Utama At-Tazkirah Qurthubi Tahqiq Kitab At-Tazkirah Lil Qurthubi: Bab 47 – Pencabutan Roh dan keadaan...

Tahqiq Kitab At-Tazkirah Lil Qurthubi: Bab 47 – Pencabutan Roh dan keadaan Kuburnya

283
0
Iklan

Tahqiq Kitab At Tazkirah lil Qurthubi

Kod/Bab 47: Hadith Al Barra’ yang masyhur seputar pencabutan Roh dan Keadaan Kuburnya

(باب ذكر حديث البراء المشهور الجامع لأحوال الموتى عند قبض أرواحهم و في قبورهم)

47-1 Hadith Al Barra’ bin Azib (Bahagian 4)

Pencabutan Nyawa si Jahat

قال : فإن كان فاجراً و كان في إقبال من الدنيا و انقطاع من الآخرة جاء ملك ، فجلس عند رأسه فقال : اخرجي أيتها النفس الخبيثة أبشري بسخط من الله وغضبه ، فتنزل الملائكة سود الوجوه معهم مسوح من نار فإذا قبضها الملك قاموا فلم يدعوها في يده طرفة عين ، قال : فتفرق في جسده فيستخرجها ، تقطع منها العروق و العصب كالسفود الكثير الشعب في الصوف المبتل ، فتؤخذ من الملك فتخرج كأنتن جيفة وجدت فلا تمر على جند فيما بين السماء و الأرض ، إلا قالوا ما هذه الروح الخبيثة ؟ فيقولون : هذا فلان بأسوأ أسمائه حتى ينتهوا به إلى سماء الدنيا فلا يفتح لهم ، فيقولون : ردوه إلى الأرض إني وعدتهم أني منها خلقتهم و فيها نعيدهم ، و منها نخرجهم تارة أخرى قال : فيرمي به من السماء . قال : و تلا هذه الآية و من يشرك بالله فكأنما خر من السماء فتخطفه الطير أو تهوي به الريح في مكان سحيق . قال : فيعاد إلى الأرض و تعاد فيه روحه ، و يأتيه ملكان شديدا الانتهار فينتهزانه و يجلسانه فيقولون : من ربك ؟ و ما دينك ؟ فيقول : لا أردي . فيقولون : فما تقول في هذا الرجل الذي بعث فيكم ؟ فلا يهتدي لاسمه فيقال : محمد ، فيقول : لا أدري سمعت الناس يقولون ذلك قال : فيقال : لا دريت ، فيضيق عليه قبره حتى تختلف أضلاعه . و يمثل له عمله في صورة رجل قبيح الوجه منتن الريح قبيح الثياب ، فيقول : أبشر بعذاب الله و سخطه ، فيقول : من أنت فوجهك الذي جاء بالشر ؟ فيقول : أنا عملك الخبيث فو الله ما عملتك إلا كنت بطيئاً عن طاعة الله سريعاً إلى معصية الله .

Jika orang hampir mati itu si fajir (orang jahat, ahli maksiat), yang sedang menghadap akhirat dan akan terputus dari dunia, maka datanglah seorang Malaikat (Maut) lalu duduk di kepalanya yang berseru, “Keluarlah kamu, hai jiwa yang kotor, bergembiralah kamu dengan murka Allah‎ ﷻ dan kebencian-Nya.” Kemudian turunlah para Malaikat yang berwajah hitam yang membawa kain kasar dari neraka, apabila Malaikat Maut mencabut rohnya, dan para Malaikat tadi segera menyambutnya dengan pantas.

Ketika Malaikat Maut ingin mencabut rohnya, ketika itu rohnya bertebaran dalam jasadnya, lalu beliau merentap rohnya dengan rakus hingga terputus semua urat dan sarafnya seumpama mencabut besi yang mata bercabang daripada kapas yang basah. Roh itu segera diambil oleh para Malaikat (yang berwajah hitam) dan bau roh itu amat busuk sekali .

Kemudian roh itu dibawa naik ke langit dan setiap tahap (level) langit, penduduk langit akan bertanya, “Roh busuk siapakah ini? ” Malaikat penghantar akan menjawab, “Si fulan”, dengan menyebut nama (gelaran) nya yang paling buruk, hingga sampai ke langit dunia, tetapi penjaganya enggan membuka pintunya. Mereka memberitahu akan perintah Tuhan,” Kembalikan rohnya ke dunia kerana Allah ‎ﷻ berjanji kepada mereka (anak Adam) bahawa dari bumi Dia ciptakan manusia, kepada-Nya mereka dikembalikan dan mereka akan dibangkitkan sekali lagi (kiamat), lalu dibacakan firmanNya:

وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاءِ فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ تَهْوِي بِهِ الرِّيحُ فِي مَكَانٍ سَحِيقٍ

Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh [ Al Hajj: 31 ]

Maka, rohnya segera dikembalikan kepada jasadnya (dalam kubur), kemudian datang dua Malaikat yang bengis, menyuruhnya supaya duduk dan bertanya,“Siapa Tuhanmu? apa agamamu? Siapa Nabimu?”; maka mayat itu menjawab ‘ Aku tidak tahu’. kedua Malaikat bertanya lagi,” Ceritakan tentang lelaki yang diutus dalam kalangan manusia?” Mayat itu juga tidak tahu, Malaikat memberitahu nama “Muhammad ﷺ ” Mayat masih berkata dia tidak kenal, aku memang mendengar namanya ada disebut orang.” Malaikat berkata, jadi memang kamu sah tidak tahu.” Lalu kuburnya disempitkan dan dihimpit jasadnya hingga tulang tulangnya bertaut .

Amalannya pula berubah menjadi lelaki yang buruk wajahnya,busuk baunya dan jelik pakaiannya. Dia berkata kepada tuannya, “Bergembiralah kamu dengan azab Allah ‎ﷻ dan murka-Nya.”
Si mayat bertanya lelaki buruk itu,”Siapa kamu dengan wajahnya menjelikkan?” orang amal itu berkata, “Aku adalah amal buruk kamu, aku tidak mengenali kamu, kecuali kamu dahulu (di dunia) suka melakukan maksiat dan liat untuk melakukan ketaatan.”

(Bahagian 5) Tambahan Abu Daud Al Tayalisi

قال عمرو في حديثه عن المنهال عن زاذان عن البراء عن النبي صلى الله عليه و سلم : فيقيض له أصم أبكم بيده مرزبه ضرب بها جبل صار تراباً أو قال : رميما فيضربه به ضربة تسمعها الخلائق إلا الثقلين ، ثم تعاد فيه الروح فيضرب ضربة أخرى لفظ أبي داود الطيالسي

Berkata Amru (bin Thabit) daripada Al Minhal (Abu Amru Al Minhal , tabi’in Kufah, w. أبو عمرو المنهال بن عمرو الأسدي) daripada Zaazan (Abu Amru Al Kindi, tabi’in Kufah, w.82H) daripada Al Barra’ daripada Nabi ﷺ bersabda,” Didatangkan dua lelaki yang tuli dan bisu kepadanya, di tangannya ada tukul daripada besi, jika dipalu kepada gunung, nescaya akan menjadi debu. Maka mayat orang kafir dipukul dengan tukul besi itu di mana bunyinya terdengar oleh semua makhluk kecuali Jin dan Manusia. Kemudian roh dikembalikan lagi kepadanya dan dipukul lagi.”( HR Abu Daud Al Tayalisi )

Tahqiq✍️:
HR Al Baihaqi, Ithbat Azab Al Qubur, Hadith No 20; Disahihkan oleh Al Haithami, Majma’ 3/49 .

(Bahagian 6) Tambahan Ali bin Ma’abad Al Juhani (sahih)

و خرجه علي بن معبد الجهني من عدة طرق بمعناه : و زاد فيه : ثم يقيض له اعمى أصم معه مرزبة من حديد فيضربه فيدق بها من ذؤابته إلى خصره ثم يعاد فيضربه ضربة فيدق بها من ذؤابته إلى خصره

Dikeluarkan oleh Ali bin Ma’bad Al Juhani (muhaddith Mesir, w. 218H, thiqah) secara makna, tambahan berikut: “Lalu Allah ‎ﷻ mendatangkan kepadanya seorang buta dan tuli yang membawa tukul besi. Dia memukul mayat sampai remuk dari hujung rambut sampai jemari kaki. Kemudian dikembalikan lagi rohnya kemudian dipukul lagi seperti tadi.”

و زاد في بعض طرقه عند قوله مرزبة من حديد : لو اجتمع عليه الثقلان لم ينقلوها . فيضرب بها ضربة فيصير تراباً ثم تعاد فيه الروح ، و يضرب بها ضربة يسمعها من على الأرض غير الثقلين ، ثم يقال : افرشوا له لوحين من نار و افتحوا له باباً إلى النار ، فيفرش له لوحان من نار و يفتح له باب إلى النار

Tambahan daripada sanad Al Juhani yang lain,“tentang pemukul daripada besi”, andaikata jin dan manusia dihimpunkan, mereka masih tidak mampu mengangkatnya (terlalu berat), bila pemukul besi itu menghantam mayat, mayat menjadi hancur luluh. Kemudian roh akan dimasukkan semula ke dalam jasad kemudian dihantam lagi, bunyinya terdengar oleh semua makhluk dimuka bumi kecuali manusia dan jin. Kemudian diperintahkan, hamparkan dua papan dari Neraka dan bukalah pintu ke arah Neraka kepadanya.”

و زاد فيه عند قوله : و انقطاع من الدنيا : نزلت به ملائكة غلاظ شداد معهم حنوط من نار و سرابيل من قطران يحتوشونه فتنتزع نفسه كما ينتزع السفود الكثير الشعب من الصوف المبتل يقطع معه عروقها ، فإذا خرجت نفسه لعنه كل ملك في السماء و كل ملك في الأرض

Tambahan matan “terputus dari dunia” (ketika sakarat). “Maka turunlah Malaikat-Malaikat yang kasar lagi bengis yang membawa buah-buahan dan jubah dari Neraka dan memakaikan jubah itu kepadanya, lalu nyawanya dicabut seumpama dicabut busur panah yang banyak mata dari dalam kapas hingga putus otot-ototnya dan urat-uratnya. Bila keluar nyawanya maka semua Malaikat di langit dan dunia mengutuknya.”

Tahqiq: ✍️Sahih, Ibn Jarir Tobari, musnad Umar, 2/2498

الراوي : البراء بن عازب | المحدث : ابن جرير الطبري | المصدر : مسند عمر | الصفحة أو الرقم : 2/498 | خلاصة حكم المحدث : إسناده صحيح

#Ilmu
#Amal
#Prihatin

Komen dan Soalan