Utama Bilik (50) Diskusi Bersama Doktor Soal Jawab Bersama Doktor: Seputar Persoalan Kesihatan Bilik 50 – Bahagian 7/2020

Soal Jawab Bersama Doktor: Seputar Persoalan Kesihatan Bilik 50 – Bahagian 7/2020

89
0
Iklan

Strok 

Soalan 1:

Adakah terdapat sebarang simptom sebelum serangan strok?

Jawapan:

Tiada simptom.  Pemeriksaan tekanan darah secara berkala adalah sangat penting untuk mengelakkan serangan secara tiba-tiba.

[Sebanyak 80% daripada kes strok boleh dicegah. Anda perlu mengambil peduli tentang tanda-tanda strok walaupun tanda-tanda tersebut hilang selepas beberapa jam. Orang yang mengalami simptom-simptom FAST (iaitu serangan iskemia transien – transient ischaemic attack [TIA]) perlu segera membuat pemeriksaan di hospital walaupun simptom tersebut hilang selepas beberapa ketika. TIA ialah petanda bahawa mereka mungkin akan mengalami strok penuh pada masa yang akan datang.]

https://www.myhealthmylife.com.my/ms/tekanan-darah-tinggi/tekanan-darah-tinggi-dan-strok

 

Kencing Manis dan Kolesterol

Soalan 2:

Merujuk pada gambar di sebelah, adakah kandungan pemanis rendah indeks glisemik (GI) tersebut selamat untuk pesakit diabetes?

Jawapan:

Oligofructose merupakan pemanis seperti gula tetapi ia lebih manis daripada gula yang kita guna, jadi penggunaannya hanya sedikit sahaja namun, selain daripada itu, susu ini juga mengandungi lemak yang tidak baik untuk pesakit kencing manis.

Soalan 3:

Boleh berikan rujukkan paras gula yang tidak berbahaya kalau diambil setiap hari?

Jawapan:

Tiada rujukan khusus.

Gula sebenarnya tidak merbahaya jika diambil dengan kuantiti yang kecil bagi bukan pesakit kencing manis.

Soalan 4:

Berapakah kuantiti gula sehari yang sesuai untuk orang yang sihat dan tiada penyakit kena kencing manis?

Jawapan:

Jika ada keluarga terdekat yang mengidap kencing manis tidak perlulah ambil gula, jika tiada penyakit cukup sekadar pengambilan 2 atau 3 sudu teh sehari.  Makanan yang kita makan juga sebahagian besarnya mengandungi karbohidrat yang hasil akhirnya juga gula (glukos).

Soalan 5:

Adakah kolesterol juga termasuk faktor genetik? Apakah contoh makanan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol?

Jawapan:

Mungkin ada faktor genetik dan mungkin juga tiada.  Perlu elakkan makanan berlemak dan berminyak supaya tahap kolesterol berada di paras normal.

Soalan 6:

Benarkah pesakit kencing manis tidak boleh minum air manis?

Jawapan:

Pesakit kencing manis tidak boleh ambil ‘simple sugar’ (gula ringkas), sama ada air manis atau kuih yang manis kerana penyerapannya sangat cepat sehingga insulin yang ada dalam sistem tidak dapat mengendalikannya.  Sepatutnya setiap pesakit kencing manis ada Glukometer untuk mengawal paras gula dalam darah supaya memudahkan beliau untuk menentukan pengambilan tahap pemakanan.

[Makanan dan minuman berasaskan gula sememangnya sedap sehinggakan sesi makan bagaikan tidak lengkap jika tidak diakhiri dengan pencuci mulut. Masyarakat Melayu juga amat terkenal dengan kuih-muih tradisi yang kebanyakannya mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti sagu gula melaka, pengat, kuih lopes dan juga pencuci mulut seperti air batu campur dan ais kepal. Kebiasaan ini menjadikan kita alpa atau memandang remeh tentang kadar pengambilan gula dalam kehidupan seharian.  Penggunaan gula perlu dikurangkan bukan sahaja untuk mengelakkan penyakit kencing manis malah penyakit-penyakit lain yang lebih merbahaya.  Berikut adalah cadangan 7 Langkah bijak untuk mengurangkan pengambilan gula dalam makanan:

  • Kurangkan pengambilan nasi.
  • Berhenti minum air berkarbonat
  • Membaca label makanan dan beri perhatian pada ‘high fructose corn syrup’ (sirap jagung tinggi fruktosa).
  • Bertukar kepada makanan gantian seperti nasi putih kepada beras perang.
  • ‘Mengosongkan’ minuman yang dipesan di gerai.
  • Lebihkan pengambilan buah-buahan.
  • Ubahsuai resepi jika perlu seperti mengurangkan jumlah gula dalam kek atu manisan.]

https://www.aia.com.my/ms/what-matters/health-wellness/gula-dan-anda-7-langkah-bijak-untuk-mengurangkan-penggunaan-gula-dalam-makanan.html

 

Komen dan Soalan