Utama Bilik (28) Bidaah Nusantara BAB 16: Siri Pemurnian 60 Bid’ah Nusantara – Baca Ayat Al-Qur’an Atau...

BAB 16: Siri Pemurnian 60 Bid’ah Nusantara – Baca Ayat Al-Qur’an Atau Zikir Tertentu Semasa Mengiringi Jenazah Ke Kubur

429
0
Iklan

Antara amalan kebiasaan masyarakat nusantara ialah membaca ayat-ayat Al-Qur’an atau zikir-zikir tertentu semasa mengiringi jenazah ke tanah perkuburan. Adakah dalil yang menyokong amalan ini? Ayuh kita lihat apa kata para ulama’ berkenaan isu ini.

 

Situasi 1: Membaca al-Fatihah di setiap langkah semasa mengiringi jenazah ke tanah perkuburan

Syeikh Nashiruddin al-Albani رحمه الله telah menulis di dalam kitabnya:

ويلحق بذلك رفع الصوت بالذكر أمام الجنازة ،لانه بدعة ، ولقول قيس ابن عباد : ” كان أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم يكرهون رفع الصوت عند الجنائز ” . أخرجه البيهقي ( 4 / 74 ) بسند رجاله ثقات.ولان فيه تشبها بالنصارى فإنهم يرفعون أصواتهم بشئ من أنا جيلهم وأذكارهم مع التمطيط والتلحين والتحزين[1]

وأقبح من ذلك تشييعها بالعزف على الالات الموسيقية أما مها عزفا حزينا كما يفعل في بعض البلاد الاسلامية تقليدا للكفار . والله المستعان

“Termasuklah perkara yang dilarang ialah menguatkan suara dengan zikir ketika di hadapan jenazah, kerana sesungguhnya ia adalah bid’ah, dan telah berkata Qais Ibn Abbad : (Para sahabat Nabimembenci menguatkan atau mengeraskan suara di sisi jenazah). Hadith dikeluarkan oleh al-Baihaqi (4/74), dengan sanad rijal yang thiqah. Kerana sesungguhnya ini adalah meniru-niru budaya orang Kristian, pada masa membaca bible mereka menyanyikan dengan suara yang sedih melambangkan kesedihan mereka (Lihat al-Azkar ms. 203). Dan yang sangat buruk apabila meniru kebiasaan mereka dengan mainan alat-alat muzik berirama yang melambangkan kesedihan, sebagaimana yang dilakukan oleh beberapa negara Islam kerana meniru orang kafir. Demi Allah memohon segala perlindungan”.

(Ahkam al-Janaaiz, ms. 92)

 

Situasi 2: Membaca zikir tertentu ketika mengiringi jenazah ke tanah perkuburan

Berkata Imam Nawawi رحمه الله:

واعلم أن الصوابَ المختارَ ما كان عليه السلفُ رضي اللّه عنهم السكوتُ ‏ في حال السير مع الجنازة فلا يُرفع صوتٌ بقراءة ولا ذكر ولا غير ذلك، والحكمة فيه ظاهرة وهي أنه أسكنُ لخاطره وأجمعُ لفكره فيما يتعلق بالجنازة وهو المطلوبُ في هذا الحال، فهذا هو الحقّ، ولا تغترّنّ بكثرة من يُخالفه، فقد قال أبو عليّ الفُضيل بن عِياض رضي اللّه عنه ما معناه‏:‏ الزمْ طرقَ الهدَى، ولا يضرُّكَ قلّةُ السالكين، وإياك وطرقَ الضلالة، ولا تغترَّ بكثرة الهالكين‏.‏

“Ketahuilah bahawa yang benar dan menjadi pilihan adalah apa yang dilakukan oleh para salaf iaitu mereka diam (tenang) ketika mengiringi jenazah, dan tidak meninggikan suara dengan membaca, berzikir dan sebagainya, dan hikmahnya jelas kelihatan, iaitu agar kita merenung dan menghayati makna kematian, dan itulah yang dituntut didalam hal ini. Dan ini adalah yang benar, dan janganlah terpengaruh dengan kebanyakan orang yang menyalahinya. Telah berkata Abu Ali Al-Fudhail bin ‘Iyad رضي الله عنه iaitu: Tetapkanlah dengan jalan hidayah, janganlah merasa sedih kerana sedikit orang mengikutinya, dan berhati-hati dengan jalan kesesatan, dan janganlah terpengaruh dengan kebanyakan orang yang tergelincir”.

(Kitab al-Azkar, ms. 145, Bab: بابُ ما يقولُه الماشي مع الجَنَازة )

 

Persoalannya, jika anda adalah pengikut mazhab Syafi’iy kenapa amalan kalian tidak seiring dengan fatwa Imam Nawawi?

Fatwa Arab Saudi mengenai membaca sebarang zikir ketika mengiringi jenazah:

هذا منكر لا أصل له في الشرع المطهر ، وإنما المشروع عند اتباع الجنائز تذكر الآخرة والموت والدعاء للميت بالمغفرة والرحمة من دون رفع الأصوات ، وقد قال قيس بن عباد التابعي الجليل رحمه الله : كان أصحاب رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يكرهون الصوت عند ثلاث : عند الجنازة وعند الذكر ، وعند القتال

“Ini merupakan satu perkara yang mungkar yang tidak ada asalnya didalam syara’ yang suci. Adalah disyara’kan ketika mengiringi jenazah agar mengingati hari Akhirat dan mengingati mati, dan berdoa agar Allahmengampunkan dan merahmatkan mayat, tanpa menaikkan suara. Qais ibn Abbad, seorang tabi’in besar berkata, “Para sahabat membenci suara-suara di dalam tiga keadaan: ketika kematian, ketika berzikir dan ketika berperang”.

(Majallat al-Buhooth al-Islamiyyah, 68/36)

 

Syarah: 

Untuk melihat cara-cara mengiringi jenazah di Madinah, sebaik sahaja selepas salat Asar, segera bergegas ke kubah hijau. Dan sebaik sahaja pintu dibuka, belakang kubah hijau akan keluar beberapa keranda. Maka anda ikut keranda tersebut dan kita akan dapati tiada orang yang berzikir atau membaca Al-Quran ketika membawa jenazah ke kubur Ma’ala al-Gharqad.

Allahu a’lam.

Komen dan Soalan