Utama At-Tazkirah Qurthubi At-Tazkirah Qurthubi: Pertemuan Arwah di Langit dan Pertanyaan mengenai Penduduk Bumi

At-Tazkirah Qurthubi: Pertemuan Arwah di Langit dan Pertanyaan mengenai Penduduk Bumi

437
0
Iklan

At-Tazkirah Qurthubi
Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi

Kod/Bab 18: Pertemuan Arwah di langit dan Pertanyaan tentang penduduk Bumi

(باب ما جاء في تلاقي الأرواح في السماء و السؤال عن أهل الأرض و في عرض الأعمال)

18-1: Hadith Abu Ayub Al Ansari (Dhaif)

ابن المبارك عن أبي أيوب الأنصاري رضي الله عنه قال : إذا قبضت نفس المؤمن تلقاها أهل الرحمة من عباد الله تعالى كما يتلقون البشير في الدنيا ، فيقبلون عليه يسألونه فيقول بعضهم لبعض: انظروا أخاكم حتى يستريح ، فإنه كان في كرب شديد قال : فيقبلون عليه فيسألونه : ما فعل فلان ؟ ما فعلت فلانة هل تزوجت ؟ فإذا سألوه عن الرجل قد مات قبله فيقول : إنه هلك فيقولون : إنا الله و إنا إليه راجعون . ذهب به إلى أمه الهاوية فبئست الأم وبئست المربية قال : فتعرض عليهم أعماله فإن رأوا حسناً فرحوا و استبشروا و قالوا : اللهم هذه نعمتك على عبدك فأتمها . و إن رأوا شراً قالوا : اللهم راجع بعبدك .

Menurut Riwayat Ibnul Mubarak daripada Abu Ayub Al-Anshari, beliau berkata, apabila nyawa seorang mukmin telah dicabut, maka disambut oleh hamba-hamba Allah‎ ﷻ yang mendapat rahmat, sebagaimana mereka menyambut kedatangan seorang pembawa berita gembira semasa di dunia. Hamba-hamba Allah‎ ﷻ itu menyambutnya seraya berkata sesamanya, “Perhatikanlah saudara kalian itu, dan biarlah beristirahat dulu kerana baru saja mengalami kesusahan besar.”

Abu Ayyub melanjutkan: Hamba-hamba Allah‎ ﷻ itu menyambut kedatangannya, lalu menanyakan, “Apa yang dilakukan Fulan, apa yang dilakukan Fulanah, apakah dia telah menikah?”

Dan apabila mereka bertanya kepadanya tentang seseorang yang telah mati sebelumnya dan mendapat jawapan, “Dia telah meninggal,” maka mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi Wa Innaa Ilaihi Raaji’uun, rupanya dia pergi ke ibunya, Hawiyah, ibu yang terburuk, dan sejahat-jahat pengasuh.”

Lalu diperlihatkan kepada mereka amal-amalnya. Jika melihat sesuatu yang baik, mereka senang dan gembira seraya mengatakan, “Ya Allah‎ ﷻ , ini adalah nikmat-Mu juga kepada hamba-Mu, maka sempurnakanlah nikmat-Mu itu.” Dan jika melihat suatu keburukan, maka mereka berkata, “Ya Allah‎ ﷻ , Ampunilah hamba-Mu.”

Tahqiq : Disahihkan oleh Syaikh Al Albani

الراوي : أبو أيوب الأنصاري | المحدث : الألباني | المصدر : السلسلة الضعيفة
الصفحة أو الرقم: 864 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف جداً [ ثم تراجع الشيخ وصححه ، انظر الصحيحة : 6 / 605 ]

Awalnya Al Albani mendhaifkannya, Silsilah Al Dhaifah (864), kemudian mensahihkannya dalam Silsilah Al Sahihah (2758)

Mutaqaddimin mendhaifkannya:

ومن طريق ابن عدي أخرجه ابن الجوزي في “العلل المتناهية” (1522)، وقال: “هذا حديث لا يصِحُّ عن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – وسلام هو الطويل، وقد أجمعوا على تضعيفه، وقال النسائي والدارقطني: متروك”

Ibn Jauzi daripada Ibn Adi dalam Al Ilal Al Mutanahiyah, 1522, katanya hadith ini tidak sahih, perawi Salaam bin Thawil dhaif, demikian kata Imam An Nasa’iy dan Imam Daruqutni, matruk.

الراوي : أبو أيوب الأنصاري | المحدث : الهيثمي | المصدر : مجمع الزوائد
الصفحة أو الرقم: 2/330 | خلاصة حكم المحدث : فيه مسلمة بن علي وهو ضعيف

Al Haithami, Majma’ 2:330 (dhaif) kerana perawi Musalamah bin Ali.

18-2: Atsar Al Hasan Al Basri (Dhaif)

و عن الحسن البصري رضي الله عنه قال : إذا قبض روح العبد المؤمن عرج به إلى السماء فتلقاه أرواح المؤمنين فيسألونه فيقولون: ما فعل فلان ؟ فيقول أو لم يأتكم ؟ فيقولون : لا و الله ما جاءنا و لا مر بنا فيقولون : سلك به إلى أمه الهاوية . . فبئست الأم و بئست المربية

Daripada Hasan Al-Bashri رضي الله عنه , dia berkata, “Apabila roh seorang mukmin telah dicabut, maka dinaikkan ke langit, lalu disambut oleh arwah orang-orang mukmin di sana. Mereka menanyakan, ‘Apa yang dilakukan Fulan?’ Maka dia balik bertanya, ‘Apakah dia belum datang kepada kalian?’ ‘Belum, demi Allah‎ ﷻ , dia belum datang kepada kami, bahkan lewat pun tidak. Jangan-jangan dia menuju ibunya, Hawiyah*, seburuk-buruk ibu dan seburuk-buruk pengasuh.” (isnadnya dhaif, diriwayatkan oleh Al-Hakim [2/533] sebagaimana dikatakan oleh Al-Albani رحمه الله . dalam Ash-Shahihah [6/606]).

Kata muhaqqiq, Khalid Muhamad Uthman, perawi dhaif dalam sanad ini ialah Mubarak bin Fadhalah.

  • Hawiyah adalah nama neraka.*

18-3: Atsar Wahab bin Munabbih dan Ibn Luhai’ah (Dhaif)

وروى أبو نعيم بإسناده عن وهب بن منبه قال إذا مات الميت من أهل الدنيا تلقته الأرواح عن أخبار الدنيا كما يسأل الغائب أهله إذا قدم عليهم. روى ابن لهيعة، عن يزيد بن أبي حبيب عن منصور بن أبي منصور سمع عبد الله بن عمرو بن العاص يقول إذا مات المؤمن مر به على المؤمنين وهم أندية فيسألونه عن بعض أصحابهم فإن قال مات قالوا استقبل وإن كان كافرا قالوا هوي به إلى الأرض
السافلة فيسألونه عن الرجل فإن قال قد مات قالوا علينا به خرجه ابن أبي الدنيا

Abu Nu’aim dengan sanadnya meriwayatkan daripada Wahb bin Munabbih berkata: ”Apabila seorang hamba telah mati daripada statusnya sebagai penduduk dunia, maka para arwah menemuinya, lalu mereka menanyainya tentang berita dunia sebagaimana keluarga yang menanyai anggotanya yang tidak hadir bila datang kepada mereka.” (Al Hilyah)

Status: Dhaif, Wahab bin Munabbih Israeliyat
(Ibn Rajab Al Hanbali, Ahwal Al Qubur, (أهوال القبور وأحوال أهلها إلى النشور) ms 51

Ibnu Luhai’ah meriwayatkan daripada Yazid bin Abi Hubaib daripada Manshur bin Abi Manshur, ia mendengar Abdulloh bin Amr bin Ash ia berkata :
”Ketika orang beriman meninggal dunia, maka rohnya melintasi orang-orang beriman dan mereka saling memanggilnya. Mereka bertanya tentang sebahagian kawan-kawan mereka, jika ia menjawab : ”Ia telah meninggal.” Maka mereka berkata : “Selamat datang.” Jika yang meninggal seorang kafir, maka mereka berkata : “Dia diterjunkan ke bumi paling bawah.” Lalu mereka bertanya tentang seseorang, jika ia menjawab : ”Ia telah meninggal.” Mereka berkata : “Kami tidak mahu melihatnya.” Dikeluarkan oleh Ibnu Abid Dunya.

Status: Dhaif kerana perawi Ibn Luhai’ah (Ibn Rajab Al Hanbali, Ahwal Al Qubur, (أهوال القبور وأحوال أهلها إلى النشور) ms 51.

18-4: Hadith An Nasa’iy (Sahih)

و قد خرج النسائي بسنده عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال الحديث و فيه : فيأتون به أرواح المؤمنين فلهم أشد فرحاً من أحدكم بغائبه يقدم عليه فيسألونه : ما فعل فلان ؟ ما فعلت فلانة ؟ فيقولون : دعوه فإنه كان في غم الدنيا فإذا قال : أو ما أتاكم ؟ قالوا : ذهب به إلى أمه الهاوية ، و ذكر الحديث و سيأتي بكماله إن شاء الله تعالى

An-Nasa’i meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abu Hurairah رضي الله عنه , bahawa Rasulullah ﷺ bersabda antara lain: “Maka para Malaikat itu membawa roh orang mati menemui arwah kaum muslimin. Maka sungguh, mereka amat gembira, melebihi seseorang daripada kamu sekalian ketika kedatangan keluarganya daripada perantauan. Mereka bertanya kepadanya, ‘Apa yang dilakukan Fulan?’ ‘Apa yang dilakukan Fulanah?’ Lalu mereka katakan pula, ‘Biarkanlah dia, sesungguhnya dia masih sedih mengingati dunia.’”

“Dan ketika nyawa itu balik bertanya, ‘Bukankah fulan itu telah datang kepada kalian?’ Roh-roh itu menjawab, ‘Rupanya dia dibawa ke ibunya, Hawiyah’ (Neraka).” (Demikian seterusnya Abu Hurairah رضي الله عنه menyebutkan hadith ini yang selengkapnya akan kita temui di lain bahasan, insya Allah)

Tahqiq:
رواه النسائي ( 1833 ) وصححه الألباني في ” السلسلة الصحيحة ” ( 2758 )

(HR An Nasa’iy 1883), disahihkan oleh Al Albani, silsilah Al Sahihah, no 2758

الراوي : أبو هريرة | المحدث : الوادعي | المصدر : الصحيح المسند
الصفحة أو الرقم: 1331 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Al Waada’iy, Al Sahih Al Musnad 1331, Sahih.

18-5: Hadith Hakim Tirmidzi (Dhaif Jiddan)

و خرج الترمذي الحكيم في نوادر الأصول قال : حدثنا أبي رحمه الله قال : حدثنا قبيصة ، عن سفيان ، عن أبان بن أبي عياش ، عن أنس قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : إن أعمالكم تعرض على عشائركم و أقاربكم من الموتى فإن كان خيراً استبشروا و إن كان غير ذلك قالوا : اللهم لا تمتهم حتى تهديهم لما هديتنا (أخرجهنوادر الأصول – النسخة المسندة” (924) و أحمد في “المسند” (12683))

Dikeluarkan oleh Al Haakim At Tirmidzi (w.320H, Uzbekistan), dalam Nawadir Al Ushul, daripada jalur sanad Anas bin Malik رضي الله عنه , Nabi ﷺ telah bersabda, “Sesungguhnya amal-amal kamu sekalian diperlihatkan kepada keluarga dan kerabat-kerabatmu yang telah meninggal. Jika amalmu baik, mereka senang. Dan jika tidak, maka mereka berkata, ‘Ya Allah ‎ﷻ , jangan matikan mereka sebelum Engkau tunjuki mereka kepada apa-apa yang Engkau tunjuki kami.’” (HR Hakim Tirmidzi, Nawadir Al Ushul 924), Musnad Ahmad, no 12,683)

Tahqiq:
Albani, Dhaif, silsilah Al Dhaifah no 863

ضعفه الشيخ الألباني في “السلسلة الضعيفة” (863)

Syaikh Syuaib Al Arnaout, Dhaif, tahqiq Al Musnad

الراوي : أنس بن مالك | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند
الصفحة أو الرقم: 12683

18-6: Hadith Hakim Tirmidzi 2 (Palsu/Maudhu’)

و خرج من حديث عبد الغفور بن عبد العزيز عن أبيه عن جده قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : تعرض الأعمال يوم الاثنين و يوم الخميس على الله ، و تعرض على الأنبياء و على الأباء و الأمهات يوم الجمعة ، فيفرحون بحسناتهم و تزداد وجوههم بياضاً و تشرق . فاتقوا الله عباد الله لا تؤذوا موتاكم بأعمالكم (أخرجه الحكيم الترمذي في “نوادر الأصول – النسخة المسندة” (925) )

Hakim At-Tirmidzi meriwayatkan pula sebuah hadith daripada Abdul Ghafur bin Abdul Aziz, daripada ayahnya, daripada datuknya, dia berkata, “Sabda Rasulullah ﷺ : “Amal-amal itu diperlihatkan pada hari Isnin dan Khamis kepada Allah‎ ﷻ . Dan diperlihatkan kepada para Nabi, bapa-bapa, dan ibu-ibu pada hari Jumaat. Maka mereka gembira dengan kebaikan-kebaikan orang-orang yang ditinggalkan, dan wajah-wajah mereka semakin putih berseri. Oleh kerana itu, bertaqwalah kamu sekalian kepada Allah‎ ﷻ , hai hamba-hamba Allah‎ ﷻ . Janganlah kamu sakiti keluargamu yang telah mati dengan perbuatan-perbuatanmu.” (Nawadir Al Usyul, no 925)

Tahqiq:
والحديث موضوع ، فيه ” عبد الغفور بن عبد العزيز ” ، كذاب ، قال ابن حبان في “المجروحين” (2/148) :” كان ممن يضع الحديث على الثقات “. انتهى
والحديث قال فيه الشيخ الألباني في “السلسلة الضعيفة” (1480) :” موضوع

Hadith palsu, perawi Abdul Ghafur bin Abdul Aziz, kazzab (pendusta), demikian kata Ibn Hibban dalam Al Majruhin, 2/148;

Penilaian Al Albani رحمه الله :
(Maudhu’: Dhaif Al-Jami’ [2446] dan Adh-Dhaifah [1480] karya Al-Albani رحمه الله . Tetapi separuh bahagian pertama hadith ini, iaitu yang berkaitan dengan diperlihatkannya amal kepada Allah‎ ﷻ pada hari Isnin dan Khamis, adalah thabit, terdapat dalam sahih Muslim).

18-7: Hadith Aisyah رضي الله عنها (Sahih)

و قد قيل في قوله عليه الصلاة و السلام : الأرواح جنود مجندة ، فما تعارف منها ائتلف ، و ما تناكر منها اختلف : إنه هذا التلاقي ، و قد قيل : تلاقي أرواح النيام و الموتى . و قيل غير هذا

Dan ada yang berpendapat mengenai sabda Nabi ﷺ : “Roh-roh itu bagaikan bala tentera yang dikumpulkan. Roh-roh yang saling mengenal, bersatu. Dan yang tidak saling mengenal berpisah.” (HR Sahih Muslim, no. 2638, Juga Bukhari, no 3336)

Bahawa yang dimaksudkan pada hadith ini adalah pertemuan sebagaimana tersebut di atas tetapi ada juga yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan ialah pertemuan antara roh orang yang tidur dengan roh orang yang telah meninggal dan ada pula yang berpendapat lainnya.

18-8: Hadith Aisyah رضي الله عنها (Dhaif) perihal mayat sakit hati

روى من حديث ابن لهيعة ، عن بكير بن الأشج ، عن القاسم بن محمد ، عن عائشة رضي الله عنها أن النبي صلى الله عليه و سلم قال : الميت يؤذيه في قبره ما يؤذيه في بيته ، قيل يجوز أن يكون الميت يبلغ من أفعال الأحياء و أقوالهم ما يؤذيه في قبره ، بلطيفة يحدثها لهم : من ملك يبلغ ، أو علامة ، أو دليل ، أو ما شاء الله ، و هو القادر على ما يشاء

Diriwayatkan daripada Ibnu Lahi’ah, daripada Bakir bin Al-Asyuj, daripada Al-Qasim bin Muhammad, daripada Aisyah رضي الله عنها , bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Mayit di dalam kuburnya merasa sakit oleh sesuatu yang menyakitinya [ketika masih hidup] di rumahnya.” (kata muhaqqiq: isnadnya dhaif, kerana terdapat Ibnu Luha’iah, seorang yang lemah hafalannya)

Tahqiq Al Albani:
الميتُ يُؤْذِيهِ في قبرِه ما يُؤْذِيهِ في بيتِه
الراوي : عائشة أم المؤمنين | المحدث : الألباني | المصدر : السلسلة الضعيفة
الصفحة أو الرقم: 3285 | خلاصة حكم المحدث : موضوع

Silsilah Al Dha’ifah No 3285, palsu

Komen Al Qurthubi:

Berdasarkan hadith ini, maka ada yang berpendapat, boleh jadi mayat itu mendengar berita tentang perbuatan dan perkataan orang-orang yang masih hidup, yang menyakiti hatinya di dalam kuburnya, melalui firasat yang dibisikkan oleh Allah ‎ﷻ kepada mereka melalui malaikat, suatu tanda, petunjuk, atau apa saja yang dikehendaki-Nya. Allah‎ ﷻ tentu Maha Kuasa atas segala sesuatu.

18-9: Atsar Urwah bin Zubair رضي الله عنه (amat Dhaif)

و روي عن عروة قال : وقع رجل في علي رضي الله عنه عند عمر بن الخطاب رضي الله عنه فقال عمر رضي الله عنه : ما لك قبحك الله : لقد آذيت رسول الله صلى الله عليه و سلم في قبره

Diriwayatkan daripada Urwah (bin Zubair رضي الله عنه ), seseorang mengumpat Ali رضي الله عنه di sisi Umar Al Khattab رضي الله عنه , Maka berkata Umar رضي الله عنه , “Kenapa kamu, semoga Allah‎ ﷻ memburukkan kamu. Kamu telah menyakiti Rasulullah ﷺ dalam kuburnya.”

Takhrij/Tahqiq:
(HR Al Haakim dalam Al Mustadrak no. 4618). Disahihkan oleh Al Hakim, tetapi tidak dipersetujui oleh Az Zahabi, komen Az Zahabi, terdapat perawi yang dituduh pendusta, Ahmad bin Ahmad bin Abd Hamid Al Ju’fi.

18-10: Dilarang mencaci orang mati (زجر عن سوء القول في الأموات )

و في الحديث : أنه نهى عن سب الأموات و زجر عن فعل ما كان يسؤوهم في حياتهم ، و فيه أيضاً زجر عن عقوق الآباء و الأمهات بعد موتهما بما يسؤوهما من فعل الحي

Dan hadith tersebut juga (fiqh hadith No. 9 daripada Urwah رضي الله عنه di atas) bererti bahawa Rasulullah ﷺ melarang mencaci orang-orang yang telah meninggal. (Sahih: Al-Bukhari [1393], Daripada Aisyah رضي الله عنها ) bahawa Baginda ﷺ melarang melakukan perbuatan-perbuatan yang menyedihkan mereka semasa hidup mereka dan melarang untuk menderhaka terhadap ibu bapa, setelah keduanya meninggal, dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang menyusahkan keduanya andaikan mereka masih hidup.

Takhrij: Hadith larangan mencaci orang yang telah meninggal

Daripada ‘Aisyah رضي الله عنها , Nabi ﷺ bersabda,

لاَ تَسُبُّوا الأَمْوَاتَ، فَإِنَّهُمْ قَدْ أَفْضَوْا إِلَى مَا قَدَّمُوا

“Janganlah kalian mencela orang yang sudah meninggal kerana mereka telah menjumpai apa yang telah mereka kerjakan.” (HR. Bukhari no. 1393)

Dalam riwayat lain sebuah hadith di mana Nabi ﷺ memberi hadiah kepada kawan-kawan Khadijah رضي الله عنها (setelah Khadijah رضي الله عنها wafat) untuk menyambung silaturahim dan kebajikan.” (Muttafaq alaih)

Takhrij:
(HR Bukhari 3818,Muslim 2435), daripada Aisyah رضي الله عنها .

Dalam sebuah khabar daripada Nabi ﷺ, Baginda bersabda:”

فقد ورد في الخبر عن النبي صلى الله عليه و سلم : إن الملك يتباعد عن الرجل عند الكذبة يكذبها ميلين من نتن ما جاء به و كذلك كل معصية لله تؤذي الملك الموكل به

“Malaikat menjauhi seseorang yang berdusta sejauh dua batu kerana tidak tahan dengan bau busuk dusta tersebut. Begitu juga segala jenis maksiat yang dilakukan manusia semuanya menyakiti malaikat yang mengawasinya.”

Tahqiq: Menurut muhaqqiq Khalid Muhammad Uthman, hadith ini tiada asalnya.

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan