Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat TBK 10.2.9 TURUNNYA NABI ISA عليه السلام

TBK 10.2.9 TURUNNYA NABI ISA عليه السلام

161
0
Iklan

TBK 10.2 Turunnya Nabi Isa عليه السلام.
(نزول عيسى بن مريم عليه السلام)

10.2.9. Dalil-dalil turunnya Nabi Isa عليه السلام adalah Mutawatir.
(الأدلة على نزول عيسى عليه السلام المتواترة)

قد تواترت الأخبار عن نبينا صلى الله عليه وسلم في نزول عيسى عليه السلام وذكر التواتر:الإمام أحمد بن حنبل(طبقات الحنابلة(1/241-243)) وأبو الحسن الإشعري(مقالات الإسلاميين واختلاف المصلين (1/345)), والطبري( تفسير الطبري 3/291), وابن كثير(تفسير ابن كثير 7/223), والسفاريني( لوامع الأنوار البهية:(1/94-95)), والشوكاني في “التوضيح في ما حاء في المنتظر والدجال والمسيح

Ini adalah isu, apakah ada kesepakatan ulama’ dalam turunnya Nabi Isa عليه السلام di akhir zaman?

Menurut Dr al-Arifi, terdapat banyak hadith mutawatir (hadith yang diriwayatkan oleh banyak sahabat dan tidak mungkin mereka sepakat untuk berdusta atasnya).

Mutawatir hadith turunnya
Nabi Isa عليه السلام dinukil oleh:

1. Imam Ahmad Ibnu Hanbal [Tabaqat al-Hanabilah, 1:241]

2. Abul Hasan al-Asy’ari [Maqalat Islamiyin, 1:345]

3. Ibnu Jarir at-Tabari
[Tafsir Tabari, 3:291]

4. Ibnu Katsir
[Tafsir, 7:223]

5. al-Safarini al-Hanbali [Lawami’ an Anwar al-Bahiyah 1:94]

6. asy-Syaukani
[Taudhih al-Muntadzar wa Dajjal wal-Masih]

Antara tokoh-tokoh yang mengingkari turunnya Nabi Isa عليه السلام ialah:

1. Syaikh Muhammad Abduh.

2. Syaikh Azhar Mahmood Syaltut.

3. Dr Hasan Turabi dari Sudan atas alasan ia bercanggah dengan aqal.

Membantah pendapat orang yang menolak kedatangan Nabi Isa عليه السلام kali kedua.

1. Pendapat al-hafidz Ibnu Katsir رحمه الله‎, wafat 774 Hijrah, Damsyiq.
(bahagian 1)

قال ابن كثير في أحاديث نزول عيسى عليه السلام :[ فهذه أحاديث متواترة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم فيها دلالة على صفة نزوله ومكانه وأنه بالشام بل بدمشق عند المنارة الشرقية ,وأن ذلك يكون عند الإقامة لصلاة الصبح . فيقتل الخنزير ,و يكسر الصليب,و يضع الجزية , فى يقبل إلا الإسلام كما تقدم في الصحيحين.

Turunnya Nabi Isa عليه السلام adalah hadith mutawatir (ramai perawi yang memustahilkan ada pemalsuan) yang menjelaskan dengan detail, misi dan di mana Nabi Isa عليه السلام akan turun. Yakni turunnya di Timur Damsyiq di sebuah menara (putih), pada waktu subuh.
Misi utama membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan percukaian dan Nabi Isa عليه السلام akan memartabatkan Islam sahaja (bukan Kristian dan Yahudi). Ini semua dicatatkan dalam Sahihain.
(Bukhari-Muslim)

Pendapat al-hafidz Ibnu Katsir رحمه الله‎.
(bahagian 2)

وهذا إخبار عن النبي صلى الله عليه وسلم بذلك , وتقرير وتشريع وتسويغ له على ذلك في ذلك الزمان حيث تنزاح عللهم وترتفع شبههم من أنفسهم . ولهذا كلهم يدخلون في دين الإسلام متابعة لعيسى عليه السلام وعلى يديه , ولهذا قال تعالى:{ وإن من أهل الكتاب إلا ليؤمنن به قبل موته ويوم القيامة يكون عليهم شهيدا}(4:159)وهذه الآيه كقوله تعالى:{ وإنه لعلم للساعة} (43:61)

Khabar atau hadith ini datang daripada Nabi ﷺ. Maka terbantahlah alasan dan hujah (penganut Kristian dan Yahudi) serta lenyaplah segala syubhah mereka, lantas mereka berbondong-bondong masuk Islam melalui tangan Nabi Isa عليه السلام.

Firman Allah ﷻ:

وَإِن مِّنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ إِلَّا لَيُؤْمِنَنَّ بِهِۦ قَبْلَ مَوْتِهِۦ ۖ وَيَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ يَكُونُ عَلَيْهِمْ شَهِيدًا ﴿١٥٩﴾

“Tidak ada seorang pun dari Ahli Kitab (Kristian dan Yahudi), kecuali akan beriman kepadanya (Isa) sebelum kematiannya. Dan di hari kiamat nanti Isa itu akan menjadi saksi terhadap mereka.”
[An-Nisa’: 159]


وَإِنَّهُۥ لَعِلْمٌ لِّلسَّاعَةِ

“Sesungguhnya Isa itu benar memberi pengetahuan tentang hari kiamat”
[Az-Zukhruf: 61]

2. Pendapat Imam Sidiq Hasan Khan رحمه الله‎ (nama penuh, Nawab Siddiq Hasan Khan al-Qanuji al-Bukhari, wafat 1307Hijrah atau bersamaan 1890Masihi. Beraliran salafi India, Qanuji adalah pekan kelahirannya di Bhopal India dan Bukhari adalah asal keluarganya dari Bukhara, Samarkhand)

قال صديق حسن خان:

[ والأحاديث في نزوله عليه السلام كثيرة وذكر الشوكاني منها تسعة وعشرين حديثا ما بين صحيح وحسن وضعيف منجبر,منها ما هو في أحاديث الدجال…ومنها ما هو مذكور في أحاديث المنتظر , وتنضم إلى ذلك أيضا الآثار الواردة عن الصحابة فلها حكم الرفع إذ لا مجال للاجتهاد في ذلك ثم ساقها وقال: جميع ما سقاه بالغ حد التواتر كما لا يخفى على من له فضل اطلاع]

Hadith-hadith tentang turunnya Nabi Isa عليه السلام amatlah banyak, sehingga Imam asy-Syaukani رحمه الله‎ menghimpun 29 hadith (sahih, hasan, dhaif) dan atsar-atsar yang mencapai darjat marfu’ (sampai ke taraf hadith) dan mencapat darjat mutawatir (yang tidak mungkin adanya pemalsuan).

Lihat kitab Imam asy-Syaukani
(التوضيح في تواتر ما جاء في المهدي المنتظر والدجال والمسيح،للشوكاني)

=”Penjelasan tentang hadith-hadith mutawatir mengenai al-Mahdi al-Muntazar, Dajjal dan al Masih (Nabi Isa عليه السلام).


3. Pendapat muhaddith Syaikh al-Albani رحمه الله‎ (Muhammad Nasiruddin bin Nuh, berasal dari Albania, wafat pada tahun 1999 di Jordan)

وقال الشيخ محمد ناصر الدين الألباني:
[اعلم أن أحاديث الدجال وونزول عيسى عليه السلام متواترة , يجب الإيمان بها , ولا تغتر بمن يدعي فيها أنها أحاديث آحاد و فإنهم جهال بهذا العلم , وليس فيهم من تتبع طرقها ولو فعل لوجدها متواترة كما شهد بذلك أئمة هذا العلم و كالحافظ ابن حجر وغيره, ومن المؤسف حقا أن يتجرأالبعض على الكلام فيما ليس من اختصاصهم ولا سيما والأمر دين وعقيدة]

Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani berkata:

“Ketahuilah, bahawa hadith-hadith seputar dajjal dan nuzulnya Nabi Isa عليه السلام adalah mutawatir (ramai perawi, sanad, matan yang memustahilkan ada konspirasi sahabat).

Maka, jangan keliru dengan dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa ia adalah hadith ‘ahad (jumlah perawi yang sedikit).
Sebenarnya mereka jahil akan ilmu hadith, jika mereka pandai meneliti sanad, maka sudah tentu akan tahu ia adalah mutawatir. Inilah jalan yang dilakukan oleh al Hafidz Ibnu Hajar رحمه الله‎ dan yang lainnya. Maka, amat sayang sekali mereka yang mendakwa ia adalah hadith ‘ahad, adalah mereka yang tidak ahli dalam bidang hadith, juga usul agama dan aqidah.
[Syarah Aqidah Tahawiyah, muka surat 565]


Masalah berbangkit 1:

مسألة
هل يحكم عيسى عليه السلام إذا نزل بشريعة محمد صلى الله عليه وسلم؟
أم يأتي بشريعة جديدة؟

الجواب
قال الإمام السفاريني عن نزول عيسى عليه السلام آخر الزمان:
[ أجمعت الأمة على نزوله, ولم يخالف فيه أحد من أهل الشريعة وإنما ذلك الفلاسفة والملاحدة ممن لا يعتد بخلافه ,وقد انعقد إجماع الأمة على أنه بنزل ويحكم بهذه الشريعة المحمدية وليس ينزل بشريعة مستقبلة عند نزوله من السماء وإن كانت قائمة به وهو متصف بها]


Isu: 1
Apakah Nabi Isa عليه السلام ketika turun nanti akan berhukum dengan syariat Nabi Muhammad ﷺ (Islam) atau membawa syariat yang baru?

Jawabnya:
Berkata Imam al-Saffarini al-Hanbali رحمه الله‎ (wafat pada 1188 Hijrah, di Nablus, Palestin)
” Tentang isu turunnya Nabi Isa عليه السلام di akhir zaman bahawa umat ijma’ akan turunnya Nabi Isa عليه السلام dan tidak dibantah oleh mana-mana ahli syariat (ahli sunnah) ummah ini kecuali puak ahli falsafah dan atheis yang mana penolakan mereka tidak perlu dipedulikan. Ijma’ juga akan isu turunnya Nabi Isa عليه السلام dan baginda akan berhukum dengan syariat Muhammad ﷺ. Nabi Isa عليه السلام tidak membawa syariat yang baru ketika turun dari langit ketika baginda menegakkannya.”
لولمع الأنوار البهية:
[Lawami’ al Anwar al Bahiyah, 1:94-95]


Isu: 2
Apakah Nabi Isa عليه السلام nanti akan termasuk umat Nabi Muhammad ﷺ?

(هل يعتبر عيسى من أمة محمد صلى الله عليه وسلم ؟)
عيسى عليه السلام نبي من أولي العزم من الرسل , وله عند الله تعالى مقام رفيع ,وهو أيضا له نصيب من الصحبة , فإنه لقي النبي صلى الله عليه وسلم في المعراج , مؤمنا به ,وسيموت على ذلك عليه السلام.

Menjadi tandatanya, Nabi Isa عليه السلام memang seorang nabi, mempunyai umat yakni Bani Israil. Sekarang agama Kristian telah menjadi agama terbesar dunia dengan 2.8 bilion penganut.
Maka, apakah bila baginda, Nabi Isa عليه السلام turun buat kali kedua di akhir zaman sebagai nabi yang baru atau menjadi umat Nabi Muhammad ﷺ?

Kata Dr al Arifi, Nabi Isa عليه السلام memang termasuk dalam kelas “Ulul `Azmi” (nabi yang mendapat kedudukan tinggi di sisi Allah ﷻ). Kemudian mendapat status sahabat kerana telah bertemu Nabi Muhammad ﷺ ketika Mikraj, Nabi Isa عليه السلام beriman dengan Nabi ﷺ dan akan wafat nanti di dunia pun dalam keadaan beriman.


ففي حديث المعراج قال نبينا محمد صلى الله عليه وسلم :<< ثم صعد بي حتى أتى السماء الثانية ,فاستفتح – أي طلب جبريل من حراس السماء أن يفتحوا الباب_
قيل: من هذا؟
قال: جبريل.
قال:ومن معك؟
قال : محمد.
قيل: نعم.
قيل: مرحبا به,ولنعم المجيءجاء.
ففتح, فلما خلصت ,فإذا يحيى وعيسى وهما ابنا خالة
قال: هذا يحيى وعيسى فسلم عليهما فسلمت فردا
ثم قالا:مرحبا بالأخ الصالح والنبي الصالح]

Kemudian buraq tersebut naik bersama kami ke langit kedua. Maka Jibril minta dibukakan pintu.
“Siapakah ini?”
“Jibril”
“Siapakah yang bersamamu?”
“Muhammad.”
“Apakah dia telah diutus kepadaNya?”
“Dia telah diutus.”
Kami pun dibukakan pintu, lalu aku bertemu dengan Isa bin Maryam dan Yahya bin Zakaria (sepupu). Maka keduanya menyambutku dan mendoakan kebaikan untukku.”
[Muttafaq `alaih]

Rumusan:
Nabi Isa عليه السلام akan turun semula ke dunia menjadi mujaddid atau pembaharu kepada agama Islam. Baginda akan menjadi umat Nabi Muhammad ﷺ kerana baginda tidak membawa syariat yang baru melainkan melaksanakan syariat Nabi Muhammad ﷺ jua.

@tanda2kiamat.

Komen dan Soalan