Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Soal Jawab Fiqh Wanita: PERLUKAH CINTA DALAM PERKAHWINAN

Soal Jawab Fiqh Wanita: PERLUKAH CINTA DALAM PERKAHWINAN

151
0
Iklan

🔴 Apakah akan terjadi jika menikah tanpa rasa cinta?

Akan berlaku seperti perkahwinan Asiah dengan Firaun.

🔴 Adakah maksudnya tidak bahagia? Jadi menikah memang memerlukan rasa cinta?

Ya, tidak bahagia sebab apabila Fir’aun telah memilih mana-mana wanita itu untuk menjadi isterinya, maka wanita itu tidak boleh menolaknya.

Menikah perlu ada rasa cinta, dalilnya;

Dan di antara tanda-tanda (Kekuasaan-Nya) ialah bahawa Dia menciptakan jodoh untuk kamu daripada diri kamu(bangsa kamu) supaya kamu bersenang-senang kepadanya, dan Dia (Allah) mewujudkan sesama kamu kasih sayang dan rahmat. Sesungguhnya tentang demikian itu menjadi tanda bagi kaum yang memikirkan.” [Surah Rum 30: 21]

Namun wanita mempunyai dua pilihan:
1. Cinta
2. Jaminan kehidupan, asalkan dia mendapat kemewahan dan jaminan masa depan

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH lebih mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”. [Surah Baqarah: 216].

Maksudnya, walaupun dia tidak menyintai suaminya, tetapi disebabkan kekayaan suaminya, dia mendapat kemewahan dan kenikmatan keduniaan.

Ramai wanita-wanita cantik berkahwin dengan jutawan yang sudah tua kerana wanita tersebut tidak kisahkan cinta; faktor kewangan lebih diutamakan.

Kalau kita tonton filem hindustan, wanita mengutamakan cinta dan jejaka miskin yang kacak.

Kalau dalam drama Melayu, atau filem Cina pula, mereka mengutamakan lelaki yang kaya.

Wanita Arab pula mengutamakan lelaki Arab yang kaya. Tidak kisah jika dia menjadi isteri yang keempat. Apa yang penting, dia mendapat rumah, kereta, pembantu rumah dan pemandu peribadi.

🔴 Maksudnya, ikut citarasa masing-masing?

Ya, cinta atau duit. Yang terbaik, dapat cinta dan kekayaan.

🔴 Bagaimana pula kalau tidak cintakan sesiapa dan tidak kahwin?

Boleh sahaja sebagaimana berlaku kepada para ulama’ tersohor seperti Ibn Taymiyah, Imam Nawawi, Rabiah Adawiyah. Mereka terlalu sibuk dengan ilmu dan ibadat.

🔴 Adakah perbuatan tidak menikah begini tidak termasuk dalam hadith Nabi ﷺ yang tidak mengaku umat jika tidak bernikah?

Hadith tersebut untuk mereka yang bencikan perkahwinan.

Terdapat 5 hukum untuk kahwin: wajib, haram, sunat, makruh, harus.

Komen dan Soalan