Utama At-Tazkirah Qurthubi Tahqiq Kitab at Tazkirah Lil Qurthubi: Dahsyatnya Permulaan Maut

Tahqiq Kitab at Tazkirah Lil Qurthubi: Dahsyatnya Permulaan Maut

180
0
Iklan

Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi

Kod/Bab 32: Dahsyatnya permulaan Maut

(باب ما جاء في هول المطلع)

32-1 Hadith Jabir (dhaif)

تقدم من حديث جابر بن عبد الله قال قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : لاتمنوا الموت فإن هول المطلع شديد الحديث

Dalam pembahasan sebelumnya sudah disebutkan hadith daripada Jabir bin Abdullah رضي الله عنه , di mana dia berkata, sabda Rasulullah ﷺ :

“Jangan kamu sekalian menginginkan mati, kerana kedahsyatan di awal kematian amatlah berat…” ( HR Ahmad dan Al Bazzar )

Tahqiq Al Albani, dhaif, silsilah Al dhaifah 885
الراوي : جابر بن عبدالله | المحدث : الألباني | المصدر : السلسلة الضعيفة
الصفحة أو الرقم: 885 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف

Tahqiq Al Zahabi, juga dhaif, Mizan Al I’tidal 3/404
لا تتمنَّوْا الموتَ فإنَّ هوْلَ المطلعِ شديدٌ
الراوي : جابر بن عبدالله | المحدث : الذهبي | المصدر : ميزان الاعتدال
الصفحة أو الرقم: 3/404 | خلاصة حكم المحدث : منكر وله علة.

32-2 Athar Umar رضي الله عنه (sahih)

و لما طعن عمر بن الخطاب رضي الله عنه قال له رجل : إني لأرجو أن لا تمس جلدك النار فنظر إليه ثم قال : إن من غررتموه لمغرور . و الله لو أن لي ما على الأرض لافتديت به من هول المطلع

Ketika Umar bin Al-Khatab رضي الله عنه ditikam, berkatalah seseorang kepadanya, “Sesungguhnya aku berharap kulitmu tidak tersentuh api neraka.” Umar pun menatap orang itu kemudian berkata, “Sesungguhnya orang yang kamu perdayakan benar-benar bisa terpedaya. Demi Allah ‎ﷻ , andaikan aku memiliki semua yang ada di muka bumi, nescaya aku jadikan tebusan, kerana dahsyatnya permulaan maut.”

Tahqiq ✍️: sahih

حكم الأثر: صحيح
أخرجه ابن حبان في صحيحه (ج15/ص314) والخطيب في تاريخ بغداد ت بشار (ج8/ص291) والبيهقي في شعب الإيمان (ج6/ص502) ومن طريقه ابن عساكر في تاريخ دمشق (ج44/ص442) من طريق غسان بن الربيع، حدثنا ثابت بن يزيد، عن داود بن أبي هند، عن الشعبي، عن ابن عباس،

( HR Ibn Hibban ) Dalam sahihnya 14/314, Al Khatib Al Baghdadi dalam Tarikh Baghdad 8/291, Baihaqi, Syu’ab Al Iman 6/502 daripada sanad Ibn Asaakir dalam Tarikh Dimasyq 44/442 daripada sanad Ghasan bin Ar Rabi’ daripada Thabit bin Yazid daripada Daud bin Abi Hind daripada Al Sya’bi daripada Ibn Abbas رضي الله عنهما .

مستدرك الحاكم ج 3 ص 92 والطبقات ج 3 ص 352
Juga dalam Mustadrak Al Hakim 3/92, disahihkan oleh Al Hakim disepakati Az Zahabi, juga dalam Tabaqat Ibn Saad, 3/352.

32-3 Athar Abu Darda رضي الله عنه ‘ (sahih sanadnya)

و قال أبو الدرداء رضي الله عنه : أضحكني ثلاث و أبكاني ثلاث . أضحكني مؤمل دنيا و الموت يطلبه ، و غافل ليس بمغفول عنه ، و ضاحك بملء فيه لا يدري أأرضى الله أم أسخطه ؟ و أبكاني : فراق الأحبة محمد صلى الله عليه و سلم و حزبه ، و أحزنني هول المطلع عند غمرات الموت ، و الوقوف بين يدي الله يوم تبدو السريرة علانية ثم لايدري إلى الجنة أو إلى النار . أخرجه ابن المبارك . قال أخبرنا غير واحد عن معاوية بن قرة قال : قال أبو الدرداء : فذكره

Abu Darda رضي الله عنه berkata, “Ada tiga hal yang membuat aku tertawa, dan ada tiga hal yang membuatku menangis. Aku tertawa melihat orang yang mengharapkan dunia, padahal ia dikejar kematian. Orang yang lalai padahal ia tidak pernah dilalaikan. Orang yang tertawa dengan makanan sepenuh mulutnya sedangkan dia tidak tahu apakah Allah‎ ﷻ meredhai atau memurkainya.

Adapun yang membuatku menangis, ialah berpisah dengan para kekasih, iaitu Muhammad ﷺ . Dan para pengikutnya. Dan aku sedih memikirkan betapa dahsyatnya permulaan kematian ketika mengalami sakaratul maut. Dan bagaimana keadaanku ketika berdiri di hadapan Allah ‎ﷻ pada saat di mana hal-hal yang selama ini tersembunyi menjadi tampak, lalu tahu apakah ke Syurga atau ke Neraka.”

Kata-kata tersebut diriwayatkan oleh Ibnul Mubarak, di mana dia katakan: Telah mengkhabarkan kepada kami, bukan hanya seorang, daripada Mu’awiyah bin Qurrah, dia berkata: Abu Darda’ berkata, … [lalu dia sebutkan kata-kata itu].

Tahqiq✍️:
Sahih athar ini
قد أسندها ابن المبارك في الزهد إلى أبي الدرداء، وأسندها أبو نعيم في الحلية إلى سلمان الفارسي، وراجع البداية والنهاية لابن كثير، والاستيعاب لابن عبد البر، والإصابة لابن حجر

Sahih, dinukil oleh Ibn Mubarak dalam Az Zuhud (no 249) daripada sanad Abu Darda’, sanad Abu Nu’aim dalam Al Hilyah, daripada sanad Salman Al Faarisi, juga dalam Ibn Kathir, Al Bidayah, Ibn Abdil Barr , Al Isti’ab dan Al Isobah oleh Ibn Hajar, disahkan oleh Dr Sadiq Ibrahim, Muhaqqiq At Tazkirah.

32-4 Athar Anas رضي الله عنه (dhaif)

قال : وأخبرنا محمد ، بلغ به أنس بن مالك قال : ألا أحدثكم بيومين و ليلتين لم تسمع الخلائق بمثلهن : أول يوم يجيئك من الله تعالى ، إما برضاه و إما بسخطه و يوم تعرض فيه على ربك آخذاً كتابك ، و إما بيمينك و إما بشمالك و ليلة تستأنف فيها المبيت في القبور و لم تبت فيها قط . و ليلة تمخض صبيحتها يوم القيامة

Dan telah menceritakan kepada kami, Muhammad (bin Shihab Al Zuhri, w.124H), yang disampaikan oleh Anas bin Malik رضي الله عنه , dia berkata, ‘Tidakkah aku ceritakan kepada kalian semua, tentang dua hari dan dua malam, yang tiada taranya sepanjang yang pernah didengar oleh makhluk apa pun, iaitu hari pertama kali datangnya pembawa berita daripada Allah ‎ﷻ kepadamu, apakah dia membawa khabar tentang redha-Nya atau murka-Nya, dan hari dihadapkannya kamu ke hadrat Tuhanmu sambil mengambil buku catatan amalmu, apakah dengan tangan kanan ataukah dengan tangan kirimu, malam pertama mayat menginap dalam kubur, yang sebelumnya sama sekali belum pernah menginap di sana, dan malam yang esok harinya disusul dengan hari kiamat.”

Komentar muhaqqiq Dr Sadiq: Dikeluarkan oleh Al Baihaqi, Syu’ab, hadith no 10,697. Mauquf (sejenis hadith dhaif).

#Ilmu#Prihatin#Amal

Komen dan Soalan