Utama At-Tazkirah Qurthubi At-Tazkirah Qurthubi: Bab Ingat Mati, Akhirat dan Zuhud akan Dunia – Tujuan...

At-Tazkirah Qurthubi: Bab Ingat Mati, Akhirat dan Zuhud akan Dunia – Tujuan Ziarah Kubur

427
0
Iklan

At-Tazkirah Qurthubi (W671H)
Kod 4.0 Bab Ingat Mati, Akhirat dan Zuhud akan dunia (باب ما يذكر الموت والآخرة ويزهد فى الدنيا)

4.7: Tujuan berziarah kubur 1

و زيارة قبر من مات من المسلمين معاينة :
قال صلى الله عليه و سلم :” ليس الخبر كالمعاينة” رواه ابن عباس و لم يروه أحد غيره إلا أن الاعتبار بحال المحتضرين غير ممكن في كل الأوقات . و قد لا يتفق لمن أراد علاج قلبه في ساعة من الساعات
أخرجه أحمد (1/215 ، رقم 1842) ، والحاكم (2/351 ، رقم 3250) وقال : صحيح على شرط الشيخين . والطبرانى فى الأوسط (1/12 ، رقم 25) والضياء (10/82 ، رقم 76) . وأخرجه أيضًا : ابن حبان (14/96 ، رقم 6213)
تحقيق الألباني
( صحيح ) انظر حديث رقم : 5373 في صحيح الجامع .

“Dan berziarah kubur adalah aktiviti penyaksian secara langsung (dan ia memberi impak secara terus kepada mata dan jiwa seseorang) sebagaimana sebuah hadith: “Sebuah khabar tidak sama dengan menyaksikan secara langsung (live)”. (HR Ahmad, 1842, al Hakim, no 3250, dia berkata, sahih atas syarat syaikhain, Thabrani dalam al Awsath dan Ibn Hibban no 6213; dinilai sahih oleh al Albani, sahih al Jaami’ no 5373 dari jalur Riwayat Ibn Abbas ra).

Syarah: Apabila kita berziarah kubur, kita secara langsung dapat melihat suasana kubur yang hening, ia tidak sama impak dengan mendengar kuliah mengenai kematian. Berada di kawasan perkuburan tidak sama dengan berada dalam kuliah ilmu. Itu maksud hadith Nabawi.

4.7: Tujuan berziarah kubur 2

رواه ابن عباس و لم يروه أحد غيره إلا أن الاعتبار بحال المحتضرين غير ممكن في كل الأوقات . و قد لا يتفق لمن أراد علاج قلبه في ساعة من الساعات ، و أما زيارة القبور : فوجودها أسرع ، و الانتفاع بها أليق و أجدر ، فينبغي لمن عزم على الزيارة أن يتأدب بآدابها ، و يحضر قلبه في إتيانها ، و لا يكون حظه منها الطواف على الأجداث فقط ، فإن هذه حالة تشاركه فيها بهيمة و نعوذ بالله من ذلك

Berkata Ibn Abbas,”peluang menyaksikan orang sedang sakarat amat sedikit keberangkaliannya, sedangkan berziarah kubur ini mudah, bila-bila masa dan manfaatnya juga segera. Cuma orang yang berziarah hendaklah menjaga adab-adab, menghadirkan hatinya bukan kepada tawaf mengelilingi kubur, kerana tawaf itu juga boleh dilakukan oleh haiwan. Minta jauhlah daripada amalan sedemikian (tawaf kuburan).” HR Ahmad, 1:271, Ibn Hibban dalam sahihnya 6213.

4.7: Tujuan berziarah kubur 3 (koreksi Manhaj al Qurthubi)

بل يقصد بزيارته : وجه الله تعالى ، و إصلاح فساد قلبه ، أو نفع الميت مما يتلوه عنده من القرآن . على ما يأتي بيانه إن شاء الله تعالى . و يجتنب المشي على المقابر ، و الجلوس عليها إذا دخل المقابر ، و يخلع نعليه . كما جاء في أحاديث ، و يسلم إذا دخل المقابر ، و يخاطبهم خطاب الحاضرين

Terjemahannya: “Tujuan sebenar ziarah kubur ialah mengharapkan wajah Allah (ikhlas), menyembuhkan kerosakan hati, atau memberi manfaat kepada si mati dengan bacaan Al-Qur’an, juga menghindari melangkah pusara atau duduk di atasnya, memberi salam ketika masuk perkuburan dan berdialog dengan penghuninya sebagaimana berdialog dengan orang orang yang hadir (hidup).”

* Isu pertama: Memberi manfaat kepada mayat dengan membaca Al-Qur’an kepadanya. Ini isu yang khilaf dan masih dibahaskan di medan fiqh al janaiz. Tiga mazhab adalah jelas membid’ahkannya kecuali Mazhab Syafi’iy.

Berkata Imam Nawawi rahimahullah:

وَأَمَّا قِرَاءَة الْقُرْآن فَالْمَشْهُور مِنْ مَذْهَب الشَّافِعِيّ أَنَّهُ لَا يَصِلُ ثَوَابُهَا إِلَى الْمَيِّت

“Adapun bacaan Al-Qur’an (untuk mayat), maka menurut pendapat yang masyhur daripada Imam Syafi’i rahimahullah bahawa hal itu tidak akan sampai pahalanya kepada mayit.”

وَقَالَ بَعْض أَصْحَابه : يَصِل ثَوَابهَا إِلَى الْمَيِّت .

Namun sebahagian ulama’ Syafi’iyyah lainnya mengatakan, sampai pahalanya kepada mayit.” (Syarah Sahih Muslim I:87)
Turut membolehkannya juga ialah Ibn Qayyim dalam kitabnya ar Ruh dan al Qurthubi yang bermazhab Maliki dalam al Tazkirah ini.

Namun bagi manhaj UiTO, amalan membaca Al-Qur’an di kubur adalah sebagaimana pendapat jumhur dan ahli hadith, ia adalah bid’ah, tidak diamalkan oleh 3 generasi pertama Islam. Dalilnya:

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ

“Janganlah kalian menjadikan rumah kalian seperti kuburan”. (HR Muslim 780)

Maksudnya, rumah yang tidak dibaca Al-Qur’an adalah seperti kubur. Ini bererti kaum salaf memang tidak membaca Al-Qur’an di kuburan. Kubur adalah kubur, tiada salat dan tilawah di sana. Salat dan tilawah itu lumrahnya di rumah bukan perkuburan.

4.7: Tujuan berziarah kubur 4 (Ungkapan ketika menziarahi kuburan)

و يجتنب المشي على المقابر ، و الجلوس عليها إذا دخل المقابر ، و يخلع نعليه . كما جاء في أحاديث ، و يسلم إذا دخل المقابر ، و يخاطبهم خطاب الحاضرين . فيقول : السلام عليكم دار قوم مؤمنين

“Ketika memasuki kuburan, hendaklah berdialog dengan penghuninya sebagaimana mereka masih hidup hadir (di dalam kuburnya) dan mengucap ” assalamu ‘alaikum penghuni darul orang-orang mukmin”. (HR Muslim no 249 dari Aisyah)

Ini pendapat al Qurthubi, bahawa ketika kita memasuki kawasan kuburan, maka ketika itu kita berdepan dengan mayat-mayat yang masih hidup dalam kubur masing-masing.

Kata al Qurthubi:

كذلك كان عليه الصلاة و السلام يقول ، و كنى بالدار عن عمارها و سكانها . و لذلك خاطبهم بالكاف و الميم لأن العرب تعبر بالمنزل عن أهله . و إذا وصل إلى قير ميته الذي يعرف سلم عليه أيضاً فييقول : عليك السلام

Maksud hadith di atas, perkuburan dinisbahkan kepada daar (sebuah perkampungan, perumahan), maka bila Nabi SAW suruh ucap assalamualaikum dengan lafaz kaf dan mim bermaksud kamu semua. Maka ketika menuju kubur yang kita kenal, maka ucapkan “alaika as ssalam.”

Yang menguatkan pendapat al Qurthubi ialah Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim dalam ar-Ruh, Ibn Kathir dan Imam an-Nawawi.

Kata Ibn Qayyim:

والسلف مجمعون على هذا ، وقد تواترت الآثار عنهم بأن الميت يعرف زيارة الحي له ويستبشر به

Para salaf dan ulama’ sepakat tentang ini, dan terdapat banyak riwayat daripada mereka bahawa mayit mengetahui orang hidup yang menziarahinya dan merasa senang dengannya. (ar-Ruh: 5)

4.7: Tujuan berziarah kubur 5 (Ungkapan ketika menziarahi kubur yang khusus)

Jika kita menziarahi kubur yang khusus contohnya kubur ayah kita, maka boleh melafazkan salam seperti berikut..( عليك السلام)

و إذا وصل إلى قير ميته الذي يعرف سلم عليه أيضاً فييقول : عليك السلام .
روى الترمذي في جامعه : أن رجلاً دخل عبى النبي صلى الله عليه و سلم ، فقال : عليك السلام ، فقال صلى الله عليه و سلم : لا تقل عليك السلام ، فإن عليك السلام تحية الميت

“Jika mengunjungi kubur yang kita tuju, maka ucaplah ” “alaika as salam” (keselamatan atas mu).

HR Termidzi dalam jami’nya, bahawa seorang lelaki menemui Nabi SAW dan mengucapkan “alaika as salam”. Maka Nabi menegurnya,“Jangan kamu ucap “alaika as salam” kerana ungkapan alaika as salam adalah untuk orang mati.” (HR Termidzi no 2722, dinilai sahih oleh al-Albani, sahih at-Termidzi no 2190).

4.7: Tujuan berziarah kubur 6: (Isu Nabi memohon keampunan ibu bapanya 1)

* Bab ini dibuang oleh semua muhaqqiq at Tazkirah kerana bertentangan dengan manhaj salafiyah.

ما خرجه أبو بكر أحمد بن علي الخطيب في كتاب السابق و اللاحق ، و أبو حفص عمر بن شاهين في الناسخ و المنسوخ له في الحديث بإسناديهما عن عائشة رضي الله عنها قالت : حج بنا رسول الله صلى الله عليه و سلم حجة الوداع فمر بي على عقبة الحجون و هو باك حزين ، مغتم فبكيت لبكائه صلى الله عليه و سلم ثم إنه طفر أي وثب فنزل فقال : يا حميراء استمسكي فاستندت إلى جنب البعير . فمكث عني طويلا ثم عاد إلي و هو فرح مبتسم فقلت له : بأبي أنت و أمي يا رسول الله . نزلت من عندي و أنت باك حزين مغتم فبكيت لبكائك يا رسول الله ، ثم إنك عدت إلي و أنت فرح مبتسم فعن ماذا يا رسول الله ؟ فقال : مررت بقبر أمي آمنة فسألت الله ربي أن يحييها فأحياها فآمنت بي ـ أو قال ـ فآمنت و ردها الله عز و جل لفظ الخطيب . و قد ذكر السهيلي في الروض الأنف بإسناد فيه مجهولون [ أن الله تعالى أحيا له أباه و أمه و آمنا به ] .

Versi ringkas:
Daripada Aisyah ra, beliau berkata: “Pada saat Rasulullah SAW melaksanakan haji bersama kami, baginda bertemu denganku di Aqabah Hajun sambil menangis sedih, lalu baginda turun dan tinggal cukup lama kemudian kembali lagi kepadaku dengan gembira dan senyum, maka aku tanyakan hal itu padanya, lalu baginda menjawab, “Aku pergi ke kuburan ibuku, lalu aku memohon kepada Allah SWT agar menghidupkannya, kemudian ibuku beriman kepadaku, lalu Allah mematikannya kembali.” (HR al-Khatib al-Baghdadi (w. 463H) dan Ibn Syahin (w.385H))

Tahqiq:
MAUDHU’ (PALSU). Diriwayatkan Ibnu Syahin dalam An-Naasikh wa Al-Mansuukh, no. 656, Al-Jauraqany dalam Al-Abaathil wa Al-Manaakir (I/222), Ibnul Jauzy dalam Al-Maudhuu’aat (I/283-284)

Ibnul Jauzy berkata, “Maudhu’ tanpa diragukan lagi! Ibunda Rasulullah SAW wafat di kota Abwa antara kota Madinah dan Makkah serta dikuburkan di sana, bukan di Hajun!”
Al-Jauraqany berkata, “Hadith ini bathil!”
Imam Adz-Dzahabi berkata, “Hadith ini dusta dan bertentangan dengan hadith sahih bahawa beliau meminta izin kepada Rabb-nya untuk memintakan ampun untuk ibunya tetapi Allah SWT tidak mengizinkannya.”

4.7: Tujuan berziarah kubur 6: (Isu Nabi memohon keampunan ibu bapanya 2)

* membantah manhaj pemikiran al Qurthubi rh

Rumusan al-Qurthubi dalam isu Allah SWT menghidupkan kedua ibu bapa Nabi SAW dan mereka beriman dengan kerasulan baginda.
Walaupun al-Qurthubi mengakui kesemua riwayat hadith adalah bermasalah, akan tetapi ia membuat rumusan berikut:

قال المؤلف : ذكره الحافظ أبو الخطاب عمر بن دحية و فيه نظر ، و ذلك أن فضائل النبي صلى الله عليه و سلم و خصائصه لم تزال تتوالى و تتابع إلى حين مماته ، فيكون هذا مما فضله الله تعالى و أكرمه به .
ليس إحياؤهما و إيمانهما بممتنع عقلاً و لا شرعاً . فقد ورد في الكتاب إحياء قتيل بني إسرائيل و إخباره بقاتله ، و كان عيسى عليه السلام يحيى الموتى ، و كذلك نبينا عليه الصلاة و السلام أحيا الله تعالى على يديه جماعة من الموتى ، و إذا ثبت هذا فما يمنع من إيمانهما بعد إحيائهما زيادة في كرامته و فضيلته مع ما ورد من الخبر في ذلك و يكون ذلك خصوصاً فيمن مات كافراً

Ini pendapat al Hafidz Abu al-Khattab Umar bin Dihyah al-Kalbi (w. 633H), ada dalam Tafsir Tobary 2:558, dinilai dhaif oleh Ahmad Muhammad Syakir menceritakan keutamaan dan mukjizat baginda. Memanglah kisah dihidupkan kembali kedua ibu bapa Nabi SAW adalah berlawanan dengan nas aqal dan syara’, akan tetapi ada kisah-kisah dalam Al-Qur’an bagaimana ada orang mati di kalangan Bani Israil yang dihidupkan, bagaimana Nabi Isa AS menghidupkan orang mati dan ada juga ketika Nabi menghidupkan orang mati. Maka peristiwa ibu bapa nabi dihidupkan semula adalah boleh berlaku sebagai mukjizat baginda.

* Pendapat al-Qurthubi adalah bertentangan dengan manhaj akidah ASWJ bahawa kisah ini tidak benar dan semua riwayatnya adalah palsu.

 

Komen dan Soalan