلْتَأْتِ طَائِفَةٌ أُخْرَ‌ىٰ لَمْ يُصَلُّوا فَلْيُصَلُّوا مَعَكَ وَلْيَأْخُذُوا حِذْرَ‌هُمْ وَأَسْلِحَتَهُمْ ۗ وَدَّ الَّذِينَ كَفَرُ‌وا لَوْ تَغْفُلُونَ عَنْ أَسْلِحَتِكُمْ وَأَمْتِعَتِكُمْ فَيَمِيلُونَ عَلَيْكُم مَّيْلَةً وَاحِدَةً ۚ وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِن كَانَ بِكُمْ أَذًى مِّن مَّطَرٍ‌ أَوْ كُنتُم مَّرْ‌ضَىٰ أَن تَضَعُوا أَسْلِحَتَكُمْ ۖ وَخُذُوا حِذْرَ‌كُمْ ۗ إِنَّ اللَّـهَ أَعَدَّ لِلْكَافِرِ‌ينَ عَذَابًا مُّهِينًا ﴿١٠٢
“Dan apabila engkau (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu engkau mendirikan solat dengan (menjadi imam) mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan solat) bersama-samamu, dan hendaklah mereka menyandang senjata masing-masing; kemudian apabila mereka telah sujud, maka hendaklah mereka berundur ke belakang (untuk menjaga serbuan musuh); dan hendaklah datang pula puak yang lain (yang kedua) yang belum solat (kerana menjaga serbuan musuh), maka hendaklah mereka bersolat (berjamaah) bersama-samamu, dan hendaklah mereka mengambil langkah berjaga-jaga serta menyandang senjata masing-masing. Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. Dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina.” [An-Nisa’: 102]

Ulama’–ulama’ fiqah telah bersepakat tentang adanya ketetapan syarak mengenai solat khauf ini, “Khauf bagi mereka bukan semata-mata takut kepada serangan musuh malah termasuk juga khauf (takut) dari ancaman kebakaran dan juga binatang-binatang buas dan lain-lain lagi daripada ancaman yang boleh menyebabkan kemusnahan dan kehancuran.”

Allah سبحانه وتعالى berfirman:

فَإِنْ خِفْتُمْ فَرِ‌جَالًا أَوْ رُ‌كْبَانًا

“Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka solatlah sambil berjalan kaki atau naik kenderaan.” [Al-Baqarah: 239].

Bila dan di Mana ?

Solat Khauf boleh dilakukan di mana saja, tanpa mengira masa, tempat dan keadaan.

Solat dilakukan mengikut keadaan seseorang pada ketika itu. Boleh dilakukan sama ada secara berlari, berjalan, meniarap atau berkenderaan.
Rukuk dan sujud dilakukan dengan isyarat.
Boleh melakukan solat tanpa menghadap kiblat.
.

Daripada Ibnu Umar r.a. katanya: Nabi Muhammad ﷺ bersabda: “Jika keadaan itu terlalu gawat, bolehlah solat secara berdiri, berjalan atau berkenderaan, menghadap kiblat ataupun tidak.” [ Hadis Riwayat Al-Bukhari r.a.].

Idraj dan Kesannya terhadap Hukum

0

Idraj dan kesannya terhadap hukum.

1. Pengertian:
Seperti diketahui, idraj ialah suatu tambahan ke dalam hadith yang bukan daripada asalnya.

2. Jenis:
Ia terbahagi kepada dua, tambahan ke dalam sanad dan tambahan ke dalam matan hadith.
Fokus: matan hadith sahaja.

3. Contoh :

Daripada ‘Aisyah رضي الله عنها‎:
Perkara paling awal yang bermula terhadap wahyu Nabi ﷺ adalah mimpi yang baik, dan baginda melihatnya seperti kecerahan waktu siang, kemudian baginda suka bersendiri, baginda bersendiri di Gua Hira’ dan bertahannuth -iaitu beribadat- beberapa malam”
[Al-Bukhari]

Perkataan ‘iaitu beribadat’ adalah idraj ke dalam hadith yang mana, ia merupakan tafsir Al-Zuhri terhadap perkataan ‘tahannuth‘.

4. Punca terjadi:
Perawi seolah menerangkan satu hukum, atau istinbath hukum atau cuba menerangkan lafaz jarang didengari di dalam hadith dan disangkakan sebahagian lafaz hadith.

5. Cara mengetahuinya:
◾️ Dikesan melalui riwayat yang lain.

◾️ Disebut sendiri oleh para Imam yang mengkaji.

◾️Diakui oleh perawi itu sendiri dan terdapat qarinah, mustahil ia boleh berasal daripada Nabi ﷺ.

6. Hukum:
Haram secara ijma’ jika sengaja menjatuhkan adalah perawi dan dibimbangi terjerumus kepada gelaran Al-Kazzab.

7. Pengecualian:
Berkata Al-Suyuti di dalam al-Alfiah beliau:

وكل ذا محرم وقادح # وعندي التفسير قد يتسامح

Jika ia berbentuk tafsir lafaz yang jarang didengari ia diperbolehkan.

Ini kerana perkataan tahannuth juga bermaksud dosa, jadi perawi berniat untuk membezakan antara makna dosa dan ibadah maka ia meletakkannya ke dalam matan.

8. Kesan masalah hukum:
Al-Ghurratu (cahaya wajah) wa al-Tahjil (cahaya tangan dan kaki):

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه daripada Nabi ﷺ:
Umatku akan diseru hari kiamat kelak berdasarkan ghurrah muhajjalin(cahaya wajah, tangan dan kaki) sesiapa yang mampu melebihkan basuhan ‘ghurrah’ (muka) maka buatlah”
[Al-Bukhari dan Muslim]

9. Khilaf melebihkan basuhan tangan dan kaki:

Pendapat yang mengatakan sunat:
Jumhur ulama’

Pendapat yang mengatakan tidak disunatkan:
Imam Malik, Imam Ahmad, Qadhi ‘Iyyadh, Ibnu Taimiyah dan Ibnu Al-Qayyim.

10. Hujjah:
Lihat isytiqaq kedua perkataan ini dahulu:

◾️ Al-Ghurrah:
Tompokan putih pada dahi kuda dan digunakan orang Arab untuk menyatakan tentang kecantikan, kemasyhuran dan kebaikan, dalam hadith: cahaya wajah.

◾️ Al-Tahjil:
Tompokan pada kaki kuda, dalam hadith: cahaya tangan dan kaki.

Kumpulan 1:
Jumhur ulama’ menggunakan zahir hadith.

Kumpulan 2:
10.1. Lafaz ‘sesiapa yang mampu’ berlaku idraj.

10.2. Lafaz anjuran ‘melebihkan basuhan ghurrah’ tidak mungkin berasal daripada Nabi ﷺ kerana ghurrah tidak boleh berlaku pada tangan, jika termasuk kepala lagi ia tidak disebut ghurrah, tetapi ia hanya berlaku pada muka, dan melebihkan basuhan muka tidak mungkin berlaku.

10.3. Ada hadith tidak membenarkan untuk melebihkan basuhan siku dan buku lali, Nabi ﷺ pernah berkata selepas wudhu’:
“Inilah wudhu’, sesiapa melebihinya maka dia telah melampau dan zalim”
[Ibnu Majah, Abu Daud]

10.4. Hadith ini bermaksud hendaklah sentiasa dalam keadaan berwudhu’ setiap salat, kerana lafaz tatawwul (melebihkan) adalah bermaksud mudawamah (sentiasa).

11. Jawab balik:

11.1. Mana ada idraj! riwayat lain ada yang menunjukkan ia marfu’!.
Menurut Imam An-Nawawi , Abu Hurairah bukan pandai-pandai meriwayatkan tetapi dia sendiri melihat Nabi ﷺ buat.

Kaedah:
Tafsir seorang perawi jika tidak berbeza dengan zahir hadith, maka ia diterima!.

11.2. Hadis ini sememangnya dari Nabi ﷺ, kerana:
◾️ Ghurrah:
Bukan muka sahaja, bahkan ubun-ubun kepala, tengkuk dan muka.

◾️ Tahjil:
Lengan, siku dan bisep juga termasuk, buku lali dan betis.

11.3. Melebihkan basuhan buku lali dan siku dilakukan oleh salaf. Ia disokong oleh perbuatan Ibnu Umar juga pernah melakukannya.

Hadith yang digunakan itu bermaksud larangan melebihkan bilangan basuhan wudhu’ iaitu tidak boleh melebihi tiga kali bukan tidak boleh melebihkan basuhan.

11.4. Keduanya ada perbezaan dan tidak sama.

◾️ Mudawamah mengekalkan sesuatu.

◾️ Tatawwul melebihkan sesuatu.
[Rujuk al-Misbah al-Munir]

12. Faedah:

◾️ Melebihkan basuhan muka, tangan dan kaki adalah sunnah.

◾️ Hujjah pengingkaran kumpulan 2 atau pendapat ke-2 adalah rapuh.

◾️ Istinbath memerlukan ketelitian dan kefahaman yang jitu terhadap lafaz nas. Bermakna kuncinya adalah kefahaman bahasa Arab.

◾️ Bab istinbath, adalah tidak digalakkan meriwayatkan hadis dengan makna sahaja, tetapi mesti setiap lafaznya.

◾️ Sebelum mengatakan sesuatu hadith bermasalah, rujuk silang dengan riwayat yang lain, kumpulkan riwayat berkaitan kemudian baru berhukum.

◾️ Selalukan melihat syarah hadith. Kadang-kadang maksud sesuatu hadith itu adalah kerana lain dan bukan seperti difahami zahir.

◾️ Biasakan melihat isytiqaq lafaz jika ingin menolak hujah, kadang-kadang dengan isytiqaq sahaja sudah menerangkan maksud lafaz. Biasakan diri dengan kamus.

◾️ Ironinya, bahasa Nabi ﷺ adalah fasih. Jika terdapat lafaz hadith yang menafikan kefasihan tersebut, maka ia mungkin ada masalah terhadap matan.

[Atsar al-‘Arabiah Fi Istinbath al-Ahkam al-Feqhiah Min al-Sunnah Nabawiyah Dr. Yusuf Khalaf ‘Aisawi]

Para ulama’ usul dan imam-imam mazhab apabila melihat berlaku ta’arudh (pertembungan) di antara dalil-dalil yang menjadi istidlal mereka, maka mereka tidak akan tergesa-gesa melakukan tarjih, bahkan di antara amalan mereka adalah mereka akan melakukan jam’u terdahulu terhadap setiap dalil yang bertembung (ta’arudh). Iaitu dengan mengharmonikan semua dalil tersebut dengan tidak membuang mana-mana dalil bahkan menggunakan kesemua dalil.

Ini berdasarkan kaedah yang mereka pegang:

◾️ Menggunakan dua dalil sekaligus adalah lebih aula daripada membuang salah satunya kerana asal kepada dalil adalah guna bukan buang.

Cara mengharmonikan semua lafaz di dalam dalil tersebut itu yang menjadi khilaf di kalangan mereka. Kadang-kadang mereka akan tasrifkan lafaz ‘amr’ kepada makna sunat atau makruh dan bukan wajib atau haram.
Terkadang mereka akan memasukkan lafaz khas di bawah lafaz am dan pelbagai cara lagi, dan perkara tersebut memerlukan tatabu’ yang teliti.

Di antara kesilapan kita golongan terkemudian adalah begitu cepat ingin mentarjih sesuatu perkara apabila berhadapan dengan khilaf. Sebaiknya kita fikirkan bagaimana ingin jam’u terlebih dahulu.

Sumber Asal:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1324915180868814&id=100000510334451

@ustazdaud
#berinteraksidenganhadis

Apakah Ciri-ciri Perjuangan Asabiyah?

0

Apakah Ciri- ciri Perjuangan Asabiyah?

Asabiyah adalah fanatik buta. Bersikap membela seseorang, kaum, bangsa, parti atau organisasi yang salah secara membuta tuli.

Asabiyah boleh berlaku dalam berbagai keadaan, seperti Asabiyah terhadap suku, negara, mazhab, atau apa saja.

Asabiyah dilarang kerana seharusnya seseorang membela kebenaran. Kebenaran adalah yang berdasarkan al-Quran dan sunnah Nabi SAW.

Tidak boleh membela pihak yang salah dan menyimpang, meskipun orang tersebut satu suku, satu bangsa, atau orang dekat dengannya.

Berperang membela suku atau kelompoknya kerana fanatik (taksub) kesukuan.

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قُتِلَ تَحْتَ رَايَةٍ عِمِّيَّةٍ يَدْعُو عَصَبِيَّةً أَوْ يَنْصُرُ عَصَبِيَّةً فَقِتْلَةٌ جَاهِلِيَّةٌ

🍃 Barangsiapa yang terbunuh di bawah bendera (fanatik) buta, mengajak pada asabiyah atau menolong kerana asabiyah (fanatik), maka matinya seperti mati Jahiliyyah [H.R Muslim dari Jundab bin Abdillah al-Bajaliy].

Pandangan al-Minawi ketika menjelaskan maksud hadis:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّة وليس منا من قاتل علي عصبية وليس منا من مات علي عصبية

Maksudnya,”Bukan termasuk umatku siapa saja yang menyeru orang pada ‘asabiyah, bukan dari golongan kami orang yang berperang kerana asabiyah, dan bukan dari golongan kami orang yang mati kerana asabiyah [HR Abu Dawud].

Beliau menyatakan, “Maksudnya, siapa yang mengajak orang untuk berkumpul atas dasar ‘asabiyah, iaitu bahu-membahu untuk menolong orang yang zalim.”

Sementara al-Qari menyatakan,“Bahu-membahu untuk menolong orang kerana hawa nafsu.”

[ Muhammad Syamsu al-Haq, ‘Aun al-Ma’bud, XIV/17 ]

Tahukah kalian bahawa semua bangsa di dunia ini seperti bangsa Cina, India, Arab, Negro, Inggeris jika mereka beriman kepada Allah dan mengucap dua kalimah syahadah mereka adalah saudara seagama kita. Wajib kita bantu mereka jika mereka miskin dan mengharapkan bantuan.

Jika kalian bantu, sokong, bangsa sendiri sedangkan dia seorang perompak, penyamun, perasuah, zalim maka kalian termasuk asabiyah . Kalian tidak boleh bersyubhat dengan penjenayah. Sebaliknya jika kalian fitnah dan kutuk habis-habisan bangsa lain sedangkan mereka tidak melakukan jenayah semata- mata kerana mereka bukan sebangsa dengan kalian maka ini juga termasuk asabiyah.

Nabi SAW tidak mengaku umatnya jika perjuangan kalian asabiyah .

Tidak salah mencintai watan, tanah air dan bangsa sendiri, dengan syarat tidak lari daripada adab dan syariat Islam.

Rasulullah SAW ketika ditanya tentang asabiyah (semangat bangsa / kaum),

يا رسول الله , أ من العصبية أن يحب الرجل قومه ؟

Wahai Rasulullah! Apakah kecintaan kami kepada kaum itu dikatakan al-asabiyah?

لا ، ولكن من العصبية أن يعين الرجل قومه على الظلم

Sabda Baginda : “Tidak, sebaliknya asabiyah itu ialah apabila kamu menolong kaummu atas kezaliman”.[HR Imam Ibnu Majah]

Jika seseorang itu meletakkan bangsanya sendiri sebagai asas perjuangan melebihi kepentingan agamanya sendiri, lebih mengutamakan bangsanya sendiri melebihi persaudaraan Islam dan meletakkan bangsanya di tempat yang paling tinggi walaupun bangsanya melakukan kezaliman dan ketidak adilan kepada bangsa-bangsa lain, maka seseorang itu sudah menganuti asabiyah yang tercela oleh syara’.

Asabiyah ini (asabiyah jahiliah) yang ditentang oleh Baginda yakni semangat bangsa atau perkauman yang berlaku penindasan dan perbuatan zalim, membuta tuli membela bangsa atau kaumnya yang terang berlalu zalim dan menafikan hak bangsa lain.

ليس منا من دعا إلى عصبية

“Bukan termasuk ummatku bagi sesiapa menyeru kepada asabiyah”. [HR Abu Daud].

Oleh itu berhati- hatilah saudaraku dalam perjuangan kalian.

Jagalah batas- batas Islam, akhlak dan adab- adab supaya perjuangan kalian di redhai oleh Allah SWT dengan diganjari pahala yang besar dan dirahmatiNya di dunia dan akhirat.

Allahu a’lam.

#AbuBasyer
#SuaraPrihatin

Syurga yang disegerakan

0

SYURGA YANG DISEGERAKAN

Rupanya di dunia lagi Allah telah memberikan ‘syurga’ kepada kita. Syurga itu dinamakan al jannatul ‘ajilah الجنة العاجلة (syurga yang disegerakan) iaitu HATI YANG SEJAHTERA.

Mereka yang mendapat ‘syurga’ ini sentiasa rasa tenang, bahagia dan gembira dengan hidupnya.

Bila diberi nikmat dia bersyukur.
Bila kurang dia bersabar…
Bila diuji dia bersangka baik..
bahkan
Bila disakiti dia memaafi..
Tidak ada langsung hasad dengki dihatinya.

Pemilik ‘syurga’ ini sentiasa TENANG dalam apa jua keadaan. Baik susah mahupun senang.

Bahkan ketenangan itu dapat dirasai oleh orang lain bersama dengannya.

Beruntunglah sesiapa yang memiliki ‘syurga’ ini.

Kata ahli sufi, sesiapa yang ingin merasai syurga hakiki di akhirat nanti, dia perlu merasai ‘syurga’ ini terlebih dahulu.

Dan yang menakutkan adalah mereka yang tidak merasai syurga ini, maka dia tidak akan merasai syurga yang hakiki kelak.

Ini berdasarkan firman Allah :
يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ (88) إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ (89)
(Iaitu) pada hari di mana harta dan anak pinak tidak berguna. Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera.” (Asy Syu’ara’: 88-89)

Marilah kita sama-sama berusaha membersihkan hati agar dikurniakan ‘syurga’ ini.

Wallah’alam..

Tip-Tip Cemerlang daripada Al-Quran: Tip 17 – Cemerlang dengan Memelihara Amanah

0

Tip 17
Cemerlang dengan Memelihara Amanah

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung ganang tetapi mereka enggan memikulnya dan berasa berat dengannya, sebaliknya ia dipikul oleh insan. Sesungguhnya mereka amat zalim lagi jahil.” [ Al-Ahzab: 72 ]

Amanah adalah perkara yang penting dan besar maknanya dalam kehidupan.
Tanpa amanah, kualiti akan digadaikan oleh manusia kerana kepentingan peribadi.
Manusia mendapat azab Allah SWT kerana mengkhianatinya. Mereka adalah golongan yang zalim lagi jahil.
Individu yang cemerlang adalah individu yang beramanah.
Imam Qatadah – “Amanah ialah Islam, ibadah yang fardu dan batas-batas agama.”
Imam Alusi – “Amanah ialah tanggungjawab yang berkaitan dengan hak-hak Tuhan dan hak-hak makhluk sama ada berbentuk perbuatan, perkataan atau kepercayaan.”

Hidup Ini adalah Amanah
Ubai bin Kaab berkata, “Amanah dituntut dalam setiap perkara termasuk wuduk, salat, zakat, mandi wajib, puasa, timbangan dan takaran (dalam perniagaan).”

Setiap pancaindera juga adalah amanah. “Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya akan dipertanggungjawabkan.” [ Al-Isra’: 36 ].
Manusia cemerlang adalah mereka yang memanfaatkan pancaindera dan tubuh jasadnya bagi mencapai kejayaan.
Otak digunakan untuk menguasai ilmu, telinga untuk mendengar perkara yang baik, mata untuk melihat rahsia penciptaan alam dan begitulah anggota badan yang lain.

Abdullah bin Amr bin As berkata, “Amanah adalah alat kelamin manusia, Apabila manusia mampu menjaga amanah ini Tuhan akan memelihara diri dan keturunannya.”
“Antara lambang kejayaan mukmin adalah mampu mengawal keinginan nafsu seks.” [ Al-Mukminum: 6 – 7 ].
Amanah menjadikan individu itu bertanggungjawab dengan tugas yang diberikan.
“Orang yang paling baik untuk dijadikan pekerja ialah orang yang kuat lagi beramanah.” [ Al-Qasas: 26 ].
Amanah melahirkan integriti dan menjadi syarat penting untuk individu memikul suatu tugas.

Ledakan Kecemerlangan

Amanah atau jujur menentukan sama ada individu itu mempunyai kredibiliti atau pun tidak.

Tanpa kredibiliti segala perkataan, janji, pendapat dan tindak tanduk individu itu tidak akan dihargai.

Langkah untuk memastikan kita melaksanakan amanah:
1. Salat yang lima dilakukan dalam waktunya
2. Jelaskan hutang-hutang bermula hari ini
3. Kembalikan wang-wang sogokan yang masih berada di tangan pada hari ini
4. Nilai semula tugas dan tanggungjawab yang kita terima dan tulis kesemuanya dalam buku khas.

Selepas itu tanya pada diri kita, sama ada semua tugas dan tanggungjawab itu sudah dilaksanakan.
Hadis Imam Bukhari “Apabila amanah diabaikan orang, tunggulah waktu kehancuran (hari kiamat).”

Tafsir Surah Al-Jathiyah – Tafsir Ayat Ke-24 dan Ke-25

0

Tafsir Surah Al-Jathiyah
Sambungan Tafsir Ayat ke-23

وَخَتَمَ عَلَىٰ سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ
dan dimeterikan pula atas pendengarannya dan hatinya,

Ada manusia yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ilah. Apabila diberi nasihat dia tidak mahu mendengar dan akan pekakkan telinga sahaja. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Bukan dia tidak tahu, cuma dia tidak mahu dengar. Dia mungkimereka hanyalahn ada terdengar ceramah agama, dengar khutbah Jumaat dan dengar kata-kata nasihat di TV dan radio, tetapi apa yang disampaikan oleh ceramah dan nasihat itu tidak masuk dalam hatinya.

Apabila telah sampai satu tahap, Allah ﷻ ‘kunci hati’ mereka dari menerima kebenaran. Dalam hati mereka, tidak ada keinginan hendak belajar agama dan mengubah cara hidup. Malah yang hairannya, yang sudah tua begitu juga. Kita sangkakan, kalau sudah pencen dan banyak masa terluang, tentulah mereka hendak belajar agama tetapi tidak.

Mereka bukannya tidak beramal, solat, puasa, dan sebagainya. Semua itu mereka buat, tetapi setakat itu sahaja. Mereka hanya buat amal ibadat luaran sahaja. Ini kerana bagi mereka apabila sudah membuat amal ibadat luaran itu, kewajipan sudah dilakukan.

Padahal Islam bukanlah berkenaan dengan ibadat luaran sahaja kerana banyak lagi perkara yang perlu dilakukan. Ini adalah peringkat terakhir dari kesesatan manusia yang dinamakan ‘Khatmul Qalbi’. Mereka yang telah dikunci mati hati mereka oleh Allah ﷻ, tidak ada harapan lagi untuk menerima hidayah. Walau apapun telah diberitahu, mereka tidak akan mendengar.

وَجَعَلَ عَلَىٰ بَصَرِهِ غِشٰوَةً
serta dijadikan penutup atas penglihatannya

Dia sudah nampak kebenaran (kerana sudah ada orang sampaikan), tetapi dia tidak mahu ikut juga kerana penglihatannya telah ditutup. Walaupun kebenaran itu di depan matanya dia tidak nampak. Dia akan buat tidak nampak. Ini dinamakan Khatmul Qalbi di mana hatinya telah tertutup langsung dari terima kebenaran.

فَمَن يَهْدِيهِ مِن بَعْدِ اللهِ
Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah?

Allah ﷻ tanya: selepas Dia telah buat keputusan untuk menutup pendengaran, hati dan penglihatan mereka itu, siapa lagi yang boleh beri hidayah kepadanya? Orang yang sudah sesat, kalau Allah ﷻ tidak memberi hidayah, siapa lagi yang boleh hidayah kepada mereka?

Tidak ada sesiapa lagi kerana hanya Allah ﷻ sahaja yang boleh hidayah kepada makhluk. Kita hanya boleh sampaikan sahaja, tetapi kalau Allah ﷻ tidak membuka pintu hati seseorang dari menerima hidayah, mereka tidak akan dapat terima.

Jadi, kalau Allah ﷻ sudah buat keputusan untuk tidak beri hidayah lagi kepada orang itu, maka tidaklah dia ada harapan lagi. Mereka yang jenis begini tidak akan bertaubat sendiri kerana mereka sangka mereka buat benda betul. Mereka juga sudah tidak kisah dengan syurga, neraka dan dosa lagi.

Kalau orang buat dosa dan dia sedar itu adalah perkara salah, mungkin dia akan bertaubat di masa hadapan. Namun, kalau dia tidak sangka dia buat salah, adakah dia akan bertaubat?

Begitulah yang terjadi dengan ramai orang yang buat amalan bid’ah di negara kita ini. Mereka sangka amalan mereka itu benar, dapat pahala, ada pula ustaz yang ajar itu adalah Bid’ah Hasanah, maka berterusanlah mereka mengamalkan benda yang salah.sangkaan Pada mereka, buat apa hendak bertaubat?

Dalam ayat ini, disebut ‘pendengaran’ dahulu sebelum ‘penglihatan’ kerana ada kepentingan dalam pendengaran. Untuk mendapat nasihat agama, mestilah melalui pendengaran dahulu, bukan? Dari pendengaranlah yang membawa mesej agama itu ke hati.

Kalau pendengaran juga sudah ditutup, harapan untuk mendapatkan nasihat agama adalah amat tipis. Lalu baDan apabila dibacakangaimana hendak buat dengan mereka? Kita hanya boleh doakan mereka sahaja dan kalau mereka mahu, kita suruh berdoa sendiri kepada Allah ﷻ supaya diberikan kebenaran kepada mereka.

Suruh mereka berdoa: “ya Allah, tunjukkan kebenaran kepada aku.”

أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
Oleh itu, mengapa kamu tidak ambil peringatan?

Peringatan yang kita boleh ambil, antaranya: ilmu sahaja tidak cukup untuk melawan kehendak nafsu. Kena ada rasa takut kepada Allah ﷻ dan kena ada harapan kepada akhirat. Kedua-dua perkara ini amat penting.

Kalau ada ilmu sahaja, tahu mana salah dan mana betul, tetapi tidak ikut, tidak berguna juga. Berapa ramai dalam dunia yang tahu perkara yang mereka lakukan itu salah, tetapi mereka masih buat juga? Terlalu ramai, bukan?

Tafsir Ayat ke-24

Ayat Syikayah (rungutan dari Allah ﷻ). Ini pula adalah tentang mereka yang berpegang pada materialistik. Mereka yang hanya mementingkan keduniaan sahaja. Apa yang mereka kata?

وَقالوا ما هِيَ إِلّا حَياتُنَا الدُّنيا نَموتُ وَنَحيا وَما يُهلِكُنا إِلَّا الدَّهرُ ۚ وَما لَهُم بِذٰلِكَ مِن عِلمٍ ۖ إِن هُم إِلّا يَظُنّونَ
Dan mereka berkata: “Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran zaman”. Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.

وَقَالُوا مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا
Dan mereka berkata: “Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini.

Mereka rasa hanya ada kehidupan di dunia sahaja dan tidak ada kehidupan di akhirat. Oleh kerana ada pegangan begini, hidup mereka akan dipenuhi dengan perkara keduniaan sahaja untuk memenuhi kehendak nafsu yang ada. Mereka hendak memuaskan nafsu sebelum mati.

Inilah mereka yang menggunakan motto: “Hidup hanya sekali” (We only live once). Maka, mereka katakan akan buat segalanya supaya tidak menyesal sebab tidak sempat buat itu dan ini, pergi ke sana dan ke sini.
Maka, masa mereka terbuang di situ sahaja. Perbuatan itu sampai boleh menyebabkan mereka melanggar syarak Allah ﷻ atau melanggar hukum alam. Mereka tidak akan takut untuk melakukan apa-apa sahaja kerana tidak percaya bahawa perbuatan salah akan dibalas di akhirat nanti. Malah perasaan takut dengan balasan azab akhirat juga tidak ada kerana tidak percaya adanya azab neraka itu.

نَمُوتُ وَنَحْيَا
Kita mati dan kita hidup;

Disebut ‘mati’ dahulu kerana ‘mati’ bermaksud ‘tiada nyawa’. Maknanya, sebelum kita hidup di dunia, kita dalam keadaan ‘mati’ kerana kita tidak ada nyawa waktu itu. Itulah semasa kita di alam roh.

Mereka sebut ‘mati’ dahulu kerana itulah sahaja yang mereka nampak di hadapan mereka dan tidak lebih dari itu. Mereka tahu akan mati, dan rasa sebelum mereka mati, mereka hendak menikmati kehidupan ini.

Inilah sebabnya ada yang menggunakan slogan: YOLO – You Only Live Once. Inilah slogan hidup yang menyebabkan mereka buat macam-macam supaya tiada kerugian dalam menikmati hidup. Sebelum mati, mereka hendak mencuba macam-macam.

وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ
dan tiadalah yang membinasakan kita melainkan edaran masa.

Pada mereka, kita manusia tertakluk dengan masa sahaja. Sampai masa, kita akan matilah. Inilah akidah puak Athies, iaitu mereka yang tidak percaya dengan Allah ﷻ.

Mereka juga digelar ‘free thinker’ dan mengamalkan konsep Hedonisme iaitu mencari-cari kegembiraan sahaja. Mereka hendak ‘enjoy’ sahaja hidup ini. Mereka hendak membuat apa yang disukai dalam masa yang terhad ini.

Pada mereka yang berfahaman begini, sama ada atheis atau tidak, Muslim atau tidak, kematian itu adalah kematian biasa sahaja. Ia kerana peredaran zaman, iaitu mati kerana tua sahaja.

Mereka tidak terima bahawa iaitu dimatikan oleh Allah ﷻ, yang kehidupan dan kematian ditentukan oleh Allah ﷻ. Sedangkan ‘masa’, ‘zaman’ itu semuanya adalah Allah ﷻ – ini adalah mafhum dari hadis. Allah ﷻ lah yang membuat zaman dan masa itu. Jadi, kalau kita kata masa yang mematikan kita, sebenarnya Allah ﷻ lah juga yang mematikan kita sebenarnya.

لا تسبوا الدهر، فإن الله هو الدهر
“Jangan kamu mencela ad-Dahr (masa), kerana Allah adalah ad-Dahr (masa).”
(Hadis Riwayat Ahmad, 15/70, no. 9137. Muslim, 11/313, no. 4169)

Oleh kerana masa itu adalah Allah ﷻ , maka jangan kita keji, hina, cela masa itu. Ini ramai antara kita yang tidak perasan. Mereka akan marah kepada zaman/masa. Sebagai contoh, mereka kata: “kita sekarang hidup ‘zaman maksiat’, itulah sebabnya kita susah nak buat ibadat”. Itu bermaksud mereka menyalahkan Allah ﷻ juga, kerana Allah ﷻ lah yang telah memasukkan kita dalam zaman ini.

Nota: Bukanlah salah satu nama Allah ﷻ adalah ad-Dahr pula. Allah ﷻ bukanlah ‘masa’ tetapi Allah ﷻ yang menjadikan masa.

Adakah Allah ﷻ bersalah? Tentu tidak, apa sahaja yang Allah ﷻ buat adalah benar belaka, tidak akan ada perkara yang Allah ﷻ salah buat pula. Jadi kenalah kita berhati-hati dengan apa yang kita katakan dengan mulut kita. Satu lagi contoh apabila kita salahkan hujan turun – ini tidak patut kerana hujan itu Allah ﷻ yang turunkan.

Kalau marah kepada hujan, maknanya kita marah kepada Allah ﷻ. Maka, jangan kita kata juga: “ini sudah nasib”. Ini salah kerana Allah ﷻ yang buat segala perkara. Jangan kita jadi seperti Musyrikin Mekah yang memang tahu Allah ﷻ yang jadikan mereka tetapi tidak terima Allah ﷻ yang uruskan semua sekali perkara dan kejadian setiap saat.

Tidak ada yang di luar takdir dan kuasa Allah ﷻ. Maka, kalau terjadi sesuatu perkara yang kita suka atau tidak suka, kita kena sebut qaddarallah (ini qadr Allah ﷻ).

وَمَا لَهُم بِذَٰلِكَ مِنْ عِلْمٍ
Mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu;

Mereka berkata begitu dengan tidak ada dalil dari Al-Quran atau hadis. Tidak ada juga hujah kalau menggunakan akal pun. Mereka sangka sudah pandai ilmu sains, tetapi mereka tidak ada bukti yang kukuh pun bahawa alam ini terjadi dengan sendiri.

Cuba bayangkan, takkanlah kehidupan kita terjadi begitu sahaja? Begini punya hebat alam ini, ia terjadi dengan sendiri? Takkanlah pula, kan? Jadi, ini sahaja sudah menjadi hujah yang cukup kuat. Yang menolaknya adalah kerana menolak akal mereka sahaja.

إِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ
mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.

Yang mereka ada hanyanya teori khayalan sahaja. Tidak ada bukti yang kukuh bagi menyokong pendapat dan pegangan mereka. Mereka berusaha untuk mengelabui mata mereka yang bodoh dengan mengatakan yang alam ini boleh terjadi sendiri, tetapi itu semua adalah sangkaan-sangkaan belaka.

Tafsir Ayat ke-25:

Ini adalah syikayah lagi. Allah ﷻ merungut dengan memberitahu apakah akidah dan pemahaman mereka yang salah itu. Oleh kerana gersang ilmu, mereka akan katakan macam-macam perkara yang karut.

Maka kena belajar tafsir sampai habis 30 juzuk dan sibukkan diri kita dengannya. Apabila sudah habis belajar tafsir 30 juzuk maka teruskan mengkaji dan mengkaji Al-Quran ini kerana tidak akan habis kajian tentang Al-Quran sampai mati.

وَإِذا تُتلىٰ عَلَيهِم ءآيٰتُنا بَيِّنٰتٍ مّا كانَ حُجَّتَهُم إِلّا أَن قالُوا ائتوا بِئآبائِنا إِن كُنتُم صٰدِقينَ
Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat keterangan Kami yang jelas nyata (mengenai soal hidup semula sesudah mati), tidaklah ada hujah mereka (untuk menolak kebenarannya) selain daripada berkata: “Bawakanlah datuk nenek kami (hidup semula) kalau betul kami orang-orang yang benar!”

وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ ءآيٰتُنَا بَيِّنٰتٍ
Dan apabila dibacakan ke atas mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata

Ayat-ayat Al-Quran telah banyak memperkatakan mengenai soal hidup semula sesudah mati, dengan hujah-hujah yang jelas. Berkali-kali diulang-ulang dalam Al-Quran. Telah dibentangkan bahawa Allah ﷻ lah yang menentukan segalanya.

Apa yang disampaikan itu adalah jelas. Tidak ada alasan untuk mereka kata yang ia tidak jelas. Ini kerana yang tidak nampak hanya untuk mereka yang tidak belajar sahaja, sombong untuk belajar.

Allah ﷻ memberitahu yang Al-Quran ‘dibacakan’ kepada mereka. Ini kerana mereka tentunya tidak akan membaca Al-Quran sendiri.

Maka, kitalah yang kena bacakan kepada mereka. Namun apabila sudah dibacakan pun, mereka tidak terima juga. Ini adalah kerana mereka itu degil. Apakah pula hujah penolakan mereka?

مَّا كَانَ حُجَّتَهُمْ إِلَّا أَن قَالُوا ائْتُوا بِئآبَائِنَا
tidaklah ada hujah mereka selain daripada mereka berkata: “Bawakanlah datuk nenek kami

Mereka memang tidak ada hujah, jadi hujah bodoh sahaja yang mereka ada. Mereka suruh Nabi Muhammad ﷺ menghidupkan balik tok nenek mereka yang sudah lama mati itu.

Ini kerana bila Nabi ﷺ kata yang kita semua akan dihidupkan semula, mereka hendak tengok sendiri dengan mata mereka bagaimana orang yang mati boleh dihidupkan kembali dan beritahu berita tentang kematian dan kehidupan semula itu.

Ini kerana mereka kata, mereka ikut amalan tok nenek dari dulu lagi. Maka, bawakanlah tok nenek itu semula, supaya mereka boleh beritahu yang amalan mereka selama mereka hidup di dunia itu memang salah, dan mereka telah kena azab dalam kubur.

Bila Nabi ﷺ tidak boleh hidupkan balik mereka yang telah mati, kerana memang kita tidak boleh pun, mereka gembira kerana hujah itu mereka sangka kuat, sebab baginda ﷺ tidak boleh hendak memberi apa yang mereka hendak.

Inilah sahaja hujah mereka. Padahal, Allah ﷻ dan Nabi ﷺ tidak pernah mengatakan yang makhluk akan dihidupkan semula dalam dunia ini, tetapi hanya pada Hari Kiamat sahaja.

Jadi, apa yang kita tidak boleh buktikan bukanlah apa yang dikatakan oleh ayat-ayat Al-Quran. Ayat Al-Quran hanya mengatakan yang makhluk akan dihidupkan semula hanya apabila Kiamat, bukannya zaman sekarang.

إِن كُنتُمْ صٰدِقِينَ
kalau betul kamu orang-orang yang benar!”

Inilah antara hujah-hujah bodoh yang dikeluarkan oleh mereka yang jahil. Walaupun begitu, kita masih terpaksa menghadapi mereka. Mungkin mereka tidak akan beriman selepas kita sampaikan dakwah kepada mereka pun, tetapi manfaat dakwah itu akan dapat kepada kita yang berdakwah.

Kita akan dapat pahala menyampaikan dakwah kalau kita menyampaikan dakwah itu walaupun mereka tidak terima.

Sebagai contoh, tidakkah Allah ﷻ tahu bahawa Firaun tidak akan beriman? Tentu Allah ﷻ tahu kerana semua perkara dalam ilmu Allah ﷻ. Namun kenapa Allah ﷻ hantar juga Nabi Musa عليه السلام kepada Firaun untuk berdakwah?

Ini kerana ada kelebihan dalam memberi dakwah itu. Dengan berdakwah, dapat meningkatkan kekuatan iman Nabi Musa عليه السلام dan memberi pahala kepada baginda kerana usaha baginda itu. Begitu jugalah dengan kita – kalau kita berdakwah sahaja, kita akan dapat pahala samada orang itu terima atau tidak.

Maka jangan segan nak dakwah. Jangan rasa ia tidak bermanfaat kerana orang yang tolak dakwah itu mungkin tidak dapat manfaat, tetapi kita yang berdakwah ini akan dapat manfaatnya.

Kadang-kadang orang yang kita dakwahkan itu tidak mahu terima, tetapi ada kalanya orang yang mendengar perbincangan itu pula yang beriman.

Lihatlah bagaimana Nabi Musa عليه السلام yang berdakwah kepada Firaun, tetapi yang beriman itu bukannya Firaun, tetapi orang lain yang mendengar.

Antaranya adalah seorang Lelaki Mukmin dan kemudian ahli-ahli sihir yang berlawan dengan Nabi Musa عليه السلام. Begitu juga dengan kita, kadang-kadang kita berdakwah dengan orang di kedai kopi – orang yang kita dakwah itu tidak terima, tetapi ada pula orang lain yang mendengar di belakang yang terima.

Maknanya Allah ﷻ telah beri pahala kepada kita kerana dakwah, dan Allah ﷻ juga memberi pahala tambahan dengan ada orang lain yang beriman kerana dakwah kita itu. Maka berilah sahaja dakwah itu. Bukan banyak modal pun untuk berdakwah kerana kita cakap sahaja.

✍🏻SESI MUZAKARAH
Tafsir surah Al-Jatsiyah ( Sambungan ayat ke-23 dan ayat ke-24)
📍Apakah rasa takut kepada Allah ﷻ itu disebut sebagai taqwa?
🔵 Takut adalah salah satu dari sifat taqwa. Maka kena takut dulu baru sanggup hendak taat.

📍Orang yang sudah sesat, kalau Allah ﷻ tidak memberi hidayah, siapa lagi yang boleh hidayah kepada mereka? Apakah ini seperti banyak ditemui di kalangan para penagih dadah ‘hardcore’? Mereka berputus asa selepas mereka terpaksa “bernafas” demi dadah kerana kecewa kononnya Allah ﷻ tidak bantu keluar dari ketagihan yang luar biasa.
🔵 Allah ﷻ tidak pernah zalim. Mereka yang salah sendiri.

📍Apakah maksudnya selepas kita buat perkara wajib, maka kita mesti juga banyak melakukan perkara sunat?
🔵 Maksud saya, mereka ‘hamba’ Allah ﷻ masa ibadah sahaja. Luar ibadah sudah tidak taat perintah Allah ﷻ. Sedangkan perintah Allah ﷻ bukan bab ibadah sahaja. Bab adil, bab tadbir dan lain-lain lagi.

📍Ada berapa peringkat bid’ah? Adakah bid’ah hasanah itu ciptaan manusia dan tiada dalam ajaran Nabi kita?
🔵 Bid’ah banyak jenis. Bid’ah hasanah nama yang direka manusia sahaja. Bolehlah juga tetapi ia bab kehidupan sahaja. Nabi Muhammad ﷺ tidak naik kereta. Kita naik kereta, itu bid’ah hasanah lah.
📍 Ada orang pernah kata dia tidak berapa suka dengan perkataan takut pada Allah ﷻ tetapi dia lebih selesa dengan perkataan cinta kepada Allah ﷻ kerana tujuan sama akan melakukan yang diperintahkan. Apakah boleh pemahaman seperti ini?

🔵 Kena ada khauf dan raja’. Takut dan harap. Kena seimbang. Macam dua sayap burung. Kalau takut sahaja, maka sudah hidup. Kalau berharap sahaja, releks sangat. Cinta pun kena ada tetapi takut juga kena ada. Macam kita cinta ayah kita. Takut pun ada juga. Takut dia sebat dan dia marah dekat kita.

📍Adakah ayat ini di turunkan ketika awal kemunculan Islam iaitu musyrikin Mekah ,zaman Jahilliah kerana tidak percaya pada hari akhirat?
🔵 Ya. Semua ayat Hamim turun di Mekah. 2/3 ayat Al-Al-Quran turun di Mekah.

📍Boleh jelaskan beza antara takut khauf, khash’yah dan taqwa?
🔵 Maksudnya:
▪️Khauf Ini adalah perasaan takut yang dirasai oleh manusia kalau dia rasa akan ada kesakitan pada tubuhnya. Mungkin takut kenal pukul, contohnya.
▪️Khash’yah– Ini adalah takut kepada sesuatu kerana kebesaran atau hebatnya sesuatu kejadian itu.
Sebagai contoh, apabila kita sudah baca ayat-ayat Al-Quran tentang kehebatan dan kesusahan yang besar di akhirat kelak, maka inilah perasaan takut itu.
▪️Taqwa– Salah satu dari maksud taqwa adalah takut tetapi ia takut kepada kesan dari perbuatan kita. Oleh itu, orang yang taqwa, mereka akan jaga perbuatan mereka kerana mereka takut segala perbuatan mereka itu akan dibalas di akhirat nanti. Mereka akan takut hendak buat amalan dan perbuatan yang salah dan berdosa. Oleh itu, mereka akan berjaga-jaga dan berhati-hati dalam perbuatan mereka.

📍 Bagaimana hendak mendidik hati kita bila sebut nama Allah ﷻ rasa gementar dan gerun?
🔵 Kenal Allah ﷻ dengan tadabbur Al-Quran. Perasaan itu datang kerana kenal akan Allah ﷻ.

📍Bagaimana sehabis lembut bicara untuk menjaga adab? Adakalanya kita beritahu yang benar dia anggap kita maki, padahal berterus terang itu adalah yang terbaik dan peringatan untuk diri sendiri juga. Adakah manusia itu tidak sukakan kebenaran?
🔵 Beberapa perkara yang boleh saya pesankan:
1️⃣ Bukan kita yang buka hati manusia, tetapi Allah ﷻ. Sudah tentu Nabi Muhammad ﷺ pendakwah terbaik, tetapi masih ramai juga lagi yang tolak. Biasalah tu.

2️⃣ Yang penting kita jaga adab kita dalam bercakap. Dakwah macam bunuh ular dengan tongkat: ular mati tetapi tongkat tidak patah. Ular itu adalah syirik dan bid’ah yang kita hendak hapuskan.
Tongkat itu pula adalah hubungan kita dengan yang didakwah. Biar selepas dakwah itu, sama ada dia terima atau tidak, masih boleh berjumpa lagi. Tidak patah/putus hubungan. Sebab kita tetap hendak kena jumpa dia lagi. Mungkin dia saudara mara kita.

3️⃣ Jangan orang menyampah dengan cara kita (walaupun benar) sampai dia tengok muka kita pun tidak. Waktu itu dia bukan sahaja marah dengan kita, malah dengan agama. Mungkin dalam hati dia berkata: [hah, gitulah orang agama ni.. perasan diri pandai jer!]

4️⃣ Nasihat kita kepada orang kadangkala tidak sampai kerana ‘rapport’ kita dengan tidak baik. Dia pun tidak pandang hormat pada kita. ‘Rapport’ ini dibina atas kepercayaan dia kepada kita. Sebelum ini kita telah tolong dia, kita tidak pernah buat salah kepada dia, kita selalu bercakap baik dengan dia. Maka bila ‘rapport’ itu tinggi, maka dia senang hendak terima. Atau kalau tidak terima pun, tidaklah dia tolak dengan kasar dan kita pun tidak terasa.

5️⃣ Masa memainkan perasan dalam dakwah. Ada masa yang orang boleh terima kita dengan mudah. Maka kena cari peluang itu. Ini dinamakan Tahayyun. Begitulah Nabi pun ada buat. Ada yang Nabi tunggu petir sabung menyabung baru pergi kepada seseorang hendak dakwah dia, semoga dia ketika dalam keadaan takut itu senang hendak terima.

Maka, kita pun carilah waktu yang baik. Mungkin selepas kita bagi pinjam duit dekat dia, selepas dia jatuh bankrup, selepas dia jatuh sakit, iaitu masa yang dia tidak ego sangat. Begitulah serba sedikit.

📌Tambahan yang saya pernah tulis. Latihan dakwah:
1️⃣ Kalau orang tidak faham apa kita cakap, jangan salahkan dia sahaja. Mungkin kita yang tidak pandai sampaikan. Bahasa kita gunakan dia tidak faham kerana mungkin didikan dia lain dari didikan kita.

Masalahnya, kita selalu marah orang: “aku cakap dah berbuih dah.. tak faham-faham jugak! 😡” Itu sebab kita guna bahasa yang dia tidak faham. Kekurangan pada kita sebenarnya.

Maka kita ubah cara penyampaian. Ubah bahasa, ubah cerita, ubah terma, ubah itu dan ini.. Sampai dia dapat ‘Aha Moments’ kita panggil.. dia jadi: “owhhhhh, baru aku faham.. tadi kau citer aku tak faham.. sekarang kau citer macam ni baru aku faham… ok, aku setuju dengan kau!”.

2️⃣Jangan marah kalau orang marah dengan kita. Releks dan tarik nafas sebelum balas.

Pepatah Arab ada mengatakan:
الإنسان عدو ما يجهل
Manusia musuh sesuatu yang dia tidak tahu.

Dalam bahasa kita: Tidak kenal maka tidak cinta.

Kebanyakan masyarakat kita tidak kenal sunnah lagi. Ini kerana budaya ilmu di negara ini baru sahaja meningkat. Bayangkan, pakai tudung tahun 90an baru ramai yang mula pakai. Itu pun sampai sekarang masih ramai lagi selamba sahaja tidak pakai tudung. Jadi, jangan hairan kalau pengetahuan agama kurang dalam masyarakat. Ia semakin meningkat tetapi ambil masa baru semakin ramai.

Maka kerana tidak kenal sunnah, mereka akan marah kita yang hendak sampaikan sunnah. Ini kerana amalan yang kita tegur, telah lama mereka lakukan. Saham sudah banyak mereka isi dalam amalan itu dan ia diamalkan oleh hampir keseluruhan masyarakat. Pulak tu, bukan orang lain yang ajar, tetapi diajar oleh golongan ustaz dan kita orang Melayu memang hormat lain macam dengan ustaz.

Maka, kalau mereka marah, itu normallah. Jangan hairan dan kena sabar sahaja. Ini kerana mereka masih tidak tahu. Oleh kerana itulah kita jangan kata: “ini tak boleh”, “ini haram”, “ini bid’ah” tanpa diberikan dengan maklumat tambahan: kenapa haram dan kenapa bid’ah. Kena jelaskan.

Janganlah mereka marah, kita marah mereka balik. Kena faham kenapa mereka marah. Pada mereka, kitalah yang pelik, kitalah yang sesat, kitalah yang memandai-mandai. Maka, kena rendahkan diri, walaupun kita yang berilmu.

Kita ini hanya beruntung kerana Allah ﷻ taqdirkan tahu dulu dari mereka, bukan ada lebih apa pun. Dulu kita sama sahaja dengan mereka, tetapi Allah ﷻ selamatkan dengan beri ilmu. Beza kita dengan mereka adalah dari segi masa sahaja.

Allahu a’lam.

Syafaat Bukan Untuk Orang Bertakwa?

0

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَاجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 4. Hadis Nombor 4311.

Mewartakan kepada kami Isma’il bi Asad; mewartakan kepada kami Abu Badr; mewartakan kepada kami Ziyad bin Khaitsamah, dari Nu’aim bin Abu Hind, dari Rib’iy bin Khirasy, dan Abu Musa Al-As’ariy, dia berkata:

Rasulullah S.A.W. bersabda: “Aku disuruh memilih antara syafaat dan separuh dari umatku masuk syurga. Maka aku memilih syafaat, kerana ia lebih umum dan lebih mencukupi. Apakah kalian berpendapat bahawa syafaat itu bagi orang-orang yang bertakwa? Tidak, akan tetapi syafaat itu bagi orang-orang yang berdosa, bersalah dan berlumpur noda”. Dalam Az-Zawa-id: Isnadnya sahih, dan
para perawinya tsiqqat.

Untuk perbahasan yang lebih mendalam,sila klik pautan di bawah
https://almanhaj.or.id/2733-syafaat-bermanfaat-bagi-penghuni-neraka-yang-beriman.html

٤٣٠١ – حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ أَسَدٍ حَدَّثَنَا أَبُو بَدْرٍ حَدَّثَنَا زِيَادُ بْنُ خَيْثَمَةَ عَنْ نُعَيْمِ بْنِ أَبِي هِنْدٍ عَنْ رِبْعِيِّ بْنِ حِرَاشٍ عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خُيِّرْتُ بَيْنَ الشَّفَاعَةِ وَبَيْنَ أَنْ يَدْخُلَ نِصْفُ أُمَّتِي الْجَنَّةَ فَاخْتَرْتُ الشَّفَاعَةَ لِأَنَّهَا أَعَمُّ وَأَكْفَى أَتُرَوْنَهَا لِلْمُتَّقِينَ لَا وَلَكِنَّهَا لِلْمُذْنِبِينَ الْخَطَّائِينَ الْمُتَلَوِّثِينَ

Tafsir Surah Al-Jathiyah: Tafsir Ayat Ke-22 dan Ke-23

0

Tafsir Surah Al-Jathiyah
Tafsir Ayat ke-22

Ini adalah dalil aqli. Ingatlah bahawa Allah ﷻ akan membalas perbuatan buruk mereka.

وَخَلَقَ اللَّهُ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضَ بِالحَقِّ وَلِتُجزىٰ كُلُّ نَفسٍ بِما كَسَبَت وَهُم لا يُظلَمونَ
Dan (ingatlah), Allah menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat (untuk membuktikan keesaan-Nya dan keadilan-Nya), dan supaya tiap-tiap diri diberi balasan dengan apa yang mereka telah kerjakan (baik atau jahat), sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

وَخَلَقَ اللَّهُ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ
Dan Allah menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran,

Allah ﷻ yang menjadikan alam ini. Tujuan dijadikan langit dan bumi ini ialah sebagai tempat ujian. Mereka yang melepasi ujian adalah yang berbuat kebaikan, iaitu yang mengikuti syariat Allah ﷻ .

Mereka yang gagal pula adalah yang melakukan dosa-dosa sepanjang hidup mereka di dunia. Dalam ayat sebelum ini, mereka hendak dibalas sama dengan orang yang beriman dan beramal soleh. Itu adalah sebab mereka tidak faham apakah tujuan dunia ini dijadikan. Mereka sangka hidup main-main sahaja di dunia.

Alam ini dijadikan dengan ada tujuan, bukan suka-suka. Kalau alam ini dijadikan dengan tujuan, takkan kejadian manusia tidak dijadikan dengan tujuan juga?

Tidak mungkin Allah ﷻ menjadikan manusia sia-sia sahaja dan hidup untuk makan, minum, kerja dan membuat anak? Tentu tidak, bukan?

Tentu ada tujuan kehidupan ini. Kalau kita semua ada tujuan hidup, takkan sama mereka yang memenuhi tujuan hidup dengan mereka yang tidak memenuhi tujuan hidup.

وَلِتُجْزَىٰ كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ
dan supaya tiap-tiap diri diberi balasan dengan apa yang mereka telah kerjakan,

Jangan manusia sangka yang mereka boleh hidup di dunia ini tanpa dipersoalkan tentang apa yang mereka telah lakukan. Ingatlah bahawa apa sahaja yang kita lakukan sama ada besar atau kecil akan dihisab dan akan diberi dengan balasan yang setimpal.

Ingatlah yang dunia adalah tempat untuk mengumpul dosa dan pahala.

وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ
sedang mereka tidak dizalimi.

Balasan yang Allah ﷻ berikan adalah amat adil. Tidak ada sesiapa yang akan dizalimi. Keadilan Allah ﷻ akan diiktiraf oleh semua makhluk. Kita tidak dapat membayangkan bagaimana keadilan Allah ﷻ itu tetapi bayangkan, jikalau kita melakukan kebaikan, Allah ﷻ akan balas berganda-ganda.

Jikalau kita melakukan kejahatan, kita dibalas sama sahaja dengan kejahatan itu. Adakah itu tidak adil namanya? Kita juga tidak akan dipersalahkan atau diazab dengan perkara yang tidak kita lakukan. Kita semua akan diadili dan segala perbuatan akan dipersembahkan kepada kita.

Kita akan diberikan dengan bukti-bukti dan saksi-saksi seperti anggota badan kita yang akan menjadi saksi untuk mengatakan bahawa kita memang ada melakukan kesalahan-kesalahan itu.

Jadi tidak ada harapan hendak kata Allah ﷻ tidak adil kerana semua bukti akan dipersembahkan. Selain itu tidak akan ada amalan baik kita yang tidak dibalas nanti. Semuanya akan diambil kira dan akan dibalas melebihi dari apa yang kita telah lakukan – kita akan dibalas berkali-kali ganda.

Tafsir Ayat ke-23

Ayat Zajrun dan Khatmul Qalbi. Ramai manusia yang mengikut hawa nafsu mereka. Sampaikan nafsu mereka sudah mengganti tempat Tuhan. Bagaimana pula menjadikan nafsu sebagai ilah? Ia apabila bertembung antara wahyu dan nafsu, mereka menolak wahyu dan menggunakan nafsu.

Waktu itu, nafsu yang menjadi ilah bagi dia sedangkan Allah ﷻ kata hanya Dia sahaja ilah yang sebenar. Allah ﷻ suruh amalkan fahaman tauhid, tetapi nafsu mahu kepada syirik.

Begitu juga dalam amal ibadat, hanya mengikut hawa nafsu mereka. Ramai yang tetap juga hendak membuat amalan bid’ah, walaupun tidak ada dalil dalam syariat. Seolah-olah amal yang berlandaskan syariat sudah habis dilakukan sampai mereka ada banyak masa untuk membuat amalan bida’ah pula.

Begitu juga dengan hukum: ada larangan Allah ﷻ tetapi mereka tetap hendak buat juga kerana mengikut keinginan nafsu untuk melakukannya. Maka mereka telah jadikan nafsu sebagai ilah.

أَفَرَءيتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلٰهَهُ هَوىٰهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلىٰ عِلمٍ وَخَتَمَ عَلىٰ سَمعِهِ وَقَلبِهِ وَجَعَلَ عَلىٰ بَصَرِهِ غِشٰوَةً فَمَن يَهديهِ مِن بَعدِ اللهِ ۚ أَفَلا تَذَكَّرونَ
Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka, siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?

أَفَرَءيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَٰهَهُ هَوىٰهُ
Apakah engkau memikirkan tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ilah?

Nabi Muhammad ﷺ ditanya adakah baginda pernah melihat dan memikirkan tentang mereka yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ilah? Sepatutnya manusia ikut syariat daripada Allah ﷻ sebagai ilah, tetapi ramai yang mengambil nafsu dan guna pakai sebagai ilah mereka pula.

Hawa nafsu bermaksud keinginan daripada seseorang yang sampai boleh ‘menjatuhkan’ dirinya. Itu akan terjadi jikalau seseorang tidak dapat mengawal keinginan hawa nafsunya.

Semua orang ada hawa nafsu dan keinginan tetapi bahayanya adalah apabila tidak dapat mengawalnya. ‘Jatuh’ itu pula bermaksud dia jatuh pada pandangan Allah ﷻ.

Apakah maksud seseorang itu menjadikan hawanya sebagai ilahnya? Itu terjadi apabila seseorang itu melebihkan hawa nafsunya dari perkara lain.

Di dalam membuat keputusan di dalam hidupnya, dia mengikut kehendak hawa nafsunya dan bukan kehendak Allah ﷻ. Dia langgar hukum yang ditetapkan oleh Allah ﷻ.

Bukan kehendak Allah ﷻ sahaja yang dia langgar, tetapi akalnya yang waras juga dia langgar. Apa yang dia hendak buat, dia akan buat tanpa usul periksa. Selain itu dia tidak memikirkan apakah kesannya kepada dirinya dan kepada orang lain.

Sebagai contoh, dia tahu bahawa dia sepatutnya dia kena bangun awal untuk pergi kerja esoknya, tetapi kerana mengikut kehendak hawa nafsunya yang hendak terus berjaga malam (mungkin kerana hendak main game), dia tidur lewat dan akhirnya esok pagi dia bangun lambat juga.

Dia juga pentingkan dirinya sahaja. Makanannya, pakaiannya, segala perhiasan dan kesukaan yang hendak dilakukannya, akan dilakukan sebab dia hendak buat apa sahaja yang dia suka.

Semuanya berkenaan dirinya sahaja dan apa yang dia suka. Wangnya mungkin tidak cukup untuk membeli segala kemewahan itu, tetapi dia beli juga kerana itulah kehendak nafsu dia. Mungkin dia terpaksa berhutang untuk mendapatkannya.

Bahayanya apabila berhutang, dia sudah kena pakai sistem riba pula dan itu bermakna dia melanggar hukum Allah ﷻ. Nabi Muhammad ﷺ ditanya pernahkah baginda melihat orang yang sebegitu? Pernahkah kita sendiri lihat? Tentu pernah, bukan? Berlambak jenis orang sebegini yang kita boleh lihat. Malah, kadangkala kita pun begitu agaknya.

Satu lagi adalah jenis orang yang hanya mementingkan keduniaan sahaja. Kerjanya hanya bekerja sahaja, berniaga dan mengumpul harta. Dikira-kira hartanya itu semakin banyak dan semakin banyak.

Selain itu, belajar agama tidak mahu, buat ibadat pun tidak, hanya ingin puaskan nafsunya hendak melihat wangnya yang semakin banyak dan banyak.

Malangnya, inilah agenda hidup kebanyakan manusia. Mereka membuat sesuatu hanya mengikut hawa nafsu mereka sahaja. Kalau mereka teringin untuk buat sesuatu, barulah mereka akan buat.

Mereka dipandu oleh perasaan dan hati mereka sahaja. Kalau kita minta dia buat benda yang baik, tetapi hawanya tidak mahu buat, dia tidak buat.

Padahal, dalam agama ini ada perkara yang kita kena buat walaupun kita tidak suka.

Sebagai contoh, mungkin kita kepenatan tetapi apabila masuk waktu solat, kita kena tunaikan. Bukannya kita solat bila senang dan bila kita suka sahaja.

Ini adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan oleh manusia kerana seperti telah disebut dalam ayat sebelum ini, kita semua ada tujuan hidup kita. Tujuan hidup kita adalah untuk menghambakan kepada Allah ﷻ dan bukannya memuaskan hawa nafsu kita.

Kalau kita hanya mengikut hawa nafsu kita sahaja, maka kita akan gagal dalam kehidupan di dunia dan juga di akhirat. Nafsu tidaklah salah semuanya kerana kalau tidak ada nafsu, tidaklah kita ini menjadi manusia. Memang Allah ﷻ telah letakkan nafsu dalam diri kita, maka kita tidak boleh membuang nafsu itu. Bukan semua kehendak nafsu itu salah.

Sebagai contoh, nafsu untuk makan perlu ada untuk kelangsungan hidup kita. Kalau tidak ada nafsu makan, macam mana pula? Namun, kehendak nafsu itu hendaklah dikawal supaya jangan berlebihan. Maka, kena kawal nafsu makan untuk makan makanan yang halal seperti yang Allah ﷻ suruh, dan janganlah makan berlebihan sampai memudharatkan diri kita.

Ayat ini juga sebagai penerangan kepada kita, bahawa bukanlah ilah itu benda yang disembah sahaja. Tidaklah kita solat kepada nafsu kita, membaca doa kepada nafsu kita, sedekah Fatihah atau sebagainya.

Namun, apabila mengikut kehendak nafsu kita dan ia berlawanan dengan kehendak syarak, maka itu bermakna kita menjadikan nafsu pula sebagai ilah.

Maknanya, antara salah satu perkara yang kita lakukan dengan ilah kita adalah kita taat kepadanya. Jadi, kalau Allah ﷻ lah ilah kita, maka hendaklah kita taat kepada Allah ﷻ dan bukan nafsu kita itu.

وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَىٰ عِلْمٍ
dan dia disesatkan oleh Allah atas ilmu

Ada dua ‘wajah’ berkenaan maksud ‘ilmu’ dalam ayat ini. Maksudnya ada dua tafsir.

Pertama:
Allah ﷻ tahu dengan ‘Ilmu-Nya’ yang orang itu memang akan sesat dari azali lagi. Maka Allah ﷻ menyesatkan orang itu atas Ilmu-Nya. Allah ﷻ sendiri tahu kenapa orang itu sesat dan Allah ﷻ sahaja yang tahu kenapa dia disesatkan. Kita tidak dapat tahu kerana ilmu kita terhad.

Oleh kerana Allah ﷻ mempunyai pengetahuan yang tidak terbatas itu, maka layaklah Allah ﷻ menyesatkan mereka. Hanya Allah ﷻ sahaja yang berhak buat keputusan ini dan kita tidak ada hak untuk mempersoalkannya.

Cuma, jangan kita salah faham pula. Bukanlah Allah ﷻ sengaja menyesatkan orang itu, tetapi orang itu sesat kerana kehendaknya sendiri. Selepas dia tidak mahu terima kebenaran setelah diajak berkali-kali, barulah Allah ﷻ sesatkan dia terus.

Kedua:
Ilmu yang dimaksudkan dinisbah kepada orang yang sesat itu. Orang itu sesat walaupun dia ada ilmu. Selalunya manusia akan ikut kehendak hawa nafsunya apabila mereka tidak tahu dan tidak ada ilmu. Sebagai contoh, seorang yang makan makanan yang buruk kerana dia tidak tahu ia tidak elok tetapi kalau dia tahu ia tidak baik, dia tidak akan makan.

Namun, yang lagi teruk adalah mereka yang tahu makanan itu buruk lagi busuk, tetapi masih juga makan makanan yang tidak elok itu. Sebagai contoh, seseorang itu tahu yang makanan itu tidak elok untuk kesihatan tetapi dia makan juga.

Bagaimanakah lagi kita hendak menolong orang-orang yang sebegini? Mereka menolak akal mereka yang waras. Orang yang sebeginilah yang Allah ﷻ sesatkan mereka. Ini kerana mereka itu sudah tahu apakah kebenaran, tetapi tetap juga menolak kebenaran itu.

Bagaimana pula dengan seseorang yang telah tahu syariat dan hukum Allah ﷻ tetapi mereka masih juga hendak melanggarnya? Kenapakah mereka sanggup buat begitu? Ini kerana mereka hanya mengikut hawa nafsu sahaja. Sepatutnya mereka mengikut perintah Allah ﷻ.

Apabila ‘taat’ kepada hawa nafsu, bermaksud kita telah menjadikan hawa nafsu kita itu sebagai ilah. Nauzubillah min za lik!Jika begini, tidak perlu sembah berhala lagi kerana ini lagi teruk dari berhala.

Jika berhala, kita boleh pecahkan tetapi bagaimana hendak pecahkan hawa nafsu yang berada dalam diri kita? Kita tidak nampak dia, minta doktor bedah tolong buang keluar juga tidak boleh.

Ayat ini memberitahu kita bahawa tidak cukup jikalau seseorang itu hanya tahu tentang syariat. Selain daripada itu, dia juga perlu mengawal hawa nafsunya. Ilmu sahaja tidak cukup.

Sebab itu banyak kita dengar bagaimana ‘orang agama’ juga turut terjerumus dalam kancah maksiat dan dosa. Tidak kiralah sama ada dia itu ustaz, guru agama, kerja di JAKIM, JAIS dan sebagainya. Ada pengetahuan agama tidak semestinya sudah menyelamatkan seseorang daripada melakukan maksiat kerana mereka masih boleh kalah dengan keinginan hawa nafsunya.

Apakah yang boleh kita gunakan untuk melawan kehendak nafsu kita? Hanya dengan adanya rasa takut kepada Allah ﷻ sahaja baru kita boleh melawan nafsu. Kalau hendak lawan dengan menggunakan akal sahaja tidak cukup kerana hawa itu berada dalam diri kita dan rapat sangat dengan kita.

Keduanya, kena ada harapan kepada akhirat iaitu dia percaya yang kalau dia tidak ikut nafsunya yang buruk, dia akan dibalas dengan baik di akhirat nanti. Dia kena yakin bahawa dengan menahan keinginannya yang tidak patut itu semasa di dunia, dia akan mendapat balasan yang lebih baik di akhirat kelak.

Sebagai contoh, dia yakin bahawa kalau dia menahan dirinya dari berzina di dunia, dia akan mendapat bidadari syurga untuk dia memuaskan nafsunya di syurga nanti; kalau dia menahan dirinya dari minum arak di dunia, dia akan dapat minum arak di syurga nanti.

Arak di syurga itu lebih banyak dan jauh lebih sedap dari arak di dunia. Hanya perlu menahan sekejap sahaja di dunia, akan dapat menikmati nikmat yang selamanya di akhirat kelak yang tidak ada halangan dan batasan.

Kalau dikira-kirakan dengan akal yang waras, tentu itulah yang sepatutnya, menahannya dari mengikut hawa nafsu. Namun, kenalah yakin sepenuhnya bahawa akhirat itu ada.

Masalahnya apabila ramai manusia yang tahu tetapi tidak yakin sebab kalau kita tanya dia percaya kepada akhirat tidak? Mereka akan jawab: Ya. Namun, dari cara kehidupan mereka, nampak jelas mereka hidup seolah-olah akhirat itu tidak ada kerana tiada keyakinan mengenainya.

✍🏻SESI MUZAKARAH
Tafsir surah Al-Jathiyah (Tafsir ayat ke-22 dan ayat ke-23)

📍Apa yang dimaksudkan “dengan kebenaran”?
🔵 Untuk memberitahu yang Allah ﷻ lah Pencipta alam ini dan alam ini adalah tempat ujian untuk mengeluarkan kebenaran. Dunia ini tempat kita diuji.

📍Adakah jika kita ikut nafsu kita itu telah menjadikan nafsu itu sebagai ilah?
🔵 Ya, jika ikut nafsu MELAWAN kehendak Allah ﷻ. Kalau setakat ikut nafsu dalam hal yang halal, boleh sahaja. Jadi, kena bezakan.

📍Melawan kehendak Allah ﷻ itu adakah melawan hukum dan syari’at yang Allah ﷻ perintah?
🔵Ya, benar.

📍Maksudnya setelah orang tersebut asyik menuruti hawa nafsunya lalu Allah ﷻ pun menyesatkan mereka? Sebab mustahil orang yang menuruti hawa nafsu ini bersikap seperti orang yang di atas jalan yang benar.
🔵 Ya, Allah ﷻ buat keputusan untuk menyesatkan dia terus. Ini kerana Allah ﷻ sudah tahu yang dia ini memang takkan boleh berubah lagi.

📍Sesat di sini hanya Allah ﷻ dan hamba-Nya yang benar sahaja dapat tahu dan kenal? Maksudnya sekalipun orang itu bagaikan warak berilmu bagi orang jahil dan bathil tetapi sebenarnya mereka adalah golongan yang disesatkan oleh Allah ﷻ?
🔵 Manusia tidak tahu. Hanya Allah ﷻ sahaja. Nabi juga tidak tahu, apatah lagi orang lain. Maka jangan kita kata: “alaahhh, dia tu Allah dah sesatkan dahhh…. ” Jangan ambil kerja Allah ﷻ.

📍Bagaimana kaedah kita untuk meneladani atau mentahdzir masyarakat daripada mereka?
🔵 Melalui dengan memberi nasihat, mengajar dan berdakwah.

📍Ramai yang lalai dengan perhiasan dunia?
🔵 Dunia ini menarik sebab itu banyak ayat dalam Al-Quran Allah ﷻ menceritakan hakikat dunia kerana ramai terpedaya dengan dunia.

📍Orang yang jadikan hawa nafsunya sebagai ilah, adakah telah mengikut taghut?
🔵 Nafsu bukan taghut.

📍Adakah benar jika letakkan dunia di tangan sahaja?
🔵 Ya benar, jangan bawa ke hati. Kalau rosak atau hilang, jangan terkesan sangat dan kalau tidak dapat, biarlah… itu barang dunia sahaja.

📍Kalau contoh kita memberi nasihat orang untuk solat jangan tinggalkan tetapi orang yang dinasihat balas baik, ” tak perlu nak ajar orang atau masuk campur” . Adakah ini bererti Allah ﷻ tidak bagi hidayah kepada orang itu?
🔵 Ini orang yang degil. Dia BELUM dapat hidayah lagi kerana belum masa dia lagi. Kita nasihat lagi lain kali. DAN buat muka manis semanis gula dan tinggalkan dia dulu. Esok lusa cakap lagi kerana kita tidak tahu bila masa dia akan tersentak dengan nasihat. Terus mendoakan orang itu.

📍Taghut itu benda yang jelas macam habib, nabi dan lain-lain?
🔵 Taghut itu benda luar macam syaitan, ahli sihir, berhala, sistem, manusia dan lain-lain lagi.

📍Maqam zuhud sukar dicapai apabila hati masih dengan dunia.
🔵 Sudah makna zuhud pun tidak terikat dengan dunia. Hendak menjadi zuhud kena sedar apakah dunia itu. Namun susah hendak sedar sebab dunia depan mata dan akhirat tidak nampak lagi.

📍Sistem yang bagaimna di sebut thaghut?
🔵Sistem menolak Tuhan. Macam komunisme. Juga sekularisme yang hendak asingkan Tuhan.

📍Bagaimana jika kita berputus asa sebab sudah bagi nasihat dengan cara baik tetapi semakin melawan? Bukan sehari dua tetapi sudah bertahun.
🔵 Putus asa adalah talbis iblis. Tai’is. Senjata iblis ni. Putus asa bukan sifat-sifat mukmin. Setiap kali ajak dia, dapat pahala. Bukan percuma sahaja. Dia ikut ke tidak ikut, kita sudah dapat pahala.

📍Orang yang ikut kayu ukur selain kayu ukur Allah ﷻ adakah itu bertuhankan nafsu?
🔵Ya

📍Macam sikit saja perbezaan antara bertuhankan hawa nafsu ( ikut kayu ukur selain kayu ukur Allah ﷻ) dengan ikut sistem sekularisme.
🔵 Ada sama dan ada beza. Halus bezanya jadi kena fikir panjang

Doa berkaitan hawa nafsu
Dari Ziyad bin ‘Ilaqoh dari pamannya, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca do’a,

اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ مُنْكَرَاتِ الأَخْلاَقِ وَالأَعْمَالِ وَالأَهْوَاءِ
“Allahumma inni a’udzu bika min munkarotil akhlaaqi wal a’maali wal ahwaa’ [Ya Allah, aku berlindung kepadamu dari akhlaq, amal dan hawa nafsu yang mungkar].”
(HR. Tirmidzi no. 3591, shahih)

Allahu a’lam.

Popular

Iklan

Iklan