Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat 10.3.9 Musnahnya Kaum Ya’juj dan Ma’juj (هلاك قوم يأجوج ومأجوج)

10.3.9 Musnahnya Kaum Ya’juj dan Ma’juj (هلاك قوم يأجوج ومأجوج)

61
0
Iklan

☄☄☄☄

10.3 TBK Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj (خروج يأجوج ومأجوج; Gog and Magog)

10.3.9 Musnahnya Kaum Ya’juj dan Ma’juj (هلاك قوم يأجوج ومأجوج)

9.1 Binasanya kaum Ya’juj dan Ma’juj

يبقى يأجوج ومأجوج رجالا ونساء وصبيان يعيثون في الأرض فسادا قتلا للناس وهتكا للحرمات ,غرورا وفجورا,حتى يبلغ من كفرهم أن يرموا السهام جهة السماء ليغلبوا من في السماء كما غلبوا من في الأرض,ولا ينجو منهم إلا من كان متحصنا بالحصون أ, مختفيا ومن هؤلاء المتحصنين عيسى عليه السلام وقوم معه من المؤمنين , وقد أصابهم الجوع والحاجة والجهد الشيء العظيم عندها يلجأ عيسى عليه السلام وأصحابه إلى الله عز وجل كما تقدم في الأحاديث ,فيرسل الله يأجوج ومأجوج النغف في رقابهم ,فيموتون ويرسل الله طيرا كأعناق البخت فتحمل أجساد يأجوج ومأجوج …..فتطرحهم حيث شاء الله.
ثم يرسل الله مطرا فيغسل الأرض حتى يتركها كالزلفة ,ثم يقال للأرض :أنبتي ثمرك,وردي بركت كرجل يتسلق

Ringkasan:

Ya’juj dan Ma’juj bermaharajalela melakukan kerosakan di seluruh pelusuk alam, membunuh semua manusia (termasuk wanita dan kanak-kanak), memperkosa wanita, sehingga apabila semua pelusuk bumi dikuasai, mereka ingin menguasai penduduk langit dengan melepaskan anak panah ke langit. Semua binasa kecuali yang bersembunyi dalam “bunker” atau benteng. Di antara yang bersembunyi dalam “bunker” adalah Nabi Isa عليه السلام dan orang-orang mukmin sehingga mereka dilanda kelaparan kerana kehabisan bekalan makanan dan minuman.

Apabila Nabi Isa عليه السلام berdoa, maka Ya’juj dan Ma’juj dilanda wabak dan kemudian muncul sejenis burung Al Bakht yang melakukan pembersihan terhadap mayat-mayat mereka. Kemudian Allah ‎ﷻ menurunkan hujan, bumi kembali menjadi bersih daripada pencemaran dan kembali mengeluarkan tanaman.

9.2 Hadith Abu Sa’id al Khudri رضي الله عنه

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال :<<تفتح يأجوج ومأجوج ؛ يخرجون على الناس كما قال الله تعالى { من كل حدب ينسلون} ؛فيعيثون في الأرض ,ويشربون ما فيه ,حتى إن بعضهم– يعني يأجوج ومأجوج – ليمربالنهر فيشربون ما فيه ,حتى يتركونه يابسا حتى إن من بعدهم ليمر بذلك النهر فيقول : لقد كان هاهنا ماء مرة, ثم قال صلى الله عليه وسلم: حتى إذا لم يبق من الناس أحد إلا أخذ في حصن أو مدينة قال قائلهم – أي من يأجوج ومأجوج – :هؤلاء أهل الأرض قد فرغنا منهك بقي أهل لالسماء .ثم يهز أحدهم حربته ,ثم يرمي بها إلى السماء فترجع مخضبة دما,أي بلاء وفتنة من الله تعالى لهم ,فبينما هم على ذلك بعث بعث الله عليهم دودا في أعناقهم كالنغف,فيخرج في أعناقهم , فيصبحون موتى لا يسمع لهم جس,فيقول المسلمون:ألا رجل يشري لنا بنفسه فينظر ما فعل هذا العدو,قال : ثم يتجرد رجل منهم لذلك محتسبا بنفسه قد وطنها على أنه مقتول,فينزل , فيجدهم موتى بعضهم على بعض, فينادي: يا معشر المسلمين ,أبشروا فإن الله قد كفاكم عدوكم , فيخرجون من مدائبهم وحصونهم, ويسرحون مواشيهم , فما يكون لها رعي إلا لحومهم, فتشكر عنه كأحسن ما شكرت عن شيء مننبات أصابته قط> (رواه أحمد وابن ماجة والحاكم وقال: حديث صحيح على شرط مسلم ولم يخرجاه)

Nabi ﷺ bersabda: “Tembok Ya’juj dan Ma’juj akan dibuka, maka mereka akan mara kepada semua manusia, sebagaimana firman Allah ‎ﷻ: “Dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat-tempat yang tinggi” [Al Anbiyaa’: 96].
Mereka memenuhi bumi, maka mereka akan menyerang manusia, sedangkan kaum Muslim akan melarikan diri daripada mereka ke kota-kota dan benteng-benteng, sambil membawa binatang-binatang ternakan bersama mereka. Sedangkan mereka (Ya’juj dan Ma’juj) meminum semua air di bumi, sehingga apabila sebahagian daripada mereka melalui sebuah danau (Tabariyah), mereka pun meminum air sungai tersebut sampai kering dan ketika sebahagian yang lain daripada mereka melewati danau yang sudah kering tersebut, maka mereka berkata: “Dahulu di sini pernah ada air”. Dan apabila tidak ada lagi manusia yang tersisa kecuali yang berlindung di kota atau benteng.

Maka berkatalah salah seorang daripada mereka (Ya’juj dan Ma’juj): “Penduduk bumi sudah kita hapuskan, maka berikutnya yang tertinggal adalah penduduk langit.“ Kemudian salah seorang daripada mereka melemparkan tombaknya ke langit, dan tombak tersebut kembali dengan berlumuran darah yang menunjukkan suatu cubaan atau fitnah daripada Allah ‎ﷻ. Maka tatkala mereka sedang leka dibuai kejayaan, Allah ‎ﷻ mengutus ulat (virus) ke leher-leher mereka seperti ulat yang keluar dari kepompongnya. Maka pada pagi harinya mereka pun mati dan tidak terdengar satu nafas pun. Setelah itu kaum Muslim yang selamat berkata: “Alangkah bagusnya jika orang yang terkorban sempat melihat apa yang telah berlaku kepada musuh-musuh itu?”

Nabi ﷺ meneruskan, “Maka majulah salah seorang daripada kaum Muslimin keluar meninjau, kemudian dia menemukan bahawa mereka semua (Ya’juj dan Ma’juj) telah mati dalam keadaan sebahagian mereka di atas sebahagian yang lain (bertumpukan), maka lelaki tersebut berseru: “Wahai semua kaum Muslim bergembiralah kalian, sesungguhnya Allah ‎ﷻ sendiri sudah membinasakan musuhmu.” Maka mereka pun keluar dari kota-kota dan benteng-benteng dan melepaskan binatang ternakan mereka ke padang-padang rumput kemudian padang rumput tersebut dipenuhi oleh daging-daging binatang ternak, dan semua haiwan ternak tersebut gemuk (penuh) seperti tunas pohon yang paling bagus yang tidak pernah dipotong.”

(HR Ahmad, Ibn Majah, Haakim, beliau berkata, hadith sahih di atas syarat Imam Muslim tetapi beliau tidak memasukkan dalam sahihnya)

Tahqiq:

الراوي : أبو سعيد الخدري | المحدث : الوادعي | المصدر : الصحيح المسند
الصفحة أو الرقم: 413 | خلاصة حكم المحدث : حسن

Dinilai hadith hasan oleh Syeikh Muqbil Al Waada’iy, sahih Al Musnad, No.413.

Komen dan Soalan