Utama At-Tazkirah Qurthubi Tahqiq Kitab At-Tazkirah Lil Qurthubi: Bab 48 – Bantahan Terhadap Puak Mulhidah...

Tahqiq Kitab At-Tazkirah Lil Qurthubi: Bab 48 – Bantahan Terhadap Puak Mulhidah (Menafikan Azab Kubur)

256
0
Iklan

Tahqiq Kitab At-Tazkirah Lil Qurthubi 
Kod/Bab 48: Bantahan terhadap puak Mulhidah (menafikan azab kubur) الرد على الملحدة

Bantahan-Bantahan terhadap puak Mulhidah dalam 6 Isu (قلت : و هنا فصول ستة في الرد على الملحدة)

Bab 48-1 Isu pertama: Perbezaan antara Roh vs Jiwa (الروح و النفس)

أن الروح و النفس شيء واحد و أنه جسم لطيف مشابك للأجسام المحسوسة يجذب و يخرج . و في أكفانه يلف و يدرج : و به إلى السماء يعرج . لا يموت و لا يفنى و هو مما له أول و ليس له آخر . و هو بعينين و يدين . و أنه ذو ريح طيب و خبيث . و هذه صفة الأجسام لا صفة الأعراض

Bahawa roh dan jiwa (nafs) adalah sama sahaja, ia adalah jisim lembut yang kembar dengan jasad, dapat ditarik dan dikeluarkan (dari jasad), roh dapat digulung dan dilipat dalam kafan untuk dibawa ke langit. Ia tidak mati atau rusak. Ia ada permulaan tetapi tiada akhirnya. Ia memiliki dua mata, dua kaki dan memiliki aroma wangi atau busuk. Maka ciri-ciri ini adalah sifat jisim (fisik) bukan a’radh (bukan materi).

Dalil-dalil persamaan roh dan jiwa✏️:

Hadith Pertama: Daripada Bilal رضي الله عنه

و قد قال بلال في حديث الوادي : أخذ بنفسي يا رسول الله الذي أخذ بنفسك

Bilal رضي الله عنه berkata,” telah diambil jiwaku wahai Rasulullah ﷺ sepertimana juga jiwamu”

Takhrij/Tahqiq✍:
HR Muslim 680 ( أخرجه مسلم في كتاب المساجد مواضع الصلاة حديث رقم: 680)

* Ia mengenai peristiwa Nabi ﷺ dan para sahabat pulang dari Khaibar dan berkhemah di Wadi Aqeeq dan mereka semua tertidur hingga matahari terbit dan terlepas solat subuh. Bilal رضي الله عنه yang diamanahkan menjaga waktu dan azan pun tidak sedar.

Bab 48-2 Isu pertama: Perbezaan antara Roh vs Jiwa (الروح و النفس)

Hadith Kedua: Hadith Ummu Salamah , Ummul Mukminin رضي الله عنها (Sahih)

عن أم سلمة ، قالت : دخل رسول الله صلى الله عليه و سلم على أبي سلمة ، و قد شق بصره فأغمضه ، ثم قال : إن الروح إذ قبض تبعه البصر

Ummu Salamah رضي الله عنها , dia berkata, “Rasulullah ﷺ datang menghadiri [kematian] Abu Salamah. Waktu itu mata Abu Salamah tampak terbuka, maka beliau memejamkannya, kemudian bersabda, “Sesungguhnya apabila roh dicabut, maka diikuti oleh pandangan mata.” ( HR Muslim No. 920 )

Hadith Ketiga: Hadith Abu Hurairah رضي الله عنه : (Sahih)

عن أبي هريرة ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : ألم تروا الإنسان إذا مات شخص بصره ، قالوا : بلى ، قال : فذلك حين يتبع بصره نفسه

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه . Dia berkata, “Sabda Rasulullah ﷺ , ‘Tidakkah kamu memperhatikan, apabila seseorang meninggal, maka matanya memandang? ‘Betul,’ jawab para sahabat. Maka beliau bersabda, ‘Itu ketika matanya mengikuti nyawanya.’” (Sahih Muslim No.921)

Hadith Keempat: Hadith Zaid bin Aslam

في حديث زيد بن أسلم في حديث الوادي : يا أيها الناس إن الله قبض أرواحنا و لو شاء ردها إلينا في حيز غير هذا

Hadith Zaid bin Aslam (w. 136H, tabi’in Madinah) pada hadith Al Wadi (Wadi Aqeeq sekembali dari ekspedisi Khaibar), meriwayatkan hadith Nabi ﷺ ,“Wahai manusia. Allah ‎ﷻ boleh mencabut roh-roh kita. Kalau Dia kehendaki, Dia boleh mengembalikan roh ini di tempat yang lain.”

Takhrij✍: (HR Malik, Al Muwatta’), No 2626, tahqiq Al Zurqani atas Muwatha’, dhaif (mursal) kerana sanadnya putus antara Zaid bin Aslam (tabi’in) dengan Nabi ﷺ .

*Akan tetapi maksud hadith ini sahih kerana hadith Bilal رضي الله عنه hadith No 1.

( شرح الزرقاني على موطأ الإمام مالك) مرسلا باتفاق رواة الموطأ

48-3 Isu pertama: Perbezaan antara Roh vs Jiwa (الروح و النفس) Rumusan Al Qurthubi

و قد اختلف الناس في الروح اختلافاً كثيراً : أصح ما قيل فيه : ما ذكرناه لك و هو مذهب أهل السنة : أنه جسم ، فقد قال تعالى : الله يتوفى الأنفس حين موتها . قال أهل التأويل : يريد الأرواح ، و قد قال تعالى : فلولا إذا بلغت الحلقوم يعني النفس عند خروجها من الجسد ، و هذه صفة الجسم و لم يجر لها ذكر في الآية لدلالة الكلام عليها ، كقول الشاعر :
أماوي ما يغني الثراء عن الفتى إذا حشرجت يوماً و ضاق بها الصدر

Memang terdapat khilaf (perselisihan) yang banyak dalam isu hakikat roh, akan tetapi pendapat paling sahih ialah Mazhab Ahlisunnah Waljamaah di mana roh adalah sejenis jisim (mass) sebagaimana pada surah [ Az Zumar ayat 42 ] (اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا) =Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya” dan surah [ Al Waqi’ah ayat 83 ] (فَلَوْلَا إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ) = “Maka mengapa ketika nyawa sampai di kerongkongan” Berkata ahli takwil jiwa-jiwa itu adalah roh. Bila jiwa sudah keluar daripada jasad, itu adalah sifat jisim (mass) seperti maksud sebuah syair Arab:
“Ketika mana waktu berbunyi nafas di tenggoroknya, dadanya menjadi sesak”

و كل من يقول : إن الروح يموت و يفنى فهو ملحد . و كذلك من يقول : بالتناسخ : أنها إذا خرجت من هذا ركبت في شيء آخر : حمار أو كلب أو غير ذلك . و إنما هي محفوظة بحفظ الله إما منعمة و إما معذبة . على مايأتي بيانه إن شاء الله تعالى

1. Jika ahli mulhid (orang yang menafikan azab kubur (puak anti hadith dan muktazilah) berpendapat roh mati dan binasa, maka dia Mulhid.

2. Begitu juga orang yang percaya dengan reinkarnasi, bahawa roh keluar daripada satu tubuh dan masuk lagi kepada makhluk yang lain seperti keldai dan anjing juga ahli Mulhid.

3. Nyawa adalah terpelihara dengan penjagaan daripada Allah ‎ﷻ, ada yang diberi nikmat dan ada yang diazab .

48-4. Isu kedua: Iman kepada azab Kubur (الإيمان بعذاب القبر و فتنته) Muqaddimah

الإيمان بعذاب القبر و فتنته : واجب . و التصديق به : لازم . حسب ما أخبر به الصادق . و أن الله تعالى يحيي العبد المكلف في قبره برد الحياة إليه و يجعله من العقل في مثل الوصف الذي عاش عليه ليعقل ما يسأل عنه و ما يجيب به و يفهم ما أتاه من ربه و ما أعد له في قبره من كرامة أو هوان . و بهذا نطقت الأخبار عن النبي المختار صلى الله عليه و سلم و على آله آناء الليل و أطراف النهار ، و هذا مذهب أهل السنة و الذي عليه الجماعة من أهل الملة

1. Beriman kepada azab dan fitnah kubur adalah wajib, sesuai dengan apa yang dikhabarkan oleh Nabi ﷺ.

2. Allah ‎ﷻ menghidupkan kembali hamba mukallaf (manusia yg ditaklifkan syariat) dengan mengembalikan nyawanya dan akalnya sepertimana asal (ketika di atas dunia) untuk memahami pertanyaan dan jawapan (soal jawab dengan Malaikat).

3. Si mayat mampu mengerti apa yang dikurniakah Allah ‎ﷻ kepadanya dan apa yang disediakan kepadanya di alam kubur (baik berupa kemuliaan atau kehinaan).

48-5 Isu kedua: Iman kepada azab Kubur (الإيمان بعذاب القبر و فتنته)

Muqaddimah Bahagian 2

Athar pertama: Daripada Umar Al khattab رضي الله عنه (dhaif)

قال عمر بن الخطاب رضي الله عنه ـ لما أخبر النبي صلى الله عليه و سلم بفتنة الميت في قبره و سؤال منكر و نكير و هما الملكان له : يا رسول الله أيرجع إلى عقلي ؟ قال : نعم . قال : إذا أكفيكهما . و الله لئن سألاني سألتهما . فأقول لهما : أنا ربي الله فمن ربكما أنتما ؟

Berkata Umar Al Khattab رضي الله عنه , ketika Nabi ﷺ menceritakan perihal mayat akan diuji dalam kuburnya, akan disoal oleh dua Malaikat (Munkar dan Nakir), Umar bertanya,“Apakah akal akan dikembalikan kepada (jasad) ku? Nabi ﷺ menjawab “Ya”. Maka Umar berkata,” Kalau begitu, sudah tentu aku mampu menjawabnya dan aku pun boleh membalas pertanyaan mereka,”Siapakah Tuhan kamu”

Takhrij/tahqiq✍:

ورود القصة بدون إسناد كاف في ضعفها، وأما الحديث الذي ورد في وصف الملكين إلى قول عمر: “أكفيكهما”، فهو الذي تكلم عليه العراقي، فقال في المغني عن حمل الأسفار:

Komen Al Iraqi, Al Mughni (takhrij hadith Ihya’ Uloomiddin), ianya athar tanpa sanad (dhaif)
Komen muhaqqiq At Tazkirah Khalid Muhammad Uthman, HR musnad Al Harith, No 281, Ibn Abdil Barr, At Tamhid, 22/251; Az Zahabi, Mizan Al I’tidal, 6/499. Ada perawi majhul, dhaif.

48-6 Isu kedua: Iman kepada azab Kubur (الإيمان بعذاب القبر و فتنته)

Muqaddimah Bahagian 3

Athar kedua✏️: Daripada Ibn Umar رضي الله عنهما (dhaif)

و خرج الترمذي الحكيم أبو عبد الله في نوادر الأصول من حديث عبد الله بن عمر أن رسول الله صلى الله عليه و سلم ذكر يوماً فتاني القبر . فقال عمر بن الخطاب رضي الله عنه : أترد علينا عقولنا يا رسول الله ؟ فقال : نعم كهيئاتكم اليوم ، فقال عمر : في فيه الحجر

Dikeluarkan oleh At Termidzi Al Hakim Abu Abdullah (sufi Turmuz, Uzbekistan, wafat 320H) dalam Nawadir Al Usyul (1/175) daripada hadith Ibn Umar رضي الله عنهما bahawa satu hari Nabi ﷺ menyebut tentang Malaikat yang menyoal dalam kuburan. Maka Umar Al Khattab berkata,“Apakah akal kita akan dikembalikan (kepada si mayat)? Nabi ﷺ menjawab,” Ya, seperti keadaan kamu sekarang.” Maka berkata Umar, “Sudah tentu ada batu dalam mulutnya”

Tahqiq✍:
Ibn Adi (w. 365 Hijrah dalam kitab (الكامل في ضعفاء الرجال), 3/387 Darul kitab Al Ilmiyah, Beirut (دار الكتب العلمية – بيروت-ط 5( 1997) , ج: 3- ص: 387)

حدثنا العباس بن محمد بن العباس بمصر، قال: حدثنا أحمد بن صالح، حدثنا ابن وهب، حدثني حيي بن عبد الله المعافري، عن أبي عبد الرحمن الحبلي عن عبد الله بن عمرو أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ذكر فتاني القبر فقال عمر بن الخطاب أيرد إلينا عقولنا يا رسول الله؟ قال: نعم كهيئتكم اليوم فقال عمر بفيه الحجر

Komen beliau, dhaif (قال ابن عدي وبهذا الإسناد خمس وعشرين حديثا عامتها، لا يتابع عليها.)

Al Albani, sahih, sahih At Targheeb, No 3553, juga Al Haithami, Majma’ No 4262, sahih, Rijal Imam Ahmad dan Tabrani .

48-7. Isu kedua: Iman kepada azab Kubur (الإيمان بعذاب القبر و فتنته)

Muqaddimah Bahagian 4

Athar ketiga: Sahl bin Ammaar (dhaif)

و قال سهل بن عمار : رأيت يزيد بن هارون في المنام بعد موته . فقلت له مافعل الله بك ؟ فقال إنه أتاني في قبري ملكان فظان غليظان ، فقالا : ما دينك ؟ و من ربك ؟ و من نبيك ؟ فأخذت بلحيتي البيضاء . و قلت : ألمثلي يقال هذا ؟ و قد عملت الناس جوابكما ثمانين سنة . فذهبا . و قالا : أكتبت عن حريز بن عثمان ؟ قلت نعم . فقالا : إنه كان يبغض علياً فأبغضه الله .

Dan Sahl bin Ammar (w. 267 Kufah) berkata, “Aku pernah melihat Yazid bin Harun (tsiqah menurut Ahmad, w. 207H) dalam mimpi setelah beliau (Yazid) meninggal dunia. Aku bertanya apa tindakan Allah ‎ﷻ terhadap kamu”. Yazid menjawab, “Aku didatangi dua Malaikat yang kasar dan bengis. keduanya bertanya, “Apa agamamu, siapa Tuhanmu, siapa Nabimu?” Maka aku memegang janggutku dan berkata kepada dua Malaikat itu,” Apakah patut diajukan soalan begini kepada aku, aku telah mengajar manusia cara nak jawab soalan kamu itu selama 80 tahun.” Maka Malaikat pun beredar dari kuburnya sambil mengajukan soalan, “Apakah kamu mencatat ilmu daripada Huraiz bin Uthman?* Yazid menjawab, Ya”, maka ujar Malaikat,” Dia (Huraiz) membenci Ali رضي الله عنه, maka Allah‎ ﷻ juga membencinya.”

* ✏️ Huraiz bin Uthman atau Juraiz bin Uthman adalah rijal syiah, meriwayatkan hadith daripada imam Jaafar Sadiq. (Ibn Hajar, lisan Al Mizan, 2/103)

Tahqiq✍:
Dikeluarkan athar ini oleh Khatib Al Baghdadi, tarikh Baghdad, 5/139. Dhaif kerana perawi syiah .

#Ilmu
#Amal
#Prihatin

Komen dan Soalan