Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah Soal Jawab Fiqh Sunnah: Adakah Mazhab Bid’ah dan Apa Kepentingan Bermazhab

Soal Jawab Fiqh Sunnah: Adakah Mazhab Bid’ah dan Apa Kepentingan Bermazhab

304
0
Iklan

Soal Jawab Fiqh Sunnah
๐Ÿ”ด Mohon penjelasan berikutan adanya pendapat mengatakan bermazhab adalah bid’ah dan juga kepentingan bermazhab.

โœ…
Ringkasan berkaitan bermazhab adalah bid’ah

Pertama
Perlu fahami maksud bid’ah terlebih dahulu.

Bid’ah:

ุทุฑูŠู‚ุฉ ููŠ ุงู„ุฏูŠู† ู…ุฎุชุฑุนุฉ ุชุถุงู‡ูŠ ุงู„ุดุฑุนูŠุฉ ูŠู‚ุตุฏ ุจุงู„ุณู„ูˆูƒ ุนู„ูŠู‡ุง ุงู„ู…ุจุงู„ุบุฉ ููŠ ุงู„ุชุนุจุฏ ู„ู„ู‡ ุณุจุญุงู†ู‡

“Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah ๏ทป.”

Maka, bermazhab tidaklah menepati takrifan bid’ah, ini kerana mazhab bukanlah jalan dalam agama untuk berlebihan dalam pengabdian kepada Allah ๏ทป. Mazhab, cuma alat bantuan untuk seseorang lebih memahami hukum hakam agama. Ia sama dengan mempelajari tajwid, usyul fiqh, ilmu tafsir, ilmu hadith, ilmu fiqh. Mazhab adalah alat sahaja.

Kedua
Bila ketikanya mazhab menjadi bid’ah:

1. Apabila mazhabnya diagungkan ke atas Al-Qur’an dan As-Sunnah.

2. Apabila membela atau mempertahankan mazhabnya dengan menggunakan hadith lemah dan palsu.

3. Apabila fanatik dengan mazhabnya dan menganggap ia kebenaran yang mutlak.

4. Meletakkan imam mazhab setanding dengan kenabian.

Ketiga
Perintah asal, hendaklah mengikut Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Mengikut Al-Qur’an
Firman Allah ๏ทป,

ุงุชู‘ูŽุจูุนููˆุง ู…ูŽุง ุฃูู†ู’ุฒูู„ูŽ ุฅูู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ู…ูู†ู’ ุฑูŽุจู‘ููƒูู…ู’ ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽุชู‘ูŽุจูุนููˆุง ู…ูู†ู’ ุฏููˆู†ูู‡ู ุฃูŽูˆู’ู„ููŠูŽุงุกูŽ ู‚ูŽู„ููŠู„ู‹ุง ู…ูŽุง ุชูŽุฐูŽูƒู‘ูŽุฑููˆู†ูŽ

โ€œIkutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain-Nya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (daripadanya).โ€
[Al-Aโ€™raf: 3]

Mengikut As-Sunnah

ููŽุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’ ุจูุณูู†ู‘ูŽุชูู‰ ูˆูŽุณูู†ู‘ูŽุฉู ุงู„ู’ุฎูู„ูŽููŽุงุกู ุงู„ุฑู‘ูŽุงุดูุฏููŠู†ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽู‡ู’ุฏููŠู‘ููŠู†ูŽ ุนูŽุถู‘ููˆุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูŽุง ุจูุงู„ู†ู‘ูŽูˆูŽุงุฌูุฐู

โ€œBerpegang teguhlah dengan sunnahku dan sunnah khulafaโ€™ar rasyidin yang mendapatkan petunjuk (dalam ilmu dan amal). Pegang teguhlah sunnah tersebut dengan gigit geraham kalian.โ€

[Abu Daud, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban. Imam At-Tirmizi mengatakan hadith ini hasan sahih]

Keempat
Selepas 200 hijrah, umat Islam semakin sukar untuk mengikuti Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Umat Islam semakin ramai selepas 200 hijrah. Islam tersebar dari Afrika Utara ke Eropah dan hingga ke Asia.
Maka, penduduk Islam selain di Mekah dan Madinah tidak tahu bagaimana cara untuk memahami Al-Qur’an dan As-Sunnah.
Ini memerlukan metod atau kaedah untuk memahami nas-nas umum yang ada dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Justeru, dari situ muncullah 20 mazhab fiqh untuk memandu atau menunjuki umat Islam yang besar dalam beragama. Daripada 20 mazhab tersebut, cuma 5 mazhab sahaja yang ada sekarang.15 mazhab yang lain hanya tinggal cebisan sejarah kerana tidak ada penajaan dari penguasa.

Kelima
Manhaj enam mazhab

1. Mazhab Maliki berasaskan hadith dan amalan sahabat awal di Madinah.

2. Mazhab Hanafi berasaskan akal atau rasional atau ra’yi.

3. Mazhab Syafi’iy adalah sintesis sunnah dan ra’yi.

4. Mazhab Hanbali adalah berasaskan fiqh sunnah.

5. Mazhab Zahiri atau Daud berasaskan literal.

6. Mazhab fiqh sunnah adalah berdasarkan metod Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡โ€Ž, dan melakukan kajian semula lintas mazhab.

Enam mazhab ini boleh diikuti kerana ia lengkap dengan bahan rujukan dan ada pakar yang meneruskan mazhab tersebut.

Keenam
Apakah kedudukan mazhab hari ini?

Sesiapa sahaja yang mengatakan bermazhab adalah bid’ah, adalah salah.

Sesiapa sahaja yang mengatakan bermazhab adalah wajib juga salah.

Pendapat yang benar – seseorang boleh kembali kepada asal umat Islam 200 tahun pertama dahulu.
Mereka bebas tidak bermazhab, akan tetapi mereka hendaklah memiliki ilmu untuk mengetahui hukum hakam seperti pendapat Imam Abu Hanifah ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡โ€Ž.

Imam Abu Hanifah dan muridnya Abu Yusuf berkata,

ู„ุงูŽ ูŠูŽุญูู„ู‘ู ู„ุฃููŽุญูŽุฏู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽู‚ููˆู’ู„ูŽ ุจูู‚ูŽูˆู’ู„ูู†ูŽุง ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูŽุนู’ู„ูŽู…ู ู…ูู†ู’ ุฃูŽูŠู’ู†ูŽ ู‚ูู„ู’ู†ูŽุงู‡ู

โ€œTidak boleh bagi seorang pun mengambil perkataan kami sampai ia mengetahui dari mana kami mengambil perkataan tersebut” (ertinya sampai diketahui dalil yang jelas daripada Al-Qur’an dan Hadith Nabawi).

Bagi mereka yang tidak ada ilmu, maka boleh untuk mengikuti mana-mana orang alim atau berpegang dengan mazhab tertentu sehingga dia mampu memahami cara berfiqih dan berdalil.

#Ilmu#Amal#Prihatin

Komen dan Soalan