Utama Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor Soal Jawab Bersama Doktor: Seputar Persoalan Kesihatan Bilik 50 – Bahagian 3/2021

Soal Jawab Bersama Doktor: Seputar Persoalan Kesihatan Bilik 50 – Bahagian 3/2021

56
0
Iklan

Masalah Kesihatan Pada Kanak-Kanak

Soalan 1:

Doktor, adakah suhu badan bayi meningkat kepada 37.3˚C dikategorikan sebagai demam selepas mengambil suntikan imunisasi?

Jawapan:

Demam kategori rendah, tidak perlu diberikan ubat demam kepada bayi.

[Kanak- kanak yang menghidapi simptom demam merupakan perkara yang selalu dihadapi oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Selain daripada itu,demam merupakan salah satu penyebab utama ibu bapa membawa anak berjumpa dengan doktor.

Ketika suhu badan anak meningkat, kerisauan ibu bapa juga meningkat sama dalam menghadapinya. Jika dibandingkan dengan orang dewasa, kanak-kanak lebih senang mendapat demam dan selalunya ia disebabkan oleh jangkitan virus yang tidak berbahaya. Kanak-kanak tersebut boleh dijaga di rumah dan akan sembuh selepas 2 ke-3 hari dan badan mereka boleh melawan virus tersebut tanpa sebarang bantuan luar. 

Selalunya anda boleh tahu anak anda demam dengan melihat muka mereka sahaja. Muka mereka akan kelihatan kemerahan-merahan, nampak keletihan, mata yang lesu dan juga kulit yang sedikit pucat.  Dahi dan leher yang panas juga merupakan salah satu simptom demam

Penggunaan termometer juga boleh membantu ibu bapa mengukur suhu badan anak mereka dengan tepat. Definisi demam adalah suhu yang melebihi 37.5 darjah celcius.

Hanya sebilangan kecil sahaja yang menghidapi demam yang serius. Punca demam seperti itu adalah disebabkan jangkitan bakteria yang menyebabkan jangkitan paru-paru ataupun meningitis(jangkitan selaput otak) dan beberapa jenis jangkitan yang lain.]

https://rootofscience.com/blog/2016/kesihatan/perubatan/demam-pada-kanak-kanak-apa-yang-anda-perlu-tahu/

 

Soalan 2:

Doktor, saya merujuk kepada gambar di sebelah berkenaan dengan penyakit tonsil.  Mohon penjelasan bagi gambar yang dibulatkan warna biru, hijau dan ungu itu normal atau ada jangkitan pada tonsil?

Jawapan:

Bulatan ungu menunjukkan ada jangkitan tonsil yang berulang. Bulatan hijau itu ruam yang berkemungkinan disebabkan kulat. Bulatan biru pula seperti ulser, ruam dalam bulatan hijau itu boleh juga seterusnya menjadi ulser.

[Tonsil adalah salah satu struktur yang penting pada tekak. Ia boleh dijangkiti kuman dan menyebabkan masalah tonsil bengkak ataupun dalam istilah perubatannya dikenali sebagai tonsilitis. Jangkitan kuman yang selalu berlaku adalah disebabkan jangkitan virus diikuti dengan bakteria.

Ketika perkara tersebut berlaku, sel darah putih akan dipanggil untuk berkumpul di bahagian tekak hingga menyebabkan kawasan tersebut menjadi bengkak dan sakit. Inilah punca kepada masalah tonsil bengkak iaitu jangkitan kuman di kawasan tersebut.]

https://thediagnosa.com/tonsil-bengkak-punca-simptom-dan-rawatan/

 

Soalan 3:

Doktor, anak saya berusia 1 tahun 7 bulan mengalami masalah sembelit kerana najisnya tidak keluar dan tidak lepas untuk meneran.  Bahagian duburnya kelihatan ada darah dan nampak bengkak. Anak kerap menangis setiap kali meneran kerana mungkin najis yang keras menyakitkan duburnya.  Adakah saya perlu membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera?

Jawapan:

Perlu berjumpa doktor bagi rawatan sembelit dan mendapat ubat yang sesuai untuk melembutkan najisnya.

[Corak usus setiap kanak-kanak adalah berbeza seperti juga orang dewasa. Ini bermakna suatu kebiasaan pada anak anda boleh menjadi suatu yang berbeza bagi kanak-kanak yang lain.

Kebanyakan kanak-kanak mempunyai pergerakan usus sebanyak 1 atau 2 kali sehari. Sementara kanak-kanak lain 2 atau 3 kali sehari sebelum melepaskan najis yang normal.

Kanak-kanak yang mengalami sembelit mungkin mempunyai najis yang keras, kering, dan sukar atau menyakitkan. Keadaan ini mungkin berlaku setiap hari atau kurang kerap.

Walaupun sembelit boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kesakitan, ia biasanya satu keadaan yang bersifat sementara dan boleh dirawat.]

https://hellodoktor.com/keibubapaan/kesihatan-anak/sembelit-dalam-kalangan-kanak-kanak/#gref

 

Pengambilan Vaksin Covid-19 bagi Pesakit Kanser

Soalan 4:

Doktor, adakah pengambilan suntikan Vaksin Covid-19 sesuai untuk pesakit kanser yang sedang menerima rawatan kemoterapi?

Jawapan:

Maaf saya pun tidak pasti, tetapi jika mengikut teori pesakit kanser boleh mengambil Vaksin daripada agen hidup yang dilemahkan (Live, attenuated virus).

[Sila rujuk pada http://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19 untuk keterangan lanjut dan Vaksin Covid-19  juga boleh dirujuk melalui laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia http://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19]

 

Komen dan Soalan