Utama Bilik (06) Ulat Buku Tip-Tip Cemerlang daripada Quran: Tip 15 – Cemerlang dengan Menjaga Kualiti

Tip-Tip Cemerlang daripada Quran: Tip 15 – Cemerlang dengan Menjaga Kualiti

186
0
Iklan

TIP 15

CEMERLANG DENGAN MENJAGA KUALITI

ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْمَوْتَ وَٱلْحَيَوٰةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْغَفُورُ

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun, [Al-Mulk: 2].

Tuhan menuntut setiap individu melakukan ibadah serta aktiviti secara yang berkualiti.

Imam ibn Kathir berkata “Yang dimaksudkan dengan amalan yang ahsan) adalah sebaik-baik amalan dan bukannya sebanyak-banyak amalan.”

Islam menekankan kualiti dalam setiap perkara.

Hadis Muslim “Sesungguhnya Allah itu bersih dan Allah tidak akan menerima kecuali yang suci bersih jua.”

Imam Hakim “Wahai mereka yang beriman, nafkahkanlah di jalan Allah sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan sedangkan kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya.”

Kualiti Bermula dari Dalam

Imam Muslim “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan tubuh jasadmu tetapi Allah melihat kepada hati-hatimu.”

Imam Bukhari dan Muslim “Sesungguhnya setiap amal bergantung pada niat dan setiap orang mengikut apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Tuhan dan Rasul maka dia mendapat Tuhan dan Rasul. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia atau wanita yang hendak dikahwininya, maka berhijrah mengikut apa yang diniatkannya.”

Kualiti yang Menyeluruh

Islam tidak mengabaikan kualiti aspek lain termasuk luaran.

Islam mementingkan kualiti dalam aspek proses dan prosedur.

Imam Muslim “Apabila salah seorang daripada kamu menyembelih, elokkanlah sembelihannya. Hendaklah kamu tajamkan mata pisaumu dan hendaklah kamu rehatkan binatang sembelihanmu.”

Kebajikan pekerja dan tanggungan perlu dijaga kerana ia menentukan penghasilan kualiti.

Apabila para pekerja tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan dam mengadakan piket atau mogok lapar, bayangkan kerugian yang bakal ditanggung pada masa itu.

Kualiti dan ilmu terutamanya ilmu agama, tidak boleh dipisahkan.

Imam Muslim “Sesiapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan, Allah akan mantapkan ilmu agamanya.

Kebersihan luaran juga tidak boleh diperkecilkan kerana ia boleh memberi kesan kepada imej individu. Islam menekankan kualiti alam sekitar. Mengikut sejarah, apabila sedang berperang, tentera-tentera Islam dilarang merosakkan alam sekitar, melainkan dalam keadaan terdesak.

Imam Malik “Khalifah Abu Bakar as-Siddiq menghantar tentera ke Syam. Beliau berwasiat ‘Janganlah kamu tebang pohon-pohon dan jangan kamu runtuhkan bangunan-bangunan.

Prinsip-Prinsip Kualiti

  • Autoriti tertinggi dalam kualiti adalah Allah.

 

Pakar audit tertinggi adalah Allah yang mengetahui perkara zahir dan batin. Berdepan dengan-Nya manusia tidak boleh menyembunyikan apa-apa pun. Justeru mereka terpaksa menjaga kualiti dalam setiap perkara dan keadaan. “Dialah yang mengetahui yang ghaib dan yang zahir” [at-Taghabun: 18].

  • Kualiti bermula dari dalam

 

Kebersihan hati adalah asas kualiti. Titik tolak kebersihan hati adalah jujur dan ikhlas.

Manusia ikhlas lagi jujur tidak akan menipu, terima rasuah, mengkhianati amanah serta bersikap cuai dalam hidupnya. Dengan itu dia tidak hanya menghasilkan produk yang berkualiti bahkan secara konsisten.

Imam Bukhari dan Muslim “Sesungguhnya dalam diri anak Adam ada seketul daging. Jika baik daging itu akan baiklah seluruh jasad dan jika buruk daging itu akan buruklah seluruh jasad. Daging itu adalah hati.”

  • Kualiti perlu mengikut Ukuran bukan Dakwaan

 

Takwa mempunyai ukuran. Ukuran asas yang perlu dipatuhi adalah syariat.

Ukurannya adalah solat fardu 5 kali setiap hari, berpuasa penuh dalam bulan Ramadan dan mengeluarkan zakat harta benda sebanyak 2.5% setiap tahun.

Apabila individu itu mendakwa dia bertakwa sedangkan kewajipan yang khusus tidak dilakukan, dia dianggap sebagai pendusta kerana tidak menepati ukuran takwa.

  • Berkualiti pada setiap masa, bukan sekali skala

 

Allah mengawasi manusia pada setiap detik dan masa. Justeru umat Islam wajib menjaga kualiti iman dan amal pada setiap masa.

Imam Tirmizi “Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada.”

  • Setiap orang adalah PemimpinSetiap individu adalah khalifah Allah yang bermaksud dia bertanggungjawab beribadah serta bekerja. Pada masa yang sama memelihara kualiti ibadah dan kerja itu di mana sahaja mereka berada. Apabila setiap individu memelihara kualiti kerja di penjurunya, produk yang dihasilkan pasti berkualiti secara keseluruhannya.

“Kesemua kamu adalah penggembala dan kesemua kamu dipertanggungjawabkan tentang pengembalaannya.

  • Menilai sebelum dinilai

 

Kerja amal manusia pasti dinilai di akhirat nanti. Sebelum penilaian dibuat di akhirat, sebaik-baik penilaian ke atas diri dibuat dari masa ke semasa di dunia berpandukan piawaian yang Allah tetapkan.

Langkah-langkah pencegahan perlu dikenal pasti sejak awal lagi supaya masalah tidak timbul di kemudian hari.

Apabila metadologi kerja seperti ini diaplikasikan dalam setiap bidang, kerosakan dan kerugian dapat dikawal sehingga ke tahap minimum.

Khalifah Omar bin Khattab berkata “Hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung.”

  • Berkualiti secara holistik bukan hanya di beberapa sudut

 

Islam adalah agama lengkap. Justeru, nilai-nilai kualiti perlu diaplikasikan secara komprehensif.

Apabila produk yang dihasilkan adalah baik tetapi proses yang digunakan menyebabkan pencemaran yang memudaratkan, ia tidak boleh dianggap sebagai suatu yang berkualiti.

Imam Muslim “Tuhan menuntut ihsan (keelokan) wujud dalam setiap perkara.”

  • Pengabaian merugikan dunia dan akhirat

 

Kegagalan mengikut landasan kualiti yang Allah tetapkan mengundang kerugian dunia dan akhirat.

Kerugian di dunia melanda dalam bentuk kesempitan hidup dan di akhirat dalam bentuk azab yang amat pedih.

Sebaliknya apabila landasan kualiti dipatuhi Allah akan mengganjar dengan pahala dan rahmat dari sisi-Nya.

“Sesiapa yang berpaling daripada ingatan-Ku sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.”

Ledakan Kecemerlangan

Tanpa kualiti, kecemerlangan tidak tercapai. Justeru, semasa hendak melakukan suatu amal, tanya pada diri sendiri “Apakah tujuan aku melakukan amalan ini?” Kemudian renunglah ke dalam hati kita bagi mendapat jawapannya.

Jangan lupa ‘menghembus keluar’ niat-niat yang keji dari hati itu.

Apabila menghasilkan suatu produk, tanyalah kepada diri, “Sudikah aku menerima produk ini untuk diri sendiri?”

Jika kita sendiri tidak sudi menerimanya, jangan diberikan kepada orang lain.

 

Komen dan Soalan