Utama Bilik (28) Bidaah Nusantara BAB 9: Siri Pemurnian 60 Bid’ah Nusantara – Majlis Doa Selamat

BAB 9: Siri Pemurnian 60 Bid’ah Nusantara – Majlis Doa Selamat

1060
0
Iklan

BAB 9: Siri Pemurnian 60 Bid’ah Nusantara – Majlis Doa Selamat

Maksud kenduri doa selamat ialah majlis yang diadakan untuk memohon keselamatan untuk pelbagai upacara, misalnya bila kandungan kehamilan 7 bulan, naik rumah baru, kenaikan pangkat, hendak berangkat ke seberang laut, aqiqah, khitan, selepas membeli kereta baru, majlis pertunangan, memulakan perniagaan dan sebagainya. Tuan rumah akan mengadakan kenduri, sama ada masak sendiri atau khidmat katering. 

Sebelum majlis makan bermula, seorang ustaz dan tim masjid akan dijemput khas untuk mengendalikan majlis bacaan doa selamat yang akan diketuai oleh ustaz tersebut dengan membaca secara beramai-ramai antaranya surah Al-fatihah, tiga Qul, ayat Qursi dan sedikit bacaan tahlil dan disudahi dengan doa memohon keselamatan. Kemudian majlis makan dan bersurai.

 

Tahqiq:

Majlis kenduri atau walimah itu adalah baik, harus dan banyak kelebihan apabila menjamu orang makan, akan tetapi mengadakan majlis doa selamat sebelum makan itu adalah bid’ah. Tidak ada contoh daripada para salafus soleh bahawa sebelum makan, Nabi ﷺ atau para khalifah ar-rasyidin mengadakan majlis doa selamat. Tradisi orang Arab, jika ada majlis kesyukuran maka tetamu dijemput datang untuk makan sahaja, tidak ada ritual dengan mengadakan bacaan al-Quran dan berdoa secara jama’iy. Ini adalah perkara baru dan merupakan adat melayu yang tidak menepati sunnah.

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan