Utama Bilik (01) Fiqh As Sunnah SOAL JAWAB FIQH SUNNAH: Pencerahan Mengenai Halal, Haram dan Syubhah

SOAL JAWAB FIQH SUNNAH: Pencerahan Mengenai Halal, Haram dan Syubhah

32
0
Iklan

Hadith Nu’man bin Basyir رضي الله عنه:

سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الَحرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِيْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الحَرَامِ كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الحِمَى يُوْشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيْهِ أَلاَّ وِإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلاَ وَإِنَّ حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ أَلَا وَإِنَّ فِي الجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلُحَتْ صَلُحَ الجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ القَلْبُ رَوَاهُ البُخَارِي وَمُسْلِمٌ

Daripada An-Nu’man bin Basyir رضي الله عنه, beliau mengatakan, “Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, ‘Sungguh yang halal itu jelas, yang haram pun jelas. Dan di antara keduanya ada perkara yang syubhat –perkara yang rancu– yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Maka, barangsiapa yang menghindari syubhat, maka bererti dia telah membebaskan agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara syubhat, maka dia jatuh dalam perkara yang diharamkan oleh Allah ﷻ. Seperti seorang gembala menggembalakan di sekitar tanah larangan. Hampir saja dia masuk dalam tanah larangan itu. Dan sungguh setiap Raja itu memiliki tanah larangan. Dan tanah larangan Allah ﷻ adalah perkara-perkara yang diharamkan-Nya. Dan sungguh pada jasad ini ada sekerat daging yang jika dia baik maka seluruh anggota tubuh akan baik dan jika dia rusak maka seluruh anggota tubuh akan rusak dan itu adalah hati.’” 

(Bukhari dan Muslim)

🔴 Mohon pencerahan berkaitan hadith di atas.

✅ Hadith tersebut adalah hadith No.6 daripada kitab matan Arba’in An-Nawawiyah رحمه الله (koleksi hadith 40 Imam Nawawi رحمه الله). Kitab hadith yang sepatutnya dihafal dan diketahui syarahnya oleh setiap muslim yang mendakwa ahli sunnah.

Fiqh hadith No. 6:

1. Dalam dunia ini terdapat tiga jenis isu halal dan haram

  • Halal yang nyata, seperti halalnya memakan lembu dan kambing.
  • Haram yang nyata, seperti haramnya memakan babi.
  • Syubhah (hukumnya tidak jelas sama ada ada halal atau haram; contohnya memakan daging yang menggunakan logo halal China, Thailand atau Filipina atau hukum memakan katak dan memakan buaya.)

    2. Isu hati dan penjagaannya. Hati itu bukanlah bermaksud organ badan (liver) tetapi hati yang maknawi.

#Ilmu#Prihatin#Amal

Artikel sebelumnyaTafsir Surah Al-Maidah: Tafsir Ayat Ke-16 hingga Ke-19
Artikel seterusnyaSoal Jawab Bersama Doktor: Seputar Persoalan Kesihatan Bilik 50 – Bahagian 8/2021

Komen dan Soalan