Utama Bilik (49) Tanda-tanda Kiamat TBK 10.1.14 al Masih al Dajjal

TBK 10.1.14 al Masih al Dajjal

857
0
Iklan

TBK 10.1 al Masih al Dajjal

10.1.14 Kawasan yang akan didatangi al Masih al Dajjal.

الأماكن التي يأتيها المسيح الدجال

Isu pengaruh Dajjal ke atas kawasan atau negara, yang dapat dikuasainya dan juga yang tidak dapat dikuasainya.

Hadith 1: Hadith Anas bin Maalik رضي الله عنه:

عن أنس رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:«ليس من بلد إلا سيطؤه الدجال إلا مكة والمدينة> (متفق عليه)

Terjemahan:
”Tidak ada satu negeri atau kota pun nanti yang tidak dimasuki Dajjal, kecuali Mekah dan Madinah.”
(Muttafaq alaih; Bukhari Muslim)

Takhrij hadith :

عن أنس بن مالك عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (ليس من بلد إلا سيطؤه الدجال، إلا مكة والمدينة، ليس له من نقابها نقب إلا عليه الملائكة صافين يحرسونها، ثم ترجف المدينة بأهلها ثلاث رجفات، فيخرج الله كل كافر ومنافق).

Terjemahan:
Dari Anas bin Maalik رضي الله عنه, dari Nabi ﷺ, baginda bersabda: ”Tidak ada satu negeri atau kota pun nanti yang tidak dimasuki Dajjal, kecuali Mekah dan Madinah. Setiap jalan masuk ke kedua-dua kota tersebut dijaga oleh para Malaikat yang berbaris-baris, kemudian Madinah akan menggoncang penghuninya 3 kali goncangan, sehingga semua orang kafir dan munafik keluar dari tempat itu.”
(HR. Al-Bukhari no. 1881 dan Muslim no. 2943)

Fiqh hadith:
Di akhir zaman, Dajjal dapat menguasai seluruh pelusuk bumi kecuali Mekah dan Madinah.
Hatta, kaum kafir dan munafik yang berjaya menetap di Madinah dan Mekah pun akan dikeluarkan dari kota suci tersebut untuk menyertai Dajjal. Dalam kepesatan pembangunan kota Mekah dan Madinah, sememangnya ramai orang munafik dan kafir yang menguasai pelbagai perniagaan khususnya perhotelan, seperti Hilton, Movenpick, Trump juga kemungkinan ada.

Zahir hadith, ketika Dajjal cuba menguasai Mekah dan Madinah, maka akan berlaku gempa sebanyak 3 kali, di mana semua orang kafir dan munafik akan melarikan diri dan keluar untuk dikenali oleh penduduk Madinah, bahawa mereka sebenarnya adalah agen Dajjal juga.


Hadith 2:
Hadith dari Abu Hurairah رضي الله عنه:

1379 عن أبي هريرة قال رسول الله صلى الله عليه وسلم على أنقاب المدينة ملائكة لا يدخلها الطاعون ولا الدجال

Terjemahan:
“Setiap pintu masuk Madinah terdapat para malaikat yang menjaganya dari menularnya penyakit taun (penyakit berjangkit) dan juga Dajjal.”
(Muttafaq alaih, ini lafaz Muslim, no 1379)

Taun adalah penyakit berjangkit yang disebabkan pencemaran sumber air atau makanan yang tercemar, juga persekitaran yang tidak bersih. Ia dinamakan wabak cholera.

Hadith 3:
Hadith dari Abu Hurairah رضي الله عنه:

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ( يأتي المسيح من قبل المشرق همته المدينة حتى ينزل دبر أحد
صحيح مسلم 1380

Terjemahan:
“Dajjal kelak akan datang dari arah Timur menuju Madinah hingga terhenti di belakang Bukit Uhud (tetapi tidak akan dapat masuk ke Madinah (tanah Haram).”
(HR Muslim no 1380)

Syarah:
kedua-dua hadith ini menunjukkan Dajjal akan cuba menawan Madinah, di mana bersemadinya makam Nabi ﷺ dan tiga khalifahnya, Abu Bakar, Umar dan Uthman (رضي الله عنهم).

Namun ia dihalang oleh malaikat dan dia akan terhenti di Jabal Uhud.
Maka jika anda menziarahi tempat-tempat bersejarah di Madinah, luangkanlah masa melihat Bukit Uhud yang sudah siap dibina pada tahun 2016. Sudah siap sepenuhnya, dataran yang cantik, masjid yang baru dibina dan bazaar cenderahati yang juga tersusun. Kompleks Syuhada Uhud merupakan tempat bersejarah terbaru yang siap dibina sepenuhnya oleh pentadbiran Raja Salman Abdul Aziz.


Hadith 4:
Hadith dari Mihjan bin al-Adra’ رضي الله عنه:
(عَنْ مِحْجَنِ بْنِ الأَدْرَعِ)

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَطَبَ النَّاسَ، فَقَالَ: «يَوْمُ الْخَلَاصِ وَمَا يَوْمُ الْخَلَاصِ» ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، فَقِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا يَوْمُ الْخَلَاصِ؟ فَقَالَ: «يَجِيءُ الدَّجَّالُ فَيَصْعَدُ أُحُدًا فَيَطَّلِعُ فَيَنْظُرُ إِلَى الْمَدِينَةِ، فَيَقُولُ لِأَصْحَابِهِ أَلَا تَرَوْنَ إِلَى هَذَا الْقَصْرِ الْأَبْيَضِ، هَذَا مَسْجِدُ أَحْمَدَ، ثُمَّ يَأْتِي الْمَدِينَةَ فَيَجِدُ بِكُلِّ نَقْبٍ مَنْ نِقَابِهَا مَلَكًا مُصْلِتًا، فَيَأْتِي سُبْحَةَ الْجُرُفِ فَيَضْرِبُ رِوَاقَهُ ثُمَّ تَرْتَجِفُ الْمَدِينَةُ ثَلَاثَ رَجَفَاتٍ، فَلَا يَبْقَى مُنَافِقٌ وَلَا مُنَافِقَةٌ، وَلَا فَاسِقٌ وَلَا فَاسِقَةٌ إِلَّا خَرَجَ إِلَيْهِ، فَتَخْلُصُ الْمَدِينَةُ وَذَلِكَ يَوْمُ الْخَلَاصِ

Terjemahan:
Rasulullah ﷺ berkhutbah kepada orang ramai. Baginda bersabda: “Hari pembebasan. Apakah hari pembebasan itu?” Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah hari pembebasan itu?” Baginda bersabda: “Dajjal akan datang lalu dia akan memanjat dan naik ke Bukit Uhud. Dia memandang ke arah Madinah. Dia berkata kepada pengikutnya: “Tidakkah kamu melihat ke arah Istana Putih ini. Inilah Masjid Ahmad (Masjid Nabawi).” Kemudian dia datang ke Madinah dan dia mendapati pintu masuk ke Madinah dijaga oleh para malaikat. Kemudian dia pergi ke kawasan al-Juruf (Jabal Habsyi terletak di sini) dan dia mendirikan khemahnya. Kemudian Madinah bergegar sebanyak 3 kali. Tidak tinggal orang munafik dan fasik daripada lelaki dan perempuan kecuali mereka akan keluar menuju kepada Dajjal. Maka bebaslah Madinah (daripada orang fasik dan munafiq). Itulah hari pembebasan.”
(Riwayat Ahmad didalam Musnad (18975) dan al-Hakim didalam al-Mustadrak (8631) daripada Mihjan bin al-Adra’. Disahihkan oleh al Wad’iy, sahih al Musnad no 1111)

الراوي : محجن بن الأدرع | المحدث : الوادعي | المصدر : الصحيح المسند
الصفحة أو الرقم: 1111 | خلاصة حكم المحدث : صحيح على شرط مسلم ولم يخرجاه


Hadith 5:
Hadith dari Anas bin Maalik رضي الله عنه:

الكتب » صحيح مسلم » كتاب الفتن وأشراط الساعة » باب قصة الجساسة
2943: ليس من بلد إلا سيطؤه الدجال إلا مكة والمدينة وليس نقب من أنقابها إلا عليه الملائكة صافين تحرسها فينزل بالسبخة فترجف المدينة ثلاث رجفات يخرج إليه منها كل كافر ومنافق

Terjemahan:
“Tidak ada negara (dalam dunia) melainkan akan dipijak (dilanda) oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah kerana setiap jalan dan lereng bukitnya dijaga oleh barisan Malaikat. Oleh itu Dajjal akan turun (berhenti) di satu kawasan bernama Sibkhah (tanah kering lagi masin) maka Madinah bergegar sebanyak 3 kali, kemudian semua para kuffar (orang kafir) dan para munafik keluar dari Madinah menemui Dajjal.”
(Hadith Sahih Riwayat Muslim no 2943 kitab al Fitan)

Syarah:
Dajjal tidak dapat memasuki Kota Madinah dan berhenti di Sabkhah atau Juruf lebih kurang 3 batu ke utara Madinah, ia tandus, dan kandungan garam yang tinggi dalam tanahnya dan tidak boleh ditumbuhi apa-apa pun.

Hadith versi Ibnu Majah رحمه الله:

حتى ينزل عند الظريب الأحمر (موضع قرب المدينة) عند منقطع السبخة فترجف المدينة بأهلها ثلاث رجفات ويخرج إليه منها كل كافر ومنافق

Terjemahan:
“Akhirnya ia singgah di Dharib Ahmar, di persimpangan tanah kosong yang tandus. Lalu Madinah digoncang 3 kali sehingga semua orang munafik, baik lelaki mahupun perempuan, keluar menuju kepada Dajjal.”
(HR Ibnu Majah, Menurut pendapat Syaikh al-Albani, hadith ini dhaif)

الراوي : أبو أمامة الباهلي | المحدث : الألباني | المصدر : ضعيف الجامع
الصفحة أو الرقم: 6384 | خلاصة حكم المحدث : ضعيف
Syaikh al-Albani mendhaifkan hadith versi Ibnu Majah.

Komen dan Soalan