Utama At-Tazkirah Qurthubi At-Tazkirah Qurthubi: Ingat Mati dan Persediaan Menghadapinya

At-Tazkirah Qurthubi: Ingat Mati dan Persediaan Menghadapinya

387
0
Iklan

At-Tazkirah Qurthubi (W671H)
Kod 3.0 Bab Ingat Mati dan Persediaan Menghadapinya (باب ذكر الموت و الاستعداد له)

3.1 Hadith Abu Hurayrah ra

النسائي عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : أكثروا ذكر هادم اللذات يعني الموت . أخرجه ابن ماجه و الترمذي أيضاً

Daripada abu Hurayrah ra, sabda RasuluLlah SAW: “Perbanyakkan untuk mengingat pemutus kelazatan (dunia) (yakni kematian)” HR an Nasa’iy, Ibn Majah, Termidzi, katanya Hasan Gharib.

Maksudnya dhaif di sisi mutaqaddimin, antaranya Imam Ahmad.

Tahqiq:

أَكثروا ذِكرَ هاذمِ اللَّذَّات يعني الموتَ
الراوي : أبو هريرة | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح الترمذي
الصفحة أو الرقم: 2307 | خلاصة حكم المحدث : حسن صحيح | شرح الحديث
التخريج : أخرجه الترمذي (2307 )، والنسائي (4/ 4) مع اختلاف يسير عنده، وابن ماجه (4258).

Disahihkan oleh al Albani dalam sahih Termidzi, no 2307.

3.2 Hadith Khalifah Umar al Khattab ra

و خرجه أبو نعيم الحافظ بإسناده من حديث مالك بن أنس عن يحيى بن سعيد بن المسيب عن عمر بن الخطاب قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : أكثروا من ذكر هادم اللذات قلنا يا رسول الله : و ما هادم اللذات ؟ قال : الموت

Daripada jalur Malik bin Anas daripada Yahya bin Sa’id bin al Musayyab daripada Umar al Khattab, katanya, Rasulullah SAW bersabda,“Perbanyakkan akan kamu untuk mengingati pemutus kelazatan.” Maka kami bertanya,” Ya Rasulullah, apakah itu pemutus kelazatan? Baginda menjawab, “kematian”. [HR abu Nuiam (W430H), al Hilyah (9:252) dan al Baihaqi ( as-syu’b no 826) ]

Tahqiq:
ورجاله ثقات إلا عبد الملك بن يزيد قال الذهبي لا يدرى من هو ” كذلك قال الشيخ الالباني 

hadith dhaif, kerana perawi Abdul Malik bin Yazid ia majhul menurut az Zahabi dan al Albani.
Rumusan: walaupun ia dhaif tetapi ia menjadi penguat kepada hadith Abu Hurayrah (3.1)

3.3 Hadith Ibn Umar ra

ابن ماجه عن ابن عمر قال : كنت جالساً مع رسول الله صلى الله عليه و سلم فجاء رجل من الأنصاري فسلم على النبي صلى الله عليه و سلم فقال يا رسول الله : أي المؤمنين أفضل ؟ قال : أحسنهم خلقاً قال : فأي المسلمين أكيس ؟ قال : أكثرهم للموت ذكراً و أحسنهم لما بعدهم استعداداً أولئك الأكياس أخرجه مالك أيضاً

(Ibn Majah) Bahawasanya seseorang berkata kepada Nabi SAW, ia berkata, “Manakah di antara orang-orang yang beriman yang paling baik (afdhal)? Maka Nabi menjawab: “Yang paling baik akhlaqnya, dan manakah di antara orang-orang mukmin yang paling cerdas dan pintar beliau menjawab: “ Yang paling banyak mengingat kematian dan yang terbaik adalah orang yang selalu siap untuk persiapan setelah kematian merekalah orang-orang yang cerdas .” Juga HR Malik.

Tahqiq:
الراوي : عبدالله بن عمر | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح ابن ماجه
الصفحة أو الرقم: 3454 | خلاصة حكم المحدث : حسن
Penilaian al Albani, hasan, sahih ibn Majah 3454

*Tidak ada dalam muwatta’ Malik sebagaimana dakwaan al Qurthubi

3.4 Rahsia di sebalik kata-kata “Mati-pemutus kelazatan”

قوله عليه السلام : أكثروا ذكر هادم اللذات الموت كلام مختصر و جيز قد جمع التذكرة و أبلغ في الموعظة فإن من ذكر الموت حقيقة ذكره نغص عليه لذته الحاضرة ، و منعه من تمنيها في المستقبل و زهده فيما كان منها يؤمل ، و لكن النفوس الراكدة ، و القلوب الغافلة تحتاج إلى تطويل الوعاظ ، و تزويق الألفاظ

Rahsia di sebalik sabda ringkas “Perbanyakkan akan kamu untuk mengingati pemutus kelazatan (hidup) yakni kematian” adalah saranan Nabi SAW agar bersikap ‘zuhud’. Kelazatan dunia (yang kecil berbanding akhirat), angan-angan kepada kenikmatan dunia akan terpadam dengan banyak mengingati mati. Maka hati yang lalai akan sentiasa terjaga dengan memperbanyakkan ingat akan mati melalui kalimah yang menusuk qalbu daripada Nabi SAW (mati-pemutus kelazatan).

Komen dan Soalan