Utama Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor Soal Jawab Bersama Doktor: Seputar Persoalan Kesihatan Bilik 50 – Bahagian 8/2021

Soal Jawab Bersama Doktor: Seputar Persoalan Kesihatan Bilik 50 – Bahagian 8/2021

53
0
Iklan

Vaksin C-19

Soalan 1:

  1. Doktor, benarkah tidak boleh melakukan pekerjaan berat selepas mengambil suntikan vaksin? Jika rutin seharian saya memang berjoging setiap pagi, bolehkah saya meneruskan aktiviti tersebut selepas divaksin dan jika tidak boleh, berapa hari aktiviti berjoging perlu dihentikan untuk sementara waktu?
  2. Seperti yang dimaklumkan, 2 suntikan dos adalah vaksin yang sama, tetapi adakah terdapat kes 2 suntikan dos vaksin yang berlainan jenis?
  3. Apakah persediaan sebelum menerima suntikan vaksin daripada segi perubatan kepada ibu mertua saya yang berpenyakit darah tinggi? Perlu kah diberikan ‘Panadol’ atau ubat demam sebelum disuntik vaksin?
  4. Boleh kah makan durian selepas pengambilan vaksin?

Jawapan:

  1. Tiada masalah, aktiviti kebiasaan boleh diteruskan.
  2. Belum pernah terjadi lagi di Malaysia. Individu akan menerima 2 dos vaksin yang sama jenis.
  3. Tiada apa-apa persediaan dan tidak perlu ambil ‘Panadol’ sebelum divaksin.
  4. Tiada pantang-larang dalam pemakanan selepas di vaksin.

https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19

 

Pengambilan ubat alahan bagi wanita hamil

Soalan 2:

Doktor, bolehkah wanita hamil 14 minggu, mengambil Cetrizine untuk rawatan bagi alahan (gatal mata,selesema atau salah makan)?

Jawapan:

Boleh makan Cetrizine untuk rawatan alahan.

https://www.erufucare.com/ms/juliet-station/taking-medications-during-pregnancy-it-safe

 

Masalah pada mata dan ubat mata

Soalan 3:

  1. Mengapakah tekak rasa pahit selepas menitikkan ubat ke dalam mata? Ada kesan sampingankah jika ditelan?
  2. Adakah mata merah sebelah sahaja tanpa bengkak pada kelopak mata itu dianggap sakit mata?

Jawapan:

  1. Rasa pahit kerana ada satu saluran halus berhubung dengan tekak yang kita panggil ‘Nasolacrimal Duct’. Apabila kita titiskan ubat ke dalam mata, ubat akan sampai ke tekak melalui saluran ini. Tiada kesan yang mudarat jika tertelan.
  2. Sakit mata yang bukan disebabkan oleh jangkitan kuman virus, berkemungkinan kerana alahan pada sesuatu yang menyebabkan mata kemerahan dan berair.

[Sesetengah ubat titis mata yang digunakan oleh doktor mata mengandungi steroid. Steroid merupakan sejenis bahan yang digunakan untuk merawat radang mata dan juga masalah mata yang lain seperti allergi pada mata. Ia juga digunakan selepas pembedahan mata untuk tempoh waktu yang tertentu dan pemeriksaan mata susulan bagi pemberian ubat tersebut akan dibuat dari semasa ke semasa. Ubat ini akan dihentikan penggunaannya setelah radang mata sembuh atau jika terdapat kesan sampingan daripada penggunaannya.]

https://www.ukm.my/oftalmologifper/kebutaan-akibat-penggunaan-ubat-titis-mata-tanpa-nasihat-doktor/

 

Penyakit Kencing Manis

 Soalan 4:

Doktor, ibu saudara saya penghidap kencing manis dan telah memulakan pengambilan ubat semenjak 2 bulan lepas tetapi bacaan gula dalam darahnya masih lagi tinggi. Apakah perlu tukar ubat?

Jawapan:

Pesakit perlu mengawal pemakanan dan mengamalkan aktiviti bersenam.

[Kawalan glukosa darah adalah penting untuk memastikan glukosa darah terkawal. Diabetes akan menyebabkan seseorang lima kali lebih cenderung untuk mendapat penyakit kardiovaskular (contohnya, serangan jantung dan strok) berbanding dengan seseorang yang tidak ada diabetes. Diabetes juga boleh menyebabkan kehilangan penglihatan, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf dan pemotongan anggota badan bawah.]

https://www.myhealthmylife.com.my/ms/kencing-manis/mengurus-diabetes#

 

Kecederaan tulang

Soalan 5:

Doktor, apakah rawatan dan ubatan yang sesuai jika kaki terpelecok. Bagimana untuk sembuh dengan cepat? Setakat ini farmasi memberi ubat sapu dan 2 jenis ubat makan.

Jawapan:

Kecederaan tisu lembut mengambil masa 6 minggu untuk pulih, oleh itu perlu merehatkan kaki tersebut hingga 6 minggu atau sehingga tiada lagi kesakitan.

[Tulang yang mengalami kepatahan atau retak akibat kecederaan akan melalui proses penyembuhan tulang. Proses penyembuhan tulang patah ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat: keradangan, penghasilan sel tulang baharu dan pembentukan tulang.]

https://physiomobile.my/proses-penyembuhan-tulang/

Komen dan Soalan