Utama Bilik (101) Fiqh Wanita 1 Soal Jawab Fiqh Wanita /5

Soal Jawab Fiqh Wanita /5

460
0
Iklan

SOALAN

Adakah hadis ni sahih? Benarkah wanita yang belum ada rezeki untuk hamil bermakna hilang barakah?

Rasulullah SAW bersabda: “tanda keberkahan wanita itu ialah :
Mudah proses pernikahannya, cepat pula kehamilannya, dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
(HR. Ahmad Baihaqi).

JAWAPAN

إِنَّ أَعْظَمَ النَّكَـاحِ بَرَكَةً أَيَْسَرُهُ مُؤْنَةً.

“Pernikahan yang paling besar keberkahannya ialah yang paling mudah maharnya.
أعظم النساء بركة أيسرهن مؤونة . وفي رواية : إن أعظم النكاح بركة أيسره مؤونة . رواه أحمد والحاكم وقال : صحيح على شرط مسلم. ووافقه الذهبي،
HR Ahmad, dan al-Haakim, sahih atas syarat muslim, disepakati oleh imam Zahabi

Punca rezeki semua dari Allah SWT, rezeki anak, rezeki berkahwin muda, rezeki dapat harta yang banyak dan lain-lain lagi.

Berkah hidup bukan sebab ada ramai anak atau harta yang banyak. Berkah ini Allah SWT kurnia kalau kita jaga atau pegang kuat-kuat iman kita, contoh ada orang miskin tetapi hidupnya ceria, aman ,anak-anak yang bijak pandai, Allah SWT limpahkan berkahnya .
Jangan putus asa, kalau 5-6 tahun berkahwin belum dapat anak. Nabi Zakaria as, umur sudah menjangkau tua dan isterinya mandul, masih tidak putus asa berdoa untuk dapat anak. Tidak mungkin isteri Nabi Isa as juga dikatakan hilang berkah. Cuba baca doa Nabi Isa as dalam surah Maryam dan al Imran.

 

 

SOALAN

Mohon pencerahan berkaitan doa anak soleh. Adakah bermaksud, anak yang mendoakan kedua ibubapa yang meninggal diterima doanya sahaja atau perbuatan anak yang baik memberi pahala kepada ibubapanya dikubur?

JAWAPAN

Kedua-duanya adalah betul.
Menepati 3 amalan yang tidak putus selepas kematian dari riwayat Muslim:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (iaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang soleh”
(HR. Muslim no. 1631 dari Abu Hurairah)

 

 

SOALAN

Mohon penjelasan. Bolehkah wanita yang sedang haid berenang di kolam renang awam?
Berkenaan jikalau air di dalam kolam tu dicemari dengan darah haid, adakah wanita tersebut menanggung dosa?

JAWAPAN

Tidak ada masalah, bukan setakat darah haid, hendak kencing dalam kolam itu juga tiada isu. Menjadi masalah kalau isu percampuran antara lelaki dengan perempuan dalam kolam mandian itu.

 

 

SOALAN

Bolehkah memakai pakaian renang yang menutup aurat dan longgar serta menjaga batas pergaulan? Sebab kalau hendak cari kolam renang yang khusus mengikut jantina agak mustahil di sini.

JAWAPAN

Ya, boleh kalau berpakaian begitu.

 

 

SOALAN

Seperti yang kita sedia maklum bahawa mazhab nusantara majoriti berpegang pada mazhab Syafi’e dalam kebanyakan hal agama.Persoalan saya:

1) Bagaimana kita hendak fahamkan mereka bahawa kita tidak ikut mazhab Syafi’e semata dan kita bebas berpegang pada mana-mana mazhab yang kita rasakan rajih dan hampir dari segi nas dan dalilnya. Itu yang kita namakan ijtihad (pegangan) kita? Lagipun ini termasuk dalam bab khilafiyah?

2) Benarkah ahli sunnah wal jamaah hanya berpegang pada mazhab Syafi’e? Mengapa mazhab syafi’e sering dikaitkan dengan hal agama majoriti ummat Islam di Nusantara? Apakah kerana mazhab Syafi’e lebih tegas dan penjelasannya lebih jelas?

Mohon penjelasan ustadz dalam persoalan ini.

JAWAPAN

1. Ini kerana dalam syahadah kita tidak ada kata perlu ikut satu mazhab sahaja.

2. Mazhab yang sampai ke nusantara ini yang popularnya adalah mazhab Syafie jika ikut sejarah. Jika dulu sampai ke negara ini adalah mubaligh yang mazhab Maliki, kita ni juga akan mazhab Maliki. Tidak ada masalah dengan mazhab Syafie, cuma jangan taksub sahaja.

 

 

SOALAN

Boleh ustaz jelaskan tentang tidap perlu ikut satu mazhab sahaja. Jika saya guna bab khilafiyah adakah sudah cukup jelas?
Apa maksud ijtihad sebenarnya? Bolehkah bertukar-tukar ijtihad jika kita pergi ke negara lain atas dasar menghormati mazhab di negara tersebut?

JAWAPAN

Contoh seperti isu qunut. Selepas pemerhatian kajian, saya pilih untuk tidak qunut subuh sebab ia berdasarkan dalil yang paling rajih. Ini bukan tukar mazhab tetapi ijtihad. Memilih pendapat yang paling rajih berdasarkan Al-Quran dan As sunah.

Isu di Malaysia ini bukan sangat sebab mazhab Syafie, tetapi sebab jahil. Kononnya ikut mazhab Syafie. Kalau mereka ikut betul-betul mazhab Syafie, tiada ustaz sunnah akan tegur amalan mereka. Sudah jelas dalam syahadah. Kita syahadah hendak ikut Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW, bukan ikut mazhab.

Talfiq mazhab yang dilarang adalah kalau tukar sebab cari yang mudah. Itu tidak boleh. Kita bukan begitu. Kita pilih mana yang lebih rapat kepada nas.

 

 

SOALAN

Seperti mana yang kita ketahui bahawa Allah SWT melarang kita membuka aib sendiri yang mana Allah SWT telah mengampuni dosa si fulan pada malam harinya namun dia pergi membuka aibnya keesokan harinya (maksud hadith). Persoalan saya…

1) Bagaimana pula dengan penulis buku yang gemar berkongsi pengalaman lalu yang mengaibkan diri sendiri dengan niat sebagai pengajaran kepada orang lain. Apakah itu dibolehkan di dalam Islam?

2) Saya pernah mendengar bahawa kita dibolehkan membuka aib seseorang dalam perkara tertentu. Boleh ustadz terangkan perkara apa dibolehkan?

3) Apakah penceramah dan penulis buku yang menebarkan hadith palsu serta bid’ah ini kita boleh sebarkan namanya kepada orang awam sebagai peringatan dan berhati-hati? Apakah itu tidak di kira mengaibkan nama mereka?

Mohon penjelasan.

JAWAPAN

1. Menceritakan maksiat kepada orang lain (atau mempamerkannya) namanya Mujaharoh (jahr – menampakkan, menjelaskan – macam baca basmalah dengan jahr….). Ini adalah dosa khusus. Contoh pernah berbuat dosa, kemudian bagi orang lain tahu. Samada dengan buat hal itu di khalayak ramai atau cerita pada orang untuk banggakan dengan perbuatannya itu.

Oleh itu, pada saya kalau dia tulis buku sebagai ibroh (pengajaran), tidak termasuk dalam mujaharoh kerana dia hendak beri nasihat, bukan dia bangga- banggakan.

2. Menceritakan keaiban orang lain dinamakan ghibah. Ini jelas haram tetapi memang ada yang dibolehkan.

1- Mengadu tindak kezaliman kepada penguasa.

2- Meminta tolong agar dihilangkan dari suatu perbuatan mungkar dan untuk membuat orang yang berbuat kemungkaran tersebut kembali pada jalan yang benar. Semisal meminta pada orang yang mampu menghilangkan suatu kemungkaran, “Si Rahmat telah melakukan tindakan kemungkaran semacam ini, tolonglah kami agar lepas dari tindakannya.”

3- Meminta fatwa pada seorang mufti seperti seorang bertanya mufti, “Saudara kandungku telah menzalimiku demikian dan demikian. Bagaimana caranya aku lepas dari kezaliman yang ia lakukan.”

4- Mengingatkan kaum muslimin terhadap suatu kesalahan/kesilapan seperti kurangnya hafalan seorang perawi hadits.

5- Membicarakan orang yang terang-terangan berbuat maksiat dan bid’ah terhadap maksiat atau bid’ah yang ia lakukan, bukan pada masalah lainnya.

6- Menyebut orang lain dengan sebutan yang ia sudah ma’ruf dengannya seperti menyebutnya si buta. Namun jika ada ucapan yang bagus, itu lebih baik.

Pernah dikatakan kepada Ahmad bin Hanbal: “Manakah yang lebih engkau suka, seseorang yang berpuasa, solat, dan melakukan iktikaf atau orang yang berbicara tentang (kesalahan) ahli bid’ah?” Beliau menjawab: “Apabila dia berdiri dan solat serta beriktikaf, maka (kebaikannya) tidak lain adalah untuk dirinya sendiri. Namun apabila dia berbicara tentang (kesalahan) ahli bid’ah maka (kebaikannya) tidak lain adalah untuk kaum muslimin, inilah yang lebih utama.”

 

 

SOALAN

Namun begitu, dia sudah berubah dan orang tidak pernah kenal dia macam mana dulu. Bolehkah kalau dia cakap hal dia lari dari rumah, lawan mak sampai mak dia tidak sanggup tengok sikap dia, kaki gaduh dan cerita tentang isteri dia yang macam bohsia dulu? Itu saya kira macam melampau walau untuk ibrah pada umum..

JAWAPAN

Ini tidak termasuk dalam ghibah yang dibenarkan.

 

 

SOALAN

Bolehkah kita panggil non muslim dengan panggilan kafirun?
Sebab pernah baca, kalau dia masuk Islam, maka panggilan itu macam berbalik pada kita, lebih kurang begini.

JAWAPAN

Tidak patut kita panggil begitu. Kalau lihat dalam Qur’an, kalimah ‘kafir’ ini bukan digunakan untuk semua orang yang ‘bukan islam’ tetapi digunakan untuk mereka yang menentang Islam. Ramai orang bukan Islam tidak lawan Islam pun.

Ya, kalau kita kafir orang dan dia tidak kafir, maka ia berbaik kepada kita. Pada masa yang sama, orang Islam juga ada yang buat ‘perbuatan kufur’ tetapi tidaklah kita gelar dia kafir lagi. Melakukan perbuatan kufur dan jadi kafir ada beza.

 

 

SOALAN

Jika setiap hari solat subuh lewat antara jam 7.15 ke 7.30 pagi, adakah itu dikira qadha? Berdosakah melewatkan solat? Hampir habis waktu dan dilakukan hampir setiap hari.

JAWAPAN

Selagi belum habis waktu bukan qadha. Mungkin sudah dikira sengaja melewatkan solat. Memang berdosa. Kita boleh set time untuk bangun setiap hari.

 

 

SOALAN

Adakah dalil berkaitan melewatkan solat dan dalil berkaitan tidur awal untuk bangun beribadat?

JAWAPAN

Ya,ada dalam surah maryam mengenai melewatkan solat.

۞ فَخَلَفَ مِنۢ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَٱتَّبَعُوا۟ ٱلشَّهَوَٰتِ ۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا ﴿٥٩﴾

“Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan shalat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan,”
(AQ Maryam 19:59)

2. Diantara dalil mengenai tidur awal untuk bangun beribadat :

a) Surah An Nisa’ 4:103 ,solat tu diatas ketetapan waktu bagi orang beriman.

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلَاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِكُمْ ۚ فَإِذَا اطْمَأْنَنْتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ ۚ إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا

Maka apabila kamu telah menyelesaikan shalat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah shalat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya shalat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.
Quran 4:103..

b) Dalam surah Adz-Zariyat :

كَانُوا۟ قَلِيلًا مِّنَ ٱلَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ ﴿١٧﴾

“Di dunia mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam.”
(AQ Adz-Zariyat 51:17)

وَبِٱلْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ ﴿١٨﴾

“Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar.”
(AQ Adz -Zariyat 51:18)

c)Hadis Satu Pertiga Akhir Malam Yang Istimewa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَتَنَزَّلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ يَقُولُ مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ

Dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Rabb kita Tabaraka wata’ala setiap malam turun ke langit dunia ketika sepertiga malam terakhir, lantas Dia berfirman; Siapa yang berdoa kepada-Ku, niscaya Aku akan mengabulkan, siapa yang meminta sesuatu kepada-Ku, niscaya Aku akan memberinya dan siapa yang meminta ampun kepada-Ku, niscaya Aku akan mengampuninya.” (HR Bukhari 5846) Status: Sahih

Komen dan Soalan