Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah SOAL JAWAB FIQH SUNNAH: Apa Definasi Perkataan Yatim Dalam Islam?

SOAL JAWAB FIQH SUNNAH: Apa Definasi Perkataan Yatim Dalam Islam?

168
0
Iklan

🔴 Adakah maksud yatim yang sebenar? Adakah hanya merujuk kepada anak-anak yang “kehilangan ayah” sebelum baligh sahaja?

✅ Daripada aspek lughawi (bahasa arab): Yatim bermaksud solo, sendirian, tunggal.

Istilah:

  • Yatim: kematian ayah
  • ‘Ajiy: kematian ibu
  • Latim: mati kedua ibubapa

Bahasa Melayu (Kamus DBP):

  • Yatim: mati salah seorang ibu atau bapa.
  • Yatim piatu: mati kedua ibubapa. 

Status yatim:

Hanya terpakai ketika sebelum baligh sahaja, apabila sudah mencapai umur baligh, hapuslah istilah tersebut kepada seseorang sebab dia sudah mukallaf.

Dalil hadith Nabi ﷺ:

لاَ يُتْمَ بَعْدَ احْتِلاَمٍ

“Tidak ada keyatiman setelah baligh”. 

(Abu Daud No.2873, dinilai Sahih oleh Al-Albani)

#Ilmu#Prihatin#Amal

Komen dan Soalan