Utama At-Tazkirah Qurthubi Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi: Bab 41- Berdiri Sebentar selepas Penguburan...

Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi: Bab 41- Berdiri Sebentar selepas Penguburan sambil Mendoakan Si Mayat

266
0
Iklan

Tahqiq Kitab at Tazkirah lil Qurthubi

Kod/Bab 41-1: Berdiri sebentar setelah penguburan sambil Mendoakan si mayat diberi Keteguhan

(باب الوقوف عن القبر قليلاً بعد الدفن و الدعاء بالتثبيت له)

Athar Amru bin Al Ash (Sahih)

مسلم عن بن شماسة المهري ، قال : حضرنا عمرو بن العاص و هو في سياقة الموت ، الحديث : و فيه : فإذا دفنتموني فشنوا على التراب شناً ، ثم أقيموا حول قبري قدر ما ينحر و يقسم لحمها ، حتى أستأنس بكم ، و أنظر ماذا أرجع به رسل ربي عز و جل ؟

Takhrij✍️:
حَضَرْنا عَمْرَو بنَ العاصِ، وهو في سِياقَةِ المَوْتِ، فإذا دَفَنْتُمُونِي فَشُنُّوا عَلَيَّ التُّرابَ شَنًّا، ثُمَّ أقِيمُوا حَوْلَ قَبْرِي قَدْرَ ما تُنْحَرُ جَزُورٌ ويُقْسَمُ لَحْمُها، حتَّى أسْتَأْنِسَ بكُمْ، وأَنْظُرَ ماذا أُراجِعُ به رُسُلَ رَبِّي (صحيح مسلم
الصفحة أو الرقم: 121)

Terjemahannya✏️: Imam Muslim daripada sanad Ibn Syumasah Al Muhri (عبد الرحمن بن شماسة المهري المصري, w.101H, Egypt, tabi’in) katanya,” Aku hadir ketika Amru bin Al Ash (sahabat, Gabenor Egypt, w. 43H, Egypt) yang di ambang maut, Amru telah berpesan,” Apabila kamu menguburkan daku, maka timbuslah tanah ke dalam kubur baik-baik kemudian berdirilah di sekeliling kuburku selama waktu kamu menyembelih unta dan membahagi bahagikan dagingnya* agar aku terhibur dengan kehadiran kamu dan memikirkan apa jawapanku terhadap utusan Tuhanku (Malaikat Munkar Nakir).”( HR Muslim No 121 (dorar) )

———————
* Jangka masa orang Arab Badwi menyembelih unta, melapah dan membahagi bahagikan daging adalah purata 45 minit .

** Athar ni dijadikan dalil oleh aliran asyairah/aswaja untuk mengukuhkan amalan tunggu kubur dan talqin .

(باب الوقوف عن القبر قليلاً بعد الدفن و الدعاء بالتثبيت له)

Athar Amru bin Al Ash (sahih) versi Ibn Mubarak (Sahih)

أخرجه ابن المبارك بمعنى مسلم من حديث ابن لهيعة .
قال : حدثني يزيد بن أبي حبيب أن عبد الرحمن بن شماسة حدثه و قال فيه و شدوا على إزاري فإني مخاصم . و شنوا على التراب شناً . فإن جنبي الأيمن ليس أحق بالتراب من جنبي الأيسر ، ولا تجعلن في قبري خشبة و لا حجراً ، و إذا و اريتموني فاقعدوا عند قبري قدر نحر جزور و تقطعيها . استأنس بكم

Ibn Mubarak juga mengeluarkan riwayat yang hampir sama dengan lafaz Muslim daripada sanad Ibn Luhai’ah, daripada Yazid bin Abu Habib daripada Abdul Rahman bin Syumasah mengenai wasiat Amru bin Al Ash, “Ikatlah kain sarungku, sesungguhnya aku akan ditanya. Timbuslah tanah (kuburku) dengan baik, lebih teliti sebelah kananku daripada sebelah kiriku. Jangan letak kayu atau batu. Apabila telah selesai penguburanku, maka duduk dekat kuburku selama waktu kamu menyembelih haiwan dan membahagi bahagikan dagingnya. Aku senang dengan kehadiran kamu semua.” ( HR Ibn Mubarak, Al Zuhud, no 440 ) .

Hadith Uthman Al Affan رضي الله عنه (Sahih)

أبو داود عن عثمان بن عفان رضي الله عنه قال : كان رسول الله صلى الله عليه و سلم إذا فرغ من دفن الميت وقف عليه و قال : استغفروا لأخيكم و اسألوا له بالتثبيت فإنه الآن يسأل

Takhrij dalam sunan Abu Daud✏️:

حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى الرَّازِيُّ، حَدَّثَنَا هِشَامٌ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بَحِيرٍ، عَنْ هَانِئٍ، مَوْلَى عُثْمَانَ عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ، قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم إِذَا فَرَغَ مِنْ دَفْنِ الْمَيِّتِ وَقَفَ عَلَيْهِ فَقَالَ ‏ “‏ اسْتَغْفِرُوا لأَخِيكُمْ وَسَلُوا لَهُ التَّثْبِيتَ فَإِنَّهُ الآنَ يُسْأَلُ ‏”‏ ‏
Dahulu Nabi ﷺ ketika selesai menguburkan mayat, Beliau biasa berdiri dan bersabda, “Mintakan ampunan untuk saudara kami, dan mohonkan kepadanya keteguhan (hati) kerana dia sekarang sedang ditanya.” ( HR Abu Daud, 3221 )

Tahqiq Al Albani✍️: Sahih Abu Daud, 3221
الألباني | المصدر : صحيح أبي داود; الصفحة أو الرقم: 3221

Tahqiq Al Wada’iy✍️: Al Sahih Al Musnad No 933, hadith Hasan .

المحدث : الوادعي | المصدر : الصحيح المسند | الصفحة أو الرقم : 933 | خلاصة حكم المحدث : حسن | التخريج : أخرجه أبو داود (3221)، والبزار (445)، وابن السني في ((عمل اليوم والليلة)) (585) .

Athar Uthman Al Affan رضي الله عنه (Dhaif/tiada asalnya)

و أخرج أبو عبد الله الترمذي الحكيم في نوادر الأصول ، عن عثمان بن عفان رضي الله عنه قال : كان النبي صلى الله عليه و سلم إذا دفن ميتاً وقف و سأل له التثبيت ، و كان يقول : ما يستقبل المؤمن من هول الآخرة إلا و القبر أفظع منه

Dikeluarkan oleh Abu Abdillah Al Termidzi Al Hakim (sufi Turmuz, w.320H) dalam Nawadir Al Ushul (3/226, tanpa sanad) daripada Uthman Al Affan رضي الله عنه yang dikatakan berkata, “Apabila Nabi ﷺ selesai menguburkan jenazah, Beliau berdiri (di sisi kubur) dan memohon agar mayat diberi keteguhan hati sambil bersabda, “Tiadalah kengerian alam akhirat yang ditempuhi seorang mukmin, melainkan kengerian kuburlah yang utama.”

Tahqiq✍️:
Dr Sadiq Ibrahim muhaqqiq komen, dhaif kerana tiada sanad .

Tahqiq Syaikh Sayyid bin Hussain Al Affani, kitab Sakbul Abaraat, No.457 (سكب العبرات ), dhaif kerana Hakim Termidzi menyendiri dalam meriwayatkan athar ini .

Hadith Anas رضي الله عنه (Dhaif)

و خرج أبو نعيم في باب عطاء بن ميسرة الخراساني إلى عثمان رضي الله عنه ، عن أنس بن مالك أن رسول الله صلى الله عليه و سلم وقف على قبر رجل من أصحابه حين فرغ منه فقال : إنا و الله و إنا إليه راجعون ، اللهم نزل بك . و أنت من خير منزول به ، جاف الأرض عن جنبيه ، و افتح أبواب السماء لروحه ، و أقبله منك بقبول حسن . و ثبت عند المسائل منطقه غريب من حديث عطاء

Dikeluarkan oleh Abu Nuaim, Al Hilyah (5/201), pada Bab Atha’ bin Maysarah Al Khurasani (w.135H) daripada Uthman رضي الله عنه , daripada Anas bin Malik, bahawa Nabi ﷺ berdiri di atas kubur seorang sahabat (selepas dikebumikan) kemudian bersabda, (إنا و الله و إنا إليه راجعون), “Ya Allah ‎ﷻ , dia telah datang kepada Engkau, dan Engkau adalah sebaik-baik tempat didatangi. Lapangkan bumi di kiri dan kanannya, bukalah pintu-pintu langit untuk laluan rohnya, terimalah dia pada sisi-Mu dengan penerimaan yang baik, dan teguhlah dia ketika disoal.” ( At Tabrani, Mu’jam Al Kabir, No 687, beliau mendhaifkannya .)

Takhrij✍️:
Komen Abu Nu’aim, ganjil daripada hadith Atha’ tidak ditulis hadith kecuali hadith daripada Nafi’ ” (غريب من حديث عطاء ، لم نكتبه إلا من حديث نافع .), Ibn Hibban menilai Atha’ bin Maysarah dhaif. Didhaifkan oleh Muhaqqiq At Tazkirah Dr Sadiq Ibrahim dan Dr Khalid Uthman .

Qaul Al Ajurry

قال الآجري أبو بكر ، محمد بن الحسين في كتاب النصيحة : يستحب الوقوف بعد الدفن قليلاً ، و الدعاء للميت مستقبل وجهه بالثبات ، فيقال : اللهم هذا عبدك و أنت أعلم به منا . و لا نعلم منه إلا خيراً ، و قد أجلسته لتسأله ، اللهم فثبته بالقول الثابت في الآخرة ، كما ثبته في الحياة الدنيا ، اللهم ارحمه و ألحقنه بنبيه محمد صلى الله عليه و سلم ، و لا تضلنا بعده و لا تحرمنا أجره

Dikatakan oleh Al Ajurry Abu Bakar, Muhammad bin Al Husin ( أبو بكر محمد بن الحسين بن عبد الله الآجُرِّيُّ البغدادي (ت ٣٦٠هـ muhaddith Baghdad, wafat 360H) ) dalam kitabnya Al Nasihah,”Mustahab (disukai) berdiri sebentar setelah menguburkan jenazah sambil menghadap kepada wajahnya supaya dia diteguhkan hati lalu berdoa dengan doa ini: “Ya Allah ‎ﷻ , inilah hamba-Mu, Engkau lebih mengenali dia daripada kami, tetapi kami tidak tahu tentang dia kecuali yang baik-baik sahaja. Sekarang Engkau telah persiapkan dia untuk ditanya. Ya Allah‎ ﷻ teguhkanlah dia dengan perkataan yang mantap di akhirat, sebagaimana Engkau teguhkan dia di dunia. Ya Allah‎ ﷻ rahmatilah dia dan temukan dia dengan Nabi-Mu Muhammad ﷺ . Janganlah Engkau sesatkan kami sepeninggalan dia dan janganlah halangi kami daripada memperoleh pahala seperti dia.”

Tahqiq Dr Khalid Muhammad Uthman, : Tidak ada masalah kerana ini hanya doa oleh ulama yang thiqah, Al Ajurry .

Qaul Al Hakim At Termidzi

و حدثنا أبو عبد الله الترمذي : فالوقوف على القبر و سؤال التثبيت في وقت دفنه مدد للميت بعد الصلاة ، لأن الصلاة بجماعة المؤمنين كالعسكر له قد اجتمعوا بباب الملك يشفعون له ، و الوقوف على القبر لسؤال التثبيت مدد للعسكر و تلك ساعة شغل للميت . و لأنه يستقبله هول المطلع و سؤال و فتنة فتاني القبر ـ

Terjemahnya:”Abu Abdullah At Termidzi (sufi Khorasan, w.320H) berkata: “Berdiri seketika dan berdoa keteguhan hati kepada si mayat setelah mengebumikannya, adalah sejenis bantuan kepada si mayat setelah disalati. Adapun salat jenazah berjama’ah laksana satu perhimpunan di pintu istana sang Raja untuk meminta talian hayat kepada si mayat. Manakala berdiri di tepi kubur si mayat meminta keteguhan kepadanya merupakan bantuan tambahan kerana di saat itu (selepas pengkebumian), si mayat amat berhajat kepada bantuan , berdepan saat getir menghadapi alam serba baru kemudian menjawab pelbagai soalan daripada penguji alam kubur.

Tahqiq✍️: Hakim Termidzi, Nawadir Al Usyul, 3/226 .

Bab kecil: Larangan Meratapi Mayat

Athar Amr bin Al Ash رضي الله عنه

قول عمرو بن العاص رضي الله عنه ، فإذا أنا مت فلا تصبحبني نائحة و لا نارة . توصية منه باجتناب هذين الأمرين ، لأنهما من عمل الجاهلية ، و لنهي النبي صلى الله عليه و سلم

Kata-kata (wasiat) Amru bin Al ‘Ash رضي الله عنه*,”Jika aku meninggal, maka jangan ada yang menemani pengebumian aku dengan perempuan yang meratap dan api**” (فَإِذَا أَنَا مُتُّ فَلاَ تَصْحَبْنِي نَائِحَةٌ وَلاَ نَارٌ) Ini adalah wasiat sahabat Amru bin Al Ash رضي الله عنه kerana keduanya (ratapan dan api) adalah syiar (tradisi) kaum Jahiliyah.*** Hal ini juga dilarang oleh Nabi ﷺ.

————————
* Sahabat Amru bin Al Ash رضي الله عنه adalah panglima perang yang hebat, antara panglima yang membuka Syria dan ketua panglima yang membuka Mesir dan kemudian menjadi Gabenornya. Wafat di Fustat, Egypt 45H .

Api bermaksud orang jahiliyah menyalakan api di sisi kuburnya, juga bermaksud orang jahiliyah percaya bahawa api adalah syiar kematian dan meyakini api ada kekuatan untuk membantunya di alam kubur sebagai penerang, Syaikh Syamsuddin Al Harawi Al Syafi’iy, Fadhlul Muna’im syarah sahih Muslim (فضل المنعم في شرح صحيح مسلم; شمس الدين أبو عبد الله محمد بن عطاء الله بن محمد الهروي (HR Muslim no. 336)

✍️Larangan-larangan selepas penguburan:

قال العلماء : و من ذلك الضجيج بذكر الله سبحانه وتعالى أو بغير ذلك حول الجنائز و البناء على المقابر ، و الاجتماع في الجبانات و المساجد للقراءة و غيرها لأجل الموتى ، و كذلك الاجتماع إلى أهل الميت ، وضيعة الطعام ، و المبيت عندهم . كل ذلك من أمر الجاهلية و نحو منه الطعام الذي يصنعه أهل الميت اليوم في يوم السابع . فيجتمع له الناس يريدون بذلك القربة للميت و الترحم عليه ، و هذا محدث لم يكن فيما تقدم ، و لا هو مما يحمده العلماء . قالوا : و ليس ينبغي للمسلمين أن يقتدوا بأهل الكفر ، و ينهى كل إنسان أهله عن الحضور لمثل هذا و شبهه من لطم الخدود ، و نشر الشعور ، و شق الجيوب ، و استماع النوح ، و كذلك الطعام الذي يصنعه أهل الميت

✏️Berkata para ulama (Maliki), antara yang dilarang pasca pengebumian jenazah:

1⃣. Berbuat bising di kuburan walaupun dengan berzikir kepada Allah;

2⃣. Membina binaan di atas kubur (konkrit)

3⃣. Berkumpul di kuburan dan masjid membaca Al-Qur’an untuk si mayat

4⃣. Berkumpul di rumah si mayat

5⃣. Mengadakan jamuan makan di rumah si mati

6⃣. Menginap di rumah si mati

7⃣. Keluarga si mati menjamu makanan pada hari ke-7

8⃣. Amalan jahiliyah seperti menampar pipi, mengurai rambut, merobek pakaian dan mengeraskan ratapan.

[Semua ini perbuatan jahiliyah, perbuatan bid’ah, tidak terpuji di sisi ulama dan tasyabbuh (meniru adat orang kafir] .

✍️Larangan larangan selepas penguburan: Kenduri arwah

و كذلك الطعام الذي يصنعه أهل الميت ـ كما ذكرنا ـ فيجتمع عليه النساء و الرجال من فعل قوم لا خلاق لهم .
و قال أحمد بن حنبل : هوز من فعل الجاهلية ، قيل له : أليس قد قال النبي صلى الله عليه و سلم اصنعوا لآل جعفر طعاماً ؟ فقال : لم يكونوا هم اتخذوا

Adapun penyediaan makanan oleh keluarga si mayat, kemudian berkumpul perempuan dan lelaki adalah termasuk amalan kaum yang tidak beretika. Berkata Imam Ahmad bin Hanbal rh itu termasuk amalan orang jahiliyah. Ditanyakan kepada Imam Ahmad, ‘Bukankah Nabi ﷺ pernah bersabda,”Buatlah makanan kepada keluarga Jaafar (bin Abi Thalib yang syahid di medan Mu’tah Jordan memerangi tentera Rom Timur)* kemudian ulas Imam Ahmad,”Keluarga Jaafar tidak berbuat jamuan akan tetapi dibuatkan (makanan) untuk mereka.”

Komen Al Qurthubi mengenai kenduri arwah✍️:

إنما اتخذ لهم فهذا كله واجب على الرجل أن يمنع أهله منه . و لا يرخص لهم ، فمن أباح ذلك لأهله فقد عصى الله عز و جل ، و أعانها على الإثم و العدوان ، و الله تعالى يقول : قوا أنفسكم و أهليكم ناراً

Wajib kaum lelaki mencegah keluarganya mengadakan kenduri arwah, jangan diremehkan isu ini. Barangsiapa memberi izin keluarganya mengadakan kenduri arwah maka telah derhaka kepada Allah ‎ﷻ dan Rasul-Nya ﷺ dan telah ada saham dalam dosa dan permusuhan.

Dalil:
“Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka.” [ At Tahrim: 6 ].

*Matan عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَعْفَرٍ قَالَ : لَمَّا جَاءَ نَعْيُ جَعْفَرٍ ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اصْنَعُوا لِأَهْلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا ( HR Termidzi no 981 )

Komen Abu Isa: (هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ) hadith hasan disahihkan oleh Syaikh Al Albani, Ahkam Al Janaiz dan sahih Termidzi .

✍️Larangan larangan selepas penguburan: kenduri arwah

و روى ابن ماجه في سننه عن جرير بن عبد الله البجلي ، قال : كنا نعد الاجتماع إلى أهل الميت و صنعة الطعام من النياحة

“Kami (sahabat Nabi ﷺ) menganggap berkumpul ke (kediaman) keluarga al marhum serta (keluarga al marhum) menghidangkan makanan setelah pemakaman sebahagian daripada niyahah (ratapan jahiliyah)” ( HR Ibn Majah ) dalam sunannya daripada sahabat Jarir bin Abdullah Al Bajali .

Tahqiq✍️: Syaikh Al Arnaout, takhrij Al Musnad 6905, Ibn Majah 1612
لراوي : قيس بن أبي حازم | المحدث : شعيب الأرناؤوط | المصدر : تخريج المسند
الصفحة أو الرقم: 6905 | خلاصة حكم المحدث : صحيح
التخريج : أخرجه ابن ماجه (1612)، وأحمد (6905) واللفظ له .

Bab kecil📌: Larangan Meratapi Mayat

Larangan-larangan selepas penguburan✏️: Kenduri arwah

Athar Abu Musa Al Asyaari رضي الله عنهما (sahih)

و خرج الآجري عن أبي موسى قال : ماتت أخت لعبد الله بن عمر . فقلت لامرأتي : اذهبي فعزيهم . و بيتي عندهم ، فقد كان بيننا و بين آل عمر الذي كان ، فجاءت فقال : ألم أمرك أن تبيتي عندهم ؟ فقالت : أردت أن أبيت ، فجاء ابن عمر فأخرجنا . و قال : اخرجن لا تبتين أختي بالعذاب

Dikeluarkan sebuah athar oleh Al Ajurry (Qadhi Baghdad, W. 360H, thiqah), daripada Abu Musa Al Asya’ari رضي الله عنهما yang berkata, “Salah seorang saudara perempuan Abdullah bin Umar رضي الله عنهما meninggal dunia, maka saya (Abu Musa) berkata kepada isteriku, “Pergilah berta’ziah kepada mereka dan bermalamlah di rumah mereka kerana rapatnya hubungan keluarga kita dan Ibn Umar رضي الله عنهما . ” Tidak lama kemudian isterinya kembali tidak jadi bermalam di sana. Abu Musa berkata,” Bukankah aku menyuruh kamu bermalam di rumah mereka?” Jawab isterinya,”Memanglah saya nak menginap tapi tiba-tiba Ibn Umar رضي الله عنهما menyuruh kami pulang, dia berkata,”Kembalilah kamu semua, jangan biarkan saudari aku terkena azab.”

Tahqiq✍️: Disahihkan oleh Syaikh Muhammad Al Mukhtar Al Syinqithi رحمه الله , w. 2019, ulama’ kibar Arab Saudi dalam kitabnya Maramal Attawwaq, ms 122

محمد المختار بن عابدين بن المختار الشنقيطي, مرام التواق , ص 122

Tambahan✏️:
Athar Abu Al Buhtari (sahih)

و عن أبي البختري قال : بيتونة الناس عند أهل الميت ليست إلا من أمر الجاهلية

Daripada Abu Al Buhtari (Said bin Fairuz, faqih Kufah, murid Ibn Abbas رضي الله عنهما, Abu Sa’id Al khudry رضي الله عنه dan Ibn Umar رضي الله عنهما , w. 82H),” menginapnya orang lain di rumah keluarga si mayat tiada lain melainkan jelas amalan jahiliyah” ( Disahihkan oleh Syaikh Al Mukhtar Al Syinqithi, Ibid,122) .

Athar Ibn abbas رضي الله عنهما (sahih)

قال المؤلف رحمه الله : و هذه الأمور كلها قد صارت عند الناس الآن سنة و تركها بدعة ، فانقلب الحال و تغيرت الأحوال

Komentar Al Qurthubi mengenai (budaya berkumpul di rumah si mati dan keluarga si mati menyediakan juadah) dalam kalangan masyarakat telah menjadi sunnah dan orang yang meninggalkan dicop sebagai bid’ah . Ini adalah keterbalikan (Maqlubah) dan perubahan yang ketara.

Athar Ibn Abbas رضي الله عنهما :

. قال ابن عباس رضي الله عنه : لا يأتي على الناس عام إلا أماتوا فيه سنة . و أحيوا فيه بدعة . حتى تموت السنن و تحيا البدع ، و لن يعمل بالسنن و ينكر البدع إلا من هون الله عليه إسخاط الناس بمخالفتهم فيما أرادوا ، و نهيهم عما اعتادوا و من يسر لذلك أحسن الله تعويضه

Berkata Ibn Abbas رضي الله عنهما ,”Tidak ada satu tahun pun yang melewati manusia kecuali matinya sunnah satu demi satu; Dan menghidupkan bid’ah satu demi satu sehingga matilah semua sunnah dan hiduplah bid’ah. Dan orang yang tegar melakukan sunnah dan mengingkari bid’ah melainkan Allah ‎ﷻ akan menjadikan dia tegar biasa terhadap kebencian masyarakat kepadanya dan dia tegar menentang apa yang mereka kehendaki dan mencegah daripada amalan kebiasaan mereka (adat). Maka, sesiapa yang dipermudahkan Allah‎ ﷻ untuk bersikap teguh seperti itu maka Allah‎ ﷻ akan gantikan yang lebih baik.” Athar ini dinukil oleh Al Syatibi, Al I’tishom 1/86 (كتاب الاعتصام للشاطبي)

Hadith-hadith penguat orang tegar mempertahankan sunnah ditengah masyarakat yang amalkan bid’ah:

1⃣. Hadith Abu Qatadah dan Abu Ad Duhama’ (sahih)
إنَّكَ لن تدَعَ شيئًا اتِّقاءَ اللَّهِ، جَلَّ وعَزَّ، إلَّا أعطاكَ اللَّهُ خيرًا منهُ .

[Sesungguhnya tidaklah engkau meninggalkan sesuatu kerana Allah ‘azza wa jalla, melainkan Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.”] (HR Ahmad)
Dinilai sahih oleh Al Wada’iy, Al Sahih al Musnad 1523

الراوي : رجل من أهل البادية | المحدث : الوادعي | المصدر : الصحيح المسند
الصفحة أو الرقم : 1523 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

Dinilai sahih oleh Al Haithami, Majma’ 10/299

أبو قتادة و أبو الدهماء – خلاصة الدرجة: [روي] بأسانيد ورجالها رجال الصحيح – المحدث: الهيثمي – المصدر: مجمع الزوائد – الصفحة أو الرقم: 10/ 299

2⃣. Hadith Muawiyah رضي الله عنه (sahih)

: لا يزال في هذه الأمة عصابة يقاتلون على أمر الله لا يضرهم جدال من جادلهم و لا عداوة من عاداهم

“Akan sentiasa ada dalam kalangan umat ini satu kelompok manusia yang berperang di atas perintah Allah‎ ﷻ , mereka tidak gentar menghadapi bahaya daripada sesiapa yang memusuhi dan menghalang mereka”( HR Tabrani ) , Mu’jam Al Kabir, 801
Lafaz dalam sahih Bukhari daripada Muawiyah bin Abu Sufyan رضي الله عنه :

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي قَائِمَةً بِأَمْرِ اللَّهِ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ أَوْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ ظَاهِرُونَ عَلَى النَّاسِ

“Akan ada segolongan daripada umatku yang senantiasa menegakkan perintah-perintah Allah ‎ﷻ . Tidak akan membahayakan mereka orang-orang yang merendahkan atau menyelisihi mereka sehingga datang hari kiamat sedangkan mereka nampak (dengan kebenaran) di antara manusia “ HR Al Bukhari No 7132(( أخرجه البخاري برقم 7312 [ البخاري مع الفتح (13/306)) .

📌Larangan-larangan selepas penguburan: kenduri arwah

Dua hadith shahihain:
1. Hadith Abdullah bin Mas’ud رضي الله عنهما

و من هذا الباب ما ثبت في الصحيحين عن عبد الله قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : ليس منا من لطم الخدود و شق الجيوب . و دعا بدعوى الجاهلية

Dalam bab ini (larangan niyahah/meratap) terdapat hadith dalam sahihain (Bukhari-Muslim) daripada Abdullah (bin Mas’ud رضي الله عنهما ) katanya, Sabda Rasulullah ﷺ (‏لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَطَمَ الْخُدُودَ، وَشَقَّ الْجُيُوبَ، وَدَعَا بِدَعْوَى الْجَاهِلِيَّةِ ‏”‌‏.‏) “Bukanlah termasuk golongan kami, orang yang memukuli pipi, merobek-robek pakaian, dan berteriak dengan teriakan Jahiliyah (ketika ditimpa musibah)” (Al Bukhari 1294, Muslim 103)

2. Hadith Abu Musa Al Asya’ri

حَدَّثَنِي أَبُو بُرْدَةَ بْنُ أَبِي مُوسَى ـ رضى الله عنه ـ قَالَ وَجِعَ أَبُو مُوسَى وَجَعًا فَغُشِيَ عَلَيْهِ، وَرَأْسُهُ فِي حَجْرِ امْرَأَةٍ مِنْ أَهْلِهِ، فَلَمْ يَسْتَطِعْ أَنْ يَرُدَّ عَلَيْهَا شَيْئًا، فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ أَنَا بَرِيءٌ مِمَّنْ بَرِئَ مِنْهُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بَرِئَ مِنَ الصَّالِقَةِ وَالْحَالِقَةِ وَالشَّاقَّةِ

Diriwayatkan oleh Abu Burdah bin Abi Musa (Al Asyaari رحمه الله ):

Abu Musa jatuh sakit parah, pengsan dan tidak dapat berkomunikasi dengan isterinya ketika dia terbaring dengan kepalanya di pangkuannya. Ketika dia sedar, dia berkata, “Saya tidak bersalah terhadap mereka, yang mana Rasulullah ﷺ berlepas diri. Rasulullah ﷺ berlepas diri terhadap wanita yang menangis dengan kuat (atau menampar wajahnya) yang mencukur kepalanya dan siapa yang merobek pakaiannya (ketika ditimpa musibah)”( HR Bukhari 1296, Muslim 104 ).

3. Hadith Abu Umamah رضي الله عنه (Al Bahili) (sahih)

ابن ماجه عن أبي أمامة : أن رسول الله صلى الله عليه و سلم لعن الخامشة وجهها ، و الشاقة جيبها ، و الداعية بالويل و الثبور ، إسناده صحيح

Daripada Abu Umamah رضي الله عنه , bahawa “Rasulullah ﷺ melaknat perempuan yang mencakar mukanya, mengoyak-ngoyak pakaiannya dan menyeru celaka dan kemusnahan atas dirinya sendiri”.( HR Ibn Majah, 1585 ).

Tahqiq Al Albani✍️: Sahih Ibn Majah 1299

لعنَ الخامِشةَ وجْهَها والشَّاقَّةَ جَيبَها والدَّاعيةَ بالويلِ والثُّبورِ
الراوي : أبو أمامة الباهلي | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح ابن ماجه
الصفحة أو الرقم: 1299 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

4. Athar Hatim Al Asham

و قال حاتم الأصم : إذا رأيت صاحب المصيبة قد خرق ثوبه ، و أظهر حزنه ، فعزيته فقد أشركته في إثمه و إنما هو صاحب منكر ، يحتاج أن تنهاه

Berkata Hatim bin Al Asham (ulama Khurasan, thiqah, w. 237H) berkata,” Apabila kamu nampak orang yang ditimpa musibah itu mengoyak-ngoyak bajunya, menzahirkan kesedihan (melampau), lalu kamu memberi takziah kepadanya. Maka, sebenarnya kamu telah bersekongkol dalam dosa yang dia lakukan, sedangkan dia adalah pelaku kemungkaran yang wajib kamu mencegahnya.”

5. Athar Abu Sa’id Al Balkhi

و قال أبو سعيد البلخي : من أصيب بمصيبة فمزق ثوباً ، أو ضرب صدراً ، فكأنما أخذ رمحاً يريد أن يقاتل به ربه عز و جل

Berkata Abu Sa’id Al Balkhi (Muhaddith , Balkh, Afghanistan, w.205H, thiqah) berkata,” Barangsiapa yang ditimpa musibah, lalu merobek pakaiannya, atau memukul dadanya maka seumpama mengambil tombak/lembing untuk menyerang Tuhannya ‎ﷻ .

#Ilmu
#Amal
#Prihatin

Komen dan Soalan