Utama Bilik (09) Ulum Al-Quran 06.06 Bentuk-bentuk Sebab Penurunan

06.06 Bentuk-bentuk Sebab Penurunan

359
0
Iklan

Panel: BroSyarief
asSalaamu ‘alaikum, nota seterusnya siap. Semoga bermanfaat..

#180117 Bilik (09) Ulum al-Quran – Bab Sebab-sebab Penurunan al-Quran (أَسْبَابُ النُّزُول)

06.06 Bentuk-bentuk Sebab Penurunan – صِيغَةُ سَبَبِ النُّزُولِ

#NotaBroSyarief #UlumQuran #UiTOBilik09

Bentuk-bentuk lafaz berkaitan sebab penurunan ayat atau surah ini boleh jadi bersifat jelas (yakni: dengan pasti ianya adalah sebab nuzul) dan boleh jadi bersifat tidak jelas, di mana ada kemungkinan ianya sebab, dan berkemungkinan juga ianya tidak

Kita mengetahui ianya adalah bentuk yang jelas apabila periwayat menggunakan lafaz seperti:

سَبَبُ نُزُولِ هَذِهِ الْآيَةِ كَذَا

“Sebab Nuzul bagi ayat ini adalah sekian..”

Atau apabila pada riwayat tersebut disebutkan huruf – ف – (yang dipanggil huruf Fa at-Ta’qibiyyah), yang menggambarkan sejurus selepas peristiwa yang berlaku atau soalan yang diajukan, turunnya ayat berkenaan.

Adapun bentuk yang kurang jelas, adalah apabila periwayat menyebutkan dengan lafaz yang bersifat kemungkinan atau sangkaan, seperti أحسب (Aku menyangkakan..), dan seumpamanya.

Contoh untuk lafaz yang jelas di mana disebutkan huruf – ف – (yang dipanggil huruf Fa at-Ta’qibiyyah), adalah seperti riwayat berikut dari Jabir radhiyalLaahu ‘anhu, katanya:

كَانَتِ الْيَهُودُ تَقُولُ إِذَا جَامَعَهَا مِنْ وَرَائِهَا جَاءَ الْوَلَدُ أَحْوَلَ‏، فَنَزَلَتْ ‏{‏نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ‏}‏

‘Dahulu kaum Yahudi sering mengatakan: ‘Sekiranya seorang suami berhubungan dengan isterinya dari belakang, anak yang lahir akan juling matanya’, LALU Allahpun menurunkan ayat tersebut [al-Baqarah(2):223]’

[HR al-Bukhari]

Adapun contoh bentuk sebab penurunan yang tidak jelas, seperti yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah ibn Zubayr pada sebuah kes di mana ayahnya, Zubayr bertengkar dengan seorang lelaki dari kaum al-Ansar tentang aliran air untuk kebun mereka berdua.

Lalu mereka mengadu kepada Nabi sallalLaahu ‘alaihi wa sallam, dan Nabi memberikan penyelesaian yang memberi faedah kepada kedua-dua mereka.

Kata baginda sallalLaahu ‘alaihi wa sallam:

اسْقِ يَا زُبَيْرُ ثُمَّ أَرْسِلِ الْمَاءَ إِلَى جَارِكَ

“Zubayr, engkau alirkan air (kepada tanamanmu) kemudian engkau lepaskan air itu untuk jiranmu”

Kemudian, lelaki Ansar itu membentak:

يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْ كَانَ ابْنَ عَمَّتِكَ

‘Wahai RasululLah, ini mesti kerana dia (Zubayr) ini sepupu engkau..!’

Nabi pun marah, lalu menyuruh Zubayr menahan air tersebut sehingga penuh, baru dilepaskan airnya kepada kebun lelaki tersebut.

Kemudian Zubayr menyebutkan:

فَمَا أَحْسِبُ هَذِهِ الآيَاتِ إِلاَّ نَزَلَتْ فِي ذَلِكَ ‏‏

Tidaklah aku menyangkakan bahawa ayat di bawah ini turun kecuali disebabkan kes (yang disebutkan di atas)

فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ‏‏

“Tidaklah, demi Tuhanmu.. Tidaklah mereka itu beriman sehinggalah mereka menjadikan engkau hakim pada apa yang mereka perselisihi di antara mereka..”

[an-Nisa(4):65]

walLaahu a’lam

Ruj: Mabahits fi ‘Ulum al-Quran, karangan Ust Manna’ Khalil al-Qattan
__

#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares

Komen dan Soalan