Utama At-Tazkirah Qurthubi Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi: Bab 43 – Melupakan Orang yang...

Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi: Bab 43 – Melupakan Orang yang telah Mati, Angan-angan dan Kelalaian

219
0
Iklan

Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi

Kod/Bab 43-1: Melupakan orang yang telah mati, angan-angan dan kelalaian

(باب في نسيان أهل الميت ميتهم و في الأمل و الغفلة)

1.Hadith Abu Hadhbah (Palsu)

أبو هدبة إبراهيم بن هدبة قال : حدثنا أنس بن مالك قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : إن مشيعي الجنازة قد وكل بهم ملك فهم مهتمون محزنون حتى إذا أسلموه في ذلك القبر ، و رجعوا راجعين أخذ كفاً من تراب فرمى به و هو يقول : ارجعوا إلى دياركم أنساكم الله موتاكم فينسون ميتهم و يأخذون في شرائهم و بيعهم كأنهم لم يكونوا منه و لم يكن منهم

Abu Hadbah Ibrahim bin Hadbah (kazzab, pendusta, إبراهيم بن هدبة الواسطي , الكنيه: أبو هدبة) meriwayatkan daripada Anas رضي الله عنه yang meriwayatkan daripada Rasulullah ﷺ, ” Sesungguhnya ada seorang Malaikat yang memantau proses pengebumian jenazah. Pada mulanya mereka (orang yang hadir di kubur) bersedih sehinggalah selesai mereka mengebumikan jenazah dan kemudian bersedia untuk beredar pulang. Malaikat tadi mengambil segenggam tanah lalu melemparkan kepada kumpulan yang mengurus jenazah dan berkata kepada mereka,” Pulanglah kamu ke rumah-rumah kamu, semoga Allah ‎ﷻ menjadikan kamu lupakan si mati” Lantas mereka benar-benar melupakan si mayat dan kemudian mula menyibukkan diri dengan muamalat harian dan jual beli seolah-olah mereka tiada kaitan dengan si mayat .

Tahqiq✍️: Muhaqqiq (At-Tazkirah) Muhammad Usman berkata, hadith ini palsu kerana Abu Hadbah adalah pendusta (kazzab).

2. Athar Al Hasan Al Basri (Dhaif)

و يروى أن الله عز و جل لما مسح على ظهر آدم عليه السلام فاستخرج ذريته قالت الملائكة : رب لا تسعهم الأرض قال الله تعالى : إني جاعل موتاً : قالت : رب لا يهنيهم العيش . قال : إني جاعل أملاً

Dan diriwayatkan pula*, “Bahawa setelah Allah ‎ﷻ mengusap punggung (sulbi) Adam عليه السلام , maka keluarlah zuriatnya, lantas berkatalah Malaikat,” wahai Tuhan, bumi tidak akan mampu menampung mereka.” Allah ‎ﷻ menjawab,”Aku akan membuat kematian.” Kemudian Malaikat memberi komen,”Ya Rabb, sudah tentu mereka tidak ada bersemangat untuk hidup.” Allah‎ ﷻ menjawab,” Sesungguhnya Aku akan membuat angan-angan.”
Ulasan Al Qurthubi mengenai athar ini ✍️:

فالأمل رحمة من الله تعالى ينتظم به أسباب المعاش . و يستحكم به أمور الدنيا . و يتقوى به الصانع على صنعته . و العابد على عبادته ، و إنما يدم من الأمل ما امتد و طال ، حتى أنسى العاقبة ، و ثبط عن صالح الأعمال

Angan-angan (dreams) adalah rahmat daripada Allah ‎ﷻ . Kerana adanya angan-angan (yang terpuji), maka ia memberi motivasi kepada kelancaran urusan dunia, para pekerja lebih bersemangat untuk bekerja, manakala ahli ibadat lebih bersemangat melakukan ibadah. Manakala angan-angan yang tercela pula ialah angan-angan yang berlebihan (angan-angan mat jenin) hingga melupakan akhirat dan merencatkan pelaksanaan amal-amal soleh.

Daripada Al Hasan Al Basri tanpa sanad, dikeluarkan oleh Abdul Razzaq, Al Mushanaf, No 35,222), Dhaif
dikeluarkan juga oleh Abul Haqq Al Isybili (Andalusia, w.581H), Al Aqobah, 1/94 (Maktabah Darul Aqsa, Kuwait City) .

3. Athar Al Hasan (Dhaif)

. قال الحسن : الغفلة و الأمل : نعمتان عظيمتان على ابن آدم . و لولاهما ما مشى المسلمون في الطرق . يريد لو كانوا من التيقظ و قصر الأمل و خوف الموت بحيث لا ينظرون إلى معاشهم . و ما يكون سبباً لحياتهم . لهلكوا . و نحوه

Berkata Al Hasan (Al Basri, w. 110H), Lalai dan angan-angan adalah dua nikmat besar bagi manusia. Andaikan bukan kerana lalai dan angan-angan, nescaya kaum Muslimin tidak menempuh pelbagai jalan (kehidupan). Andaikata mereka selalu waspada, pendek angan-angannya dan takut mati, nescaya mereka tidak mempedulikan persoalan kehidupan dunia, maka binasalah mereka.”

Tahqiq✍️: Dikeluarkan oleh Al Ghazzali, Ihya’ Ulumiddin, 4/454, tanpa sanad.

4. Athar Mutharrif bin Abdullah (Dhaif)

قال مطرف بن عبد الله : لو علمت متى أجلي ؟ لخشيت ذهاب عقلي . و لكن الله سبحانه من على عباده بالغفلة عن الموت . و لولا الغفلة ما تهنوا بعيش و لا قامت بينهم الأسواق

Berkata Mutharrif bin Abdullah (tabi’in Basrah, w. 86H, tsiqah), “Kalaulah aku tahu bila ajalku, maka aku bimbang akan kehilangan akalku. Tetapi Allah ‎ﷻ memberi sifat lalai terhadap kematian kepada hamba-hamba-Nya. Jika tidak, nescaya manusia tidak akan merasa nikmat hidup dan pasar-pasar (mall) akan bangkrap.”

Tahqiq✍️: Dinukil oleh Al Ghazzali dalam Ihya’ 4/454, tanpa sanad. 

#Ilmu
#Amal
#Prihatin

Komen dan Soalan