Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Soal Jawab: Hukum Dropship

Soal Jawab: Hukum Dropship

1578
0
Iklan

🔴 Apakah maksud hadith “… jangan kamu menjual sesuatu yang bukan milikmu…”?

🔷 Itu hadith sarih/ jelas. Bukan milik kita bagaimana hendak jual? Contoh seperti kereta, tanah atau rumah orang lain. Sama juga dengan hadith “… jangan kamu pinang perempuan yang telah menjadi tunangan orang…”


🔴 Bagaimana pula jika berniaga secara dropship (pesan hantar)? Barang belum menjadi milik kita tetapi kita telah promosikan. Selepas pelanggan melunaskan bayaran kepada kita, kita pula membayar kepada pemilik barang dan pemilik barang akan menghantar terus barang pesanan kepada pelanggan kita.

🔷 Itu dinamakan bai’ al-salam. Seperti Lazada, Uber atau Grab. Mereka tidak memiliki barang cuma provide link (menyediakan platform/ tapak jualan atas talian).


Nota tambahan:
Bai’ al-salam (بيع السلم): ialah akad jual beli sesuatu barangan secara tangguh dengan bayaran harga secara tunai seperti menjual barangan yang telah disifat/ terangkan butiran bentuk, spesifikasi, kualiti dan kuantiti secara terperinci dengan bayaran harganya dibuat secara tunai manakala penyerahan barang ditangguhkan pada suatu masa yang telah ditetapkan.


🔴 Jadi hadith ini bermaksud menjual barang yang orang tidak mahu/ benarkan jual itu yang haram?

🔷 Ya. Sebab business (perniagaan) ini luas. Business 1400 tahun dahulu dengan sekarang tidak sama. Lazada atau Lelong.com itu contoh business dropship.


🔴 Apakah hukum menjadi dropshipper (wakil jualan secara dropship) kepada founder (pemilik perniagaan) untuk promote (mempromosi) barang jualan mereka?

🔷 MLM. (Multi Level Marketing)


🔴 Maksudnya? Haram atau harus?

🔷 Tidak haram kerana anda sebagai middleman (orang tengah) sahaja. Seperti broker (ejen) hartanah juga.


🔴 Saya adalah seorang reseller (wakil jualan sah) sebuah syarikat dan saya ada membuat team dropship (ahli kumpulan jualan) di bawah seliaan saya. Bolehkah saya mengenakan yuran kepada mereka yang menyertai pasukan saya?

🔷 Boleh sekiranya caj yuran tidak membebankan dan mempunyai sebab kenapa yuran dikenakan serta tidak menyalahi Akta Jualan Langsung (AJL).


🔴 Saya bercadang hendak mengenakan yuran sebanyak RM10 seorang untuk seumur hidup sebagai syarat untuk membolehkan mereka mempromosikan barang-barang yang saya jual.

🔷 Jika itu jumlahnya ia tidak membebankan.


🔴 Apakah maksud Akta Jualan Langsung itu?

🔷 Plan marketing (pelan pemasaran) yang bukan pyramiding/ skim piramid.


🔴 Apakah pula maksud skim piramid?

🔷 Member get member scheme (Skim ahli mencari ahli). MLM (Multi Level Marketing)


🔴 Mereka yang join dropship (menyertai kumpulan jualan) di bawah saya, caj yuran hanya RM10 seumur hidup dan sekiranya mereka berjaya menjual saya akan membayar komisen kepada mereka sehelai RM5. Adakah ini dikatakan skim piramid?

🔷 Dropship bukan MLM (Multi Level Marketing). MLM telah banyak dibincang sebelum ini. Contoh perniagaan dropship adalah seperti Lazada. Skim piramid itu skim cepat kaya. Anda jangan confius (keliru) unless (melainkan) anda owner (pemilik) skim itu.


Jawapan daripada
Syeikh Tuan Hassan Tuan Lah (THTL)
@FiqhWanitaUito

Komen dan Soalan