Utama Bilik (06) Ulat Buku Tip-Tip Cemerlang daripada Al-Quran – Tip 4 – Cemerlang dengan Ilmu Semasa

Tip-Tip Cemerlang daripada Al-Quran – Tip 4 – Cemerlang dengan Ilmu Semasa

171
0
Iklan

TIP 4

CEMERLANG DENGAN ILMU SEMASA

“Dan demikianlah Kami memberikan kedudukan yang baik kepada Yusuf di muka bumi dan agar Kami ajarkan kepadanya ilmu tadbir mimpi.” [ Yusuf: 21 ].

Ilmu semasa adalah sebahagian dari ilmu fardu kifayah yang perlu dikuasai oleh umat Islam.  Penting untuk kecemerlangan.

Contoh kisah Nabi Yusuf a.s. yang memanfaatkan ilmu tadbir mimpi untuk berdakwah kepada masyarakat. Difitnah sehingga dimasukkan ke dalam penjara dan dua orang banduan bertanyakan berkenaan mimpi yang mereka alami. [ Yusuf: 39 ].

Kisah Nabi Sulaiman yang memahami percakapan burung-burung. Justeru beliau dapat menguasai mereka [ an-Naml: 16 – 17 ].

Ilmu Semasa dan Fardu Kifayah

Sebahagian ilmu dunia wajib dikuasai oleh umat Islam kerana hukum mempelajarinya adalah fardu kifayah kerana ia diperlukan dalam kehidupan [ at-Taubah: 122 ].

Imam Ghazali membahagikan ilmu fardu kifayah kepada dua iaitu ilmu syariat dan ilmu bukan syariat.

Ilmu bukan syariat – ilmu yang bertujuan untuk menegakkan urusan dunia yang tidak dapat diketepikan, contoh ilmu perubatan bertujuan untuk memelihara kesihatan manusia. Ilmu hisab untuk urusan jual beli, pembahagian harta wasiat, harta pusaka termasuk juga ilmu dalam bidang pertanian, penenunan dan siasah. Sekiranya sesuatu daerah tidak mempunyai orang yang menguasai ilmu-ilmu ini berdosalah kesemua penduduk daerah itu.

Ilmu fardu kifayah yang perlu dikuasai:

Teknologi maklumat

Teknologi persekitaran

Teknologi pemakanan

Teknologi bioteknologi

Kardiologi

Neurologi

Psikiatri

Umat Islam terdahulu Mengagumkan

Pemikir barat Dr Robert Briffault dalam bukunya “The Making of Humanity” berkata “ Roger Bacon bukanlah tokoh yang memperkenalkan konsep eksperimen dalam ilmu. Beliau anak murid kepada sains dan metodologi Islam, dan ilmu yang diperoleh dikembangkan ke barat. Sumbangan dari tamadun Arab kepada dunia moden yang paling bermakna ialah sains.”

Barat menjadi moden lagi maju kerana Islam. “Sikap toleransi orang-orang Islam di bawah pemerintahan khalifah dirasai oleh orang-orang Yahudi yang memperkembangkan budaya hidup orang-orang Islam ke kawasan ceruk yang tidak mengenali erti tamadun.”

Sumbangan Umat Islam Terdahulu

Abu Al-Qasim al-Zahrawi (936-1013M)

Cipta alat pembedahan seperti alat pemeriksaan telinga dan saluran kencing.

Orang yang pertama kenal pasti penyakit keturunan dikenali sebagai hemofilia.

Kitab At-Tasrif diterjemah ke dalam bahasa Hebrew, Perancis dan Inggeris.

Bahan rujukan selama 5 abad di Universiti Salerno Itali, Montpellier di Perancis dan beberapa universiti di Eropah.

Prinsip-prinsip sains perubatan yang diutarakan mengatasi karya Galen di Eropah.

Abu Ali Hasan bin Haitham (965-1040M)

Buat kajian mengenai cahaya termasuk cahaya pada waktu matahari terbit.

Orang pertama dapat menjelaskan bahagian-bahagian mata dan proses penglihatan.

Kitab al-Manadhir diterjemah ke dalam bahasa Latin.

Tokoh-tokoh sains barat seperti Roger Bacon, Pole Witelo (Vitellio) dan lain-lain banyak merujuk tulisan beliau.

Ibn Sina (980-1037M)

Orang pertama menjelaskan penyakit radang selaput otak atau meningitis.

Buku perubatan al-Qanun diterjemah ke dalam bahasa Latin oleh Gerald dari Cremona pada abad ke-12 dan menjadi buku teks di sekolah-sekolah perubatan di Eropah dari abad ke-12 hingga ke-17.

Dr William Osler, pengarang buku Evolution of Modern Science berkata,”Qanun menjadi buku rujukan utama dalam bidang perubatan lebih lama dari buku-buku lain.”

Yaaqub Ibn Ishaq al-Kindi (800-873M)

Orang pertama menetapkan kaedah penetapan dos dalam penggunaan ubat-ubatan.

Menulis 250 buah buku dalam pelbagai bidang.

Bukunya diterjemah ke dalam bahasa Latin oleh Gherard of Cremona.

Cardano menganggap al-Kindi antara 12 orang pemikir agung dunia pada Zaman Pertengahan.

Abu Abdullah al-Battani (868-929M)

Penemuan agung beliau adalah penetapan tahun syamsiah menepati penemuan pada hari ini iaitu 365 hari, 5 jam, 46 minit dan 24 saat.

Menonjol dalam bidang trigonometri dan matematik.

Memperincikan kaedah kiraan menggunakan konsep sinus dan tangen.

Buku astronomi beliau diterjemah ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12.

Copernicus dalam bukunya De Revolutionibus Orbium Clestium menyatakan terhutang budi kepada al-Battani.

Jabir Ibn Haiyan (Meninggal 803 M)

Berjaya melaksanakan prosedur-prosedur sains seperti penghabluran, penyulingan, kalsinasi, sublimasi dan penyejatan.

Buku beliau Kitab al-Kimya diterjemah ke dalam bahasa Latin.

Kalimat kimia seperti alkali masih digunakan sehingga hari ini.

Pemikir Barat Max Mayerhaff berkata pengembangan ilmu kimia moden di Eropah tidak dapat dipisahkan daripada Jabir bin Haiyan.

Mohammad bin Musa al-Khawarizmi (Meninggal 840 M)

Terkenal dalam bidang ilmu matematik.

Pengasas ilmu algebra yang diambil sempena dengan nama buku beliau al-Jabrwal-Muqabilah.

Pengasas konsep algoritma.

Pemikir barat, Philip K. Hitti, berkata Khawarizmi banyak mempengaruhi barat dari sudut ilmu matematik mengatasi penulis-penulis lain.

Umat Islam Perlu Bangkit dari Tidur

Umat Islam lemah dalam bidang sains. Puncanya adalah keasyikan sebahagian umat Islam berdebat dan berfalsafah dalam perkara ranting yang tidak berfaedah.

Syeikh Hasan an-Nadwi dalam buku ‘Kerugian Dunia Kerana Kemunduran Umat Islam” berkata:

“Tetapi sayang sekali, kaum Muslimin tidak mensyukuri nikmat Allah. Selama berabad-abad umat Islam membuang waktu dan tenaga untuk berfikir dan berfalsafah berhubung perkara yang tidak bermanfaat. Jika mereka memfokuskan kepada ilmu yang menguntungkan Islam dan kaum Muslimin, kedudukan mereka tidak akan jadi separah ini. Umat Islam bukan sahaja membahaskan sifat-sifat Allah, mereka juga berbicara tentang roh, falsafah wihdatul wujud dan sebagainya. Hasil penemuan (sains) kaum Muslimin sama ada di sudut kuantiti mahupun kualiti tidak mendatangkan apa-apa makna jika dibandingkan dengan penemuan barat pada abad Ke-17 dan Ke-18 Masihi.”

Ledakan Kecemerlangan

Menguasai ilmu semasa hukumnya wajib

Tiada kecemerlangan tanpanya.

Semaikan di hati golongan muda hari ini untuk cintakan ilmu termasuk ilmu sains.

Hanya dengan ilmu umat menjadi cemerlang dan gilang-gemilang.

Fardu kifayah adalah setiap ilmu yang bertujuan menegakkan urusan dunia yang tidak dapat diketepikan.

 

 

Komen dan Soalan