Utama At-Tazkirah Qurthubi Tahqiq Kitab at Tazkirah Lil Qurthubi: Kubur Persinggahan Akhirat yang Pertama

Tahqiq Kitab at Tazkirah Lil Qurthubi: Kubur Persinggahan Akhirat yang Pertama

269
0
Iklan

Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi

Kod/Bab 33: Kubur Persinggahan Akhirat yang Pertama

(باب ما جاء أن القبر أول منازل الآخرة و في البكاء عنده ، و في حكمه و الاستعداد له)

* Pada bab ini dijelaskan bahawa kubur adalah persinggahan pertama di alam akhirat, dan anjuran bersiap siaga memasukinya.

33-1 Hadith Uthman bin Al Affan رضي الله عنه (hasan)

ابن ماجه عن هانىء بن عثمان قال : كان عثمان رضي الله عنه إذا وقف على قبر بكى حتى يبل لحيته فقيل له : تذكر الجنة و النار و لاتبكي و تبكي من هذا ؟ قال إن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال : إن القبر أول منازل الآخرة . فإن نجا منه أحد فما بعده أيسر منه و إن لم ينج منه فما بعد أشد منه

Ibnu Majah telah meriwayatkan daripada Hani’ bin Uthman رضي الله عنه , dia berkata, “Apabila Uthman رضي الله عنه berdiri di hadapan sebuah kubur, dia menangis sampai membasahi janggutnya. Maka seseorang menegurnya, ‘Ketika mengingat syurga dan neraka engkau tidak menangis. Kenapa engkau menangis kerana melihat kubur ini?’ Uthman رضي الله عنه menjawab, ‘Sesungguhnya Rasulullah ﷺ pernah bersabda: ‘Sesungguhnya kubur adalah persinggahan pertama di alam akhirat. Jika seseorang selamat daripada [fitnah] kubur, maka selanjutnya akan lebih mudah. Dan jika dia tidak selamat, maka selanjutnya akan lebih sulit baginya.’ Tambahan:

قال قال يا رسول الله صلى الله عليه و سلم : ما رأيت منظراً قط إلا و القبر أفظع منه أخرجه الترمذي

Dan kata Uthman رضي الله عنه pula: Sabda Rasulullah ﷺ : ‘Tidak satupun pemandangan yang aku lihat, kecuali kubur tetap lebih seram daripadanya.’

Takhrij✍️:
Sebenarnya ia satu hadith sahaja, dikeluarkan oleh Tirmidzi dan Ibn Majah.
Ibn Majah no. 3461, dinilai hasan oleh Syaikh Al Albani

الراوي : هانئ مولى عثمان | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح ابن ماجه
الصفحة أو الرقم: 3461 | خلاصة حكم المحدث : حسن

At Tirmidzi, sunan, no 2308, status hasan oleh Al Albani, sahih At Tirmidzi.

الراوي : عثمان بن عفان | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الترمذي
الصفحة أو الرقم: 2308 | خلاصة حكم المحدث : حسن

33-2 Hadith Al Barra’ (hasan)

ابن ماجه عن البراء قال : كنا مع رسول الله صلى الله عليه و سلم في جنازة . فجلس على شفير القبر فبكى و أبكى حتى بل الثرى ثم قال : يا إخواني لمثل هذا فأعدوا

Ibnu Majah juga telah meriwayatkan daripada Al-Barra’, dia berkata, “Pernah kami bersama Rasulullah ﷺ menghadiri jenazah. Maka beliau duduk di tepi kubur, lalu menangis dan membuat yang lain-lain ikut menangis, sampai membasahi tanah, kemudian beliau bersabda, ‘Hai saudara-saudaraku, untuk hal seperti ini bersiap-siaplah kamu sekalian.’”

Tahqiq✍️:
Hadith hasan, Al Albani, sahih Ibn Majah, 3402, Ahkam Al Janaiz, ms 200 (حسنه الألباني ‏ ابن ماجه 3402 dan Ahkam Al-Jana-Iz [200] ).

33-3 Asal usul penguburan mayat (sejarah)

القبر واحد القبور في الكثرة و أقبر في القلة و يقال للمدفن : مقبر

Kubur dari sudut lughawi (bahasa arab):

1⃣. Al Qabr menunjukkan kata tunggal [mufrad], tunggal, (singular);

2⃣. Al qubuur untuk banyak [jamak] (plural) .

3⃣. Aqbur untuk jamak qillah. * jamak qillah, bilangan 3-10 kubur

4⃣. Maqbar adalah tempat dihimpunnya kubur-kubur, tanah perkuburan .

33-4 Kubur yang pertama dalam sejarah manusia

و اختلف في أول من سن القبر ؟ : الغراب لما قتل قابيل هابيل . و قيل بنو إسرائيل ، و ليس بشيء . و قد قيل : كان قابيل يعلم الدفن و لكن ترك أخاه بالعراء استخفافاً به ، فبعث الله غراباً يبحث التراب على هابيل ليدفنه . فقال عند ذلك يا ويلتى أعجزت أن أكون مثل هذا الغراب فأواري سوآة أخي فأصبح من النادمين حيث رأى إكرام الله لهابيل بأن قبض الله الغراب له حتى واراه . و لم يكن ذلك ندم توبة . و قيل : ندمه إنما كان على فقده . لا على قتله

Orang berselisih pendapat, siapakah yang pertama-tama membuat kubur? Konon ia adalah burung gagak, ketika Qabil membunuh Habil. Dikatakan bahawa Qabil waktu itu sebenarnya sudah mengerti bagaimana cara menguburkan saudaranya, tetapi dia membiarkannya tergeletak (terbaring) di padang terbuka, kerana meremehkannya.

Maka Allah‎ ﷻ mengirimkan seekor burung gagak. Burung itu menggali-gali tanah untuk menguburkan jasad Habil. Ketika itulah Qabil berkata, “’Aduhai celaka aku, kenapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu aku kuburkan mayat saudaraku ini?’ Kerana itu jadilah dia seorang di antara orang-orang yang menyesal.” [ Al-Maa-Idah: 31 ]

Qabil menyesal, kerana dia melihat penghormatan Allah ‎ﷻ kepada Habil dengan mendatangkan seekor burung gagak kepadanya untuk menguburkan jasad Habil. Penyesalan itu bukanlah penyesalan taubat. Dan ada yang berpendapat bahawa penyesalan Qabil adalah kerana merasa kehilangan saudaranya, bukan kerana pembunuhan yang telah dilakukannya.

Tahqiq✍️:
Pembunuhan pertama bani Adam ialah Qabil membunuh Habil bukan pembunuhan dalam kalangan Bani Israel, sebab Bani Israel bermula dengan Nabi Yaakob عليه السلام .

Dalil:
لا تُقْتَلُ نَفْسٌ ظُلْمًا، إلَّا كانَ علَى ابْنِ آدَمَ الأوَّلِ كِفْلٌ مِن دَمِها؛ لأنَّهُ أوَّلُ مَن سَنَّ القَتْلَ.
الراوي : عبدالله بن مسعود | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري

الصفحة أو الرقم: 3335

“Tidak dibunuh secara zalim melainkan ke atas anak Adam yang pertama (Habil) kerana dialah (Qabil) yang pertama melakukan pembunuhan” ( HR Bukhari 3335 ) daripada sanad Ibn Mas’ud رضي الله عنه.

Dr Salah Abdul Fattah Al Khalidi, Maa Qasyasyi As Saabiqin Fi Al Qur;an ( bersama kisah-kisah silam dalam Al-Qur’an ).

33-5 Athar Ibn Abbas رضي الله عنهما

Apakah Habil bertaubat selepas membunuh Qabil

قال ابن عباس : و لو كانت ندامته على قتله لكانت الندامة توبة

Ibnu Abbas رضي الله عنهما berkata, “Andaikan penyesalan Qabil itu lantaran pembunuhan yang dilakukannya, maka penyesalannya bererti taubat.”

Dikeluarkan oleh Ibn Asyur, Tafsir At Tahrir Wa At Tanwiir, 6/174 ( التحرير والتنوير:6/174) .

33-6 Burung Gagak mengajar Qabil cara menguburkan mayat

و يقال : إنه لما قتله قعد يبكي عند رأسه . إذ أقبل غرابان فاقتتلا . فقتل أحدهما الآخر ثم حفر له حفرة فدفنه ، ففعل القاتل بأخيه كذلك . فبقي ذلك سنة لازمة في بني آدم . و في التنزيل ثم أماته فأقبره أي جعل له قبراً يواري فيه إكراماً له و لم يجعله مما يلقى على وجه الأرض تأكله الطير و العوافي . قاله الفراء

Ada pendapat lain mengatakan, bahawa setelah Qabil berhasil membunuh Habil, maka dia duduk menangis di sisi kepala saudaranya itu. Tiba-tiba datanglah dua ekor burung gagak yang berkelahi. Salah satunya berhasil membunuh yang lain. Lalu burung yang menang menggali lubang untuk yang kalah dan menguburkannya. Kemudian Qabil melakukan seperti itu terhadap saudaranya, perbuatan mana kemudian menjadi tradisi dalam kalangan Bani Adam untuk menguburkan mayat. Dalam Al-Qur’an disebutkan yang ertinya:

ثُمَّ أَمَاتَهُ فَأَقْبَرَهُ

“Kemudian Allah‎ ﷻ mematikannya dan menguburnya.” [ Abasa: 21 ]

Maksudnya, Allah ‎ﷻ membuat kubur yang menutupi jasadnya sebagai penghormatan terhadapnya. Allah‎ ﷻ tidak membiarkan mayat manusia tergeletak(terbaring) begitu saja di atas tanah lalu dimakan burung dan binatang-binatang pemakan bangkai. Demikian kata Al-Farra’ (Abu Zakariyya Yahya bin Ziyaad bin Abdullah bin Manzur Al Dailami Al Farra’ (w. 207H), kitabnya Ma’ani Al-Qur’an, 3/237.

أبو زكريا يحيى بن زياد بن عبد الله بن منظور الديلمي الفراء (المتوفى: 207هـ) ا .

33-7 Athar Abu Ubaidah (sahih)

و قال أبو عبيدة : جعل له قبراً و أمر أن يقبر . قال أبو عبيدة : و لما قتل عمر بن هبيرة صالح بن عبد الرحمن قالت بنو تميم ، و دخلوا عليه : أقبرنا صالحاً . فقال : دونكموه

Adapun menurut Abu Ubaidah*, “Allah ‎ﷻ menjadikan kubur untuk mayat manusia, dan menyuruh supaya mayat itu dikuburkan .” Dan dia katakan pula, tatkala Umar bin Hubairah** membunuh Shalih bin Abdurrahman, maka berkatalah Bani Tamim saat menemui mayatnya, “Kami hendak menguburkan Saleh.” Maka Umar berkata, “Ambillah dia.”

——————
*Abu Ubaidah, Abu Ubaidah, Ma’mar bin Al Muthanna At Taimi Al Basri, wafat 209H, tabi’ tabi’in, thiqah, (أبو عبيدة معمر بن المثنى، التميمي بالولاء،البصري (ولد في رجب سنة 110 هـ – 209 هـ)

**Umar bin Hubairah adalah Gabenor Iraq, yang membunuh Saleh bin Abdul Rahman pada tahun 103H di Iraq ketika krisis dalam pentadbiran Bani Umayyah.

Rujukan✏️:
1. Az Zahabi, Tarikh Islam 7/110
2. Zirkily, Tartib Al A’lam Ala Al Awaam 1/177

الذهبي ـ تاريخ الإسلام. ج ٧ / ١١٠. والزركلي ـ ترتيب الأعلام على الأعوام. ج ١ / ١٧٧ .

33-8 Seputar Hukum Kuburan (bentuknya)

(حكم القبر : أن يكون مسنماً )

و حكم القبر : أن يكون مسنماً . مرفوعاً على وجه الأرض قليلاً غير مبني بالطين و الحجارة و الجص فإن ذلك منهى عنه

Kubur hendaklah berbonggol, ditinggikan sedikit dari permukaan tanah, tetapi tidak dibuat bangunan, baik dengan tanah liat, batu, ataupun kapur/marmar, kerana itu memang dilarang.

Hadith Jabir رضي الله عنه ,

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ غِيَاثٍ، عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ، عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ، عَنْ جَابِرٍ، قَالَ: ” نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُجَصَّصَ الْقَبْرُ، وَأَنْ يُقْعَدَ عَلَيْهِ، وَأَنْ يُبْنَى عَلَيْهِ “،

Menurut Riwayat Muslim daripada Jabir رضي الله عنه , bahawa dia berkata: “Rasulullah ﷺ telah melarang apabila kubur dibuat konkrit, diduduki, dan dibuat bangunan di atasnya.” ( Sahih Muslim No.970 ) .

33-9 Seputar Hukum Kuburan (bentuknya)

(حكم القبر : أن يكون مسنماً )

Hadith Jabir رضي الله عنه (sahih)

و خرجه الترمذي أيضاً عن جابر ، قال نهى رسول الله صلى الله عليه و سلم أن تجصص القبور و أن يكتب عليها و أن يبنى عليها و أن توطأ ، قال أبو عيسى هذا حديث صحيح .

Dan diriwayatkan pula oleh At-Tirmidzi daripada Jabir رضي الله عنه , dia berkata, “Rasulullah ﷺ telah melarang kubur *dilepa*, ditulisi, dibangun dan *diinjak*.”

Takhrij✍️:
نَهَى أن تُجَصَّصَ الْقُبُوْرُ وأن يُكْتَبُ عليها وأن يُبْنَى عليها وأن تُوْطَأَ (قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ )

”Beliau melarang menembok kuburan, menuliskan tulisan padanya, membuatkan bangunan padanya, dan memijaknya” ( HR Termidzi, no. 1052 ). Ulasan Abu Isa, hadith ini hasan sahih. (Sahih; Al Albani, Ahkam Al-Jana’iz [260])

Syarah:
قال علماؤنا رحمهم الله : و كره مالك تجصيص القبور ، لأن ذلك من المباهاة و زينة الحياة الدنيا و تلك منازل الآخرة ، و ليس بموضع المباهاة ، و إنما يزين الميت في قبره عمله

Menurut Mazhab Maliki (mazhab Al Qurthubi), Imam Malik menghukumi Makruh dibangunkan dengan batu bata kerana ia termasuk bermegah-megah dan perhiasan keduniaan, padahal kubur adalah jambatan ke akhirat bukan tempat bermegah-megah, yang menghiasi si mayat adalah amalannya.

Ulasan Syaikh Muhammad bin Soleh Al Uthaimin رحمه الله

1⃣. Isu membangunkan binaan di atas kubur:

وهو أيضا ذريعة إلى أن يتبها الناس بهذا التلوين فتصبح القبور محل مباهاة، ولهذا ينبغي تجنب هذا.

Dan hal tersebut merupakan jalan untuk berbangga-bangga di hadapan manusia, sehingga kuburan berubah fungsinya menjadi tempat untuk berbangga. Oleh kerana itu yang sebaiknya dilakukan adalah menjauhi hal tersebut.

2⃣. Isu menulis pada binaan kuburan:

لكن بعض أهل العلم خفف فيما إذا كانت الكتابة لمجرد الإعلام فقد وليس فيها مدح وﻻ ثناء. و حمل النهي على الكتابة التي يكون فيها تعظيم لصاحب القبر، وقال : بدليل أنه :[ أي النهي عن الكتابة] قورن بالنهي عن تجصيص القبور والبناء عليها.

Akan tetapi sebahagian ulama memberikan rukhsah tentang hal ini, iaitu apabila tulisan tersebut semata-mata untuk pemberian tanda dan tidak ada bentuk pujian mahupun sanjungan pada tulisan tersebut. Mereka memakai larangan tersebut dengan jenis tulisan yang terdapat padanya sikap pengagungan kepada penghuni kubur.
Mereka menyatakan bahawa larangan daripada membuat tulisan di kuburan itu dihubungkan dengan adanya larangan daripada *mengapur* kuburan dan membuat bangunan di atasnya.

Syaikh Ibn Uthaimin, Sab’un Suaalin Fii Ahkaam Al Janaiz, Madar Al Watan, Riyadh

(سبعون سؤالا في أحكام الجنائز || طـ مدار الوطن ١٤٣٢ ه.)

**dilepa bermaksud diikat batu bata, kerja-kerja konkrit pada kuburan

**diinjak bermaksud dipijak dengan kaki

**Mengapur bermaksud proses menggunakan kapur (limestone) iaitu salah satu proses senibina zaman dahulu di mana kapur digunakan untuk menutup batu bata supaya menjadi putih dan cantik. Pada zaman sekarang simen dan konkrit digunakan.

33-10 Seputar Hukum Kuburan (bentuknya) (حكم القبر : أن يكون مسنماً )

Hadith Ali رضي الله عنه (sahih)

و في صحيح مسلم ، عن أبي الهياج الأسدي قال : قال علي بن أبي طالب رضي الله عنه : ألا أبعثك على ما بعثني عليه رسول الله صلى الله عليه و سلم ؟ ألا تدع تمثال إلا طمسته ، و لا قبراً مشرفاً إلا سويته

Dalam sahih Muslim ada diriwayatkan daripada Abu Al-Hayyaj Al-Asadi, daripada Ali bin Abu Talib رضي الله عنه berkata, “Mahukah kamu kuutus untuk melaksanakan sesuatu sebagaimana aku diutus oleh Rasulullah ﷺ untuk melakukannya? Jangan kamu biarkan satu pun berhala kecuali kamu hancurkan. Dan jangan kamu biarkan satu pun kubur yang ditinggikan kecuali kamu ratakan.”

Takhrij✍️: HR Muslim no 969

عَنْ أَبِي، الْهَيَّاجِ الأَسَدِيِّ قَالَ قَالَ لِي عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ أَلاَّ أَبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِي عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ لاَ تَدَعَ تِمْثَالاً إِلاَّ طَمَسْتَهُ وَلاَ قَبْرًا مُشْرِفًا إِلاَّ سَوَّيْتَهُ (صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 969)

Fiqh hadith:

✏️Hukum membina bangunan di atas kubur.

Imam Syafi’iy رحمه الله berfatwa ada dua hukum:

1⃣. Jika ia dimakamkan di tanah milik persendirian, maka hukum bangunan di atas kubur adalah makruh, hukum haram jika kubur di atas tanah waqaf. (Imam Nawawi, Al-Minhaj, Juz: 7, Hal: 370

2⃣. Bagaimana dengan struktur kubur yang sebenar, diratakan sama rata dengan tanah kubur atau dibonggolkan sedikit?
Pendapat terkuat ialah ditinggikan sedikit, dalil:

وفي صحيح البخاري : حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُقَاتِلٍ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ، أَخْبَرَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ عَيَّاشٍ، عَنْ سُفْيَانَ التَّمَّارِ، أَنَّهُ حَدَّثَهُ: «أَنَّهُ رَأَى قَبْرَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُسَنَّمًا

Dalam Sahih Bukhari, athar daripada Sufyan At-Tammar bahawasanya beliau melihat kubur Nabi ﷺ dalam keadaan ditinggikan.
Juga daripada Asy Sya’bi, bahawasanya beliau melihat kuburan syuhada uhud dalam keadaan ditinggikan (Umdatul Qari, Juz: 8, Hal: 324.)

3⃣. Tetapi kefahaman Syaikh Muhammad Abdul Wahab رحمه الله , bila anak cucunya menguasai Mekah dan Madinah, mereka meratakan semua kubur, menghancurkan semua binaan di atasnya. Mengambil maksud harfiah atau literal hadith ini. Maka kalau anda melawat kubur Baqi’ Madinah, kubur Ma’la di Mekah atau makam Uhud, di Madinah maka semuanya sudah diratakan (flattened atau disamaratakan dengan tanah kubur secara am, tidak dibonggolkan).

33-11 Seputar Hukum Kuburan (bentuknya)

(حكم القبر : أن يكون مسنماً )

Athar Asim bin Abi Saleh (dhaif)

و قال أبو داود في المراسيل ، عن عاصم بن أبي صالح : رأيت قبر النبي صلى الله عليه و سلم شبراً أونحواً من شبر يعني في الارتفاع

Abu Dawud (Sijistani, w.275H) berkata dalam kitab Al-Marasil (ms 211), daripada Ashim bin Abi Shalih (Tabi’in, tiada biografi), “Aku melihat kubur Nabi ﷺ satu jengkal atau lebih-kurang satu jengkal.” Maksudnya tingginya. * (satu jengkal=6 inci)

Tahqiq✍️: Athar ‘Ashim adalah dhaif kerana mursal, dia adalah tabi’in. Muhaqqiq At Tazkirah Khalid Uthman

Lafaz sahih ialah daripada Jabir:
Jabir bin Abdillah رضي الله عنهما , beliau mengatakan,

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُلْحِدَ وَنُصِبَ عَلَيْهِ اللَّبِنُ نَصَبًا، وَرُفِعَ قَبْرُهُ مِنَ الْأَرْضِ نَحْوًا مِنْ شِبْرٍ (صحيح ابن حبان برقم 6635، وحسنه الشيخ الألباني رحمه الله في أحكام الجنائز ص195

“Bahawa Nabi ﷺ dimakamkan dalam liang lahat, diletakkan batu nisan di atasnya, dan kuburannya ditinggikan dari permukaan tanah setinggi satu jengkal.”( HR Ibn Hibban ) dalam sahihnya no 6635, dinilai hasan oleh Syaikh Al Albani, Ahkam Al Janaiz 195.

#Ilmu#Prihatin#Amal

Komen dan Soalan